Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Dec-2007 16:44 Email | Share | Bookmark
PESTA MAKANAN & LELONG BARANG IN GUANGZHOU...

kat tmn opposite apartment
Posing dgn orang & kuda tembaga
Naga yg masih segar bugar
Naga nganga mau makan
Di kwsn kedai elektronik & ICT
Pn Siti dgn ciskeknya
Elok2 siap difotokan, 1 tin loaf kek ni selesai!!!
Peach tartlet
Blueberry cheese tart
Brownies masih dibakar
Brownies
Brownies lagiii...
Weekdays ni tak banyak ronda ke tempat2 lain, sekadar jalan-jalan di pekan. Belajar kenal jalan-jalan dan lorong-lorong. Kamera pun selalunya ditinggal kalau setakat pergi kedai beli barang makan. Kalau kat apartment tak teringat pun nak snap gambar dalam rumah ni...tentu ada yg ingin tahu macam mana agaknya suasana dalamannya. Biasa aje, tak ada apa2 yg grand pun..cukup dengan kelengkapan yg asas untuk kami sekeluarga. Yg penting tak terputus hubungan internet!!
Ok, ari tu ada tunjuk gambar night view. Ni ada gambar day view..anak yg ambik. Kedua-duanya pun di ambik dari balcony.



Bila ada kesempatan, turun main kat taman opposite apartment. Taman yg sentiasa ada aktiviti especially sebelah pagi dan malam. Sekarang ni banyak acara kebudayaan especially pada malam hari. Tgk kot balcony jer..malas nak pi closer sebab sejuk.



Di Carrefour ni lah kami selalu membeli barang dapur etc. Wet marketnya ok gak sebab banyak ikan2, sayur2 dan buah-buahan segar. Ikan2 segar yg masih berenang dalam aquarium pun banyak. Kalau nak..just pilih nanti diorang sauk pakai net. Boleh siap siang terus!! Rin suka beli ikan keli. Murah dan segar..Bila buat kari...wualllllaaaaa, siap boleh simpan kuah untuk cicah roti time breakfast. Heh Heh..mai China pun masih masak kari ekkk....Satu lagi Shitake, cukup murah. Separuh harga dari sana but with same quantity. Oh ye..baru teringat nak bubuh gambar antara lauk-pauk yang rinn masak di sini. Jom jamu mata..dan selera di alam maya!!!



Pappadam untuk vegetarian tu sebenarnya di bawa oleh kawan biznez dear hubby yg datang dari Hyderabad India dan menetap di apartment ni sebelum kami sampai. Masa tu dear hubby pun ada sama.


Semenjak dua menjak di Guangzhou ni dah pandai masak guna claypot..sangat sesuai utk masakan sup. Yg di bawah ni pulak sayur campur suhun yang suhun nya itu rinn ingatkan Bee Hoon. Kat sini tak jumpa lah Bee Hoon yg tak clear colour. Semuanya clear color mcm suhun..mujur tak lembik bila di rendam dan dimasak!!

Yg lelainnya masak sardin dan goreng telur bila malas nak masak. Kekadang tibai jer Kari ayam Brahim. Bawak youuu...bukan tak bawak.
Ok, sambung citer pasal Carrefour, selain dari sayur, ikan dan buah segar..ayam dan daging pun banyak tak terhingga..cumanya Non-Halal ler!! Barang makanan import tu adalah sikit2..contohnya Sardin TC Boy dan Santan Kara. Tuna dlm Tin yg sama mcm kat Mesia pun ada. Selain tu barang makanan import dari Jepun, Thai, Arab, Turki etc pun boleh tahan banyaknya.
Satu aje yg nampaknya tersangatlah mahhhaal di sini...Minyak Masak!!! Harganya tiga empat kali ganda di Mesia...Phuiii!!! Tak pasti kenapa.
Oh ye..sebagaimana yg diceritakan awal-awal tadi..minggu ni banyak duduk di rumah tapi yang bestnya sessi masak-masak tetap berjalan lancar seperti biasa. Kelmarin Puan Siti & Co teringin nak belajar lagi buat cheese cake. Menurutnya dia mahu sesuatu yg seperti di 7-Eleven. Uuuu..yg gimana itu?? Ohhhhh....yg spongy-spongy sikiiiiiit. Makanya rinn pun teringatkan my feveret Cotton Soft Japanese Cheese Cake. Yang jenis creamy ari tu pun dah buat..so, this time yg spongy pulak.

Yang ini rinn kena berhati-hati sedikit sebab kek ni agak sensitif kalau tak kena gaya. Yg penting putih telur kena kembang elok dan foamy. Ibaratnya kalau diterbalikkan bowl tu..tak tumpah putih telur yg telah dipukul hebat!! Ok, that part berjaya..
One more thing is cara gaul bancuhan cheese+tepung dengan putih telur. Don`t overmix..!! Puan Siti ni memang rajin dan buat kerja memang nak laju jer. Semuanya nak cepat..sebab tu kena follow very closely kalau tak..habis dia main masuk-masuk main mix-mix selaju yg boleh!! Mujur semuanya berjalan lancar walaupun masa double boil cream cheese Uncle Hamly dah terbubuh 500gm. Tak pe..kami just tambah lelain bahan utk jadikan dua adunan.

Sukanya depa!! Adik Puan Siti memang suka sangat dengan kek. Sanggup tunggu depan oven tengok kek tu raising. Alhamdulillah..hasilnya amat baik. The first two loaf tins habis kami tibai anak beranak dgn 3 org guest students tu. Another round tin kami kenalah reserve kat kenkawan lain yg menanti di apartment diorang!!

COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE
Ingredients:
140gm caster sugar
6 egg whites
6 egg yolks
1/4 cream of tartar ( omited..tak ujud kat sini )
50gm butter
250gm cream cheese
100ml fresh milk
1 tblspn lemon juice
60gm cake flour/superfine flour ( we used all purpose flour)
20gm corn flour
1/4 salt

Instructions:
1. Melt cream cheese, butter and milk over double boiler. Cool the mixture.
2. Fold in flour (all purpose flour & corn flour sifted together), egg yolks, lemon juice and salt. Mix well.
3. In a seperate bowl, beat egg whites with cream of tartar until foamy.
Add in sugar and beat until soft peak formed.
4. Add the cheese mixture to the egg whites mixture and mix well.
5. Line bottom of pan with grease proof paper and pour the mixture.
6. Bake in water bath at 160 deg cel for 1 hr 10min or until test scewer comes out clean.


Hari ini pulak Uncle Hamly mintak tolong ajar buat fruit tartlet dan brownies. Masa sebelum buat tu rinn dah bagitau apa bahan2 yg perlu tapi unluckily icing sugar tak dijumpai. So, rinn just suggested them to dry-blend. Tapi blender diorang tak de pot yg kecik utk dry blend. Last2 Uncle Hamly bawak lesung batu Pn Siti kita tu. Dia tumbuk caster sugar!!! Bolehlah......


FRUIT TARTLET
Bahan-bahan:
250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
120gm icing sugar
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm.
2. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas
acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya.
3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish
pada suhu 175 drj cels.
4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard atau tepung jagung
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2
sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul.
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati.
Tidak perlu masukkan semula ke dalam microwave.


Rinn cadangkan supaya bubuh aje whipping cream yg dah dipukul kembang supaya lebih mudah tetapi Uncle Hamly insisted nak bubuh castard. Castard ni sellaunya rinn main campak2 jer ikut naluri tapi sebab nak ajar orang kena selak resipi kat internet sebab nak estimate sukatan. Buah2 segar tak sempat beli. Uncle Hamly semalamnya dah belikan canned peach. So, we all just guna buah peach.
Secara keseluruhannya rinn tak berapa puashati sebab pastry agak mencair semasa dimasak di dalam oven, menghasilkan pastry tart yang tak berapa melengkung di tengahnya. Rinn buat kesimpulan yg itu adalah kerana butter yg digunakan tidak dilembutkan terlebih dahulu pada suhu bilik. Terlambat mengeluarkan dari petisejuk, nak lembut pun lambat sebab udara sekeliling pun sejuk. Lagi satu besar kemungkinan sebab gula yg ditumbuk tidak sebaik penggunaan gula icing. Lagipun tumbuk tak berapa lumat dan tak diayak..heh heh heh. Cikgu pun malas nak berkira..but for the next trip kalau diorang nak buat lagi, rinn dah suruh guna bahan dan cara yg betul. Pun begitu..rasanya maintain ok dan rapuh. Tambahan bila dah dibubuh castard dan ditenggekkan buah peach. Hilang segala cacat cela pastry tuuu... Main cheating ekkkk.... Rinn juga mencadangkan agar sebahagian kulit tart tu digunakan untuk membuat Blueberry Cheese Tart sebab kami masih ada lebihan Blueberry filling selepas buat muffin ari tu. Inilah hasilnya...

Sessi main masak-masak diteruskan dengan Brownies. Mulanya nak buat Chewy Gooey Brownies arahan Director Mamazieza tapi bnyk bahan tak ujud especially the chocolate cooking bar. Uncle Hamly ada menjumpainya tapi minimum pekedai jual is 2kg!!! Nampaknya terpaksa lupakan dulu yg itu dan kita beralih kepada resipi yg tak guna choc bar.
Cari punya cari jumpa kat Dapur KakLiza..Hello kak Liza!! Lama tak mai noooo...Bz shooting kaaa???


BROWNIES
Bahan A (Kacau sebati semuanya)
1 cawan susu cair ( rinn guna fresh milk)
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan borwn sugar (rinn guna caster sugar)

Bahan B (Pukul sedikit)
2 biji telur
1 camca teh esen vanilla

Bahan C (Ayak 3 kali)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate

Bahan D (Rinn tambah sendiri)
Kacang walnut seadanya..dicincang kasar.
Kismis secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 175 drj cel.
2. Alas loyang 10" x 10" dengan grease proof paper. (Kat sini tak ade paper tuu..so, rinn
simply guna A4 paper putih). Juntaikan sedikit kertas di dua belah tepi yg bertentangan
supaya mudah mengeluarkan brownies.
3. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A. Gaul sebati.
4. Masukkan Bahan C dan gaul rata.
5. Gaulkan walnut dgn sedikit tepung dan masukkan dlm bancuhan. Gaul rata.
6. Ratakan adunan dalam loyang dan bakar selama 45min - 50min.
7. Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong segiempat dan hiaslah ikut citarasa.

Krim Coklat:
250gm cooking chocolate bar
1 sudu besar butter
1 sudu kecil susu cair

Cara-cara:
1. Panaskan coklat secar double boiler.
2. Bila coklat cair, padamkan api. Terus campurkan butter dan kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacu hingga sebati. Salut pada kek dan hias ikut citarasa.

Puan Siti hanya sempat membancuh adunan dan menuang ke dalam loyang kerana dia terpaksa bergegas ke tempat lain tapi Uncle Hamly masih ada untuk meneruskan misi masak2 kali ini. Setelah siap dibakar, sementara menunggu brownies sejuk uncle Hamly pulak mendapat Panggilan Pulau. Terpaksa meninggalkan dapur. So, Puan Cikgu terpaksa menyudahkan proses seterusnya. Potong Brownies dan hias ikut suka..(Resipi kata macam tuuuu... ). Oleh kerana Cocoa choc bar tak de utk buat toppingnya maka rinn dengan sesuka hatinya telah menggunakan White Choc Bar yg rinn bawak khas dari SP..wakakakakakaaa. Ingat nak buat Choc Treasure Mamazieza lah tuuu... Lepas tu tenggekkan kacang walnut dan kismis hitam. Siapppp....lepas tu terus hantar ke apartment diorang yg terletak selang sebangunan. Jadik Minah Despatch lah kita ni pulak yee...


NEXT, IS THE LELONG SESSION. TAPI TAK DE LAH MAIN LAWAN-LAWAN TARUK HARGA. MUNGKIN CARANYA JUGAK TAK BERAPA FAIR KERANA KESEMPATAN UTK MENJENGUK FP RINN BAGI SETIAP ORG BUKANLAH SAMA. ANYWAY, I WOULD LIKE TO LET GO THE FOLLOWING COACH HANDBAG DAN D&G HANDBAG TO THE FIRST PERSON WHO SAY SHE/HE REALLY WANTS IT IN THE COMMENTS COLUMN BELOW. HARGA RM95 EACH.


THE SAME GOES WITH THESE TWO TABLE CLOTHES. THE FIRST ONE RM90..THE 2ND ONE RM110.


HAPPY SHOPPING ON-LINE.....



Quote:
1.intan azim peanut_is : Besar sikit dari A4 size paper. Ada dah yg kata nak tapi nak kena r-confirm dulu...
2.MamaFaMi : Nozzle & springfoam pans tak payah lelong maa, kalau nak order terus. Handbag ni sebab tak ambik order, pat pat sape cepat dia dapat laa sebab satu tu jer yg ada....Tak ler sampai melelong gituuu... Silap2 nanti rinn yg kena lelong!!!
3.MAMA AINA : Waalaikummussalam, brg2 tu Insyaallah boleh tolong beli. Bercuti sini ok cuma sejuk jer. Ikut suami atas urusan kerja, jadik tak lah jalan-jalan sakan. Salam perkenalan juga dari rinn.
4.MAMA AINA : Taklah terrer tara mana. Nak mengajar org lagi segan sebenarnya. Tambah-tambah nak bukak kelas..taklah terlintas langsung. Kalau setakat nak tunjuk2 gitu Insyaallah..
5.unnamed : Iye..beli kat sini. Kakrinn nak let go yg dua tu aje buat masa ni. Mungkin kalau kakrinn terbeli lagi..tak taulah. Kakrinn suka mcm D&G tu sebab ianya simple..
6.aidasuhaila : Walaikummussalam, Buat masa ni tak de lah yg kaler tu sebab kakrinn asalnya bukan ambik order tapi tgk lah kalau kakrinn pi lagi kat tempat tu..mungkin boleh carik. Tapi kakrinn tak pasti design apa yg aida minat. Kalau boleh refer kat coach punyer website, aida bagitau ler design yg mana
7.lina@alma : Segan lah nak bukak-bukak kelas ni. Kat sini setakat nak tolong aje..Guru masak bidan terjun. Peking Duck belum rasa lagilah. Tak pasti sama ada boleh dapat atau tidak kat kedai makan halal tu. Masak guna claypot ok gak sebenarnya..Lauk2 sentiasa panas lama kalau simpan dalamnya.
8.Camera Tips And Tricks :
9.chendana : Itulah diharap ilmu sedikit itu dapat dimanafaatkan sebaik mungkin. Oiikk..jgn panggil chef rinnchan le, tak layak lagi!!
10.mamazieza : Itu kapla ayam direserved khas utk mamazieza..akan kubawak balik untukmu!!!
11.yati-m : Semuanya sedap2 belaka..kalau buat sendiri dan makan sendiri lagi syiok!! Aina pun silap2 akan suka nanti....
12.zura : memang baking selalu..hari-hari makan kek..boleh gemuk ooooo!!! Barang2 baking mmg banyak..sampai tak larat nak pilihh...
13.maklang : Sebab kami duduk apartment, kalau duduk hotel..boleh nganga jer lah. Masak tak leh..baking tak leh..Ni tumpang kemudahan ada kita pun kayuhlah!!! Cuma bahan2 baking tu sesetengahnya tak ujud kat sini..kalau ada pun mungkin mahal. Oh ye ke..adik maklang mai China yg daerah mana? Ke Guangzhou jugak ke??
14.rawcanvas : Memanglah..tak kenal maka tak cinta. Dah kenal tergila-gila..Not bad jugak life kat sini..cuma tak paham bahasa jer. Tapi kalau lama menetap..tak mustahil kita boleh kuasai bahasa diorang. Thnx, I will enjoy till I drop!! Kat sini semua org jalan kaki..ke sana ke mari asyik exercise kaki !!!
15.Nur : Mana ada kelas buat brownies..takat tunjuk2 gitu aje!!
16.unnamed : Ayoyo..leceh lah main tek teka ni..hanny yg mana ekk. Blogspot dah lama tak leh excess naper ekk?? Set nozzle tu cuma 48pcs..yg 68pcs belum tgk lagi. Tapi rasanya mmg ada...seriously nak ke?? Sila beritahu segera sebab Sabtu ni nak close order dan nak pi beli semua dah.
17.Kak Leen : Waalaikummussalam Kak Leen..
Tak jauh sangat KakLeen cuma 3jam 45min perjalanan dgn plane. Kami duduk apartment sebab tu boleh masak. Duduk lama kat sini..senangnya masak sendiri. Sesekali tu makan juga di luar..cuba resipi org China pulak. Mushroom kat sini murah tau Kak Leen. Bukan mushroom..sayur-sayurnya memang murah..sebab tu org china suka makan sayur
18.Muna : It is more than you could ever imagine. Macam-macam ada...siap duit jer. Bila duit abih..nganga, pi window shopping jer laaaa. Tableclothes tu mmg cantik walaupun rinn tak berapa minat, sebab tu rinn saja beli dan nak jual kat kenkawan yg berminat. Bila-bila nanti Muna publish ler kat FP Muna koleksi exclusive Muna tuuu...
19.cak : OK, NAMPAKNYA CONFIRMED BEG D&G TU GOES TO CAK..Now u can go back buat fruit tartlet...yariba!! yariba!!....
20.cak : Haa sampai 2x boleh pulak masuk. Ok..ok..the D&G is yours!! Brownies tu pun mudah sgt..main gaul-gaul jer..SUKAT PAKAI CAWAN CAK..tak yah timbang2, mudahlah bagi Cak tuuu....
21.eixora : Sila..sila..buat jangan tak buat tau!!
Masih boleh kirim lagi..lekas-lekas. So, kakrinn masukkan nama eixora dlm list tau.
22.cikwan : Walaikummussalam, bz lah kot tuu..sebab tu dah lama tak jenguk kakrinn ekk.. Tak de borong ape lah cikwan oiiii..window shopping yg bnyk sebab dah terlampau bnyk barangan sampai tak beli. Kalau ikut nafsu memang nanti jadik setan rambang mata!! ..Masak tetap masak cikwan oiiii....
23.mommy danthira : Waalaikummussalam, boleh baking tu sebab kami duduk apartment. Kalau duduk hotel nganga lah jawabnya !!! Ha ah..kalau nak bagitau cepat ye, sebab weekend ni dah nak pi beli semua barangan. Tak perlulah nak ulang pi pulak nanti.
24.Wan : Ooooohhhh...habaklah Cikgu Waaaannnnn. Kita ni punyer lah tertanya-tanya,,hanny manalah pulak. Heran jugak..mcm mana Wan boleh jumpa FP kakrinn ni..Blogspot ada prob ke?? Sebab semua kenkwn dari blogspot kakrinn tak leh nak excess masuk. Set nozzle tu Insyaallah..kakrinn bubuh dlm list
25.mamasya : Sudah tentu..ikan segar mmg enak. Fevret tuuuu...ikan keli !!! Kakrinn pun tak pernah masak guna claypot, ni kebetulan kat apartment ni ada claypot..kakrinn pun gunalah. Yg lawaknya dua-dua claypot tu dah retak..sebab kakrinn dah terlebih guna..akibat terlalu syiok masak guna claypot !!! Terpaksa lah beli periuk laiiiii....
26.ezura : Borong utk kenkawan tuuuu. Sendiri punya tak de lah sampai memborong sakan..syikit-syikit adalah !!!
27.lynnhassan : Itu lah lynn...tak sangka pulak benda2 yg kakrinn publish kat FP ni ramai yg berminat. Tak pe..kali ni kakrinn tolong kenkawan, mana tau next time giliran org lain pulak boleh kakrinn pulak tumpang sekaki..silap2 dua-dua kaki kasi tumpang !!! Insyaallah, kalau ada rezeki next time kakrinn annouce awal2 ..
28.Sabrina : Kenalah masak Sab..sebab duduk lama kat sini. Kalau satu hari tiga empat kali makan luar..rabak poket laki ku!!! heh heh heh..Coach tu ke??...Tak de sebab, cuma bila tgk ada kenkawan yg seolah2 berminat..maka kakrinn pun fikir tak pe lah kalau ada sesapa yg nak. Yg Sab nak tu nanti kakrinn carik dulu. Kalau ada ok..kalau tak de, kakrinn reserve coach kakrinn tu utk Sab. Ada sorang lagi nak design lain sikit..itu pun kalau tak de dia nak coach kakrinn. Salah sorang lah ye... Harap2 jumpa lah nanti handbag idaman Sab..
29.linda : Hai linda, terima kasih kerana sudi jenguk fp kakrinn. Sebenarnya kalau ikut resipi mmg kena bakar ikut kaedah bain-marie..tapi kakrinn cheating..kakrinn cuma curah air kat dulang hitam kat sebelah bawah oven tu. Dari dulu pun kakrinn buat canggitu..malas nak rendam2 sbb tak de bekas yg sesuai nak rendam springfoam pan kakrinn. Mujur hasilnya ok...
30. Mohd Azhari Azizan : Sebenarnya ada dua kali kakrinn buat kari ikan keli tu..tapi kedua-dua kalinya jugak kakrinn nak bergegas buat apa entah..tu yg tka sempat nak amik gambr. Sebenarnya bnyk lagi lauk-pauk yg terlepas lensa kamera kakrinn tapi tak pe lah..mana yg sempat kakrinn snap..yg tak sempat..maybe next time laa..
31.Lee Lin : Live life to the fullest !!! Bukan senang nak mai obersi satu family !!!..Ramai pulak gerabak yg ngekor tuuu...Bukan setakat tu Lin, ada satu lagi..jadik papparazi !!!
32.sinnchan : Waalaikummussalam sinnchan (Kelakarlah nickname tuu... )Ooooppppss...mudah-mudahan tidak lah begitu situasinya ye. Tawakkal saja lah dan harap2 kami sekeluarga di dalam peliharaan Allah. Adaaaa jugak org yg sayang kat rinn ye..terimakasih bnyk2 di atas keprihatinan sinnchan tu. Sinnchan nak loyang yg mana. Kakrinn mmg ingat nakbeli extra satu dua benda tu..kot2 ada yg teringin tapi malu nak habak. E-mail : nazhatulrinna@yahoo.
33.yatt : Iye ke?? Maaflah ye mungkin sebab bnyk sgt gambar2 tu. Deco brownies tu main tangkap muat aje sebab tak de choc bar yg biasa. Yg ada white choc bar..hentam sajalah labuuuuu...tapi sedap jugak, nampaklah sikit presentable!! ( masuk bakul naik lift punya kes lah niii.... )
Pasal kulit tart tu rinn pun heran awat jadik mcm tu, selalunya kalau kat sana elok aje jadiknya...guna resipi yg sama jugak. Bnyk kemungkinannya..could be the tepung, could be the sugar, or butter...or could be the cikgu tak bertauliah niii......
34.Roylazim : Sebenarnya rinn tak berapa puashati dgn gambar tu sebab masa siap semua baking hari dah gelap. Ambik gambar waktu malam kalau lighting inadequate..gambar tak berapa elok. Rinn prefer amik waktu siang with natural lighting..Anyway, itulah hasilnya.
35.kak rusnah : Waalaikummussalam kak rusnah, duduk Tmn Melati ye. Terimakasih krn sudi jenguk fp rinn yg tak seberapa ni. Boleh..kalau nak tgk nozzle tu. Nnti kita jumpa.
36.nabialishad : Heh heh..bila intan dan linda kat atas tu tanya pasal pasal bakr ciskek tu..baru kakrinn terperasan..sebenarnya kakrinn dah silap bubuh nama resipi. Sebenarnya wahai intan & linda..dan puan-puan semua yg lain..nama ciskek tu adalah COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE..BUKAN JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE..Sorry ye semua ..Dalam kekalutan ke sana ke mari buat itu dan ini tersasul lah pulak bubuh nama resipi. Nanti update dan tempek resipinya di atas..
37.myperiukbelanga : Amboiiiilaaaa..sampai mcm tu sekali dia nak ikuuuuut !! Next time kita mai sekali
ikut rombongan nak???..Dah ada org interested nak pi ni...
38.eixora : Motiv Back Formen tu RM50. Perlu di email ke??
39.wan zaidah : Tu lah pasal..Kakrinn ni buat resipi lain tapi pi bubuh nama lain. Last2 sendiri konpius!! Nanti kakrinn update dgn resipinya sekali. Maaf di atas kesulitan ituu...
40.Syah : Uuuu..sure harum ROS air teh tuuuuu.
41.hajar : Opppsss... ha ah, bakar 20min.
42.asma : Alamak...macam mana ekk? Nanti kakrinn fikir samaada ada cara utk hantar handbag ke Ireland dan cara utk buat bayaran.
43.ida isk : Kelas foc jer ida..ikhlas nak tolong ajar sekadar yg rinn tahu. Diorang berniat nak bukak kedai kek halal..apa salahnya bantu kan. Ida punya nozzle ada. Rinn tau beg ida satu almari..tak nak lelong ke???
44.kamalina : Dari tadi kakrinn try nak excess coach website tp failed. Nnti kalau ok kakrinn tgk lah design tu. Kalau ada kakrinn beli..kalau tak de maaf ye. Ni sure dah jatuh cinta habih nie..sampai terguling-guling ekk...
45.masriyah : Sempat ke tidak..kena masak dek oiii..duduk sebulan kat sini kalau mkn luar selalu rabak lah poket!! Ajar buat kek tu sambil-sambil saje...yg mana kakrinn tau kakrinn tolong tunjukajar.





huwaaa beg d&g u cantik laaa kak!.besar mana ye beg tu?dah ade org beli ekk? Wed 5-Dec-2007 21:30
Posted by:intan azim peanut_is@yahoo.com  - [Link]
Ala, handbag tak mau...ma nak tunggu Rinn lelong nozzle 68 keping tu dan springform pans...ahaksss....Selamat melelong ye Rinn. Ada pegang that wooden hammer tak? Going once! Going twice...SOLD! Thu 6-Dec-2007 01:19
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
assalamualaikum rinn,ni mama aina(kawan alya)..nk tanya..brg2 yg aina oder tu tak keberatan ke rinn tolong belikan??nt bila balik SP saya akan p ambik dgn aina kat rumah rinn..bg tahu je bila balik nye...wahh hepi npk bercuti kat sane ye...harap semua nye selamat ye rinn..salam perkenalan dari MAMA AINA-shukriyah Thu 6-Dec-2007 01:37
Posted by:mama AINA qutreen315@yahoo.com
rinn ni sure tera masak memasak ni..boleh ke nk belajar??ari tu aina p rumah rinn,dia ckap mama alya buat muffin sedap..so sy pun try la buat..huhu tak jd pun..maklum la 1st time buat...3,4 kali buat still tak jd..ni nk kena berguru ni..rinn buka la kelas memasak,sure sy akan turut serta..ok rinn...hepi2 sokmo ye.. Thu 6-Dec-2007 01:42
Posted by:mama AINA qutreen315@yahoo.com
eh kak rinn... kita suka la beg tu... aka beli kat sana ke? ala cari la yang lain lagi lelong kat sini... design macam D&G tu pun cantik tau... Thu 6-Dec-2007 02:45
Posted by:unnamed
salam kak rinn.. nk tnye coach beg tu ada x kaler2 light blue or pink? kalau ada kaler2 cmni aida nk mnta tlg kak rinn lar.. blh ke? Thu 6-Dec-2007 02:47
Posted by:aida aidasuhaila@gmail.com
Rinn.....nanti balik SP, buatlah kelas memasak utk orang utara.......terrorlah tengok cara Rinn dok ajar mereka kat Guangzhou lagi satu, claypot besar kalau pakai utk masak gulai pun sedap .......try beli 1 yg elok drp sana (kat Pg, jenis yg elok, mahal!) utk pakai nanti. ada try tak Peking Duck sana? u need to try this dish before u come back to Mal....kat Mal nak cari yg halal memang susah......so don't miss the chance!

Thu 6-Dec-2007 03:01
Posted by:lina@alma
Anda ingin mempelajari tentang Kamera profesional secara sila lawat blog ni http://cameratipsandtricks.blogspot.com Thu 6-Dec-2007 03:21
Posted by:Camera Tips And Tricks  - [Link]
yg syoknya walaupun kat negara orang....entry masakan begitu meriah menghiasi laman akak!Well done...moga org di sana byk dpt manfaatnya....dgn kehadiran cheff rinnchan di sana..jgn mare ye kak! Thu 6-Dec-2007 03:24
Posted by:chendana ayu_cendana@yahoo.com  - [Link]
tu kepala ayam ada lelong tak? lelong..lelong.... jom sape mau.. cepattttt Thu 6-Dec-2007 03:30
Posted by:mamazieza
waa...syioknye cheese cake dgn tart tu..brownies pon..lahai...aina tak suka..nak masak..karang mummy dia kena makan suma.. Thu 6-Dec-2007 03:37
Posted by:yati-m  - [Link]
Kak rinn... warrrghhhh... rancak tol acara baking membaking ni erk... meriah dan seronok zura tgk... kalu ada brg² baking yg murah-murah.. blh laa beli lebih skit.. blh laa kami kat sini beli dari akk plak... Thu 6-Dec-2007 04:06
Posted by:zura zura1827@yahoo.com  - [Link]
wpun g holiday dapat gak tengok masakan krin lagi...hehe..sumer menggoda kalbu dibuatnya....cantik2 plak beg tu sumer?
adik mklang baru jer berlepas ke sana selasa hari tu...bawak client g bercuti....
Thu 6-Dec-2007 05:11
Posted by:maklang_06@yahoo.com  - [Link]
hai rinn
interestingnya aktiviti kat china
sebelum ni tak pernah teringin nak pegi sana
tapi bila dah tengok semua entry rinn tu
rasa teringinlah pulak

anyway enjoy your china holiday
Thu 6-Dec-2007 05:29
Posted by:rawcanvas  - [Link]
kak rinn...I love to see your brownies...ada kelas ler Thu 6-Dec-2007 05:40
Posted by:Nur  - [Link]
Hai Kak Rin, seronoknya kat sana tu. Bila kak rin nak balik semula SP . Saya pun nak orderlah jugak 1 set nozzle yang 68 keping tu. Nanti call
saya 04-4312520. Jiran selang sebuah rumah je. Teka siapa ?
Thu 6-Dec-2007 08:19
Posted by:unnamed  - [Link]
**Salam Rinn. Jauhnya Makan Angin
**Dalam Pada Bercuti Tu Tetap Ada Resepi
**Sedapnya Mushroom Tomyam Tu...
Thu 6-Dec-2007 08:59
Posted by:Kak Leen mamaleen@yahoo.com  - [Link]
Nice stuff....love those tablecloth....Muna memang suka collect napkins, tablecloth, placemats..... Thu 6-Dec-2007 09:13
Posted by:Muna
jenuh nak masuk ha... kite nak beg D&G tuh eh... kak rinn?..
balik nak buat fruit tartlets.. yeeeeeeeeeeeeeeeeehAA!!
Thu 6-Dec-2007 09:19
Posted by:cak  - [Link]
kak rinn kite nak bag D&G tuh eh...
balik nak wat fruit tartlet...sodap eh tgk kat cni!! ur brownies too.. goram..
Thu 6-Dec-2007 09:57
Posted by:cak  - [Link]
memang terliur tgk cheese cake dan brownies tuh...
boleh cuba dan dah copy resipi pon, insyaAllah...

--->>> kak rin, sy berminat dengan MotivBackFormen...
--->>> still boleh kirik mengirim lagi ke???
Thu 6-Dec-2007 10:45
Posted by:eixora eixora_my@yahoo.com  - [Link]
salam krinn,dh lamer cikwan x masuk fp krinn nih..wahhh...bes btol nengok krinn shopping sakan kat sane ye..borong jangan x borong,tawar jangan x tawar rege krinn dalam pada jalan sanasini tu pon respi hebat2 .... Thu 6-Dec-2007 12:27
Posted by:cikwan  - [Link]
Salam..kak Rin.Rajinnya akak baking walaupun bercuti.Nozzle tu akak ambil order ke? Thu 6-Dec-2007 12:36
Posted by:mommy danthira
Oklah.... Kite ni sama-sama ngaji dengan kak rin kat surau.Nama hanny tu biasalah nama kite letak kat alam maya.Lagi pun memang nama kite Wan Mahani. Orang panggil Wan saja. Kak Rin , saya confirm nak order 1 set nozzle . Lagi baik kalau ada yang 68 keping. Jumpa lagi nanti. Thu 6-Dec-2007 14:00
Posted by:Wan  - [Link]
dpt beli ikan segar yg masih hidup pasti enak rasanya bila dimasak...k.Rinn pun suka ikan keli ya...samalah kita.... belum pernah masak guna claypot...lama tak masak lauk dlm claypot ni k.Rinn?
macam2 K.Rinn masak dan baking kat sana...sedap nengoknya....
Thu 6-Dec-2007 15:54
Posted by:mamasya  - [Link]
wah kak rinn...byknyer memborong...siap bleh lelong lagi..hheheheh Thu 6-Dec-2007 16:03
Posted by:ezura  - [Link]
ramainya yg kirim...lynn... x sampai hati lak, kecian akak nak beli barang2 sendiri, next time, kalau nak pergi beritahu awal2, lynn kirim duit in advance... Thu 6-Dec-2007 20:12
Posted by:lynnhassan lynnhassan@yahoo.com  - [Link]
Kat sana pun Kak Rinn masih memasak erk.. lauk-pauk pun masih boleh dikategorikan tahap mengancam.. masih bersuasanakan Malaysia.. hehehe.. Kenapa Kak Rinn nak let go Coach tuh? Tak berkenan ke? Sab memang suka bebenor dengan coach Kak Rinn tu tapi Sab nak kombinasi kaler yang macam Sab cakap kat Kak Rinn arituh.. kalau Kak Rinn tak jumpa yang Sab nak tuh.. Boleh ler Sab sambar Coach Kak Rinn ni.. hehehe Fri 7-Dec-2007 02:14
Posted by:Sabrina  - [Link]
Dear Kak Rinn,

Suka sgt dgn website ni... Just wondering cheese cake dalam gambar tu tak payah bakar guna kaedah bain-marie ke? Saya teringin nak buat nanti.. TQ., Selamat Bercuti
Fri 7-Dec-2007 03:36
Posted by:linda
mesti kari ikan keli tu pwer sgt,,,sampai tak sempat nak ambik gambaq,,, ,,, Fri 7-Dec-2007 03:38
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
syoknya tgk kehidupan kak rinn kat sana... tukang masak, cikgu masak, tukang jln²... skrg auctioneer pulak. hehe. Fri 7-Dec-2007 04:28
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Salam rinn, kalau nak makan ikan airtawar kat sana, ok ker? kat mesia ni ikan keli yg cina bela depa bg makan usus ba...,kat sana cemana plak eh?cuma taknak rinn terkena, cian kat u oll, enjoy enjoy gak, tp bab makan harap hati2 ya, dont get me wrong, cuma sayang sgt kat rinn, dan harap rinn sekuarga dilindungi Allah sepjg masa, selamat kembali ke mesia dgn segala barangan borongannya, loyang tu kalu ada lebih, barulah ingatkan akak eh, pasal tak bg duit in advance, so mmg terasalah bersalah dan bermalu-maluannya...nak emel add, leh x? Fri 7-Dec-2007 05:06
Posted by:sinnchan
waaahhh!!! dah berapa kali dtg sini pic2 nya sgt lama nk keluar..hari ni baru dpt baca dgn aman & tenang
bestnya sesi masak2 tu... brownies tu pun cun deconya...
kulit tart tu...kalu yg kita buat, mmg guna butter sejuk kuar fridge tk yah thaw to room temperature sis..
Fri 7-Dec-2007 06:40
Posted by:yatt  - [Link]
rinn...cantik betul photo brownies tu...very professionally done!!!
Yang lain2 tu tak kurang juga bestnyer...
Fri 7-Dec-2007 07:39
Posted by:Roylazim  - [Link]
Assalamualaikum rinn,ni kak rus dari SP juga Taman Melati. Syok lihat foto-yg rinn paparkan.Tambah seronok aktiviti masak memasak rinn dgn hasil yg class gitu membuatkan kak rus teringin sgt nak ke rumah rinn bila rinn balik nanti.Boleh ya?Nak tengok nozzle yg 68 keping tu. Fri 7-Dec-2007 08:06
Posted by:kak rusnah
adehhh x tahan tgk cheesecake tu..sis..x nampak pun sis buat steambath style...utk resepi cheesecake tu x payah eh..teringin laa pulok tgk tu...huhu... Fri 7-Dec-2007 08:46
Posted by:nabialishad  - [Link]
uwaaaa.......nak itot....nak itot....!! selit celah tiak rinn pun eden sanggup!! nak itot gaakkk... Fri 7-Dec-2007 10:07
Posted by:myperiukbelanga
--->>>Kak Rin nnt email sy regenya yer.... MotivBackFormen.
--->>>Tq kak rin...
Fri 7-Dec-2007 10:07
Posted by:eixora eixora_my@yahoo.com  - [Link]
k rinn macam mana sebenarnya cara nak buat cheese cake tu... saya tengok kat resepi yg k rinn tulis tak de proses double boiler cheese tapi kat atas tu tulis masa double boiler uncle silap letak sukatan. bila nak kena double boiler cheese tu..?tq Fri 7-Dec-2007 13:00
Posted by:wan zaidah wan ishak zaidah_ishak@yahoo.co.uk
ada produk baru ni..tea dari bunga ROS..jom cuba.. elok utk kesihatan
http://alakampung.fotopages.com
Fri 7-Dec-2007 17:43
Posted by:Syah  - [Link]
kak rinn, tat tu bakar 20 minit kan..,bukan 2 minit...tul tak Fri 7-Dec-2007 18:34
Posted by:hajar  - [Link]
akak..nak beli beg coach tu..tp sy kat ireland..cmne nk byr kpd akak ye? Fri 7-Dec-2007 19:00
Posted by:asma
mak oiiiiiiiiiiiiiii tabik spring kat rinn lee wat kelas memasak lagi tu
kalau ida gerenti lepak abis tu
psst : jgn lupa nozel ku ya satu aje
hangbag tak nak sebab satu lemari dah penuh tu
Sat 8-Dec-2007 02:54
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
salam kak rinn... aisyeeee... kak rin.... saya ada minat satu handbag coach ni... tapi tak pasti kat sana ada ke tak... kalau kat website coach tu, under Coach Ergo... 1st row, 2nd bag.. nama beg tu COACH ERGO SIGNATURE SMALL HOBO yg kaler brown.. agak2 ada tak kat sana??? kalau ada, kak rinn tlg belikan, nanti saya byr.... memang minat sgt2 kat beg ni... kalau takde takpela... Sat 8-Dec-2007 06:30
Posted by:kamalina  - [Link]
COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE tuu..menarik sekali soft kann..
cayalah sama Kak Rinn sempat lagi masak-memasak ...kalau saya gi tempat orng, rasa nak relex sepuas-puasnya...tapi tak apa, curahkan ilmu...satu ibadah..
Sat 8-Dec-2007 12:35
Posted by:masriyah  - [Link]
Rinn, I am so happy to see you in action over there. I love the D&G bag tu, but right now, can't afford to spend. School is resuming, and the money is best used for the kids' school necesities. So have to give it a pass. And anyway I prefer it in brown or black, being a sour grape here, he he he. Thanks for sharing your notes on your china visit. I pray to make it there one day and visit the mosques. Sun 9-Dec-2007 19:19
Posted by:wiz  - [Link]
kak rinn, insyaAllah, takde pehal, saya balik SP raya haji, email saya contact no kak rinn OK? Mon 10-Dec-2007 16:45
Posted by:zany zanyzakaria@yahoo.com
salam k. rin, sy dah try resepi brownies from here, best! tq.. will link ur page to mine, boleh karnn.. Mon 29-Sep-2008 03:43
Posted by:june  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.