Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Apr-2008 09:13 Email | Share | Bookmark
DEMO CLASS CHEESE CAKES & BUTTER CAKES

Meja demo
Kak Mas
Kek Lapis Cheese
Winter Sonata
Toasted Coconut
Lovely Snow Princess
Chocolate Oats
Samarinda
Kesuma Hati
Coklat Kelapa Badam
Coconut Crunch
Cashew Nut Suji
Toffee Caramel Cheese Cake
Oreo Baked Cheese Cake
Chilled Black & White Cheese Cake
Chocolate Blueberry Cheese Cake
Mini Brown Cheese Cake
Butter Cake
Butter Cake
Soft Marble Cake
Soft Marble Cake
Emulco Chocolate Cake
Emulco Chocolate Cake
Emulco Chocolate Cake
Cheese Butter Cake
Cheese Butter Cake
Sweet Corn Butter Cake
Sweet Corn Butter Cake
Pandan Butter Cake
Pandan Butter Cake
Banana Cake
Banana Cake
Seronok rupanya pi kelas masak-masak ni ye . Kali ni Rinn melapangkan diri dan minda untuk sama-sama memeriahkan kelas Cheese Cakes & Butter Cakes anjuran Mas Delight di Prai, Penang pada 12hb Apr 2008 yang lalu, bertempat di Apartment Pesona, Tmn Pauh Jaya yang dimiliki oleh Puan Suhaiza. Walaupun pertama kali menjadi host untuk acara begini, Puan Suhaiza sedaya-upaya memberi yang terbaik demi keselesaan tetamu-tetamunya. Terima kasih yang tidak terhingga buat beliau. Harap tidak serik untuk menerima tetamu yang suka "layan diri" macam Kak Rinn ni




Rinn sampai bersama dengan Rani dari Changlun yang menunggu Rinn di Tol Sg Dua bersama hubbynya untuk konvoi bersama kerana Rani tidak pasti lokasinya. Rinn pun main agak-agak lokasi kejadian, Alhamdulillah..agakan Rinn tidak meleset dan kami selamat sampai sebelum kelas bermula. Sampai di sana EJ pulak called, katanya tersesat tetapi setelah diberi petua EJ pun selamat sampai juga.




Yaa..mari Rinn perkenalkan Cikgu Masak kita pada kali ini. Namanya Kak Mas..puan punya Mas Delight yang memang terkenal dengan kek-kek dan biskut-biskut yang lazat dan enak. Beliau ini sebenarnya adalah auntie kepada toke cupcakes kita yang popular tu, sape lagi kalau bukan lynnhassan . Sesampainya kami di sana, sementara menunggu semua tetamu hadir kami dijamu dengan kuih-kuih raya tajaan Mas Delight...Hmmmmm, enak-enak belaka !!! Rasa macam raya lah pulak..



Sedikit sentuhan dan bahan berbeza diadunkan pada setiap adunan kuih-kuih raya ini, telah memberikan kelainan dari segi rasanya. Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah order dengan Mas Delight ya. Boleh juga rujuk kepada lynnhassan.



Di kelas ini tidaklah ada kata-kata aluan dari Puan Host atau Cikgu Masak kita kerana sebelum kelas bermula masing-masing sudah bersuai-kenal secara informalnya. So, kelas terus bermula dengan lancar dalam suasana yang santai. Sambil tangan ligat mengadun bahan..mulut Kak Mas pun tidak henti-henti memberi penerangan. Setiap soalan dijawab dengan hati yang terbuka. Setiap tip and trick diperjelas satu -persatunya. Lihat sajalah...begitu tekun anak-anak murid memberi tumpuan, cuma Kak Rinn ni aje yang sibuk klik sana klik sini...



Antara teknik menarik yang diguna untuk mengasingkan putih telur dari kuning telur. Kami amat teruja melihat kecekapan asistant Kak Mas iaitu Sue, melakukan kerjanya dengan pantas dan tanpa rasa kekok. Mana kan tidak, menurut kak Mas, Sue sudah lebih dua puluh tahun bersamanya mengendalikan kelas-kelas masakan yang Kak Mas anjurkan. No wonder lah dia bagaikan wonder woman !!!



Sedang asyik mixer memutar adunan tiba-tiba kedengaran bunyi yang agak ganjil dan bising dari dari alat pengadun itu. Rupa-rupanya..salah satu dawai whisker tu dah patah dan tercabut !!! Fuh...sampai begitu sekali mixer tu bekerja !!
Mujur tidak berlaku apa-apa kejaidan yang tidak diingini, kalau tidak kenalah para peserta silih berganti memutar adunan dengan hand whisker




Apa-apa pun kerja harus diteruskan. Sedikit aksi "Mc Gyver" telah diselitkan dan mixer itu terus dikerah untuk bekerja tanpa sebarang masalah. Akhirnya kek keju kami yang pertama berjaya dihasilkan, iaitu TOFFE CARAMEL CHEESE CAKE. Kek ini adalah dari jenis "chilled" atau "non-baked". Kelainannya terletak pada penggunaan toffee caramel iaitu gula hangus yang masih panas dimasukkan kacang badam cincang dan dibiarkan mengeras pada suhu bilik. Kemudian di patah-patahkan dan campurkan sekali dalam adunan cream cheese filling sebelum disejukkan.




Sementara menunggu Toffee Caramel Cheese Cake membeku, Sue dan Kak Mas sudah bermula dengan cheese kek yang kedua iaitu BLUEBERRY CHOCOLATE CHEESE CAKE. Kek ini dari jenis "baked". Walaupun ada perkataan "chocolate" di situ dan sepatutnya kek ini kelihatan berwarna koko tapi Kak Mas dah buat ubahsuai dengan meletakkan lapisan coklat tersebut di antara cake base dan cream cheese filling. Permukaan kek di lorekkan dengan coklat juga untuk tidak nampak begitu polos. Walaupun begitu, lorekan hilang dari pandangan setelah permukaan kek ditutup dengan blueberry. Blueberry filling ini pun sepatutnya dicampur sedikit ke dalam cream cheese filling tetapi ia tidak dilakukan untuk mengelakkan kek dari kelihatan comot-comot apabila dipotong nanti. Rasanya adalah seperti baked cheese cake yang selalu kita buat tuu.



Kek ketiga ini diberi nama CHILLED BLACK & WHITE CHEESE CAKE. Tak pasti kenapa namanya begitu kerana dari segi rupa tidak berwarna hitam dan putih. Mungkin hanya simbolik kerana terdapat dua gabungan warna di situ iaitu warna batter cream cheese yang asal dan batter yang dicampur dengan NUTELLA. Ia mempunyai gabungan rasa masam-masam manis juga kerana ada campuran air buah-buahan dari dalam tin. Dalam kes kami, air buah ini telah diganti dengan orang paste. Jenis chilled begini seolah-olah seperti memakan puding.




Kek keju keempat dikenali sebagai OREO BAKED CHEESE CAKE. Obviously because ia menggunakan biskut Oreo yang hitam legam itu sebagai base dan digaul juga sedikit ke dalam adunan cream cheese fillingnya. Walaupun hitam legam tapi ia memberikan rasa yang cukup NGAM dengan cheese yang masam-masam manis tu. So, tak de lah muak sangat sebab ada rasa pahit-pahit biskut oreo. Cream biskut oreo yang putih tu kena buang dulu ya sebelum dihancurkan !!!




Last but not least adalah MINI BROWN CHEEE CAKE ini. Dibubuh dalam acuan yang kecil dan dibakar secara "water bath" . Memang kaya dengan rasa cheese yang hampir 100% cheese. Makan sikit pun dah terasa kelemakannya. So, jangan makan banyak-banyak pada setiap kali hidangan.


Kami diberi peluang merasa setiap jenis cheese cake yang didemokan setiap kali siap dimasak. Dah lah dapat merasa, boleh bawak balik lagi dalam jumlah yang agak "mewah". Banyak ooooooo.... Seronok kerana balik boleh share dengan hubby dan anak-anak.




Lihatlah dua orang adik-adikku ini...sama montel dan comel, bukan macam Kak Rinn dia yang kurus ni..tapi tak kering ya !!! Time kelas kedua-duanya serious aje tapi setelah selesai semuanya..senyum meleret bila digambar. Macam tuuuu lah.. Dengan EJ dah biasa jumpa tapi dengan Rani baru pertama kali. Dapat bertemu juga dengan Sabrina dari Bayan Baru, Aini juga dari Penang dan Fauziah..ingat-ingat lupa dari mana. Ada juga seorang jejaka bernama Azri, khabarnya kawan kepada EJ..He was the thorn among the roses. Biasalah, kan ramai chef-chef terkenal kita adalah dari kaum Adam.




Kawan-kawan kelas ciskek yang dah ready nak pulang dan ada jugak yang stayed back untuk sessi sebelah petang. Rinn sambung sessi sebelah petang untuk kelas BUTTER CAKES.

Sepatutnya Mamazieza turut serta dalam kedua-dua kelas ini tetapi disebabkan suami tersayangnya terpaksa dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab kesihatan, mama terpaksa tarik diri di saat-saat terakhir. Kalau tidak, pasti lagi gamat suasana. Apa-apa pun mari lah sama-sama mendoakan yang terbaik buat keluarga mamazieza.

Ok, untuk sessi BUTTER CAKES, Kak Mas lebih menumpukan kepada cara yang betul untuk memukul adunan menggunakan pilihan "beater" yang sesuai sama ada "Whisker" atau "K-Beater". Selain itu jangkamasa untuk putaran mixer jugak diambilkira untuk memastikan kek akan naik dengan elok apabila dibakar nanti. Bancuhan menggunakan electric mixer, handwhisker atau bare-hand juga ada ditunjukajar. Kepada yang ingin tahu dengan lebih lanjut, boleh mendaftarkan diri untuk kelas-kelas BUTTER CAKES yang berikutnya ya. Rasanya hadir sendiri ke kelas adalah lebih bagus untuk mendapat penerangan dan tunjukajar secara langsung dari tenaga pengajar.




Antara petua yang dikongsi bersama adalah biasakan mengayak serbuk koko dahulu sebelum mencampur ke dalam batter untuk mengelakkan dari berketul-ketul. Kalau tidak diayak bila dibakar nanti akan kelihatan bintik-bintik hitam seperti tahi lalat pada kek kita




Putar adunan hingga betul-betul kembang ya... !!




Butter cakes dalam proses pembakaran. Selalunya Butter cakes menggunakan suhu 180 darjah celcius tetapi bergantung juga kepada jenis oven yang anda gunakan. Oven Puan Suhaiza agak besar, boleh bakar kek dalam 8 loaf tin dalam satu-satu masa, 4 tin di rak atas dan 4 tin di rak bawah.




Kek pertama yang dihasilkan adalah SOFT MARBLE CAKE. Belang-belang dari warna plain butter dan koko. Kek yang sedap dan lembut dengan aromanya yang harum.




Yang ini pula adalah BUTTER CAKE yang biasa kita jumpa. Walaupun dari segi nama dan rupa kelihatan agak mudah untuk dibuat tetapi kalau silap memutar adunan, kek tidak akan naik gebu.




EMULCO CHOCOLATE CAKE yang memang all time favourite sebab ianya adalah species kek coklat. Apa-apa dengan coklat pasti menjadi kesukaan ramai. Penambahan coklat emulco memberikan bau coklat yang lebih kuat. Menurut Kak Mas, selepas sehari dua kek ini akan lebih moist.




Walaupun namanya CHEESE BUTTER CAKE tapi kek ini tidak tergolong dalam kategori cheese cake. Kalau tidak, mesti Kak Mas akan ajar masa sessi kelas cheese cake tadi. Rasanya seperi butter cake yang ada perasa cheese...mudah aje. Yang menariknya Cheese Butter Cake ini turut dibakar dengan cara "Water Bath"...hmmmm. Agaknya butter cake lain boleh tak di "water bath" kann..???




SWEET CORN BUTTER CAKE ini agak istimewa kerana jarang-jarang kita dapat berjumpa dengannya. Kelihatan seperti butter cake dari luarannya tapi dapat dibezakan bila kita lihat ada serpihan-serpihan biji jagung. Baunya harum jagung dan rasanya sedap.




Rinn paling suka PANDAN BUTTER CAKE ini. Masa dibakar lagi sudah berlegar-legar harum baunya di sekitar ruang rumah. Apa yang menarik terdapat campuran kelapa kering dalam adunannya dan sebagai topping juga ditaburkan dengan kelapa kering yang telah digaul dengan sedikit butter. Kelapa kering yang garing ini menambahkan lagi aroma kek ini. Warnanya juga menawan.




Kak Mas akhiri kelas dengan menunjukajar cara-cara membuat BANANA CAKE. Semua bahan diputar sekali keucali minyak. Setelah semuanya doubled in volume, barulah dimasukkan minyak. Hasilnya BANANA CAKE ini lebih spongy dan gebu.




Walaupun terpaksa extend sedikit masa hingga lepas maghrib, tetamu semua puashati dengan kelas Kak Mas. Banyak tips & tricks yang Kak Mas kongsikan bersama. Segala kemusykilan terungkai sudah, semua kekeliruan tentang kek keju dan kek mentega terjawab sudah. Tinggal lagi hendak mempraktikkannya di dapur sendiri.

Berbanyak-banyak terima kasih kepada Puan Pengajar iaitu Kak Mas. Kepada Puan Host Suhaiza, Rinn hargai jasabaiknya yang memberi kami sepenuh keselesaan ketika berada di kediamannya. Terimakasih di atas hidangan tengah hari berupa Bee Hoon dan Mee Goreng serta air mangga yang sungguh menyamankan. Khabarnya bakal ada kelas lagi, InsyaAllah kita akan bertemu di lain kesempatan....



Quote:
1.anna : Kalau ada peluang pi lah menuntut ilmu walau sedikit..heh heh..terlampau bnyk ccokies sampai dah tak tau nak makan yg mana..
2.cek de sam : Memang seronok dapat belajar dengan org expert ni..Kita pun boleh tanya mcm2 soklan !! Rinn pun suka pandan butter tuu..
3.lynnhassan : Ha ah, Kak Mas pun ada cakap nak buat kelas kuih raya ni. Tu lah..ramai yg berminat nak belajar ciskek ni..elok pi menuntut dengan guru nya sendiri kan??!! Ok, ambiklah gambar2 tuu.
4.unnamed : Sedangkan Tok Guru pun masih pi menuntut..ini kan pulak yg tak de title ni..heh heh
5.hanieliza : Ishhh..KakLiza lah bagi kelas..KakLiza bnyk ilmu esp dalam bab masak lauk-pauk niii...Tapi memanglah, bila pi kelas dpt ilmu..dpt jumpa kwn lama..boleh pulak buat kwn baru.. Bab mkn tu yg tak kurang best !!
6.yati-m : Dapat ilmu mmg la syiok.. esp tang tips & tricks tuu. Resipi???..Heh Heh..kena simpan amanah sifu...
7.kak jie jie : Kira kak jie jie ikut kelas on-line lah ni ye heh heh... Isshh, mesti ada punya kelas baking-baking kat Melaka tuu, cuma kekadang kita aje yg tak de info. Kak Mas ni katanya ada buat kat Johor dan Tampin NS tau. Kak jie jie.. Kak Mas kata kalau nak resipi kena mai kelas..so, rinn kena jaga amanah sifu ya.
8.rani : W'salam. Tu dia ehh..sampai asyik masyuk dia menelaah..mcm menelaah buku nak exam !! Isshhh... tak yah bubuh mok-mok..sebab montel dan comel tu merangkumi segalanya. Kalau nak bubuh sangat nanti Krinn bubuh Debap baru tau !! Tak lah...gurau aje. Seronok jumpa rani yg ramah tamah..kalau bercerita mcm keretapi tak leh brek..
psst : Ok lah, Rani simpanlah buat pekasam haq yg satu tuuu...
9.Bonda R : Kakrinn mmg suka amik gambar paparazzi..baru tau mood sebenar..kalau gambar ready kekadang ok kekadang ko heh heh... Chun apa gambar tuuu !!! Tak pe lah nanti kita join lagi kelas lain. Kelas cookies InsyaAllah Krinn join..saja nak nyibuk jadik paparazzi !!!
10.kamalina : Alaaa..tak yah nak jeles-jeles lah aimi ooiii. Krinn pun masih belom dapat jumpa ramai kenalan maya ni. Yg dekat-dekat sini aje dapat lah jumpa. Sebenarnya..ada 2 sessi, pagi ciskek dan ptg sessi butter cake. Dua-dua tak campur. Kalau nak attend dua-dua kelas kiranya kena bayar utk dua kelas lah heh heh. Berkobar-kobar betoi aimi ni ekk...bagus-bagus!...Tak lama dah tuuu...nak jadi toke kek !!
11.Lee Lin : Ooooh..hantu Bee Hoon ghopa nyer !! Senang citer ler..bila2 Lin tersesat ke SP..Krinn hidang Bee Hoon jer lah !!
12.Azfa : W'salam. Next time join lah..On the 10th of May..ada kelas cookies pulak. Heh Heh..kalau Krinn buat kelas abih anak murid kena rotan !!
13.syakir zainol : Elok sangat lah tuuu. Kalau rajin jenguk FP sifu-sifu masak kat sini..pasti tau info kelas masakan bila dan kat mana diadakan.
14.An iaaini : Ha ah, mmg enjoy sungguh. Baru 1st time jumpa pun mcm dah kenal bertahun lamanya. Semua ramah-ramah belaka dan happening dgn cara tersendiri. InsyaAllah, Krinn join kelas cookies. Ciloklah..
15.cak : Cak tu aje lah yg bz banget...Meh lah join main masak-masak ngan kami !! Syiok ooo..dah lah dapat ilmu, dpt kwn..dpt mkn lagik. Ohh..tu baru satu cak, cuba cak try cookies yg lain-lain...sedap2 belakaaaaa...
16.Kelly Lee : W'salam Kelly. Aiyooo..kalau boleh pengsan baik jgn tengok !!! Tak pasal2 nanti kena makan ubat darah tinggi. Oiikk...takat rajin takat tu aje utk tahun inii ?? Lawaklah Kelly ni !!
17.munirah : W'salam. Bnyk lagi sebenarnya gambar2 yg lebih meriah tapi kena censor lah sikit heh heh. Biasalah kalau dah jumpa kwn2..tak pernah kenal pun boleh jadik meriah jugak. Amboooiii laa munirah ni, baru jumpa Krinn macam dapat jumpa Chef Wan riuhnya. Anyway, seronok dapat berkenalan..lepas ni rajin2 lah update FP ye, boleh Krinn tumpang jenguk sama!
18.zanaz : Meh lah join sekali bila-bila free...
19.Ouled Kenitra : Tu lah pasal... jgn tak tau org lelaki pun ramai yg dah terjebak dgn bidang masak-masak ni. Bila Tuan Mizhar nak masuk dapur pulak ???
20.MamaFaMi : Sureeee..mesti buat punyer sebab resipinya sedap2 belaka...tapi itu lah atas amanah sifunya, terpaksalah kitorang simpan resipi tu utk diri sendiri. Kalau nak, kena masuk kelas..heh heh
21.lynnhassan : Iye lah lynn, Krinn pun paham. Mana-mana pun sama. Kalau tanya mamak roti canai pun dia takkan habak resipi roti canai dia
22.nor : nor belajar lah apa-apa resipi mat salleh..nanti buleh lah tunjuk kat org2 Mesia pulak..heh heh
23.wawa : ABihlaaa..gemok lah Krinn lepaih ni. Asik buat kek..makan kek !!
24.Daalia : Heh Heh..nampaknya kena tukar profesyen lah lepas ni..pi kelas masak tapi asyik ke hulu ke hilir amik gambor. Last2..ada yg terlepas tips2 penting. Kalau ngadap PC tengah2 malam mmg lah..kalau boleh semua nak tengok, semua nak baca..tapi tak sedar yg mata tu dah beraaaat. Heh Heh..dia lah tu..abih ditembaknya seluruh pelusuk dapur..sampai dalam2 mixer pun ditembaknya !!! Ooohh...Lia tak pernah nampak EJ lagi ekkk..Haa tu nampak dah. Semakin ligat EJ tu pun..siang kerja, malam bikin kek. Lia pun dah jadik mcm tu kan.. Belajar kek tu cepat dan pantas sebab assistant Kak Mas tu cekap sungguh. Ligat mcm lipas kudung dia buat kerja. Bayangkan dalam masa sehari kitorang buleh belajar buat 12 jenis kek. Dengarnya lynn ada open one more ciskek class on 1st of May kot. Kamalina pun nak join tuu. Kalau sempat, enroll laa..
25.munirah : Sila sila... bila nak perasmian potong riben merah FP munirah nanti, pangge lah Krinn sama ekk..
26.maylique : Lapar kek hanya akan membuat anda menambah berat badan.
27.Yati yadami : OOOPSSS..... makan ciskek bagi Krinn gemok sikit ??? Oh Nooo.... Krinn ni tak kurus lah, kalau tgk betul2 berisi sebenarnya. Haa eloklah tuuu... tak rugi belajar buat ciskek/kek2 lain..sekurang2nya utk family.
28.soulha : Sama-sama. Krinn share apa yg patut jer. Aikk..Sue duduk kat area-area rumah tu ke??? Dok kat nak balik nak balik..bilanya nakbalik Mesia tuu ??
29.boxhousestudio : All in One lah senang citer nya..!!! Semua-semua pun dapat..
30.Ana : Tapi Krinn tak berapa puashati dengan gambar2 ciskek tu. Tak berpeluang nak shoot sebijik-sebijik kek sebab agak kecoh suasana. Yg butter cakes tu ok sikit. Tu lah Ana tak perlu nak join..tapi Ana dah susah payah dulu turun sampai KL utk belajar ciskek yg sama. Tapi Krinn rasa...kelas butter cake tu very informative, rugi Ana tak join.
31.mrsjemain : W'salam An. Alhamdulillah..semua sihat di sini. Krinn faham sgt, An ni kalau dah masuk opis..habih dah dunia luar dia. Ciskek tak rumit sgt An..An pun buleh cuba sendiri sebenarnya..Bila nak up gambar ciskek An ?? Teringinnnn Krinn nak tengok !!
32.KakLeen : W'salam KakLeen, Walaupun Rinn by nature bukannya biznez kek tapi rinn seronok dapat join kelas2 kek ni. Sekurang2nya dapat Rinn perbaiki mana skill yg kurang. Rinn pun tumpang gembira sama dengan kenkwn yg semakin bersemangat nak berbiznez ni. Walaupun kebanyakannya dalam bidang baking tapi sepertimana yg kita aware..lain pengusaha lain specialtynya dan masing2 sudah ada pelanggan yg setia.
32.liana : W'salam. Ya..mmg seronok sesekali memanjakan diri pi kelas baking. Tak rugi liana kita pertingkt kemahiran diri. Bila dah mahir kenalah pulak praktikkan ya..heh heh. Liana bila lagi ???
34.zai Kulim : Heh Heh...bz kerja ek. Tak pe..bila free mai lah jenguk dapur Krinn ni.
35.MaMaAiNa : Oh ye ke..tak pe, tak pe..lepas ni kalau ada lagi rinn bgtau. 10 May ada kelas cookies kat tempat yg sama. Kalau mama aina nak join boleh lah. Rinn tak leh buat kelas..nanti abih anak murid kena rotan !!
Entryku kali ini
36.Ouled Kenitra : Memang happening bila bersama keluarga ni !! Nangis tawa semuanya.. asam garam hidup berkeluarga.
37.liana : Oooppss..siap dapat jemputan lagik, mesti ada apa2 ni
38.SITINUR : Kelas2 masak ni selain dari info from internet, kita buleh jugak dapatkan dari kedai2 menjual kek atau kedai bahan2 kek. Cuba-cubalah survey ya.
39.jija ladymermaid :
40.zai kulim : Uuu..pi dah Lata Sedim tuu. Mak aiihhh...sungguh lah sejuk airnya hingga ke tulang kering !!!
41.fauziah : Biasalah..gambar tuannya memang tak de..sebab tuannya yang pegang camera wakakakaaa. Ayoyo..fauziah nak jadi mamarazzi ka..heh heh..ada chan la kita posing pulak ye !!!
42.chek yam : Tengok mmg sedap..tapi kalau dapat makan double the sedap !!
43.Farah Shrewsbury : Kat sana tak de ke kelas masak-masak. Sure lagi best kot ??!!
44.ezura : Kelas yg akan menggemuk dan menambah berat badan org yang pergi..keh keh keh...
45.maya : Ummm...cheese cake memang tak kembang, maya. Kalau kembang pun sikit je. Selalunya ciskek yg nampak tinggi tu sebab dia guna banyak cheese utk dapat volume. Kalau setakat guna seketul cheese yg 250gm tu..memang nipis je ciskeknya.
46.jieha : Jieha boleh ke FP anak sedara Kak Mas iaitu di sini http://lynnhassan.fotopages.com . Selalunya lynn yang uruskan pasal kelas kalau kat alam maya ni. Kelas Kak Mas so far pernah dibuat di sekitar Lembah Kelang, Johor, N9 dan Penang. Cubalah check ya.
47.srsfeqah : Semuanya hands on kalau pi kelas. Kalau belajar dengan buku or internet masih banyak kekurangannya. Kemusykilan pun susah nak tanya sapa. Kat kelas boleh tanya direct dengan cikgunya.
48.syana : W'salam.
49.nabialishad : Intan kat KL tu lebih banyak peluang lagi laaa.. Kami di utara ni cuma dapat tempias-tempias aje..tapi ALhamdulillah, cikgu2 dari sana dah mula mengembangkan sayap ke sini..heh heh jangan jeles !! Resipi boleh bagi tapi kena mintak kat cikgu dia laaaa..
50.nhalilah : Teruja nak makan..keh keh..teruja nak jumpa kawan... tapi mmg bagus mai kelas sebab kita bnyk tips dan info.
51.Big Mamma Bukhari : Tengok masakan mmg best tapi tak leh nak makan kat alam maya ni heh heh heh..Kalau nak makan kena masak sendiri...
52.afairuz : Kakrinn tak leh ngajar nanti abih anak murid kena rotan !!





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net