Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Feb-2008 13:14 Email | Share | Bookmark
CHEESE BUTTER CAKE

Sebelum Dibakar
Selepas Dibakar
Setelah dipotong...
Rinn dapat resipi ni di akhbar Kosmo-Online terbitan 4 Januari 2008, di kolum KUALI Chef Norzailina Nordin. Selain dari menyertakan resipi yang tidak kurang enaknya ini, beliau ada juga memberi banyak petua tentang cara-cara nak menghasilkan Kek Mentega ( Atau mudahnya dalam Bahasa Inggeris dipanggil "Butter Cake" ) yang gebu dan lembut. Terlalu panjang untuk dipapar di sini, jadi kepada sesiapa yg berminat hendak tahu dengan lebih lanjut bolehlah ke KUALI Puan Chef kita ni. Oleh kerana resipi dah agak lama diperap, pada minggu yang lalu Rinn rajin-rajinkan diri mencubanya dan hasilnya begitu indah sekali.



KEK MENTEGA KEJU (CHEESE BUTTER CAKE)

Bahan-bahan :
170gm mentega
125gm krim keju
250gm gula castor (Rinn kurangkan ke 220gm)
5 biji telur, asingkan putih dan kuningnya
210gm tepung serbaguna
1 1/2 camca teh baking powder, diayak bersama tepung
2 camca teh esen vanilla
1/8 camca teh cream of tartar

Cara-cara :
1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan memutar hingga habis.
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Putar sebati.
4. Masukkan tepung. Perlahankan putaran. Masukkan esen vanilla.
5. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan cream of tartar.
6. Apabila sudah kental, masukkan 1/3 bahagian ke dalam adunan mentega/keju/tepung.
Kaupbalikkan. Ulangi hingga habis.
7. Ratakan adunan ke dalam loyang beralas kertas dan dilengser sedikit majerin.
8. Bakar pada suhu 170 darj cel selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
9. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.


Dari segi rupa dan rasa memang tiada banyak beza dari Plain Butter Cake kerana pada pandangan Rinn kejunya tidak begitu terasa sangat. Mungkin jika dihias dengan cream cheese frosting akan lebih membangkitkan rasa. Seperti biasa kek Rinn tampil tanpa hiasan kerana memang begitu lumrahnya di rumah ini. Lebih suka kepada kek yang polos.


Quote:
1.Aliza : Waalaikummussalam. Sila..sila...
2.masriyah : Alhamdulillah, jadi elok. Rasanya mcm buttercake biasa dengan sedikit rasa cheese...
3.zai Kulim : Aikkk...mana boleh takut-takut. Rugi oooo..kalau org pompuan tak masuk dapur !!
4.Eryne Jasmine : Kan Eryne masih mabuk pembawakan budak dalam perut tuu..Rilek lah dulu..bila dah pulih dari kemabukan..zassss la balik ke dapur !! Alhamdulillah ada mama Eryne..kalau dak, sape nak masak utk Eryne ekk. Barang-barang tu tak pe..simpan elok-elok, takkan berkulat !!
5.aida : Kalau lebihkan cheese takut berat pulak kek tu nanti..silap-silap boleh mendap bila dibakar. Apa kata, lebihan cheese tu aida buatkan cream cheese frosting dan sapu atas kek. Tak pun, belah dua kek tu lepas tu sapu krim cheese frosting kat tengah2nya..lebih sedap rasanya.
6.sofu : Kek ringan utk minum petang..kek polos ni lagi laju kalau dimakan !!
7.kamalina : Kalau setakat nak makan anak-beranak tak perlu kot nak di deko-deko. Budak2 kat rumah ni pun tak suka icing. Kalau makan kek ada icing habih di bulldozernya icing tu. Kalau dah kek polos..tak yah nak bagi sentuhan apa pun aimi oiiiii.....Silap-silap sentuh nanti abih jatuh tertiarap mcm cuppis Kak Daalia... Rajin dia mendeko skrng ni !
8.ida isk : Bila nak buat la baru buat..wakakakakakaaaa
9.Roylazim : Sila..sila..rinn tunggu Kak Roy up aje..
10.Daalia : Heh heh heh..kan betul !! Tentu Daalia nak surprisekan Ellie..Uuuuuuu..cheese cake lagi ke?? So far dah berapa kali buat tuuuu...??? Nanti kita usha lagi ya kat your place.
11.afairuz : Cuba jangan tak cuba....
12.mamasya : Kalau tak dimekap dah nampak ok..baik jgn dimekapkan ye dak. Takut nanti bila dimekap jadik sememeh pulak ...Kekadang ada harinya jugak kek kakrinn yg merekah atasnya. Tapi kalau muffins memang kakrinn suka yg merekah-merekah, baru nampak appetising !! Kalau tak merekah nampak mcm bantat pulak muffins tuu. Kalau cupcakes, ya..mmg kena rata..sbb nak boh icing...
13.Sabrina : Memang sedap..mcm plain butter cake tu lah dengan sedikit rasa cheese. Nak pelawa pun dah langsai semuanya la Sab..!!!
14.baipower : Taklah dek oiiiii....banyak lagi kategori yg masih belum di challenge. Butter cake mmg sedap dimakan polos.
15.cek de sam : Sila..sila
16.Nur : Butter cake biasa aje nii..cuma diperisakan sikit dengan cheese. Mudah pun mudah. Senang bagi yg tak yakin nak buat cheese kek yg creamy tuu. Lebih kurang lah maknanya tuu...
17.Aliza : Ha ah, water chestnuts. Makan canggitu jer. Uuuuu...Eno botol besar pulak. Take care ya.
18.zatidhati : Kupaham kesibukanmu !! Itu tidak menjejaskan persahabatan walaupun sekadar di alam maya.
19.KakLeen : Adaaaaa. Tepung sebaguna tu tepung gandum. Kalau KakLeen cari yg betulis "Tepung serbaguna" memang takkan jumpa !! Tepung BlueKey yg Superfine tu boleh juga. Krim CHeese ada kat bahagian tempat sejuk..kat ghb susu, juice, butter dsb. Nak pos apa KakLeen...Dah habis daaahhh..
20.liana : Dah lama tak mai jenguk..liana miss la beberapa entry... Entry masak2 ni baru nak start balik..sebab ari tu bnyk entry jalan-jalan !!
21.MamaFaMi : Hmm..Alhamdulillah jadik cantik dan sedap walaupun tak berapa moist sebab tak guna susu...
22.lynnhassan : Mmm..nanti Krinn try orang buttercake lynn ya. Cream cheese ni kalau yg Philadelphia mmg mahal tapi ada lagi satu brand tu FATURA..masih dijual dgn harga RM6.90 utk 250gm.
23.Ana : Tak berapa moist sbb tak guna susu..tp masih lembut dan sedap.
24.MaDiha : Heh Heh...Tak pe at least semangat nak buat tu ada. Gunting & simpan dulu...bila ada free buat ler. Krinn baca Kosmo on-line jer. Dah tak pernah beli paper punn.
25.cikwan : Waalaikummussalam cikwan. Alhamdulillah, ada rezekil lebih kami jalan-jalan satu famili. Anak2 dah besar ni mmg senang gi jalan tapi kekadang cuti pun anak2 yg besar tu ada aktiviti sekolah..kem, camping, kursus, pertandingan itu ini..mcm2 lagi. Kena cari hari yg semua cuti termasuk hubby yg kerja tak tentu masa. Lawaklah cikwan ni..makan kek "togel"...
26.Mr. Bye : Ha Ha Ha...Try kidnep tengok !!! Body guard akak ada keliling pinggang tau..!! Pantun tu mukaddimah jer..background kepada aksi terbang & sepak awak tuuu. Tajuknya yg kat bawahnya ..."Aku Diamuk Kecelaruan".
27.kak rusnah : Penggunaan cream cheese ni mmg semakin meluas..Bnyk resipi yg boleh menggunakannya terutama kek. Mmg gebu kek nii...
28.kak jie jie : Dah habis lah kak jie jie..Nak kena buat lagi ke utk kak jie jie..???
29.soulha,cairo : Salam kenal juga buat soulha. Tq ler sudi jenguk dapur kakrinn. Silalah cuba mana-mana resipi yg terkenan di hati...
30.wiz : Ha Ha..as soft as you would want to taste it !! Oooooow..How nice of you......
31.Ibu NF : Bake aje kek yg tak payah guna cheese, abih citer !!
ps : Boleh saja.....
32.WAN : Waalaikummussalam Wan. Selalunya cream cheese dijual dlm bentuk ketulan seperti butter dan beratnya 250gm seketul dan berwarna putih. Tak sama dengan soft cheese, cheese spread, riccotta. mozzarela dan yg lelain. Cream cheese perlu disimpan dlm petisejuk..agak kental bila baru dikeluarkan tapi lama-kelamaan akan lembut seperti mentega. Bila dipukul ia boleh jadi berkrim mcm butter/majerin yg diputar.
33.nabialishad : Pasti tak mencuba lagi tuuuu...Tak yah tunggu enjin dari China kot! Hentam saja pakai enjin chokiya....jadik tak jadik belakang kira ..janji test power dulu.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net