Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-Mar-2008 16:28 Email | Share | Bookmark
PERKEBUNAN KG MASJID SG EBOI & KERABU MANGGA MUDA

Sesampainya di Kem Celak
Ready nak ke hutan kayu Jelutong
Hubby dgn salah satu toysnya
Sungai di depan kem
Airnya mengalir
Tidak Deras
Katak yang mesra alam
Tak sejuk keee.....
Berat batu tu ooiiiii...
Tenang tak ada buaya
Peace...
Dah kesejukanlah tuu
Ramainya anak2 buah..
Disinar mentari
Lepak main gitar sat
Lepak atas batu
Tu dia..sampai menyenget..
Abihlah engko anak kambing !!!
Besarnya nganga..
Eh Eh Ehhh..nak jatuh pulak
Macam tu oklah sikit..
Pada petang cuti Maulidur Rasul yang lepas kami sempat ke kawasan perkebunan Celak, Kg Masjid Eboi di Baling, Kedah buat kali keduanya. Apa yang menarik tentang tempat ini adalah suasananya yang nyaman, sungai-sungainya yang jernih dan mengalir tidak begitu deras, jauh dari kesibukan kota dan sesuai untuk perkelahan sambil bermandi-manda dengan suasana nyaman di dalam hutan yang tidak begitu tebal.

Untuk memasuki kawasan ini selalunya sesuai menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau motor scrambler. Kenderaan biasa pun boleh juga tetapi dikhuatiri akan menyebabkan ketidaklancaran dan ketidakselesaan perjalanan maupun penumpangnya. Kedua-dua 4WD ini adalah milik dear hubby untuk pelbagai kegunaan, kerja atau santai.


Kami bukan pergi dengan tujuan untuk berkelah tapi sekadar untuk pergi meninjau kawasan, macam wakil rakyat meninjau kawasan DUN/Parlimen lah tuu konon-kononnya. Apa yang menariknya, di perkebunan ini terdapat satu kawasan yang dikenali sebagai sebuah kem motivasi yang dimiliki oleh kawan kepada dear hubby, yang biasa kami panggil Abg Mie atau Pak Ngah di kalangan anak-anak muda. Siap dengan sebuah rumah pondok, dewan terbuka beratap nipah untuk pelbagai aktiviti, ruang memasak, khemah ala-ala tentera sebagai dormitory, rock climbing wall, flying fox, bilik mandi, tandas dan yang paling best adalah sungai mengalir dengan air yang jernih. Bekalan air paip ada, cuma letrik aje tiada. Tapi kalau dah berada di tempat begini, unggun api adalah yang paling sesuaiii. Mungkin kalau di upgrade sikit lagi..tempat ini boleh dijadikan tempat PLKN sebab kawasan ini sebenarnya luas.


Alya saja-saja nak mencuba rock climbing tapi tak ada trainer dan peralatan lengkap. Eksyen aje lah..... Lagipun jarak antara pemegang tu agak jauh untuk dicapai Alya yang tidak cukup inci ini...


Berhampiran kawasan ini jugalah dear hubby telah membeli sekeping tanah yang bakal diusahakan dengan tanaman petai. Masih di peringkat perancangan. Mengapa petai?? Heh Heh Heh...sebab kebanyakan orang Malaysia suka makan petai (kecuali 2 org yg telah buat pengakuan di ruangan comment di bawah.... ), terutamanya kalau ada sambal belacan yang sedap. Sedap juga jika dibuat sambal tumis petai dengan udang atau ikan bilis..


Rinn dengan toy dear hubbynya. Eksyen aje lebiiihhhh........
Pada kali ini sebenarnya dear hubby ajak kami ke mari kerana dia hendak pergi meninjau kerja-kerja penebangan pokok-pokok jelutong (hampir sebesar pokok-pokok kayu balak) yang bakal dijadikan papan-papan ukiran untuk dibekalkan ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Malangnya Rinn tak dapat nak turut serta masuk ke kawasan penebangan kerana terpaksa menjaga beberapa orang kanak-kanak riang yang turut serta.. (anak-anak lah tuuu.. ). Tapi Rinn berpeluang melihat gambar yang dear hubby rakamkan melalui camera hpnya. Lupa nak bagi camera kita kat dia... Tak sangka pulak kerja-kerja tu nampak hebat !!!



Angah berendam di celah-celah batu, di dalam air sungai yang sejuk.....
Selain itu sempat jugak dear hubby dan anak-anak mandi sungai. Sejuk sungguh airnya. Rinn main celup2 kaki aje. Dear hubby pulak telah bertemu dengan seekor katak yang tersangatlah friendly. Agaknya kalau dicium katak itu, mahukah ia bertukar menjadi sang puteri yang rupawan?? Abihlah aku!! Entahlah, dear hubby tak pula hendak mencubanya . Walaupun dengan jarak yang sebegini dekat, katak tidak melompat lari. Kami beri nama padanya..KAERU..bukan kairul ya puan-puan & tuan-tuan.



Selain daripada katak, terdapat sebiji batu terendam yang agak menarik perhatian kami. Ada bintik-bintik pulak persis badan sang katak. Entah-entah batu ni dah kena sumpah dengan raja katak .




Sang rama-rama juga tidak kurang banyaknya. Cuma agak sukar untuk menangkapnya secara langsung atau menangkapnya menggunakan kamera. Seekor ini agaknya dah terlalu leka atau dah lena diulit mimpi sehingga Rinn merapatinya pun ia tidak sedar. Sukakan warnanya yang kuning berlatarbelakangkan kehijauan rimbunan pokok-pokok renek.


Kalau dah namanya kawasan perkebunan tentulah terdapat lembu-lembu dan kambing-kambing berkeliaran mencari makanan. Dear hubby secara berseloroh mencabar Ken untuk menangkap salah seekor anak kambing yang ada di situ. Kejar punya kejar..lari punya lari..setelah berhempas-pulas mengelilingi pokok macam citer hindustan dan meredah semak samun akhirnya Ken berjaya menumbangkan seekor anak kambing dengan bergayanya. Mujurlah kambing-kambing ini kepunyaan orang. Kalau tak dah lama kami buat kambing golek...


Oklah, dah habih citer sungai dan kebun apa kata kita tengok resipi paling mudah untuk dikongsi bersama pada kali ini, yang ada bersangkut-paut dengan perkebunan. Di kejiranan kawasan perkebunan ini ada banyak juga tanaman buah-buahan seperti rambutan, durian, mangga, manggis dan lain-lain tetapi oleh kerana bukan musimnya maka tiadalah buah-buahan yang dapat kami lihat bergayutan di pokok-pokok, apatah lagi untuk dijamu. Mangga muda ni rinn beli di pasar aje. Hajatnya nak menyicah tapi sebab malas nak buat kuahnya dan segan jugak nak beli di kedai maka rinn jadikan kerabu aje..



KERABU MANGGA MUDA & BUNGA KANTAN

Bahan-bahan:
3 biji mangga muda, dihiris panjang dan halus bersama kulit2nya sekali
Sekuntum bunga kantan, dihiris panjang
1/2 biji bawang besar kuning, dimayang
1 biji lobak merah kecil, dihiris panjang dan halus
3 biji cili padi, dicincang halus
Segenggam kacang gajus roasted, dicincang kasar
1 sudu besar gula
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 sudu besar sos ikan

Cara-cara:
1. Satukan dan gaul rata semua bahan.
2. Lebih sedap jika didinginkan seketika dalam petisejuk.

Sebenarnya boleh juga kalau kita hendak tambahkan bahan-bahan lain seperti daun cekur, daun pudina atau daun ketumbar, ikut bahan yang ada dan ikut selera masing-masing. Mudah kan resipi yang dinamakan kerabu ni...sesuai sebagai pembuka selera bila nak makan.. . Ratah aje pon sodap !!



Quote:
1.miss artcraft-corner :
2.Yati yadami : Seb baik bini dia pun sama lasak..kalau dak makan hati lah si bini tu asyik dok kena tunggu rumah..tak suka nak ikut lasak-melasak macam ni !!! Berendam..????..Sejuuuukkkk Oooooo...
3.wawa : Sesekali melasakkan diri . Tempat tu mmg ada package utk camping, cuma dalam kawasan hutan belukar lah sikit tapi best suasananya..nyaman dan ada sungai yg mengalir. Kalau berminat bolehlah kakrinn tanyakan. Kakrinn pun tak berapa tahu detailsnya.
4.noreziz : Iye lah...asyik dok ronda pekan aje..sesekali masuk hutan..tenang dan damai rasanya. Syian nya asyik tgk padang pasir je yer.. Nak eksport petai ke Dubai ?? Bisa diurus.. tapi kena tunggu kebun petai kami menjadik dulu laaa...
5.LeeLin : Org mirip Eropah yg 2 org ni pelik sikit..diorang tak suka petai tapi suka makan asam pedas yg ada daun kesom lagi !!
6.kamalina : Heh Heh..kalu gitu mmg aimi org yg suka petai bukan mcm LeeLin kat atas tuu heh heh. Katak tu dah beku kesejukan akibat berendam terlalu lama dlm air sungai..heh heh..
p/s : Gambar kalau nak tangkap kena guna hati dan perasaan..kalau main snap-snap aje mmg tak de seninya. KakRinn pun bukan ada skill..ikut gerak hati aje..
7.afairuz : KakRinn ratah aje kerabu tu..heh heh..masam masam pun lajuuuu jer Kakrinn nak kata takut tak jugak..nak kata geli pun tak jugak..kalau setakat nak pi dekat amik gambar tu oklah lagi asalkan dia jangan lompat kat kita udahlah !!
8.Aliza : Kalau cicah kuah rojak tu mmg sedap sungguh..tp kalau malas, kakrinn cicah dengan kicap manis+gula+cilipadi tumbuk..... pedas tapi sodap !!
9.NorAlHidayah : Teringin ye..ajaklah cik abg tu masuk hutan sekali sekala. Kakrinn ni dari kecik memang lasak..tak reti duduk diam..Zaman2 sekolah lagilah ligat dgn aktiviti dan sukan..mai ke tua ni barulah kurang sikit..itu pun terhegeh-hegeh lagi nak ikut laki pi melasak !!
10.zany : Jadi putera/puteri PAS lah jawabnyer !!...Kat sungai tak de pacat la yang oiiiii...kat bendang banyak laaa....
11.mamazieza : Lin makan peas aje ekkk....tak sedor diri betoi la Melayu tu...tapi asam pedas boh daun kesom suka pulak dia heh heh..gurau aje ye Lin... Lambat lagi la maaa....tapi musim nuai nanti rinn ajak mama sama-sama panjat pokok petai !!
12.MamaFaMi : Jering dah cuba maaa..??? Rinn belum lagiii.... Pernah cuba tp dah lupa rasanya. Petai sedap lagi kot.
13.MaMaAina : Katak tu dah layak jadik penunggu sungai..sebab tu tak takut orang ! Tak tau pulak Baling ni kawasan rempit..manalah nak tau kan..Rinn pun jarang ke sana.
14.ezura : Eksyen aje lebih..bukan berani bawak pun melainkan kalau darurat..mungkin lah !! Tapi kalau yg kaler purple tu ok ..yg belang2 mcm jeep safari tu hanya org yg arif aje boleh pandu, hubby beli dari keling botoi punyer kedai. Kira buat total overhaul lah tuuu...kalau tgk yg asal mcm besi buruk baru kena tarik dari dasar laut !! wakakakakaaa...Lepas masuk workshop..barulah cantik mcm jeep mendiang steve irwin kannn...
15.diba : Time enjoy kita enjoy..time kena terperuk di rumah..buat bodoh jer laaa...cooking-cooking...ngadap internet aje lah kerja nya. Bila beraktiviti mcm ni hilang semua tension.... seronok sgt.
16.++FarEast++ : Jom join kami melasak !!! Dah pi skodeng FP Faris..
17.cek de sam : Mamaera aje yg masih dok berhibernasi ya... salji tak habih lagi ke??
18.jeff : Bila tiba waktu malam..suasannya lebih nyaman..ditambah dengan bunyi unggas2 hutan..fullamak, tak terasa masa berlalu.... jeff pun sesekali kena ronda hutan jugak jeff, pi nembak alam semulajadi.
19.black hat liao :
20.rani : Meh ler... anytime boleh pinjam.
cak : Segan tu bermakna "mim-alif-lam-sin"... Bukan nyer pasal malu dan segan kat tukang jual tuu !!
Memang masam tapi bila dah campur2 semua bahan..dia dah blend semua rasa..ok jer. Kakrinn ratah jer Cak oiiii...
Katak tu tau dia nak masuk FP..satu dunia nak tengok dia, sebab tu dia control macho masa kitorang nak amik gambo dia..
21.sue : Kakrinn tak de laaa nak berendam lelama dalam air sungai tu. Sejuukkk bebenor...setakat rendam-rendam kaki..main basuh2 tangan dan muka pun ok dah. Sat gi demam pulak...
22.Sabrina : Tu pergi tak rancang..sekadar singgah gitu-gitu aje. Kalau dirancang mau tidur situ 3 hari 3 malam. Memang tak terasa masa berlalu..Bila tiba malam lagi tennag suasananya...nyamuk pun tak ada tau. Bunyi unggas hutan tu..siapa yg tak biasa mesti seram sejuk..tapi bagi yg reti menikmatinya..buleh lena diulit mimpi..heh heh. Kat KL pun kan tempat2 canggitu..mcm kat FRIM ..Templer Park..eh ada lagi ke tempat tuu..??
23.ida isk : Tu laa ida ni...asyik kerja aje..pas tu asik baking aje..sesekali meh lah turun ke hutan..heh heh..boleh lah jugak segarkan fikiran cari idea-idea baru nak deko cuppies tuuu...
24.fyzah :
25.nhalilah : Semua-semua pon best. Hubby punyer idea lah tu..nak tanam petai, lepas tu buleh buat petai-pack..sekali dengan sambal belacan Siam..eksport ke laur negara !! Mcm baguuusss jer projek tu. Tanam pun dak lagiii...
26.leezsa : Tu dia...mcm menghirup kuah sup aje bunyi nyer. Sesekali cari ketenngan dalam rimba... Puru tu penunggu sungai !!
27.MaDiHa : Jom kita sama-sama buat kerabu...lepas tu makan sampai kembong perut !!! Yes..memang seronok dan mendamaikan kawasan perkebunan tuuu.... dah 2 kali pi tau.
28.nabialishad : Sihaaat...Intan tu laaa, bz sokmo. Bila rindu baru carik kakrinn ekk... Ari tu turun KL tapi terlajak sampai SG. Tu yg jadik sat aje kat KL/Kelang.
29.kejora : Malam tu kami dijamu dengan pulut mempelam..heh heh..ada pulak ikan masin "tengkerong"..kakrinn pun tak tau, tapi rasanya mcm ikan masin gelama putih tu.
30.roylazim : Mana-mana pun boleh kakroy...Kami ni boleh dikatakan nak buat semua aktiviti, lasak ke..in-door ke..janji ada anak-beranak..the fun doubled !! Kat SG ada ke lagi alam semulajadik mcm ni ye..? wondering jugak niii....
31.eixora : Dalam rimba yg ada sungai memang begitulah suasananya...nyaman dan tenteram sekali.
Heh..jgn di puja saje resipi tuu...buat lah juga ya !!
32.liana : InsyaAllah, kalau projek petai tu menjadik...buleh ajak gang2 Fp mai panjat pokok petai
Alkisah katak tu..hanya Tuhan aje yg tahu..tapi kerabu mangga tu..kuratah begitu saja !!!
33.WhizzyCat : Melancong kat tempat sendiri jee... kat tempat sendiri pun tak abih lagi. Meh lah join...
34.Misliha : Alamak..KakMis teringin nak mai ka? ..Sure dah bosan dengan kesibukan kota tuu. Asyik hidu bau kek aje tiap-tiap hari...sure nak hidu bau hutan pulak ya..
35.alinsofea : Selamat Maju Jaya.
36.maklang : Ha Ha Ha...maklang dah kena psycho dengan gambar katak !!! Sejuuk ya nengok katak tuuu.... Katak tu lagi sejuk kot sampai beku tak gerak-gerak.
37.boxhousestudio : Semua-semua pun boleh KakTun..sebut aje nak package mana, bisa diurus. Cuma pokok durian aje tak termasuk dalam kawasan Pak Ngah Mie tuuu... tapi kalau setakat nak berkelah kat tepi sungai..makan2 BBQ..nak bergayut kat tali..rock climbing tu 10 hari 10 malam pun no hal. Janji tahan laaaa tak nengok TV..tak ngadap ternet !!! Tak yah panggil org asli kot.. org2 kampung kat sini lagi giler kuatnyer. Badan kurus kering tapi kerja numbangkan pokok jelutong..potong pakai gergaji rantai tuu..hisssshhh..sehari suntuk tak kalah kuatnyer !!! Takat nak panjat pokok petai..KakTun pun boleh ape...Jom kita panjat dua orang ..
38.Ana : Nyaman kat pekan dan nyaman kat hutan suasana nya lain Ana oiiiii... Cuba lah try satu hari nanti.
39.zai Kulim : Aaa..ari tu zai dah pi Lata Bt Hijau kann... tempat ni tak berapa jauh dari situ. Kami tak ke Bt Hijau sebab tempat tu dah komersial sgt..tapi tenpat ni lebih privacy...
40.Syahani : Oooppsss...Syahani org mana ni? Kalau nak cerita tempat tu kat mana pun tak tau nak mula dari mana. Tapi kat Baling Kedah lah, dekat jugak dgn lata hijau. Cumanya tempat ni tak begitu commercialized, lebih kepada utk kegunaan tuan punya nyer dan kepada sesiapa yg nak guna utk kem motivasi. Heh Heh...sama ye disco tuu... Org suka melasak kenalah pakai kereta mcm tu..kalau nak pakai BMW ke Merc ke Audi ke..kem salam laa kalau nak masuk utan !!
41.nic : Uiikkk...senang nya, nampak jer buleh terus pi carik !!
42.patgoh :
43.Ouled Kenitra : Makanan dan aku tak dapat dipisahkan..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net