Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 26-Nov-2007 16:35 Email | Share | Bookmark
Baking Tools in Guangzhou

Nozzles
Set Spring Foam Pan
Spring Foam Pan Bermotif
Hi again !!
Rinn nak sambung cerita pasal kedai-kedai peralatan baking yang rinn pergi ari tu. Masa tu Rinn tak bawak kamera, so tak dapatlah nak rakam gambar persekitarannya. Maybe next time rinn akan amik gambar lagi sebab definitely rinn akan pi semula ke tempat tu. Ronda tak abih lah katakan. Rinn berani jamin semua benda ada di sana dari yang home-use hinggalah yang ke industrial use, kecuali beberapa benda yang tak sangka pulak tak ada. Contohnya donut cutter yg mcm ada kat sana. Yang ada kat sini rupanya pelik sikit dan tak tajam! Lepas tu papercups untuk cupcakes yg kaler putih dan tepinya ada pleat tuu...alaaa yang paling popular tu lah. Heran jugak naper tak de ekk.
Anyway...meh nak tunjuk benda2 yg rinn beli.

Rinn pun tak tau pasal apa rinn beli nozzles ni walaupun rinn hampir tak pernah menggunakan icing. Mungkin sebab cantik tersusun dalam bekasnya. Bekas yg lebih cantik pun ada. Yang bekas plastik aje pun ada. Yang ini ada 48 pieces. Yang set 68 pcs pun ada !!! Metalnya keras dan tak mudah kemek macam yg kaler tembaga tuu. Kalau ada yg jatuh cinta boleh bagitau rinn.

Springfoam pan set tiga beradik ni rinn beli bukan pasal rinn tak ada tapi sebab harganya murah. Kat Mesia yang rinn beli size 23cm tu harganya RM17.90. Set ni rinn boleh dapat dgn harga Rm50 tapi dgn 3 size yang berbeza.


Haaaaa...setakat yang rinn tahu barang di bawah ni rinn tak pernah jumpa lagi kat tempat kita. Tak taulah pulak kalau-kalau ada kenkawan yg dah biasa nampak. Spring foam pan jugak tapi untuk buat kek biasa dengan base pan yang ada motive. So, bila diterbalikkan kek, motif2 bergambar tu akan terbentuk di bahagian atas permukaan kek. Dalam set ini ada 6 jenis motiv..seperti dalam gambar. The idea is untuk nak dapatkan bentuk-bentuk tu sebagai gambar di atas permukaan kek. Nanti bolehlah di bubuh icing atau piping jelly ikut warna pilihan kita. Sesuai untuk orang2 yang tak berapa kreatif dan tak pandai nak lukis motive bergambar macam puan punyer FP niiii

Pretty cute right ??!!!


Yang berikut ni tak leh amik gambar satu persatu secara live sebab org kedai tu tak bagi. Sebaliknya dia bagi katalog. So gambar dari katalog lah ni. Rinn suka sebab cupcakes casings tuu jarang-jarang kita jumpa atau mungkin tak ada kat tempat kita. Pada tokeh-tokeh cupcakes kita tuu mungkin lebih arif kot. Ni sekadar nak share apa yg rinn nampak.

Lepas tu, rinn nampak dulang bertingkat-tingkat untuk cupcakes. Macam yang kita selalu tengok tu dibuat dari kayu kan tapi yang kat sini ada yang dibuat dari plastik dan metal. Gambar dalam katalog ada tapi tak puas hatilah amik dari katalog. Nanti bila rinn pergi lagi ke tempat tu, rinn amik gambarnya ye. Don`t worry..masih banyak masa lagi .

Hari ini sempat ajar kenkawan kat sini yang berminat nak bukak biznez jual kek halal untuk orang Muslim. Diorang kata Tok-Tok Arab kat sini suka makan ciskek tapi tak de yang halal. Kekadang diorang sebat aje yang kat kedai-kedai tuu !!! Ishhhh...Ishhhh..Tok-Tok Arab ni punnnnn... So, sebagai nak menunaikan fardhu kifayahnya diorang nak try jual kek halal. Nasi beriyani tuu memang jangan cerita lah. Tiap hari Jumaat memang selalunya 30ekor ayam paling kurang tumbang buat lauk beriyani. Nanti bila ada peluang ke perkarangan masjid Guangzhou, rinn akan rakamkan suasana jual-beli tu.
So, sebagai permulaannya diorang mintak tunjuk cara nak buat ciskek yang mudah.


SIMPLE CHEESE CAKE
Bahan-bahan:
2 ketul cream cheese (250gm setiap satu)
180gm gula caster
400ml fresh cream
4 biji telur
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar jus lemon

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2. Untuk base ciskek, tumbuk atau kisar lumat 180gm biskut marie dan cairkan 100gm butter.
Gaulkan kedua-dua bahan dan tekan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk selama lebih kurang
20minit.
3. Untuk isiannya, pukul cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula caster, fresh cream, telur, tepung dan jus lemon ikut turutannya sambil terus memukul adunan hingga sebati.
4. Keluarkan loyang yang berisi base kek tadi dan tuangkan isian cream cheese.
5. Bakar selama satu jam. Selepas 30 minit tutup permukaan kek dengan aluminium foil
untuk mengelak permukaan kek hangus.
6. Setelah masak keluarkan kek dan biar sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan dlm petisejuk
selama semalaman sebelum dihidang.

Masa proses pembuatan ciskek tu rasanya tiada apa-apa masalah sebab ini ciskek yang agak ringkas tapi apabila dipotong rinn agak terkejut sebab bahagian tengahnya masih lembut dan tidak berapa masak. Heran jugak kenapa jadi begitu sebab selalunya ok aje. So, rinn buat kesimpulan mungkin masa baking masih tidak cukup memandangkan rinn tidak biasa dengan oven kawan kita ni. Kan selalunya hanya kita yang mengenal oven kita. Lain oven lain settingnya dan masa bakingnya pun pasti berbeza. Lagi satu, sebenarnya masa chilling itu sendiri masih tidak cukup. Oleh kerana kenkawan di sini sudah tidak sabar-sabar nak makan ciskek maka ciskek itu hanya sempat disejukkan selama 1 jam setengah. Mungkin tak cukup jangkamasa tu. Walau apapun ciskek itu habis dimakan jugak pada bahagian-bahagian yang elok masaknya. Bahagian tengah yang masih lembik tu rinn masukkan dalam tempat pembeku..Heh Heh Heh..dah jadik macam non-baked ciskek pulak tapi rasanya tetap sama macam ciskek plain yang selalu.
Esok diorang mintak tunjuk ajar buat muffin pulak. Macam lah kita ni terrer sangat tapi tak pelah, setakat mana yang kita tahu kita tolonglah ekk. Jangan kedekut ilmu walaupun cuma secebis !!!
Okaylah gang, nanti rinn update lagi dengan cerita-cerita dan gambar-gambar yg ada. Gambar banyak tapi rinn akan pilih2 lah yang mana sesuai untuk tatapan. Salam dari Guangzhou untuk kali ini... Sejuk OOoooooo.........


Quote:
1.boxhousestudio : Sorry terlambat, tapi rinn dah e-mail kat KakTun..
2.kuzi : Org pompuan lah kata kan..tak dpt beli window shopping pun dah seronok !!!
3.masihjelita : Uiishshh..toksah ler sampai gila meroyan. Nozzle 48pcs tu RM80 saja.
4.zakiahz : Ok, nanti kakrinn try guna motiv pan tu sebab hari ni diorang nak belajar butter cake. Baru kita tau sama ada ok atau tidak ye. Simple ciskek tu tak guna pan baru sebab kawan kakrinn yg kakt sini pun ada beli tapi dia beli 2 set yang tin biasa tu. Dia nak try pakai yg tu. Okay jer keluar ciskek tuuu..
5.Hana : Silent reader pun tak pe. Dah mai jenguk dapur chomel ni pun kakrinn dah bebrbesar hati. Kakrinn dah e-mail Hana, check lah !
6.lina@alma : I will tapi kena tunggu boss free. Kat sini pun dia kerja mcm kat Mesia. weekend jer free. Nak plan trip ekk...Sounds great !!! Boleh saja kalau ada crowd....
7.Yati yadami : InsyaAllah, kakrinn akan cuba update sebanyak yang boleh. Kat sini pun rutin mcm kat Mesia gak..Bz dgn "rumahtangga"..heh ehh hhehhh...
8.Mohd Azhari Azizan : Uuuuu...sambil menyelam.. minum air.. tangkap ikan..candik sotong..jala udang..heh heh heh...Alahaaaaiiii, setakat tolong tunjukajar buat kek sikit2 boleh lah
9.mamasya : Alhamdulillah, bila ada kesempatan memang kakrinn nak buat macam2 kat sini. Cerita nozzle niii..kakrinn pun mana pernah buat icing mengicing mcm tokeh2 kek kat FP tuuuu. Saja seronok2 beli. Kot lah suatu hari nanti teringin nak mencuba....
10.Eryne Jasmine : Kakrinn dah e-mail Eryne, check lah ye
11.Eryne Jasmine :
12.liana : Dah beli tak pe...tapi jangan tak digunakan pulak ye. Nanti merajuk pan tu. Buat ciskek ni jangan mengalah walau sekali buat tak jadi. Kena cuba berkali-kali baru tau kat mana silapnya. Kakrinn yg dah selalu buat pun kelmarin tak berapa jadik.. Ada rezeki nanti liana sampai lah ke mari ye..
13.rani : Set nozzle 68pcs tu tak pasti pulak tapi definitely lebih murah kalau banding beli kat sana. Yang 48pcs tu cuma RM80.
14.ummiaqil : Chef tak bertauliah..Ajar buat ciskek pun ada slack sikit !!! Tak ayh ada kedai pun boleh buat koleksi baking tools..untuk home use...
15.umi-kal : Rezeki rinn kali ni dapat dtg Guangzhou, Alhamdulillah. Hubby mmg galakkan buat biznez, rinn aje yang terkedek-kedek...tak de tanjak nak jadik biznez woman.
16. boxhousestudio : Motiv pan tu boleh buat agar2 ye. Kalau yg betul2 mould agar2 pun ada..tak belilah lagi..(lagi......silap haribulan beli pulak tuuuuu...) Bukan nak goda , sekadar nak share keseronokan..ok kan
17.boxhousestudio : Nanti rinn cuba cari walaupun rinn tak pasti bentuk "open star" tuu..
18.Roylazim : KakRoy nak ke set nozzle tu??..rinn boleh tolong beli. Set yang lebih dari 48pcs pun ada.
19.mOk nDa : Kakrinn dah e-mail kat mOk nDa. Check ye... Ciskek boleh kalau nak guna pan biasa tapi eloknya lapik dasar dan tepinya. lapik tepi tuu bagi lebih panjang sikit. Nanti boleh angkat dengan menarik paper tu. Cuba ye..Kakrinn masa tak de spring foam pan guna cara tu jugak !!
20.boxhousestudio : Boleeeehhhhh....
21.mOk nDa : Saiz kecik ada tapi yang kaler hitam tak pasti pulak. Kalau yg tin biasa tu banyaklah. Kakrinn dah e-mail mOk nDa, check ye.
22.attyra : Nozzle RM80. Springfoam tu boleh saja utk bakar kek biasa.
23.liza*ummi2H* : Hi liza. Minat ye?? Boleh saja kalau minat nak order. Kakrinn tolong belikan aje...
24.kakmOn : Lorrrr...ni dah ramai sangat yg nak ikut ni nampak gaya nya kena arrange trip spesel utk gang2 FP dan blog niiii....
25.Acik : Nozzle kat NGV dispenser ???? Heh heh heh...lawak la Acik niiii....Iye lah nozzle ni macam-macam tempat dia boleh guna..
26.Sabrina : Biasalah Sab, org dapur ni memang sukakan benda canggitu. Eh saper kata Sab tak leh order apa2..Barang selain dari baking tools pun berlambak. Cakap aje..mungkin kakrinn boleh tolong carikan.
27.masriyah : Biznez ekkk...tak de tokoh lah. Setakat tolong beli tu ok jer. Tq..
28.lynnhassan : Tuu lah kalau ramai yg berminat kakrinn boleh arrange untuk import container cupcakes tuu. Kedai-kedai baking tools kat sini kebanyakannya jual secara borong. So, macam cuppies containers tu sekali jual 5000pcs ke atas. Sikit2 tak jual, tu yang kakrinn tak dapat nak beli sample. Tengok katalog jer lah.
29.MamaFaMi : Kalau Mama nak no hal punyer. Rinn boleh tolong belikan. Window shopping yang banyak maa....Terlampau banyak benda2 menarik.
30.hajar : Kitchen cabinet dah sendat, tak tau nak sumbat kat mana nanti
31.LeeLin : Alah Lin, kirim aje Lin nak ape. Yang tak tunjuk kat sini pun kalau ada terlintas apa2 in your head just name it. kakrinn boleh tolong cari..Bunga dari nozzle tu ada diorang tunjuk dalam katalog. Macam-macam lenggok gaya jadiknya. Kalau org kreatif mcm tokeh2 kek & cuppies kita tuuu, sure makin ngancam hasil deko diorang...
32.mamazieza : Alamak, baru seminggu kat sini dah kena perambat balik !!! Leceh lah ma, tak puas lagi belek barang-barang! Bekas cuppies tu nanti rinn cuba pilih dua tiga design yang paling menarik dan beli. Kalau orang biznez cuppies, 500 biji tu pejam celik pejam celik kejap aje abih lah maaa....
33.afairus : nozzle tu RM80 satu set yg 48pcs.
34.Kelly Lee : Waalaikummussalam. Ciannyer dia...hubby pi sana atas urusan kerja tuuu. Sure tak cukup masa nak ronda abih. Lagi pun Rinn ada kenal orang kat sini (Kawan2 hubby) So, kalau nak beli barang2 ajak diorang tunjuk tempat dan tolong jadik jurubahasa. Kalau kita saja pi sure kena kelentong dgn org kedai.!!! Kelly nak kirim apa..yg tak de dlm gambar pun boleh juga. Sebut saja coz almost everything ada kat sini. Cry no more laa babe..!!!
35.Bonda RaqynRafiqin : Ok. Motiv Srping foam tu mmg siap2 ada 6 pcs base plate nyer. Amik ajelah semua. Bekas cuppies tu, mcm yg kakrinn cakap kat mama..nnt kakrinn try beli dua tiga jenis. Pasal transportation tu don`t worry, kalau ramai yg nak order..kakrinn boleh arrange kontena. Sebab hubby pun dok hantar barang pakai kontena.
36.LeeLin : Tu lah pasal nya. Dah lah bawak kamera gabai..nanti diorang ingat papparazi mana pulak. Pepandai ler nak hiduuuuup...
37.syazwaniadnan : Oooiit...janganlah jeriitttt!!! Nanti terkejut neighbour2 sebelah rumah !! Nozzle set tu RM80. Kedua-dua pan set tu RM50. Kalau wani betul2 nak cakap aje ye. Pengangkutan dan bayaran kita citer lain bila kakrinn balik nanti, InsyaAllah sebelum Raya Haji.
38.kuchai : Tq Tq..Weekdays duduk apartment aje sebab cik abg kerja. Weekends or bila dia tak kerja baru boleh jenjalan. Kuchai pun suka jenjalan..CARI MAKAN kannn ??!!! Heh Heh Heh..itu apek2 muslim ka?? Semua kedai makan halal kat sini tukang masaknya lelaki China Muslim berkopiah..semacam aje rupa diorang...
39.boxhousestudio : Manyak sori lah KakTuuuuuuun. Sebab terlampau bnyk sgt type ...@yahoo.com, address KakTun pun rinn tertype ...@yahoo.com. Dah re-sent. MamaFaMi ada sms tadi...
40.ezzuramd : Biasalah kat Mesia..semua rege barang melambung-lambung tak pernah turun. Nak kirim apa?? Ha ah, memang ramai yg suka cheese tart tuu..Bagus lah kalau ezzura pun dah berjaya membuatnya.
41.serrina : Hai serrina. Nak Motiv Backformen tu ye, boleeeeh. Hal selebihnya kita citer lain bila kakrinn balik sana nanti.
42.mummy jam : RM50 aje mummy. Mummy nak kirim ke??
43.Kelly Lee : What are friends for?? Ooopppss..hubby dah bagi hint tuuu... Agaknya dia tak mau citer awal2 sebab takut you order macam2 kot. Hopefully the sembang wouldn`t end up just like that there...Kecek2 lah bila dia nak ke Guangzhou nanti !! sayang bini pasti beli punyer....
44.yatt : Ada rezeki terpijak, tu yg dear hubby bawak jenjalan naik kapal terbang. Cooking class tu mmg diorang dah lama teringin nak belajar buat kek & muffins tapi tak de org nak ajar. Rinn ni cuma bidan terjun jer. Guru tak bertauliah. Sepatutnya Helli ler kena mai ajar buat ciskek baru ngancam jiwa raga. Tambah2 strawberry & kiwi kat sini murah pulak tu. Diorang tu sebenarnya ada kerja tetap kat sini as biznezmen..jual makanan halal tu sampingan tapi buat duit jugak ooo. Especially cakes and bakes ni mmg tak de kedai halal. Tu yg diorang beriya-iya nak venture into it.. Nozzle tu mmg le mahal kat sana. 45.faradilawati : Hi fara, tak jugak dinamakan melancong sebab cuma pi jenjalan bila dear hubby tak kerja. Mcm dok kat sana jugak kalau weekdays. Insyaallah, kalau fara nak springfoam tu kakrinn boleh tolong belikan. Bayaran etc nnt kita citer lain ekkk..
46.chendana : Amboilaaaaaa chendana oooiiii..punyerlah teruknya nak susun ayat tu !!! Cakap direct aje kan senang. Insyaallah, nnt kakrinn masukkan dlm senarai. Niat baik tu dah ada, mudah-mudahan lepas ni boleh tgk chendana mendeko kek pulak ye !!
47.nabialishad : Uuu..ada e-mail ekk. Nanti kakrinn check ekk...
48.attyra : Nak yang mana??
49.yati-m : Tak yah lah sampai jerit "tolong!..tolong!" Kalau nak springfoam tu boleh saja. Nanti kakrinn tambah nama dlm senarai...
50.attyra : Ok, satu set nozzle utk atie..
51.chendana : Sama-sama, kakrinn lagi seronok sebab chendana boleh sama-sama gembira dengan kiriman nozzle tu..
p/s : Ayat tu ok..tapi kakrinn lebih suka ayat2 direct..senang citer !!
52.maklang : Tolong beli utk kenkawan..Uiishhh lama dah tu maklang, kalau maklang pi skrng sure dah bnyk berubah !!
53.faradilawati : Insyaallah, kakrinn cuba dapatkan satu set lagi. Nanti kakrinn update fara ye...
54.eixora : Waalaikummussalam eixora. Insyaallah kakrinn cuba dptkan satu set motiv pan tu, Rege RM50..
55.intan azim : Nozzle??..Lagi best kalau dpt tgk hasil dekorasinya...


rinn....email kita boleh?..ade le tu...sshhhh.... Mon 26-Nov-2007 18:45
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
kuzi pun kalau kat kedai peralatan baking nih, boleh duduk berjam2.. boleh tengok pun dah cukup... Mon 26-Nov-2007 19:14
Posted by:kuzi  - [Link]
alahai kak rinn..bkn jatuh cinta je ...boleh meroyan tgk peralatan baking tu.... ..psst..nk tu juga harga nozzle tu... Tue 27-Nov-2007 02:13
Posted by:masihjelita
baking pan yg ada motif tu saya pun ada, beli dari BAGUS shah alam. Tapi kan kak rinn, kualitinya tak brp bagus pasal yg base pan tu takleh lekat betul dgn body dia, so bila letak acuan kek memang bocor, harga say atak ingat, bila mintak tukar, tuan kedai tu tunjuk semua pan yg ada pun camtu...

p/s : simple cheese cake tu kenapa tak bakar dlm springfoam pan yg baru tu...
Tue 27-Nov-2007 02:16
Posted by:zakiah z  - [Link]
Salam kak rinn, selama ini saya silent reader je tapi bila tengok gmbar gmbar ni, geram saya tengok. Saya teringin nak kirim nozzles dengan motive backformen tu. Berapa harga setiap satu tu Kak Rinn? Boleh kak rinn email Hana personally? Tue 27-Nov-2007 02:23
Posted by:Hana hana_iwan@yahoo.com
make sure Rinn p menjelajah seluruh Guangzhou dlm sebulan ni..........nanti balik SP, bolehlah buat rombongan bawa kami kaki jalan ni p ke sana pula, tak payah lama, 1 minggu pun cukuplah......apa kata orang utara??? setujutak??? Tue 27-Nov-2007 02:40
Posted by:lina@alma
Salam kak Rinn.. Saya dapat bayangkan betapa seronoknya kak rinn dalam kedai baking tu. Pasti tak sedar masa berlalu. Nanti postkan lagi gambar2 menarik ya.Tak dapat pergi tengok gambar pun jadilah... Tue 27-Nov-2007 03:24
Posted by:Yati yadami68@yahoo.com
ni bukan setakat makan angin ni,,,,shopping,,,bukak kelas masakan,,,berbisnes,,,,,,,emm,,,mcm wartawan pun ada,,,,
apa2pun,,kalau niat baik,,Insyaallah,,,mesti dapat balasan setimpal ni,,,
Tue 27-Nov-2007 03:38
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
Suka tengok gambar2 alatan baking yg macam2 ni....gambar nozzles yg K.Rinn zoom tu sama bentuk yg saya beli...belumpun guna....tak tahu apa bentuk bunganya... kat sini RM2.30 satu biji tu.kat sana mesti murah lagi kan. Wah K.Rinn sempat lagi jadi chef kat sana...baguslah...boleh kongsi ilmu dan tambah kenalan kan....
Tue 27-Nov-2007 05:10
Posted by:mamasya  - [Link]
waa.... kak rinn... eryne bole jadik gile tgk barang2 baking nie... errr... eryne sebenarnye mmg tgh dok carik nozzle... kalu yg set kak rinn beli tu... brape harge ek? Pastu set spring foam and base yg ade motif2 tu pun eryne suke gak... Bole tak kalu eryne nak kirim gak? Email kat eryne bole tak? Tue 27-Nov-2007 06:05
Posted by:Eryne Jasmine  - [Link]
ehhh... lupe plak nak bg email add.... excited punye pasal la nie...
eryne1908@yahoo.com.my
Tue 27-Nov-2007 06:07
Posted by:Eryne Jasmine  - [Link]
wahhh..k.rin borong sakan ye.. gerammmnye tgk baking tool yg k.rin tunjuk ni...ish ish ishh sabar je lah..nk kirim tp kite dh order kt catalog plak..hehe..kite order spring form motif 3 pcs rm25 je..tp x tau lh kualitinya cm ne..brg pon lom smpai lg. k.rin sdapnye cheesekek tu..kite ni dh lh suke gile mkn cheesekek ni..slalu beli jer..penah wat non bake cheesekek tp x jadi terus mlas nk wat lg dah.. k.rin x jln2 mkan angin ker...nnti update lh tmpat2 yg best kt sana..mane tau klau ada rezeki bleh lh kite p sana gak..hehehehe Tue 27-Nov-2007 06:35
Posted by:liana liana85adiniel@gmail.com
fuhhhhhhhh
bagus bagus
heheh
rani pun ada gak yg nengok menda2 nih
k.rinn bape rega set nozel 68 tuh
sama dak ngan wilton???
Tue 27-Nov-2007 07:11
Posted by:rani
wauuuuuu...kak rinn jadik chef kat sane....Tabik ahh...
terliuknye tgk baking tool tu...kalau lah aishah nih bukan kedai,sure dah kim...
nih kek yg berbaju pon belum try buat lagi...
huhuhuhuuu....bile ler gamaknye ye...
Tue 27-Nov-2007 08:04
Posted by:ummiaqil@nagaoka sh.shada@yahoo.com  - [Link]
alahai Rinn nasib baik sungguh kan,dapat pergi tempat2 bergitu, dah lah
macam2 ada di jual ,harga murah pulak tu, tak nak buat business ke, kalau
buat business nanti bagi tahu lah ye nak juga tumpang beli
Tue 27-Nov-2007 08:10
Posted by:umi-kal  - [Link]
rin bekas 6 motive tu boleh buar agar-agar untuk hantaran la...or sebarang majlis ..belikan untuk kita...camne nak online fulus ne....tula jangan goda... Tue 27-Nov-2007 08:52
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
dlm banyak2 noozle tu.jenis ."open star" tak de...yg macam noozle wilton tu no 2110 1M..cantek kalu buat cc...gi cari rinn...yang tu evergreen la... Tue 27-Nov-2007 08:58
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
Wow, Bestnyer, Nozzle set tu, Geram-nyer... Tue 27-Nov-2007 09:08
Posted by:Roylazim  - [Link]
kak rinn...bestnyer kak rinn ni....macam azhari cakap, g jenjalan, wat cooking demo, jdik reporter, bisnez...etc...etc...kak rinn, klu kak rinn tak keberatan, saya pon nak order gak springform pan set yg 3 beradik tu...nanti email to me or bagi no account akak...tapi tak paksa tau...kalau menyusahkan akak tak payahlaa....satu lagi nak tanya, simple cheese cake tu klu bakar guna pan biasa yg tak springfoam boleh ker? ok, tq in advance Tue 27-Nov-2007 09:18
Posted by:mOk nDa marre8892@yahoo.com
kalau dapat belikan kita satu ya... Tue 27-Nov-2007 09:43
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
kak rinn...beshlaar kak rinn...dapat gi jenjalan n bagi good info kat kami di sini.....saya berkenan ngan springform pan set tu tapi yg saiz lebih kecik ada tak? yg 6,7,8/9 inches? kalau ada n kalau terima pesanan, saya pon nak kirim gak....nanti email to me the procedure or yer account no....ok, tq in advance Tue 27-Nov-2007 09:43
Posted by:mOk nDa marre8892@yahoo.com
kak rinn,

baper harga nozzle tuh?
springfoam tuh leh guna utk bakar kek2 biasa tak?
mcm berminat aje
Tue 27-Nov-2007 10:13
Posted by:attyra attyra@yahoo.com
hi kak rinn.. baru jer masuk fp kak rinn nih.. sungguh teruja tau..bestnya tengok nozzle tuh.. (wpun tak tau buat icing) .. tp macam best jer kalo ada collection maybe berguna satu hari nanti kan...
saya ada springform pan tuh.. tp yang 9 inci saja.. muat2 oven yg kecik tuh.. tp 9inci pon rm17.90 tau..
nanti kita ada duit lebih kita nak kirim yg 6 motive tu la.. heheh.. apa2 update lagi okeh..
Tue 27-Nov-2007 11:07
Posted by:liza*ummi2H*  - [Link]
uwaaaaaaaa rinn ko kesyam.. kakmOn nak ikuttttttt

rinnnn cayang, penat ek.. meh kakmOn pijit *wat muka leynah nak candy*
Tue 27-Nov-2007 11:25
Posted by:kakmOn  - [Link]
wah dah ada 'tools' baru..kalau scope of work sy ni, nozzle tu kat NGV dispenser.....tapi nozzle kat sini lagi menarik Tue 27-Nov-2007 12:28
Posted by:Acik sales@bungalawang.com  - [Link]
Perghh sakan erk masing-masing memesan. Hehehe.. Sab tak leh nak pesan apa-apa pun sebab semua baking tools ni Sab tak reti guna dan tak reti nak guna. Jadi Sab cuma boleh memerhati ajer la. hehehehe.... Sure bertambah gaya dan skill membaking lKak Rinn bila balik ke Malaysia nanti. Tue 27-Nov-2007 13:38
Posted by:Sabrina  - [Link]
Ini kalau buka bissnes pasti kencang nih...
Happy holiday...........
Tue 27-Nov-2007 15:31
Posted by:masriyah  - [Link]
amboi, tgk set nozzel tu, ada beberapa yg tak guna sangat, geram tgk container cupcakes tu, tanya tokey tu, tak nak pasar kat m'sia ke? Tue 27-Nov-2007 18:01
Posted by:lynnhassan lynnhassan@yahoo.com  - [Link]
Suka bebenor kita kat nozzle dan Motiv Backformen tu, tapi mesti dah ramai yang kirim...so tak beranilah mama nak tambah your load...anyway, have fun shopping ya.... Tue 27-Nov-2007 18:02
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
bestnye tengok bakeware yg kak rinn tunjuk...balik msia nanti tentu meriah kabinet dapur Tue 27-Nov-2007 22:19
Posted by:hajar  - [Link]
kak rinn, jangan tunjuk gambar byk sangat! kita kirim suruh beli nanti...!! hehehe
ps: nozzle byk² tu, dah baca manual tak, bunganya jadi gaya mana nanti? hentam lah labuuu... asal bahagia
Wed 28-Nov-2007 03:37
Posted by:Lee Lin  - [Link]
RINNNNNNNNNNNNNNNN...... BALIK CEPAT BAWAK BARANG2 TU.. tak nanti mama tpon lagi.. hahahah...
utk bekas cuppies tu.. kalau ada 20 orang nak.. heheh. .boleh sorang amik 500 kee.. buat simpan jadik tukun
Wed 28-Nov-2007 05:52
Posted by:mamazieza
kak rin..nozzle tuh baper rm??? Wed 28-Nov-2007 05:56
Posted by:afairuz  - [Link]
Salam Rinn. Cho-san .. (cewah..). Rinn selalu buat kita disini sakit jiwerr .. ahaks. Geramlah tengok barang2 nak buat kueh tu. Hari tu I beli 1 loaf tin RM12..(rasa cam mahal jer). Yg bestnya sebab non -stick. Sempatlah buat kek pisang Mamafami.. Tak sangka pulak kat tempat ni ada banyak benda yg boleh 'dikirim'. Hari tu hubby pi sana, dia kata 'takde apa2'. Boleh?? Rasa nak nangiss nih.. Wed 28-Nov-2007 06:25
Posted by:Kelly Lee
bonda nak tambah order.. set nozle 48pcs tu...pastu nak spring foam yg motif love dgn teddy bear tuh.. Konfem tau nak gak! utk bekas cuppies tu..mcm menarik..ada tak lagi yg nak mengorder..nak gak tumpang skaki...nanti jenuh la kak rinn nak angkut bawak balik! Wed 28-Nov-2007 07:55
Posted by:Bonda RaqynRafiqin
ps: kak rinn, jgn sampai kena halau dari kedai barang kek tu sbb gamak sgt ambik gambar, tah dia ingat spy dari mana pulak nanti hehehe Wed 28-Nov-2007 08:36
Posted by:Lee Lin  - [Link]
ya Allah!!
k.rin!!
wani hampir2 nk menjeritt!!!
cantikkkkkkkkkkk sungguh baking tools smua ni..
alahai, daku tergoda..
yg motive pan tu kan kak, satu set ke? brape yg price die?
kt are cni ada jgk, cuma x byk shape, just 2-3 je..

pastu kan kak..
ishh, nozzle tu.. haiiyooo! lg la dok xtahan ni!
wani xpenah deco.. tp gatal nk try deco! tp, tu la, skrg dok survey rege2..
almaklumla, budak kecik mcm wani ni, nmpk je org deco cantik2, kite pn, gataiiiii nk beli!

em, trip akk end bila neh?
hish, rasa nk flying without wings je ke sane!
Wed 28-Nov-2007 08:54
Posted by:syazwaniadnan syazwani86_adnan@yahoo.com
happy jenjalan akak dearie. ayak ramai yg dah kirim nih! takpe access luggage soh depa bayaq skali . kacak2 apek muslim kat sana hiks Wed 28-Nov-2007 09:07
Posted by:kuchai  - [Link]
cik rinn....dah email kat kite?...tak de pun?...padanle mamafami tanya kita...dia nak your email too... Wed 28-Nov-2007 12:17
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
wah kak rinn...bestnyer tgk alatan semua tuh... murah ek...kat sini mahal melambung..kirim bleh... ..last week saya buat blueberry cheesetart recipe kak rinn..mmg best... happy shooping!!!

http://ezzuramd.fotopages.com
Wed 28-Nov-2007 12:38
Posted by:ezzuramd ezzuramd@hotmail.com  - [Link]
hai kak rinn...geram tgk tools yg akak tunjuk sme tu...tapi lebih tertarik kat spring foam yg bermotif tu....x penah jumpe kat mesia ni...nak kirim bole??? Wed 28-Nov-2007 14:43
Posted by:serrina  - [Link]
spring foam yang ada motif tu memang cantik, agak2 berapa harga nya eh? Wed 28-Nov-2007 15:13
Posted by:mummy jam  - [Link]
Rinn, I am touched by your offer. Acih bebanyak. Buat masa ni kita 'kasi chan' member lain membeli/mengirim. Kita cuba buat2 tak ndak. Tadi I tanya hubby "u tau tak kat Guangzou ada jual hal2 buat kueh, banyak na... my fren citer". Dia sambut "ha'ah memang ya...blablabla....". Dipendekkan cerita yg macam nak panjang ni, I cakap dlm ati "ada chan aku...!" Wed 28-Nov-2007 16:21
Posted by:Kelly Lee
huwaaa..rasa tak tentu arah rasa bila baca entry nih...weeyyy bestnya gi jalan2...pastu siap ada sessi ala2 cooking class pulak tu...syioknya dengar dorang biz food kat situ...ciskek, briyani, muffin...
nozzle satu set 84 tu rasanya kalau x salah sy tgk seratus lebih kat sini...
Thu 29-Nov-2007 01:51
Posted by:yatt  - [Link]
Hai Kak Rinn... Seronoknya pergo melancong...
Saya berminat ngan Springfoam pan set tiga beradik tu (RM50)
boleh ker kalau sy nak oder lagi (1 unit) ... Sy duduk di Tg. Malim Perak
Kalau boleh.. kos penghantarannya nanti akak bg taw yek..
Thu 29-Nov-2007 03:14
Posted by:fara faradilawati@upsi.edu.my  - [Link]
kak rinn dgn muka tak malunya....aduih tebalnya 10 inci....saya actually dah terbekenan(kan ka rin srh habaq kalau dah jatuh cinta...hehe) dgn nozzle set tu...reganya RM80 kan....saya tak kisah pun brapa kena byr...sbb saya mmg tgh berkira2 mencari setnya...sudi kiranya akak tolong belikan 1 ja...utk saya kalau tak keberatan dan menyusahkan....ntah sejak balik jepun ari tu saya mmg niat di hati plan nak belajar mendeco kek..bagai pucuk dicita..ulam mendtg..saya beritahu kak...dgn sedikit(actually byk pun...huhuhu) rasa malu nak susah2kan org pulak!Boleh ke dan sempat lagi ke.... saya dahului dgn ribuan timak asih jiak mendpt perhatian....kuikuii... Thu 29-Nov-2007 03:19
Posted by:chendana ayu_cendana@yahoo.com  - [Link]
intan teruja giles2 baca entry kali nih..mmg lama ku nantikan nihhh...anyway sis check email ehhh...ku ada email something..ahaks!! Thu 29-Nov-2007 05:47
Posted by:nabialishad  - [Link]
mcm mana nak suh kak rinn belikan nih?? Thu 29-Nov-2007 06:36
Posted by:attyra attyra@yahoo.com
mau la springform tu...tolong2..
camne nak order nih? muka tak malu abis ni..
Thu 29-Nov-2007 07:58
Posted by:yati-m  - [Link]
kak rinn, atie nak kirim nozzle tuh Fri 30-Nov-2007 03:05
Posted by:attyra masriaty@streamyx.com
thank u very much kak rinn....hati saya dah berbunga2 ni...kukui...seronoknya!
p/s:teruk ke ayat saya tu kan..tapi takpa janji mendpt perhatian dan msk list...hihihi
Fri 30-Nov-2007 03:24
Posted by:chendana ayu_cendana@yahoo.com  - [Link]
alamakkk...bestnya....banyak beli gadget....geram tengok sumer tu wehhh...
maklang pernah g China sekitar tahun 1998....lama dah..masa tu minat masak lom ada lagi...
Fri 30-Nov-2007 03:33
Posted by:maklang_06@yahoo.com  - [Link]
Hai Kak Rinn... Apa Khabar?...Unt. pengetahuan kak rinn...
Kawan sy pun berminat ngan Springfoam pan set tiga beradik tu (RM50)
Jadi.. sempat lagi x kalau sy nak pesan 1 unit lagi...
Mon 3-Dec-2007 02:14
Posted by:fara faradilawati@upsi.edu.my  - [Link]
salam kak rin...
sebelum ni sy masuk FP akak dan view ajer...
tapi entry kali ni menarik minat sy nak posting comment....
Kak Rin, sy berminat dengan motiv-backformen...
Masih ada peluang lagi nak kirim mengirim????
Boleh tak akak email regenya brp???
Wed 5-Dec-2007 03:14
Posted by:eixora eixora_my@yahoo.com  - [Link]
wahh bestnyeee nozzle dia!!! Wed 5-Dec-2007 21:35
Posted by:intan azim peanut_is@yahoo.com  - [Link]
akak... kalau saya nak tolong akak kirim beli nozzle tu.. boleh ke akak... ke tak boleh?? huhuhuu...
boleh x akak emel saya...?
Sun 16-Dec-2007 11:54
Posted by:wan wanz23@gmail.com
Assalamualaikum rinn, boleh lagi kek kalau kak su nak kirim nozzle icing ni? Kak su baru tersesat kat sini. Geramnya tengok nozzle tu, yang 60 pcs tu berapa? Tapi tak kisahlah harganya tu, kak su memang teringin............ sangat nak benda tu, boleh ke? Rin jawab kat emeil akak boleh ke? Terima kasih banyak-banyak yerrrr............ Wed 6-Feb-2008 04:51
Posted by:su su98_ps@hotmail.com
duk ronda2 kat alam maya ni jumpa lak fp ni. Masih kat sana lagi ker? Tak malu ni, samalh mcm kak su nak tanya boleh kirim nozle tu tak and plus dgn springform pan set? He..he.. Thu 27-Mar-2008 00:27
Posted by:ieza 2noriza@gmail.com
A'skum Rinn. Boleh x u balas my email sbb I nak tanya pasal Guangzhou. Sat 12-Apr-2008 02:51
Posted by:Kak Zai sydraz@tm.net.my
Hi Rinn,
sembang2 lelaman, tersangkut pada recipe2 Rinn, dah lah tu hal GZ pulak. Shioknya! dari rasa teringin, sampai betul2 nak pergi ke sana. I saw that Haizhu appears like a shopping haven. Ni kita betul nak pergi ke sana tau, awal bulan June ni.
Rin can you tell me where in GZ can we get the baking tools? i am so moved by the shopping items that that i dont want to rugi kalau ter-miss those places. Could you kindly advise the names of the places.
How long have you been in GZ, are you still there? I havent been following up as i just started chancing up your site not long ago.

Hope to hear from you.

Thanks Rinn and happy cooking, baking and just about doing anything else you can whip up in the kitchen
Halila
Thu 1-May-2008 02:08
Posted by:halila halila@yahoo-inc.com
kak rinn kalu nak order nozzle set tuh boler ker? berminat nyer nk aader satuu set.. Sat 3-May-2008 12:15
Posted by:anis a.pipernigrum@gmail.com
kak rinn, cemane nak kuakan cheesecake dr loyang tu dgn elok dah tak pecah ye Tue 15-Jul-2008 08:08
Posted by:Aties aties_1899@yahoo.com  - [Link]
kak rin, nk tanye nie.. pnh x wat lasagna...
kalau ade, tolong e-mailkan boleh tak resipi die.. d_crazyfrog@yahoo.com.my
tqvm
Sun 16-Nov-2008 07:52
Posted by:daya.. d_crazyfrog@yahoo.com.my
rin, saya nak kirim sets nozell tu, boleh ke? berapa RM? Mon 27-Apr-2009 12:06
Posted by:inanaim ina_968@yahoo.com
Kalau saya nak mintak tolong belikan Nozzle 48pcs tu boleh tak? kira sekali dgn harga courier, berapa? saya tengah belajar2 meng ICING.... please reply Tue 23-Jun-2009 03:16
Posted by:suzyJB suzlyenna@gerbangperdana.com.my
salam , rin
wawa pon minat gak ngan nozzle set tu...
kat guangzhou tu aper nama kedainyer...
kakak wawa selalu gak gi sana utk project company dia kat sana...kekadang sampai 2 minggu sekli tiap bln..
minatnyer ngan nozzle tu.. tgh gila nk buat cupcakek ni hehehhe
tgh blajar2 meiising kek2 tu..
Wed 24-Jun-2009 09:36
Posted by:norwawa wafiizzah@yahoo.com
kak rin i nak lah order springfoam set tu ok tak
macam bestgitu blajar2 buat kek.i tinggal di singapore.
Mon 31-Aug-2009 01:11
Posted by:julie sjulie77@hotmail.com
boleh tak belikan Nozzle tu.... berkenan sangat..... kira lah sekali dgn duit courier. Wed 2-Sep-2009 23:43
Posted by:suzyJB suzlyenna@gerbangperdana.com.my


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.