Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 2-Nov-2007 10:38 Email | Share | Bookmark
BAWAL HITAM GORENG BEREMPAH

 
Gorengan berempah memang masakan kegemaran Rinn. Ianya menambahkan lagi kesedapan dan keharuman dalam masakan kita. Resipi bonda yang telah kujamah dari kecil hinggalah ke dewasa..Kali ini Rinn nak goreng menggunakan ikan bawal hitam, antara ikan kegemaran di rumah ini.

BAWAL HITAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan :
3 ekor ikan bawal hitam sederhana besar

2 sudu besar biji ketumbar
1 camca teh biji jintan manis
1 camca teh biji jintan putih
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Utk hiasan:
Sebiji bawang besar
1 tangkai daun kari.
*Bawang dihiris nipis digoreng garing bersama daun kari.

Cara-cara :
1. Bersihkan ikan dan kelar-kelar badannya.
2. Tumbuk kesemua rempah biji hingga hampir lumat.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, tumbuk hingga lumat.
4. Lumurkan pada ikan dan goreng hingga garing seperti biasa. Pastikan minyak
benar2 panas dan banyak...(Deep fry)
5. Tabur bawang daun kari goreng di atas ikan semasa menghidang.

Hidangan goreng berempah ini boleh juga digunapakai untuk ikan-ikan pilihan yang lain. Bahan-bahan mentah lain seperti ayam, tempe, udang, hati & mempedal juga tidak kurang enaknya jika digoreng berempah. Rinn suka gaul rempah2 garing dan bawang goreng tu sekali dengan nasi bila makan..sedap
** Buat Cakcibur....Maaf ye sebab memaparkan hidangan bergoreng kali ini tapi rasanya kalau Cak masak yg ini sure tak leh tahan dengan baunya yang harum....Harus jugak Cak mencubanya !!!


Quote:
1.liana : Apa-apa yg digoreng berempah memang sedap..Tambahan pulak kalau makan dgn nasi panas2, cukup dgn lauk tu aje !!! Sesi latihan cakap omputih dihentikan buat seketika..Rasa macam tak cukup feeling bila citer pasal makanan dlm bahasa omputih ni, vocab masih cetek !! Lenkali berlatih lagik.... ..Nanti bila2 nak cuba pari pecal tuuu....
2.myperiukbelanga : See the apron laaaa...lagi brutal !!!!
3.kelly lee : Macam-macam laa kelly ni. Masak aje apa pun..yg penting anak2 makan. Hati ibu ini selalu risau anak2 yg kurang selera makan nasi..( Kalau junks tuu lajuuu jerk ekkkk.... ). So, biar lauk sesimple mana pun kalau diorang suka, eloklah kita masak utk diorang. Untuk kita sesekali kita selitlah resipi kegemaran..Huishhh, takkan nak tunggu samapai 6/2008 baru nak buat kek??? ..Heh heh heh..buat aje bila free..Cheese tu selagi tak dibuka dan duduk dlm fridge rasanya boleh bertahan lagi..cuba check!! ( Saja nak suruh bukak..biar kelly do sth abt it !!!!....)
4.KakLeen : Waalaikummuslm KakLeen, singgah fp KakLeen..mmg akan singgah. Harap2 KakLeen dah kembali segar bugar. Mujur keluarga rinn tak de yg sakit time raya ni..mungkin tak beraya sakan sgt kot. Dan rinn pun nasihatkan diorang terutamanya jangan minum air bergas..Alhamdulillah, tak ada yg batuk. Anak2 rinn pantang air gas..cepat jer jadi batuk !! Tq KakLeen sbb bagitau psl fp mogok ni..kalau dak mmg rinn pi jenguk fp KakLeen & org lain tanpa dpt tinggalkan komen..
5.MamaFaMi : Kalau rinn jadik pemalas kat dapur..adalah dia jadik rajin kat benda lain pulak..menjahit?? Gardening?? Spring Cleaning?? Ngadap laptop ??....Kalau dak poon, mungkin pasal sakit !!!
6.hajar : Setuju..masakannya boleh dipelbagai..ikut selera..
7.masriyah : Hebat nyer !!! samapi boelh bau ke sana ye...!!
8.fifi fad : Alamak..KakRinn dah menyebabkan orang lain terseksa..ya ampunnnnn !!!
9.LeeLin : Boleh cik adik..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net