Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Nov-2007 15:30 Email | Share | Bookmark
JALAN-JALAN DI BEIJING LU IN GUANGZHOU

Berlatarbelakangkan bas letrik
Berlatarbelakangkan lautan manusia
Lepak sat..Marisa perbetul tripod??
Laaaa..lepak atas batu pulak
Sessi masak-masak
Night View In Guangzhou
Hello! Hello!
Ari tu dear hubby sempat bawak kami jenjalan di Beijing Lu..Masih di Guangzhou ye Belum sampai ke Beijing lagi. Beijing Lu dikenali sebagai satu kawasan membeli-belah yang jalan besar di antara kedai-kedainya memang ditutup daripada digunakan oleh kenderaan. First impression..Masyaallah !!! Ramainya manusia....

Kebanyakan kedai-kedainya seperti biasa menjual pakaian, kasut, accesories, gadget etc. Tetapi pakaian-pakaian yang dijual semuanya tebal-tebal. Sekarang kan musim sejuk. Kalau beli baju tebal banyak2 bila balik Malaysia nanti bukannya boleh pakai. Kalau duduk di Cameron highlang or Genting Highland boleh ler pakai. Harga barang yg diletak memang mahal tapi kalau pandai tawar menawar sebenarnya murah.. Kalau "Tipah Tertipu"...itu kena tanggung sendiri.



Kami nak masuk kedai pun terpaksa pilih-pilih sebab kat dalam lorong-lorong kedai tu lagi le sendat dengan manusia. Tambahlah dengan budak-budak ni. Kalau tercicir sorang haru jugak nak mencari. Sebab tu Ken dan Marisa kami pakaikan baju merah menyala. Tu satu petua kalau nak bawak anak2 pi shopping. Almaklum le sekarang ni macam2 insiden boleh berlaku. Kalau tengok orang kat sini bawak beg semuanya diletak dibahagian depan termasuk haversack diorang..digalas di depan. Menurut kenkawan di sini kat China ni ramai pencopet !!! Uuuuuu...takutnya
Dah penat jenjalan dear hubby bawak kami pekena nasi beriyani kat sebuah Restoran India Halal. Menurut Uncle Hamly, tukang masaknya diimport dari Pulau Pinang. Memang muka orang Malaysia pun chef tuu..Walaupun restoran tu Restoran India, ada juga disediakan masakan lain tapi tak banyaklah. Kebanyakannya masakan India..termasuk roti canai pun ada.

Ini adalah makanan yang kami pesan. Sedap jugak Chicken Curry Beriyaninya cuma ayam tu dimasak asing. Kebiasaannya kan ayam tu dimasak sekali dengan nasi beriyaninya. Tapi dear hubby kata tak sesedap yang dia biasa makan di Hyderabad masa dia kerap berulang-alik ke India dulu. Sampai dia siap tapao bawak balik Malaysia sebab nak bagi bini dia rasa. Memang pure rasa dan bau India !!!


Jangan terkejut kalau rinn kata BeeHoon tak ada kat sini. So, BeeHoon yang dimaksudkan di sini adalah Suhun yang diorang treat as BeeHoon. Rinn pun dah terbeli Suhun yang disangkakan BeeHoon. Mujurlah saiznya taklah sehalus Suhun Malaysia dan tak selembik Suhun yang biasa.

Masa shopping tu rinn ter'grabbed' dua handbag berjenama tapi non-genuine lah. Macam yang kenkawan dok belek kat FP kawan FP kita yang meniaga Handbags dan accesories tuu. Walaupun non-genuine dia ada gradenya pulak. Tapi yang paling close to ori adalah jenis yang diorang panggil replica AAA. Entahlah rinn pun tak berapa arif sebab selalunya beli yang ori kat Malaysia walaupun bukanlah brand dari Paris or Milan. Setakat Bonia or Sembonia jer...Kalau nak yang Gucci, Chanel, D&G, Fendi, Coach ori kena siap ribu-ribe ler. Baik guna duit tu buat pi jalan-jalan kannnn..
Sehari lepas tu seperti yang dijanjikan rinn adakan satu lagi sessi masak-masak dengan kenkawan di sini. Kali ni diorang nak belajar buat muffin pulak. Ingat nak ajar Plain Vanilla Muffin or Choc Chip Muffin tapi Uncle Hamly insist nak buat Blueberry Muffin. Rinn ok jer janji ada bahan-bahan.

Yang di dalam gambar tu adalah Uncle Hamly, tukang masak Nasi Beriyani untuk jualan setiap hari Jumaat di perkarangan Masjid Guangzhou. Yang seorang lagi tu Puan Siti Khadijah, isteri kepada kawan dear hubby (Orang Melayu Malaysia) yang dah lama menetap dan berniaga di Guangzhou. Puan Siti adalah orang China tempatan yang memeluk Islam beberapa tahun dulu dan telah berkahwin dengan kawan dear hubby tu. Mujurlah Pn Siti boleh juga berbahasa Inggeris seadanya, tak adelah sangat masalah komunikasi. Uncle Hamly jangan ceritalah..cakap mandarin macam air aje lajunya !!
Pada sessi kali ini rinn lebih banyak bagi tunjukajar. Praktikalnya diorang buat sendiri. Part yang penting2 aje macam cara pukul mentega & gula, ayak tepung dengan bahan2 kering lain seperti baking powder dan cara kaup balik tepung aje yang rinn tekankan. Oven Pn Siti ni pun nak kena adjust jugak sebab rinn tak biasa lagi. Tambahan pulak dengan persekitaran yang sejuk, sedikit sebanyak ada effect jugak pada suhunya. Bila part mengisi batter ke dalam cuppies tu pun diorang buat sendiri. Rinn cuma bagitau banyak mana nak isi dan bagaimana nak bubuh Blueberry filling. So, hasil kerja ini adalah almost 100% hasilkerja diorang sendiri. Nampak agak terkial-kial jugak nak isi batter dalam muffin papercups tu tapi bila dah biasa nanti semua itu enteng saja.


Walaupun bentuk muffin yang terhasil masih tak sekata di antara satu sama lain, pasal batter yang diisi tak sama banyak tapi diorang puashati dengan rasanya dan kegebuan muffin tu. Tak sabar-sabar dah nak buat jualan pada hari Jumaat nanti. Tahniah kepada mereka berdua..Rinn tumpang gembira aje. Ok, kat sini rinn tempek resipi yang rinn gunakan dari dulu tapi maaf tak tau rinn ambik dari mana sebab main conteng atas kertas aje. Kepada yg empunya resipi, terimakasih ya.

BLUEBERRY MUFFIN
Bahan-bahan:
280gm butter
240gm gula castor
4 biji telur
2 camca kecil esen vanilla
250ml susu segar
400gm tepung gandum
4 camca kecil baking powder
Blueberry filling secukupnya.

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula caster hingga berkrim dan putih gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul adunan.
4. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Pukul sebati.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam batter sedikit demi sedikit. Jangan terlebih mengadun.
6. Isikan adunan ke dalam muffin cups separuh penuh. Isikan sesudu blueberry filling dan
tutup semula dengan batter sehingga tiga per empat penuh.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min -30min.

Sebagai penutup bicara kali ini, rinn nak tunjuk gambar yang dear hubby ambik masa kami lepak2 kat balcony Century Plaza Apartment tempat kami menginap. Enjoy....



Quote:
1.MamaFaMi : Iye lah ma, bila mengenangkan tiada kedai kek halal kat sini, rasa teruja nak duduk sini dan biznez kek kecil-kecilan pun ada gak. Tapi apakan daya tanggungjawab lain masih bnyk lagi kat sana...Bila tua-tua nanti tak taulah pulak !!!
2.kuzi : Chef bidan terjun kuzi ooiiiii. Ada ilmu sikit ajar-ajarlah kat orang, semoga berkat. Ha ah, Pn Siti tu mmg ayu bertudung, tak kekok walau duduk tgh kota Guangzhou !!!
3.hajar : Nak gak tuntut ilmu tarik mee ramen kat sini. Bukan senang nak dapat tuuu. Ilmu yg sedikit itu tak salah kalau dikongsi bersama kan...
4.zakiahz : Ha Ha Ha...lawaklah zakiah ni. Mana kan sama enggang dgn pipit..sape lah kakrinn ni kalau nak banding dgn chef wan. Dia tu buat demo berbayar..kakrinn ni sekadar menunaikan tanggungjawab sosial jer. Beg replica tu sebenarnya tak nampak pun mcm non-genuine kalau pandai pilih jenama dan design. Tambah2 bila design yg meleret-leret, kaler berkilat-kilat penuh button & tali sana-sini. Yg ori pun tak nampak mahal dah...lebihkurang aje. Practically, tak guna buang duit beli yg ori beribu-ribu tu. Mmg betul!!..kalau kena ragut..bukan setakat beg, nyawa pun boleh melayang oooo....Cian mak zakiah ekk. Diorang tau kot mak zakiah pegang bnyk cash !!! Kena extra careful tuu...
5.yatt : The best part is ..sanggup tunggu depan oven sampai muffins tu masak. Dari time the batter rising sampailah muffins tu membukit...I could feel their excitement. Part food tasting tu lagi laaaa...Insyaallah, kalau time permits rinn akan terus sambung story. Ni pun berebut dgn kidz nak guna laptop. Diorang pun boring gak dok terperap kat apartment !!
6.ida isk : Chef tak bertauliah ida oooiiii..!!! Seriously kalau ramai yg berminat memang rinn boleh mintak tolong kenkawan kat sini arrange trip utk gang2 masak-masak fp/blogs..Sureeeeee...nama ida yg atas sekali !!!!!!
7.chendana : Alahai chendana..mana ada mcm adik dgn kakak. Dah tua pun..hati jer yg perasan muda !!! berkenalan di alam maya ni ada keindahannya yg tersendiri tau..kakrinn pun seronok kenal ramai kenkawan di sini termasuk chendana. Dah ada kemudahan utk masak memasak dan baking membaking..kakrinn pun kayuh ajelah !!! Kalau dok hotel...tak merasalah semua tu !!
8&9.zatidhati : Tak pe, zati sebut aja nak yang mana. Nanti rinn masukkan dalam senarai...Nozzle yg lebih dari 48 pcs tu tak pasti berapa harga tapi yg pastinya memang lebih murah dari yg di sana. Nanti rinn carikan ye... Itu lah pasalnya, kalau beli banyak secara borong memang murah sangat2 harganya tapi nak kena kongsi2 lah dgn kawan lain. Insyaallah nanti rinn tengok macammana....
10.LeeLin : Uuuu...nak tgk handbag ekk. Ok, next entry kakrinn tempek. Ni dok berebut laptop dgn kidz ni...tapi Insyaallah cerita ceriti takkan putus !!!
11.Mohd azhari Azizan : Tau tak pe !! Time anak sikit dan tak sekolah lagi eloklah pi melancong..dalam atau luar negara tak kisah. Nanti bila anak2 dah ramai dan bersekolah susah ooooo...Buat pasport aje dah abih ribu-ribu !!!
12.Yati yadami : Tq. Kalau ikutkan mau meleret-leret story tapi cut shortlah sebab time limited sgt bila dgn anak reramai niii..Teruskan mengikuti siaran secara tak langsung dari Guangzhou !!!
13.rani : Alhamdulillah, rezeki Allah bagi..kita bersyukur aje. Tak dapat jadi celebrity chef dapat jadik Chef bidan terjun pun sudah lebih dari bagus !!!
14.kamalina : Belum sampai Beijing lagi laaa...masih di Guangzhou. Cuma tempat tu aje bernama Beijing Lu ( Beijing Street)..Hmmm, bagus tu kalau kita sentiasa prihatin tentang anak2. Jgn sampai menyesal bila nasi sudah menjadi bubur mcm kes nurin & yg sebelum2 tu kan, minta dijauhkan laa...
15.syazwaniadnan : Malu ler wani panggil akak chef!! Tak de tanjak langsung..takat ajar gitu-gitu aje.
16.MaDiHa : Semmpaaaat, sebab ada kemudahan. Kalau dok hotel..jawabnya nganga lah berhari-hari !!!
17.mamasya : Alhamdulillah, tentang restoran halal tu no problem sebab masyarakat China di sini pun ramai yg Muslim. Tapi kakrinn lega sebab dapat masak sendiri di apartment. Sesekali keluar boleh cuba masakn orang sini pulak..Itulah, ramai sungguh manusia kat sini esp kat tempat2 tumpuan shopping. Orang diorang pun shopping sakan jugak. Beriyani asli tu mmg tak de kat M`sia..totally different rasa dan baunya !!! Itulah bersemangat sungguh anak2 murid ku...
18.Daalia : Alhamdulillah, rezeki kali ini dapat buat macam2 di Guangzhou. Heh Heh...kakrinn tibai aje cakap omputih. Main tekan calculator lagi mudah dari cakap sebenarnya..lawak jugak sebenarnya senario tuu. ..Kakrinn ni pantang kalau tawar-menawar, gila-gila punya turunkan harga sampai penjual pening tapai kalau dapat..puashati dan berbaloi sungguh lawan picit calculator !!!
19.wanmahani : Fp sunyi seketika sebab bz prepare itu dan ini sebelum dtg Guangzhou. Kat sini ada chan lah jugak lepak2 dan jenjalan time hubby tak kerja. Bila ada rezeki wan pun boleh juga melancong !!Kami sekeluarga memang suka pi jenjalan...
20.attyra : Ok, satu set nozzle utk atie. Bayaran nanti kita citer lain bila kakrinn dah balik sana ye.
21.Nur : Bukan ke Beijing laaa..ke Guangzhou aje sebab hubby ada kerja kat sini. Chef tak bertualiah Nur ooiiii.....
22.mamazieza : Biasalah mama tu, suka emotional mcm tgk citer industan !! Memang lama dah diorang plan nak suruh rinn ajar buat kek tu. Seronok sangat bila tau rinn nak ikut hubby ke sana. Chef Amatur pun ok gak ekkk...Seronok bila tgk diorang suka makan kek sebab dah lama tak makan kek halal. Tak de langsung org bukak kedai kek halal kat sini...Kedai makan banyaklah.
..Dia buat daaaaaahhhh...seriuosly mcm rinn habak kat ida isk, kalau betul2 nak mai Guangzhou rinn boleh mintak tolong member kat sini arrange. Nanti kita buat announcement ekkk....Siap duit jer. Iyelah...nak shoppping sampai terguling-guling !!!!
23.liana : Kat sini biasalah...penuh dgn lautan manusia esp kat tempat tumpuan shopping sebab barang depa murah. Lebih-lebih lagi kalau beli borong...tapi kita takkan nak borong kot, lainlah kalau ada biznez. Hmmm...pandai liana pelbagaikan resipi kek suji tu ye. Bagus! bagus!.... dan terimakasih kerana mai cari resipi kat dapur kakrinn ya..
24.liana : Next entry kakriin tempek gambar ye !!
25.zany : Nozzle tu RM80 utk set 48pcs. Acuan tart bentuk nenas ye..hmmm kena pi survey dulu laa..tapi insyaalah bila kakrinn pi tempat tu lagi kakrinn tolong carikan kalau ada.
26.yatt : No problem sharing pics. Mana yg sempat rinn snap ler. Oooo...wilton punyer ka..
27.minyak lenga : Sama2. Balik sebelum Raya Haji. Hotel tak de masalah kota Guangzhou ni. Yang dekat2 dgn restoran halal pun ada. Ada lah satu biznez hotel yg hubby duduk sebelum dia sewa apartment sekarang ni. Ooo..Air Asia nak ke Guangzhou ekk. Kami turun kat Shenzen, pas tu 1 1/2 jam naik kereta ke Guangzhou.
28.Sabrina : Cikgu tak bertauliah Anak murid memang bersemangat lebih. Kira sungguh-sungguh nak biznez kek halal kat sini. Handbags tu tak tentu harganya tapi yang selalunya sekitar RM100. Kalau yg jenis Replica AAA..kira yg palin gbaguslah maybe sekitar RM 300. Kena pandai pilih dan ada tour guide yg terrer laaa. Sebut aje jenama apa, semua ada. Jimmy Choo pun ada ! Nak pesan yg mana? Kakrinn bukan tau taste Sab. Takut nanti tak kena selera pulak... Boleh bagi gambaran...
29.kakmOn : salam Jumaat buat kakmOn juga. Cutter Alpha ada jumpa tapi tak tanya pulak rege berapa. Nanti bila pi lagi rinn intai noooo....
30.Roylazim : Akak pun terlebih rajin buat muffin malam-malam kaaaannnn..........
Acik : Kalau Acik dekat boleh gak hulur-hulur sebijik dua...






Dah penat jalan jalan kat sana, sempat gak tu jadi cikgu masak memasak ye...baguslah tu Rinn...asah skill. Mana tahu kot sok nak hijrah ke China, bolehlah buat kelas masak memasak! Wed 28-Nov-2007 17:44
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
amboi.. sempat jadi chef lagi tuh... comel jer pn siti khadijah tu bertudung.. Wed 28-Nov-2007 20:57
Posted by:kuzi  - [Link]
baguslah kak rinn ni...bukan tuntut ilmu ke negeri china tapi mencurahkan ilmu ke negeri china...gua caya lu Wed 28-Nov-2007 21:44
Posted by:hajar  - [Link]
amboi kak rinn, dah jadi macam chef wan dah saya rasa pasal chef wan buat demonstrasi memasak kat oversea, kak rinn pun sama ler.. hehe... saya tengok kak rinn bila bergambar dgn anak2 tu, tak macam mak & anak, dah macam kakak je saya tgk.. pasal handbag replica tu, macam mak saya punya kes, dia ni asyik kena ragut jer, depan rumah pun kna gak, baiklah dia pakai handbag replica drpd handbag ori, mau nangis woo kalau tu kena ragut... Thu 29-Nov-2007 01:18
Posted by:zakiah z  - [Link]
bestnya.....esp bila tgk protege seronok ek tgk muffin tu rasa nk mkn mufffin la plak.

keep on posting ur stori kat sana ya...cerita byk2 pun tak pa
Thu 29-Nov-2007 01:58
Posted by:yatt  - [Link]
fuyoooooooooooooooooooooo sempat jadi chef disana ya bagus2 jgn lupa ida dah register org pertama nak gie sana under "rin travel" ya Thu 29-Nov-2007 02:52
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
betul mcm zakiah kata tu...before this saya tak kenal wajah kak rin...so bila tgk foto 6 org tu yg first tu gambar kecik.. ooo..6 org anak kak rin...pastu bila tgk betul2 yg dah dibesarkan...kak rin pun ada di situ...cantik manis orgnya....sukenya saya dpt kenal walau kat sini saja...dan yg best kali ni entry masakan masih menghiasi laman.... jauhdr negara china. Thu 29-Nov-2007 03:05
Posted by:chendana ayu_cendana@yahoo.com  - [Link]
rinn, nak tanya fasal barang2 tuh. sorry add kat sini. berapa harga noozle yang lebih 48 tu? nak spring foam tu juga? camana ek cara nak minta lynn tolongg. please.... Thu 29-Nov-2007 03:13
Posted by:zatidhati amaruszatinr@yahoo.com
lagi satu rin, tak ada ke contoh papaer cup...kata tak jual sikit-sikit. alahai, nak bneli 5000 sekaligus tak cukup pitih la pulak Thu 29-Nov-2007 03:15
Posted by:zatidhati amaruszatinr@yahoo.com
versatile la kak rinn ni, hehehe... henbeg tu takde gambar ke? kita pun nak 'jenjln' ke mamacollection lah kejap lagi, tak dpt beli kat china, jamu² mata kat internet pun jadi la kan do enjoy your trip and cerita-ceriti lagi kat sini Thu 29-Nov-2007 03:27
Posted by:Lee Lin  - [Link]
setuju sgt dengan Kak Rinn,,,daripada beli barang ori yg,,better perabih duit ngan bercuti,,,,
emm,,,ish,,,bila la bleh melancong ni,,,,
Thu 29-Nov-2007 04:34
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
kak rinn, I enjoy your story. Post story banyak2 ya. Dapat tengok Guangzhou dari sini pun jadilah.... Thu 29-Nov-2007 04:36
Posted by:Yati yadami68@yahoo.com
hi k.rin
dapat jalan2
dapat makan sedap2
dapat beli menda2 yg best2
dapt jd chef
heheh kami turut raga gumbira
Thu 29-Nov-2007 05:13
Posted by:rani
wah syoknya jln2 di beijing... saya lak kalau bawak bdk2 ni jln2, selalunya pakaikan sedondon.. nanti senang nak cari... Thu 29-Nov-2007 05:26
Posted by:kamalina  - [Link]
ececec, siap ngan demo kt sane plak tuu..
ehem2, chef rinn..
ehehe
Thu 29-Nov-2007 06:08
Posted by:syazwaniadnan syazwani86_adnan@yahoo.com
sempat jugak yer buat muffin kat sana... Thu 29-Nov-2007 07:17
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Tak susah rupanya nak cari restoren halal kat sana ya...nampak masakannya pun menyelerakan.wah K.Rinn dpt rasa nasi beriani asli....pasti sedapkan.. .Ramai betul org di sana...patutlah kena berhati2...elok tu pakaikan anak baju merah senang nak cari. Wah anak murid K.Rinn terus nak jual muffin wpun baru belajar...tp nampak sedap muffin tu.
Pemandangan waktu malampun menarik. Tak sabar nak tunggu next entry K.Rinn ni...
Thu 29-Nov-2007 07:49
Posted by:mamasya  - [Link]
seronok nya Rinn anak beranak jalan2 kat China tu .... jalan sakan .. makan sakan .. dan paling penting, untuk ibu2 yang kaki masak macam Rinn ni, mesti wajib beli alat2 memasak ... sempat lagi tu Rinn bagi cooking lesson kat sana ... kalau nak beli barang2 kat China memang kena pandai tawar menawar, sebab language barrier, main tunjuk harga tawar2 kat calculator .. tekan2 nombor tunjuk kat tukang jual... kita buat2 cam nak blah .. dia akan jerit2 panggil kita balik dan bagi harga murah .... Thu 29-Nov-2007 08:03
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
Wah ! Seronoknya kak rin bercuti kat China ye. Saya ingat kak rin balik kampung coz tengok rumah sunyi je. Rupanya bercuti sakan sebulan. Hai bila lah pulak saya dapat pi melancong ni. Thu 29-Nov-2007 10:36
Posted by:Wan wanmahani@gmail.com
kak rinn, mmg atie minat nak mintak akak belikan nozzle tuh..
nnt email atie ek camne nak kira
Thu 29-Nov-2007 10:47
Posted by:attyra masriaty@streamyx.com
wadu..kak rinn seronok nyer pi jln2 ke Beijing...siap jadi chef ruper nya Thu 29-Nov-2007 13:49
Posted by:Nur  - [Link]
Rinn... tiba-tiba rasa tersentuh laa pulak.. hehehe.. emotional laa pulak.. bukan sedih tapi seronok sangat.. ada orang nak belajar dah belajar terus nak buat juallll... huhuhu... tahniah Rinn...

psst... kita buat rombongan cik kiah nak??
Thu 29-Nov-2007 15:07
Posted by:mamazieza
k.rin syoknya jalan2.. ramainye manusia kat ctu ye.sedapnya muffin tu..nasi beriyani tu jgn ckaplah..meleleh air liur tgk.. k.rin nk bg tau ni kek suji kismis tu sdap lah.kite ni memng suke ape je yg dibuat dgn suji..dh 2 x buat ...semlm pon br buat..kali kedua tu kite x pkai kismis tp pkai sunsweet prune..memng sdap.. Thu 29-Nov-2007 16:20
Posted by:liana liana85adiniel@gmail.com
psst>>>kata ter'grabbed' handbag..mane handbagnye..nk tengok... Thu 29-Nov-2007 16:23
Posted by:liana liana85adiniel@gmail.com
kak rinn, bestnya tengok nozzle tu semua, berapa ya one set tu? Acuan tart bentuk nenas ada tidak di sana? Thu 29-Nov-2007 18:22
Posted by:zany
jelajah la byk2 kat sana share pics dgn we ols kat sini tgk
re : itu swirl2 dawai tu wilton mari...
Fri 30-Nov-2007 01:55
Posted by:yatt  - [Link]
TQ for your info, bila kak rinn balik sini? Have a nice holiday ya, boleh tak tolong tengok2kan hotel yang sesuai untuk org melayu kita stay kat sana, maksud saya convenient la, bukan apa Air Asia nak launching ke Guangzhou dlm tempoh terdekat ni. Fri 30-Nov-2007 03:26
Posted by:minyaklenga
Amboi Kak Rinn.. jadik cikgu masak temporary kat Guangzhou erk.. hehehe.. memang bagus betul cikgu ni..sekali je anak murid cuba masak.. terus menjadi.. Nampak makanan kat sana pun lebih kurang macam M'sia kan? Tang nasi goreng dan nasi beriani tu ler.. Ni nak tanya.. handbag yang Kak Rin cakap tu baper harganya kalau dgn duit Malaysia? Ada Coach tak? Nak pesan ni.. hehehe Fri 30-Nov-2007 03:27
Posted by:Sabrina  - [Link]
salam jumaat rinn, kakmOn nak tanya cutter alpha A-Z kat sana berapa 1set? kalo dpt rinn sambar tuk kakmOn eik Fri 30-Nov-2007 06:02
Posted by:kakmOn  - [Link]
Rinnnnn.....ni how mah??.....wah, patut ler bau muffin sampai ker singapura.... Fri 30-Nov-2007 08:58
Posted by:Roylazim  - [Link]
sedapnya tgk cup cake tu Fri 30-Nov-2007 10:33
Posted by:Acik sales@bungalawang.com  - [Link]
sonoknya dapat berjln2 di negeri org...
bila la daku dpt kesana....
Mon 10-Dec-2007 12:18
Posted by:sue  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.