Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-Feb-2008 06:07 Email | Share | Bookmark
CATATAN PERJALANAN KE KOH SAMUI 1

Marisa dah ready nak bertolak
Dah masuk hiway menuju utara
Pemandangan di sepanjang hiway
Bertembung dgn sekumpulan polis peronda di R&R Gurun
Dah siap declare passport
Pekan Danok, Thailand
Bersama Pn Siti Aisyah, pemilik restoran
Mini waterfall depan restoran
Air kelapa segar
Tomyam Campur..pedas & sedap !!
Asparagus & Udang
Favourite Along & Acik..
Ken & Marisa depan Mini Waterfall
Nak buat apa entah..??
Main sampai tergolek
Berjalan masuk ke bilik hotel
Lagi lagi Marisa....
Along pun menconteng !!
Rinn's Bday msg to the King
Panjangnyaaa...
Bersama-sama dayang2 hotel....
TAK PUAS...itulah ungkapan yang dapat rinn katakan mengenai perjalanan kali ini. Jalan-jalan yang tidak dirancang sebenarnya. Sekadar mengikut putaran steering dan pusingan roda Landrover kesayangan dear hubby yang sememangnya selesa dengan kenaikan ini. "Jom ke Thailand !!"..itulah kata-kata yg keluar dari mulut hubby bila musim cuti CNY hampir bermula. Nak ke mana??..itu tak pasti. Tengoklah sejauh mana kita boleh pergi memandangkan hanya pada Rabu kita boleh bertolak dan pada hari Sabtu kita dah kena kembali semula ke rumah. Along & Angah perlu membuat persediaan utk kembali ke asrama pada hari Ahadnya.


Pemandangan ini dirakamkan semasa kami berhenti seketika di R&R Gurun, antara tempat persinggahan popular di Lebuhraya Utara Selatan yang terletak antara Sg Petani dan Alor Setar. Tertarik dengan keindahan perkebunan sayur yang dibelakangi oleh deretan gunung-ganang dan bukit-bukau.


Yang pastinya pada hari pertama perjalanan iaitu sehari sebelum CNY kami tak dapat pergi jauh memandangkan waktu tengah harinya baru kami bertolak. Di sempadan Msia/Thailand kami berhenti untuk urusan pasport. Memang tak dapat nak digambarkan kesesakan manusia yang sama ada hendak masuk ke Thailand atau masuk ke Malaysia. Kami singgah di pekan Danok, pekan yang paling hampir dengan sempadan.


Banyak lorong-lorong seperti ini kelihatan di pekan Danok. Bagi yang sudah biasa ke mari pastinya dapat mengagak apakah jenis bentuk hiburan dan keseronokan yang ditawarkan. Pada sebelah siang mungkin kelihatan agak lengang tetapi lain keadaannya bila malam mula menjelma. Ianya mungkin boleh disamakan dengan Bintang Walk di KL walaupun tidaklah semoden mana. Selain itu di lorong-lorong begini juga banyak terdapat gerai-gerai yang menjual terutamanya pakaian-pakaian dan barangan keperluan rumah dan bilik tidur seperti "TOTO" & "NARITA". Selalunya kalau makcik-makcik datang ke mari memang itulah antara barangan yang dicari.


Kami singgah lunch di restoran kegemaran kami di sini. Restoran makanan halal milik seorang wanita Thai yang boleh berbahasa Melayu dan pandai memasak. Memang sedap....


Selain dari tomyamnya yang "pure", masakan asam pedas, kerabu mangga dan sepat gorengnya yg membuka selera...rinn paling berkenan dengan sambal belacannya. Selama ini rinn dah cuba untuk membuat sambal belacan yang rasanya sesedap ini tapi masih belum cukup sedap. Akhirnya setelah dikecek-kecek dan ditanya oleh dear hubby, Pn Aisyah pun memberitahu bahan-bahan yg dibubuh dalam sambal belacannya.
1. Cili padi
2. Belacan
3. Gula
4. Asam limau
5. Bawang merah
6. Bawang putih
Nisbah di antara bahan sila adjust sendiri tapi katanya bawang merah tu sedikit sahaja sudah memadai. Cubalah dulu. Kalau masih tak puas hati dengan rasanya, bolehlah kenkawan mencubanya sendiri dengan berkunjung ke Restoran Siti Aisyah di Danok..


Ok, nampaknya destinasi pertama kami adalah..ke mana lagi kalau bukan Hatyai. Sebuah bandar yang biasa kami kunjungi sama ada mengikut dear hubby atas urusan kerja atau sekadar pi ronda-ronda. Perjalanan mengambil masa lebihkurang 45minit dari pekan Danok.


Ini adalah kenderaan pengangkutan seperti teksi penumpang yang biasa kita lihat di Thailand. Mereka memanggilnya "TUK TUK". Sejenis lagi adalah motosikal biasa yang selalu memboncengkan seorang penumpang. Sesuai untuk perjalanan di pekan atau lorong-lorong yang sesak.


Kami tiba di Hatyai sudah agak petang. Cuti-cuti begini biasalah, Hatyai yang tidak pernah sunyi dari dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara. Tidak pasti apakah sebenarnya tarikan Hatyai tapi yang sudah pastinya ia merupakan salah satu destinasi membeli-belah yang agak sesuai untuk keluarga.


Bagi yang tidak biasa memandu kenderaan persendirian bila ke Hatyai pastinya akan pening kepala dengan kenderaan-kenderaan tempatan yang bersimpang-siur. Di sini lebih banyak kenderaan berbentuk truck van yang mempunyai ruang tempat letak barang tidak berbumbung di bahagian belakang. Mereka lebih selesa dengan kenderaan jenis ini untuk mengangkut barangan perdagangan mereka termasuk orang !!


Decided to stay overnight in Hatyai so that we could start a bit fresh the next morning. Ada beberapa hotel penginapan yang menjadi pilihan. Untuk pengetahuan semua, antara hotel2 yang terletak betul-betul di tengah pekan dan biasa kami bermalam adalah Grand Plaza Hotel, Win Star Hotel dan Mayflower Hotel. Kalau luar pekan sedikit tapi ada kemudahan swimming pool kami syorkan Paradise Hotel. Kali ini kami bermalam di Mayflower.


Agak sibuk dan bising pekan itu pada hari ini, besar kemungkinan kerana 2 sebab. Pertama, kerana esoknya adalah hari pertama sambutan Tahun Baru China. Masih ramai kelihatan orang tempatan dan pelancong asing membeli-belah bagi membuat persiapan terakhir. Jalan-jalan pun sesak dengan kenderaan. Pada sebelah malam tidur kami diganggu dengan kebisingan letupan mercun dan bunga api sempena sambutan CNY. Kalau tidak silap, "pesta" itu terus berlanjutan hingga lewat jam 3 pagi. Tapi dek kerana keletihan, semua tidur dengan nyenyak juga kecuali rinn..wakakakaaka !!!


CNY Eve di Hatyai kelihatan agak meriah walaupun rinn tak pasti sama ada mereka yang menyambutnya adalah China tempatan atau luar. Mereka kelihatan sama sahaja cuma mungkin kalau kita cuba mendengar perbualan mereka barulah kita akan tahu asal mereka.


Sebab keduanya adalah kerana rakyat Thailand masih lagi meraikan Hari Ulangtahun Raja mereka. One main street kat tengah-tengah pekan ditutup dan majlis bandaran mereka telah memasang kain rentang kosong yang panjang bagi membolehkan sesiapa sahaja yg ingin meninggallkan pesanan Harijadi kepada Raja Thai, menulis di atas kain tersebut. Kami pun tidak melepaskan peluang. Contenglah apa yang patut !!


Makanan halal hampir tiada masalah. Banyak terdapat restoran-restoran dan gerai-gerai makanan halal yang diusahakan oleh Muslim tempatan maupun dari Malaysia. Hidangan masih berkisar pada masakan Thai yang popular terutamanya tomyam, ikan kukus, ikan sweet sour, kerabu mempelam, somtam dll.


Antara gerai kegemaran kami adalah gerai pulut yang dimakan dengan pelbagai buah-buahan dan lauk-pauk. Yang selalu menjadi pilihan adalah pulut mempelam dan pulut ayam goreng. Mempelam Siam ni biasalah, apa lagi kalau bukan mempelam harum manis. Pulutnya pun sedap dan wangi macam beras Siam !!


Ok lah kawan, lepas ni kita sambung cerita sepanjang perjalanan ke Koh Samui...dengan gambar2 yang lebih menarik !!!


Quote:
1.Acik badariah : Tak jalan tapi naik kereta !!!
2.yati-m : Ha ah..masih kat situ lagi...
3.yati-m : Ooopsss..yati ni mesti ada sangkut-paut dgn Siam sebab tu tau asal-usul sambal belacan diorang.
4.Lee Lin : Memang dah tua pooonnn tapi hati masih tetap muda..Perangai mcm org muda..aktiviti pun kekadang kalah org muda. Leceh lah Lin..awak tu muda-muda lagi asyik ulang-aik Johor jer. Probably..sebab laki bukan jenis yg adventurous or tak suka travel kot. Nasib badan laa..kami berdua mmg kaki ronda.
5.NorAlhidayah : Kekadang anak-anak sampai tak terikut rentak mak ayah depa ni. Pantang ada cuti..terus aje nak ronda sana-sini walhal anak2 lebih suka duduk rumah layan PC n aktiviti sendiri. Kalau ajak keluar pun setakat ronda2 supermarket jer..heh heh heh. Isshhh...kalau dah teringin, tak jauh mana pun perjalanan dari Johor ke Hatyai, tapi drebar kena kuat laaaa....
6.noreziz : Ayoyo...memang teringin sangat nak ke Dubai tapi Dubai kan mahal !! Kalau nak bawak 7 beranak tuu..hmmmm kena kumpul ongkos yang banyak dulu baru puas ronda Dubai. Waaa...siang2 org dah offer ajak ke sana niiii....!!!
7.masihjelita : Dah lidah org Melayu ni..mana2 pergi pun kalau ada sambal belacan mesti nak cuba. So far, yg ini mmg sedap. Satu lagi kat Restoran Hot Chili. Tak tau lagi kat mana ada cawangannya selain di SP.
8.kak rusnah : Terlajak sampai sana pulak lah kak rus. Tapi tak puas lah sebab sekejap aje...Kami rancang nak ke sana semula tapi tak tau lah pulak bila??
9.Daalia : Bukan tak nak update tapi kepenatan. Masa kat Siam tu pun boleh kalau nak update sbb laptop mmg bawak, internet ok. Cuma tuan badan ni aje yg malas. Siang ronda..bila malam dah penat, kira nak boooom aje lah !!! Daalia dah semakin sihat I supposed sebab dah boleh buat ciskek tuuuu. awatnyer yg jadik sememeh..??? Hmmm..nampaknya nak kena praktis lagi. Rinn duluuuu masa mula-mula pun ada gak incident terkantoi masa buat ciskek but once you get the touch, InsyaAllah ok lepas2 tu. Pasal hotel tuu mmg kitorang tak pernah risau walau we just walk in. First, sebab hotel mmg bnyk..just pilih, nak yg 5 star or without star;;heh heh. Lagipun hubby I ada runner kat sana. Just give a call aje..and all will be settled. Teringin gak nak lawat you tapi tak tau la you duduk mana kat Ipoh tu. Dulu hubby selalu ulang-alik Ipoh sbb ada urusan kerja kat sana. We all as usual kalau kena hari cuti pasti akan ikut. Skrng dah ubah arah pulak..heh heh.
10.Sabrina : Memang itu pun perkataan yg selalu hubby cakap. Ulang-alik Siam mcm pi Penang, balik kampung dia. Sebenarnya cerita2 bom dan huru-hara tu berlaku bnyk di sebelah yg bersempadanan dgn Kelantan. Kalau yg sebelah Kedah/Perlis ni InsyaAllah ok. So far, tak de lah kejadian yg tak diingini. Kalau Sab nak ke Thailand, cariklah Kakrinn & Hubby..bisa diatur.
11.MamaFaMi : Alaaa mama ni, nak jeles apa nyer. Selalunya kalau kami tak jalan-jalan begitu rinn suka duduk rumah aje, dah kan laki kita selalu outstation. Sesekali bila dia ada tu yg suka ajak kami ronda-ronda..jauh atau dekat itu belakang kira heh heh.
12.maklang : Ayoyo makcik..kita ikut cakap laki laaa. Laki kata "Jom jalan!!...Kena lah ikut...dapur tu tak pe, mobile...kat mana2 pun boleh masak !! Masak kat kedai laaa..hik hik hik...!!
13.mamaella : Memang piaw punyer sambal belacan..tambah pulak dapat ulam-ulaman yg jarang dapat kat sini mcm pucuk petai dan trung kecik2 tuuu...sedap giler !!
14.Harni Safarina : Danok sekarang dah bnyk berubah. Kedai-kedai dan hotel2 baru banyak. Cuma barang2 jualan aje maintain sama. Hatyai lagi laaahhh...dah lain dari dulu...Yeah, we had fun actually, everytime we go there. Cuma dah tak berapa enjoy shopping sebab dah jemu tgk barang2 kat Bazaar tuuu. Tapi kalau makan-makan ok, mmg enjoy abis !!!
15.cek de sam : Bagi yg first time pi mungkin excited nak pi lagi, kot lah tak cukup masa nak shopping !! Kami sebab dah kerap sgt..lebih enjoy diorang punyer food jer skrng ni.
16.Kak Leen : Macam tu lah resam isteri dan ibu, selalunya kena ikut selera suami dan anak-anak. Kalau ikut selera sendiri nanti kita pulak yg gemuk..heh heh heh. Jalan-jalan aje KakLeen...tak seronoklah dipanggil pelancong sebab kami tak pakai tourist guide, main redah aje. Dear hubby rinn ni terlebih adventurous !!
17.zai Kulim : Heh Heh Heh...bila lagi. Masa anak2 kecik2 dulu susah nak enjoy kalau pi jalan2 ni. Asyik bz dgn diorang jer. Ni dah besar2 ni senanglah sikit...
18.chendana : Masuk pintu keluar tingkap ye..Boleh cuba sendiri sambal belacan tu tapi kalau nak rasa yg ori kena lah mai ke Thailand..Ke Restoran Siti Aisyah.
19.Mohd Azhari Azizan : Sebenarnya kalau citer panjang-panjang boleh lagi tu cuma tak nak lah nanti org boring nak baca sebab org lebih suka view gambar dari baca cerita. Sikit2 bolehlah bagi gambaran, yg lelain let the pics speak for itself. Hah Hah...mmg synonym sangat Danok ni dengan TOTO dan NARITA !!!!
p/s : Skrng nak buat passport dah cepat. Dalam 2 jam boleh siap..mcm yg diorang iklan kat TV skrng ni kan. Tapi satu passport kena RM300 lah. Kanak2 RM150, dah tak boleh tumpang passport mak ayah. Jenuh jugak kalau anak ramai !!!
20.Laura Handbags Collections : Uuuu..handbags !!
21.boxhousestudio : Unplanned trip lebih adventurous..pernah jugak tersesat2 tapi seronok walau penat. Kita tak ikut pemandu pelancong jadik jadual bebas ikut suka hati sendiri. Heh Heh..nampaknya KakTun kena mai jugak ni, mai rasa yg pure punya masakan Thai. Mmg betul..lama2 shopping tu dah jadik 2nd excitement..yg penting makan dulu heh heh heh. Sekarang dah ramai family Melayu yg bawak keluarga ke Hatyai, InsyaAllah masih selamat. Rinn pun kerap bertembung dgn keluarga Melayu kalau ke sana. Yang haru-biru dan huru-hara tu kat belah Narathiwat yg bersempadanan dgn Kelantan. Currency senang aje, buang satu kosong di hujung Baht. Kalau 100 Baht = RM10, Kalay 350 Baht =RM35. Ada faham kaa..??? Harga barang lebih kurang Mesia jer...
22.norz : Salam kembali norz, betul tu..tak kenal maka tak cinta..tak delah sampai cinta, but at least kita dapat gambaran sebenar kalau kita datang sendiri ke tempat ini.
23.Ana : Heh Heh..biasalah KakRinn ni..Kalau cuti-cuti aje mesti lesap !! Tak cuti pun kekadang hilang jugak. Pasal makan mmg tak lawan lah masakan kat Restoran Aisyah tuu. Antara yg terbaik di sini. Nak masuk tu prosedure biasa tapi kena ada passport lah. Kalau tak de boleh buat Group pass (Passport berkumpulan) kalau nak pi lebih dari 50km radius dari sempadan. Kalau orang ada IC beralamat Kedah/Perlis boleh buat border pass aje tapi kena berada dlm lingkungan 50km jerlah. Sampai Hatyai ok lagi..
24.ezura : Kalau dgn family semuanya seronok saje !!! Life is short...live it to the utmost ezura.
25.Prospek Team : Thnx for the compliment. Apa yg dipaparkan di sini sekadar hobi yg ingin dikongsi bersama teman-teman..taklah sampai nak create my own photo store. Ini pun dah dikira photo store saya. Anyway, thnx for the recommendation. I'll keep on posting selagi ada bahan.
26.zany : Yg kecoh2 dan gaduh2 tu kat belah Narathiwat yg bersempadanan Kelantan. Belah Kedah/Perlis insyaAllah selamat lagi. Masa pi jumpa mak zany ari tu, ada gak adik zany kata dia ada ajak mak zany ke China, seronok agaknya dgr citer KakRinn ke China. Bawaklah mak pi jenjalan sekali-sekala...
27.kamalina : Ha ah, masa anak2 kecik dulu pun jalan2 jugak. Dah memang kami ni kaki ronda. Cuma tak dapat enjoy sepenuhnya sebab asyik kecoh dgn pampers dan susu heh heh heh..La ni dah besar2, ok bnyk daaaah bila pi jalan-jalan !!! Hotel Mayflower dalam RM90-RM100 ikut season lah. Hotel yg lain2 tu pun lebih kurang harga tu. Boleh saja cntx KakRinn. Nak tourist guide kat sana pun ada member boleh tolong
28.syasya22 : Tak lah best tara mana rasanya sebab yg kat Danok tu yg banyak cuma urut yg noti2 laa..nak attract mamat2 yg noti2 jugak. Kat Danok tak pernah try..tapi kalau ke Hatyai selalunya KakRinn & hubby suka pi kat foot massage parlour. Rasanya lebih selesa kalau urut tapak kaki..lebih relaxing. Sempadan sebelah Kedah/Perlis ok je..yg bnyk huru-hara dan tembak2 tu kat sempadan belah Kelantan..kat Narathiwat. Kalau tak masa kan semakin ramai org Malaysia termasuk Melayu berkeluarga menuju ke Hatyai sebagai tempat ronda2 shopping2. Travel by car mmg convenient kalau tahu selok-belok jalan. Kalau tak naik kereta pun ok, sebab Tuk Tuk aka teksi van dia pun bnyk.
29.jeff : Heh Heh..kami kan kaki jalan-jalan. Kalah Maria Tunku Sabri !! . Bukan setakat pantai bogel..pool bogel pun biasa. Selalunya Minah Salleh lah. Org tempatan tak berani kot !! Ikut pengalaman, kat Pulau Phi Phi lagi dahsyat!!
30.afairus : Tengok pun dah sodap..tambah bila dapat makan, lagilah tangkap pedas sampai ke kepala !!
31.Ibu NF : Kena buat permit dan byr insurance kereta aje. Boleh buat on the spot masa on the way nak ke sempadan. Permit kereta free but Insurance kena RM18 untuk 9 days trip . Ada kedai2 kat hiway sebelum masuk Danok tu yang boleh buatkan.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net