Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Apr-2008 08:25 Email | Share | Bookmark
APAM PISANG KUKUS, ROTI INTI KELAPA & ROTI SOSEJ

Sebelum dikukus
Dah siaaappp....
Seloyang..
Yang dalam foil cuppies
Belahan cuppies
Apam slices
Untuk minum petang semalam Rinn buat Apam Pisang Kukus yang pernah dicuba oleh Kak Roy dan Maklang Azie. Asalnya daripada resipidiana.

APAM PISANG KUKUS
Sumber : Resipidiana

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak) , Rinn guna canola oil
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula, Rinn guna 3/4 cawan
secubit garam

Cara-cara :
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.


Oleh kerana Rinn was having her own sweet time in the kitchen, Rinn sempat merakam satu persatu proses membuatnya, walaupun ianya adalah proses yg mudah dan sebenarnya tak perlu untuk dipaparkan di sini. Tapi tak pe.. tengok ajelah.







Beginilah rupanya setelah siap dikukus. Saja buat satu dalam loyang kecil dan 6 dalam aluminium foil cups. Tau-tau ajelah orang2 dalam rumah ni tak berapa sukakan kek/apam pisang, mungkin kalau diorang lihat apam chomel-chomel macam ni diorang akan ubah persepsi heh heh heh . Kalau cekodok pisang lainlah...lajuuuuuuu jer menyumbat dlm mulut !!!


Bila dah dikeluarkan seketul besar dari loyang elok saja rupanya.


Bila dah dipotong dan dirasa, hmmm...walaupun dipanggil apam tapi rasanya lebih kepada kek pisang. Mungkin sebab bahan-bahannya seperti adunan kek yang dikukus. Tak kisahlah..janji sedap. Seketika selepas disejukkan..masih hangat sikit2..Rinn bagi anak2 rasa yang dalam cuppies tu... selalunya tak suka tapi yang kali ni diorang kata sedap pulak. Oklah kan.. yang dalam loyang tu Rinn potong2 separuh bagi kat neighbour sebelah sebagai balasan kepada sepinggan laksa yang diorang beri.

Sebenarnya, sebelum Rinn bancuh bahan-bahan untuk apam pisang Rinn dah siap menguli tepung untuk buat roti. Masa sejam yang ada untuk doh roti mengembangnaik, Rinn pun bancuh adunan apam pisang. Jadi, bila tiba waktu mengukus apam, Rinn dah buleh mengolah roti pulak. Sosej ada dan lebihan inti kelapa masa buat pau hari tu pun ada lagi. So, Rinn pun jadikan Sausage Rolls dan Roti Inti Kelapa. Untuk rotinya Rinn gunakan resipi dari Che Mat Gebu.

Bahan-Bahan :
270 g tepung high protein
50 g tepung superfine
60 g gula halus
1 camca teh garam, Rinn guna 1/2 camca
2 1/2 sudu besar susu tepung, Rinn guna 2 sudu besar
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya, dipanggang seketika

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh.
2. Masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit).
3. Tutup permukaan bekas doh dengan plastic cling. Perap selama 1jam.
4. Bila dah kembang, tumbuk doh untuk membuang udara terperangkap. Bulat2kan doh seberat 60gm dan uli memanjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis. Biarkan 45 minit sehingga doh naik.
5. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 15 min - 20 min.
6. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

** Rinn guna doh yang sama untuk curi-curi buat Roti inti Kelapa...



Sausage Rolls ni dibuat untuk anak2 yang tak suka Roti Inti Kelapa. Tak tahu lah kenapa anak2ku tak suka inti kelapa itu..



Roti Inti Kelapa ini pun cuma buat empat ketul aje untuk Rinn yang suka roti atau pau berinti kelapa.


Kalau boleh nak bubuh inti banyak-banyak tapi bila bubuh banyak-banyak susah pulak nak seal doh tuu...



Quote:
1.hanieliza : Ikut selera masing2lah kakliza..ada org suka manis ada org suka pedas. Rinn suka dua-dua....
2.Muna : Heh Heh..peminat apam mai daaaaahh!!
3.Nur : Kalau hasil masakan cantik..itu bonus! Kalau tak cantik poonnn...tp rasa masih sedap itu masih ok lagi, TAPI..kalau rasa tak sedap dan rupa pun hodoh...huh huh huh..sedeyyy.....
4.zany : Dah buat research ke yg org Kedah tak suka inti kelapa ??? Heh Heh..ikut selera masing2 lah ye...
5.Farah-Shrewsbury : W'salam. Farah pun boleh buat sendiri apam dan roti ni..cuba lah ye.
6.Ana : Pisang ni ada musim juga rasanya..dulu pernah Krinn melilau cari pisang awak, pisang tanduk or any pisang yg boleh buat goreng..tak ada !!! Kalau nak buat kuih ni pisang selain dari emas..mcm pisang montel, berangan tu pun ok gak. Biasalah..bebudak kalau dgn sosej...ON selalu !!
ps : Dah buat ke chiffon tuu...
7.WATIE : Sila sila...buat jgn tak buat tau...
8.MamaFaMi : Tak larat cntx dah toke mixer tuu..dia kata tak mai lagi dough hook tu dari Taiwan..Tu dia eh...import dari Taiwan lagi, kalah toke kek punyer mixer..!!! Kena uli pakai tangan lah ma... tapi sebab dah agak kerap..lengan ni makin kuat pulak..yg bestnyer makin bnyk otot popeye !!! Taklah teruk mana pun nak hand-uli nii...
9.rani : W'salam rani. Buat apa pun kalau menjadi mmg lah syiok..kalau tak jadik pun toksah lah give pulak..try lagi. Inti kelapa tu mmg suka..yg pedas2 pun suka jugak. Heh heh..org dah mmg suka makan..sume pun ok.
10.Azfa : Heh Heh..buat ye sampai rolling-rolling and terguling-guling pun ok..janji jadik !!! Mmg seronok kalau org suka masakan kita..berbaloi berpanas berasap berpeluh di dapur !!
11.MaMaAiNa : Tak pe..buat satu-satu sebab pilihan yg FP lain pun banyak.. Anak2 mkn masakan ibu lebih baik..air tangan bonda lebih afdal....
12.ida isk : Teringin pulak nak selongkar petiajaib ida tu...sure bnyk resipi2 yg best !!!
13.sinnchan : Hmmm...selalunya kalau sakit mulut or bengkak lepas operation..elok makan jelly or ais-kerim !! Heh Heh..macam bagus punyer recommendation... Makan ler sup kentang or sup cendawan.
14.umi-kal : yeay...boleh gang ngan auntie !!
15.roylazim : Tau daaaahhhh.... mesti akak suker!
16.cek de sam : Syian nyer telan ayaq liuq...mamaera boleh buat sendiri ni..
17.srsfeqah : Dah sapu bedak..tu yg jadik gebu !!! Peminat dangai jugak ekkk...
18.Aliza : Sebelum kena summond suruh buat step-by-step baik Krinn buat siap-siap.. nanti mcm ari tu masa buat kek belang2 tuu... tak sempat nak amik stepbystepnyer..Seb baik mamafami tolong !!
19.nor : Biasalah..kalau ada sorang start buat nanti adalah pengikut-pengikutnya dari belakang... Masak kukus ni tak se power baking..kalau bakar dgn oven memang berbau sampai ke rumah jiran..
20.soulha,cairo : Ahak..jgn ketinggalan utk mencuba apam pisang yg mudah ni ya. Kuih dangai tu pun memang..Krinn pun pantang nampak, mesti nak makan !!! Soulha kena buat sendiri lah ye..kat sana tak de pasar malam !!!
21.jeff : Tq Tq... sebenarnya idea datang dari bnyk sumber + some own creativity... tinggal lagi rajin atau malas jer..
22.Noor : Noor suka batuk ke kalau mkn inti kelapa ???..
23.Fatin : Isshh..jadik pompuan rugi tau kalau tak rajin ke dapur. Bonus besar kalau tau serba sikit memasak....esp utk keluarga tersayang !!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net