Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Sep-2008 07:03 Email | Share | Bookmark
NASI KEBULI & DAGING BAKAR

Tumis bahan kisar
Tuang santan
Masuk beras
Biar masak
Kacau gembur
Siap utk dihidang
Perap daging
Bakar...
Daging bakar
Bukan Nasi Kena Buli ya.. . Biasa dengar sebelum ini tapi tak pernah lah mencubanya. Kali ini tergerak hati nak memasaknya utk berbuka puasa..




NASI KEBULI
Sumber : Buku Resipi Tradisional Keluarga

Bahan-bahan:
2 pot (tin susu) beras
1/2 biji kelapa, diambil santannya semangkuk
1 senduk minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaha
1 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis

Bahan-bahan tumbuk :
1/2 sudu makan ketumbar
1/2 camca teh jintan putih
1/2 camca teh jintanmanis
1 sudu teh lada putih
1 inci halia

1 biji bawang besar, dimayang

Bahan-bahan tabur atas nasi :
Telur dadar
kacang gajus
kismis
bawang goreng
Daging Bakar

Cara-cara:
1. Basuh beras dan toskan airnya.
2. Panaskan minyak sapi dlm periuk, tumiskan bawang besar, rempah2 dan bahan kisar.
3. Bila telah agak garing dan naik bau wanginya, masukkan santan secukupnya. Biarkan
mendidih, masukkan beras. Kacau seketika.
4. Biarkan nasi tanak dan kering.
5. Setelah nasi masak, hidangkan dengan bahan2 tabur.

Resipi daging bakarnya terlalu mudah. Cuma diperap dengan garam dan kunyit. Tapi terlintas di hati nak perap daging dengan rempah ala-ala satay...baru ada rasa !!!

DAGING BAKAR

Bahan-bahan :
1/2 kilo daging

Kisar :
2 inci halia
2 biji bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan puith
1 camca teh ketumbar
Garam & Gula secukup rasa
Air asam jawa

Cara-cara:
1. Potong daging ikut suka.
2. Kisar semua bahan dan perapkan daging.
3. Bakar daging dan sesekali renjiskan lagi dengan lebihan bahan perap.





Sepatutnya daging bakar ini akan kelihatan seperti satay tetapi oleh kerana hari hujan dan rinn pun malas nak set-up tempat pembakar arang, maka rinn bakar aje dalam oven. Kurang kick sikit dari segi rupa sebab tak de hangus-hangus kesan pembakaran pada daging dan daging pun nampak kering aje...walaupun begitu rasa mmg rasa satay.

Sebagai pengapit nasi, rinn buat juga jelatah yang mudah dan air asam utk pencicah daging juga tidak ketinggalan.



Oh ya, Nasi Kebuli ni ada kombinasi rasa nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak dan nasi planta...pening ????



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net