Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 8-Dec-2007 13:40 Email | Share | Bookmark
ZIARAH MASJID GUANGZHOU

Jualan Daging Kambing Halal
Jualan kismis
Jualan Bulu Binatang pun adaa....
Bulu Gebu Raja Rimba
Ruang solat lelaki
Ruang solat wanita
Pintu Gerbang kedua dlm masjid
Ruang solat lelaki
Dpt kawan China..minat Islam
Sikecil tunggu ibu solat
Sekumpulan pelajar Indonesia
Mintak Derma Bina Masjid
Sesak dengan manusia
Kedai2 makanan halal
Kedai2 dan gerai2 halal
Pada hari Jumaat lepas tercapailah hajat rinn hendak ke Masjid Guangzhou. Ia nya terletak beberapa kilometer dari apartment tempat kami menginap. Nampaknya apa yg rinn bayangkan mengenai masjid ini ternyata meleset. Sudahlah kedudukannya tersorok, seni rekabentuk bangunannya pun hmmm..tidak begitu menampakkan ciri-ciri sebuah masjid. Khabarnya bangunan ini adalah tinggalan sebuah tokong lama yg di ubahsuai menjadi tempat ibadah umat muslimin dan muslimat di sini.

Tiang besar inilah yg menjadi mercu tanda di dalam kawasan masjid. Sebuah kubah kecil kelihatan di kejauhan. Gambar di bawah ini pula menunjukkan pintu masuk utama ke dalam masjid. Pada kebiasaannya akan terdapat beberapa orang yg memegang kotak atau sejadah dan satu kertas kenyataan yang menyatakan mereka memohon derma untuk pembinaan masjid di tempat lain. Walaupun begitu, ada yang mendakwa bahawa mereka ini adakalanya bukan datang dari organisasi yang sah tapi atas tujuan dan kepentingan "persendirian".

Pada hari ini jugalah semua umat Islam tempatan atau dari negara luar beramai-ramai membanjiri jalan-jalan di kawasan persekitaran masjid ini. Kebanyakannya datang untuk menunaikan fardhu Jumaat. Selebihnya datang untuk mencari makanan-makanan halal di sini termasuk daging lembu, kambing, ayam mentah dan makanan siap yang lain. Lihat sajalah kesesakan ini. Walaupun jalan ini merupakan laluan biasa kenderaan bermotor namun dengan kehadiran sebegini ramai umat Islam jalan ini seolah-olah tertutup kepada lalu-lintas kenderaan.

Restoran-restoran halal milik orang-orang Islam tempatan dan org luar juga banyak. Namun salah satu tempat tumpuan adalah gerai Nasi Beriyani Pn Siti Khatijah dan suaminya. Mereka dibantu oleh adik perempuan Pn Siti dan Uncle Hamly. Walaupun hanya seminggu sekali, lebihkurang 30 ekor ayam diperlukan utk memenuhi permintaan. Ada kalanya hingga tidak kecukupan dan mereka yg datang akan pergi dgn kehampaan. Mula menjual sekitar jam 12.30 tengahari, berduyun-duyun pelanggan datang. Ruang makan dalam kedai agak sempit, terpaksalah makan di tepi jalan. Ini pun pemandangan biasa.

Kedai Pn Siti pada asalnya hanya menjual minuman segera 3 in 1 pada hari-hari biasa yang kebanyakannya didatangkan dari Malaysia dan juga minuman sejuk. Boleh dinikmati di situ atau dibeli dan bawa pulang. Maka di sinilah timbulnya idea untuk menjual kek halal yang boleh dihidang bersama kepada mereka yg datang untuk minum kopi atau teh. Khabarnya minggu depan mereka akan memulakan jualan. Tak sabar-sabar hendak melihat sambutannya bagaimana. Didoakan semoga sukses!!
Dalam pada itu si homeless ini jugak yg kenyang pada setiap hari Jumaat. Duduknya di tepi tong sampah..mengutip lebihan makanan dari lunch box Nasi Beriyani buangan orang...dan dengan selambanya menikmati hidangan tengaharinya di situ tanpa mempedulikan orang lain, janji perut diisi. Pemandangan ini agak menyedihkan namun kata teman-teman di sini, itu adalah suasana biasa dan kita tidak perlu ambil pusing atau simpati.. Menurut mereka ada yg tidak ikhlas mengaku pengemis... sanggup menipu dengan memakai tongkat palsu atau berjalan tempang.

Di sini juga terdapat warga asing Islam yg turut sama mengambil kesempatan berniaga. Contohnya buah kismis dan roti yg seakan-akan Nan tapi ditabur bijan. Satay seolah-olah kebab pun ada tapi berbeza dari satay kita dan dimakan tanpa kuah seperti kuah kacang. Kalau tidak silap kebanyakan penjual-penjual ini adalah warga Palestine.

Baiklah, sekarang mari kita tinjau suasana di dalam masjid. Keadaannya amat berbeza sekali namun ini tidak melunturkan semangat umat Islam di sini untuk menunaikan fardhu Jumaat. Tidak terdapat satu kawasan luas berkapet tebal sepertimana masjid-masjid kita di Malaysia. Sebaliknya hanya lantai simen biasa yg berlapikkan tikar mengkuang atau tikar getah. Di bahagian tengah kawasan dalam masjid terpancar masuk cahaya matahari kerana tidak berbumbung tetapi di sini jugalah terdapat pokok-pokok yang ditanam menjadikannya seolah-olah ada taman dalam masjid. Untuk Solat Jumaat ini ruang agak terhad untuk para makmum yang ramai jadi di mana ada ruang di situlah mereka mengambil tempat untuk mendirikan solat.

Berikut adalah pemandangan di ruang solat wanita. Tidak kurang ramainya juga yang datang berkumpul di sini pada hari ini. Mereka turut sama mendirikan solat Jumaat mengikut imam seperti umat musliminnya. Suatu pemandangan luarbiasa yang tidak terdapat di negara kita dan semua mereka ini sebenarnya hanyalah wanita-wanita muslim China.

Solat mereka juga nampak mudah kerana tidak mengenakan kain telekung. Apa yang mereka pakai itulah menjadi pakaian untuk bersolat. Menurut teman-teman di sini terdahulunya wanita2 China Muslim ini ada yang tidak bertudung apabila menunaikan solat sebaliknya mengenakan kopiah seperti kaum Adam. Tetapi setelah mendapat teguran, situasi begini tidak lagi ujud di ketika ini. Ada segelintirnya datang mengkelek anak kecil namun solat tetap didirikan dengan meletakkan si kecil di sebelah tikar sembahyang dan ada yang menitipkannya kepada si ibu tua yang turut sama datang. Si kecil montel ini amat menarik perhatian lensa kamera rinn. Geram dengan kegebuan pipi dan manis senyumnya.

Secara keseluruhan pemandangan di persekitaran masjid Guangzhou amat berbeza dan sukar didapati di negara kita. Dulu apabila rinn menonton TV dan mendengar sendiri bacaan ayat-ayat suci Al-Quran ketika imam China Muslim mengimamkan solat, bunyinya amatlah berbeza dengan loghat China nya tetapi kali ini di tempat ini..ternyata bacaan imam lebih baik dan sedap didengar...Alhamdulillah Misi ke masjid Guangzhou selesai buat kali ini....jumpa lagi.


Quote:
1.Mohd Azhari Azizan : TQ, mmg kakrinn sendiri pun tertunggu2 nak ziarah masjid ni dan tak sabar2 nak share experience kat sini dgn semua org. Itu lah... janggal bila tgk wanita solat Jumaat. Mmg betul asal bersih & tutup aurat tapi yg pakai baju sendat dan jeans nampak pinggang bila rukuk & sujud apa ceritanya?? . Kat M`sia masjid berlambak, sepanjang hiway R&R pun tempat solat ada..cantik dan berkipas/aircond..itu pun masih ramai yg tak ingat Tuhan. Bila tgk keadaan di sini, rasa syukur dgn nikmat yg ada di tempat sendiri
2.yatt : Heh Heh Heh kelakar ler pulak mamat tu ekk. Mulanya kakrinn pun tak caya kambing..tapi mmg kambing !! Sebesar-besar kambing...Beriyani kambing Pakistan ada tapi diorang kata kurang enak!!
3.yatt : Tak guna saffron, guna pewarna serbuk yg beli sekali boleh guna setahun. Tak pasti ada safron dan harganya kat sini. Nanti tanya Uncle Hamly...
4.aishah@ummiaqil : Ha ah, seolah ada pesta!! Makanan pun meriah jugak!!!
5.MamaFaMi : Tq mama. Alhamdulillah kalau cerita rinn dapat membawa pembaca nya ke China tanpa perlu ke mari. Tapi kalau dapat datang betul2 lagi syiok kan. Pn Siti & Uncle Hamly mmg akan mula menjual kek dalam minggu depan ni. Mudah2an niat murni dioarang tercapai. Si homeless tu selamba jer ma kutip leftover nasi dan mkn sepuas2nya. Tulang ayam tu dia gigit sampai ke tulang kering!!!
Heh Heh..cikgi dah silap taruk nama kek ...tapi sebenarnya rasa kedua-duanya lebih kurang aje. Rinn lebih suka jenis spongy ni dari yg creamy. Cuma yg Souffle tu sikit telur..yg cotton tu bnyk telur. Crack sikit tu biasa lah ma..nanti bila sejuk dia turun dan rapat ler crack tu..tinggal rekahan sikit..saja nak suruh tgk kek tu sengih sikit!!! Oven ni mmg laaa..very the complicated..lain oven lain kerenah mcm oven Pn Siti ni jugak!!
6.sinnchan : Adaaa...cuma tak sempat nak ngadap laptop dan update. Bila mlm dah penat..mengantuk, sejuk2 ni rasa nak tarik selimut aje. Adalah kena selsema dan batuk sikit..biasalah tuu. Hal borng-memborong dah selesai. Pasal masjid tu mmg kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada di sana, cumanya sesetengah kita ni yg tak reti nak hargai dan tak ingat Tuhan. Masjid dah jadik mcm gajah putih !!!
7.sinnchan : Insyaallah kalau ada rezeki akak, adalah extra loyang tuu. Tapi kalau nak yg ada isi ciskek tak de lah kot.. Keluarga sentiasa di bawah jagaan rinn...jgn risau. Akak duduk mana?
8.WanZee : Heh Heh..lain kali kena naik shinkansen, sure cepat sampai!! Kakrinn cuma sebulan aje kat sini ikut hubby ada urusan kerja. Kebetulan cuti sekolah dan ada rezeki lebih anak2 semua ikut sekali. Sebenarnya tak amik order..cuma sesaja beli tapi nak let go sebab ada yg minat pulak. Dua tu aje poonnn...Wan Zee teringin ke?? Nak kena antor ke Jepun ???
Alhamdulillah, angah dania berjaya. Along afina pulak dok berdebar2 tunggu PMR result bila balik nanti. Sebelum Raya Haji ni kami balik lahhh....
9.mamasya : Bila ada solat Jumaat ni baru kita tahu yg umat Islam kat sini sebenarnya memang ramai. Macam2 bangsa dari macam2 negara. Makanan halal Insyaallah tak de masalah langsung...kambing tu pun laris macam goreng pisang !!
10.zany : Truly an invaluable experience. Sampai mamat-mamat kat situ heran tengok..apalaaaaah minah ni buat dok klik sana , klik sini..mcm reporter. Kakrinn buat derrrkkk aje..
11.Sabrina : Betul tu Sab, manusia ni bila tak ada baru tau nak bersyukur dgn nikmat yg sedikit. Bila ada bnyk..mula lupa. InsyaAllah kek akan mula dijual miggu depan. Sesamalah kita doakan agar dipermudahkan urusan mereka. Kakrinn tumpang gembira aje..
12.classmateALYA : China kan mempunyai penduduk yg paling ramai di dunia. Sana-sini manusia..diorang suka berjalan kaki tau sebab tu susah nak namoak org gemuk!! Kat sini mmg ada ramai pengemis juga..mcm kat M`sia...
13.zakiahz : Sape yg tak kesian..tapi jgn tertipu dgn lakonan!! Pasal anak pakai tudung tu mungkin sebab kakrinn hantar diorang pi tadika Islam..So, bila dah biasa pi sekolah pakai tudung, masuk sekolah rendah pun terus pakai. Tak psycho ape2 ponnn...
14.zanaz70 : Insyaallah, kalau kakrinn ada kesempatan pi kedai tu lagi sbb hari Sabtu lepas kakrinn dah beli brg kenkawan order sebelum ni. Kalau ada nnt kakrinn bagitau ye!! Tak pe..bila dah ada set tu..mesti nak try guna kan!
15.cak : Ha ah mmg berbeza masjid sini dan sana. Harus kita bersyukur dgn apa yg kita ada. Tak sangka cak ni begitu sentisip ye..ari tu dgn kepala ayam. Kali ni dgn pengemis jalanan ni. Kalau kakrinn capture gambar pengemis2 yg lain sure lagi sedih..tambah2 ni musim sejuk. Tidur di tepi jalan..dgn berselimutkan kertas kotak dan kain2 buruk...Ada jugak yg pakai TOTO mana dia dapat pun tak tau. Hasil mengemis kot !! Tumpang boleh jalan..kita ukur jalan. Kalau tak..duduk diam2 kat rumah!!
16.iyta anita_ghani : Alhamdulillah rezeki Tuhan bagi..dapat tgk negeri orang. China mmg penduduknya ramai..bila tgk org2nya berjalan kaki mmg sesak jalan. Minggu depan balik ler...
17.LeeLin : Alamak rengek tak berhasil ke?? Kena pertingkatkan lagi ler skill merengek tuuuu...Hu hu hu..Memang terasa mcm papparazi..klik sana klik sini..org nengok pun heran. Apalaaaaa minah ni dok buat..macam wartawan! Ayoyo..TV3 nak layan ke application paparazi tua niii..wakakakakaka...
18.nabialishad : Selalu mcm tu lah..bila mewah kita jadik lupa. Bila dhaif baru teringat dan insaf!! Alamak..sebab tu kakrinn kata, ciskek ni berhantu sikit. Kakrinn pun kekadang kantoi kalau nak try recipe baru..mamafami pun buat gak..tapi merungut sebab atasnya merekah dgn hebatnya. Hari ni Pn Siti pun try buat sekali lagi sendiri tanpa kakrinn..hasilnya pun merekah teruk di atasnya. Tapi rasa masih ok lagi. Itu meringue mmg manyak sensitip..dgn cara kaup balik tepung. Pn Siti pun terlebih kacau tu rasanya..Cuba lagi ye !! Boleh saja buat trifle...jgn buang dek oiii, sayang !!
19.Roylazim : Ada rezeki sampai lah KakRoy oiii....
20.kamalina : Masjid yg di Guangzhou ni mcm tu lah keadaannya. Tempat lain tak taulah. Tapi kakrinn pernah tgk dokumentari kat TV, kebanyakan masjid di sini memang rekabentuknya mcm tokong dan bnyk warna merah juga. Wallahualam. Harap2 begitulah ye..ramai yg ternanti2kan jualan pertama kek halal kat kawasan masjid tu. Tak taulah sama ada kakrinn berpeluang ke sana utk merakamkan peristiwa tu. Kalau ada nnt kakrinn update. Dpt dah access, Insyaallah kalau ada kakrinn tlg belikan dulu.
21.ida isk : Orang suka berjalan..kalau boleh nak round da world !! Tunggu laki support..sebab kita ni kan pultaim housewife!!
22.boxhousestudio : Ayoyo..nampaknya kena buang apron lah macam ni. Kita tukar profesyen pulak..dari tukang masak jadik papparazi, usung kamera pulak!! Janji boleh solat ye dak. Ada ke next time tuuu..alamak syioknya ada org nak tolong angkut barang!! Tapi yg ni rasanya naik kapal laut laa....Ada tiga kotak besar ni. Tak daya la nak bawak naik kapal terbang !!
23.Acik sales@bungalawang : Bila berkumpul utk solat Jumaat mmg nampak ramai...
24.MaDiHa : Kalau tak sampai ke mari tak merasa semua pengalaman baru ini..Alhamdulillah. Itu lah walaupun satu ugama, mazhab masih membezakan kita...
25.sofu : Tak silap..selalu mmg mcm tu..kalau dah bnyk terlepas entry..buatlah komen pada entry yg latest..cover semua yg tertinggal!! Minggu depan balik ler kami....
26.SU nespray : Salam perkenalan buat SU juga. Buat masa ni tak de lah sebab kakrinn cuma nak let go yg kakrinn punya tu..tapi just in case kalau kakrinn terbeli lagi nnt kakrinn uar-uarkan di sini. So, jenguk2lah selalu ye...
27.chendana : Memang meriah..dengan orang2nya, dengan makanannya, dengan jualannya..macam2 gaya dan rupa manusia..
p/s : Kalau tak chomel..tak kakrinn amik gambo nyer !!
29.Daalia : Ni baru pemandangan masjid di Guangzhou China..bahagian China yg lain tak tau lagi keadaannya. Di serata dunia masih banyak yg kita tak tahu selain dari melihat di kaca TV. Bila dapat melihat dgn mata kepala sendiri baru paham situasinya. Baik masjidnya, solat & wanita nya, pengemisnya..dll. Baby tu mmg mencuri tumpuan. Kakrinn masa kecik2 pun macam tu..ada yg kata mcm anak China heh heh heh. Memang benar, kalau tak de Solat Jumaat, Hari Raya, Raya Haji dan yg sewaktu dgnnya..pasti kita takkan tau ada ramai yg berugama Islam sebenarnya baik org tempatan maupun org luar.
30.kakmOn : Rezeki kita sumbernya lain..mungkin rezeki pengemis itu adalah dari tong sampah. Nak buat macam mana..hanya itu yg terdaya olehnya. Kita sahaja yg kekadang terlupa..membazir rezeki tak tentu hala...manusia mudah lupa ye, kakmOn...
31.kakmOn : Iye ke??..kesiannya kakmOn, mungkin timing tak kena kot tapi kat atas tu ada komen kakmOn. Sebenarnya pengemis ni yg lebih mengharukan dari kutip makanan di tong sampah pun ada kakmOn, cuma tak sampai hati nak amik gambar !!
32.kak rusnah : Kalau nak tau macam mana persekitaran masjid di bulan puasa nampaknya kak rus kena mai sini lah...heh heh heh...Berpuasa di negeri China !!


Most recent comments... (In posting order)
best entry ni,,, terasa mcm baca national geographic pun ada,,,,
bila bab bersolat,,,asalkan menutup aurat,,,tempat/pakaian/badan bersih,,,,dah cukup,,,
memang bertuah kita kat M'sia ni,,,
Sun 9-Dec-2007 02:41
Posted by:Mohd Azhari Azizan
teringat pulak sorang colleague british egyptian, memula keje, hari jumaat dia nk g semayang kt masjid.
yg dlm masjid tu sapa yg snap pic?
gambar memula tu..kambing? besornya kambing boleh la buat briyani kambing plak
Sun 9-Dec-2007 04:40
Posted by:yatt  - [Link]
lupa plak nk tanya. nasi briyani pak hamly tu guna saffron ke? kat sana murah tak? Sun 9-Dec-2007 04:43
Posted by:yatt  - [Link]
meriahnye hari jumaat disana...makanan halal pun mudah. Sun 9-Dec-2007 06:08
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
- Suka baca entry Rinn kat Guangzhou ni...very informative. Rasa macam kita ada kat sana je...
- Wah bestlah Puan Siti nak buat niaga kek pulak. Hehehe...mama yang excited semacam!
- Nowadays ni, nak kesiankan orang pun, kadang-kadang kita kesian kat diri sendiri gak sebab you'll never know whether diorang tu betul betul miskin or sebaliknya kan Rinn....
- Dek kerna tirguda tengok Rinn punya ciskek, mama pun buatlah Japanese Souffle Cheesecake, rupanya Soft Cotton Cheese cake pulak! Hok aloh......Tapi ciskek mama tu crack on top la. Ma rasa, because ma guna oven kecil, so patutnya kena reduce the temperature which I cleverly didn't!!! Hahaha...tahu...tak pe!
Sun 9-Dec-2007 06:11
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Pekabar rinn?sunyi n risau tanpa rinn berhari2, sehat ker?sesat ker? ker sakit2 badan memborong tiap2 hari...kalu dekat boleh akak tulun pecet2,he..he..sedih plak nengok masjid kat situ ek, kat mesia nih masjid melambak,lawo2 tp saf nya cam gigi rongak,kat area akak nih bila terawih adalah beberapa saf, rupa2nya kok indon..kat masjid KLCC pun sama(kat sini takder gangguan bunyi mercun masa solat), indon nih nak makan free waktu iftar,pastu biar sepah.... Sun 9-Dec-2007 11:50
Posted by:sinnchan
rinn,kalu takper order ngan tgn kosong..bolehlah kalu nak extrakan loyang tu barang sebijik dua ek, kang kalu akak org yg tercorot dapat pun takper ,kalu ditakdirkan melepass pun kira redha jer ler ...tp selalu berangan masa rinn antor loyang tu, sekali tu bila akak nengok dlm dia, ada jepun punya souffle ciskek ,ala..angan2 jer tu, kalu dpt selipar jepun pun dah cukup baik, asal jgn penampor jepun udah ler, bye rinn, luv u,anak2 jgn dibiar kesejukan selalu,rinn ada hubby nak menghangatkan...he..he... Sun 9-Dec-2007 12:00
Posted by:sinnchan
alamak tertinggal kretapi leeee...kak rinn lama lagi ker duk negara China??bestnye baca perjalanan Kak Rinn di sane.....tgk handbag tu cam berkenan ajer yg jenama COACH cokelat tu.....masih amik order lagi keee??
Tahniah buat Angah Dania atas kejayaan mendapat 5A dlm UPSRnye.....bila balik Mesia kak Rinn??
Sun 9-Dec-2007 12:16
Posted by:WanZee  - [Link]
Ramainya umat Islam kat sana...penuh sesak jln raya dan masjid . suasana dlm masjid mmg jauh berbeza dgn di M'sia nampak serba kekurangan tp Alhamdullilah tetap penuh org berjemaah. senang pulak nak dapat makanan halal kat sana ya...siap kambing gantung sekor2...
seronok baca citer k.Rinn kat sana....wpun tak pergi bak kata MamaFami rasa macam dah di sana...
Sun 9-Dec-2007 13:33
Posted by:mamasya  - [Link]
bagusnya nengok gambar2 kak rinn shoot, great experience. Sun 9-Dec-2007 16:05
Posted by:zany
Jauh beza suasana dengan kat Malaysia ni kan Kak Rinn. Kat sini masjid ke.. surau ke.. punyalah lawa dengan ada yang ber'aircond' tapi masih juga kurang mendapat sambutan. Memang betul la dalam melakukan ibadah ni tidak patut ada alasan untuk tidak melakukannya.. Islam itu mudah sebenarnya kalau kita mengetahui..
Betul ker Puan Siti nak bukak bisness kek halal tu minggu depan. Sab doakan beliau success dan bisness makin maju serta bertambah skill buat kek. Hehehe
Sun 9-Dec-2007 16:37
Posted by:Sabrina  - [Link]
terlalu sesaklh di china..
tapi..
permandangannya sangat indah/...
yg menyedihkan ialah melihat Pengemis Jalanan 2....
Sun 9-Dec-2007 17:58
Posted by:classmateALYA
hmmm... sedih pulak tengok pengemis jalanan tu.. banyak entry kak rinn yang saya tertinggal ni.. kak rinn, saya perhatikan anak2 kak rinn memakai tudung pada usia yang muda, camna kak rinn psycho depa tu? Sun 9-Dec-2007 18:27
Posted by:zakiah z  - [Link]
k/rinn...nak pesan boleh ke? klu boleh nak le ode nozzle set tu. w/pun cheq ni naik give up dah ngan deco2 cake nih ...tapi ada ati gak nak nozzle set tu. nanti balik kalau ada let me know yek thank you Sun 9-Dec-2007 18:29
Posted by:zanaz  - [Link]
beza nya masjid diorang ng masjid kite kat mesia yg gah dan luas dan tidak dhaif. lapik ngn kain kanvas shj.. tp yg penting smangat diorang... alamak,. cak nih sensitip la tgk pengemis tuh dok mkn lebihan nasi.. sudahlah, habis lah cak mesti tak leh tido mlm nih, sbb dah tertengok gambar org tuh.. sure mlm nak tido metsi teringat-ingat.. cak ni, klu ade sesuatu yg cak tanak ingat, boleh-boleh cak tanak pandang.. mcm xcident ke, tho tepi mata aje, cak tak mo tgk bukan apa, sbb cepat kesian pastu nnt mlm-mlm teringat mesti nangis dok pikir apa nasib org tu....

seronoknya kak rinn jln negeri org eh... apapun, nnt dah balik bgtau eh... kite pi amik semua yg kite kirim tuhhh
Mon 10-Dec-2007 01:59
Posted by:cak  - [Link]
bestnye kak rinn..dpt ronda2 kat negara org....bila la agaknye iyta leh makan angin gini ye....
kak sana tu ramai org ek...nampak sesak je...berapa lama lg kat sana tu....??????
Mon 10-Dec-2007 02:14
Posted by:iyta  - [Link]
kak riiinnnnn!! entry² guangzhou ni buat saya merengek kat suami - bila kita nak gi china? bila kita nak gi china? heheheh. takde sapa layan. makin lama k rinn kat sana, makin terer skill paparazi tu ye. lepas ni boleh apply keje dgn jejak rasul Mon 10-Dec-2007 03:54
Posted by:Lee Lin  - [Link]
alahai kesiannya tengok peluang mereka untuk beramal..terasa insaf.. betapa bertuahnya kita di sini..tapi ada juga yg mensia2kan peluang untuk beramal..wallahualam..
psssttt sis..mu tertulis salah nama resepi pun dok pe..asal ku dah cuba juga buat resepi satu lg tu..TAPI X MENJADIK!!! hahaha..bila amatur buat ciskek..terus jadi cisbedebah!! step buat meringue(kalau x salah eja) tu intan salah rasanya..terus kek tu jadi bantat!! huwaaa apa eh nak buat dgn ciskek x menjadi? jd based triffle bleh ke eh sis? halaaa pasnih kene belajo laa dgn kak rinn lagi!! boleh yeee?
Mon 10-Dec-2007 04:09
Posted by:nabialishad  - [Link]
biler ler akak dapat pergi tempat2 nie agaknyer yer... Mon 10-Dec-2007 04:38
Posted by:Roylazim  - [Link]
oooo.. begini rupa masjid kat sana yek... bila baca citer kak rinn, betapa daifnya masjid diorg yek... bagus lagi masjid2 kecil yg kat msia ni.... hmmm.... pelik gak tgk wanita solat jumaat... tak buat dek org tu...
** semoga penjualan kek halal berjln lancar.. mesti ramai yg membeli nanti... tak sabar nak baca feedback kak rinn psl kek tu..
** kak rinn, hmmmm... amacam?? dpt tak access website tu?? dok terbyg2 je handbag tu.. hehehe...
Mon 10-Dec-2007 06:27
Posted by:kamalina  - [Link]
ini lee yang dikatakan jauh perjalanan lain pemandangan kan kan Mon 10-Dec-2007 06:35
Posted by:ida isk  - [Link]
rinn..akak terasa menengok rancangan travel and living kat astro lak...pssst...rancangan gini memang favourite kita,.....best...syiok....leh le ganti aisha gill tu..or geng ngan dia....cheewah..
yang penting solat 5 waktu kan?....rumah ALLAH kita penuhkan...nak ikut....nak ikut...next tima bawak akak sekali ..... nak jugak...nak ikut jugak...boleh tolong angkat kan barang...
Mon 10-Dec-2007 06:37
Posted by:boxhousestudio  - [Link]
ramai jugak umat islam di guangzhou Mon 10-Dec-2007 07:44
Posted by:Acik  - [Link]
menarik... rasa spt berada disana bila baca & lihat gambar2 yg rinn captured ni...
sememangnya disana suasananya berbeza.. cara kaum muslimah beribadat pun berbeza dgn kita.. kerana mazhab mereka berbeza..
Mon 10-Dec-2007 09:03
Posted by:MaDiHa  - [Link]
meriahnya pic yg kak rin snap...especially nasi beriani & cheese cake tuuu (pjg sgt namanya la kak ) alamakkkk silap plak..cake tu entry yg lepas komen sekali harung kiranya..bila balik m'sia ni.. Mon 10-Dec-2007 10:39
Posted by:sofu  - [Link]
Salam perkenalan kak rin...ader lagi ke beg coach tu, kalau ader saya nak beli ye kak.... Mon 10-Dec-2007 10:40
Posted by:SU
meriah juga hari jumaat kat sana.....
p/s:comelnya baby gigi 2 tu...
Mon 10-Dec-2007 10:57
Posted by:chendana  - [Link]
Hi Rinn.... jalan2 lagi ... jelous sesungguh ni.. sampai tak terkejar2 saya nak baca entries Rinn travel ke Guangzhou nie.... menarik sekali pengalaman Rinn menjelajahi masjid di situ ... wanita tidak memakai telekung seperti di Malaysia bila solat ... bukan saja di China, semasa saya study kat US dulu pun sama gak, bila kami travel.... ada moslem yang pakai baju ala-ala Punjabi tu dengan pakai selendang tipis dan jarang menampakkan rambut, mereka solat je cam biasa... hujung kaki pun nampak ... mazhab yang berbeza-beza... tercengang gak tengok masa tu ... tapi itu lah... kekadang pengalaman melihat bagaimana tamadun islam dari mazhab2 yang bebeza di negara asing membuka mata kita... ada yang bagus dan practical, ada juga yang rasa nya macam tak logik aje ... almaklum saja lah kita kat m'sia ni kan mazhab shafie yang teramat lah strict kan ....

heee.. gambar budak cina kecik tu macam rupa saya masa kecik2 aje .. ... tak ada bulu kening dan mata cepet ...
pengemis jalanan... ? nak komen camna ek.. kat malaysia pun apa kurangnya especially kat puduraya tu ...berlambak orang yang menyamar jadi pengemis dan bulan2 dapat habuan 4 angka .. kalah kita yang kerja macam nak rak ni ...
kesesakan masjid di sana tu ... mungkin bak kata Sabrina.. heran melihat suasana sesak di Cina tu.. tapi itu lah hakikat nya kalau di negara yang Islam bukan majority.. bila ada peluang solat jemaah bersama, atau perayaan syawal dan haji, mesti sesaknya dengan kaum musliman dari serata dunia .. sebab tak banyak masjid di negara2 seperti ini ....
Mon 10-Dec-2007 11:16
Posted by:Daalia  - [Link]
salam rinn, n3 rinn kali ni begitu menyentuh kalbu, terkedu kakmOn.. membelek diri sendiri, insaf.. banyak lagi diluarsana yg kelaparan mengambil sisa orang padahal kita terlalu angkuh membazirkan rezki Allah.. Subhanallah DIA yang menurunkan rezki Mon 10-Dec-2007 11:45
Posted by:kakmOn  - [Link]
rinn awat comment box ni dok meroyan.. kakmOn penat2 taip.. dah ilang dah.. buang karan tul

btw n3 rinn ni betul2 menginsafkan.. terlalu bayak rezki yang kita buang.. padahal diluarsana masih ada yg kelaparan
Mon 10-Dec-2007 11:52
Posted by:kakmOn  - [Link]
seronoknya tgk rinn jalan² makan angin kat china,,,,kalau la anak ida tgk barangan highlighter tu,,,pasti dier nak beli semua tu Mon 10-Dec-2007 14:04
Posted by:Ida Natrah  - [Link]
WOW rinn, kak rus teruja dengan n3 tentang masjid Guangzhoa pd hari Jumaat.Teringin nak rasa roti nan bijan panas-panas,Macam ada corak kat atas roti tu.Mcm manalah agaknya kalau di bulan puasa,kak rus agak mesti lagi meriah kan? Mon 10-Dec-2007 14:14
Posted by:kak rusnah
jd minat lak baca FP Kak Rinn since g china ni..

1001 Cenderahati Perkahwinan!!!- Very Sweet & Affordable!!! (start at rm0.40)

Just click;
http://gardenofgalleria.fotopages.com/
Mon 10-Dec-2007 18:34
Posted by:nisa  - [Link]
pengalaman yg indah... gambar2 pun menarik. boleh buat dokumentari la, kak rinn! Tue 11-Dec-2007 02:56
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
A'skum Rinn jgn lupa balas my email. Urgent sbb dah nak fly ke Guangzhou. Sat 12-Apr-2008 03:21
Posted by:Kak Zai
A'skum Rinn jgn lupa balas my email. Urgent sbb dah nak fly ke Guangzhou. Sat 12-Apr-2008 03:24
Posted by:Kak Zai
Salam Rin, saya nak komen (share pengetahuan sebenarnya) mengenai pendapat Rin tentang masjid Huaisheng tu. Sebenarnya, masjid tersebut dibina pada zaman sahabat nabi lagi, iaitu Saad bin Abi Waqas r.a yang mengembara mengembangkan Islam ke sana. Mengenai binaan yang tidak menampakkan ciri-ciri masjid itu, sebenarnya itulah senireka (arkitektur) China pada masa itu. Pada pendapat saya, ianya tidak menjadi masalah pada rekabentuk, yang lebih utama ialah masjid itu diimarahkan oleh penganut Islam di sana.
Walau bagaimanapun, info yang Rin berikan amatlah berguna untuk rakan-rakan yang mungkin hendak melawat ke Guangzhou. Saya pernah ke Guangzhou dua kali, dan insyaALlah sekali lagi bulan Disember 2008 ini.
Bagi saya, Guangzhou adalah antara tempat yang menarik untuk dilawati.

Terima kasih Rin kerana berkongsi info mengenai Guangzhou.
Thu 27-Nov-2008 16:42
Posted by:Shoaaibi  - [Link]
Rinn aparment tu kat mana bleh bg contact tak nak gi sana lah tertarik dgn gambar2 ni. tp senang ke nak bwa video camera? tolong kak Jun, Rinn. Tue 9-Mar-2010 01:18
Posted by:junaidah
http://www.thetotebag4u.com/category-108-b0-Chanel.html chanel replica
http://www.thetotebag4u.com/category-177-b0-Celine.html celine handbags
http://www.thetotebag4u.com/category-109-b0-Chloe.html Chloe handbags
http://www.thetotebag4u.com/category-115-b0-Hermes.html hermes replica handbags
Tue 27-Jul-2010 09:03
Posted by:replicahandbags  - [Link]
http://www.fjallraven-down-jacket.org/ fjallraven down jacket
http://www.fjallraven-down-jacket.org/ fjallraven jackets
Fri 12-Nov-2010 10:28
Posted by:fjallraven down jacket  - [Link]
Hello Rinnchan we plan to visit Guangzhou in the near future, please give us person whom can assist us sucyh as hotel, halal restaurant and guide to visit mosque and bit of shopping Sun 28-Nov-2010 15:06
Posted by:Arifin Tahir
http://www.uggkensington.co.uk UGG Kensington and so on. http://www.uggkensington.co.uk/ugg-amberlee-c-2.html UGG Amberlee http://www.uggkensington.co.uk/ugg-retro-cargo-c-3.html UGG Retro Cargo Tue 14-Dec-2010 06:14
Posted by:uggs on sale  - [Link]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com