Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 26-Jan-2008 12:57 Email | Share | Bookmark
ROTI INTI DAGING

 
 
 
 
 
 
Well...well..well..di dalam keadaan mixer lama dah kong, beli mixer baru pun..( Heh..heh..heh..dah ada pengganti sebenarnya puunnnn... ) dough hook nya reject, masih tunggu replacement tapi tak jugak kunjung datang..dalam hati teringin nak buat roti. Dok ronda FP kenkawan..nampak gaya macam tengah demam roti. Ari tu demam muffin..isshhh, teringin gak nak buat roti tapi bila teringat nak kena menguli..aduhaaaaiii..rasa macam bercinta aje !!!
Kebetulan pagi semalam baca Kosmo-Online..klik sini klik sana terheret ke satu artikel pasal Ban Manis..roti lah tuu. Tak de lah diorang bagi resipinya tapi diorang cerita pasal tips nak buat roti yang baik. Rinn akan paste kan pada bahagian akhir entry ni ya. Tetiba jer semangat nak buat roti tu datang menjengah. Tak tunggu terus capai fail resipi..lama dah nak try roti yg satu ni. Bukan pasal apa..kalau nak kata disebabkan oleh rasa...rasanya roti tu biasa saja. Inti daging pun..seperti yang selalunya kita buat menggunakan daging cincang. Tertariknya adalah pada bentuk roti tu...macam bungaaaa.... Jom kita tengok !!!

ROTI INTI DAGING
Sumber : Pn Effiza Abdul Rahman, Majalah Suri 87.

Bahan-bahan :
500gm tepung high protein
22gm yis
1 camca teh garam
100gm gula caster
2 sudu besar susu tepung
1 camca teh bread improver
1 biji telur
240ml air
70gm mentega

Cara-cara :
1. Bancuh yis dalam air yg dicampur dengan sebahagian gula. Ketepikan.
2. Satukan bahan2 kering iaitu tepung, garam, sebahagian lagi gula, susu tepung
dan bread improver.
3. Pukul campuran bahan kering selama seminit. Masukkan bancuhan yis dan telur. Pukul lagi seminit.
4. Masukkan mentega dan pukul lagi 20 minit.
* Rinn tak guna mixer tapi uli dengan tangan selama 25minit !!! Dah lama tak exercise lengan dan tangan..
5. Setelah doh elok dan kental, bulat-bulatkan doh dan masukkan inti. Tutup rapat-rapat
supaya inti tidak terkeluar bila doh mengembang.
6. Sapu sedikit mentega pada loyang dan susun doh seperti bentuk bunga. Lihat gambar.
7. Tutup loyang dengan cling wrap atau tuala lembab dan perap doh selama 1 jam.
8. Glazekan permukaan roti dengan campuran air & telur. (Rinn omit yg ni) Taburkan bijan
di atasnya.
9. Bakar pada suhu 190 darj cel selama 15minit. Keluarkan roti dan terus glaze lagi. (Rinn sapu mentega saja)

Inti:
200gm daging cincang
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 camca teh lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Sos Lea & Perrins
Garam & gula secukup rasa
* Tumis seperti biasa hingga daging cukup masak. Toskan air dan minyak yg berlebihan supaya tidak meleleh keluar daripada doh yang telah dibulat-bulatkan.
*Juga boleh menggunakan inti-inti pilihan yang lain seperti inti daging/ayam & ubi kentang seperti inti karipap, sardin, sambal ikan bilis dan sebagainya.



Kalau ikut bentuk roti yang asal pada resipinya, tuan punya resipi menggunakan loyang yg lebih besar. So, susunan roti dapat dibuat sebanyak sepuluh ketul dalam satu loyang. Rinn gunakan loyang 22cm, could only fitted in 6 ketul.

Lebihan doh tu rinn bulat-bulatkan juga, 3 ketul rinn bubuh inti sekaya dan 2 ketul lagi tanpa inti. Rinn susunkan bentuk bunga juga tapi dalam loyang yang lebih kecil. Jadi lah Ban Manis.. Sengaja bakar sampai kulit roti tu dark brownish, baru terasa macam homebaked bread/buns..kalau tak pun macam Bai Roti punya roti..wakakakakakakakaaa

Roti inti daging kami buat makan malam semalam..Cukup untuk kami empat beranak. Yang lagi satu loyang kecil kami buat sarapan pagi tadi saing dengan Bee Hoon Goreng dan Teh O Panas. Alhamdulillah... Anak-anak kata, nanti mak buatlah roti lagi ya. Makan hangat-hangat baru keluar dari oven sedap laaa...Adehh...Boleh lah nak ooooooiiiiii...tapi tunggu "kawan baik" mak sampai dulu yaa.. Tak larat nak nguli laaaa......

Quote:

TIPS UNTUK MENGHASILKAN ROTI YANG BAIK
Sumber : Akhbar Kosmo OnLine, 25hb Jan 2007.
Bagi kebanyakan orang, tiada yang lebih menarik daripada bau harum roti yang dibakar dalam ketuhar di dapur anda sendiri! Menyediakan roti tidak sesukar yang disangka. Anda hanya perlu memahami teknik membuatnya dengan terperinci.
1. Untuk roti mengembang dengan sempurna, anda perlu gunakan tepung roti. Tepung ini juga dikenali sebagai tepung berprotein tinggi. Ia mempunyai tahap penyerapan air yang lebih jika dibandingkan dengan tepung biasa. Roti daripada tepung ini mempunyai tekstur yang ringan dan lembut.
2. Semasa mencampurkan bahan-bahan, pastikan garam digaul sekata dengan tepung sebelum memasukkan yis. Jika garam bercampur terus dengan yis, yis tersebut menjadi tidak aktif. Yis akan kehilangan fungsinya atau 'mati'. Ini mengakibatkan doh tidak berkembang.
3. Teknik menguli amat penting bagi mendapatkan adunan yang lembut, rata dan kenyal. Jika anda menggunakan tangan, uli selama 20 minit.
Caranya adalah dengan menolak doh di atas papan pencanai menggunakan tapak tangan sehingga agak leper. Kemudian lakukan proses ini berterusan dan ulangi hingga doh menjadi licin. Dengan mesin doh pula hanya 15 minit. Doh yang sempurna boleh ditarik nipis seperti doh roti canai.
4. Peringkat kedua adalah mengembangkan doh atau proving. Sapu mangkuk dan permukaan doh (yang dibentuk bulat) dengan sedikit minyak. Letak doh di dalam mangkuk.
5. Tutup dengan tuala kering atau plastik yang dilengser dengan marjerin atau minyak. Biar hingga ia kembang dua kali ganda daripada adunan asal. Sebaik-baiknya letakkan di tempat yang hangat. Proses ini mengambil masa kira-kira dua jam.
6. Peringkat seterusnya adalah menguli semula selama satu hingga dua minit. Proses ini untuk memecahkan gelembung udara dan menentukan doh yang dibentuk kembang sama rata.
7. Selepas dibentuk, ia perlu ditutup semula (dengan plastik atau tuala bersih) dan dibiar kembang sekali lagi. Ia selalunya tidak mengambil masa yang lama. Selalunya, di dapur yang agak hangat cuma selama 20 minit.
8. Untuk kulit roti yang lembut, tidak diglis atau disapu langsung sebelum dibakar. Sebaik saja dikeluarkan dari ketuhar, memadai diglis dengan mentega cair atau campuran susu dan telur.
9. Sekiranya anda hendak kulit roti yang rangup, gliskan roti dengan air bercampur dengan sedikit garam sebelum dibakar.
10. Sementara untuk kulit yang berkilat, gliskan dengan susu segar bercampur telur dan sedikit gula kastor. Jadi, terpulanglah pada resepi roti itu sendiri atau kesukaan masing-masing.
11. Roti mesti dibakar pada suhu yang tinggi iaitu 200 darjah Celsius hingga 220 darjah Celsius. Pastikan ketuhar dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit. Roti yang elok masaknya akan berwarna kekuningan, agak mengecut sedikit dan ringan.
12. Bagi roti paun atau jenis yang dipotong kepingan, untuk memastikan ia masak atau tidak, ketuk bahagian bawahnya. Jika bunyinya 'lopong' atau berongga, bermakna bahagian dalamnya sudah masak.

KENAPA ROTI TIDAK BERAPA NAIK?
1. Anda tidak gunakan tepung berprotein tinggi.
2.Mungkin juga kerana garam berlebihan atau doh tidak mengembang dengan cukup sebelum ia dimasukkan ke dalam ketuhar.
3.Ini boleh juga terjadi kerana suhu ketuhar terlalu rendah (tidak cukup panas).

Roti mungkin terasa masam jika anda menggunakan yis berlebihan. Ini harus diperhatikan bila menggunakan yis kering. Yis jenis ini mesti dilarutkan terlebih dulu dengan cecair.

Antara inti segera yang anda boleh gunakan ialah kaya di dalam tin. Selain itu, serunding dan sardin juga sesuai dijadikan inti roti yang tidak manis. Pastikan anda tutup kemas setelah mengisi doh dengan inti untuk mengelak ia terbuka semasa proses mengembang.

Roti yang sudah masak hendaklah disejukkan di atas redai. Jika tidak, stim yang terperangkap di bawah roti akan mengakibatkan ia lembab. Roti yang lembab tidak tahan lama dan senang berkulat
.


Quote:
1.kakyu : Salam perkenalan juga..Tips tu berguna utk kita kongsi bersama...terutama bagi yg belum mahir dalam mebuat roti. Yg dah mahir pun kekadang kantoi jugakk...ha hahahahahahaaa
2.Nur : Bila tak mula lagi mmg rasa mcm malaaaaas je..tapi bila dah start, syiok pulak..he heh heh..Homebaked bread mmg sedap di makan panas2 sebab selalunya kita buat tak guna bahan2 extra mcm penahan, pelembut, improver etc...jarang ada pun bahan2 tuu, sebab tu roti kita tak tahan lama mcm yg beli kat kedai..So, kenalah Ngap cepate yaa....
3.kak rusnah : Roti Palembang first time dengar ni..sedap ye Kak Rus? Mana nak cari ekk..??
Alahai Rinn.......kak rus pun dah rasa nak kena try buat roti lah pulak......nampak betui gebu mcm
4.Ana : Biasalah penyakit berjangkit memasak ni selalunya dari gang2 Fp/Blog lerrr...sape lagi !!! Tips utk diri kakrinn dan yg lain juga...Semoga lepas ni dapat hasilkan roti yg lebih baik...
p/s : Alhamdulillah tak terlepas Mat Despatch tu ekkkk....
5.syasya22 : Sila check PM syasya ya...
6.hanizura : mama danish pun boleh rajin jugaaaaa.....ajak danish turun ke dapur sekali !!!
7.NorAlHidayah : Thnx kembali..Sharing is caring dek...
8.ed : Tak nak try menguli ke???
9.MAMA's Collections :
10.MaMaAina : Nampak gaya nak kena beli oven cepat laa MamaAina oooiii..Anak2 dah request macam2 tuu. Seronok ya bila anak2 suka makan ni..kita buat makanan apa pun anytime mesti laku punya..Rajin sungguh MamaAina layan si adik bongsu tu ya, sampai kena bawak makanan waktu rehat !! Macam anak Pn Maznah kita tu dululaa..pagi antar anak..rehat antar makanan..tghari ambik anak..Sabar jer lah. Buat muffin tu insyaallah tak kan failed..jangan lupa ikut peraturannya betul2 ...
11.eixora : Hah Hah Hah...jadik mcm kakarinn dulu..cuba guna mixer kecik nak uli doh roti..mmg kesian, rasa macam nak patah dough hook tuuu..Uli jer lah dgn tangan..exercise !!!
p/s : Selamat bereksperimen dgn pan baru. Nak bagi petua sikit. Pan baru ni sebelum guna elok dibasuh dulu, lap kering2 dan panaskan dalam oven utk 20minit. Kira mcam bakar olok2 dulu lah..Bila dah sejuk baru gunakan.
12.MamaFaMi : Sebab kembang setaman tu jugaklah rinn tergoda nak uli roti semula.. . Chomel sgt tengok roti tu mcm bunga. Rinn pun kalau tak ada hi-protein, rinn guna tepung gandum jer...Ma, lepas ni rinn pun boleh jadik mandor laaa..Mixer baru tu dough hook nyer reject, dok tunggu kedai ganti..heh heh heh
13.jeff : Dah lama tak homebake roti..sedap tengok anak2 makan immediately after roti tu kuar oven !!! Hangat2 lagi tuuu....
14.cik_bawang : Salam cik bawang, terimakasih sudi jenguk dapur krinn. Apa2 yg berguna elok kita kongsi bersama....
15.boxhousestudio : Tak lah pandai mana pun KakTun ooiii...selalu trial & error je. Kekadang kantoi jugak...Tu lah, kita tunggu lama dah ari tu nak pekena roti ni sesama..yg KakTun tunggu kat sana pulak !!! Samapi sejuk nescafe tu ekkk...
16.uptrend :
17.Bonda RaqynRafiqin : Ha ah, uli pakai tangan laa..Mixer tu guna daah..Banyak kalinya buat cookies and muffins. Roti tak leh buat lagi sbb hooknya tak dapat lagi. Ada satu lagi hook tu..tapi tak pasti utk apa... Heh heh...rebus dgn daun senduduk ekk...Daun senduduk pun kakrinn tak pernah kenal !! Wakakakaa...teruk betoiiii !!!
18.zu zain : Salam ukhwah juga buat zu. Bila dah teruja terus saja lah buat ya...Kalau tunggu lelama takut keterujaan tu hilang begitu saja....Hmmm, sebaik-baiknya begitu lah..Time ni laa boleh masak mcm2 utk anak2, time kerja dulu..hmmm tunggu weekend jer laa..
19.Aliza : W'salam. Elok lah tuu..sebelum hilang touch, baik dipraktikkan semula !!! Tips berguna kita kongsi lah bersama..
20.ayuwajah :
21.chendana ayu : ayu macam chendana yee...
22.Roylazim : Ni pun pasal tak tahan godaan tgk FP org lain lah niii...sana-sini penuh roti gebuzz.
23.sinnchan : Main agak2 aje sukatan tu, telur takkan nak guna suku or setengah..so, 1 biji telur, 1 camca teh gulacaster dan 2 sudu besar susu segar..hentam saja lah Bai Roti ooiiiiii..Susah-susah sapu marjerin aje !!! Mail hari-hari bukak..cuma tak jawab segera heh heh heh..jgn mare !! Nanti kena jual,,,,, Dah keturunan rinn tak de yang gemuk..semua lebihkurang macam rinn jer...makan sayur tetap makan sayur..itu tak boelh miss !!!
24.Mohd Azhari Azizan : Sebab tu lah krinn kata macam Roti Bai punyer roti..heh heh..memang cukup ngam kalau pekena dgn kopi panas !!!
25.uptrend :
26.Daalia : Resipi roti daging tu bukan dari Kosmo Online..resipi mmg dah ada dlm simpanan cuma tak dibuat-buat. Tapi tips utk buat roti tu mmg rinn ambik dari Kosmo..sangat berguna tu. Isshh..Daalia, naper disimpan aje breadmaker tuuu...kalau rinn lah, agak2nya selang sehari buat roti, breadmaker buat roti kita jadik mandor !!! ...Dah rindu kat dapur ekkk..??..Moga cepat sembuh..dapatlah kami tengok kek & roti Daalia online nanti ya...take care !!
27.liana : Bubuh ibu roti memang lah dia naik kembang gebu !!! Cuba toksah bubuh..
28.ida isk : Ha ah lah ida ni, dulu masa baru-baru ada BM..selang sehari ida dok tayang roti kat FP..lepas tuuu senyap dah bab roti....merajuk pulak nanti BM tu diperap dalam kabinet
29.MaDiHa : Yuk..Yuk..mari kita meroti sementara demam roti masih melanda !!! Roti ni kalau kena dia punya inti atau topping mmg sedap..esp kalau baru kuar panas2 dari oven..hmmm harum baunya.. 30.kamalina : Ya Ya..tak cuba tak tau. Walau silap kali pertama, kedua..jangan give up. Itu adat org sedang belajar...yang penting cuba dulu!!!
31.shiq : Alahaaaaiii..siapa yg makan roti sampai masam-masam muka tuuu??? Tak pe..tak pe..ni dah ada petua, InsyaAllah kali ni akan berpihak pada shiq..Jgn lupa khabarkan berita gembira bila dah menjadik nnt ya..
32.anna : Tu yang bagus nya berdunia dengan Fp ni..banyak peransang dan peniup semangat..esp semangat nak perasap dapur !!!
33.penyulawa : Heh Heh..tak perlu tunggu mesin, singsing lengan baju jer Nim..exercise lengan & tangan !!!
34.maklang : Hu Hu Huu..Bunga & intan berlian yang boleh ditelan ekkk...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net