Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Aug-2008 03:50 Email | Share | Bookmark
Sepetang di rumah Azfa..

Kelas yang santai
Buat mcm dapur sendiri
Mixer antik mamazieza
 
Kacau ma kacau
Kacau sekadar sebati
Piping adunan
Haaa..isi ma isi
Sikit lagiiii....
Timbang pulaaak..
Kacau dengan lidi
Mcm ni dek...
Sukat betul2...
Beating krimwell & shortening
Elok dah tuuuu...
In the baking
Lepak2 sat...
Bubuh coloring
Kacau..
Double boiling chocolate
Apa pulak tuu..??
Picit ma picit..
Ratakan buttercream
Gunting piping bag
Buttercream hijau
Buat daun
Buat booties
Bubuh riben pulak
Buat bunga rose
Ok dak..??
Swirl pulak
Chomeiii....
Tenggekkan stroberi
Drizzle pulak..
Al-Zahra, peserta termuda
Masing2 test power
Hmmm...cute !!
Al-Zahra yg buat !!
Tekunnya sikecik tuu..
Sampai tercalit buttercream !!
ladybird pink ???
A spread of CC
Tak ketinggalaaaannn....
ladybird dari piping gel
Henna..??
Tadaaaa....Saya Zana !!
Ifa dan hasil deco nya
Ifa punya
Sapa punya entah.???
Afzan dan hasil deco nya
Mamazieza & Afzan
 
 
 
 
 
 
 
Pada cuti Isra' Mi'raj yang lepas, Rinn mengekori Mamazieza ke rumah Azfa seorang pensyarah di Uitm Merbok dan rumahnya pula terletak di Bandar Laguna Merbok. Begitu terujanya Azfa dan rakan-rakan hendak belajar buat cuppies dan menghiasnya. Sehingga mama pun tak mampu hendak menolak. Mungkin ada yang tak tahu Azfa juga ada FPnya sendiri. Siapa yg tak pernah jenguk lagi...sila sila lah ye Ini adalah Misi mamarazzi Rinn yang ke sekian kalinya !!!

Kelas mama kali ini tersangatlah santai. Mama aje yang terlebih serius (Biasalah mamazieza.... ) tapi anak-anak murid selamba badak jer tanya soalan berdusyum-dusyum... . Azfa dan rakan-rakan request mama ajar yang asas bagaimana nak menyediakan kek cawan coklat bermula dari membancuh sehinggalah membakar. These people memang really with zero knowledge. Bila tengok peralatan baking..mulalah diorang mencongak-congak nak beli yang itu yang ini..yang itu tak de, yang ini tak de...hah hah hah.. dan yang paling lucu, dah siap buat plan nak business cuppies kat Uitm Merbok . Waaaah... ini sudah bagus. Perancangan jangka panjang oleh pensyarah-pensyarah U !! Silap-silap boleh buat course baru..iaitu course masak-masak kat U.



Selesai itu, bahagian yang paling menyeronokkan adalah menghias kek-kek cawan tersebut. Lain yang mama ajar, lain pulak yang anak-anak murid hasilkan. Azfa yang pada mulanya amat teruja nak buat booties, akhirnya menyerah kalah..tapi dia dah terseronok menghasilkan corak "Henna" pula. Walaubagaimanapun, as beginners anak-anak murid mama harus diberi pujian. Tak kurang cantik hasil-hasil deko mereka.


Anak dara Azfa ini tidak mahu ketinggalan untuk bermain buttercream.. Habis bahagian mamanya, dia kerjakan. Tapi semangat nak mencubanya tu yang harus dipuji. Dia hentam cukup-cukup sampai lantai rumah pun dia icing !!!



Mulanya takut-takut dan malu-malu. Lama-lama macam tak mahu berhenti pulak !!! Inilah antara hasil deko anak-anak murid mama.




Banyak lagi sebenarnya hasil2 deco yang diorang sendiri kata entah apa-apa entah. Tapi mama kata tak pe..buatlah selagi ada cuppies yg kosong. Kalau tak cukup, tenyeh aje atas tudung tupperware sebab lupa nak supply papan kek !!! Masa ini mama dan Rinn dah beransur ke dapur semula...lapar beb !!! Kami makan Bee Hoon Singapore hidangan Azfa. Siap mintak cili kicap lagiii....

Selepas ini Azfa dah siap-siap nak request mama ajar sugar paste dan fondant. Apa kata mama???... .. Kita tunggu episode seterusnya. Entah bila pun tak tahuu...



Quote:
1.Jaja semprit : SASAKI...jenama Korea. Tak glamour pun..tapi Alhamdulillah, bnyk dah jasanya pada KakRinn.
2.terataiputih : Boleeeehhhh....rajin2lah jenguk FP mungkin ada promo apa2 lepas ni ya..!!!
3.ida isk : Kalau kelas formal2 rasanya ketaq lutut gikgu besor tuuuu...
4.MamaFaMi : Tu laaa..MamaFaMi ni jer yang jual mahal tak nak panggil reporter. Ohh...lupa, MamaFaMi itu sendiri is a good reporter for her goodself's story mory....So, tak yah ler hire sesapa. Reporter mamazieza ni pun oi nyibuk jer.. ..mujur ada jemputan dari host.., kalau dak silap2 haribulan kena halau balik...
5.Mamazieza : Cum apa lagii maaaa.......manyak noo cum nyer tuuuu !!! Tq kembali...rinn pun dapat ilmu jugak syikit2 !! Lenkali kalau nak assistant tukang tolong bancuh buttercream panggil ler ye...
6.Aliza : Tunggu Aina besar sikiiiiiiiiiit lagi, sure seronok ajak dia ke dapur !!!
7.Azfa : Waalaikummussalam. Tq kembali... tq sgt for the warm hospitality. Biasalah kakrinn ni kalau kat umah orang selalu suka buat mcm rumah sendiri. Jgn serik nak jemput lagi ya. Orang2 yg rajin macam you all ni no doubt akan dapat buat semua tu in no time. Tak lama lagi ON laaaa bznz cuppies kat Uitm tuuuu heh heh heh. So...when are you getting all those baking aids and utensils ??? Looking forward to see your next decos xtvt !!!
8.ain : Apa saja ok..asalkan bekas yg berisi coklat tu tak kena direct contact dengan api dan tidak setitis air atau wap air yang masuk dalam coklat tu, InsyaAllah. Kalau tau teknik yg betul, masukkan dalam microwave pun boleh jugak..tapi tak leh lama2..cukup sekadar ia mencair sedikit, keluarkan dan kacau di luar oven.
9.bibuwilda : Waalaikummussalam. Macam mana lajunya tangan..mcm tu jugaklah lajunya mulut bersembang !!! Gambar yg ditembak guna senapang patah.
10.rozamy : Tak pandang tu sebab maluuuu kot !!
11.Haniss : Eh..bukan kelas kakrinn ni..tapi mamazieza laaa. Kakrinn jadi mamarazzi jer..
12.maklang : Adeh..kelas mamalah tuu. Kakrinn ni saja jer menyibuk..heh heh heh
13.Muna : Sat..nak congak berapa expenses Muna nak kena tanggung kalau kami diterbangkan ke sana
14.shilacupcakes :
15.nabialishad : Keh keh keh...haq di KL pon dia tak dan nak selit..ni nak mai Penang pulak kaa ??? Tak pa tak pa...bila ada rezeki dan jodoh sampailah nanti..kami tunggu dgn kapet hijau kuning !!
ps : Award dah amik..tapi entah bila nak gantung pulak. Tq..muah muah muah.....
16.Ibu NIsa :
17.ina_saly : Ehh...kami lama dah jadik cikgu...cuma anak2 murid jer yang tak de !! Ha hah hah...kantoiiiii !!!! Header haru biruu tuuu....
18.katak ayu : Salam kenal buat katak ayu juga. Ha hah hah...naper "katak ayu" ye?? Apa pun tq sbb sudi jenguk dapur kakrinn dan rajin mencuba resipi.
19.ibeadscollection : Waalaikummussalam. Kita tak retilaaa nak pakai baju bling bling...tapi suka jugak tengok manik2 kat baju tuuu.
20.lynn : Mama tu mana reti letih...ligat aje dia. Siang malam pagi ptg jadual penuh !!!...
21.jeff : Tak berapa rami sangat sebb mamazieza mmg limit the no of participants. Ramai2 nanti suasah pulak nak follow up satu satu...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net