Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 16-May-2008 15:52 Email | Share | Bookmark
MAS DELIGHT COOKIES CLASS 10TH MAY 2008-EDISI COOKIES

SAMARINDA
FROZEN KENARI
SANDY KEJU
SWEET PANDAN
CHOCOLATE OATS
CASHEW NUT SUGEE
CHOCOLATE CRUNCHY
TART GUNTING
CHOCOLATE CHIPS
COCONUT CRUNCHY
KESUMA HATI
TOASTED COCONUT
WINTER SONATA
LOVELY SNOW PRINCESS
COKLAT KELAPA BADAM
Kesemua 15 jenis biskut ini berjaya disiapkan dalam tempoh masa lebih kurang 6 jam. Sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan resipi, sila hadir sendiri ke kelas-kelas masakan Mas Delight seterusnya. Gambar-gambar ini sahajalah yang dapat Rinn kongsikan bersama sebagai memberi gambaran bagaimana setiap jenis biskut itu dibuat. Selamat menjamu mata....




Biskut ini telah lama popular. Terdahulu Ia pernah muncul dalam satu lagi versi di mana coklat koko digunakan sebagai base dan coklat putih pula digunakan sebagai lorekannya. Rasa biskut Samarinda ini agak manis kerana kehadiran coklat putih yang banyak. Dari segi penampilan memang menarik.





===================================================================================================



Biskut ini pernah "meletup" beberapa tahun kebelakangan ini. Rinn saja yang baru pertama kali tahu dan merasa. Memang sedap tetapi kaedah penyediaan agak renyah kerana penggunaan meringue sebagai topping itu telah membuatkan biskut ini agak sukar dipotong. Walaupun menggunakan loyang ber"cutter" tetapi fungsi cutter itu hanyalah sebagai penanda petak-petak biskut. Di akhir kejadian, biskut masih perlu dipotong semula menggunakan pisau "cutter" atau pisau lipat dua kupang. Jangan gunakan pisau yang agak tebal. Ini bakal menyukarkan kerja-kerja pemotongan. Dari segi rasa memang sedap.





===================================================================================================



Biskut ini agak berbeza dari biasa kerana rasanya yang bermacam-macam. Ada manis, lemak dan masin macam gula-gula nano-nano...cuma tak de rasa masam saja. Jangan tak tahu ada kandungan bawang goreng dan kerepek kentang "pringle's" di dalamnya.









===================================================================================================



Walaupun biskut ini menggunakan pandan paste tetapi dari segi rasa tiada pulak begitu terasa kehadiran perisa pandannya. Kelainan adalah pada penggunaan "arrowroot" flour atau menurut seorang kawan di dalam kelas ia dikenali sebagai tepung sagu, dan juga penggunaan serbuk horlick. Rinn masih tak dapat nak kenalpasti bagaimana kedua-dua bahan itu sepatutnya terasa ketika memakan biskut ini.







===================================================================================================



Sebagaimana nama begitulah rasanya. Agak rapuh dan sesekali terasa seperti memakan biskut kelapa yang biasanya dijual dalam bentuk bulat-bulat leper dan diameternya bersaiz lebihkurang tin susu. Tetapi di dalam kelas ini ia hanya lah bersaiz seperti sekeping syiling dua kupang.









===================================================================================================



Bahan-bahan yang digunakan amatlah ringkas dan ia juga tampil tanpa make-up. Pengunaan minyak sapi dan cashew nut menambahkan lagi keharuman dan kesedapn biskut. Tak perlu apa-apa hiasan sebab ia memang sepatutnya polos.









===================================================================================================



Sekilas pandang mungkin ada yang akan mengatakan ia serupa seperti biskut Almond London yang evergreen itu. Apa pun resipi ini menggunakan "choco balls" sebagai intinya, bukan kacang almond. Penampilan menarik sebab ia dicelup coklat koko dan dilorek dengan coklat putih.









===================================================================================================



Kuih tart memang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Sungguhpun ia muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa tetapi Rinn percaya ia masih mengekalkan rasanya yang asal. Penggunaan butter yang terpilih pastinya membuatkan tart gunting ini terasa lebih rapuh dan wangi. Penggunaan jem nenas yang sedap juga menambahkan lagi kesedapan.









===================================================================================================



Yang ini pun all-time-favourite. Walaupun ia mendukung satu nama yang sama, dari segi resipi memang tidak dinafikan ada pelbagai. Yang penting mesti ada chocolate chips dan badam kisar..barulah ummmmph !!! Penggunaan serbuk koko import adalah disyorkan untuk menjamin rasa koko yang lebih enak dan aroma yang lebih membangkitkan rasa.








===================================================================================================



Sangat terasa kelapanya. Begitu rangup dan harum dek kehadiran "toasted coconut". Hiasan biskut ini boleh dipelbagai tetapi kali ini ia dihias dengan lorekan coklat putih dan taburan manik-manik berwarna.









===================================================================================================

Dari segi nama memang tidak kalah. Dari segi rasa biasa sahaja. Warna yang agak menyerlah dengan penggunaan pandan paste dan sebagai hiasan diletak gula warna merah berbentuk "heart". Tidak menggunakan acuan terap, sebaliknya lebih mudah mem"pipe"kan doh menggunakan icing bag & nozzle. Boleh dipaip terus ke dalam papercup kecil atau dipaip membuat bentuk swirl atau bentuk landak.










===================================================================================================



Satu lagi resipi yang menggunakan kelapa parut tetapi kali ini hanya kelapa parut kering(dessicated coconut) yang biasa digunakan dalam doh. Tetapi hiasannya, masih mengekalkan penggunaan "toasted" coconut.










===================================================================================================



Wow...namanya begitu mengundang nostalgia zaman kegemilangan drama Korea, Winter Sonata. Mungkin kerana warnanya yang putih di luarannya. Doh biskutnya sedap sebab ada nestum...dan ada inti hazelnut.








===================================================================================================



Bahan-bahan biasa untuk menghasilkan doh gebu rapuh dan berwarna hijau. Penyudahnya adalah salutan susu tepung dan gula icing. Dari segi rasa, ok jugak. Bukan main lagi nama resipi ni ye...Lovely Snow Princess.









===================================================================================================



Seakan-akan sama dengan chocolate oats cuma ia tidak menggunakan quacker oats. Tampil menarik dengan hiasan kuaci hijau dan acuan terap berbentuk seperti ladam kuda.





Rinn sengaja tidak menyertakan gambar-gambar aksi para peserta kelas. Tunggu pada episod akan datang ya.....


Quote:
1.kamalina : Iyeee...heh heh. Ni mesti dah baik demam..boleh mai awal ke dapur krinn. Mana nyer rajin aimi oooiii...ni pun sebab dekat..kebetulan di tempat yg sama masa belajar ciskek. Ha ah laa...kan harga barang bnyk yg naik..Sure nanti harga kuih raya pun melambung2..Dah belajar ni bolehlah buat sendiri. Dulu pun buat sendir gak tapi resipi tak berapa bnyk yg sedap. Biznez???..Heh heh..tgk keadaan....
2.kak anum : Lepas ni masih bnyk lagi kelas2 masakan kak mas. Cuma tempatnya sajalah tak pasti mungkin ada yg dekat dgn tempat kak anum. Info boleh rujuk kat fp http:lynnhassan.fotopages.com ya.
3.watie : W'salam. dessicated coconut tu yg kelapa kering putih. Yg ni kat supermarket pun ada jual. Toasted coconut pulak, kelapa kering yg dah dipanggang. Rupanya macam kerisik yg belum ditumbuk hingga berminyak tu. Kat supermarket tak ada. Kena beli kat kedai bahan2 bakery, itu pun tak semua kedai ada..hmmmm, kena pi carik lah di mana2 ya. Kalau buat sendiri tak sama sebab tak sama kegaringannya..
4.ida isk : Tak semudah itu nak jadik toke ida ooiii. Anak bongsu ku itu bnyk kerenah. Tp kalau diizin Tuhan insyaAllah...setakat biskut raya mungkin boleh.
5.Ana : Itu pun edit cincai aje Ana sebab bnyk sgt !! Mujur tak lupa nama2nya. Ayoiii...aksi ikan duyung tu tak leh kot...nanti ikan duyung malu pulak, dia lari balik masuk dasar laut !!
6.sue : Heh Heh... nanti pikir dulu ya.
7.kak jie jie : Itu sajalah yg boleh share, kena jaga amanah utk simpan resipi2.
8.jeff : Yg penting homemade dan tak was-was akan halal haramnya. Sekrang ni dah mcm2 cerita pasal makanan yg dijual. Seboleh mungkin cubalah buat sendiri.
9.zaiy : Tak raya pun boleh makan kukis juga... dah jemu dgn chips more dan julie's, bolehlah cuba homemade kukis pulak. seronok tau buat sendiri..berbau wngi aje satu rumah...
10.liana@mama daniel : W'salam. Selalunya pun buat sendiri sebab yg dijual agak mahal cuma kali ini dapat belajar lebih bnyk jenis. Dulu asyik2 buat yg sama aje...Samarinda tu agak manis sebab guna coklat putih. Kalau shortbread yg biasa tu, guna coklat koko...caranya lebihkurang jer.
11.dewisoulha : Nanti dewi check kat fp http://lynnhassan.fotopages.com ye. Info ada kat situ.
12.MaMaAina : Haaa...itulah, Rinn dah ajak tapi mamaaina nak pi kelas kek yg lain. Dgrnya bukan kelas kek pulak ye..hmm, tak pe lenkali kalau ada lagi, rinn bagitau ye. Tgk gambar lawa barulah ada selera nak makan dan cuba buat !!!
13.MaMaFaMi : Jamu mata pun seronok jugak ma... Kan kita-kita ni suka jamu mata... bukan window shopping je, but cyber shopping !!!
14.jasmeen : Buat kukis la cepat dapat bnyk sebab sekali bakar dapat satu dulang !!! Nanti krinn check ye..kalau krinn buat lebih bnyk baru boleh jual
15.umai : Salam perkenalan juga buat umai. Thnx sudi jenguk dapur krinn..resipi biasa2 aje. Sila lah link.
16.ciku_nunu : Bila dapat makan lebih terasa kerangupannya ....
17.boxhousestudio : Amanah kena jaga. Ni rinn share setakat yg boleh jer. Kalau ada yg boleh dimanafaatkan, Alhamdulillah. memang resipi yg sama Kak Tun. Sebelum ni pun Rinn dah rasa masa pi kelas ciskek. Kak Mas bawak sbg sample hidangan.
18.mommy izzdanish : Raya kat perantauan lagi kali ni ye syima. eloklah tuu kalau nak cuba buat sendiri tapi kena make sure bahan2nya betul dan halal. Kat tempat org ni susah jugak kalau nak cari bahan. Sebaiknya bila balik sini bulan depan, belilah apa2 bahan yg patut. Lebih baik bawak pi bahan mentah dari suruh pos kuihraya siap..silap2 haribulan dapat serbuk aje nanti !!!
19.F&Z : Heh Heh...kak fazi mmg sentiasa menjadi "kesuma hati" keluarga !!
20.Ida Natrah : Pi kelas dulu Ida baru boleh dapat ori resipi.
21.ina_saly : Heh Heh.. Sekali belajar sampai 15 jenis sampai naik fening nak ingat nama2nya. Mana lagi nak concerntrate tgk Kak Mas explain, nak tgk cara buat..nak amik gambar lagi...kelam kabut krinn masa kelas tuu...tp tetap ceria dan excited. Aiyyooo...nak order ngan krinn??? Ina kan toke bakery !!!
22.An iaaini : Silalah simpanbuat kenangan. Gambar aksi peserta adalah sikit-sikit tapi kena jugaklah sensor....nanti tuanpunya diri marah pulak kalau publish gambar tak tentu hala !!! Kelas july tak pasti lagi.
23.Bonda : Khabarnya gitulah..ada kelas kek lagi july nanti. Details kurang pasti, tunggu iklan ye.
24.RFAH : Saja nak belajar biskut2 yg berlainan jenis. Taklah nanti asyik2 biskut yg sama je kan.
25.azura asri : Heh Heh..menarik utk menjamu mata !!
26.zira : Kelas2 Mas Delight ni bila2 masa pun ada ikut jadual cikgunya lah. Dibuat selalunua di sekitar KL & Lembah Kelang. Sesekali naik ke Penang atau turun ke N9 dan Johor. Zira boleh check info kat http://lynnhassan.fotopages.com
27.nor : Ha ah..sampai 15 jenis sekali belajar sampai jammed tekak nak rasa semua sekali gus ! Tp mmg sedap2 lah ikut selera masing2. Nak order kena tunggu krinn buat lebih..entah2 nakbuat utk diri sendiri pun tak dan !!
28.Mak Teh : Heh Heh...Sinnchan tu anak sedara Rinn yg nakal !!! ..lawak je noooo. Hebatlah Mak Teh ni..mai kelas online aje pun dah buleh nak buat kukis niii...
29.mamasya : InsyaAllah, masih dok berkira-kira pasal nak amik tempahan sebab tak pernah lagi pun !!!
30.maklang : Biskut sedap mmg lah kena taruk harga..lagipun barang2 semua dah mahal. Krinn pun belajar ni sebab nak buat sendiri..ada mcm2 rasa dan pattern..mmg menarik bila dipandang. Memang dah lama tak beli kuih raya kecuali kerepek2..Kalau buat pun yg mudah2 aje. MakLang buleh reka ala-ala pattern biskut ni..resipi, maklang kan pandai merekacipta heh heh ...
31.chek yam : Biskut2 ni penyeri meja time raya. Mungkin orang2 dah tak berapa makan sgt..mcm krinn kalau raya suka rembat kerepek2 n kacang2 jer... Yg seronoknya nak membuat tuuuu.....
32.Linda@anna kaori : Sg Dua tu selalu lalu cuma tak tau je umah Linda ! Oikk..attend kelas kek/kukis mana buleh slim...kalau attend kelas aerobik iye lah kot !!!
33.Narizz :
34.Ouled Kenitra : Boleh saja Pak, jamah syikit2 jangan sampai kempunan udah ya Pak !!!
35.Mohd Azhari Azizan : KakRinn hari-hari raya..!!! Sebab hari-hari makan kek & kukis... Kalau bukak gerai ade ke yg nak singgah beli???
36.munirah : Hmmmm...itu dpat rasa je. Kami dapat belajar lagi. Dan ada extra resipi yg best2 pulak tu. Tat gunting tu mmg seronok membuatnya sampai masing2 teringin nak cuba. Nanti tgk gambar next entry ya.
37.Haniss : Cookies ni awal2 raya tak berapa laju sgt sebab orang dok tibai ketupat & rendang. Bila dah hujung2 raya nanti baruuuuuu lah orang dok korek balang kuih yang dan berserdak !!
38.misliha : W'salam Kak Mis. Rinn simpan bnyk resipi cookies tapi kalau buat tak pernah dapat yang sedap kecuali lah kuih2 yang popular mcm kuih makmur,shortbread, semprit etc. Bila pi kelas macam ni barulah kita tahu tips & tricksnya. Yang seronoknya dapat resipi2 yang reliable. Iklan tu mmg menarik lah Kak Mis !!
39.nabialishad : Jadik reporter pencen ekkk...
40.humyrah : Kalau humyrah duduk di sekitar Lembah Kelang tak susah nak carik kelas2 baking ni cuma kena pandai carik je.
41.pakpacak :
42.azurahakim : Aiiyoooo...bekfas kat alam maya lah ni ye. Syiannya..mana lah nak kenyang..Kelas2 ni bnyk ada di sekitar Lembah Kelang/KL. Kena rajin carik jer.
43.mOknDa : Rajin2 lah check kat http://lynnhasan.fotopages.com ya sebab kelas ni anjuran auntie dia. Tempat2 lain pun sebenarnya ada jugak..cuma kena rajin check dan carik. Waaaa...tu lah pasalnya, kena rajin cook n bake at home, bila tgk anak2 n suami makan dan diorang puji sedap..kita tentu rasa berbaloi buat kan.
44.roylazim : Thnx akak. Sebenarnya Rinn masih tak puashati lagi dgn hasilnya tuu. Boleh buat lebih baik sebab Rinn bukannya pi kelas as a photographer buat as a student cabuk!!. Terkejar2 jugak..mana nak tgk cikgu ajar..mana nak klik sana klik sini. Main snap snap aje kak...ikut gerak hati.
45.gee harun : suji tu mmg sedap punnn...
46.afairus : Heh Heh...meh kita raya dulu dgn kukis-kukis niiiii....
47.mummy jam : Taklah...rinn cuma pi belajar. Nak tambah koleksi resipi tp tak taulah pulak kot later nak berbiznez. Nampak macam teringin gak nak cuba niaga..
48.srsfeqah : Dah diorang ajar sampai 15 jenis dalam satu kelas..mananya tak meriah !!! Kita raya dulu yaaa....
49.watie : Mmg sedap2 dan bnyk pilihan rasa. Nak join kelas kena rajin-rajin check kat fp lynnhassan ya. Tu kelas auntie dia yg buat.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net