Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 30-Nov-2007 14:37 Email | Share | Bookmark
JENJALAN KE HAIZU SQ (YI DE LU) LAGIII.....

Keretapi tak de penumpang
Naik kereta coaster
Naik kereta lagiii
Naik kuda goyang
Main game ape tu ken??
Dear hubby & Marisa
Pusing di atas kawasan park..
Mr Moet & Cik Yaya
 
What`s next???
Pilih..Pilih..Murah! Kalau beli banyak!!
Adik Pn Siti peminat kek
Choc Moist Cake
Orange cupcakes
Semalam cuaca agak cerah dan suhu pun tidak berapa rendah. Jadi dear hubby bawak kami pada awalnya ke sebuah kids fun park di tengah-tengah pekan Yi De Lu. Tak besar Fun Park tu..tapi boleh lah sekadar nak entertain budak-budak ni especially si Ken dan Marisa. Kakak-kakak yg bertiga tu dah tak berapa excited with all those budak2 kecik punya excitement items. Nampak boriiiiing jer. Kali ini kami ditemani oleh dua orang kawan, Mr Moet seorang Melayu Malaysia dan Cik Ya Ya seorang chinese tempatan. Dia ni tak boleh berbahasa Inggeris tetapi Mr Moet tu cakap Mandarin macam air. Dah lama menetap di sini dan berniaga. Kalau dengar dia bertekak dgn pemborong..cukup hebat!!!!



Setelah anak2 kecik ni puas bermain di Fun Park, Mr Moet bawak kami ke lorong-lorong bazaar di mana barang-barang alatulis banyak dijual. Kebanyakan barang-barangnya ada di Malaysia cuma harganya lebih murah jika dibeli borong. Oleh kerana kami datang dgn Mr Moet..dapatlah kami membeli beberapa alat tulis secara runcit.



Antara yang paling cute adalah highlighter di bawah ini. Siap ada bau wangi yg menyegarkan!!

Hari ini kami makan lagi di restoran yg menghidangkan ayam dengan kepalanya sekali tu. Sebab anak-anak teringin nak makan hidangan lamb ribs lagi. So, menunya yg sama cuma ayam berkepala tu taklah kami order, ganti dengan ayam masak kicap berempah macam cara masak lamb ribs tu. Alamak tak snap gambo ler pulak...sorrryyyy!!

Di dalam gambar tu, selain dari Rinn dan Cik Ya Ya adalah tiga orang tukang masak dan pelayan restoran tersebut. Tak selawa Cik Ya Ya kerana Cik Ya Ya ni berasal dari daerah lain yang wanita-wanitanya bermata bulat sikit dari wanita-wanita tempatan Guangzhou.

Ini adalah sebuah gereja yg cukup besar, antara landmark penting di tgh bandar Yi De Lu. Restoran halal tu terletak di sebelah kiri gereja di mana terdapat deretan bangunan rumah kedai. Selepas makan perjalanan diteruskan di mana kami mengikut Mr Moet ke Mall di mana dia berurusan dengan sebuah kedai pemborong peralatan accesories rumah yg diperbuat dari kulit asli dan kulit tiruan. Banyak benda seperti containers, bakul magazines, album gambar, kotak accesories, frame gambar etc yg begitu menarik dan elegant. Malangnya kami dilarang merakamkan sebarang gambar dari kedai tersebut. Hmmm..kalau tidak tentunya kenkawan akan terpesona dengan kecantikan barangan tersebut. Rinn tak membeli apa2 kerana barang2nya agak bulky dan berat walaupun sebenarnya memang cantik. Khabarnya Mr Moet buat trading membeli brg tersebut utk kenalan yg berniaga di KLCC. Selang beberapa kedai rinn masuk ke sebuah kedai yg menjual alas meja bersulam. Jenis ini seketika dulu begitu popular dan ada terdapat dijual di ruang legar atau kiosk tempat membeli-belah yg besar seperti Jusco, Kompleks PKNS, Subang Parade etc. Rinn tak berapa minat walaupun hasil kerjatangannya mmg cantik. So, rinn saja beli untuk dilelong di FP rinn. First come first serve basis.
Yang ini untuk meja 6 kerusi berukuran biasa 60" x 90", Harga RM90 utk trip kali ini saja. Dah buat deal dgn tokey kedai tu, kalau ambik bnyk lain kali boleh dapat special price.

Yang ini untuk meja 6 kerusi berukuran 60" x 90" juga tetapi sulamannya lebih banyak dan menarik, harga RM110. Untuk kedua-duanya, kalau ada yg berminat boleh ambik terus sebab bukan utk rinn. Rinn suka lapik meja with vibrant colour. Yang ada sekarang ni pun kaler oren terang !! Tak caya, sila tanya mamazieza & EJ aka Bonda.

Lepas pusing sana pusing sini lebih kurang kami pun baliklah ke apartment menaiki van sapu sebab hari dah mula gelap walaupun baru pukul 5.30pm.

The next day, activity memasak kembali semula. Kali ini Pn Siti dan adik perempuannya datang untuk belajar buat kek coklat dan kek oren. Uncle Hamly pun ada juga tapi dia datang lewat sedikit. Sepertimana yg terdahulu, kali ini pun Puan Siti dapat melakukan sendiri proses mengadun kek menurut sukatan dan arahan yang diberi. Rinn cuma memberitahu sukatan bahan dan cara-cara. Praktikalnya semuanya Pn Siti buat.



KEK COKLAT MOIST
Sumber : Zatid`Hati @ Dapur Boxhousestudio

Bahan-bahan :
2 cups flour
2 cups caster sugar
3/4 cups cocoa powder
2 tblspn baking soda
2 eggs
1 cup buttermilk ( 1 cup milk + 1 teaspn lemon juice )..dibuat 15 min sebelum
mencampur ke dalam adunan.
1 cup oil ( I used melted butter )
1 1/2 teaspn vanilla essence
1 cup boiled water

Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking soda dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar. Kacau-kacau seketika
sebelum menggunakan mixer untuk memukul selama 3min - 4min.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar pada suhu 170 drj celcius
selama satu jam atau lebih.

Kek coklat ini kelihatan dense tetapi masih lembut apabila dimakan. Kali ini tidak menggunakan cooking coklat ganache utk toppingnya kerana tiada bekalan cooking coklat bar. Sementara menunggu kek coklat masak, Puan Siti dan adiknya mula mengadun tepung untuk kek seterusnya iaitu Orange cupcakes. Rinn menggunakan resipi mudah daripada fairy cupcakes.


ORANGE CUPCAKES
Ingredients:
250gm butter, thawed
240gm caster sugar
250gm wheat flour + 3 teaspn baking powder ( If use self-raising flour, baking powder is unnecessary)
4 eggs
250ml fresh milk
1 teaspn vanilla essence
Orange rind grated from 1 orange

Method:
1. Line 12 section muffin tray with paper cake cases.
2. Put all ingredients in a bowl and mix a little bit with spatula before
beating together using mixer until smooth.
3.Divide batter evenly between paper cases.
4. Bake @ 180deg cel for 15mins - 20mins.

Oleh kerana orange cupcakes ni dibuat ikut style "mix-all-together" maka luaran nya nampak macam muffins tapi dalamnya maintain lembut cakey texture..tak mcm muffin mat salleh yg mcm cekodok tuu. Ok, rinn tgh dok pikir oleh kerana ada yg hint2 minat kat handbags Coach and D&G tu..mungkin rinn akan lelong jugak in next entry...1st come 1st serve basis jugak. Rinn tak pe, boleh intai-intai yg lain..ada bnyk lagi kat sini. So, watch out for the next entry....



Quote:
1.leesza : Ha ah, cuti-cuti lah ni..1st time bawak semua anak2 kuar negara..
2.Lee Lin : Kakrinn pun sebenornya prefer meja togel gak. Alasan pun serupa dan senang mantain. Cuma raya-raya or bila ada org dtg rumah aje baru bagi baju!!! ..Suka gakk kalau bubuh cermin..tapi sampai sekarang taaaaaak jugak pi tempah! Yes, the lelong will be ON..
3.lina@alma : Tak le rajin..setakat memenuhi permintaan dan berkongsi keseronokan dgn kenkawan. Ha ah, mmg kena pandai bargain kalau nnt "tipah tertipu" laaa. Satay kambing tak jumpa lagi..nnt tanya kenkwn kat sini.. Mesti sedap tu sebab lauk kambing yg kami mkn ari tu pun dah sedap.
4.sofu : Jalan..jalan jugak, masak..masak jugak sebab duduk lama kat sini. Kalau selalu eat out teruk jugaklah...Kelas masak tu atas permintaan, kenalah tunaikan.
5.rina : Alamak, highlighter gambar doraemon tu pun ada peminat?? Kalau bebudak mmg suka nii, rina nak order ke?? Kalau beli bnyk..cheaper.
6.ummi zufayri : 1st time ni jln jauh dgn anak2...seronok!!
7.mamazieza : Mama tunggu kapalterbang ekk??? Ala mama, as what I said in email! Ooohh itu sudah mesti, kali kita ajor dia..lepas ni kita buli dia..soh jamu kek..wakakakakakakaaaa..lawak jer noooo!!!
8.yati-m : Uiikkkk...cepat nya dia. Dah siap try lagik..kakrinn pun dah intai dapur yati...siap ada almond flake & stars. Bagus ! Bagus!
9.lynnhassan : Setakat ni tak sampai lagi ke tempat yg jual satin comforter. Kalau ke supermarket, yg biasa2 mcm kat Mesia tu bnyklah..tambahan skrng tgh musim luruh/sejuk..bnyklah sale sana-sini. Nnti kakrinn intai ye..
10.liana : Sambil menyelam, minum air, tangkap ikan, candit sotong, amik gambar..semua-semua lah!!!
11.kamalina : Haaa..kalau nak kena tunggu dah selalu lah check fp kakrinn ekk...
12.jeff : Theme park kecik jer tapi kena jugak bawak bebudak ni main utk hilangkan boring asyik memerap kat apartment !!!>>
13.umi-kal : Rezeki kami kali ni, Alhamdulillah. Auntie suka dengan lapik meja bersulam tu ekk, nak ke?? Rinn nak lelong ni....
14.mamasya : Budak2 mmglah..pantang nampak benda2 canggitu. Sehari suntuk pun tahan naik berkali2!!! Layan jer laaa....Alas meja tu kalau kat sana mmg mahal. Tryler orange cupcake tuu..simple & nice.
15.MamaFaMi : The more colors the merrier... Harap2 macam tu lah, dah mmg niat Pn Siti & Co nak start biznez kek halal walaupun cikgunya ni tak bertauliah...
16.ida isk : No problem..one nozzle set for ida...
17.Mohd Azhari Azizan : Jamu jgn tak jamu..dan jangan sampai jemu!!! Tak lah..niat mmg nak pulang sebelum raya haji..teringat ketupat lemang dan rendang...
18.nabialishad : Kalau dah nampak sedap..harus kena cuba tuuu, jgn simpan dlm list lama-lama...
19.Bonda Rafiqin : Sila..sila..cuba jgn tak cuba orange muffin tu..Pasal barang2 tu Bonda jgn bimbanglah..kakrinn buatlah apa yang patut dan sepatuutnya. Terimakasih di atas keprihatinan bonda. Kakrinn buat ni pun sekadar nak kongsi keseronokan..tak de lah sampai nak biznez sakan..mungkin utk trip kali ni jer. Ke depan ke depan tak tau lagi....
20.Nur : Waaa..lepas ni berkilat dan bersinar lah mata Nur sebab dah dicuci..lawak jer noooo....
21.cak : Taklah sampai bawak buku resipi, bawak kertas je..selebihnya bukak internet laa. Tak de dia nak ingat resipi tu semua dlm kepala !!! Ayam & kepala tu sebab lain dari yg lain..tu yg amik gambor...heh heh heh Sebelum Raya Haji kami baliklah..
22.zanaz : Sementara masih kat sini..kami enjoylah apa yg patut. Cikgu masak ni bidan terjun jer.. Ok, nnt kita bukak jualan lelong ...wakakakakaaa...
23.Eryne : Terimakasih di atas keprihatinan Eryne sama mcm Bonda dan yg lain2. Pasal pengangkutan barang2 tu kakrinn akan caj lah apa yg patut..Lelong! Lelong!...Haaa, lekas! lekas...mau beli apa!!!
24.Kak Leen : Waalaikummussalam, Alhamdulillah semua sihat di sini, cuma sesekalu bersin dan selsema sebab sejuk kat sini. 1st time Kak Leen bawak bebudak ni sekali jalan jauh, seronok dapat tgk negeri orang. Tak de lah nak biznez apa..setakat suka2 aje... Assalamualaikum Rinn
25.erna : Kepala ayam tangkap lentok tuuu...mau tak mau kena tgk sebab diorang dah hidang canggitu..tapi idak ler di makan!!! loyang gambar tu RM50 jer...loyangnya satu tapi base bergambar tu ada 6..
26.Sabrina : Harap-harap macam tu lah. Biar niat dan harapan diorang nak biznez kek halal akan tercapai. Kakrinn cuma tolong apa yg patut jer. Ok, nnt kakrinn check email...
27.mama@anis : Ha ah dah 2 minggu kat China ni. Ramai pulak yg ngeri dgn kepala ayam tu ekk...dah diorang hidang mcm tu,,tgk jer laaa. Taklah borong sakan..sikit2 aje apa yg patut..
28.Daalia : Saja bawak budak2 yg hampir nak mati keboringan ni (Ayat diorang laaa..) Bila ayahnya ada kerja..kami tak ke mana, duduklah kat apartment. Ni saja nak layan bebudak ni main kat fun park. Taklah sampai berkontena2..sikit2 jer !! Jalan..jalan jugak, FP pun kenalah update bila sempat..nnt kenkawan heran pulak..hilang ke mana lagi si rinn niii...
29.azzuhry-efry azzura : Amboooooiii...sedapnya nama tu!! Gambar makanan..mmg ler menyelerakan..tapi cuma utk jamu mata aje laaa ye...
30.chendana : Alahaaaii..terharunya bila ada org yg ternanti nak tau kisah kami selanjutnya di guangzhou. Tq.
31.boxhousestudio : Walaikummusalamassalamualaikum KakTun.
Alhamdulillah, kami anak beranak boleh dikatakan kerap ditinggal hubby pi outstation..Kalau ada kat rumah pun urusan kerjanya membatasi pertemuan kami. Tapi Alhamdulillah juga, bila ada kesempatan sebegini, kami akan pergunakan sebaik-baiknya. Hubby tak tinggal di sini selamanya. Cuma kalau ke mari, jangkamasanya agak lama...Kali ini dia akan pulang bersama2 kami jugak.
Pasal kek tu ye, sebenarnya rinn ni dah terlampau bnyk simpan resipi kek coklat dari yg biasa hinggalah yg moist. Rinn saja carik yg simple supaya mudah Pn Siti & Co nak belajar. Kebetulan nampak zati punya recommended resipi tu..tau lah yg dia takkan bagi yg dia punyer secret recipe buat at least she would recommend yg closed to it. Betul tak..Cuma kaedahnya tu rinn tak pasti mana yg betul sebab dlm resipi tu kata campur semua bahan. Rinn pun agak2 aje..kacau2 dgn spatula lepas tu guna mixer 2min-3min. Tak maulah over mixed. Sebelum tu pun rinn ada buat gak kan pakai Nina Batriesyia punya resipi..Ok jugak cuma agak berderai dan spongy. Yg zati punya lebih mampat tapi still lembut..Kedua-dua kek tu pun ada peminatnya kat sini. Lain org lain suka nya, betul tak KakTun. Rinn ajar aje apa yg patut, bagi diorang buat pilihan. Tq KakTun sbb share resipi....
32.yatt : Heh Heh..org tua pun boleh jadik giler dgn stationaries kat sini. Kat gambar tu baru tunjuk satu lorong..ada bnyk lorong lagi Helli oiiiii. Harga definitely cheaper here...Kalau borong lagi murah! Tapi tak tanya ler pulak..yg pasti mmg murah dari di sana.
Ok, nnt rinn usha FP Helli ekk...stori muffin apeeee pulak tuuu
33.yatt : manjang syasyul Helli ni..terlebih makan cis & strawberry kot !!!
34.sinnchan : Wakakakakakaaa...Kalau nak tau si ya ya tu baruuuuu 22 tahun. Separuh umur dari kita ooiiiii...matanya mmg cantik tak sepet mcm China2 tempatan Guangzhou..Alamak Rinn pun dah nampak sepet kaa. Nak kena cepat2 balik Mesia lah mcm ni. Boleh saja kalau nak loyang..tapi nanti kena lah bagi contax address ye...bila rinn dah baliklah nnt.
35.zany : Ok, no problem. Bayarannya begitulah.... Balik nnt kita settle di sana.
36.Azfa : Alamak Azfa...Rasanya taklah sampai nak bukak formal baking class kat SP. Ini pun bukan kelas..sekadar bagi tunjukajar sikit2..seadanya. Alas meja kaler oren yg ada kat rumah kakrinn tu beli kat sana. Kat sini kalau table-runner tu banyaklah. Yg bunga dan corak chinese style. Yg kaler2 vibrant tu..taklah survey lagi...heh heh heh


kak rinn pi cuti2 ka...amboi bestnya................ Mon 3-Dec-2007 09:45
Posted by:leezsa leezsa@yahoo.com  - [Link]
alas meja/ bedsheet style mcm tu, mak saya beli berbagai jenis dulu... penuh grobok, sampai tak terpakai. hehehe. saya lagi suka meja togel. sbb kalau ada alas, mcm² yang tumpah. kalau tutup dgn plastik, nanti plastiknya lari. tapi kalau kak rinn nak buat lelong kat fp (henbeg ke, brg² baking ke), saya sokong! hehe. Mon 3-Dec-2007 10:57
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Rajinnya Rinn.....bukan setakat makan angin, beli barang utk kawan, tapi siap buka kelas memasak lagi
Jealouslah!!!....Rinn kena pandai tawar-menawar sikit kat sana......harga yg mereka bagi kadang-kadang boleh turun sampai lebih 50% kurang.........Ada try "satay" mereka ?? Diperbuat drp daging kambing gurun, kalau tak silap.......esp rempah yg mereka pakai lain sekali...tapi sedap!!
Mon 3-Dec-2007 11:14
Posted by:lina@alma
kak rinnn....lamanya x menjegah...sekali jengah entry cuti2 malaysia di obersea la kuar....tp sempat gak smbil berjalan2 masak x tinggal yeee... Mon 3-Dec-2007 11:27
Posted by:sofu  - [Link]
highlighter gambar doraemon tu menarik... bleh letak dlm party pack utk birthday. ada ambik order ke... Mon 3-Dec-2007 11:39
Posted by:rina
bestnye gi jln2 makan angin...gi shopping... Mon 3-Dec-2007 12:09
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
Rinnnn... mama masih menunggu

seronoknya Pn Siti tu dah pandai.. hehehehe.. nanti kita pergi sana.. boleh laaa dia jamu kita ekkk
Mon 3-Dec-2007 14:55
Posted by:mamazieza
Kak Rinn.. saya dah try ler orange cupcakes ni..memang marvelous..tgk la version saya Mon 3-Dec-2007 16:20
Posted by:yati-m  - [Link]
set comforter yg jenis macam satin sejuk tu x der ke? kat sini queen size, lepas diskaun, dpt RM250, kalau rendah lagi, nak gak order satu Mon 3-Dec-2007 18:24
Posted by:lynnhassan lynnhassan@yahoo.com  - [Link]
wehuuuuu sronoknya... jalan2 lg..mkn2..masak2..shopping2..hehehehehe..kite pon mcm terasa ade kat sna gak.. wah meniaga plak ye..bagus,bagus...bleh jadi calon usahawanita berjaya ni..hehehe Mon 3-Dec-2007 18:35
Posted by:liana liana85adiniel@gmail.com
huh... kak rinn nak lelong handbag tu??? ishhh... berminat ni walapun tak ori.. hahahaha.... nampak real gitu...
** nak kena check fp kak rinn selalu laaa....
Mon 3-Dec-2007 19:29
Posted by:kamalina  - [Link]
>> memang best kalau ke theme park macam ni...
>> budak budak yang paling enjoy...
Mon 3-Dec-2007 22:09
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
auntie suka dengan lapik meja bersulam tu, ish best nya dapat
pergi kesana macam Rinn tu, dah lah shopping, dapat masak,
dapat makan2 bertukar selera, bertuah badan
Tue 4-Dec-2007 00:14
Posted by:umi-kal  - [Link]
Kanak2 mesti seronok pergi kid fun tu...kalau anak saya harus tak nak balik... Alas meja sulam yg byk bunga tu cantik...rasanya kat M'sia mahal ni.
Orange cup cakes tu nampak elok naiknya....terliur nengoknya..
Tue 4-Dec-2007 01:32
Posted by:mamasya  - [Link]
Seronoknya tengok all those colors!!! By the time Rinn balik sini, Puan Siti dan adiknya tu dah terrorlah buat kek yek... Tue 4-Dec-2007 02:43
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
bestnya dpt jalan2 makan2,masak2 tapi jangan lupa ida nak nozel satu set , satu ajee tak banyak kan kan Tue 4-Dec-2007 02:46
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
best menjamu mata pagi2 ni,,,,,,err,,Kak Rinn raya haji kat sana sekali ka? Tue 4-Dec-2007 02:46
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
wahhh kek dan mufin itu sungguh yummy!! mcm terasa2 gitu dok mkn di mulut..hmmm menarik juga eh mufin orange..masuk waiting list lagiiiiii!!! hahaha... Tue 4-Dec-2007 04:38
Posted by:nabialishad  - [Link]
~ syoknya tgk kak rinn tgh bergumbira kat sana.. orange muffin tu nak gak try nnti..
~ brg2 yg kengkawan semua pesan tu kak rinn jgn lupa caj skali duit kontena... bonda, mamazieza tak kesah... sebab takkan kami pesan, duit pengangkutan tak dikira lak... takkan ler kak rinn nak guna duit sndiri utk semua tu.. kalau semua tu brg2 kak rinn takpa la.. ni kan ramai yg pesan..kita share2 la.. sian gak kat kak rinn kan.. aritu mamazieza kol..bonda pon tak kesah kalau kak rinn nak caj duit pengangkutan..itu tak kira lagi duit pos dari sg. petani ke kawasan lain..kalau bleh p ambik sndiri kat umah kak rinn lagi bagus ye dak..bonda betul2 harap kengkawan yg lain pon paham dan setuju dgn apa yg bonda kata ni..
Tue 4-Dec-2007 04:53
Posted by:Bonda Rafiqin  - [Link]
wah kak rinn meriah sakan ler..macam2 ada...boleh cuci mata Tue 4-Dec-2007 05:07
Posted by:Nur  - [Link]
kak rinn bawak buku resipi ke gi sana?..ke semua ingat dalam kepala?..
heh..kak rinn, tok sah la amik gambar hidangan ayam ngn kepala dia tuh, gerun la.. kang cak "puasa" lak makan ayam.. hehehe,,,
lama lagik ke kat sana?
Tue 4-Dec-2007 05:11
Posted by:cak  - [Link]
wah rinnchan....sonok je jalan2, makan2, shopping2...beli byk skit leh lelong kat fp nanti. manatau kot2 ada yg zana berkenan leh beli gi china terus jadi cikgu masak ha....tahniah tahniah.... Tue 4-Dec-2007 06:35
Posted by:zanaz zanaz70@yahoo.com  - [Link]
Kak rinn,
Eryne pun setuju dgn bonda pny pendapat... caj utk pengangkutan tu kak rinn bole letak, eryne tak kesah, ye la... takkan kak rinn nak bayar charge pengangkutan brg2 yg byk tu kan... takper kak rinn... nanti kak rinn bg tau ye brape hargenye...
p/s: kak rinn kalu nak lelong h/bag & cooking tools kat fp kak rinn nie mmg eryne sokong 100%... bole la eryne beli dr kak rinn je kan...
Tue 4-Dec-2007 08:02
Posted by:Eryne Jasmine  - [Link]
Assalamualaikum Rinn

**Apa Khabar? Makan Angin Yer....Best Kan Sesekali Pergi Melancong.
**Rinn Pun Dah Nak Buat Business Ke? Nampaknya Nryne Dah Nak Order Dah Tu
Tue 4-Dec-2007 08:13
Posted by:Kak Leen mamaleen@yahoo.com  - [Link]
seronoknya!!!! ye la kak rinn...scarry kita tengok gambor kepala ayam hari tu..terus terlupa nak komen wah, k.rinn ada bukak order ke? nak jugakkkk ye la kak rinn semua cost kena kira..hehehe yg loyang2 bleh tukar2 gambor tu brapa? Tue 4-Dec-2007 09:26
Posted by:erna  - [Link]
Hari ni muffin dengan kek cokelat pulak erk Kak Rinn. Agaknya sebulan Kak Rinn kat sana, Puan Siti dan adik dia dah boleh compile semua resepi kek Kak Rinn jadikan buku then boleh jual kat sesiapa yang berminat nak buat kek halal. Sab rasa boleh jadi satu bisness yang bagus kalau ada yg jadi pioneer.. hehehe.. Boleh lah Kak Rinn cadangkan kat Puan Siti tu..

p/s: Sab dah email Kak Rinn dah. Lagi satu Sab rasa betul cakap Ej tu. Kak Rinn letak je lah apa je caj yang sepatutnya erk.. nanti kiter orang bayar.. hehehe
Tue 4-Dec-2007 11:34
Posted by:Sabrina  - [Link]
k.rinn dah kat china plak yer...mmg ketinggalan ketapi btol la kite ni ngerilah tgk hidangan ayam siap dgn kepala tue.... takut plak nak mkn mesti sonot sakan la k.rinn borong2 brg2 dapor yer Tue 4-Dec-2007 14:11
Posted by:mama @nis  - [Link]
RInn,, haaa tu diaa.... episod ke funfair lak dia anak beranak seronok habis Rinn anak beranak kat China yerk.. jalan sakan dia.. berapa lama lagi tu kat China ..? shopping pun macam2 tu ... berapa kontena nak bawa balik ? gurau aje Rinn .. jgn marah ye ... tapi walau pun asyikb erjalan2 sana sini, sempat gak lagi tu Rinn curi masa untuk masak .. and post updates kat FP ni ... best betul... Tue 4-Dec-2007 16:49
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
MENYELERAKAN Tue 4-Dec-2007 18:11
Posted by:azzuhry-efry azzurac69@yahoo.com
mmg ternanti2 entry akak utk kali ni dan juga seterusnya... Wed 5-Dec-2007 02:46
Posted by:chendana ayu_cendana@yahoo.com  - [Link]
assalamualaikum rinn

betui-betui pandai mengodah adik aku yang sorang ne...lengkap...dengan berjalannya, ngan makannya, dengan window shoppingnya, dengan ala-ala ke disnyelandnya, dengan kelas masak-masaknya, dengan ...dengan...dengan....dengan....eeeeeeeee...tak terkata keseronokannya....hah...dengan abang yang sentiasa dapat bersama keluarganya...ish..ish....enjoy arrr.....macam dah nak tinggal ngan abang terus je tu...
...terkezuzzzz gak ne...rinn sudi cuba kek tu...tapikan...tapikan...kenapa jadi lain eik?...asal akak tun nye basah-basah berminyak..warna hitamnya agak legam...dan nampak akak tun nya bagai bersarang-sarang kecil-kecilan.....lagi satu akak tun nya tak pukul ngan mixer tapi kacau-kacau ngan senduk kayu sampai sebati.....kata sorang chef kek coklat yang merekah di atas tanda menjadi bakarannnya.....apa-apa pun thank you kerna sudi membawa buah tangan zatid'hati untuk di kongsi bersama disana...semoga rinn terus maju jaya dan ....orang kata tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina...ini rinn dah curah ilmu pulak kat sana....SYABAS yang...
Wed 5-Dec-2007 06:28
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
bestnya tgk stationeries...staedler pencil water color set besar murah tak kat sana? he..he..saja tanya je...sindri punya tiap2 kali beli mesti kena lenjan dgn anak2
p/s : checkout my muffin stori kat my FP
Wed 5-Dec-2007 07:08
Posted by:yatt  - [Link]
ehhhh!!! syasyul taruh link la... kat FP si hellikonia tu cerita muffin Wed 5-Dec-2007 07:09
Posted by:yatt  - [Link]
Lama2 akak nengok mata rinn lebih sepet dr mata cik ya ya, tu baru duk dua minggu, sebulan kalu, mau tinggal satu line jer, he..he...manyak sangat teropong barang lelong kot! Rasa cam teringin loyang yg ada 6 gambor tu, tp tak susahkan rinn nak ngantor ke KL ke nanti?Jawab ler eh... Wed 5-Dec-2007 10:55
Posted by:sinnchan
kak rinn, insyaAllah saya balik SP raya haji, kalu tak balik pun, mak saya akan tolong pegi ambik ye, nozzle and springform tu, semua RM 130, betul tak? TQ ye. Wed 5-Dec-2007 11:12
Posted by:zany
Salam, Kak Rinn kalau kat China buat kelas, kat SP tak kan tak nak buat kot?? buat ye.. nanti saya datang... saya duduk dekat je..

Kak Rinn kata kak Rinn suka table cloth yang vibrant, kalau ada, you tunjuk la kat sini k..

Salam,
Azfa
Wed 5-Dec-2007 13:22
Posted by:Azfa azfahaneesyed@yahoo.com  - [Link]
cayalah kak rin.......
dari jauh pun sempat gak masak tuh. memang rerajin sungguh. lagi tergoda dgn cheesecake itew
Thu 6-Dec-2007 02:36
Posted by:dOd  - [Link]
Tuan Rumah tumpang lalu...

ANDA SEORANG PELAJAR

UNIVERSITI/KOLEJ/SEKOLAH ATAUPUN SURIRUMAH

MAHUPUN YANG SEDANG BEKERJA?? MAHU BUAT

BERNIAGA ONLINE DARI RUMAH @ PEJABAT!!! IKUTI

TIPS YANG DIBERIKAN!!

klik JE: http://bizonline4me.blogspot.com/


e-mail ke : bizonline4me@gmail.com

jangan lepaskan peluang yang berharga didepan mata

anda...
terbuka untuk semua,seluruh malaysia...

anda berminat untuk menambah wang anda sendiri?
mampu memiliki apa yang anda impikan?

tak SUSAH pon benda ni....

korang cubalah masuk web ni n baca.....

klik JE: http://bizonline4me.blogspot.com/

Thu 21-Aug-2008 10:10
Posted by:bizonline4me bizonline4me@gmail.com  - [Link]
Assalamualaikum, Terima kasih kerana dapat berkongsi pengalaman puan ke Guangzhou. Saya sekeluarga juga akan kesana bersama keluarga atas urusan kerja sambil melawat. Diharap puan dapat memberi panduan tentang tempat - tempat makanan halal, Hotel dan tempat tempat tumpuan yang sesuai untuk kanak - kanak dan membeli belah. Jika Puan tidak keberatan, saya juga berharap dapat berhubung dengan Mr. Moet untuk meminta nasihat atas urusan kerja saya disana . TQ. VM .... Azam M.noor (taganchi@yahoo.com) Mon 13-Oct-2008 06:55
Posted by:azam m.noor taganchi@yahoo.com
salam....boleh saya dapatkan email k.rinn...berhubung dgn kain lapik dari guanzhow...thanks... Fri 17-Jul-2009 00:42
Posted by:norazlin


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.