Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Mar-2008 01:25 Email | Share | Bookmark
MILKY MARBLE CAKE & ORANGE MOIST CAKE

Belang-belang lagi ye...
Sebiji ni untuk Alya !!!
Macam kuda belang
Kek Oren Lembap
Diterbalikkan atas penderai
Wanna slice ??
Ok..Ok..let me just finish my cake series for this week. Yang ini adalah Kek Marble Susu yang Rinn buatkan untuk Alya sebagai menunaikan janji kepadanya yang tak puas makan Kek Marble Mocha tempoh hari. Nampak macam serupa tapi sebenarnya ada sikit kelainan dari segi bahan-bahannya, Yuk kita lihat



KEK MARBLE SUSU
Sumber : Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan :
250gm butter, Rinn guna majerin
230gm gula caster, Rinn kurangkan kepada 200gm
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour, Rinn gunakan Tepung Kek NONA
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulso

Cara-cara :
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara
dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.


Kek ini lebih terasa lemaknya kerana ada campuran susu pekat di samping sedikit susu segar. Pada ruangan menjawab komen pada entry Kek Marble Mocha yang lepas ada Rinn cerita sedikit pasal Kek Belang yang arwah abah dan emak selalu buat masa kami kecil dulu. Tetapi kek mak abah tak ada susu dan cuma pakai tepung gandum biasa aje. Memang kek mak abah sangat popular di kalangan saudara-mara kerana belang-belangnya itu. Kalau tiba Hari Raya mak abah mesti buat banyak untuk diagih-agihkan sesama adik-beradik. Rinn belum pernah lagi buat entry pasal Kek Belang mak abah tu sebab dah lupa resipinya. Nanti Rinn tanya mak semula. Buku resipi Mak tu khabarnya dah kena kidnap dek kakak ipar, tak taulah selamat pulang in piece or dah berkecai !!



Ada juga yang bertanya macam mana kek tu boleh elok berbelang begitu. Sebenarnya masa kenkawan bertanya Rinn dah pun buat Kek Marble Susu ni, kalau dak boleh jugak amik gambar step-by-stepnya. InsyaAllah, bila-bila Rinn buat lagi Rinn akan sertakan tunjukcaranya ya.. Rinn belajar buat belang-belang tu masa sekolah rendah lagi..Sajalah mak abah bagi peluang masa kecik-kecik dulu. Suka menyibuk kat dapur...serupalah macam anak-anak kita sekarang. Kalau kita start pegang tepung, diorang pun nak tepung jugak !!



Pada hari yang sama Rinn buat Kek Marble Susu ni Rinn ada buat Orange Moist Cake. Kebetulan hari Ahad, iaitu hari Rinn selalunya pi menghadiri kelas tajwid..**Dah tua-tua baru nak belajor tajwid ye...*** di surau taman perumahan ni. Ada sorang kakak ibu tunggal ni rajin bawak kuih-muih tradidional macam karipap, tepung bungkus, lopes dll lagi. Dulu rinn dah pernah bawak Kek Prune Kukus tapi kali ni Rinn teringin nak bagi kawan-kawan rasa Kek Orange pulak. Respinya Rinn tak tau dapat dari mana tapi ada tercatit atas sehelai kertas usang dalam fail masak-masak Rinn. Rinn cuba aje lah...




ORANGE MOIST CAKE

Bahan-bahan :
240gm majerin
1 cawan gula caster
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
3 sudu besar Orange Sunquick
Parutan kulit sebiji buah orange

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan maksima.
3. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung di selang-selikan dengan susu hingga habis.
4. Masukkan pati orange Sunquick dan parutan kulit orange.
5. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 45 minit atau sehingga masak.



Rinn suka Orange Cake ini sebab ianya lebih lembap dan terasa orange nya berbanding dengan yang pernah rinn buat sebelum ini. Warnanya pun cantik. Kawan-kawan mengaji pun suka dan sedikit pujian diberi kerana kesedapan kek itu..bukan pasal rinn buat ye puan-puan tapi pasal resipinya bagus walaupun ringkas aje...terima kasih kepada cik puan punya resipi walau siapa pun anda dan di mana jua anda berada. Alamak...macam main tuju-tuju lagu pulak ye... Sekarang ni pun, sebagai halwa telinga Rinn dok ulang dengar lagu "First Love" nyanyian Utada Hikaru...lagu lyric campur-campur English dan Japanese...sampai dah hafal dek kerana tak renti-renti dengor !!!



Quote:
1.Ana : Tu diaaa..cepatnya dia respond !!! Wakakakaaa..nanti dah habih makan kek belang tuu krinn pulanglah balik "BELANG" tu kat kuda belang ya !!
2.kamalina : Entah ye..sendiri pun tak tau naper rajin sangat minggu ni buat kek. Kalau setakat buat saja tak pe..ni makan pun sama banyak dengan buat ! Hu Hu...dah terasa pinggangku menambah spare tyre nya. InsyaAllah, kakrinn akan tunjuk cara kidnap kulit kuda belang tu ye..eh! silap2...tunjuk cara buat belang2 tuuu..
* Selalunya mcm tu lah org lelaki ni..kureng sikit dgn kek-kek ni. Tapi ok lagi tuuu..kwn2 dan anak2 buah aimi ramai...bolehlah buat kat diorang. Jgn sebab laki tak makan..patah semangat pulak.
3.mamazieza : Kopak aje kulit zebra or amik aje zebra crossing tu and tepek atas kek..sonang citer !!!
ps : Ok, nanti habak mai nooo....
4.Nur : Ngendeng banyak pun tak pe......
5.chendana : Berkat tunjuk ajar arwah abah dan mak masa kecik2 dulu...
ps : Yg penting jaga kesihatan Ha tuuu....InsyaAllah semua pasti selamat.
6.maklang : Sure maklang bz nii...sampai tak nampak muka !! (Mmg tak nampak poooonn... ). Kek oren tu mmg recommended...try ler. Kan maklang rajin ke dapur !!
7.mamasya : Heh Heh..Kakrinn pi duduk kat dalam kandang zebra selama sehari semalam nak study "BELANG" diorang tuuu . Kek oren tu sedap..cubalah.
8.unnamed : Tak menjadi sebab tak tau cara..atau mungkin tak berpeluang nak belajar. Kalau dah tau mudah saja sebenarnya. Uuuu..nak kena bukak kelas on-line lah ni ya..???
9.Mohd Azhari Azizan : Heh Heh..Dah mak dara...tak kisah nyanyi ke, nari ke...breakdance ke..janji suara sedap mcm Utada Hikaru !! Perasan sungguh... ;> Dulu dok melayan "MIRAI O HAKITA"..Sure tau lagu tu kann..??
10.sweet : Waalaikummussalam. Ok..ok..InsyaAllah, nanti Kakrinn pi kidnap kuda belang dulu..baru kita buat kelas ye !!
11.baipower : Alamak, yg ni pun nak tau step-by-step jugak. Ok.....tak perlu skill pun sebenarnya. Nanti krinn tunjuk ya.
12.MaDiHa : Tak leh tgk lama2..tgk sat sudah lah ya. Senang citer..buat jer lah MaDiHa ooiii...
13.aida : Boleh saja....
14.cek de sam : Ok..ok...
15.cak : Cak pun sama ke...ishhh...kesian pulak ya.
16.MaDiHa : Mak mak ni pun kekadang pelik..time budak2 ni baby..kanak2, suka sangat kalau anak2 tu montel..gemuk..tak nak pikir akibatnya bila budak2 tu melangkah ke alam remaja. Sure diorang tensen bila tengok body dah mcm tong drum !! Nak carik bopren pun leceh kann...melalut pulak Krinn ni !! Yg penting sihat ye MaDiHa....
17.zany : Ishh dak lah. Jual kat suami dan anak2 jer... Kek oren tu mmg one of my fevret. Asyik dok coklat aje..sesekali pekena oren bagus juga.
18.umi solehah : Salam perkenalan buat org jauh. Tak lah terrer mana pun...saja suka-suka. Silalah cilok... Tapi jgn tak buat pulak...!!
19.nna : Alamak ada org nak serbu !! Lariiiii............ Iya, kena lapiskan banyak2 kali baru boleh nampak belang tu. Choc emulco kira macam coklat dicairkan tapi mmg betul2 pekat dan berperisa coklat. Selalunya dijual kat tempat bahan2 kek..kalau kat supermarket pun ada. Dalam botol kecil. Guna sedikit dah cukup utk memberikan warna dan rasa koko.
20.Sabrina : Ok, nanti krinn bagi faham..in future entry lah ye. Bila tu..tak pasti lagi. Selalunya kenkawan ngaji bawak kuih2 tradisional..kakrinn aje yg bawak kek2 ni.....
21.myperiukbelanga : Lekali pakai teropong aje...tengok dari jauh !! Heh Heh..tak de lah nampak besor sgt gambo tuuuu..
22.cikinur : Salam. Rajinnya dia buat kek kukus. Play safe lah tu..kek kukus ni kurang kerenahnya dari kak yg masak dlm oven. Hmm...bolehlah kot tapi tu lah, kalau api atas aje kek mungkin cepat hangus atasnya. Kalau utk buat kek lapis mmg elok api atas..begitu jugak kalau nak grill ayam, ikan atau daging. Nak elak hangus cepat, mungkin cikinur boleh tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil half-way thru the baking..time bila kek tu mula kelihatan brownish permukaannya. Cuba ye...
23.misliha : Alamak..KakMis mesti lebih arif tentang kek. Bagi rinn kek oren ni mmg sedap.
24.Aliza : Hah Hah..hubby kemaruk brownies ???!!! Baguslah tuuu...at least ada jugak tukang support MAKAN !!!
25.noor : Saja nak bagi nampak mcm zebra !!
26.jeff : Heh Heh Heh... Tapi belang yg paling tak leh lupa adalah baju belang classic untuk banduan-banduan penjara zaman dolu-dolu Ada lagi ke sekarang ???
27.nhalilah : Alhamdulillah..elok belangnya kali ini. Ovelette tu adalah sejenis stabiliser yang biasa digunakan untuk membuat kek sponge. Berbentuk gel dan berwarna kuning oren. Ia membantu telur untuk kembang dengan pantas dan kental dan bila bercampur dalam adunan kek, dia akan membantu kek terutamanya kek sponge agar tidak hilang volume dia. Maksudnya kek kekal gebu, lembut dan tidak "penyek".
28.niza cattyniza : Salam perkenalan buat niza juga. Hmmm..Mungkin jawapan berikut boleh membantu :
a) Waktu pembakaran kek tak cukup. Atau org biasa sebut underbaked.
b) Terlampau bnyk menyapu mentega pada dasar dan dinding loyang kek. Sebaiknya hanya sapu nipis pada bahagian dasar loyang atau lebih mudahnya alas dengan grease proof paper. Sewaktu kek dibakar, kek akan naik dan bahagian dinding loyan berfungsi untuk support kek naik. Jika bergrease lebih ia cenderung untuk turun semula. Tanpa grease ini..dinding akan "pegang" kek daripada mendap/turun. Sebab itu bila kita buat kek chiffon atau sponge, dianjurkan supaya tidak greasekan loyang.
c) Mungkin juga terlebih memukul/memutar adunan menyebabkan udara yg terperangkap dalam adunan hilang. Udara terperangkap ini perlu untuk mengekal kegebuan dan kestabilan kek dari mendap.
d) Mungkin temperature setting tidak bersesuaian. Selalunya jika suhu terlalu tinggi akan menyebabkan kek naik terlalu pantas walhal bahagian dalamnya belum sepenuhnya masak.
e) Jika pintu oven dibuka sebelum 20minit waktu pembakaran ini juga boleh menyebabkan kek yg sedang rising terbantut. 20 minit pertama adalah waktu kritikal kek sedang naik. Jika pintu oven dibuka dan berlaku perubahan suhu yg drastik, boleh menyebabkan kek mendap semula.
f) Sesetengah kek mendap mungkin disebabkan resipi itu sendiri yg kurang baik - menggunakan baking soda atau baking powder berlebihan, penggunaan telur yang banyak dan terlebih pukul atau penggunaan bahan penstabil yang tidak perlu seperti ovalette, quick 75, cream of tartar. Hanya gunakan jumlah yang disyorkan dan jangan bubuh extra semata-mata kerana mahukan kek kita naik tinggi tapi akhirnya akan mendap setelah sejuk.
g) Suhu setting penting kerana apabila terlalu tinggi akan menyebabkan bahagian luar dan tepi kek masak lebih awal dari bahagian dalam dan tengah. Apabila hampir tiba waktu kek masak, check samada kek telah betul2 masak menggunakan lidi tester, sebaiknya yang bukan metal. Kek masak apabila lidi tester yg dicucuk akan keluar licin dan tiada adunan yg melekat padanya dan bahagian tepi kek juga kelihatan renggang dari dinding loyang.
h) Sentiasa suka mencuba resipi-resipi baru adalah satu semangat yang bagus tapi pastikan resipi yang nak dicuba itu betul2 boleh dipercayai dan datang dari sumber yg "Pro". Resipi yang popular dan telah dicuba ramai biasanya telah dibuktikan elok sebab itu sering digunapakai.
Niza, setakat itulah apa yang kakrinn faham. Harap dapat membantu. Tetapi, biasanya kek memang akan sedikit "turun" setelah sejuk, cuma kadar 'turun'nya itu yg berbeza bergantung kepada faktor2 di atas. Wallahualam...
29)Daalia : Boleh sangat Lea ooiiii...Cuma kena be reminded yang waktu bakingnya akan lebih pendek sebab ia adalah cupcakes ye...Selamat mencuba dan bergembira di majlis makan2 itu nanti. Tak nak jemput Rinn ke..??? ..Buat muka tak malu lah niii......
30)roylazim : Thnx...
31.imah : Slm perkenalan juga buat imah. Choc emulco tu lebihkurang macam chocolate yang telah dibancuh dalam kepekatan yg tinggi. Kira macam paste jugaklah. Guna sikit sahaja sudah cukup utk memberikan warna dan rasa koko sebagai tambahan kepada serbuk koko yang kita guna. Isshhh..jgn kata soalan bodoh. Bagus tu kerna bertanya sesuatu yg kita tak tahu drpd kita tak tahu tapi mengaku pandai !! Biasanya ada dijual di super/hyper market..kat bahagian bahan2 baking ni. Kalau pergi ke kedai bahan2 baking lebih mudah. Tetapi kalau tak bubuh benda tu dalam resipi pun sebenarnya tidak begitu mencacatkan kek. Lebihkan sedikit serbuk kokonya.




Most recent comments... (In posting order)
yeay...yeay...Ana jadi orang yang first comment...thanks kak rinn diatas burfday wish tu....dan juga di atas doamu itu...mai la sebiji kek tu...belang cantik sangat...sahih....kuda belang menagis tengok belang kek lagi cantik dari belang dia...hehehehe Wed 5-Mar-2008 02:44
Posted by:Ana  - [Link]
kak rinn.... rajin betul kak rinn buat kek ya.... 2 kek sekaligus dlm 1 hari... tak sabar saya nak tgk step by step yg buat belang2 tu.. nanti kak rinn snap gambar yek... nak belajar gak... sebab cantik sgt2 belang pada kek kak rinn ni... yg oren tu pun cantik sekali warnanya... rasa pun mesti best...
** saya ni suka sgt buat kek, tapi tula, my hubby mmg tak berapa dgn kek.. yg CC kat umah tu pun yg tukang perabih, saya & anak2.. kalau bg hubby mkn, seketul tu aje.. dah tak blh pegi.. dia mmg cam tu.. dari azali kureng dgn kek ni... nasib baikla umah mak dekat.. anto umah mak, anak sedara lak dok dgn dia, tu la tmpt yg saya selalu bg, selain jiran sebelah la...
Wed 5-Mar-2008 03:10
Posted by:kamalina  - [Link]
mama suka kuda belang tuuuu... teringat masa dok santai kat zoo .. bukan senang ooo nak dapat belang gitu.. betul2 kena kidnap kuda belang .. paling tidak.. kidnap zebra crossing punya belang... hehehehe

psst... nanti mama tgk apa feedback dorang ekkk...
Wed 5-Mar-2008 03:21
Posted by:mamazieza
cantik dan nampak sedap kedua-dua kek kak rinn nie....kalau dekat boleh ngendeng sikit marvelous... Wed 5-Mar-2008 03:29
Posted by:Nur  - [Link]
kak rinn sweetnya tgk belang2 halus tu....rasa geram nak cuba..nanti leh berguru!
p/s:tq dropping by my blog...rasa terharu lak atas kata2 semangat akak tu...now dah tak gelabah dah walau dah msk kali ke-3 ada bleeding skit2.
Wed 5-Mar-2008 03:37
Posted by:chendana/ha  - [Link]
alamakkk...berderet2 entry kek masyukkk....kita jugak yg tak buat2 kek chef tu lagi....ramai geng fp yg dah try...emmmm...takpelah..esok akan ku buat jugak... kek oren kat bawah tu nampak sedapnya.... Wed 5-Mar-2008 04:00
Posted by:maklang
Cantiknya belang kek marble susu tu...dah nak sama belang zebra lah K.Rinn...
kek oren tu pun nampak moist dan menarik warnanya.. kuning lembut gitu..
Wed 5-Mar-2008 04:16
Posted by:mamasya  - [Link]
memang cantiklah belang tu... saya pernah cuba few months dulu tapi tak menjadilah. Kena belajarni dengan kak rinn Nanti kak rinn bukalah kelas macam maklang azie buka kelas swiss roll batik tu..heheee Wed 5-Mar-2008 04:40
Posted by:unnamed  - [Link]
uih,,,,layan lagu first love masa masak,,,,,org dulu kata,,,anak dara tak baik nyanyi kat dapoq,,,,
kalau mak dara ok lah kot nooo,,,,
Wed 5-Mar-2008 04:54
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
salam..

kak rin tulun le bubuh gambaq step by step utk buat kek marble tu ekkk..dh bnyk kali gak saya try buat belang tu asyik x jadi je...buat agar2 pun sama jadi campur aduk kaler semua...tulun la tulun la kak rin yee..
Wed 5-Mar-2008 07:07
Posted by:sweet
Betullah... kak rin kena turunkan ilmu step by step camne nak buat belang yg cantik bangat tu.... mesti mempunyai skill yg tinggi... cayalah kak rinn Wed 5-Mar-2008 07:28
Posted by:baipower  - [Link]
tak sanggup tengok lama2.. terliuqqq
nak kena test power gak nih
Wed 5-Mar-2008 07:39
Posted by:MaDiHa  - [Link]
kak rinn.. aida dh buat kek marble versi pandan.. sedap n lemaj rasanye tp ken.. tang belang2 tu yg fail.. hilang belang nye.. blm sempat mak nk tgk cmne aida buat belang2 tu aida dh abih buat.. nnti aida buat lagi skli bila ada time.. pstu tunjuk kat akak eh.. (mnta komen lah ni nnti) Wed 5-Mar-2008 08:43
Posted by:aida
cantik sungguh kek marble tu...kita dah buat kek marble nie tp tak secantik kek marble Kak Rinn..kena tunjuklah cara-caranya Kak Rinn....plzzzzzzzzzzzzz......... Wed 5-Mar-2008 09:39
Posted by:cek de sam  - [Link]
aduhh..terbakar betul tgk kek belang2 nih..nih yg jeles nih..cepatlah kak rinn buat lagi..buat step by step sekalik okie?.. Wed 5-Mar-2008 10:10
Posted by:cak  - [Link]
re: kak rinn.. memang sama montel pun.. kitorang ada gak usik2 dia masa kat A&W tu.. tp kitorang tunjuk ada sorang budak pompuan A&W yg sama2 hiburkan budak2 tu.. (siap pakai skirt pendek lagi tuu... walaupun betis besar ) ckp kat dia.. kalau kakak tak jaga mkn nanti jd macam kakak tu.. dia ckp.. taknakkk... Wed 5-Mar-2008 11:22
Posted by:MaDiHa  - [Link]
kak rinn buat untuk jual ke? Nampak cantik betul. Saya pernah buat orange kek tu, memang sedap bila masukkan kulit oren. Wed 5-Mar-2008 11:26
Posted by:zany
wow! terrornyer u masak2.. bagus2..
salam perkenalan dari wati di temerloh.. pas ni bolehlah i cilok resepi2 u ni utk masak kat dapo i yg jarang berasap tuh. hehee.e..
Wed 5-Mar-2008 11:39
Posted by:umi solehah yusof  - [Link]
sedapppp............nye..dan geram sangat tgk kek kak rin ni.....dah tgk pun dah dpt rasa sedapnye.....kalau dekat rumah..alamatnye.. saya dah serbu ni... ....cantik dan mmg berseni kek akak ni....seronok anak2 kak rin ya.....tak sabar nak tgk entry cara2 buat belang tu....kena buat banyak2 kali kan??? ...tapi nak tanya sikit..chocolate emulso tu cam mane ye kak rin....*budak baru belajar* Wed 5-Mar-2008 12:06
Posted by:nna
Sab masih tak faham macam mana milky marble cake boleh jadi belang-belang tu.. cantik pulak tuh. Ada teknik tertentu ke Kak Rinn? Nanti tepek la step by step punya gambar erk.. Nak tengok gaks macam mana rupanya.
Kek oren Kak Rinn tu nampak gebu jer.. untunglah dorang yang gi kelas tajwid tu dapat merasa kek oren ni..
Wed 5-Mar-2008 12:49
Posted by:Sabrina  - [Link]
amboii amboiiiii.....*cekak pinggang ala2 MakNyaSabariah*....eden dah kato jgn amek gambo dokat2, dio dogil jugak eh! silap2 kang PC eden yg jadi mangso kono NGAP! *tutup lubang idung takot kena focus dgn rinn ahak* Wed 5-Mar-2008 15:31
Posted by:myperiukbelanga
salam kak rin..
la ni baru bersemangat nk wat kek..wkend baru ni saya try wat 3 kek choc kukus(besday anak kwn dan 2 kek utk mom's day)..alhmdlh..menjadi+sodappp..hahah(tak ckup sbb ramai peminat coklat)..muahahha..
pastu kan, 1st time nk try guna oven, bakar muffin(instant punya..hehhe..tambah telur+susu jo)..
alhamdulillah..menjadik gak..hsben cakap, lulus...mauahahhah
selama ni xberani wat kek guna oven (kempis je kek jadinye)..heheh..
so dengan semnagtnye ingin ku menerai kek oren pd ari jumaat ni nanti(harap2 jadilah)..ingat nk bawak kat rumah kawan sabtu nanti..
k.rin..oven kat rumah ni guna eletrik..besi panasnya kat atas je..tak dak api bwah..bleh msak ka?
Wed 5-Mar-2008 16:27
Posted by:cikinur
Sungguh-sunggu menyelerakan nampak orange cake ni rinchan...nak cuba buat juga ler
Wed 5-Mar-2008 16:52
Posted by:misliha  - [Link]
salam kak... rajinnyer buat kek! hajat saya nak try resepi butter cheese akak tu tak kesampaian sbb dua kali saya baking last week, adalah utk memenuhi permintaan hubby yg kemaruk brownies! ampuuunn ampun...! sabar jer la kan resepi yg kat atas ni pun bole la try jugak nanti, bila kemaruk brownies hubby dah reda Wed 5-Mar-2008 16:55
Posted by:Aliza  - [Link]
Rinn, nice angle le pic yang second last tu bagaikan kuda belang..... susunan menarik. Wed 5-Mar-2008 17:56
Posted by:noor  - [Link]
>> setiap yang berbelang tak semestinya kuda belang...
>> boleh jadi gak marble cake...
Thu 6-Mar-2008 00:39
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
tu diaa.. punye la cantik belang dia tu.. mengancam sungguh..
kak rinn.. guna ovelette tu untuk apa yek??
Thu 6-Mar-2008 04:30
Posted by:nhalilah  - [Link]
selamat berkenalan Rinn, saya nak tahu kenapa setiap kali selepas membakar kek marble, bila dak sejok atas tengahnya suka cave-in....padahal bila baru masak bukan main cantik atas nya tinggi gebu. Thu 6-Mar-2008 08:27
Posted by:niza
Rinn.. bermiant sangat dengan kek orange moist tu.... kalau resepi yang sama ni saya buat cupcakes menjadi tak ? saya ingat nak cuba untuk majlis makan2 my 'boyz" nanti leee... Thu 6-Mar-2008 08:28
Posted by:Daalia  - [Link]
beautiful...very beautiful.. Thu 6-Mar-2008 08:52
Posted by:roylazim  - [Link]
kak rin...

salam perkenalan nak tanya chocolate emulso tu apaer?...sorrylah kalau soalan bodoh...saya tak reti benda2 nie. Nak beli kt mana? Saya bermastautin di UK...
Thu 6-Mar-2008 13:13
Posted by:imah
thk u rinn, i rasa suhu oven terlslu panas, sebab tu luarannya sudah masak tapi dlm masih belum dan berkemunkinan i grease the loyang bnyk sgt....once again thk u 4 the rsepi that u shared with us...will keep in touch again Sat 8-Mar-2008 09:09
Posted by:niza
tengkiu very much kak rin..saya dh 2 kali try buat kek oren moist tu...hahaha..kembang semangkuk bila kengkawan and hubby puji sedap...mmg sedap sgt cuma kat tempat saya ni xde oren sunquick so perah buah oren fresh je..so next time nk try kek marble susu tu pulak cuma tunggu kak rin letak gmbr step by step nak buat belang tu je..hehehe Sun 9-Mar-2008 07:47
Posted by:sweet
hai kak rin, kiter dah cuba buat kek akak ni... mmm memang sedap...terasa-rasa dianyer oren kan.. tapi yang kita punyer tak secantik kek akak buat.. mungkin tangan masih keras lagi.. kitera ader letak dalam fp kiter bleh yer.. tq akak.. Mon 10-Mar-2008 07:29
Posted by:zai  - [Link]
Thanks kak rin....sekarang nie dah jadi addicted ngan kak rin nyer fotopages. Banyak resepi2 yang berguna. Thanks for sharing...moga2 mendapat keberkatan dariNYA. Btw my husband pun asal sg. petani gak! Wed 12-Mar-2008 20:11
Posted by:Imah

MAMA's Newsletter.....

Looking for New Collections Handbags?

please visit to http://www.mamacollections.com/forum

Feel free to register yourself and be part of Mama Collections!!!....

New FENDI/COACH/CHANEL/LV/GUCCI UP FOR GRAB....

DON'T MISS IT!!!!


Regards,
MAMA



Sun 16-Mar-2008 09:03
Posted by:mama
Salam, nak tanya sikit..I ada sekali dua buat kek, tapi tak cantik. kekadang peroi.Rin punya resepi tu guna tepung kek tapi kenapa nak guna baking powder lagi?? Thu 10-Apr-2008 12:55
Posted by:mami ajim
hi, still me, can you give me the recipe english verson Fri 11-Apr-2008 03:40
Posted by:warda
salam perkenalan...saya dah cuba resepi kek ni..mmg sedap betul..dah 2 kali buat sbb amatla menjadi...terima asih bebayak.... Wed 22-Jul-2009 15:33
Posted by:humairah
Saya dah cuba buat kek oren tu.. tapi oleh kerana saya tak ada oven, saya kukus jek. Tapi tak naik gebu kek tu.. Dah jadi macam bingka oren lah pulak. Ada tak cara utk buat kek kukus oren. Thanks.... Mon 17-Aug-2009 08:29
Posted by:naim
mmmm saya nak tanya ckit saya dah try buat kek ni sedap tapi nape masa saya potong tu dia cam hancur tak nampak padat.. Fri 25-Dec-2009 17:34
Posted by:nisa
Terima kasih Rin kerana berkongsi ilmu. nampak gebu kek tu Sun 25-Jul-2010 05:09
Posted by:zainab bujang
http://www.standardwatch.com/category-57-b0-croum.html replica croum
http://www.standardwatch.com replica watches
http://www.standardwatch.com/category-58-b0-DeWitt.html replica DeWitt
http://www.standardwatch.com/category-59-b0-ebel.html replica ebel
Wed 28-Jul-2010 00:52
Posted by:replica  - [Link]
http://www.saleuggs.org/ UGGS On Sale
http://www.saleuggs.org/ugg-kensington-boots-c-24.html UGGS Kensington
http://www.saleuggs.org/ugg-elsey-wedge-boots-c-16.html UGG Elsey
http://www.saleuggs.org/ugg-roxy-tall-boots-c-7.html UGG Roxy
Fri 8-Oct-2010 08:23
Posted by:uggs on sale  - [Link]
Hi Rinn,
I have been your fan for quite sometime and very happy with your recipes. I tried to duplicate your Zebra cake but unfortunately not successfull..could you help to explain step by step how to do the Zebra strips ? I started with the senduk on the center but unfortunately the paste will spread all over before i could add the second senduk. Thanking you in advande
Wed 3-Nov-2010 16:09
Posted by:sharon
salam...saya dah cuba buat kek orange moist tu...x jadi lah...dia jadi berair..kenape yer? Mon 8-Nov-2010 05:55
Posted by:monaliza
http://www.fjallraven-down-jacket.org/ fjallraven down jacket
http://www.fjallraven-down-jacket.org/ fjallraven jackets
Fri 12-Nov-2010 10:29
Posted by:fjallraven down jacket  - [Link]
Sun 14-Nov-2010 00:40
Posted by:unnamed
Sun 14-Nov-2010 00:40
Posted by:unnamed
http://www.uggsdelaine.com/ ugg delaine
http://www.uggsdelaine.com/ uggs delaine
http://www.uggsdelaine.com/ugg-delaine-boots-c-5.html ugg delaine
Tue 23-Nov-2010 05:51
Posted by:ugg delaine  - [Link]
salam kak rin,sy dah try 2-2 kek ni...sedappp..nk2 yg kek orange lembab tu..aduhai..

yg kek marble tu, sy guna tepung gndum biasa je, pastu dia ala2 padat sikit. sebab tu ke dia padat skit eh? tp still lembut la.. kalau guna tepung kek nona agknya lagi gebu ke kak?
Tue 7-Dec-2010 05:16
Posted by:izanzarina
http://www.uggkensington.co.uk UGG Kensington and so on. http://www.uggkensington.co.uk/ugg-amberlee-c-2.html UGG Amberlee http://www.uggkensington.co.uk/ugg-retro-cargo-c-3.html UGG Retro Cargo Tue 14-Dec-2010 05:50
Posted by:uggs on sale  - [Link]
http://www.bootscloset.com ugg boots
http://www.jerseyswonder.com jerseys
http://www.jerseyswonder.com authentic jerseys
http://www.jerseyswonder.com authentic nfl jerseys
Wed 5-Jan-2011 05:56
Posted by:jerseys hockey
kak rinn, nak tanya ni....tepung naik sendiri ngan tepung kek tak sama ke? pastu nak tanya apa perbezaan pada rasa atau texture cake kalau guna butter atau magerin?..thanks kak Mon 24-Jan-2011 06:05
Posted by:ruby
<a href="http://www.juicy-bags-sale.com/">coach diaper bags </a>, <a href="http://www.juicy-bags-sale.com/">coach diaper bag</a> since they are all with elegant design and beautiful lines. but are the statement of gorgeous and fashion .<a href="http://www.juicy-bags-sale.com/">Coach tote handbags</a>on sale Coach Outlet are the perfect embodiment of the fusion of design and consummate art function. make up the <a href="http://www.juicy-bags-sale.com/">coach bags</a> and make a great feature. Tue 25-Jan-2011 08:37
Posted by:lanlan  - [Link]
that's very good. Fri 11-Feb-2011 08:59
Posted by:cheap ed hardy jeans  - [Link]
A bright and colorful design keeps this bikini sexy by the seashore. Pick your own style from out online store. Buy mini bikini at: lobikinis.com. Thu 3-Mar-2011 10:19
Posted by:bikini  - [Link]
Cantiknya!! Di sini kami panggilnya '' zebra kek''. saya mahu makan........ Sun 20-Mar-2011 13:04
Posted by:carine  - [Link]
http://www.Islanders-shop.com New York Islanders Jerseys
http://www.Islanders-shop.com New York Islanders authentic Jerseys
http://www.Islanders-shop.com New York Islanders authentic cheap Jerseys
Wed 23-Mar-2011 07:13
Posted by:vivi  - [Link]
Thank you for sharing things, I really like, and I will also give the recommendation of a friend like sport of New Jersey. Click on the website can enter, watching, more favourable to purchase products
wholesale NFL jersey, cheap NHL jersey, cheap MLB jersey, wholesale NBA jersey
<a href="http://www.nfljersey4sale.com">http://www.nfljersey4sale.com</a>
<a href="http://www.nfljersey4sale.com/NHL-Jerseys/">http://www.nfljersey4sale.com/NHL-Jerseys/</a>
Sat 26-Mar-2011 09:25
Posted by:jersey2011  - [Link]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com