Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Dec-2007 18:24 Email | Share | Bookmark
CHIME LONG PARADISE IN PANGYU

Marisa dgn pokok krismas
Lepak2 diluar sebelum masuk
Memanjat palang tempat beli tiket
Hadiah besar tapi isi..????
Topi pusing
Ready nak meluncur !!
Aaahhh...leganya dah selesai
Bersama maskot Chimelong Paradise
Besarnya cawan !!
Kuda ku lari slowwww..
Pn Siti & suami
Bendera Malaysia pun ada
Buai laju2 sampai cucur pokok...
Baik-baik drebar..jgn sink!!
Abg perbetul apa tuuu..??
Marisa dah panik !!! Tak leh tgk depan daahh..
Buai rantai versi kanak2...
Eh! Eh! maskot apa pulak niii...
Suka naik kereta..
Parade baru bermula
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hari Ahad lepas kami dibawa ke sebuah tempat bersempadanan dengan Guangzhou iaitu Pangyu. Lebihkurang satu jam perjalanan dengan kereta. Di sinilah terletaknya sebuah Theme Park ala-ala Disneyland. Kalau nak dibandingkan dengan Tokyo Disneyland di Jepun..rasanya yang ini lebih luas lagi dan lebih banyak items. Tapi rinn masih sukakan landscaping di Tokyo Disneyland kerana ianya lebih ceria dan berwarna-warni dengan bunga-bunga hidup walaupun musim berubah. Di sini agak kurang warna-warni bunga-bunga hidup.

Pokok krismas setinggi tiang bendera dibina bertentangan dengan pintu masuk utama. Pada ketika ini suasana agak berkabus..tapi tak pulak terlalu dingin hawanya. Just nice untuk berhibur di taman tema ini.
Tiket masuk lebihkurang RM100 seorang yang boleh digunakan sebagai pas sesuka hati nak naik berapa kali pun semua permainan yang ada...Marisa tak kena tiket sebab dia tak cukup inci ketinggian !!! Untung jadi budak-budak..kiranya naik semua free!!! . Well..let`s tour around the park with me....


Tempat ini tidaklah dibuka terlalu awal. Masa kami sampai pun dah hampir pukul 11 pagi. Walaupun begitu kawasan masih lengang. Berlaku sedikit kekecohan ketika membeli tiket kerana tidak begitu faham dengan sistem belian dan penggunaan tiket. Even Puan Siti dan teman2 yang pandai berbahasa mandarin pun asyik bertekak dengan penjual tiket. Bertekak dalam gelaktawa...

Masuk aje melalui pintu utama, kami melihat deretan harimau putih seolah-olah Harimau Bengal yang diperbuat daripada batu. Nampak macam real aje .


Papan-papan tanda seperti ini kelihatan di merata tempat bagi memudahkan pengunjung mencari arah tujuan. Mujur ada juga ditulis dalam Bahasa Inggeris, senanglah kami tidak tercari-cari.

Masa kami sampai masih belum ramai pengunjung jadi tak perlu berbaris untuk menaiki sesuatu permainan. Antara yang menjadi tumpuan adalah Sky Skateboard ini. Amat menggerunkan bila ianya seolah-olah seperti hendak tercampak keluar dari landasan bila ia meluncur hingga ke kemuncaknya. Tapi diorang naik jugak walaupun terjerit-jerit macam VITAS !

Selain itu Giant Frisbee juga tidak kurang menggerunkan. Tapi itulah yang dinamakan excitement kalau ke tempat-tempat begini. Takut pun nak naik jugak !! Rinn tak naik semua-semua tu sebab tak berapa excited nak naik. Lebih seronok tengok orang lain naik sambil kilk sana klik sini...


Oleh kerana perayaan Christmas hampir tiba, perhiasan di sekeliling taman tema ini sama ada di luar atau di dalam banyak berunsurkan krismas dengan pokok2 krismas, gegelung bunga krismas, loceng, kotak2 hadiah dan lain-lain lagi. Sesekali muncul Santa Claus dengan motor besarnya. Menyapa pengunjung, bersalaman dan bergambar bersama.

Satu lagi acara favourite adalah Motorbike Coaster. Dear hubby pun tak mau ketinggalan sebab masa mudanya dulu dia memang kaki motor !! Heh Heh Heh...Oleh kerana kamera tak ade zoom lense maka tak dapatlah nak capture muka-muka diorang ni ketika coaster tu berpusing lipat-lipat. Tapi, yang menariknya pihak taman tema ini ada menyediakan perkhidmatan fotografi di mana satu Camera Spot Tower akan merakamkan gambar setiap orang yang menaiki sesuatu acara tu. Apabila acara tamat kita boleh view screen komputer dan melihat sendiri gambar kita in action. Kalau kita mahu, mereka boleh print gambar tersebut untuk kita dengan harga lebihkurang RM17 sekeping.



Di dalam taman tema ini juga ada satu kawasan khas untuk kanak-kanak dipanggil kidsland. Di dalamnya memang penuh dengan permainan-permainan sesuai kanak-kanak. Tidaklah ada roller coaster yang mengerikan, sekadar permainan yang semuanya easy-riding belaka. Jenuh mengejar Ken & Marisa ke sana ke mari sebab dah rambang mata tak tau nak naik yang mana dulu. Isshhh..Isshhhh..semuanya nak naik..seb baik tak kena bayar banyak-banyak kali !!!


Free Fall ni selalunya untuk orang dewasa. Memang boleh tertinggal jantung bila benda tu dijatuhkan dari paras ketinggian yang amat menggayatkan. Tapi di sini Free Fall untuk kanak-kanak pun ada. Acik Alya dan Ken kami tak kisahlah sebab diorang dah besar tapi sikecik Marisa ni puuuuuun teringin nak test power. Naiklah dia tu puunnn...mula2 nampak macam ok but then bila kerusi tu naik makin tinggi mulalah dia panik. Nak buat apa pun dah tak boleh..duduk tak senang. Nak nangis pun ada, nak turun pun ada. Kami tak larat gelak melihatkan kepanikannya.

Tepat jam 3 petang kami disajikan dengan satu pertunjukan bercorak perarakan. Acara begini memang biasa bagi mana-mana taman tema. Walaupun ini taman tema di negara China tetapi kelihatan peserta-peserta parade ini ramai yang berbangsa asing.




Selepas itu kami ke pertunjukan seolah telematch di Crazy Olloseum. Sekumpulan bangsa asing yang ini beradu tenaga, kekuatan dan keupayaan dalam melakukan sesuatu kerja. Contohnya seperti memanjat tiang, membelah kayu dan berjalan di atas kayu balak di dalam air. Walaupun mereka ni mempersembahkan sesuatu yang agak kasar tapi apabila mereka selitkan ciri-ciri lawak dan jenaka seperti di pertunjukan sarkas keadaan menjadi gamat dengan sorak dan gelaktawa penonton.

Acara kemuncak didestinasi akhir adalah this 10 Inversion Roller Coaster. Walaupun ia hanya make one full round and takes about 1 minute to finish..bila kena sepuluh kali gulungan lipat-lipat tu boleh fening kepala juga dibuatnya. Rasa seperti jantung tertinggal kat awang-awangan. Rinn tak de lah naik tapi masih ingat pengalaman lalu masa di Tokyo Disneyland. Anda tak mau ke mencubanya..kat Genting Theme Park pun ada rasanya.


Setelah hampir pukul 4 petang when everybody was extremely exhausted but still full of excitement kami pun beransur untuk pulang. Si Marisa pun dah tak larat nak jalan..lapar pun ada, mengantuk pun ada. Masa kat dalam taman tu kami sekumpulan asyik makan pop corn sampai habis berapa barrel pun tak ingat. Walaupun Marisa dah 4 tahun tapi kami terpaksa beli juga sebuah kereta sorong yg dah tak sesuai usianya setibanya di Guangzhou beberapa minggu yg lalu untuk memudahkan pergerakan kami di sini yang kebanyakannya berjalan kaki dan menaiki subway. Tak larat nak dukung bila Marisa dah kepenatan.

Oklah, gambar memang banyak tapi rinn upload mana yang sempat aje ye. Enjoy....




Yang berikut ni adalah roller coaster terbaru yang masih dalam pembinaan. Nampaknya kami tercepat sedikit dari jadual pembukaannya. Kalau tidak sure lagi happening. Dah lah tinggi, dia punya inversion spots pun boleh tahan banyak nya.

Hmmm..untuk gambaran selanjutnya mengenai theme park ini silalah tengok gambar2 thumbnails kat atas...enjoy !!

Dear hubby kata baju rinn sama macam Harimau Bengal kat belakang tuuu...ada kaa??!!! Seb baik rinn tak panjat sama-sama posing macam harimau tu..


Quote:
1.hajar : Tempat layan budak-budak tapi org dewasanya pun sama2 over-excited..!!! Macam harimau ke macam kuda belang !! Urut cakar harimau kalau..habihlah calar-balar !!!
2.zikrymania : Hmmm..kakrinn dah beli ikut order yg awal..tapi tgklah kalau ada lebih Insyaallah tapi jgn harap sgt lah ye..
3.MamaFaMi : Itu lah pasal..mulanya rasa hendak panjat aje..posing sebelah rimau tapi nanti tak pasal2 kena halau dgn security !!! ..Theme park ni items nya banyak jugak lebihkurang kat Disneyland. Tapi cuma suasananya tak semeriah Disneyland. Landscaping dia pun kureng berwarna-warni walaupun area wise mmg luas. Lagipun kat China ni kan tak ramai kanak-kanak..penduduk pun kena catu one family one child. Kuranglah kelibat kanak-kanak banding dengan Japan or US. Masa rinn kat Japan dulu adalah empat lima kali sampai Tokyo Disneyland. Itu pun tak puas lagi..True, kalau kat Disneyland memang all the cartoons characters yg jadik tarikan..apa yg tak teruja dgn mickey n da gang !!! Even adults pun get overexcited bila jumpa diorang. Masa muda2 dulu ok lagi kalau naik all the rides skrng ni boleh lagi cuma malas lah pulak..
4.cak : Harimau lah cak, bukan zebra..sebab kalernya hitam putih nampak mcm zebra ye.. ..Hubby tu saje ngusik..dah siap amik gambar baru dia kata gitu!!..Sementara boleh enjoy..kita enjoy. Bila dah tak de chan..kita duduk senyap..heh heh heh
5.Lee Lin : Ha ah dah besar2 pun..Kalau arwah my son yg 2nd tu ada..sure sama hensem dgn ayahnya..wakakakakaka..Nampak mcm sisters sebab mak diorang ni yg rock selalu..perangai macam budak2!!! ..Trend baju belang ni mmg kakrinn suka masa muda2 dulu. La ni dah kurang koleksi..suka yg plain colours jer.
6.nabialishad : Zaman kakrinn dah berlalu utk itu semua. Bagi chan kat anak5 pulak... Ishhh..kalau harimau malaya kena belang coklat..baju kakrinn ni belang hitam putih mcm harimau Bengal tuu...
7.Acik : Biasalah..dah nak krismas. Bukan kat theme park ni saja..kat pusat2 membeli belah pun serupa...meriah semacam dengan pokok krismas especially..
8.lina@alma : Sementara boleh jalan kita jalan..nanti dah tak leh jalan kita duduk senyap2 kat rumah..masak banyak2...
9.maklang : Tempat macam ni kalau tak kalerpul tak besh aarrr..Sepatutnya kitorang pun kena pakai baju kaler2 gak ekk..baru ngam !!! Bila lagi nak posing maklang..time ni laaa. ..Nak posing maut2 nanti org nyampah pulak..syikit2 dah lah !! Awet muda kaaa???..Mana ada??...Kira setaraf dgn umur ler tuuu... Insyaallah 17hb baliklah kami. Raya Haji kat Mesia laaa...kat sini tak leh makan ketupat rendang. Kalau ada pun sure tak pure......!!! Adik maklang soping ape dari Shanghai ??
10.sinnchan : Alamak..nampaknya ramai yg setuju dgn hubby niii..abihlah rinn, cukup 40 org sebut silap2 rinn mengaum pulak ni nanti ..Nak balik dah minggu depan.
11.mamazieza : Badan mungkin sama tapi muka tidak yaaa...Kang mengaum kang ..abih semua orang cabut lari !!!..Mana yg sempat rinn tempek la gambar. Ok, next year kita mai sama2..tak yah jeles2 lagik...
12.umi-kal : Uuiiissshhh..jgn tak berkelip langsung anutie ooiii..nanti tak tidur auntie. Anak2 memang seronok kalau dapat jalan2..kalau duduk di apatment aje..boring jugak.
13.MamaLeen : Waalaikummussalam Kak Leen, Harimau tu harimau batu jer tapi memang nampak real. Rinn di Guangzhou la KakLeen bukan di Shanghai.. Pemandangan ok gak kalau kena tempatnya tapi kat sini tak de pulak daun2 gugur macam falls kat tempat lain. Pokok2nya biasa saja menghijau.
14.mamasya : Sesekali enjoy kenalah puas-puas....Kalau harimau tu hidup tak de lah kami hampir !! Yg tu batu tp nampak real jugak..
15.aishah@ummiaqil : Memang banyak..kira worth jugaklah bayar mahal nak masuk. Permainan budak2 lagi banyak sampai rambang mata nak naik yg mana dulu !!! Raya Haji di M`sia...
16.wiz : I still fancy but this time I chose to stay watching. But hubby and kids was all out helping themselves with all the rides. Poor wiz kalau hubby pun in the same boat, double the fun laaa...Speaking of screaming..time tu lah nak jerit all out of your stomach !!! Kasik lepas semua geram-geram... .Suasana dalam gambar2 tu nampak a bit foggy sebab suasana time tu mmg agak berkabus...
17.cikinur : Yg adventure pun ada..yg easy riding pun ada. Pilih saja mana berkenan...heh heh. Kalau kat tempat lain sure happening dgn ramai kanak2. Kat China ni kelibat kanak2 susah nak nampak..sebab negar diorang ni dah terlebih penduduk..satu keluarga kebanyakannya cuma satu anak atau tak de langsung. 2 anak kira dah ramai...kena catu dek kerajaan!!
18.kak rusnah : Tinggal dua tiga hari saja nak berseronok.Lepas ni back to home..sibuk dgn anak2 nak sekolah pulak ye. Baju tu sebenarnya mmg hubby yg beli kat sini..tau2 dia dah bawak balik bagi..
19.masihjelita : Dialah pelakon utama dokumentari tuuu...
20.Daalia : Ini pun tak sempat update hari-hari..silap2 ada yg tertinggal!! Nak upload gambar pun lambat..tu yg kekadang give-up. Apa-apa pun harap2 semua kenkawan dapat menjelajah sama di bumi GZ ni. Masih ada lagi tempat2 yg tak sempat pergi sebab hubby pun kerja kalau weekdays. Kalau weekends or hari dia tak kerja baru kami boleh ronda...Zaman roller coaster rinn dah berlalu. Agaknya dulu dah puas naik kot..sampai serak2 suara menjerit..bukan takut, saja jerit lepas geram !!!
21.Mohd Azhari Azizan : Heh Heh Heh..kalau anak2 nak main lagi bawak pi Genting jer..lebihkurang sama..cuma kat Genting tu kawasan dia sempit sikit. Kat sini luas...
22.ida isk : Pra-jelajah la kiranya utk kenkawan, manalah tau ada rezeki lepas ni giliran kenkawan pulak !!! Ayoyo...silap hari lah rinn pakai baju tu..tersama pulak dgn Pak Belang Benggala!!
23.za : Memang tinggi dan sungguh besar..
24.cikwan : Kawasannya memang luas..still have room for expansion. Ada satu roller coaster lagi dalam pembinaan..nampak lebih tinggi dan banyak inversions nya. Kakrinn bukan takut cuma mcm tak excited sgt nak naik..tunggu marisa dan ken, sebab diorang tak cukup inci nak naik.. ..Lebih fun amik gambar dan dengar org jerit2...







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net