Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 29-Nov-2007 20:41 Email | Share | Bookmark
JENJALAN KE BAZAR & PASAR BORONG DI HAIZU SQ (YIDE LU) GUANGZHOU

Di taman depan apartment
Ken berposing sakan dgn spek itam..
Nak naik subway ke Haizu Square
Di Haizu Square Pasar Borong
Ready nak makan
Nasi Beriyani Org Malaysia Di Guangzhou
Hari ni bercadang ke Haizu Square tapi sebelum tu sempat singgah ke Chen Clan Park berhampiran apartment tempat kami tinggal. Taman ni boleh dikatakan selang dua tiga hari ada saja aktivitinya. Kami boleh view dari balcony apartment tapi tak berapa jelas aktiviti apa yang diorang jalankan.

Dragon kat belakang tu dibina dari bunga-bunga segar. Bodynya kalau tak silap pokok renek berdaun hijau yang di trim jadi badan dragon. Macam bonsai lah kiranya. Memang cantik dan berwarna-warni macam pesta flora dan fauna kat sana.

Sesekali posing dengan dear hubby. Memang ler..sebab salah sorang kena jadik cameraman. Ini Alya yg snap !!! Ok gak tuu...
Seperti mana disebut tadi kami ke Haizu Square juga dikenali sebagai Yide Lu, sebuah bandar di mana aktiviti jual-beli borong banyak dijalankan. Beli sikit-sikit secara runcit pun boleh tapi harganya mahal lah sikit. Hari ini juga hari layan budak-budak sebab dear hubby bawak ke sebuah tempat di Haizu Square itu juga di mana toys, gift and accesories banyak dijual. Sampai rambang mata dibuatnya budak-budak ni. Ni dah nak dekat Krismas..kedai-kedai meriah jualan barang2 Krismas.

Sasaran diorang adalah all those collectibles from cartoons/anime yang diorang minat. Macam Angah Dania, she is truly a huge fan of kartun Prince of Tennis..Sungguh terharunya dia bila dapat beli sepasang tracksuit yang sama dipakai oleh Ryoma Echizen..iaitu watak utama dalam anime tu. Selain tu, dia grabbed juga sepasang sarung tangan dan wrist band dari anime yg sama.

Ken pulak beli helikopter control. Kecik aje tapi cute sungguh bila tengok benda tu terbang. Dulu pernah beli yang besar tapi tak reti nak handle. Yang ini lebih mudah. Ada jugak dia beli set barang-barang dari salah satu kartun kegemarannya, Detective Conan.


Marisa ikut Abg Ken beli sth with remote controller..it wuz a "Wild Car", kereta liar yang boleh tunggang terbalik sebab ada lima roda. Kat pasar malam di Malaysia pun ada pernah ternampak tapi tak pernah tanya.

Along beli wallet anime sebanyak 5 set atas kiriman kawan-kawan. Cantik dan elok buatannya. Design sesuai untuk remaja masakini. Acik Alya aje yang tak pasti nak grab apa kali ini.


Rinn pulak sempat ronda-ronda ke kawasan pasar borong kering tapi tak sempat nak snap gambar di celah-celah kesibukan manusia. Nanti kita sibuk amik gambar, anak-anak hilang entah ke mana. Kat sini memang banyak bahan-bahan masakan kering macam kacang, beras, tepung, makanan dlm tin dll. Barang2 import ada kelihatan macam Sos Maggi, Milo, Horlick etc. Bahan2 tenusu mcm cis, butter, yis dari turki pun ada juga. Memang hiruk-pikuk dengan orang mengangkut barang ke sana ke mari. Loading and unloading goods from lorries and vans were almost everywhere. Tak letih-letih diorang ni bekerja ekk...
Sebenarnya kami memang nak ronda lagi sebab banyak lagi kedai-kedai yg tak masuk setakat tinjau-tinjau dari luar tapi hubby dapat panggilan ada appointment penting pulak. So, kami terpaksa bergegas pulang. Apapun dear hubby janji akan datang lagi ke tempat ini kerana di sini memang banyak benda yang boleh buat anak-anak seronok membeli-belah. Dan di sini jugaklah khabarnya Uncle Hamly dan Puan Siti beli bahan-bahan mentah untuk baking. Rinn cuba cari cocoa powder and chocolate chips sebab teringin nak buat choc chip muffins or cookies tapi tak jumpa kedainya. Cuma dapat beli cocoa powder aje. 1 kg berharga RM9. Itu yang paling minima dia jual !!! Kenkawan kita tu bz menguruskan hal perpindahan kawan2 mereka ke apartment lain. Kelas masak-masak kelmarin pun terpaksa ditunda. Kalau datang dengan mereka pasti tak ada masalah mencari bahan.
Ooopppsss..sebelum beredar daripada kawasan pasar borong, seperti biasalah sessi JJCM kami. Sebuah lagi Restoran Muslim Halal. Kali ini kami makan nasi putih berlauk Chinese Style tapi satu keluarga setuju yang Lambs Ribs tu sangat sedap !!!



Ayam tu dihidang dengan kepalanya sekali !! And it was served cold dengan ditabur sedikit garam. Could be better if ada sos kicap macam nasi ayam tapi enggak ada..

Malam tadi sempat buat kek coklat..kebetulan elok2 kek tu baru keluar oven masih panas-panas lagi, Uncle Hamly dan saudara Hanif pun sampai nak ambik barang. Seronok betul dioarang langkah kanan. Jamu kek coklat panas-panas. Sepatutnya kena bagi sejuk dulu baru sedap tapi.....jamu ajelah. Siap potong aje semua orang belasah, tak sempat nak amik gambo. Siap tapao bawak balik sebab nak bagi teman-teman lain rasa kek halal !!!

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Nina Batriesyia

Bahan-bahan:
250gm butter (asalnya 170gm)
300gm gula caster (asalnya 396.9)
4 biji telur ayam (asalnya 3 biji)

Bahan2 dibancuh bersama :
1 sudu teh serbuk nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla (Boleh tukar vanilla lemon/orange)
1 sudu teh chocolate emulco..tak bubuh sebab tak ada

Bahan2 diayak bersama:
230 gm tepung gandum ( asalnya 226gm tepung high protein)
64gm serbuk koko
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonate..tak bubuh
2 sudu teh baking powder (asalnya 1 1/2 sudu teh)

200ml air sejuk dari peti ais

Cara-cara :
1. Guna mixer full speed, pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran nescafe dan esen.

Peringkat seterusnya, sila guna spatula atau whisker. Jangan guna mixer lagi
kerana ini akan menyebabkan kek berkawah sebab kek berat akibat overmixed.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Guna kaedah kaup balik
satu arah sehingga tepung sekadar sebati dalam adunan.
5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil gaul perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" dengan suhu 170 drj celcius selama 50min -60min.
Atau kukus tetapi loyang perlu ditutup dgn aluminium foil, guna api biasa selama 1 1/2 jam.
Orait, sebelum tutup tirai kali ni rinn sajalah nak tunjuk handbags yang rinn dah "terbeli" ari tu sebab ada yang teringin nak lihat. Maybe taste kita tak sama tapi rinn suka jenis handbag yang lembik..maksudnya bukan yang nampak berkotak atau keras. Saiz juga suka yang agak besar...dan lebih selesa dengan yang single sling. Kalau yang dua tali tu rasa macam leceh aje nak sandang di bahu. Kejap-kejap satu tali nak jatuh. Kenkawan pula macam mana??



Along Afina berminat pulak dengan satu beg sandang bertali dua. Sesuai ler untuk remaja.


Oh ye, ini last minute entry. Uncle Hamly datang bawak Nasi Beriyani berlauk kari ayam dan salad timun untuk kami rasa. Dia sebenarnya nak bergegas ke Masjid Guangzhou tapi sempat singgah sekejap. Uuuuu...dapat jugak merasa Nasi Beriyani masakan rakyat Malaysia di Guangzhou. Nasi Beriyani inilah khabarnya yang sentiasa ditunggu-tunggu para muslimin dan muslimat setibanya hari Jumaat especially oleh Tok-Tok Arab kat sini.


Kari ayamnya masak style biasa orang melayu dengan kari yang agak cair lebih santan. Menurut uncle Hamly kuah kena lebih sebab kekadang diorang order kuah saja untuk cicah roti or Nan. Kalau kari mamak or India sure lebih rempah, lebih kari dan kurang santan dan masam2 sikit. Kuah pu pekaaat jer. Kena paham jugaklah sebab bahan2 dan rempah terhad, so masak pun ikut apa yang ada. Itu pun laris macam goren gpisang panas. Tapi rinn suka daging ayamnya sebab macam daging ayam kampung, agak liat-liat sikit.
Beras yang digunakan adalah beras Basmathi yang dibeli khas dari HongKong. Kat Guangzhou agak mahal sikit. Tok-Tok Arab ni suka beras basmathi sebab ia tak melekit-lekit...berderai gituuuuu. Salad tu pun simple aje. Kalau dibuat macam yang kita selalu makan, diperah asam limau atau bubuh cuka, bubuh garam gula secukup rasa, ditambah potongan cili merah dan bawang besar diorang tak berapa suka. Salad tu kira gaul-gaul timun, buah tomato dan carrot macam tu saja.

Oh ye, hari ni pun masih tak berpeluang nak ke perkarangan Masjid Guangzhou sebab dear hubby kena ke HongKong semula untuk follow-up appointment minggu lepas. Kalau tidaaaak, boleh jugak jadi papparazi kat sana. . Jumpa lagi esok lusa....semakin hari semakin sejuk ni !!! Bila dah sejuk ni...asyik nak maaaaaaakan aje kerjanya, especially budak2 ni...hmmm makanan kena sentiasa ada.


Quote:
1.Sabrina : Harga sekitar seratus tapi lebih murah daripada yg ada kat mamacollection. Kakrinn dah bukak website Coach tu..ada macam2 dgn kombinasi kaler putih coklat. Yang mana satu ekk?? Kalau Sab boleh bagi nama design, nombor dan harganya senang kakrinn nak buat rujukan. Nak dapat yg sama mungkin susah tapi kalau hampir2 sama design mungkin ada. E-mail kakrinn dah bubuh dalam PM sab, check ye!!
2.MamaFaMi : Biasalah mama, sesekali layan nafsu !!! heh heh heh..Tak delah maa, selama ni rinn kalau pakai handbag tak pernah tukar-tukar kalau dah pakai satu. Selagi tak hancur..memang rinn ganyang cukup-cukup!! Pas tu baruuu lah beli lain. Yg tu pakai prinsip alah membeli menang memakai...Selalunya dua tiga tahun sekali baru tukar beg!! Setahun dua kebelakangan ni jer baru layan diri tukar2 handbag !! Boleh saja tumpangkan barang mama. Mama nak kirim apa? Layan budak2 mcm tu lah maa..Seb baik tak habis satu building mall tu budak2 tu sapuuu... Ha ah, sajalah try tin baru..ok gak.
3.mamasya : Memang selesa bawak beg lembik, boleh sumbat mcm2. Kamera DSLR yg besar tu pun kakrinn sumbat sama !!! Budak2 tu masih panjang lagi wishlist dioarang..(Mak dia pun sama jer... ) Tak taulah..Kalau boss bagi beli dapatlah..kalau dak tengok jer laahhh Org China biasalah kalau masak ayam kukus sekali dgn kepala2nya. Seb baik kambing tu tak dibubuh kepala sama..kalau dak..heh heh heh.
pssst : Kami memang sentiasa honeymoon...
4.wiz : Alamak..wiz dah tertinggal kapalterbang laaaa... Mestilah best...dapat jalan-jalan makan angin. Bukan selalu ada peluang mcm ni !!!
p/s : I`ve been trying to get into ur blog but failed. Infact all those from blogspot I can`t open..pasai ape ekkk dgn blogspot???
5.zatidhati : Nak nozzle boleh tapi yg rinn display tu 48pcs bukan 68pcs. Tapi kalau zati nak set yg lebih boleh rinn tolong carikan utk zati. motiv pan set tu RM50...semua sekali dgn 6 base bergambar. Cupcake container tu rinn tak ada sample sebab tak leh nak beli sikit2 lah zati. Lagipun rinn tak pasti design mana yg popular atau jadi pilihan.
6.hajar : Kami pi shopping ni bukan ada plan nak beli apa..Apa yg kami nampak dan berkenan, kalau kena harganya dan boss approve..oklah !!! Tak taulah hajar oiiii...rasanya brg2 tu takleh balik ngan kami sebab banyak..Tapi kami ada alternatif lain, no problem.
7.cek de sam : Sesekali jalan jauh, seronoklah juga. Aiiiiiiii...nampaknya ramai dah terberkenan dgn handbag yg kakrinn terbeli tuu..!!
8.ida isk : Kalau betul2 ida nak mai no problem. Rinn mmg ada contact yg buat rombongan ke mari. Harga sekitar RM2000( Tak termasuk duit shoppingg... ) 5H4M. Tapi kena plan elok2lah kalau ramai gang2 FP yg nak pi, itu boleh jadi "impian jadik kenyataan". Ida nak kirim apa ??
9.chendana ayu : Tak pe kan..share keseronokan walau kenkawan hanya dapat tgk gambar saja. Kakrinn masih tak berapa familiar dgn area ni..kalau hubby biasalah sbb dia kerap ke mari.
p/s : Kat Mesia pun kekadang diorang serve mcm tu cuma kita aje yg tak pi restoran China, so mana nak nampak kan..?
10.Eryne Jasmine : Cantik ye?? Itu taste kakrinn..Taste org lain mungkin tak sama. Rombongan bisa di atur kalau ramai yg nak pi. Nantilah kakrinn buat announcement sebab hubby mmg kenal kawan yg dok arrange trip ke mari. Kak Ida Isk pun siang-siang dah tawar diri nak pii... Handbag tu harganya sekitar RM100...
11.lynnhassan : Itu lah lynn oiii...sementara duduk lama kat sini, ronda dan makan puas-puas lah kami. Lepas ni entah bila pulak ada chan nak datang lagi. Kalau anak soran gmcm lynn takpe lah..less budget..Ni anak 5 org !!! Kena tunggu rezeki lebih baru boleh jalan jauh. Rasanya mmg brg2 tu akan balik asing. Lynn ada nak kirim ke??
12.ummiaqil : Lawo ye!! Taste kakrinn macam tu lahhh..
13.liana : Sementara ada kat sini..puas-puaskan berjalan lah Alahaaaaiii..Kalau nak penuhkan satu kontena kena pi rompak bank dulu lah jawabnya..Nasi beriyani tu, uncle hamly kata resipi campak2 aje sebab tak cukup bahan. Suasah nak dapat sesetengah rempah tu kat sini. Itu pun laris dan Tok-Tok arab kat sini cukup suka !!
14.liana : Heh Heh Heh..Kenalah tunjuk apa-apa yg pelik kat negeri orang ni !!! Sesuatu yg jarang dapat dilihat di tempat kita..
15.mamazieza : Mama serious ke nak kepala ayam tuu??? Nanti rinn beli, frozen kan pas tu bawak balik kat mama...
16.kamalina : Alamak..sorang lagi dah terminat kat handbag tu walau tak ori !!!! Biasalah..mesti gembira bila dapat brg yg diidamkan..Aiseyman, sorilah kalau kakrinn dah buat selera kamalina terbantut....
17.sinnchan : Itu lah pasal. Tu tak pergi lagi kat bahagian negara China yg restorannya hidang lipas, cengkerik, ulat dan segala binatang yg kita tak sanggup nak tengok dan makan tuu. Jgn lah jeles2, kalau seriuos nak ikut rombongan mmg boleh arrange. Ramai yg bagi hint kata nak pi niii... Baru puashati dapat tgk dan pilih sendiri. Ok, enjoy tu enjoy jugak tapi Insyaallah semua terjaga dgn baik...
18.jeff : Ha ah, ikut hubby satu keluarga ke Guangzhou. Kat Guangzhou aje sebab hubby ada urusan kerja kat sini, taklah sampai ke Beijing or Shanghai. Alhamdulillah ada rezeki lebih, dapat jalan2 tengok tempat org....
19.za : Ada chan nak shopping+makan Alhamdulillah lah. Kalau dak, dok memerap kat rumah dgn anak2 jer laaaaa !!!!
20.ainamardhia : Mintaklah mama aina masakkan utk aina Auntie nak masakkan pun jauh sangat nie!! Alya ari tu dah beli baju sejuk yg tengkuknya ada bulu-bulu tuuu...teringin nak merasa pakai baju fall/winter !!! Semalam ada gak beli file anime..aina dah tengok ke?? Terimakasihlah sudi jenguk FP auntie.
21.zanyzakaria : Ok, order diterima. Bayaran nanti bila kakrinn dah balik lah ye !! Zany kan dekat aje dgn tempat kakrinn.
22.masriyah : Heh Heh..siapa yg tak seronok bila dapat pi shopping ! Masriyah nak ke handbag tu..boleh kakrinn carikan yg mirip-mirip tuu...
23.Mohd Azhari Azizan : Iye tak iye jugak ye..cuti sekolah hujung tahun..musim kenduri kahwin. Kami ni pun sure ada jemputan sana-sini kalau ada kat sana. Miss jugak nak mkn nasi minyak...
24.Daalia : kakrinn pun suka juga backpack..ala-ala DORA the explorer. Dari zaman sekolah pun canggitu..suka yg kinky. Memanglah bila ada cik abe kenalah be a lil bit feminine..Beg pink tu along punya..dia pun sebenornya bukan guna sgt handbag, tu saja seronok sebab designnya unik dan kalau ada pun kat sana sure mahal giler. Budak2 remaja sekarang biasalah..dah biasa dengan attire mcm tu..sports shoe lebih mudah bergerak dari berkasut tapak/tumit !!!
25.cak : Insyaallah, bila sempat kakrinn update. Ni pun dok berebut laptop dgn anak2 walaupun ada dua bijik. Iyelah, duduk aprtment saja2 tak de xtvt..semuanya nak ngadap laptop. Ok, nnt kita jumpa mid december.
26.LeeLin : Uuuuuu...handbag2 tu pun ada peminat jugak. Nampak gaya nak kena lelong gak ni !!! Beg pin kanak punya laaa..kakrinn takpakai ler beg funky2 mcm tu...mmg ler cik adik ooiii, makan sedap sanggup bayar berapa pun coz of halal. Masak tu masak le jugak..kalau eat out everyday, bengkok ler !!!! Foreigners kat sini incl Tok Arab ni kebanyakannya berniaga. Kat sini xtvt berniaga is everywhere..tak nampak pun minah2 kilang or org opis mcm kt sana !!!
27.Roylazim : ..Uuuu akak pun berkenan D&G tu ke?? Isshh..ini bebetul nak kena lelong dah beg ni. Akak nak tau kalau kita mkn dgn tangan kat sini..nnt abih semua org kiri kanan depan belakang pandang ! Fork & Spoon pun tak de except those sudu kaca lekok dalam yg buat cedok sup tuuu...
28.nabialishad : Kepala tak kepala..semua dah masuk dalam bill !!! Heh heh..kalau beg keras nampak mcm belia sungguh..style mak datin-mak datin pulak rasannya..Dah lah kita ni "rock"..kalau bawak beg canggitu nampak kelako..Nanti jalan pun hilang gaya !!
pssst : Ayoyo...auntie intan pun minat conan ekk. Jgn tak tau mak kami pun minat jugaaaa....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net