Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 27-May-2008 03:26 Email | Share | Bookmark
LEPAT LABU MANIS

1. Rebus.
2. Lecek, campur semua bahan.
3. Gaul sebati.
4. Adunan dan inti.
5. Tutup inti dgn adunan.
6. Siap balut.
7. Sebelum dikukus.
8. Selepas dikukus.
9. Jom makan lepat labu manis.
[b]

Hmmm...sukanya tengok warna pumpkin yang kuning keemasan tu. Tapi kalau makan macam tu saja memang tak sedap. Mulanya ingat nak buat masak sayur lemak labu manis. Akhirnya ku berubah hati lantas pumpkin ini telah kujadikan lepat. Buat sarapan pagi mengiringi hidangan nasi goreng kampungku.


LEPAT LABU MANIS

Bahan-bahan :
Sebiji labu manis ( lebihkurang 1kg berat )
1/4 cawan gula merah
3/4 cawan gula pasir
1 camca teh garam
2 cawan tepun gandum

Inti:
Kelapa parut yg telah dibuang kulit ari
secubit garam

Daun pisang secukupnya. Dilayur atas api.

Cara-cara:
1. Labu manis dipotong bersaiz dadu yang besar dan direbus hingga empuk. Toskan dan lecek lumat.
2. Campurkan gula merah, gula putih dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
4. Sendukkan adunan ke atas daun pisang, bubuh inti kelapa dan tutup semula dengan adunan. Lipat
daun kemas. Kukus selama lebih kurang 20 minit.



Mudah saja kan. Jom sarapan...


Oleh kerana entry kali ni pendek saja, Rinn rasa nak lakukan tugasan tag yang dah lama terperap. Kalau ni assignment lecturer yang bagi, sure dah lama kena demerit. Maap ye puan-puan lecturer cyber sekelian.


Quote:

Assignment pertama datangnya dari mamaaina. Agak kelakar jugak tag-game yang ni. Anak2 pun gelak, dorang kata macam game budak-budak aje..

1.1 minit yang lalu, ape anda buat?
Tutup radio.

2. 1 jam yang lalu, ape anda buat?
Baca akhbar-akhbar alternatif on-line.

3. 1 hari yang lalu, apa anda buat?
Kalau time ni, tengah masak untuk lunch laa.

4. 1 jam lagi, apa anda akan buat?
Ngadap MacBook.

5. 1 hari lagi, apa anda akan buat?
Buat cookies.

6. 1 orang yang terakhir sms kamu?
Cikgu masak kita...dia balas sms kita tadi.

7. 1 orang yang terakhir menelefon kamu?
Dear hubby.

8. 1 makanan yang baru dibeli?
Bahulu Tradisi kat Tesco. Usahaniaga bumiputera. Masak and jual on the spot...sedap.

9. 1 barang yang baru hilang?
Alhamdulillah, semua barang yang disayang masih ujud.

10. 1 cerita yang baru ditonton?
Internal Affairs III..lakonan Tony Cheung & Andy Lau. Rinn minat citer2 kepolisan esp kalau Jacky Chan yg main !!!

11. 1 hal yang terakhir digosipkan?
Dua orang kenalan yang salah seorangnya mengambil kesempatan ke atas yang seorang lagi..sedey

12. 1 kata yang ingin diluahkan..?
Miss my mom.

13. 1 buku yang sudah dibaca?
Kurang minat baca buku. Kalau majalah ok sebab cepat habis. Semalam baru abih baca Al-Islam June isu. Banyak cerita pasal Haji dan Umrah.

14. 1 penyakit yang sering datang?
"Baby Blues". Anak bongsu ku dah hampir berusia 5 tahun tapi kerenahnya bagaikan baby 5 bulan.

15. 1 keinginan?
Punya lebih masa untuk diri sendiri. Kalau dah namanya full-time housewife..hmmmmmmm....




Quote:

Assignment ke 2 pulak dari Aishah yang berada di Nagaoka Jepun tuuu. Jauh-jauh pun sanggup cari krinn sebab nak sambung tag ye..!!

7 Fakta tentang diri saya :

1. Dilahirkan tanpa bidan. Masa mak sakit nak bersalin, mak tinggal bersendirian di sebuah rumah kampung bersama abang sulungku yang baru berusia hampir 2 tahun. Arwah abah kerja. Rumah jauh dari jiran. Tunggu punya tunggu di anjung rumah, tiada siapa yang lalu. Telefon mana lah ada. Akhirnya aku keluar sendiri...Alhamdulillah kami masih diberi peluang hidup hingga ke saat ini.

2. Seorang yang boleh tahan lasaknya.

3. Tak pernah memohon, mempunyai, mengguna dan tidak akan menggunakan kad kredit.

4. Kalau diberi pilihan utk permainan santai, Rinn akan pilih kasut roda.

5. Susah nak mempercayai orang. Rasa was-was tu walau tak banyak ..sedikit mesti ada punya.

6. Dari zaman kanak-kanak hingga usia melewati 40an ini lebih selesa mengenakan jeans. Ada lebih dari sepuluh pasang jeans..Pants ada dua or tiga helai saja !!

7. Tak pernah beli minyak wangi. Koleksi minyak wangi dari dulu sampai sekarang semuanya hadiah2 belaka or husband yang beli wakakaaaaaa....... The latest dear hubby belikan "Mariah Carey" botol purple.



Quote:


Assignment ke 3datangnya dari Puan Lecturer cyber kita, Mak Lang Azie. Haaa...krinn dah register dah maklang ooiii. Manyak soli aarrr... lambat buat assignment !!!


Quote:
Misi CookingBookmark.com

1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.

2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.

3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.
Untuk TAG ini, anda perlu
1. Register di laman www.cookingbookmark.com. Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.

2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.

3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini

Oleh kerana misi ini agak berfaedah maka Rinn bercadang nak teruskan kesinambungan misi ini. Izinkan Rinn tag rakan-rakan cyber yang ini pulak ye...

1. WIZ

2. BRO ROZZAN

3. AUNIDAYINI




Quote:
1.wiz : I understand ur bzness. U dah terima assignment tu pun it's fair enuf. Make sure u have good rests each day ya... If u r sick, abihlah cripple the whole house !!
2.Lee Lin : Krinn ni murid contoh !!! Kumpul homework bnyk2 baru nak buat, baru lah nampak rajin !!!
3.domainbro :
4.munirah : Ari tu dah buat yg tak bubuh gula merah. Kali ni teringat nak bubuh pulak...Nnt krinn pi ushar ye !
5.naz :Waalaikummussalam dan slm kenal buat naz juga. Oooh..pasal nama tu ka? Itu adalah gelaran yg diberi pada krinn masa berboss kan Japanese dulu. Ia menggambarkan panggilan manja..dan nakal macam shinchan wakakaaaa...Thnx la naz ye, rajin jenguk fp krinn yg tak seberapa ni.
6.chek yam : Hmmm...pumpkin ni mmg boleh buat mcm2, terpulang pada selera kannn.
7.yus : Tak de pengukus boleh guna kuali jer..or periuk besar atau periuk nasi. Masukkan air sedikit lepas tu letak apa2 benda ( tinkosong, wire rack kecil tempat tenggek kuali panas)yg boleh tenggekkan bekas tempat letak lepat tu. Lepas tu tutup kuali atau periuk, jadilah pengukus.
8.umi-kal : Kalau rinn masak sayur lemak labu sure tak tarik perhatian anak2 utk mkn, bila buat lepat ni boleh tahan jugak diorang mkn. Nampaknya auntie kena balik Mesia dulu laa kalau nak ke kelas cookies.
9.rani : Waalaikummusslm rani. Kalau ikutkan mmg lepat pisang lah yg paling fevret antara semua. Ni saja try dan rasanya tak lah mengecewakan sgt. Pasal tulih resipi cara mcm tu tu bukan apa..kekadang bila tulih resipi saja, ada saja yg blurr. Bila bubuh gambar2 at least dpt lah gambaran sebenar. Ho Ho...iye iye..oren feberetku !! Hingga terlebih2 tenaga..
10.kamalina : Rasa mcm labu laaa heh heh.. tp bila dah kena dgn inti kelapanya tu..lagi terangkat. Siap boleh cicah lagi ikut luar.
ps : Tag game ni kekadang mcm satu cara nak mengenali diri seseorang itu secara lebih dekat...
11.ummi : Kalau malas nak buat pi beli saja lah..tapi susah jugak nak dapat kat gerai kuih. Tak payah ratakan..just tuang dan goyang2kan pinggan kek bagi topping tu meleleh sendiri ke serata permukaan. Tapi yg di sebelah tepi tu kenalah touch-up sikit ya.
12.yati-m : Lepat labu ni mmg sesuatu yg biasa cuma jarang-jarang sgt nak dpat di gerai kuih. Kebanyakannya masak di rumah aje.
13.nor : Kita dgn lepat labu..kalau mat salleh dgn pumpkin pie nya...filipino diorang masak apa agaknya ye nor ??
14.afairuz : Haaa....kena carik tuu !!
15.azura asri :
16.umieaisyah : Lepat liat biasa tengok tp tak berapa suka sgt.
17.gee harun : Duduk rumah ni sebenarnya keje round the clock...walaupun our time is flexible. Ok lah..selalunya kalau anak yg kecik tu tidur bolehlah ada masa sendiri. Itu pun mist of the time buat house chores atau masuk dapur buat experiment heh heh. Malam kalau diorang tidur..barulah lipat kain sama tgk tv...sampai terlelap2 sbb dah penat n ngantuk !!! Iye lah, mungkin gee dah biasa keje...sampai hampir mati keboringan di rumah ye. Pi keje pun ok jugak..utk kepuasan sendiri.
18.MamaFaMi : Ade ade aje mama ni laaa... Pakkal lah mama tu sensorang aje kat umah dgn papa nya..kalau anak ramai kat umah..maunyer tak menang tangan buat makanan !! Tgk lepat labu aje..mesti nak buat semua..lepat pisang, lepat labu, lepat ubi, lepat liat..etc etc...sebab ramai yg nak makan..kannn kannnnn..... Silap2 nak rasa pun tak sempat. Semua dah kena sapu habis !!!
19.wilda : Kalau kreatif mcm2 makanan boleh jadi dgn pumpkin ni.
20.nhalilah : Elok sungguh tu..ajar anak mkn yg fresh bukan instant food.
21.maklang : Ari tu krinn buat mmg tak bubuh gula merah..kali ni saja jer. Lebihkuang saja rasanya. Heh Heh...tu mesti projek baking cake/muffins/brownies....or ada projek lagi baguih punya kaaa..!!!
22.zai kulim : Eh..idak lah. Selalu jugak krinn jenguk cuma tak tinggal jejakje heh heh heh.... Hidup org muda mcm zai ni ligat selalu ke sana ke mari ye..!! Nnt krinn jenguk lagi..jgn risau.
23.Bonda : Ala la la la ..bonda niiiiiii....malu-malu konon. Kat belakang bonda bukan ada saper..cuma dinding dan tingkap jer. Tambah pi lah..!!
24.Muna : Hu Hu..hantu labu ???...Mcm Halloween ye...
25.nn : Pada yg suka pumpkin mesti akan suka punyer...
26.roylazim : Rinn nak suggest jer..kalau akak nak try, cuba without the gula merah dulu..sebab kalau bubuh gula merah rasa pumpkin tu ada lariii sikit heh heh heh... Sedap mmg sedap. Kita kan suka kuih-muih melayu niiii....
27.zira : Betul tu..
28.nabialishad : No alasan lagi..pi buat cepat !!!
29.nabialishad : Senang jer..masa nak beli tu suruh aje orang tu belah labu tu kata nak separuh or suku ke. Kalau beli sebijik bulat bulat mmg tak nampak isi. Then boleh lah intan tgk isinya. Kalau padat elok, isi tebal dan warnanya mengancam kuning keemasan...haaaa dia dah lah tu !!!
30.jasmeen : Aiiyyooo...koci labu ka?? Nak wat koci biasa or yg pulut hitam tu pun dok tertangguh-tangguh lagi. Hmmmm..nnt bila2 krinn cuba ekkk.
31.zanaz : Kuih-muih lama tiada tandingannya kalau nak banding dengan kuih-kuih moden ni zanaz. Kalau kita tak saling memperingati dan buat..rasa2nya akan hilang ditelan zaman. Nanti anakcucu cuma kenal karipap dan pau aje
32.cak : Tapi kalau nak banding mmg sodap yg gula putih aje. Ni saja gatai nak menerai..heh heh heh.. Mmg suka buat tapi daun pisang tu yg jadik masalah. Bukan ada pokok pisang kat blakang umah !!
33.chendana : Begitulah fakta tentang diri krinn, Ha ooiiii. Sebenarnya bnyk lagi tp dah org assign 7 aje..kita tulislah 7 heh heh. Iye.....ahli kelab 66, mcm yg kak ida merpati selalu uar-uar kan tuuu. Huish..ngidam lepat labu???...Kena carik tuuuu.....
34.dyla : Heh Heh... nak bagi pun kita kat alam maya, camner ekk ???
35.boxhousestudio : Rinn sume-sume pun minat...Suka makan dan jarang tolak rezeki..yg halal lah kannn..!!!











View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net