Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 17-Feb-2008 08:10 Email | Share | Bookmark
CATATAN PERJALANAN KE KOH SAMUI 3

Lepak pagi-pagi....
Pantai lengang sbb pagi lagii..
Bot yang menunggu penumpang..
Goyang Angah Goyang !!..Loceng tu laa...
Hero-hero ku bersantai
Another view from the backyard..
Sebuah bot nelayan
Next to The Island Resort & Spa
Another next..next to The Island
Next..next..next to The Island
Suka dengan this building
Along the beach..
Kekwa in the tempayan..lots of them around
More people when it gets noon
Kurang sopan nya..
Acik from Atlantis
Angah "Peace for the World"
Ken, Acik & Angah in the water
One nice building
80++ yrs old coconut tree
One typical Thai Roof
Hari-hari sapu sebab tu pantainya bersih
Mau pi trip to other islands ???
Gajah pasir pantai
Pagi Pertama di Koh Samui disambut segar-bugar. Bangkit awal supaya tidak terlepas untuk menikmati suasana pagi yang cerah diiringi tiupan bayu pagi yang segar dan dingin.


In earlier entry, reception ini agak suram kerana gambar dirakam pada waktu malam tapi di pagi ini ia juga kelihatan hidup, seolah-olah sedang bersedia menerima tetamu yang datang dan pergi.


Hai! Hai! Hai!...Selamat Datang ke The Island Resort & Spa .Resort ini adalah di antara resort terawal yang dibina di sini. Ada dua jenis bilik penginapan sebenarnya, satu seperti biasanya bilik-bilik di dalam bangunan bertingkat dan satu lagi style chalet. Walaupun begitu interior designnya tetap kelas..sesuai dengan suasana resort.


Macam kawasan perkampungan kan !!! ..Dibelakang kawasan chalet ini kelihatan bangunan hotelnya. Mungkin kami tak ada rezeki untuk menginap di bahagian bangunan hotel tapi rasanya lebih mudah jika menginap di kawasan chalet. Easy access to the beach dan boleh bersenang-santai di balcony.


Kami bersarapan seawal jam 7.30am bilamana tempat makannya masih belum ramai yang datang untuk mengisi perut. Selesa tak ramai orang. Makan apa ?? Pelayan-pelayan yang baikhati di situ siap-siap bagitau makanan apa yang halal dan tidak. So, senang kami buat pilihan. As usual lah..roti, telur, salad, potatoes, cereals & milk, juices..moi kosong + ikan bilis goreng and jeruk carrot..apa-apa sajalah yang ok untuk ditelan. Itu pun dah lebih dari kenyang.


Nak memanjakan diri?? ..Bolehlah proceed ke bahagian ini.. . Tapi sebenarnya selain dari Spa tertutup sebegini banyak juga perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti mengurut yang disediakan di kawasan terbuka. Terdapat banyak wakaf-wakaf atau pondok-pondok beratapkan nipah yang dibina di sepanjang pantai. Memang sungguh nyaman suasananya..


Pilih saja yang mana satu.


Seperti biasanya tak lengkap aktiviti pantai sekiranya tak disertakan dengan water excitements seperti jet-ski, canoeing, banana boat, katamaran..semua-semualah. Selalunya dear hubby yang suka acara-acara ini, sesekali rinn akan turut serta berjet ski. Tapi kali ini dear hubby hanya turun ke laut dan berenang hingga ke sebuah bot di pertengahan laut.




Dah lama dear hubby teringin nak naik katamaran tapi masih belum berkesempatan. Lagi pun tak de gang. Kalau dia datang dengan member-member dia yang gila water excitements too..tak tau lah. Sure jadik !! Nak naik dengan strangers Mat Salleh & Minah Salleh tu segan lah pulak ya.



Salah satu sudut pemandangan yang menarik. Couch-couch kayu dan plastik berderetan di sepanjang tepian pantai dikhaskan untuk pengunjung-pengunjung hotel bersantai sambil bermandikan cahaya matahari. Mat Salleh dan Minah Salleh amat menggemari aktiviti ini sampai berbelang badan pun tidak kisah. Kalau kita..??? Seboleh-bolehnya mau elakkan yaa...




Another nice view of the beach. Air dah mula pasang niii....





Boleh teka apakah benda ini ?? Marisa merengek-rengek suruh mak dia ambik gambar bontot gajah ini. Itulah panggilan yang Marisa beri. Terpaksa akur, akhirnya terakam juga beberapa ekor gajah pasir yang telah dikeraskan ini. Gajah memang merupakan satu lambang kebanggaan masyarakat Thai. Mungkin atas sebab itu juga lah ia dipilih untuk menghiasi pantai-pantainya yang menarik. Sebenarnya ia digunakan untuk mencucuk dan menegakkan payung-payung pantai. Memang berat supaya ia dapat memegang teguh payung-payung yang telah dicucuk. Almaklumlah..tiupan angin pantai di sini agak kuat juga. Kalau tidak kuat..boleh tumbang !!!




Bangunan resort ini menghadap ke pantai. Amat menarik dengan binaan bumbungnya yang tipikal dengan Thailand.




Papantanda-papantanda begini memang ada di merata-rata tempat bagi memudahkan pengunjung resort mencari laluan segera ke destinasi yang dicari.




Deretan kerusi-kerusi beach bar yang disusun kemas dan rapi menanti pengunjung-pengunjung untuk menjamu selera. Agak lengang pada waktu pagi kerana selalunya pengunjung-pengunjung akan menjamu selera di cafeteria. Bila malam menjelma pasti akan penuh kerana pada waktu malam akan bermulalah acara BBQ pantai. Kami lihat acara itu pada malam kami sampai tapi tidaklah pulak dirakam. Yang menariknya pihak resort juga akan menyusun meja-meja berkaki rendah di atas hamparan tikar dan siap dihias dengan lampu-lampu minyak dan jambangan bunga. Amat romantik sekali suasananya.




Walaupun pantainya indah dan pasirnya putih bersih, anak2 lebih suka mandi pool. Anak2 semua boleh berenang kecuali Marisa. Hubby saja nak mencuba kehebatan Olympus u850SW yang baru dibelinya beberapa minggu sebelumnya. Oleh kerana kalau outstation selalunya banyak gadget yang diangkut bersama, dear hubby dah malas nak heret DSLRnya, berat dan space consuming. Olympus ini lebih handy, mudah digunakan dan waterproof.




Ahakkksss...camera rinn tak leh amik gambar mcm nii..!!!!! . Dear hubby guna Olympus tu laaaa.. Main celup aje.

Susah sungguhlah nak upload gambar thumbnails. Sebab tu delay sikit nak update entry. Maaf ye. Apa-apa pun the story of this trip will end in my next entry..Jgn jemu untuk meneruskan perjalanan di alam maya bersama rinn & family.. 8-


Quote:
1.Daalia : Banyak lagi sebeno nya gambar2 tu tapi sebab leceh nak upload, rinn pilih-pilih aje mana yg sesuai. Itu lah..dulu hubby pakai Nikon tu..lepas tu dia beli Canon..dah malas nak usung, dia beli pulak Olympus. Leceh kalau dia outstn nak usung ke hulu ke hilir. Org bznz ni hp pun sampai dua tiga bijik. Mujur skrng dah ada yg dua SIM card tapi dia tak suka. Mcm2 lah Big Boys toys ni kan..lagi hebat dari make-up & accessories ladies. Mujur Rinn bukan kaki make-up/acc. Kalau tak..teringat org dulu2 yg pakai bag make-up kotak tuuu... Rinn dah tak konfiden nak swim mcm dulu..Sejak beranak ramai, anak rapat2..kalau ke pool selalunya cuma rendam kaki jer layan anak kecik. Takat floating relax2 jer. Last sekali masa giler2 berenang time kat U dulu. U rinn tu gila..sapa tak lepas swim 100m, tak leh grad !! Kiranya swim utk pass periksa jer hah hah hah....lepas tu balik Mesia mana ada aktiviti nak ke pool selalu. Last2 lost touch dah !!
2.ida isk : Minah Salleh ni biasalah..bukannya diorang hirau badan tu mcm cicak kobing or gajah..bubuh aje bikini tuuu !!
3.cek de sam : Tak pe..nanti jumpa beach kat mana2 lepaskanlah rindu mu ituuuu...
4.mummy jam : I am targetting nak pi Karambunai and Pulau Sipadan pulak..
5.Kak Leen : Rinn tak berapa suka pantai..tapi dear hubby rinn hmmmmm..pantai mana yang dia tak ajak pi !! Dia suka laut. Lawaklah Kak Leen ni siap mintak hp no lagi ya....
6.boxhousestudio : Fotografi ni sebeno nya minat hubby rinn masa dia muda2. So, bila kami dah kawin minat tu pelan-pelan pindah kat Rinn. Senang ada sifu peribadi...Hmm, betul jugak. Bukan setakat gadget aje kena canggih..kalau jurufotonya tak ada jiwa pun tak jadik....
7.MamaFaMi : Lebih selesa ma. Nak lari ke beach pun cepat dan senang..daripada nak naik building..nak masuk lift turun naik, esp bila balik dari beach dgn kaki berpasir lagi hmmm. Rinn pun nak tergelak jugak tgk gajah2 tu..mcm2 gaya tunggang tunggiknya...Seb baik Marisa tak suruh mak dia tungging sekali
8.jeff : Rasanya jeff lebih jauh berjalan dari kami dan pengalaman pun sure lebih luas. Terkejut jugak tgk pantai Bali tu kotor. Itu pun org berpusu2 org pergi ya..
9.Mommy Danthira : Kalau dgn family apa2 pun jadik !! Oiikkk..jgn pi mandi laut sejuk oooiii, nanti bekuuuu !!
10.MamaAina : Alaaa..anytime kalau MamaAina nak pi boleh saja kan. Pujuk-pujuk dan ngendeng2 lah kat Papa nya tuuu...Tak pun suruh Aina pass the message heh heh heh...ngajor org pulak rinn ni ekkk..
11.Mohd Azhari Azizan : Kalau pantai yg bersih mana-mana pun ok, kat Mesia pun tak kurang cantik kalau kena tempatnya. Pasang surut ombak ni tak reti lah..jgn tsunami udahlah ya !!
ps : Oooo..dah jadik org BP lah ya. Oooppsss..jauhnya merempit !! Kami dulu ulang-alik setiap hari sebab kerja di Prai hampir 2 tahun lebih.
12.Lee Lin : Dah lari balik SP pooonnn....
13.Roylazim : At least rinn dapat kongsi cerita dan gambar di sini dgn KakRoy dan kenkawan yg lain....jgnlah jeles-jeles ya.
14.yati-m : Ok, yati pulak jadik ketua rombongannya !!
15.eixora : Paling best masa pagi-pagi bilamana org masih tak ramai. Sepoi-sepoi bahasa angin bertiup. Itulah guna nya FP ni boleh berjalan ke sana ke mari di alam maya..Ok, jgn jemu singgah lagi utk baca citer selanjutnya.
16.D'martoza : Kerja tu kerja lah jugak. Sesekali kenalah gi santai ke mana-mana dengan family...
17.Yati : Suka pantai ??..Bila-bila yati pun turun lah ke pantai..pantai Mesia pun tak kurang hebat tau. KakRinn pun tak habih lagi ronda pantai kita esp yg kat belah pantai timur. Apa-apa cerita perjalanan sesamalah kita kongsi di alam maya ni ya.
18.liana : Waalaikummussalam. Bz tak pe..semua org pun bz dgn hal masing2. Dah sudi mai jenguk ni pun time kacih bebnyk. Sesekali dapat cuti dan bersama seluruh ahli keluarga selalu mmg aktiviti kami ronda-ronda lah, tak kira jauh atau dekat. Time ni lah nak rilek pun..tapi penat jugak sbb perjalanan jauh. Heh Heh..itu montot gajah ada berdere-deret di sepanjang pantai..baguih punyer tonggek !!! ...
19.mamasya : Sebenarnya bnyk lagi gambar tu tapi tak larat nak upload. Dahlah FP ni selalu buat pasal. Pilih2 ajelah mana yg patut. Sepatutnya boleh pi bnyk tempat tapi sebab time constraint..terpaksa tangguh utk next trip..if there 's ever be laaa...Hu Hu..nampaknya bnyk peminat jugak ye muntut gajah tuuu..
20.Acik Badariah : Kan Koh Samui ini antara pantai tercantik di dunia..Since kami dah biasa dgn trip ke Thailand..lajaklah kami sampai ke sana. Acik pun rajin jalan-jalan kan..apa salahnya sekali sekala...
21.cakcibur : Mekaceh lah Cak oiii...Bahagia rasanya adik2 pun turut mendoakan yg baik2 buat kami. Alamak..kalau tak suka pantai rugilah pi Koh Samui..Kena cari kawasan bukit-bukau pulak kot. Or Cak suka Big-big city...
22.reewanbridal :
23.kamalina : Thai belah sempadan Kedah/Perlis orait jer. Yang huru-hara tu sebelah sempadan Kelantan/Narathiwat. Kami pi tu pun unplanned, just redah aje. Lebih happening lah konon2nya. Tapi tak puas lah sebab very limited time. Maybe nak pi lagi.
ps : Itu lah..dalam banyak2 benda tu bontot gajah jugaaaaak jadi pilihan Marisa !!!
24.Linda@anna kaori.cake : Hmm...nak buat macam mana. Selalunya begitulah..kalau cuti mesti kami lesap ke mana2..provided Hubby ada kat rumahlah, tak outstation kemana2....
25.isa :
26.ummi zufayri : Sebab digital kamera..amik banyak mana pun bukan payah beli filem macam dulu. Nak tgk pun boleh kat PC. Kalau pakai filem mcm dulu..pilih2 tempat jugak nak amik gambar..Pas tu pikir nak kena cuci gambar bnyk2 lagii..hmmmm
27.Nur : Tu baru gajah pasir pantai...Next entry KakRinn real gajah punyer !!
28.Sabrina : Alaaa Sab, kalau Sab nak pi anytime boleh. Lagipun Sab boleh berseronok-seronok dgn ayang lagi, tak perlu nak heret budak2 . Kami pi naik kereta sebab senang nak bawak budak2 dan luggage kami. Kalau Ayang larat drive boleh saja sebab perjalanan mmg jauh. Naik flight aje....
29.jeff: Tu lah..Malaysia is always on top. Pi tempat orang ni sekadar nak tengok dgn mata kepala sendiri. Bab makan tu yang selalu jadik persoalan kalau ke luar negara. Mcm Bali pun susah kan nak cari makan halal ya..
30.MaDiHa : Rinn pun serupa, Semenanjung Malaysia ni abh ronda dah..tapi ke Sabah Sarawak tu yang belum lagi. Memang ada hajat nak ke sana pun, cuma tak tau bila. Itu lah guna nya FP..ajak kenkawan ronda dan share keseronokan di alam maya.
31.lepod :
32.wiz : Thnx wiz..nanti rinn poskan barang tuu. Rinn dah lupa macamana nak berenang gracefully mcm dulu-dulu..setakat sikit2 tu oklah. Agaknya sebab dah lama asyik kena tunggu babies kat tepi pool...ni barulah semua dah besar2 boleh lah berlatih balik.
33.syasya22 : Thnx Sya. Baguslah kalau dah dapat choc fondue tu. Tak perlu resipi kot..just cairkan Cooking Chcoclate Bar dan tuangkan dalam pot tu. Hidupkan lilin supaya coklat terus mencair. Celup jr lah any fruits you like...strawberry lah yg paling sedap !!
34.nabialishad : Amboooii...jek baguih punyer tuuuu. Hah Hah Hah..itu muntut gajah sensasi...sesap pun mesti tergelak kalau tengoknya. Heh Heh..krinn dok tunggu ni entry ciskek Intan !!
35.mOknDa : Bz kot tuuuu . Nak pi Koh Samui, by car boleh by air pun boleh..Cuma kalau naik kereta tu jauh lah jugak unless u all jenis yg adventurous. Air Asia ada dari Hatyaai ke Koh Samui. Ooopsss tak pasti pulak pasal citer the beach tu...





[/quote]




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net