Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Feb-2008 13:24 Email | Share | Bookmark
LAST DAY AT KOH SAMUI...

Satu pekan di Koh Samui
ATV Park
ATV Starting Point
The ATV Tracks
Climbing the bridge
In Action
Anak2 posing atas ATV..jadilaaaah !!
Fuhh...sampai menyenget-nyenget tuu...
Best !!
Rinn & Angah Dania
Dok perhati Mat2 Salleh main tembak2
Boleh pilih mana mauuuu.....
Nampak mcm sedih jer gajah nii...
Depa naik laaa...kami daaak...
Ho Ho Ho...kira nak cabut aje si Alya nii...
Along pun sama..takuuuuut !!
Angah geli kat air liur gajah !!
Kawan baru kita niii....
Haaa..yag ni nampak mcm senyum !
Bagi..jgn tak bagi !!
Kawan ni duduk sebelah tempat gajah tuu..
Amboooiii laaaa...
Aktiviti lain kat tempat gajah..
Muntut gajah lagiii...
A group of Tok Arab & Minah Arab
Nak try jet ski
Ooopsss..Minah Arab niii....!!!
Jln menuju ke Lipanoi Beach..Pantai Asli
Posing maut tuuu...
Tu dia kupun feri dan jam giliran nak naik ferry, 5pm !!
Bosan tunggu lama punyer pasal !!
Acik & POPO...
Along & Ayah..
Kuch Kuch Hota Hai...
Manyak panas ooooo....
Oiikkk...jgn la dipegang nak oiii...
Feri-feri...
Jeti semakin menjauh
Sampai terlena kepenatan...
Marisa pun dah tak larat
Sunsetting beautifully..
The sunset
Dah sampai Bukit Kayu Hitam..
Terrer nya diaa......
Kenderaan kami ke mana jua..
Believe it or not, kami sebenarnya cuma 2 hari 1 malam aje kat Koh Samui. Bertolak hari Rabu ptg, singgah satu malam di Hatyaai. Sampai Koh Samui hari Khamis..hari Jumaat dah kena cabut balik ke Hatyaai. Semua ni gara-gara tak mau ketinggalan feri dan tak mau Along dan Angah kepenatan sebelum balik asrama pada hari Ahadnya. Kenalah bagi grace period untuk budak berdua tu bertenang..rilek2 sikit..buat persiapan kembali ke asrama. Dah lah masa nak pi tu tak sempat buat apa sangat..balik2 cuti nak kena kemas baju, basuh itu ini, gosok baju, beli itu ini..bla bla bla..... Nak balik hari Sabtu boleh tapi sure kepenatan kalau drive direct from Koh Samui.
Apa-apa pun jom habiskan citer kami di Koh Samui..Jamu mata lagi dengan aksi-aksi happening di sana.



Selepas habis kami beraktiviti di pantai dan pool, hubby cadangkan kitorang terus check-out dan ronda-ronda lagi keliling pulau. Sama ada nak stay lagi satu malam or nak terus chow ke Hatyaai..itu kita fikirkan bersama semasa rondaan. Kalau nak stay just cari aje tempat penginapan lain. Kalau nak cabut..boleh terus aje sebab dah siap check-out. So, tempat pertama kitorang singgah adalah this ATV Park. More details here. Di ATV Park ini, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50 (500Baht) untuk 15minit tunggangan.




Semuanya excited nak naik termasuk all these ladies yg tak sedar diri tapi oleh kerana faktor2 keselamatan, kami dinasihatkan supaya tidak meneruskan hajat kami. Dear hubby memang tak sabar-sabar nak cuba. Pucuk dicita, ulam mendatang. Dialah wakil tunggal untuk meneruskan aksi. Kesian dengan anak bujang kami, teringin nak naik jugak but not big enuf to ride the vehicle. Quite strict, tak boleh langgar apa-apa. Kalau langgar jugak dan berlaku kerosakan kita kena bayar semua. Dilarang buat aksi-aksi stunt unless you are very-well trained. Tak boleh carry pembonceng tak kira org dewasa atau kanak-kanak. Macam-macam lagilah..tapi dear hubby hantam semacam jer !! Kalau nak tau..masa zaman remajanya dulu..dia ni kaki rempit gak tau !!!





Sebagai melepaskan geram, kami posing ajelah atas kenderaan yang tak bergerak tuu . Selain daripada ATV, di tempat ini juga ada menyediakan aktiviti Paint-Ball. Di Malaysia pun tak kurang happening game ni. Kami taklah main pada kali ini kerana dah kesuntukan masa. Ada jugak game tembak tin macam kat fun-fair tu tapi menggunakan senapang betul..peluru aje tak betul .




Sekumpulan pelancong sampai ke ATV Park ini sebaik sahaja kami mula beredar meninggalkan kawasan itu. Mereka lebih selesa dengan kenderaan yang sebegini berbanding teksi-teksi pelancong yang mewah dan berhawa dingin. Agaknya kalau kami tunggu lebih lama lagi, sure boleh tengok aksi-aksi happening dari diorang ni..



Burung di atas adalah kepunyaan pemilik ATV Park ini. Dia ada sebut species burung tersebut tapi Rinn tak ingat...sebab rasanya dia sebut dalam bahasa Thai. Menurutnya burung ini sedang menjadi kegilaan dan ada banyak terdapat terutamanya di bahagian selatan Thai. No wonder lah sepanjang perjalanan kami dari Hatyaai ke Koh Samui kami banyak kali terserempak dengan gerai-gerai di tepi jalan yang menjual sangkar burung..yang siap berburung di dalamnya pun ada. Cukup sukar untuk mendapatkan posisi yang menarik untuk difotokan sebab burung ni tak reti duduk diam. Nak terbang tak boleh, nak keluar tak boleh. Nampak macam terlompat-lompat di dalam sangkarnya.



Seterusnya kami ke mari. Sebuah taman mini di mana ditempatkan beberapa ekor gajah untuk tunggangan ke dalam hutan..Elephant Jungle Trekking lah tu. Tetapi bayarannya agak tinggi jugak, RM60 (600 Baht) untuk seorang. Perjalanan seharusnya mengambil masa yang lama memandangkan laluannya yang agak jauh ke dalam hutan. Oleh kerana kesuntukan masa, kami cuma beramah mesra bersama seekor gajah yang teramatlah friendly nya. Tidak boleh sesuka hati memberinya apa saja untuk dimakan tetapi pisang awak yang boleh dibeli di situ untuk tujuan feeding.





Gajah merupakan seekor haiwan yang amat tajam ingatannya. Sekirannya kita melakukan sesuatu yang baik kepadannya maka baiklah tanggapannya kepada kita dan dia akan ingat sampai bila-bila. So, kami pun cuba-cuba berbuat baik kepadanya supaya dia mungkin boleh ingat muka kami ini sekiranya kami ke mari lagi..





Jangan tak tahu bahawa Marisa adalah peminat nombor satu gajah. Selalunya dia akan memanggil gajah dengan panggilan "LOW"..kerana masa kecilnya dulu sudah terpahat di fikirannya perkataan itu kerana terlalu kerap menonton VCD Barney yang menayangkan aksi seekor gajah yang asyik menggelengkan kepalanya apabila Barney & Friends menyanyikan lagu.."Do your ears hang low..." Tak takut langsung dia yaa....





Gajah pun kena mandi !!



Ini adalah pantai terakhr yang kami singgah sebelum menuju ke jeti Koh Samui. Yang menariknya, tiada sebarang hotel atau chalet didirikan berhampiran pantai ini. Bermakna, suasana pantai sekelilingnya masih asli tanpa sebarang pembangunan. Cuma ada beberapa anak muda yang mengusahakan perkhidmatan jet ski kepada pengunjung pantai itu. Ketika kami sampai ke kawasan itu ada sekumpulan Pak Arab dan Minah Arab Timur Tengah kot yang dalam persiapan nak mencuba jet ski.


Seperti kebanyakan pantai di pantai timur Semenanjung Malaysia, ada banyak pokok kelapa di sini..membuatkan kita terasa seperti di tempat sendiri.





Biarpun masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh disinggahi tetapi kami terpaksa melupakannya dan meneruskan perjalanan ke jeti. Seperti yang dijangkakan, que kenderaan sudah panjang. Dear hubby terus ke tempat pembelian tiket. Waktu sudah menunjukkan jam 2.30 petang dan cuaca memang panas terik. Dear hubby kembali ke kereta dan memberitahu bahawa giliran kami hanyalah pada pukul 5 petang. Aduhhh...lamanya terpaksa menunggu !!! Nak buat macam mana kan? Masa-masa begini perut pun sudah kelaparan, malangnya tiada tempat makanan halal. Mujur masa breakfast tadi kami dah makan yang agak berat. Jadi pada masa ini kami terpaksa berpuashati hanya dengan roti, snack dan biskut. Itulah satu masalah di Koh Samui ini, makanan halal. Kalau dibandingkan dengan Phuket, di Phuket lebih mudah mencari restoran makanan halal.




Heh Heh Heh..ini bukan pick-up truck kami. Saja pinjam belakangnya sebagai bukti kami memang benar-benar ke Koh Samui.Teringat kawan Rinn masa di university dulu, dia suka ambik gambar dan setiap kali nak ambik gambar dia mesti cari papantanda yang menunjukkan nama sesuatu tempat itu. Seperti yang Rinn cakap...bukti dah sampai !! Macam-macam.....>)





Antara sudut menarik di jeti yang boleh difotokan. Di sebelah sana ada feri baru, di sebelah sini ada feri buruk. Kedua-dua kalinya kami dapat naik feri baru..




Kami dalam perjalanan menuju masuk ke feri.




Walaupun tertulis "Welcome To Koh Samui" tetapi kami sebenarnya sudah berada dalam feri untuk meninggalkan pulau ini. Dear hubby sempat berbisik, "Nanti kita datang lagi ya.." . Memang itulah yang bermain-main di fikiran. Memang tidak puas dengan 2 hari 1 malam di sebuah pulau yang tersenarai antara pulau yang mempunyai pantai terindah di dunia. Tidak hairanlah jika ia menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing dari seluruh dunia. Difahamkan waktu puncak bagi kunjungan dari tetamu-tetamu luar ini adalah dari bulan Januari hingga May. Mungkin waktu ini adalah musim sejuk di tempat mereka, jadi negara-negara tropika inilah yang menjadi tumpuan untuk memanaskan badan.





Pemandangan pantai dari feri. Selamat tinggal Koh Samui...Nanti kami kembali lagi Bila..?? Tak tahu lah.





Bila tengok pelampung terus teringat cerita TITANIC. Kena pulak hari-hari Alya main piano lagu "My Heart Will Go On"..mendayu-dayu aje bunyinya.




Perjalanan di atas feri selama satu jam setengah hampir berakhir. Dari kejauhan sudah kelihatan Raja Ferry Port. Di kala itu juga lah sang mentari sudah mula melabuhkan diri. Tak kulepaskan peluang untuk merakamkan keindahan alam ciptaan Tuhan.




Dah hampir sampai ke feri..Pun begitu matahari belum sepenuhnya meluncur ke kaki langit. Tak sempat menunggu hingga ke saat mentari hilang kerana semua penumpang telah diminta kembali ke kenderaan masing-masing untuk turun ke jeti. Perjalanan kami disambung untuk 4 ke 5 jam seterusnya sebelum tiba di Hatyaai semula. Sesekali berhenti untuk isi minyak dan buang air. Memang singgah untuk bermalam di Hatyaai supaya perjalanan pulang keesokan harinya lebih santai dan relax, tak perlu berkejaran. Lagipun kami dah rancang nak singgah di Bukit Kayu Hitam Duty Free Zone. Apa lagi???...Cari coklat laaaa.....




Gambar ini dirakam dari tingkap hotel di mana kami menginap pada malam terakhir percutian Hatyaai-Koh Samui-Hatyaai. Ada sebuah taman rekreasi betul-betul bersebelahan Hotel Win Star ini. Seawal subuh selalunya sudah dipenuhi manusia-manusia yang sedar diri akan peri pentingnya kesihatan. Berjoging, bersenam, beraerobik, berjalan.."jalan"kan anjing..semua-semualah. Kekadangnya ada sessi senamrobik dan Taichi beramai-ramai.




Begitulah ceritanya jalan-jalan kami kali ini. Even though it was only a brief stay there we have enjoyed ourselves to the fullest. Jumpa lagiii.......


Quote:
1.mamaella : Basuh baju yg berlonggok-longgok laaaaa !! . Pasal makan tu rinn flexible..infact hubbby and anak2 pun tak kisah. Masak di dapur sendiri boleh..masak di dapur kedai pun ok. Tgk keadaan lah.
2.jeff : Menarik tapi tak sempat nak ronda habis. Mmg tak cukup 2 hari 1 malam tuu.
3.Rita & Kids : Tempat mmg best cuma tu lah..kalau jalan jauh sangat ni kesian kat budak2 kecik. Kalau tak bawak small kids..boleh lah enjoy sakan !!
4.NorAlhidayah : Alahai..tak perlulah nak jeles. Kali ni time krinn ke tempat ini..mungkin Nor akan ke tempat lain pulak yg krinn tak ada peluang nak pi.
5.alina ezyanglez : 15minit tu pun dah penat tapi puas..Kira oklah sekadar utk mencuba. Kalau nak tunggu naik kat Mesia tak tentu lagi dapat pergi ke tempat tuu.... Baguslah kalau ada semangat nak ke Koh Samui..Tak rugi kalau suka aktiviti pantai dan aktiviti lasak..
6.boxhousestudio : Dah jodoh KakTun oiiii.... Kalau sorang aktif giler2 but yg sorang lagi sengaaaaap jer..boringlah hidup !! Heh Heh Heh..Bro jeff kaa..??? Hmmm..kita tunggu kemunculan dia di Koh Samui. Alamak..coklat dah habih semua kena telan...tapi selalunya kitorang suka beli DAIM, TOBLERONE, CAMIOR...rinn suka M&M and KitKat jer..
7.lee lin : Amboooi laaa..pandai tul dia buat schedule utk kita ekk...Balik kampung jer kot cuti ni. Tapi tak tau lah kot terlajak ke mana-mana pulak
8.Nur : Boleh saja...
9.KakLeen : Ha ah..duduk di tepi pantai sambil menghirup udara segar..kena dengan tiupannya yg sepoi-sepoi bahasa mmg syiok..tapi jgnlah di bawah cahaya mentari yg terlalu terik heh heh heh. Samalh rinn pun tak berapa sangat mandi pantai ni..tambah2 bila termasuk air masin dlm mulut..Waaaaah, KakLeen pandai berpuisi ekkk..teringin lah nak dengar deklamasi KakLeen..
10.MamaFaMi : I think it the other way around..HONEY nii lah yang dok perabih MONEY diaaa...wakakakakakakkaaaaaa . Hmmmm..Mama amik gambo kat signboard tapi tak nak share ngan kamiii....hmmmmmm..
11.kamalina : Ya Ya..kaki rempit tuuuuuu, jgn tak tau. Pi kuliah siap naik super bike..tak naik kapchai !!
Tang gambar2 tu mmg lah, kalau kena time dan mood yang bagus..eloklah capture nya. Bukannya pro mana punnn... Kalau boleh marisa nak buat gajah tu macam kucing !! Ada kaa??..Kena pijak mampuih !!
12.zana : Waalaikummussalam zana. Tq sudi jenguk dapur dan travel journal kakrinn. masak biasa2 jer..Bab jalan-jalan tu kenalah amik gambar, kalau tak...rugi ooooo, esp kalau ke tempat orang.
13.maklang : Tu lah pasal..kalau pakai filem sorilah nak tangkap..Tu pun nak dekat 600 keping..zup zap zup zap..sat aje. Ayoyo..tingin gak nak naik tapi tak sempat lah. Nanti tertinggal feri..naya pulak. Next time kalau mai lagii..kita naik noooo.
14.mrsjemain : An bz ekk.?? Isshh...dah hubby ada masa lebih dengan kami..spend it to the fullest laaa. Nanti kalau dia bz sokmo..kami pun terperuk aje lah kat rumah. Itu No MONEY No HONEY..manyak kontroversi oooo...lain org orang lain intepretasinya..but it's cute.
15.jacky :
16.ezura : Dah kami memang kaki jala-jalan...layan jer laaaaa
17.Sabrina : Waaahhh...kalau mcm tu bolehlah kawan dgn hubby kakrinn. Dia tu terlebih adventurous.. Tu lah pasal, dia nak buat gajah tu mcm kucing pulak. Janganlah gajah tu mengamuk tak tentu pasal pulak...
18.mamasya : Tak pe..cik abg dah bisik.."nanti kita mai lagi noooo...." Time tu kami enjoy lah puas-puas. Trip ni main redah aje..tak sangka nak sampai ke Koh Samui but at least dah dapat gambaran lah tentang whereabouts tempat tuuu. Gajah tu nampak ok..dah biasa dgn orang kot. Bila ada papatanda..senang nak ingat tempat yg kita pergi kannn,....
19.Mohd Azhari Azizan : Menarik bunyinya tuuu !! Kat mana ye Kuala Gandah tu ??
20.tini : Sharing is caring. Sama-samalah kita jalan-jalan di alam maya. Aik..tini pun tau Kuala Gandah..Kakrinn sorang ke yg tertinggal ni !!
21.Erna : Pi laaa...kalau susah nak naik kereta atau jalan darat, terbang jer. Tapi kalau Erna n da gang suka adventure..naik kereta lagi seronok..walaupun jauh perjalanannya. Ho Ho Ho...boleh lah pujuk abg kat ATV tu kalau nak naik..kami pompuan2 melayu terakhir ni pun kena reject !!! Lain kali kalau nak pi kena pakai rugged-rugged sikit..barulah dia percaya kita ni lasak. Kalau pakai lady2 mampuih dia tak cayaaa.....
22.chendana : Jalan-jalan..kemana pun menarik saja janji cukup korum satu keluarga !!
p/s : ...Mmmmm, pernahlah duduk Nihon dulu..
23.Ouled Kenitra : Heh Heh Heh..macam ulat kepanasan !! Bawak haversack besar2 & berat2 tapi entah apa diorang isi. Tapi tak pakai baju sangat pun noooo...
24.MaDiHa : Kat FP ni kalau sorang pi jalan-jalan yg lain pun turut sama jalan-jalan kannnnn...tak gitu !??
25.baipower : Heh Heh..kat Mesia pokok kelapa banyak merata-rata tapi tak pulak nak snap gambo ekkk...
26.Ana : Sekarang org kita berlambak-lambak ada kat Siam..Kalau cuti aje mesti penuh dengan orang kita. Jangankata kat Danok..Kat Hatyaai pun ramai. Makan..no problem. Marisa ni kalau boleh..anjing pun dia nak pegang. Suka sgt dengan binatang.
27.zai Kulim : Sementara sihat..ada rezeki, kita jalan-jalan lah....Zai tu muda-muda lagi eloklah bawak2 berjalan-jalan, nanti bila dah ada baby..susah oooooo.
28.Daalia : Heh Heh Heh..abih dah jalan-jalan ni. Back to work dah pun hubby kita. Entah bila pulak nak jalan lagi. La ni pun dia dah terlepas ke Zuhai, China. Apa yang lebih bahagia melainkan bersama famili kita Daalia ooiiii. Susah senang kita bersama. Time senang mungkin orang ramai nak kawan dgn kita..tapi time susah ada kawan yg tarik diri. Keluarga jugak jadi sandaran. Anak2 jugak jadik penghibur. Diorang lah racun dioranglah penawar. Gajah tu OK..very friendly. Rinn ok jer..jangan ular or buaya udahlah.
p/s : Pas ni back to cooking lah Daalia......
29.BR : Memang menarik. Kalau tak masa kan ramai pelancong2 asing datang ke sini. Penuh dgn diorang aje...Lagipun Koh Samui kan tersenarai antara pulau terindah di dunia..Sekali laaaaa..dengan kita punya Pulau Redang !!!
30.afairuz : Keje tu keje jugak la afa oooiiii..Sesekali kenalah santai ngan hubby tuu..
Heh Heh..resipi Siam ni serupa aje semua..pedas dan masam...sweet-sour...tapi yg best sambal belacan Siam. Nanti kakrinn share ya...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net