Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Apr-2008 01:35 Email | Share | Bookmark
DONUTS ALA-ALA J'CO

 
 
Beberapa pagi yang lepas masa pi beli nasi lemak untuk sarapan pagi Rinn ada tanya kat Marisa..dia nak donuts atau tidak, sebab Rinn ada nampak donuts among all the kuih-muih yang dijual tu, Marisa kata tak mau. Tapi bila dah masuk kereta on the way nak balik rumah Marisa merengek-rengek pulak nak donuts. Hmmm..takkan nak patah balik. So, Rinn pun pujuk dia..tak pe lah nanti tengahari lepas siap masak dan lunch mak buatkan donuts ya...
So, lepas siap semua di dapur.. Rinn cadang nak buat donuts ikut resipi yang baru Rinn temui. Pasal apa Rinn nak mencubanya??? Sebab beberapa bulan lepas seorang kawan Rinn yang menetap di JB ada balik ke rumah orangtuanya di PJ. Dia ada menghantar e-mail menyatakan betapa sedapnya dia menikmati Donuts J'Co yang kebetulan dia terjumpa kedainya di Sunway Pyramid KL. Cara dia bercerita tu seolah-olah macam dia tak pernah makan donuts yang sesedap itu..hingga mengalahkan Dunkin Donuts katanya. Dalam masa dua hari, dia sanggup pergi tiga kali, beratur berjam-jam semata-mata nak mendapatkan J'Co Donuts tuu. Hmmm...kawan Rinn ni agak cerewet juga pasal makanan..Kalau dia beriya-iya mempromo tu maknanya..betul sedaplah !!!
Nak pergi mencari J'Co Donuts tu di sini memang tak ada sebab setahu Rinn dia cuma ada dua cawangan setakat ini. Satu outlet di Sunway Pyramid dan satu lagi di Bukit Bintang kot. Kebetulan Rinn stumbled upon this quite informative blog on food which belongs to Loveliana dan di dalamnya ada dipaparkan resipi Donuts Ala-ala J'Co ini. Kalau tidak silap syarikat J'Co ini berasal dari Indonesia dan kebetulan pula Loveliana juga mungkin berasal dari negara yang sama, berdasarkan kepada bahasa yang beliau guna dalam blognya. So, apa yang Rinn harapkan biarlah donuts ini sekurang-kurangnya mirip those sold at J'Co.... . Thanx Loveliana for sharing. Jom kita lihat resipi dan kaedah penyediaannya.

Donuts Ala-Ala J"Co
Sumber : Loveliana
Bahan A :
850gm tepung high protein
11g instant yeast( 1 paket yis Mauripan)
10gm garam (1 camca teh)
600ml air masak suam

Bahan B :
200gm tepung high protein
10gm garam (1 camca teh)
60gm susu tepung
125gm gula castor
2 biji telur saiz kecil
125gm shortening (atau majerin)

Cara-cara :
1. Campur dan gaul Bahan A hingga rata. Rehatkan selama 90 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik.
2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
3. Campurkan Bahan B ke doh A dan diuli sehingga sebati hingga menjadi satu doh semula. Rehatkan selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
4. Ambil sebahagian doh dan digelek setebal 1cm. Terap menggunakan acuan donut dan rehatkan di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Rehatkan lagi 10minit.
5. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana besar hingga donut bertukar warna kuning kecoklatan.
6. Angkat dan toskan minyaknya. Boleh disalut gula castor atau topping lain mengikut selera.






Rinn cuma buat setengah adunan itu pun menghasilkan 45 ketul mini donuts. Sebahagian Rinn goreng hingga masak untuk hidangan dan sebahagian lagi Rinn goreng setengah masak untuk disejukbekukan. Boleh digoreng semula di waktu lain.


Setelah siap digoreng, beginilah kelihatannya. Licin dan rata luarannya dan agak berkilat. Bagi yang baru pertama kali ingin mencuba donuts, perlulah berhati-hati semasa menggoreng kerana ada kalanya donuts cepat hangus. Seeloknya gunakan api yang sederhana dan sentiasa membalik-balikkan donuts supaya warna kecoklatannya rata.


Untuk kali ini Rinn cuma salut dengan gula castor. Masih ada yang disejukbekukan, boleh Rinn bubuh topping lain bila menggoreng lagi nanti.


Rasa donut ini seperti biasa tapi luarnya agak rangup dan di dalamnya memang gebu dan lembut. Mungkin kelainan donuts ini terletak pada cara mengadun tepung dan mengulinya. Tidak pasti sama ada Loveliana mendapat resipi yang original atau sekadar "Ala-Ala" sahaja. Mungkin toppings J'Co donuts yang membuat ianya menjadi kegilaan kerana menurut kawan Rinn itu..sebelum kedai dibuka, pelanggan dah berpusu-pusu menunggu depan pintu. Kalau kenkawan hendak merasa yang original bolehlah berkunjung ke salah satu outlet yang ada di KL tu..Orang KL senanglah nak pi cari..Yang jauh-jauh ni..cuci mata ajelah di sini. Bolehlah juga kenkawan mencuba toppingsnya yang cantik-cantik dan pelbagai perisa tu tapi resipi toppings Rinn tak ada sebab tak carik lagi.....


Quote:
1.Lee Lin : Krinn pun mana pernah rasa lagi Lin oiiii..!!! Nak tunggu sampai org berhenti beratur dan jemu makan donut JCo baru Krinn nak masuk kedai dgn bergayanya..
re : No problemoo...
2.kamalina : Dulu zaman muda2 pun Krinn buat donut mcm kuih keria..tak de acuan. ..Pakai acuan pun kekadang tak elok jugak bentuknya..sebab bila dia dah kembang bentuknya ada yg herot-petot... La ni dah reti..pandai ler adjust sana-sini heh. Aimi cuba lah lagi..pakai acuan Mc Gyver dulu !!
3.MaMaAiNa : Rasanya lebih kurang aje. Yg membuat donut JCo tu sedap mungkin toppingnya..Entahlah Rinn pun tak pernah rasa lagi..
4.liza nohaza : Sila..sila..jgn tak cuba.
5.kak jie jie : Rasanya lebih kurang aje...kak jie jie.
6.shima : W'salam shima. Oikk..main skodeng-skodeng pulak ye. Tak tau lah sama atau tidak rasanya sebab Krinn pun tak pernah makan lagi donut JCo ni..Tgk gambar mcm sedap jer.
7.boxhousestudio : InsyaAllah..tapi tak tau ler bila heh heh heh...Waaa, KTun dah rasa ke ???
8.IZAN : Hajimemashite, KRinn dah jawab dalam FP Izan
9.rani : Ha ah lah tuuu...nak bagi kembang bulat2 mcm pipi rani !!! Tu belom tgk muntut kuali tu lagiiii... Kuali yg telah berkhidmat sepanjang tempoh perkahwinan Krinn..
10.nhalilah : Kebanyakannya mcm tu lah..kalau 1st timer kekadang terkucil juga. Jgn putus asa..lelama pasti dapat jugak buat donut sedap..gebu-gebu..dan cantik rupawan
11.Farah Shrewsbury : W'salam, Lepas ni boleh cuba buat sendiri ya.
12.MamaFaMi : Ma..kita tunggu sampai orang jemu dgn donuts JCo tuu..bila dah jemu sure diorang dah malas nak beratur beli. Time tu kita belasah laaaa....
13.unnamed : HEh Heh..jilat gula ???..Kalau bubuh topping coklat sure coklatnya hilang dulu !!
14.nor : Ha ah, tepung high protein sangat sesuai utk roti.
15.chendana : Alamak..promote bukan barang keluaran sendiri !!!
16.sue : Tak cukup uli dan perap kot. Cuba lagi ya...
17.mommy-izzdanish : Alamak... ada jugak silent viewer ya. Apa2 pun tq bebnyk sebab sudi jenguk dapur Krinn ya. Ilmu yg sedikit ini semoga dapat dimunafaatkan bersama..
18.FazzaRinna :
19.Zaa : Cuba dulu baru tau...
20.wawa ssalwa : Waaaaaah..wa pandai buat ya. Ni yg nak tengok donut wawa niii...
21.syazwaniadnan : Waalaikummussalam Wani. Alhamdulillah, kami sekeluarga sihat. Heh Heh...main intai-intai ya. Naperlaaa anjing jugak yg jadik mangsa ye kalau orang buat kuih tak jadik or bantat..heh heh !! Ok, Krinn doakan Wani berjaya dalam misi membuat donut seterusnya he heh..
22.Ana : Tengok kat internet jer..jamu mata.... Krinn pun tak pernah rasa lagi, cuma dengar nama jer. Tengoklah nanti..kalau balik kampung..nak pi jenguk kat Sunway Pyramid tuu.. Kita test dulu, betul ke sedap sgt !
23.Auntie Umi-Kal : Biasalah anutie ooiii...Rinn pun kekadang excited lebih nak cuba itu ini..last last..apa pun tak start buat !
24.zany : Agaknya kalau kita bukak kedai grand2 tapi jual cekodok pisang pun org2 KL serbu ekkk.. Resipi ni cuma "Ala-Ala JCo" jer..nak ori kenalah turun Sunway Pyramid..Dengarnya kat Subang Parade pun dah ada...
25.eilaloveu :
26.lovetoeatsukamakan : Care to share ur soft cotton donuts recipe with us here ..??
27.An iaaini : Me too. Bukan senang nak jumpa gang-gang Fp/Blog ni.. Yg pastinya walau 1st time jumpa tapi boleh sembang macam dah kenal lama..bagus sgt tuu. Kalau mcm tu impressionnya..abih lah Dunkin Donuts tutup kedai !! InsyaAllah nnt Krinn bubuh gambar kek.
28.juli bzcc79 : Salam juli, orang tu lah kata "Al-Ala JCo Donuts" . Krinn sekadar mencubanya aje. Tapi ok jugak lembut dalamnya..luarnya crispy sikit..jadi taklah donut tu penyet kalau kita tekan...Ok, nnt Krinn jenguk Fp juli.
29.syazwaniadnan : Tak perlu rendam. Campur je terus tapi make sure jgn direct contact dgn garam...sebab kalau yis tercampur terus dgn garam dia takkan bagi doh naik elok.
30.Muna : So, bila pulak nak men"donut" ??? Asyik meng"ayam" dan Meng"kek" aje...
31.mamacollection :
32.Wa : Aikk..kenapa perlu ditahan-tahan..kalau malas nak buat, beli aje..!!
33.rinzura : W'salam, Boleh saja tapi uli elok-elok tau...kalau tak, takut bantat pulak nanti donut tuuu.
34.zanaz : Nampak gaya elok aje..walaupun dah difrozenkan.. Entahlah la ni dah macam2 jenis keluaran donut ada. Entah mana-mana punyer produk ntah. Lebih elok buat sendiri aje laaa...
35.ida isk : Exercise ida..bagi keluar muscle popeye heh heh.... tengok aje pon boleh gemok tau.. ..Mintak BM tlg uli tak leh ekkk..??
36.soulha, cairo : Kalau soulha pinjam tgn kakrinn..saper nak masak kat umah ni
37.afairuz : Ada lagi satu tempat...kat Subang Parade. Susah-susah buat sendirik jer laaa....
38.yati-m : Tu dia ehh..ada Krispy Kreme ler pulak... Tak pe lah, Kakrinn buat RinnChan Kreme Donut laaa..
39.+FarEast+ : Lepas mkn gula bynk2...minum air masak bnyk2 yee....
40.roylazim : Rasanya kat entry Kak Roy dulu ada satu entry pasal donuts..dengan mcm2 toppings tuuu..kalau tak silap lah. If wrong..sowiiii.... If correct, donut mana ye tuuu..??
41.nic : Kalau tingin..makan jer. Pilihan ada..sama ada nak beli atau nak buat. Beli jer lah tuuuu....
42.Madame Shopper : Yg diorang kata sedap tuu yg ori JCo donuts. This recipe is just "Ala-Ala JCo" ...so, rasa pun sure "Ala-Ala" jugak
43.lilyd : Heh Heh..tanya kakrinn lagi lah tak tau sebab kakrinn tak duduk di lembah kelang. Cerita kesedapan ini hanya berdasarkan kepada cerita kawan Krinn yg beriya-iya kat donut JCo tu sedap. Nampaknya kena rasa sendiri baru tau.
44.maklang : Pakai acuan donut mestilah elok..kalau tak de acuan..sure namapak mcm tayar pancit !!!
45.kill sabul :
46.lynhassan : Kakrinn tak tau laa..JCo ke, Big Apple ke..sebab dua-dua tak pernah rasa lagik.
Gambar kelas dah ready dah...







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net