Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Dec-2007 15:01 Email | Share | Bookmark
CHOC MUFFINS, JAM MUFFINS & CHOC OATS CRISPS COOKIES

Chocolate Muffins
Orange Marmalade Muffins
Quaker Oats Crisps Cookies
Dengan tuannya dia ok...
Kusss semangat badannyer....
Chomel sungguh..
Kira nak lari jer bila nampak org..
Takut yg amat sangat sampai senyap..
Sepet bermain2 dgn puannyer..
Tak tau nak lari mana..pintu semua dah katup !!
Hello..Hello..it`s been a while. Lamanya rasa tak update masak-masak ye..walaupun sebenarnya memang hari-hari kena masuk dapur. Sejak balik dari bercuti memang tak de experiment anything new especially baking...sebaaaaaab..mixer rinn dah rosak lagi. Mixer yang ke tiga dah nie !! Hisssh...macamlah rinn ni tokei kek..guna mixer dengan ganasnya sampai berbau satu dapur sebab motornya terbakar !! Lemah semangat dibuatnya tak dapat nak baking..nak memutar dengan tangan adussshh!!!...
Nampaknya nak kena carik mixer yang heavy-duty gak nie. Mixer yang chomei2 ni dah tak mesra-alam dah dgn rinn..huk! huk! Tapi tak ape lah..meanwhile let me just update on masak-masak that I`ve done towards the end of our stays at Guangzhou.. Oleh kerana rinn beli 1kg cocoa powder masa ke Yi De Lu..maka resipinya haruslah yang menggunakan cocoa powder. Anak2 pun memang suka chocolate flavour food. Jumpa ni kat dapur MamaFaMi..tauke muffins kita tuu. Cumanya tak ada choc chips..yg ada raisins, so hantam sajalah labu !!! Thnx ye mama...


CHOCOLATE MUFFINS ( CACAOWEB)
Sumber : MamaFami FP

Ingredients :
1 cup all-purpose flour..added 5 tblspn more
4 tblspn cocoa powder
2 teaspn baking powder
1 cup sugar
2/3 cup butter, melted
2/3 cup fresh milk
2 eggs
1 teaspn vanilla essence
120gm choc chips ( Replaced with raisins)

Method :
1. Moderate oven at 180 deg cel.
2. Sift flour, ccoa powder and baking powder.
3. Add sugar into flour. Use a whisk to blend mixture.
4. In a small pot, melt butter. remove from heat and pour into milk.
Add in the slightly beaten eggs and vanilla essence.
5. Lightly dust choc chips with flour to prevent from sinking.
( I used raisins..No choc chips around !!!...)
6. Make a well in the middle of the flour mixture and pour the butter mixture.
Mix just until flour mositened.
7. Fold choc chips (raisins) into batter. Batter should look lumpy. Do not overmix.
8. Spoon 2/3 cups full and bake.

Chocolate is always chocolate...sedap atau tidak ianya tetap akan habis dijamah kerana persekitaran yang sejuk ketika itu sentiasa menjadikan perut lapar. Apa saja yang terhidang tidak akan terlepas dari di NGAP !! Perasan tak muffin tray yang rinn gunakan. Sebenarnya ia diperbuat dari getah dan mempunyai ketahanan suhu sehingga 250 darj celcius. Orang kedai tu even tested burning it using his lighter. Tak de kesan langsung. I didn`t buy it anyway. Just borrowed from Uncle Hamly. Ia nya mudah dibersihkan dan dibasuh tapi oleh kerana ianya lembik, agak susah untuk diangkat bila sudah diisi batter. Unless if you place the tray on the oven wire-rack, fill in the batter then slot in both tray and rack together into the oven.
Ok, next will be another muffins recipe but this time using jam. So, in general we can call it "ANY-JAM MUFFINS" coz as I see it any jam will do. I used orange marmalade. The recipe was inspired by Yani of myresipi.com. Thanx friend for sharing this lovely recipe.


ORANGE MARMALADE MUFFINS
Ingredients :
280gm butter
240gm caster sugar
4 eggs
2 teaspn vanilla essence
250ml fresh milk
400gm all-purpose flour
4 teaspn baking powder
( If using self raising flour, then omit the baking powder)

Method:
1. Beat butter and sugar until creamy.
2. Add in egg one at a time and continue beating.
3. Add in vanilla essence and milk.
4. Sift flour and baking powder. Fold in into butter mixture little by little
using spatula. Do not overmix.
5. Spoon batter into papercups half full. Then put half spoon of jam. Cover again with
batter until almost full. Add a little more jam on top.
6. Bake at 180 deg cel for about 25 minutes.

Muffins ni amat sesuai untuk minum petang. Rasa kek yang disegarkan dengan rasa masam-masam manis jem itu cukup membuka selera. Kami suka makan seketika selepas dikeluarkan dari oven..masih hangat-hangat lagi tuu. Bila dah sejuk pun sedap juga..


Biskut atau cookies memang antara kudap-kudapan ruji kat rumah. Kalau kat tempat sendiri bolehlah beli terus di kedai kalau malas nak buat sendiri tapi semasa di tempat orang masih kena berwaspada sama ada ia nya halal atau tidak. So, to be on a safe side, bake lah cookies sendiri. Quaker Oats memang dah jadi makanan ruji sama ada untuk sarapan pagi atau supper. Memang beli dan keep a stock. Masa tu teringat akan Choc Oats Crisps Cookies yang dipopularkan oleh Maklang Azie. Ramai jugak kawan2 lain yang dah cuba.Yang buat jualan masa musim raya pun ada. Patutlah dapat sambutan hangat, rupanya memang sedap !! Rinn aje yang tertinggal keretapi sebab tak buat awal-awal tapi resipi memang dah siap-siap bawak !! Rinn buat 2 adunan sebab rinn tahu sure tak cukup kalau buat satu. Inilah hasilnya....


CHOCOLATE OATS CRISPS COOKIES
Sumber : Maklang Azie

Bahan-bahan:
260gm tepung gandum
60gm tepung jagung
40gm serbuk koko
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh cinnamon powder ( Tak bubuh pun..)
*Ayak kesemua bahan-bahan di atas

1/2 camca teh garam halus
180gm Quaker Oats
400gm mentega
240gm brown sugar ( Guna caster sugar aje..)
1 camca teh esen vanilla

Cara-cara :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan yg diayak ke dalam satu bekas.
Masukkan quaker Oats dan garam. Gaul rata.
2. Pukul mentega dan gula caster hingga gebu. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
3. Masukkan bahan-bahan kering sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega.
Uli hingga kental.
*Rinn terpaksa tambah sedikit lagi tepung kerana adunan masih melekit dan lembut.

4. Lapik dulang pembakar dengan kertas dan sudukan batter ikut saiz pilihan. Tekan sedikit
dengan garpu.
5.Bakar dengan suhu 160 darj cel selama 15 min atau sehingga kelihatan masak rangup.
Alihkan ke dawai penderai dan biarkan sehingga betul2 sejuk baru dimakan.

Biskut ini sememangnya rangup dan sedap. Walaupun buat dua adunan sekejap aje habis dimakan oleh anak2 dan emaknya sekali nie. Dear hubby pun malam-malam lepas balik dari kerja..krup krap krup krap mengunyah..sambil ngadap Mac Booknyer.
Bila dah balik sini memang teringin nak buat lagi sebab stock quaker oats dan serbuk koko sentiasa ada. Malangnya mixer ku dah meninggal dunia !! Malasnya nak hand-mix. Yang bestnyer..resipi ni tak payah guna telur. Hebatkan...terimakasih kepada sipencetus ideanya..whoever you are..

Oh ye, semasa di GZ..I met these two new friends yang saaaaangatlah pemalunya especially yang putih tuu. Namanya Paksit..kalau tak silap lah sebab kedengarannya begitu bila tuan/puannya memanggil. Paksit sebenarnya takutkan orang dan kerap bersembunyi di bawah katil kalau ada orang datang ke rumah Pn Siti. Kalau ikut sejarahnya..dulu masa dia kecik2..orang suka buli dia..sebab tu dia agak trauma kalau nampak strangers especially young kids !!! Ok, let`s meet kucing kesayangan En Roseman dan Pn Siti..Paksit dan Sepet.

Si Sepet ni sebenarnya belum lama bertuankan En Roseman dan Pn Siti. Sepet dibeli dengan harga RM1.50 kerana masa kecilnya dia dikatakan sakit dan matanya memang nampak sepet, tak ada sapa mahukannya. Badannya pun kurus macam tak makan. Tapi berkat kesabaran pemiliknya dan orang-orang sekeliling yang menyayanginya, Sepet kini semakin sihat dan lincah. Paksit pun dah jadik teman sepermainannya. Bezanya, Sepet amat peramah dan tidak takut orang tapi dia suka gigit hujung jari kaki especially kaki yang berstokin !! Aneh ya..stokin busuk pun dia suka...



Quote:
1.boxhousestudio : Heh Heh..makanan dan Rinn tak dapat dipisahkan !!!
2.jeff : Ha ah, muffin ni kalau tau buat yg basic..the rest is up to you nak tambah apa-apa!!
Heh heh..kucing2 tu saja buat selingan..Too cute untuk dilepaskan !!!
3.Muna : Tq..Tq..Holland ka?? Nampaknya laki ku kena kerja siang malam pagi petang laaa...!!!
4.faradilawati : Kakrinn kalau buat muffins tak kembung2..tak merekah2..kira failed lah !!!
5.LeeLin : Kalau boleh bawak balik dah lama dah kakrinn angkut..!!! Amik gambo dia pun tak puas-puas !!! Tu lah kakrinn nak tunjuk sangat kat Lin sebab tau Lin sukaaaaa banget kat kucing !! Save laaa...buat pekasam !!!
6.Mohd Azhari Azizan : Kakrinn pun suka kucing tapi malas nak bela dah..main kucing orang lain jer laaahhh....Tu lah pasal, budak2 ni kalau dgn kucing mmg tak kesian..dibuatnya macam soft toys..tu yg Paksit pun takut orang !!!
7.eixora : Kalau tengok live lagiiiiiii lah geram !! Hidungnya mmg kemerah2an pink....
8.Aliza : Paksit tu sebenarnya besaaaaaarrr...kat gambor tu je nampak biasa.
Bulunya..tak tau nak cakap...gebuuuuuuu !!!
9.Ana : Heh Heh...kebetulan time tu nampak mcm marching..Cute kan!! Tuan & Puannya jaga dgn penuh kasihsayang...tu yg Sepet pun semakin sihat. Muffins kakrinn mmg kena mekar2..kalau tak, consider failed !! Biskut tu pulak mmg A++....
10.MaDiHa : Tu lah..bila tak update makanan rasanya macam dah lama sgt tak masak, walhal hari2 pun masuk dapur. Masa Raya Haji pun siap ketupat rendang..tapi entahlah, malas pulak nak snap gambar. So, Tak delah gambar raya haji..sorry ya!!!
11.liana : Takut meletup aje muffins tu masa tgh bakar..sebab naik mcm dome elok sgt !!!...Heh Heh..nanti kucing2 Malaysia jeles pulak kalau kakrinn bawak balik Paksit !!
12.Roylazim : Yeah..they`re so adorable..rasa nak picit-picit..tapi apakan daya, kucing orang !!! Dapat amik gambar diorang pun dah cukup suka..sebab Paksit tu takut org.
13.Shukri Sfawani : Thnx...
14.liza : Pulak dah...lain orang lain cerita pulak ye. Sesetengah tu lebih senang dgn muffins..sesetengah tu senang dgn kek..Jgn give-up liza..cuba lagi ya...Bila berhasil tentu seronok dan puashati. Kakrinn pun biasa melalui zaman2 kegagalan..tp tak putus asa jugak..
15.kamalina : Back-dated entry..tu yg mcm2 muffins ada. Kalau tak update nanti bersawang pulak dlm folder. Yes..makan hangat2 mmg best!! Kakrinn kat SP...
16.maklang : Lama daaaah balik, sempat raya haji lagi. Sepet tu dapat nama gitu sebab masa dia dibeli..dia sakit, kuruuuuus jer..lepas tu matanya macam kena virus..jadi macam tertutup dan nampak sepet..tu yg dapat nama SEPET kot !!!
p/s : Extra bags pun ikut kontena laa maklang, nanti kalau dah sampai kakrinn tunjuk ya..!!
17.liza : Ok, pi semula kat tempat liza edit entry liza. Kat belah bawah tu kan ada gambar2 yg kecik (Kat "update existing fotos"). Liza double-click kat mana2 gambar yg liza nak besarkan. Bila gambar dah besar, right-click kat gambar besar tu. Nanti akan keluar macam2 arahan. Liza pi kat yg bawah sekali, "properties". Klik kat properties. Nanti akan ada URL address utk gambar tu. Copy URL address tu. Pi balik kat text box entry liza. Paste kan kat mana liza nak gambar tu keluar. Bila URL address tu dah keluar, highlight(hitamkan) dan klik kat "Img"..ada kat kotak2 kecik kat atas text tuu. Lepas tu save/update entry liza tu macam biasa. InsyaAllah akan keluar gambar besar. Cuba ye...
18.rani : Cukup syarat Paksit tuuu...cuma penakut dengan orang aje. Issshhh...orang punya kucing laaa..mana boleh bawak balik !!!
19.Nur : Tu lah..muffins kakrinn kalau tak merekah kira failed lah !!! Buat besar2..makan satu mesti kenyang..kenyang pun kalau sedap mesti nak lagiii...
20.Daalia : Apa nak buat..salah satu hobi rinn yg tak perlu carik masa lapang adalah MAKAN !!! Terukkan...asyik nak masak..asyik nak makan !!! FP rinn penuh dgn makanan, so bila pi FP orang lain mcm Daalia punya..seronok pulak baca pasal keluarga. Tak pe..next time masak siakap lagi..amik gambar lagi, share dgn we all yaa...!!!
Itu kucing2 mak oooooooiiii....Rinn pun after 3 weeks baru dapat pegang dan amik gambar...Dia takut org dan suka nyorok bawah katil...Kebetulan ari tu..dia ada berlegar2 kat luar, tuannya tutup abih semua pintu...tak tau nak lari mana dah !! Rin punn apa lagi lah..klik sana klik sini... .. Daalia pun mesti suka kucing ni...
21.noreziz : Sebab duduk di apartment yg fully furnished..tu yg boleh masak2 sendiri. Kalau dok hotel..samalha macam org lain, kena makan luar lah jawabnya. Ha ah..semua bahan kena gandakan dua.
22.Hajar : Betul tuu..rasa kurang menarik kalau tak merekah !!
23.kak rusnah : Acuan tu dibuat dari getah tapi rinn tak berapa minat sangat sebab dia lembik. Bila dah bubuh batter..nak angkat leceh sikit..jadi senget benget. Kena keluarkan wire rack dlm oven tu dulu, letak tray getah tu baru boleh buat kerja dgn mudah. Lagipun harganya mahal sikit dari tray biasa yg besi tu.
24.cak : Tq Tq ...Iye lah mesti bagitau punyer. Teruskan kegilaanmu membuat kek..walaupun tanpa mixer. Mixer kakrinn yg ke 3 ni pun dah berasap..Ganazz betoi!!! Dulu2 mak & arwah abah kalau buat kek marble yg guna 12 biji telur satu adunan tu..pukul dengan tangan je cak oiii...berjam-jam nak pukul putih telur tu sampai kembang dan gebu. Kek jadik elok jugak !! Org sekarang ni (Termasuk kakrinn lah ni..) manja sgt..kalau tak de kitchen aids..semuanya jadik malas!!!
25.masihjelita : Sabar! Sabar!..kucing tu cuma ada dlm screen tak leh nak peluk !!! Selamat Tahun Baru utk yg tetap jelita tuuu jugak..
26.Kuzi : Mcamana nak cakap ekk.. Kakrinn ni org S`gor, duduk di Kedah..MIL kat Penang..Kuzi Kedah di mana ye??
27.MamaFaMi : By profession mmg mama bukan tauke muffin...tapi gelaran tu dah melekat kat mama. Almost everyone here setuju gelaran tu dianugerahkan kat mama..terima ajelah ye. It`s a compliment anyway ...Rinn rasa kan pasal pakai rubber tray tu kot yg muffins rinn jadik tembam semacam tuuu !! dan satu lagi..multipurpose flour kat China tu ada lain sikit laaa..tak tau apa yg lain. Kalau guna resipi yg selalu guna kat Msia, sure kena adjust..kekadang kena tambah..kekadang kena kurangkan..!! Lain kilang lain cara proses kot noooo...





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net