Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Dec-2007 13:49 Email | Share | Bookmark
WHOLESALE MARKET IN NANTIAN

 
 
 
 
 
 
Ada sedikit gambar2 masa rinn pergi ke Nantian buat kali keduanya untuk membeli loyang-loyang dan nozzle yang kenkawan order. Lebihkurang satu jam perjalanan dengan bas. Tempat ini sebenarnya memang besar dan luas..seluas bangunan airport dan gudang2nya. Tidak sahaja menjual barang-barang baking bahkan semua barang-barang that you could think of. Dari hardware hingga ke software. Contoh yg lain seperti pinggan mangkuk, barang2 catering, barang2 restoran dan hotel, periuk2, barang2 pejabat, jubin, cuttleries, uniforms, tayar,..isshhhh tak tersebutlah semuanya di sini. Secara teorinya mereka sebenarnya hanya menjual secara wholesale atau borong...beli banyak-banyak. Melainkan kalau kita dah biasa dengan mereka barulah dapat kita membeli secara runcit atau beli sikit-sikit.

Rinn tak de lah ronda ke semua tempat..cuma ke kedai-kedai baking yang disyorkan. Adalah empat lima buah semuannya. Barang-barangnya lebihkurang sama sahaja di setiap kedai, kalau ada perbezaan pun mungkin dalam beberapa barang. Tapi rinn lebih suka kedai yang ini kerana susunaturnya yang kemas dan layanan yang mesra alam.. Dan di sini juga lah rinn memborong barang2 baking kenkawan.



Pemandangan di kaunter kedai. Lihat sahaja di dinding tu..punya tak cukup tempat nak letak barang. Bergantungan hingga nak sampai ke paras bumbung. Satu-satu kedai di sini tidak sebesar mana sebab ia hanya berfungsi sebagai sales office yang hanya display contoh barangan. Sekirannya kita berminat dengan sesuatu barangan dan hendak membelinya, barulah mereka akan mengambilnya daripada store.

Rinn tak berapa pasti jenis-jenis airbrush yang ada di sana dan harganya tetapi untuk set mesin airbrush ini dan nozzlenya berharga dalam RM250 ke RM300 bergantung kepada bilangan order. Ni yang paling kecil tapi steady bentuknya..pada pandangan rinn lah kan.

Ini sesuatu yang unik..mini coklat fondue set. Lebih kurang sebesar sebiji mug. Sesuai untuk majlis kecil-kecilan dan hanya perlu menggunakan lilin leper yg kebiasaannya diguna utk memanaskan burner aromatherapy. Chomel kan..... Rinn dah beli 5 set..dua utk rinn..dan 3 lagi utk sesiapa yang berminat. Sengaja beli extra kotlah ada yang teringin.. RM20 sahaja.

Loyang kek berbunga ini chomel jugak. Diameter lebihkurang 6 inci dan tinggi 4 inci. Ada tiga biji, RM8 setiap satu.

Ini loyang bentuk hati 4 biji satu set RM60, sesuai untuk buat kek 4 tingkat kiriman 2 orang kawan. Rinn tak de lah beli extra. 2 set tu aje.

Oh ye, semenjak kat sini selalunya beli ikan dan sayur di Carrefour saja ( Orang-orang sini sebut char-ler-fuu...mcm bunyi char-kuey-teow pulak )...tapi ada dua kali sempat jenguk pasar basah biasa di luar. Pasar tu macam biasalah...tapi yang tak sanggup nak tengoknya bagi sesetengah orang lah..ada jugak jual labi-labi, ular, katak, scorpions dan rabbit. Nak amik gambar semua-semua tu takut jugak..sebab orang yg jual benda2 tu semua tak berapa friendly tapi hubby gasak jugak amik gambar labi-labi sebab ia duduk tergantung dalam jaring..(Malangnya gambar tu terdelete while uploading.. ..Hiii geram!! geram!! So, can`t show you people...tak de rezeki) Yang lain-lainnya duduk dalam container..susah nak menyusup masuk curi2 amik gambar. Kalau dak, sure you all geli nak tengok !!! Tapi rinn tengok jugak macam jakun.. Tapi gambar rabbit ada laaaa....

Cute sangat kannn..Ni dua ekor dah dikeluarkan. Agaknya menunggu giliran untuk di"mati"kan..tak taulah cammana diorang buat but according to a friend diorang celup aje dalam air panas tuuu !! Hiii...Kalau benarlah begitu..tak sanggup den nak nengok nyer. Yang di bawah ni dah siap dibersihkan dan digantung menunggu orang datang beli. Licin jer badannya..masih lengkap semua dari hujung telinga sampai hujung ekor.

Yang lain2 tu pemandangan biasa saja di pasar. Masa nak beli tu mai pilih saja, lepas tu tanya berapa harga in chinese..(Itu aje lah yg ku tau.... ) Pas tu bila org tu jawab..rinn nganga sebab tak paham !! wakakakaka..Seb baik hubby paham..dia lah tolong habak kat kita.

Harga ikan dan sayur memang murah kalau banding kat sana. Rinn suka beli tenggiri dan siakap. Sekali tu ada beli ikan papan..ada orang panggil ikan sebelah or ikan sisa nabi jugak kot.

Ok lah...ada lagi nak update tapi nak pergi buat sarapan sat. Nanti anak2 bangkit..perkataan yang selau keluar time sejuk-sejuk ni adalah.."Mak...lapar lahhhh !!!" Ada makanan tak ???...kui ! kui ! kui !....


Quote:
1.Ana : Waalaikummussalam Ana. Loyang bunga tu tak de sape order beforehand..krinn saja je beli. Kalau Ana nak boleh saja. Arnab2 yg kakrinn pegang tu sure dah selamat masuk perut orannng ....
2.ida isk : Ok Ok Ok..tak yah dok jerit-jerit. Malu kat jiran sebelah FP.. ..So, ONE CHOC FONDUE SET FOR IDA !!..
3.yati-m : Ok, 2ND FONDUE SET FOR YATI-M... Kakrinn tengok tang diorang cabut bulu dan bersihkan rabbit tu. Tang dia "mati"kan tu tak lah.....kesian pulak. Benda2 lain yg pelik2 tu tengok yang masih hidup aje lah...dok dalam container...bila dah banyak dlm container tu jadi geli-geleman jugak mcm katak, ular, labi-labi..tapi tengok jugak !!
4.yati-m : Market ni kat mana2 pun lebihkurang aje kot...
5.kamalina : Patutlah senyap aje rupanya gi KL ekkk.. Pasal pi dating dua orang tu memang biasa buat kerja tu..esp sebelah malam bila yg kecik tu dah tidur. Kakak2 cuma tolong tengok2 aje lah.. Masa diorang kecik2 dulu ponn sama jugak..kena usung merata !!! Roller coaster ok lagi kalau nak naik tp skrng dah tak excited sgt..masa muda2 dulu dah puas naik. Org pompuan biasalah kalau dgn kedai mcm tuu..
p/s : No problem. Harap2 Kamalina akan suka dengan design pilihan kakrinn sebab since beg2 tu non-genuine diorang tak leh tiru sebijik2 mcm yg ori kat website coach..but at least material ni looks almost ori. Nanti bila dah balik sana kakrinn cntx lain ye...
6.ann : Waalaikummussalam ann. Terimakasih kerana sudi jenguk FP kakrinn ye. OK, 3RD FONDUE SET goes to ann. Balik nanti kakrinn cntx lain. Anyway, Bgr tu akan naik kapal laut..lambat sikit lah sampai M`sia. Nanti bila dah sampai barang, kakrinn cntx ann ye
7.rani : Hi rani. Ok, 4TH FONDUE SET FOR RANI. Bayaran kita citer lain bila kakrinn dah balik sana ye sebab brg sampai lambat sikit dari kakrinn. Depa naik kapal laut !!!
8.Hasni : Hai Hasni. Nanti kakrinn akan cuba arrange untuk order extra sebelum kapal laut jalan. Kalau dapat, kakrinn bgtau thru e-mail.
9.sinnchan : Sarapan cucur keria tapi tak sempat nak buat roda-roda, just bulat2kan then salut dengan gula caster. Tak sira dengan gula poonn. Kiranya..keria express !!! ..sebab nak keluar ronda2 dah masa tuuu... ..Takpe simpan angan2 nak ke China, manalah tau jadik kenyataan. Naik kpl terbang cuma 3jam 45min..Kalau hati dah nak sgt kena tahanlah..Tak pernah dibuat org lah rombongan naik kapak laut. Kalau kapal macam Queen Elizabeth Cruise tu mungkin ler kot..Ala-ala titanic !!
10.masihjelita : Silakanlah berseronok dgn gambar2 yg kakrinn kongsikan di sini. Jangan sampai termimpi2 dan mengigau gi China dah lah ekkk...
11.sinnchan : Lor..kan dah habak..daging rabbit tuu laa Cian kan...sebab dia chomel, bila dah kena siang..jadik togel !!
12.kak rusnah : Hai kak rusnah..Asalnya memang cuma beli 5 set tapi tak sangka pulak ada ramai yg berminat. Nanti rinn cuba arrange order lagi sebelum brg2 tu naik kapal. Kalau ada rezeki adalah..sebab dah nak balik Mesia dah ni..!!
13.syazwaniadnan : Itulah..nampaknya ramai yg berminat dengan Choc Fondue Set tu. Kakrinn akan cuba order lain. Kalau ada rezeki adalah ye. Nanti kakrinn cntx thru e-mail ye. Kakrinn nak balik dah nii...
14.mamazieza : Rinn dah simpan laaaa mama punyer !!! Dah sorok bawah bantal !!Tapi semua brg tak naik kpl terbang ikut kami..depa naik titanic !! Lambat sikit lahhh... Jibbits tak jumpa lah maa..adik-beradik jibbits adalaaaa..anak2 yg borong !! Macam batch tapi cucuk dengan jarum. Boleh lekat kat beg..baju..topi..tapi nak lekat kat Croc Shoes tu tak tau ler pulak.....
15.MamaFaMi : Sebab tu bila rinn sampai kat area wholesale market tu rinn straight away gi kat kedai brg baking. Kedai lain2 tu cuma jeling2 kat hujung mata..Kalau tengok betul2 habihlah nak ku borong semua especially kat tempat pinggan mangkuk and cuttleries...Memang cantik!! Tapi kat China ni diorang mana lah pakai sangat pinggan2 mewah ni yg macam arcopal, noritake, arcoroc dan jenis2 yg nipis ringan..baling tak pecah tu. Diorang lebih bnyk pakai yg porcelain or china bone tu..Tebal2 dan berat!!! Sudu garpu pun tak pakai kaann...Kalau makan kat kedai, chopstick ajelah !! Sudu sup pun yg jenis kaca.
Wet Market tu bukan ape maa..saja nak tgk keadaannya, lagipun sayur dan ikannya murah. Bab mcm2 ada tu heh heh heh heh... ..Geli-geli pun nak tengok jugak !!!
16.liana : lawaklah liana ni..sempat lagi jenguk fp sebelum tidur ye..dlm keletihan lagi tu. Terimakasihlah kerana tak jemu2 jenguk..Choc Fondue Set tu mmg cute sebab kecik aje mcm mug..but very convenient kalau ada majlis kecil-kecilan. Romantik ekkk...biasa jer tuuu...posing sekali-sekala !!
17.mknace : Ada peluang tengok tempat orang, kakrinn ronda lah mana yg sempat..boleh share experience dgn pengunjung2 FP kakrinn niii...
18.attyra : Macam2 lah atie ni..takkanlah nak jadik patung chendana terpacak kat situ !!?? Eloklah kalau ada azam nak ke China..rajin2 simpan duit tau. Packagenya lebihkurang RM2000 5H4M jer..Insyaallah kalau ada kesempatan boleh kakrinn arrange trip ke China. Ok, acuan bunga tu kakrinn reserve satu utk atie.
19.eixora : Selagi boleh jalan kita jalan..kat sini mmg selalunya jalankaki ke sana ke mari. Biasalah bila dah rambang mata last2 apa pn tak beli... Bagus! simpan azam utk ke China...rombongan ramai2 !!
20.Emy-mamaFahim : Hai Emy, Bz kot tuuu...Mai China ni pun ikut hubby atas urusan kerja..Dah dekat sebulan tapi nak balik dah niii...Nanti update cerita jalan2 kami lagi.
21.jaja : Insyaallah, kalau ada nanti krinn reserve satu kat jaja.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net