Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Jan-2008 07:03 Email | Share | Bookmark
HAPPY 1ST BIRTHDAY..MY FP

 

Isshhh isshhhh...diam tak diam dah setahun rupanya usia FP rinn ni. Kalau bayi rasanya dah mula bertatih..tapi Alhamdulillah, berkat sokongan dan dorongan dari orang-orang tersayang, rakan-rakan rapat, rakan-rakan maya sama ada yang rinn kenal secara peribadinya atau tidak..FP rinn ni dah berlari pun. Tanpa anda semua..siapalah rinn di alam fotopages ni ( Poyo nya ayat....!!! ). Masa mula-mula berjinak-jinak dengan FP, niatnya tu sekadar ingin membuat sebuah diary masakan sebab kemudahan dah ada. Gambar-gambar masakan pun cuma direkod menggunakan kamera telefon bimbit..nak cepat dan mudah lah katakan. Tapi lama-kelamaan bila sering ronda ke FP kenkawan yang punyai gambar-gambar yang cantik dan menyelerakan maka timbul pulaklah minat yang baru. Mujur di rumah ada kamera yang agak bagus kepunyaan dear hubby, ilmu fotografi memang zero tapi berkat sedikit tunjuk ajar dari dear hubby yang dulunya memang minat dengan dunia fotografi, minat itu dah beralih kepada rinn. Yang lebih menggembirakan dear hubby dah memindahmilikkan kameranya itu kepada rinn..heh heh.. kecik tapak tangan dunia FP rinn tadahkan sementara dia dah pun mendapatkan yang baru. Almaklum lah dear hubby pun sering berpergian atas urusan kerja dan sering juga dia merakam peristiwa-peristiwa yang menarik minatnya.
Sejarah masak-memasak rinn ni sebenarnya dah bermula seawal usia rinn belum bersekolah. Asalnya kerana arwah abah dan emak sentiasa sibuk dengan perniagaan kantin sekolah. Bukan nak menyalahkan emak kerana tidak menyediakan makanan di rumah..tidaaaaak sama sekali. Malahan cukup..cuma nya kami kena makan di kantin sekolah jugaklah pada waktu siangnya....Tidaklah bercampur dengan murid-murid sekolah tapi di ceruk dapur kantin. Tapi bila malas nak ke kantin walaupun sekolah tu cuma di sebelah kawasan perumahan tempat rinn tinggal..rinn cuba-cuba berjinak-jinak di dapur. Setakat masak nasi dan goreng telur tu dah kira ok habis.


Lama kelamaan mak ajar siang ikan...goreng ikan..masak sardin..goreng sayur yang mudah-mudah dan bila dah reti masak sayur lemak tu dah kira terrer lah konon-kononnya. Nasi goreng yang ringkas pun dah berani masak sendiri. So, bila dah masuk sekolah..begitulah rutin rinn setiap hari. Bila malas...baru lah carik mak di kantin sekolah.

Bila semakin besar dan emak abah dah tak bergiat di dunia perkantinan lagi, rinn suka jugak perhatikan mak masak di dapur. Tak de lah nak belajar masak secara formalnya..cuma tengok-tengok dan kacau-kacau mana yang patut. Mak memang rajin buat kuih-muih untuk sarapan pagi. Selalunya pada sebelah malamnya mak dah siapsediakan, terutamanya bila mak nak buat karipap atau kuih-muh yang berkukus. Masa dulu manalah ada orang berjualan di tepi jalan macam sekarang ni. Sekarang boleh main tunjuk-tunjuk aje, siap duit aje semua settle kan... Tapi tak rinn nafikan masih ramai juga di kalangan kita yang masih setia di dapur sendiri, mencuba dan bereksperimen dengan resipi-resipi baru demi kesejahteraan rumahtangga. Semuanya itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk orang-orang tersayang yang sentiasa di sisi kita. Rinn sebenarnya bukanlah seorang yang hebat di bidang masakan, sekadar ingin mencabar diri sendiri setakat mana rinn boleh faham arahan masakan dan sejauh mana tangan ini boleh menukarkan sesuatu resipi kepada bentuk makanan dengan jayanya. Kita pun faham, resipi yang sama pun, bila lain tangan yang memberi sentuhan lain jugalah hasilnya. Tapi sekarang kita dah punya banyak sumber, gunakanlah ia semaksima mungkin. Amboooiiii laaaa rinn ni..dah start bagi ceramah lah pulak !!!

Bila musim puasa dan raya..sibuk pulak menyibuk di dapur tolong mak buat kuihraya dan kek. Masih ingat lagi betapa koleksi buku resipi mak tu sampai nak tercabut kulitnya. Yang terlerai mukasurat pun banyak. Rinn pun tak pasti sama ada mak masih simpan buku-buku resipinya. Kalau rinn dapat buku tuuu...hmmmmmm..akan kukerjakan satu-satu resipinya..terutamanya koleksi kuih-kuih raya mak. Sekarang ni memang susah nak jumpa..terutamanya kuih makmur, kuih dahlia, kuih jambu, biskut senyum dan biskut cornflakes. Rinn rasa biskut cornflakes sekarang ni dah tak sama macam yang mak buat. Kelmarin punyalah teringin nak makan biskut cornflakes..rinn cubalah satu resipi dari kotak Nestle Cornflakes tu...isshhhh tak serupa dan tak sama rasanya !!! Nanti lah..bila rinn balik kampung dan teringat pasal buku-buku resipi mak..akan rinn pinjam sebab sejak semenjak dua menjak ni pun mak dah malas nak buat kuih raya dan sebagainya. Tunggu anak-menantu buatkan/belikan saja..Tapi kalau ketupat dan lauk-pauk raya..mesti kami nak makan yang mak buat jugak !!! Nothing beats mak's cooking !!!

Ooopppsss..jauhnya rinn melalut ni. Apapun, rinn harap semua kenkawan jauh atau dekat, yang kenal nama dan rupa atau yang kenal hanya pada nama..teruskanlah jalinan persahabatan ini..selagi ada secebis ilmu yang boleh dimunafaatkan bersama, rinn akan terus tempelkan di ruangan ini, selagi ada gurau senda kita akan ketawa bersama, tatkala ditimpa musibah sesama kita saling mententeramkan di antara satu sama lain, selagi tiada benci sudi-sudikanlah menjenguk dapurku ini. Rinn akan terus berFP dan seboleh-bolehnya tidak akan membiarkan ruangan ini sepi untuk jangkamasa yang panjang...nanti ada pulak yang merajuk ya!!

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi ilmu di ruangan kawan-kawan. Apa yang rinn harapkan agar kita sama-sama saling dapat memunfaatkan ilmu yang ada di antara satu sama lain...terus berkongsi sekadar yang ada dan terus menghadiahkan kegembiraan buat semua walaupun hanya menerusi masakan dan gambar-gambar yang hanya dapat dijamu oleh mata. !!! Syukur Alhamdulillah, kerana Kau memberikanku kekuatan untuk meneruskan fardhu kifayah ini. Buat mak..this FP is a tribute to you..if I may say so. Love you mak...

Jangan jemu untuk berkunjung lagi...


Quote:
1.rosee4 : Waalaikumuasalam, tq sudi jenguk. InsyaAllah, selagi ada daya dan kemahuan..akan rinn teruskan...
2.lynnhassan : Tq lynn..
3.lina dyghaikal : Tq sebab jadikan Fp kakrinn tempat rujukan walaupun isinya tidaklah sehebat mana.
Teruskan berguru di alam maya...
4.MamaFaMi : Thnx a lot mama...
5.MaMaAina : Thnx MamaAina, MamaAina pun cepat-cepatlah berFP....
6.mamasya : Tapi skrng kalau balik kg..Mak bagi instruction jer sebab dia tahu anak menantu boleh masak. Bab merasa hasil masakan tu baru kami pas balik kat dia.. Org tua-tua ni kan selalunya cerewet kalau tak kena dengan selera diorang. Anyway, thnx for da wish...
7.chepah : Thnx chepah...
8.chendana ayu ; Waaa..FP chendana lebih tua 2 tahun rupanya..Nak wat camner, dulu2 mana lah kakrinn reti menda-menda ni. Ni pun kebetulan jer...tak saper suruh, pepandai sendiri.
p/s : Kakrinn dah jenguk dua-dua FP & Blog chendana...terharu nya
9.nhalilah : Tq nhalilah. Selalu kakrinn dengar keluhan buat muffin tak jadik ni. Memang agak sukar utk bagi jawapan kalau tak tengok sendiri mcm mana orang tu buat..tapi buat muffin ni lebih mudahjika dibanding dgn kek. Muffin pun ada dua jenis..jenis yg cakey (lembut mcm kek)..dan yang fudgy..(tak gebu sgt, agak mampat mcm cekodok..tapi masih tetap lembut) . Kakrinn nhalilah cuba lagik ya..mungkin resipi yg lain ??? Lagipun moral support dah ada tuuuu....
10.yati-m : Tq yati. InsyaAllah..resipi kalau dicari memang banyak ada, cuma nak buat nya tu aje laaa....heh heh..tapi InsyaAllah..
11.hasni : Hai Hasni , Tq for da wishes. Heh Heh Heh...dah terjangkit dah penyakit Datuk CT ekkk...
12.Yati yadami : Tq for da wish yati and tq juga sebab tak jemu menjenguk Fp kakrinn..
13.Kak Leen : Waalaikummussalam Kak Leen. Alhamdulillah, rinn masih ada daya untuk meneruskan perjuangan ni. Terima kasih kembali Kak Leen...
14.Haniss : Waalaikummussalam Haniss, Resipi tangkap leleh ni kena bubuh cili api banyak-banyak laaaa.....
15. MaDiHa : Ha ah, begit pantas masa berlalu. Terima kasih kerana masih setia berkunjung...
16.Mohd Azhari Azizan : Terima kasih atas ucapan, InsyaAllah selagi ada daya akan KakRinn teruskan perjuangan di FP ini...
17.cik_bawang : Tq, I will....after all sharing is caring !!!
18.ain aimanaleya : W'salam. Silent reader pun tak pe..kakrinn tetap berbesar hati krn Ain masih jadik pengunjung setia.
19.lina@alma : Hai lina, rasanya dah lama tak mai jenguk ya. Heh Heh..InsyaAllah..rinn akan terus mengupdate....
20.eixora : Thnx for all da wishes !!!
21.linahilmin : Tq, Ya..semakin bersemangat niiiii....
22.sinnchan : Heh Heh Heh...tak pe, janji sesekali mai jenguk. FP pun ngada-ngada nak besday ekkk...Tuan dia ni punyer kerja laaaa. Buku resipi mak tuu..time tak pi balik kg selalunya ingat, tapi bila dah ada kat sana..lupa abih semuanya....Nanti rinn tulis kat dahi bagi jgn lupa
23.Nur : Thnx Nur, Resipi and gambar akan sentiasa menghiasi Fp ni. Harap tak jemu utk berkunjung selalu..
p/s: Apam org lama tu sebenarnya mmg sedap..Kakrinn pun prefer yg tu drpd apam2 moden ni
24.cek de sam : Thnx mamaera...
25.shitah wnd6684 : Semoga majujaya !!!
26.Mummy Irdina& Arissa : Thnx
27.su suria_ase : Tq atas ucapan dan slm perkenalan juga buat su. InsyaAllah dapur akan terus berasap.. . Nozzle tu sebenarnya kakrinn tolong belikan di Guangzhou China. Buat masa ni tak adalah stok, yg kat zana dapat tu sebab dia order masa kakrinn kat China. Maybe next time kalau ada peluang ke sana kakrinn boleh tolong belikan.
28.kamalina : Thnx aimi. Heh Heh..tuan FP ni yang beriya-iya..macam lah FP ni paham amende nyer bday tuuu. Ooohhh..mak aimi style mcm tu pulak ye !! Mak kakrinn dulu dia tak de lah ajar sangat tapi kakrinn yg suka mengacau dan menyibuk kat dapur. Mujurlah dia tak marah...Bila baca citer aimi terasa pulaklah kakrinn yg mcm tu. Anak2 suka ke dapur sebab nak ikut sama main tepung, main beras, potong sayur..etc. Kita ni kira nak cepat aje bila masak..bila anak2 mai menyibuk..tu yg kena halau dari dapur tuu !!! Tapi skrng ni bila ada yg dah besar panjang..kena jugaklah tunjuk ajar supaya bila dah kawin nanti tak lah nampak kekok di dapur. Malu ngan mertua dan iparudai oooo kalautak reti masak !!!
29.ezura : Terima kasih ezura. Memasak ni sebenarnya kita boleh belajar, tak kiralah belajar sendiri atau berguru..yang penting kemahuan dan kerajinan tu kena ada..Jgn jemu utk terus belajar walaupun bz dgn karier !!
30.kakTina : Terima kasih kembali kakTina kerana sudi singgah walaupun sesekali. Resipi2 tu semuanya biasa saja cuma mungkin sentuhan tangannya saja yg berbeza. Tentang gambar pula..hmmm nampaknya dah jadik mcm satu hobi pulak, setiap kali habis masak mesti nak snap gambar. Tapi ikut mood dan cuaca jugak..kalau semua baik insyaAllah hasilnya pun baik.
31.sabul2u :
32.kak rusnah : Waaaah..siap nyanyi-nyanyi lagi kak rus nii. Thanx ya...
33.Lee Lin : kucingorengemok tak buat bday party ke??? ..Jom kita celebrate sesama !!! Thnx for the sweet words...
34.cikinur : Tq Tq...Semoga cikinur pun tak kan jemu utk masak..jgn korek ilmu jer ya !!!
p/s : Pelan-pelan ler angkut barang tuuu..tak lama lagi habislah dan dapatlah "Home Sweet Home".. ..Dulukan lah mana yg lebih penting ...
35.kakmOn : Thnx kakmOn. Fp ni pun rin consider macam babay jugak..Hari-hari kena belek..kena update..kena comment..Cuma tak kena bagi susu dan salin diapers jer !! Kalau kena jugak kuasa aku wakakakakaaaa...
36.liana : Ha Ha Ha..itulah Puan Fp ni yg beriya-iya sangat nak sambut besday Fp nyer. Harap-harap taklah nanti berhenti sekerat jalan...
37.jeff : Thnx Bro. Tu lah pasal..kalau FP dok mengong selalu, nampaknya kena buat rumah pulak lah !! Harap-harap tak lah sebab dah selesa dgn rumah yg ini..
38.Ana : Terima kasih lah Ana. Kakrinn pun tak berapa ingat bila pertama kali singgah di FP Ana..sekarang pun dah jarang-jerang jenguk sehinggakan Ana dah maju setapak lagi di dunia masakan. Semoga Ana pun turut maju jaya ya...
p/s : Bila tak bz nanti buatlaaaahhh....
39.ida isk : Iye lah ida. Mak abah kita dulu bertungkus lumus buat kuih-muih tradisi utk jualan. Zaman kita sekarang ni masing-masing berlumba2 buat kuih dan kek2 moden. Harap-harap tidaklah dilupakan resipi warisan dari zaman ke zaman tuu. Heh Heh Heh...Rinn boleh kelim karipap pon masa zman-zaman tu lah..Sampai hitam-legam doh karipap tu kena uli ulang-ulang kali sementara nak terrer tapi kalau ada contest kelim karipap, jom kita join dua orag satu group..sure group lain kantoi punyer !! Surprisingly hubby rinn pun pandai kelim tau...adik pompuan dia pulak yg tak reti !!! Ida malas nak masak tapi rajin baking..sampai boleh carik duit poket lebih lagiii !! Bagus lah jugak tuuu....
40.sofu : Lawak lah sofu nii..Ok! Ok!..boleh wish..and thanx a lot di atas ingatan. Kek tak buat sebab FP ni tak reti makan !!! ...Tiup lilin pun dia tak retii...
41.ummi zufayri : Kena panggil Kak Fp lah kat FP izzah...
42. fifi fad : Terima kasih banyak2 lah fifi...Alhamdulillah, Tuhan bagi jalan utk kakrinn berkarya di sini walaupun tak sehebat mana...Resipi2 pun taklah yg susah2 sebab dah tau kalau yg susah2 orang tak berapa nak try !! Sesekali boleh lah utk eksperimen...
43.Bonda RaqynRafiqin : Time kacih lah EJ oooiii...InsyaAllah selagi ada kedeghat..kakrinn akan teruskan berFP...tak banyak, sikit pun apa salahnya kalau kita kongsi bersama !!
44.maklang : Tq maklang..lepas ni nak lebarkan sayap dari dunia masakan ke duniaaaa...dunia apa ekkk ??? Angan-angan aje lebih..!!!
45.boxhousestudio : Tak cukup panjang lagi tu KakTun ooiiiiii...boleh lagi kalau nak menceceh..takut org pulak boring nak baca. Kita simpan lah sikit buat next entry.. . Apa2 pun terimakasih kerna menjadi pengunjung setia ke FP rinn ni..mmg tak terasa pun setahun.."Bak kata Alleycat.."Setahun sudah berlaluuuu...February muncul kembali.." Cuma FP rinn ni lahirnya January...
46.muhd shafie/nuradriana sofea : Tq..Tq. Nak masak kek tu boleh tapi nak ngantor ke mana?? Kepala tak leh letak nanti kena pancung !!! UUUUUUuuhh..memang cantik jelita..kurang jelita sikit aje dari Miss Universe..
47.mamazieza : Toche..Toche..Nak keropok belinjau lagi ke?? Ok, nanti kita despatch kan lagii.. ..Mana ada panjangnya tulisan rinn ni. Nak panjang lagi boleh..kot lah org lain boring nak baca. Mama tu tak leh tulis panjang2 sebab semua idea dah di transfer ke mulut..Bila mulut becok..tangan tu kureng lah sikit nak menulis !! Mcm rinn ni kan pendiammmm wakakakakakakaaa..
48.Sabrina : Tq Sab. Ya,betul tu Sab. Kak Rinn ni pun kekadang kena curi-curi masa gak nak maintain FP..Tak sampai hati nak biar sepi bagi satu-satu masa yg panjang. InsyaAllah selagi masih ada daya dan idea, kakrinn akan terus berkarya di medan ini...Sab pun jgn jemu ya..!!
49.umi-kal : Tq auntie. Terharu rinn sbb dalam usia Fp rinn yg masih setahun jagung ni pun dah ada peminat !! InsyaAllah selagi ada kesempatan dan bahan..rinn akan terus kongsikan bersama di ruangan ini..Thnx again .
50.zanaz : Thnx zana. Jom lah kita sama-sama memeriahkan dunia FP....
51.Roylazim : Thnx a lot Kak Roy..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net