Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Nov-2007 16:57 Email | Share | Bookmark
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI GUANGZHOU...

Main trolley kat LCCT
Pramugari yg fasih berbahasa Melayu
Menu Air Asia
Depan Shenzen Airport
Depan Apartment building
Malam di kota Guangzhou
Ni hao..Ni hao...
Aahhh lega rasanya dapat muncul semula setelah beberapa ketika ada masalah teknikal dengan internet connection. Ni sajalah nak bagi tau..sebenarnya rinn dan keluarga dah lima hari berada di Guangzhou China. Mungkin akan berada di sini selama sebulan. Kebetulan dear hubby ada urusan kerja dan anak-anak pun cuti sekolah...dan rinn pun sentiasa cuti ..maka dear hubby dengan bermurah hatinya telah mengajak kami sekeluarga ikut sekali. Bukan senang ooooo nak bawak satu keluarga..nak pergi saja pun macam-macam urusan nak kena bereskan. Almaklumlah..rumah pun akan ditinggal tak berpenghuni. Kura-kura yang dua ekor tu tak pelah..dah dititipkan pada anak-anak buah dear hubby di opisnya. Haaa Haaa Haa...kura-kura kena pi opis !!!
Belum pi lagi dah terbayang bila balik nanti sure daun pokok sukun penuh bertaburan kat depan rumah. Rumput panjang. Daun-daun kering bersepah-sepah. Pokok bunga mati kekeringan. Post box penuh. Hmmmm..terpaksalah terima hakikat yang itu semua tak dapat dielakkan.
Kat sini kami menginap di apartment tingkat 13 yang dear hubby sewa untuk kegunaannya bila dia ada urusan kerja ke mari. Agak selesa dan very convenient kerana almost everything yang kita cari ada di kawasan persekitaran. Dan yang penting ada kedai makanan halal. But most of the time memang rinn sediakan sendiri makanan untuk keluarga. Kira macam duduk rumah sendirilah. Routine kerja rumah pun macam selalu juga..memasak, membasuh, mengemas. Cuma tak drive ke sana ke mari macam kat sana..
Masa kami sampai ke Airport Shenzen pun dah malam jadi tak dapat nak rakam gambar perjalanan kami. Tak pe lah, nanti bila ada kesempatan rinn akan upload apa-apa gambar yang patut. As an appetizer..jom cuti mata dengan gambar-gambar ini

2nd day tengaharinya tak sempat lagi nak masak sebab belum cari raw materials. So, kami makan di sebuah kedai makan yang diusahakan oleh sekumpulan China Muslim. Menunya banyak sungguh sehingga tak tahu nak order yang mana. Last2 dear hubby yang buat pilihan sebab dia dah biasa makan kat sini.






Hidangan ayam tak ada. Kebanyakannya berasaskan daging dan sayur. Satu serving tu saja bukan mainlah banyaknya. Tapi macam biasa nasi semangkuk kecil. Memang cara makan orang China begitu. Lebih banyak lauk dari nasi. Oleh kerana banyak lebihan makanan, kami pun tapao bawak balik. Boleh buat dinner !!!! Yahoo...tak yah masak untuk makan malam. Rasa janggal nak masak sebab bukan di dapur sendiri dan peralatan yang ada pun yang basic aje.
Semasa di kedai makan tu ada satu perkara yang menarik perhatian. Tuakng masaknya membuat mee/ramen hanya bila ada order. Time tu dia uli..time tu dia celur..time tu dia masak. Main tarik-tarik aje dengan tangan, tak perlu guna mesin atau alat pemotong. Rasanya lebih cepat dan pantas.


Malamnya sempat singgah di apartment kawan-kawan orang Malaysia dear hubby yang memang menetap di sini dan ada juga yang berumahtangga dengan orang tempatan. Kesemua mereka ni memang fasih berbahasa Mandarin. Senang kami nak ke mana-mana sebab ramai jurubahasa. Susah nak cari orang tempatan yang boleh berbahasa Inggeris. Kalau nak membeli barang yang mudahnya ke supermarket saja lah. Kalau ke tempat lain kena pakai jurubahasa..heh heh..kalau tak sure kena kelentong dengan penjual !!!
Lepas tu sempat lah merayau-rayau di tengah-tengah kesibukan kota Guangzhou..

Yang bersama-sama kami di dalam gambar adalah saudara Hamly, kawan dear hubby yang handal memasak. Selain kerja beliau mengusahakan jualan nasi beriyani pada setiap hari Jumaat di perkarangan masjid Guangzhou. Jika berkesempatan nanti rinn rakamkan aktiviti tu. Minggu ini masih belum berpeluang dear hubby terpaksa ke HK pulak pada hari Jumaat tu.
Hari ini rinn telah dibawa ke satu tempat di mana ke semua kedai-kedainya menjual peralatan baking... Ada berpuluh-puluh buah kedai dan seperti yang dijangka memang tak sempat nak menjelajah ke seluruh kedai. Agak jauh juga dari apartment tempat kami tinggal. Kira-kira sejam perjalanan menaiki bas. Adalah juga terbeli beberapa benda..rinn akan upload gambarnya in my next entry. Till then..have a nice weekend


Quote:
1.zatidhati : Peluang sekali dalam satu-satu masa. Lepas ni entah bila pulak....
2.yangmazni : Betul tu..jauh perjalanan luas pandangan.
3.erna : Heh Heh..senyap ler sebab sibuk prepare itu dan ini sebelum nak pi. Bila dah sampai sibuk hal lain pulak. Internet pun mulanya ada problem. Now ni dah ok..bolehlah berFP. Masak2 orang China ni lebihkurang orang China Mesia gak..cuma di sini bnyk makan daging. Wokay nnt share recipe orang China...kalau ada laaaa.....
4.Bonda RaqynRafiqin : Sebulan ok lagi..kalau kena setahun, haru gak dibuatnya !!! Buah tangan?? Insyaallah.....
5.rani : Makanannya ok laaa...tapi kalau order satu serving punya lah banyaknya !!! Boleh 2-3 orang makan...
6.ummiaqil : Ada rezeki nanti sampailah giliran ummiaqil...
7.liana : Alamak sorilah..nanti kakrinn update kalau ada resipi baru ye. Terimakasih krn tak jemu2 jenguk dapur kakrinn....
8.masihjelita zikrymania : Alhamdulillah ada rezeki lebih dapat ke China satu keluarga. Ini pun kena tunggu cuti sekolah. Kalau hari-hari biasa..memang susah nak jalan2 kan walaupun kakrinn tak kerja.
9.mamasya : Seronok jugak especially bila bab shopping dan makan..siap duit jer lah !!! Masak memang tetap kena masak. Kalau nak makan luar aje jenuhlah...Bahan2 mentah semua boleh dapat kat carrefour depan apartment ni, so tak de masalah lah nak masak.
10.boxhousestudio : Kedai-kedai tu memang ok tapi certain2 barang tak boleh beli sikit2 sebab diorang jual secara borong esp barang yg kecil2. Kalau yg besar2 tu ok beli satu-satu. Barang2nya lebihkurang di Mesia jugak cuma ada beberapa benda yg menarik dan mungkin susah nak dpt kat tempat kita. KakTun nak pesan apa??
11.Daalia : Kakrinn dan anak2 mmg first time mai sini tapi hubby dah selalu sangat datang atas urusan kerja. Oooo liana pun dah biasa mai jugak ke?? Dekat2 area Guangzhou ni ada 4 restoran muslim. Boring2 nak masak sendiri..kami mai ler makan kat salah satunya. Tapi tak de ler pulak serve itik or kambing. Yang banyaknya daging dan sayur..mee ramennya pun sedap !!!
12.zanaz : TQ, tuu lah pasalnya. Mujur ada display menu, senang gak nak tunjuk2. Nak cakap tak reti..heh heh..kena bawak jurubahasa !!!
13.imu-kal : Best lah sesekali dapat jalan jauh satu keluarga. Kedai jual brg baking tu mmg banyak harga pun berpatutan. Cuma nak kena bawak jurubahasa lah takut kena kelentong !! Insyaallah nnt rinn update citer2 yg menarik...Ada rezeki nnt auntie mai lah ye. Bnyk benda menarik ada di sini.
14.zakiah z : Biasalah sibuk settlekan itu dan ini sebelum pi..Bila dah sampai kena settle down sat. Seb baik internet dah ok boleh lah berFP. Baking tools tu kalau ada yg menarik nnt kakrinn boh gambar kat sini..
15.mummy jam : seronok jalan-jalan cari makan !!! Shopping pun heaven....
16.Sabrina : Ha ah..dah sampai China pun. Anak-anak dah besar2 ni senang sikit nak ke sana ke mari walaupun yg bongsu tu masih merengek gak sekali-sekala. Biasalah budak kecik. Nak bercuti lama ni kena tunggu time anak2 cuti, kalau tak kami duduk rumah aje. Hubby kan selalu outstation..sesekali rezeki lebih dapat lah jalan2. Nak borong tu ok..tapi nak angkut balik tu lah masalah nya. Boleh senget kapal terbang dibuatnya!!!
17.MamaFaMi : Sebulan ok lagi ma, kalau kena setahun or bertahun-tahun mau meraung gak nak balik mesia !!! Hmm..nak ikut ekk?? Tak pe next time kita plan oversea trip untuk gang2 FP..Amacam?? sempoi dak !!!
18.cek de sam : Ha ah, kat Guangzhou ni memang best shopping. Siap duit jer laaaa..Tak sedar oooo...duit mengalir mcm air !!!
19.lynnhassan : Kalau ada kenal orang di sini dan tolong guide masa shopping memang best. Kita kan tak reti cakap China dan diorang pun tak reti cakap omputih. Tu yang susah. Bila ada org guide senanglah nak cari barang. Bedliner ye...tak tau pun ada yg menarik mengenainya. Nanti kakrinn tanya dan survey..
20.lina@alma : Kalau boleh...meeeemang nak ajak semua kenkawan tapi apakan daya budget ciput jer.
21.kakmOn : Masuk kedai baking jer meemang terbayang muka kenkawan FP. Kalau semua-semua ada rasa boleh runtuh kedai tuuu !!! Jelly and candy mould ekkk.. Hmmmm..boleh cari tapi kalau mould untuk coklat banyaklah ada...
22.Lee Lin : Kali ni mungkin Lin yg jeles..Lenkali manalah tau kakrinn pulak yang jeles tengok Lin pi Swiss ke..Dubai ke..Who knows !!!
23 & 24.babybatriesyia : Dah tua-tua macam ni baru ada chan nak ke China nina oiiiii...Ni sebab hubby dah janji nak bawak sini dengan anak2 time cuti panjang. Alhamdulillah ada rezeki lebih, sampai juga. Boleh duduk lama sebab hubby memang ada kontrak sewa apartment 2 tahun utk kegunaannya kalau ada urusan kerja. Save laa on accommodation. Makan pun boleh masak sendiri. InsyaAllah, next year turn nina pulak...
25.maklang : Orang nak bawak, maklang oiiii..kita ikut ajelah dengan anak2. Rezeki jangan ditolak..bala jangan dicari. Issshhh..mana boleh tak balik. Sebelum Raya Haji balik ler nanti..mana boleh miss ketupat rendang raya !!! Tapi kat sini tak leh sangat nak baking-baking. Takut terbeli barang tak halal. Masak-masak lauk biasa tu ok lah. Daging dan ayam halal kena order jugak. Nampaknya Rinn dah jadik macam kenkawan kita yang duduk oversea lah ni. Kalau nak masak apa2 kena pikir tiga empat kali pasal leceh nak cari bahan !!!
26.cak : Tak jauh lah cak. Hari-hari boleh jumpa kat FP !!!!
27.nabialishad : Heh Heh Heh..macam mana tau, kakrinn pun window shopping jer yang banyak. Kalau ikutkan hati memang nak beli macam2 tapi bila fikirkan nak bawak balik tuu..hmmmm..beg baju jer dah 3 beg besar !!!! Tapi kami tetap enjoyyyyy.....biasalah kannn...sebab satu keluarga ada di sini !!!!
28.Ibu NF : Uuuuuu...kain sutera . Nak beli tu boleh cuma modal tak banyak lah Ibu NF. Sikit-sikit tu bolehlah. Kalau datang dengan tujuan nak cari barang biznez kena bawak modal banyak tuuu...
29.chepah : Time enjoy kami enjoy. Time hubby pi kerja duduk apartment ler kami. Nak kuar sangat pun tak berapa tau tempat2 unless ada org tolong bawak boleh lah. Resepi apa ye..Nak buat mee tu heh heh heh..tebar roti canai poooooooon tak lepas lagik!!!
30.Mohd Azhari Azizan : Ni Hao...Haaa tu boleh cakap China dah !!! Takat tu jer lah yg tau ..OOpppppppssss, "terbeli" yg halal tak pe...jgn "terbeli" yg tak halal udahlah ye. Dapat datang makan angin pun dah Alhamdulilliah..shopping tuu ala kadar aje dek oiiii....
31.hajar : Bab jenjalannya tu tak de lah sampai sebulan sebab most of the time duduk apartment aje. Kalau hubby tak de urusan kerja baru dia bawak kami jenjalan around. Buat mee guna tangan tu kaaa??? Kalau kakrinn yang buat rasanya mee tu akan jadik sebesar tali kapal dagang !!!!
32.ain : Teringin jugaklah nak tau resipi org2 sini tapi tak jumpa lagi yg interesting selain dari cara buat mee guna tangan tuu. Tapi ada sekali makan mee tu..digoreng ala-ala spagheti, sedap jugak !!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net