Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Feb-2008 08:37 Email | Share | Bookmark
CATATAN PERJALANAN KE KOH SAMUI 2

Berehat sementara menunggu masuk que feri
Makan snacks....
Marisa Happy sokmo...
Bunga Cempaka Gantung Dlm Kereta
Ken
Minum! Marisa Minum!
Acik pun lepak jugak
Angah nyorok balik tiang
Pemandangan dari tepi jeti
Pemandangan lagi
Beli tiket dulu b4 que ke feri
Lepas makan baca buku novel
Singgah beli buah
Bas-bas pelancong
Dari ground level ke 1st level
Panaaassss....
Acik bye-bye sape tuuuu
Abg kita pun turut solat
Dah menghampiri Koh Samui
Dah ready nak keluar ferry
Koh Samui International Port
Tokong Siam tepi jeti Koh Samui
Kereta sape lah niii...???
Ok, Good nite..nak masuk bilik dah !!
Jom teruskan perjalanan.
Pada pagi cuti CNY di Hatyai kami tidaklah bertolak keluar terlalu awal. Ikut jadual sendiri tak payah nak tunggu atau ditunggu oleh tourist guide. Makan brunch siap-siap baru kami bertolak. Mulanya hanya merancang hendak ke kawasan peranginan berpantai di sebelah mainland aje tapi setelah roda berpusing, lain pulak jadinya. Kami teruskan perjalanan menempuhi pekan-pekan besar seperti Phatthalung, Nakhron Si Thammarat, Tha Sa Lat..apa lagi ekkk, lupa lah !!


Kami sepakat untuk teruskan perjalanan ke Koh Samui. Sebuah pulau peranginan yang ke tiga terbesar di Thailand. Sebenarnya "Koh" itu bermaksud Pulau bagi orang Thai. So far, Rinn dan hubby dah sampai ke Koh Phi Phi sebuah pulau peranginan yang habis ranap paling teruk sekali masa bencana tsunami dahulu. Kami pergi selepas Rinn habis pantang melahirkan anak sulung. Pantai nya memang superb, airnya boleh see thru..tak payah snorkeling pun boleh nampak ikan2 berenang. Yang tak bestnya masa kami di sana semua air paip adalah air masin dari laut. Mandi pun air masin. Air minuman memang kena beli mineral water. Skrng ni tak tahulah pulak keadaannya. Makanan halal ada jugak sebab terdapat perkampungan Muslim di sana jadi ada org Muslim yg buka restoran halal. Seterusnya kami dah sampai ke Phuket dan Koh Lanta. Boleh rujuk catatan perjalanan kami yg lepas ya


Sebenarnya perjalanan menuju ke jeti dimana perkhidmatan feri ke Koh Samui disediakan memang agak jauh. Kalau tak silap, perjalanan mengambil masa dalam 4jam hingga ke 5jam daripada Hatyai. Jalanraya nya elok seperti highway tapi yang bestnya tiada sesen tol pun dikenakan !!


Bersempena dengan Hari Keputeraan Raja Thai, terdapat beberapa pekan besar yang mendirikan pintu gerbang emas seperti di atas. Kalau emas tulin agaknya dalam satu malam pasti dah lesap semuanya . Pada hari-hari biasa pun masih terdapat gambar2 besar raja dan permaisuri Thai menghiasi pekan-pekan dan bahu-bahu jalan.


Sebelum tiba di Raja Ferry Port iaitu jeti di mana perkhidmatan feri ke Koh Samui disediakan, kami perlu singgah di tempat pembelian tiket yg terletak kira-kita 1 kilometer dari kawasan jeti. Perlu menunggu giliran untuk menaiki feri mengikut masa. Difahamkan feri datang dan pergi setiap jam sekali tetapi tidak semestinya kita akan mendapat peluang untuk naik feri pada jam yang berikutnya. Kami perlu menunggu kira-kira dua jam sebelum tiba giliran. Lepak sat kat pondok buluh beratapkan atap nipah. Angin sepoi-sepoi bahasa dan nyaman walaupun cuaca panas terik.


Cuba teka. apakah pekerjaan mereka?? Walaupun kami tidak begitu tertarik dengan barang jualan mereka tetapi kami hormat dengan cara mereka yang tidak mengenal tempat, siap berpakaian lengkap, dengan keramahan mesra walaupun tidak pandai berbahasa Inggeris, mereka menjual buku jigsaw puzzle pelbagai haiwan zoo demi mencari rezeki. Kami beli satu dgn harga 199 Baht, bersamaan RM19.90. Dapatlah melekakan Marisa seketika semasa dalam kereta..


Mengikut perkiraan dear hubby mungkin feri yang disediakan cuma ada dalam tiga atau empat buah. Sebab itu waktu menunggu agak lama. Ferinya bersaiz lebihkurang feri ke Pulau Pinang cuma ianya mempunyai 3 level. Ground level khas untuk semua jenis kenderaan termasuk bas pelancong, lori bawak simen, oil-tanker, van, kereta, lori dan basikal. Kalau ada kereta lembu pun no hal punya. Cuma keretapi, kapal terbang, kapal laut dan kapal selam aje yg tak mungkin muat.
Untuk 1st dan 2nd level dikhaskan untuk penumpang samada hendak duduk di kerusi selesa sambil menonton TV atau duduk di kawasan terbuka berbumbungkan langit. Kantin pun ada.


Feri dah mula menaikkan jambatannya dan tak lama lagi akan berlepas. Feri memang laju dan perjalanan ke Koh Samui mengambil masa kira-kira satu setengah jam. Sempat boleh lena lagi.


Kelihatan sebuah feri di sebalik tambak batu-batan sedang menuju ke jeti Raja Ferry Boat sewaktu feri kami mula bertolak.


Along dan Angah berada di ruang terbuka level 1. Memang puas dapat menyaksikan keindahan lautan luas terbuka walaupun cuaca cukup panas terik. Pun begitu tiupan angin yang kuat menyegarkan suasana.


Sebelum rakaman ini dibuat kami melihat sekumpulan anak muda Mat Salleh sedang berliburan sesama sendiri di ruang atas. Kesemuanya lelaki dalam 6 orang semuanya. Mulanya disangka Mat Salleh dari Amerika atau London. Rupanya bukan kerana pertuturan mereka berbeza. Pandangan kami dikejutkan dengan adegan solat oleh salah seorang dari mereka. Walaupun dari segi penutupan auratnya agak tergelincir tapi dari segi perlakuan solat itu betul. Bacaan?? Wallahualam.. . Mungkin Islam dari mazhab yang berbeza. Selepas mamat yang ini selesai diikuti pula oleh teman2nya yang lain tapi rinn tak rakamkan gambarnya.


Heh Heh Heh..jangan mare. Kami pun sempat berposing di mana Along dan Angah silih berganti menjadik jurufotonya. Sesekali Marisa menyakat nak enter frame pulak. Ikut suka dia ajeee....


Inilah buah hati pengarang jantung, racun dan penawar kami yang berlima. Dah besar-besar ni mudah sikit nak berjalan jauh..tapi bab menyakat dan berkelahi sesama sendiri masih tak dapat nak elakkan. Berlatar belakangkan jeti Raja Ferry Port yang semakin hilang dari pandangan. Feri semakin jauh membelah lautan menuju ke Koh Samui.


Marisa berada di ruang terbuka di level 1. Mata sukar dibuka akibat terik cahaya mentari. Kelihatan ramai pelancong asing di belakangnya. Tak ramai sebenarnya orang tempatan yang melancong dalam negara mereka sendiri. Rata-rata hanya kelibat Mat Salleh dan Minah Salleh. Orang2 Malaysia pun kami tak bertembung di sepanjang perjalanan ini. Keluarga kami turut mencuri tumpuan kerana anak ramai !!


Koh Samui..Here we come !!!
Lega rasanya bila feri dah mencecah ke tepi jeti. Kami pun bergegas turun ke ruang kenderaan untuk meneruskan perjalanan.


Ini adalah gambar pantai pertama yang kami rakamkan setibanya di jeti Koh Samui. Masih banyak lagi pemdangan menarik di sepanjang pantai-pantai Koh Samui. Nantikan kemunculannya pada entry selepas ini.


Kami tiba di jeti Koh Samui sudah agak lewat petang. Mungkin jam 6.30pm. Semasa di jeti Raja Ferry Port dear hubby cuba membuat tempahan hotel dari sana kerana dikhuatiri sukar mendapat penginapan kalau walk-in saja. Susah pada mulanya kerana menurut mereka banyak hotel2 sudah penuh terutamanya yang berada di kawasan pantai. Setelah di pujuk sana pujuk sini..tekan sana tekan sini..akhirnya kami dapt sebuah tempat penginapan iaitu di The Island Resot & Spa. Walaupun cuma dapat satu malam penginapan tapi kami terima dulu. Mungkin boleh cari hotel lain sekiranya hendak bermalam lagi ketika di sana.


Sepanjang perjalanan dari jeti menuju ke The Island Resort & Spa yang kami sendiri tidak pasti di mana, hanya berpandukan pada peta yg agak confusing..kami melihat-lihat di kiri kanan jalan kotlah terdapat restoran makanan halal. Perut kami sudah agak lapar dan perlu di isi. Hanya makan biskut dan buah-buahan serta snacks di sepanjang perjalanan. Malangnya tiada satu pun. Setibanya di hotel..terus kami keluar ke jalan2 di hadapan hotel yang kelihatannya memang happening macam kat Tanjung Bungah Pulau Pinang. Malas nak pergi jauh, kami singgah di sebuah Indian Vegetarian Restaurant yang kami yakin sesuai daripada restoran-restoran lain. Kami cuma makan Set Vegetarian Beriyani dan Roti Vegetarian Naan. Minum air mineral berbotol-botol !!! Mujur budak-budak tu tak bising. Sedap jugak hidangannya bila dah lapar.


Sempat lagi berlegar-legar kat shopping Lane yang ada di situ. Rinn suka area ni kerana suasananya yang agak cozy dan menarik. Yang lelainnya kelihatan seperti bazaar menjual pelbagai pakaian, bags, kasut dan cenderahati. Kami masuk ke sebuah kedai menjual T-Shirt dan sempat menyambar seorang sehelai t-shirt kecuali Ken & Marisa, sebab tak ade size !!!


Dah penat. Tak larat nak senyum. Jurufoto pun dah mengantuk sampai amik gambor pun blurrr keh keh keh . Ok, in my next entry rinn akan paparkan gambar2 menarik di sepanjang pantai Koh Samui di resort tempat kami menginap. Nak tau apa aktiviti kami, jangan lupa berkunjung lagi ke mari selepas ini.



LAST BUT NOT LEAST FOR TODAY, I'D LIKE TO SHARE THIS HAPPINESS WITH EVERYONE HERE....I SPECIALLY DEDICATE THIS INFINITE LOVE OF MINE TO MY DEAR HUBBY WHO HAS ALWAYS BEEN SO WONDERFUL, UNDERSTANDING, PATIENT AND LOVING EACH AND EVERY MOMENT...HAPPY ANNIVERSARY DEAR.
[/b]

Quote:
1.kak rus : Heh Heh tq Kak Rus.
2.aida suhaila : Thnx aida. Air Asia ada tapi dari Hatyai. Try tengok Fire Fly, KakRinn pun tak pasti. Kalau naik plane tak rasa lah keseronokan naik ferry !!
3.Sabrina : Thnx Sab. Kalau Sab biasa pi ke persisiran pantai Batu Feringghi/ Tanjung Bungah Pulau Pinang..suasananya lebih kurang macam tu lah. Especially main road yang ada banyak restoran dan kedai2 kecik berderetan tuuu. Pantainya mmg cantik especially pasirnya yang halus dan airnya yg jernih. Tapi rasanya masih tak leh lawan air jernih di Phi Phi Island..
4.Ana : Nak bergambar elok-elok mcm mana, dah jurugambarnya tak ada. Skrng ni ada anak yg besar2 bolehlah tolong amik gambar takat yg posing gitu-gitu tuuuu ok lagi !! Thnx Ana for the wish...
5.Lee Lin : Kalau versi Melayu kena bubuh nama "The Pantai" ler kot..keh keh keh.....
6.mamasya : Thnx mamasya, bahagianya rasa kenkawan & adik2 tolong doakan yg baik2 utk KakRinn. Marisa tu biasalah...pantang tgk orang posing !!! . Walaupun kita mungkin berlainan mazhab dgn Mat Salleh tu..tapi kira respect jugaklah dia boleh tunaikan solat di mana jua dia berada. Org kita ni sebahagiannya, contohnya lah..masjid merata-rata ada..di R&R pun cukup kemudahan, itu pun malas lagi ye !!!
7.chendana : Arigatou chendana. Bak kata Pi'ee, "Kini kami dah muda kembaliii,...yahooooooo !!!"..iye lah bila anak2 dah besar ni, tibalah masa untuk kita kembalikan semula keromantikan yg banyak terlepas masa menjaga anak2 kecik yg ramai dulu tuuu....Ha masih jauh lagi perjalanan, semoga Ha pun sentiasa berbahagia selalu.
8.mummy jam : Thnx mummy..
9.Mohd Azhari Azizan : Terima kasih. Hmmm..tak jugak sebab kami ni anytime kalau nak jalan-jalan, kira pi aje. Jarang nak plan2 sangat. Hari-hari pun kita tour hidup kita..setiap saat semua nya ada pengalaman yg baru.
ps : Masa mula2 beli dibelek sakan buku tuuu..Ni dah terletak aje..
10.eixora : Thnx yati. Yang 17 tahun anniv tu pun bermula dengan yang 1st...Yati p un akan lalui saat-saat itu, InsyaAllah.
11.ummi zufayri : Thnx Ummizufayri. Kalau nak citer semua tak abih tau...kira amik yg penting2 aje ni !!
12.shiq : Thnx mama shiq, rajin mai jenguk walau tak tinggal jejak. Thnx jugak for the wish. Iye lah, bila anak dah besar-besar baru ada peluang nak kembalikan saat bahagia masa mula-mula kawin dulu. Time jalan-jalan ni lah dapat kita luangkan masa sepenuhnya jauh dari kesibukan kerja dsb. Heh Heh..dah tua punnn...cuma hati aje sentiasa muda..aktiviti pun kekadang kalah org muda. Jgn malas mama shiq, time sihat dan muda lagi ni lah elok pi jenjalan. Cuti2 Malaysia pun ok banyak dah skrng ni !!!
13.sinnchan : Terima Kasih ye akak di atas doa dan ucapan...Semoga barokah di pagi Jumaat ini dan di hari2 yg lain juga.
14.Nur : Tak..makan nasi !! ..Kalau makan angin bnyk2 nanti kembung perut pulak !!!
15.zie : Thnx zie atas ucapan dan doa. Kami mmg kaki jalan-jalan. Pantang ada cuti dan bila hubby tak kerja, ada saja rancangannya. Pasal solat tu mmg lah..ikut org jugak. Yg penting kita jgn lalaikan...Lawaklah citer solat & kentut kuat tuuu
16.minyaklenga : Thnx for the wish and doa. Awat dah tukar nama pulak ni !! Gi Thailand naik kereta senang sikit sebab anak ramai dan beg2 pun boleh tahan beratnya. Kalau naik bas atau ikut package tour..jenuh kawal. Org tua ni biasalah, mcm mak kakrinn pun kalau ajak datang & tidur lama kat rumah..mesti asyik teringat kat pokok bunga dan kebunnya !!
17.kamalina : Thnx aimi. Memang jatuh pada Valentine's day. Actually kami dinikahkan pada malam 14hb tu, next day 15hb nya baru majlis khendurinya. Kami amik sempena majlis pernikahan tu lah... Kami kalau ke Penang ikut suka aje..kekadang naik feri kalau nak santai-santai..tapi kalau nak cepat naik bridge lah !!
18.Mamantaro : Tak reti mancing laaaa. Lagipun tak nampak langsung kelibat org mancing masa pi sana.
19.maklang : Kalau maklang jadik mamarazzi sure jeles abih pulak nanti..tengok kami so romantika de amour !!! Pas ni tak tau..silap2 ke Kutub Utara !!!
20.azura asri : Thnx azura
21.MamaFaMi : Thnx mama. Kebetulan sama dengan KakLiza pulak ya...Rinn pun tak ingat. Baru perasan bila jenguk dapur dia !!!
22.fara : Thnx fara for the wish. Tak lah plan nak jalan2 and sambut anniversary, kebetulan cuti CNY dan anak2 pun semua ada kat rumah.
23.Noor : Thnx Noor. Anak2 dah besar panjang ni senang sikit nak berjalan jauh. Dulu2 pun jalan2 jugak tapi aktiviti limited lah, asyik sibuk dgn diapers & susu aje kannnn....
24.boxhousestudio : Thnx lah KakTun doakan yg baik2 buat kami. Kebetulan jer kot kami jalan2 tu dah nak dekat2 anniversary..kira mcm hadiah jugaklah. Celebrate anak-beranak.
25.jeff : Surprisingly taklah banyak kuil yg saya nampak masa sepanjang perjalanan. Mungkin tak kena laluan nya. Adalah sebijik dua kuil tu dengan patung yg teramatlah besarnya !!! Utk amik gambar..mmg setuju, bnyk lokasi menarik esp beach nya.
26,Bonda RaqynRafiqin : Tq Tq..Nak sampai ke angka 17 tu pun sebenarnya banyak dugaan dan rintangannya. Pun begitu syukur atas segala nikmat & kebahagiaan yg Allah anugerah. Hidup hanya sekali, selagi ada peluang pi jalan2 tengok tempat orang kita pi lah..luaskan pandangan dan carik ilmu apa yg patut. EJ pun angka sampai ke angka itu..masih jauh lagi perjalanan.
27.Daalia : Heh Heh..selagi ada peluang rezeki Allah bagi kitorang pi lah jenjalan, luaskan pandangan tengok tempat orang. Kalau nak ikutkan hubby Rinn lagi sakan..Motto dia, "kerja sambil jalan2, Jalan2 sambil kerja". Kitorang ni ngikut aje. Dah mmg kami ni semua kaki ronda. Ronda dekat ke..jauh ke..kira jadik jer. Heh Heh..gambar2 Daalia dgn Cik abe tu pun apa kurangnya. Eloklah kita sentiasa mesra2 di depan anak2 biar anak2 seronok tgk, jgn mcm org yg suka gaduh depan anak2..nanti anak2 pun tension !! Rinn rasa Rinn ni tak de lah slim sangat pun. Dulu mmg ia tapi la ni rasa selesa sikit sebab tak melengkung sangat akibat terlalu kurus..Nanti mcm peluk batang kayu pulak ye !!! Gurau jer...Daalia pun taklah gemok tara mana..kira orait lah tu, janji sihat dan fit for aktiviti. Rinn pasti Daalia pun jenis yg aktif...kann !! Nanti kita check awak punya ciskek..
28.Daalia : Heh Heh..terima kasih kerana mendoakan yg baik2 utk kami. The same goes to you too, dear Daalia.
29.luxurybatik : Sila..Sila..
30.storgambar :
31.Haniss : Terima kasih bebanyak Haniss. Bahagia rasanya adik2 pun tolong doakan yg baik2 utk KakRinn. Semakin berumur perkahwinan kita..kenalah semakin romantik..bukan sebaliknya sebab lama2 nanti akan tinggal berdua balik jugak sebab anak2 semakin membesar. Lambat-laun diorang pun akan pi lanjut pelajaran dan ada keluarga sendiri..
32.hellikonia : Iye Iye..aksi jalan-jalan melampau dari keluarga Rinnchan !!! Yatt pun kena rajin jalan2 jugak tau..jgn asyik belek kek & icing aje ye..
33.Roylazim : Alhamdulillah, Allah beri rezeki lebih dapat kami tgk tempat org. And thnx for the doa..semakin usia meningkat semakin kami appreciate life sebab tak tahu sampai bila Tuhan nak bagi pinjam umur. So, live life to the fullest.. Berbahagia lah dengan pasangan kita seadanya...
34.MaDiHa : Terima kasih bebnyk madiha ya. Walaupun terlambat..madiha ingat jugak nak tinggal jejak dan wish rinn & hubby. Kami pun bukannya kawin awal mana pun, kira umur2 biasa bagi anak2 muda utk berumahtangga..Tak de lah nampak muda mana pun, biasa aje. Yg penting kita sihat sejahtera kaannn....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net