Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-Jul-2008 06:26 Email | Share | Bookmark
Udang Goreng Oats, Asparagus & Udang

 
 
 
Hidangan lauk-pauk yang ringkas waktu makan tengah hari semalam. Semasa Rinn masak Ayam Goreng Oats tempoh hari, ada yang cadangkan Rinn gantikan dengan udang. Naah.... ini lah hasilnya..


UDANG GORENG OATS
Bahan-bahan :
Udang, dibersihkan dan dibelah belakang
Serbuk kunyit
Garam
Tepung gandum
Oats
Garam

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan-bahan di atas.kecuali oats.
2. Setelah udang tersalut rata, golek-golekkan udang ke atas oats.
3. Goreng secara "deep-fry" dengan api sederhana hingga garing.




Tak ramai yang biasa makan dan gemarkan asparagus. Mungkin juga kerana tidak pasti resipi yang sesuai untuk memasak Asparagus. Sebenarnya memasak Asparagus tidak memerlukan masa yang lama kerana Asparagus itu sendiri sudah bersifat seperti ulam dan cukup sekadar dicelur dan dijadikan bahan campuran dalam salad sayuran. Kali ni Rinn tumis ringkas saja.



ASPARAGUS & UDANG

Bahan-bahan :
2 cekak asparagus
200gm udang basah
2 biji bawang putih, diketuk
1 sudu besar sos tiram
1 camca teh serbuk ada hitam
sedikit minyak untuk menumis
2 titis minyak bijan
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih hingga sedikit layu. Masukkan udang dan kacau seketika.
2. Masukkan sos tiram, lada hitam.
3. Perasakan dengan garam.
4. Masukkan asparagus, kacau-kacau seketika sahaja dan sedia untuk dihidang.


Ohh...keringnya lauk-paukku kali ini. Tapi tak mengapalah.. daging masak pedas semalam masih ada lagi. Boleh diperhangatkan semula..




Quote:

BEBERAPA FAKTA TENTANG KHASIAT ASPARAGUS :

1. Asparagus atau dikenali sebagai asparagus officinalis dan berasal daripada keluarga liliaceae, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Ia juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit. Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat gangguan renal.

2. Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut asparajin yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik. Air kencing akan mengeluarkan bau yang luar biasa yang menunjukkan sistem tubuh badan sedang dibersihkan dan buah pinggang berfungsi secara normal.

3. Jerawat merupakan satu masalah dermatologi berpunca daripada pemakanan tidak seimbang dan pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan bergula. Amalan memakan daging dan minum kopi secara berlebihan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Tabiat pemakanan seumpama ini menyebabkan asid berkumpul dengan banyaknya dalam darah. Kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi keadaan itu jika makanan dan minuman itu dikurangkan sekaligus menghilangkan masalah jerawat serta membersihkan kulit.

4. Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

5. Asparagus mengandungi steroidal glikosida yang memiliki efek anti pembengkakan. Satu setengah mangkuk asparagus yang telah dimasak mengandung sejumlah besar asam folik, vitamin C, potassium, dan beta karotin. Asam Folik membantu mengurangi cacat bawaan pada bayi, kanser panggul, usus dan dubur, serta bermanfaat untuk mencegah penyakit-penyakit jantung.

6. Kandungan vitamin C nya sementara itu dapat membantu tubuh mencegah kanser, penyakit jantung serta meningkatkan daya tahan tubuh. Potassium membantu meregulasikan keseimbangan elektrolit dalam sel dan menjaga fungsi jantung dan tekanan darah yang normal.

7. Asparagus tidak mengandungi lemak dan kolesterol.

8. Di Cina, Asparagus telah lama dipercaya sebagai makanan yang memiliki efek aphrodisiac. Catatan mengenai khasiat asparagus banyak ditemukan dalam berbagai kitab pengubatan di Cina. Seorang alkemis bernama Go Hong dalam sebuah kitab klasik Taois pernah menyebutkan kisah seorang pria bernama Du Ziwei yang setelah mengkonsumsi asparagus selama bertahun-tahun jadi begitu perkasa hingga sanggup membahagiakan ke 80 isteri dan selirnya. Du juga sanggup berjalan sepanjang 50 li setiap hari dan berumur panjang sampai 145 tahun.


Quote:

1.MaDiHa : Biasalah..kalau udang tu esp kalau yg besar2 memang ramai peminat heh heh. Kalau asparagus..Rinn aje lah yang minat . Kat tempat Rinn tak de lah mahal sgt..secekak asparagus cuma rm1.50. Rinn rasa yg kecik2 tu lagi sedap..sedap cara sayur laaa. Ni kan sayur omputih..mungkin tak kena dgn lidah melayu...
2.eixora : Selalunya org buat hiasan jer..taruk sebatang dua, especially kat lauk style italian atau french. Menurut kawan Krinn, asparagus mmg bagus untuk wanita.
3.rani : Haa lah tu. Kebetulan minggu ni beli udang banyak..bolehlah mencuba beberapa resipi yang guna udang termasuklah itu cadangan udang oats. Ha ah, rajin2lah makan asparagus utk kesihatan dalaman..he heh heh
4.chek yam : Ha eloklah tuu. Maknya makan ayam aje..ayah & anak2 makan udang..tapi dua2 resipi goreng oats Memang susah nak cari budak2 yg suka sayur. Manjang keret dan kobis. Sayur lain..boleh jeling aje lahhh.
5.cak : Mmg gitu pun cara asparagus dimasak yg sebenarnya. Sayur yg krup krap krup krap.... Memang agak tasteless.
6.maklang : syakali syakali..hentam sajalah maklang !!
7.LeeLin : Tu masih bnyk lagi dlm packet..Selagi tak habis.....
8.Roylazim : Udang pun bnyk lagi kak roy ooiiii...... ..Mcm janji2 pulak u all berdua ni, mai saing-saing.
9.umieaisyah : 1st impression tu penting !! Selebihnya..kemudian kita komen wakakakaaaaaa.
10.afairuz : Tak pe..asal jgn menyelerakkan !!!
11.maylique : Nanti lepas kuliah ..pi carik kat pasar ekkk. Beli..balik masak kat umah sebab kat gerai makan rasanya susah nak ada. Memang tak de puuunnn...
12.kakliza : Bukan nampak senang aje kakliza...memang buatnya pun senang !!! Sesuai utk org yg bz sokmo mcm kakliza nii...
13.zanaz : Kakrinn tak salah ekk... sendiri mai datang dapur kakrinn, sendiri tanggung ekk.. . Alaaaa...100 hari tu sat aje !
p/s : Alhamdulillah, Allah permudahkan semua kelahiran..sampai nak terberanak dlm kereta pun ada, masuk labor room terus bersalin pun ada, tak rasa nak bersalin tapi serviks dah open pun ada..semua2 lah... Kira beranak tu 6 kali, anak ke 2 kakrinn (Boy) meninggal lepas 2 hari dilahirkan cukup bulan dan sifat. Ada komplikasi dalam perutnya. Tinggal 5 anak jer...tutup kedai dah. Uiisshhh...ruginya baru 3 tuuuu. Tak pe..nanti bila tiba masa serik nak hamil lagi tu mesti hilang..esp bila tgk baby chomei2..heh heh.
14.wawa salwa : Ahaksss...cikgu dah mai check !!! Assignment dah siap cikgu !! Pass tak ??
15. aishah@ummiaqil : Heh heh heh..aishah dah ketinggalam shinkansen !!
16.MamaFaMi : Dengan Fp Fp ni rinn oatskan !!!!
17.cik nor wangsa almostfame :Hai cik nor. Heh Heh..malas lah nak cuba jus-jus ni....masak terus ngap aje
18.JO : Ni pun sebab ada lebihan oats utk sarapan pagi dan buat cookies..belasah aje !!
19.Aliza : Seafood ni bukan apa..sebab bnyk yg "gatal"..ditakuti akan menyebabkan kegatalan pada bekas c-sect tu. Kalau tak der effect..heh heh..makan ler, tp kalau jadik apa2 hmmm..kena tanggung ler sendiri. Badan orang ni bukan serupa kaaa.. . Bawak bersabor ye...tak lama tuuuuuu.. !!
20.++FarEast++ : Simple jer ni..
21.kak jie jie : Ha ah laa kak jie jie, bawak bawak kuar laa info2 pasal herba2 akak tuuu...seronok membacanya.
22.myperiukbelanga : Alamak..jgn ko salahkan daku kalau benor matamu dah juling krn udang2ku !!!!
23.ieda pahang : Salam Rejab buat ieda juga. Dalam dunia FP ni macam2 minat dan ragam yg boleh kita dapat. Kalau yg suka masak..mmg FP penuh gambar makanan dan resipi laaaaa. Kalau yg suka travel..penuhlah gambar jalan-jalan dan seterusnya...
24.jasmeen : Udang dan asparagus kat Tesco dan Econsave murah jasmeen ooiiii...Tu yg beli tuuu..
25.hanani :
26.Ana Suzana : Heh Heh...sebelum terhidang atas meja..Kakrinn dah pepak dulu beberapa ekor tau..SSShhhhhhhh !!
27.Haniss : Idea ceduk dari sana-sini.... hmm betul tu, krinn dulu-duluan meratahnya !!
28.boxhousestudio : Jom kita berdua bertanding makan oats!!!
29.diba : Hmmm nampaknya kena catu lah makan udang tu diba oooiiii...
Ok, nnt krinn bgtau pasal pencanai tu ya.
30.hanani :
31.KakLeen : W'salam Kak Leen. Alhamdulillah Rinn sihat2 saja. Masakan ringkas aje ni kak oooiiiii...
32.thekesumreturn : Nanti kita eksport udang murah ke sana, nak tak ???
33.zany : Tak kurus pun tak pe..janji sihat dan cik abg sayang
34.AnisAisya : Masak memang hari-hari masak..cuma ada masanya resipi ulang2 adakala resipi ceduk..ada kalanya resipi baru. Isshh..udang oats tu simple sangat, bila2 pun ANis boleh buat seruuuuuupa tuu !!!
35.Penyulawa : Jangan ditahan-tahan..lekaih pi carik, nanti kempunan..
36.min472 : Apa-apa yg sesuai pun boleh disalut dengan oats niii...sebagai ganti breadcrumbs..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net