Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Oct-2007 08:18 Email | Share | Bookmark
KUIH MAKMUR & CORNFLAKE MADU & CHOC SPONGE CAKE@ALEX GOH

 
 
 
Salam Raya buat ke sekian kalinya. Heh heh heh...What a nice looong break I had. Sorry coz I might keep you people wondering where have I gone missing. Ada kat rumah laaa...layan diri yg ditinggal dear hubby outstation after a few days raya until the time I was writing this. A usual scenario in the house...
Hmm..the following was our gambar raya. Pardon me due to the bad quality of the pics. Dear hubby admitted it that his eyes need treatment. Using DSLR wasn`t a good idea actually but he insisted. He uses lenses but that also no longer helps. Thought of undergoing lasic treatment but still looking for good timing.




What???...Kuih Raya???..To tell you the truth I wasn`t really into making kuih raya..not only this raya but during all the rayas before. Why like that?? Simply becoz we don`t celebrate at our home. Always at either my mom`s house or my MIL`s house. After all..we can always enjoy various types of kuih raya when visiting relatives or friends. Our favourite kuih raya were actually all those kerepek2, muruku and kacang2. And as usual all those were bought from bakeries. I wanted to make muruku..but hmmmmmm... . Let`s just KIV for the coming Deepavali..Ooopppss, Raya Haji laaa !!!
Anyway, I made this Kuih Makmur. The kuih which I didn`t come accross at any house at all these whole raya. Maybe the "saham" for this Kuih Makmur has gone down ever since those Kuih Bebola Kristal/Biskut Arab made their appearance.

KUIH MAKMUR
Sumber : Mesra.Net

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
250gm mentega
secubit garam
Sebiji putih telur

Intinya:
1 cawan kacang tanah, dikisar halus
2 sudu besar gula halus

Salut kuih makmur:
1 cawan gula pasir, dikisar halus

Cara-cara:
1. Sangai/goreng tanpa minyak tepung gandum dan garam hingga kering berderai.
2. Pindahkan tepung gandum ke dalam bekas kering dan campurkan mentega dan
putih telur. Uli hingga sebati. Sekiranya masih lembut tambah tepung gandum sedikit
demi sedikit sehingga mendapat adunan yg sesuai utk diuli.
3. Bulat-bulatkan adunan sebesar guli atau fishball, leperkan dan masukkan inti kacang
ke dalamnya. Kepalkan padat2.
4. Bakar selama 20minit atau hingga kekuningan pada suhu 150 drj.
5. Biarkan kuih makmur betul2 sejuk baru disalut. Kalau tidak gula salut akan melekit2
kerana terkena kuih yg masih panas.

After all Kuih Makmur has been categorised as "kuih orang lama"..as compared to the modern Bebola Kristal which may look almost the same but with a combination of three different colours that make they look more presentable and beautiful. The taste??...Kuih Makmur still with the same old taste....Just don`t talk while you`re having a mouthful of Kuih Makmur !!! You know what I mean...

My daughters insisted me in making this Cornflake Madu rather than the Chocolate Treasure since they have had enough of the latter before this. Hmmmm...I just let them make those themselves. Here`s the outcome...

CORNFLAKE MADU

Bahan-bahan :
Sekotak besar Nestle Cornfalke (325gm)..apa2 pun brand pun ok
250gm butter
4 senduk besar madu
2 senduk besar bijan
2 senduk besar buah2 campuran kering
1 senduk almond cincang..tak bubuh sebab tak ade

Cara-cara:
1. Cairkan butter dalam periuk. Tak perlu sampai jadi minyak.
2. Masukkan madu. Kacau hingga rata.
3. Masukkan cornflake, buah2 campuran, bijan dan almond cincang. Kacau rata.
4. Sudukan ke dalam papercups pilihan dan bakar pada suhu 150 drj selama 10min - 15min.
Jangan terlalu lama nanti hangus pulak.
5. Sejukkan dulu baru simpan dalam bekas kedap udara.

Marble ShortBread is a must. It is Along Afina`s favourite. I made 3 trays..and by now only a few pieces left.


This one was made a few days after Raya. Tried out another Chocolate Sponge Cake from Alex Goh`s Collection which I actually still have less confidence on whether I would be succeeded or failed. Glad it turned out perfectly good. This sponge cake was quite heavy but still soft in texture as compared to the bakery bought sponge cake. I could feel it when cutting the cake..the cake didn`t sink down when I press-cut with my knife.


CHOCOLATE SPONGE CAKE
Source : Chef Alex Goh

Bahan-bahan:
4 biji kuning telur
20gm gula
4 biji putih telur
100gm gula
100gm tepung gandum
1 1/2 serbuk koko
50gm mentega, dicairkan dan dibiar sejuk seketika

Cara-cara:
1. Pukul putih telur hingga kembang dan kental. Masukkan gula.
Teruskan memukul hingga kental dan pekat.
2. Pukul kuning telur dan 20gm gula.
3. Campurkan adunan putih telur dan kuning telur. Kaup balikkan
perlahan-lahan. Jangan terlebih adun. Cukup sekadar tergaul sebati.
4. Kaupbalikkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Kaup balikkan pula mentega hingga sebati.
6. Bakar di dalam loyang yg telah dilapik kertas gris pada suhu 180 drj
selama 25min - 30min. Keluarkan kek serta-merta setelah siap dibakar.
6. Biar sejuk dan hiaslah ikut citarasa.

I discovered a new way of making the chocolate ganache in NONA old mag and it was called Krim Hias Fantasia. A little different from the usual way becoz it used cocoa powder instead of the usual cooking chocolate bar. Let`s take a look at it.


KRIM HIAS FANTASIA

Bahan-bahan:
200ml madu
65gm mentega
60gm serbuk koko
180ml air suam
250ml susu cair
40gm tepung gandum
1 camca teh esen vanilla

Cara-cara:
1. Bancuh kesemua bahan kecuali mentega. Kacau sehingga sebati dan
tapis untuk mengelak bancuhan berketul-ketul apabila dididihkan.
2. Masak seketika di atas api sederhana, masukkan mentega.
3. Teruskan kacau sehingga bancuhan mendidih dan menjadi likat serta
berkilat.
4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disapu ke atas kek.

I was curious about the taste, that`s why I tried it. Well, it was a little different from the usual ganache coz the honey taste was a bit outstanding here. However I simply like the shiny appearance. The leftover ganache, I just left in room temperature but it didn`t get hardened. Even after I chilled the cake the ganache didn`t get hardened as well, it stayed soft like "dodol" to be exact but still easy to cut. To be frank, it has the look..shiny and sticky alright, but the taste..tak berapa laaaaa......

Alya had been counting down days to Hari Raya the other day...simply becoz of this...

She celebrated her 10th birthday exactly on the day when all the Muslims in the world celebrated Eidul Fitri..Double Duit Raya for Alya !!! Sukanyer diaaaaa....
P/S : Kek tu beli..mommynya bz masak rendang & ketupat bla bla bla......


Quote:
1.Azfa : Salam Raya..dah kembali dari cuti lah ni. Cuti tapi duduk rumah aje..Setahun sekali cuti tak pe kan..Most of the time asyik ngadap dapur n FP..Sori lah ekk...
2.Wiz : Same with me la Wiz. Kebetulan after came back from MIL/mom`s house on 5th raya..next daynyer hubby pi outstn lak. Tinggal lah I dgn anak2 till today. Iyelah, this week minggu exam. My eldest and 2nd doter pun baru lega lepas PMR n UPSR. 2 org lagi periksa penggal akhir lah ni.. Nice ye deep purple tuu..thnx. You all pun nampak hebat in gold..if I`m not mistaken laa...good to hv u ere again
3.mamasya : Nampak mcm maroon ke??..It wuz deep purple..saje jer nak sedondon. Memang Alya seronok giler..bila pi raya ada aje org tolong buat announcement bday dia. Tu yg dapat duit raya lebih dari org lain!!!
P/S : Mmg mata hubby kakrinn dah tahap teruk tuu...pakai contx lense/glasses pun kabur. Sibuk sgt sampai tak dpt nak curi masa buat treatment. Buat kat TTDI..nama apa klinik/hospital tu? Kosnyer??
4.Sabrina : Terimakasih di atas ucapan bagi pihak Alya. Hidangan ketupat rendang tu memang masak jugak utk pagi raya tapi tak snap gambar laa..tu yg ralat tuu sebab dah bergegas nak ke kg MIL. Kek tu sesaja je buat utk makan anak-beranak...
5.Nur : Salam Raya Nur. Kuih raya ala kadar jer Nur..ikut selera anak2. Kalau buat yg canggih-manggih mcm kuih2 moden skrng ni sure tak laku punya. Kerepek2, kacang, muruku beli bnyk laaaa
Terimakasih di atas ucapan bg pihak Alya..
6.Masriyah : Salam Raya, terimaksih di atas ucapan utk Alya. Kek tu biasa aje..sesaja buat bagi pandai sikit buat sponge cake. Kakrinn ni phobia sikit kalau dgn sponge cake ni..kekadang jadik..kekadang tak jadik. Tu yg kena praktis selalu..Kalau dah topping coklat sedap ajeee....
7.hajar : Salam Raya lagii....kebetulan dapat buat sedondon..saja seronok2 buat Boria Pulau Pinang !!!
8.zakiahz : Tak hilang cuma kureng seronok lah sikit sebab kawan dah pi outstn time org tengah seronok beraya. Zakiah pun sama ekk... . Kek span ni kakrinn rekemen sebab bahan2nya mudah. Cuma tu lah..buat kek span ni kakrinn paham kerenahnya ialah tang nak kaupbalik tuu..Kena pandai2 adjust sendiri. Kalau terlebih beat..sure tak berapa naik atau tak gebu. Alhamdulillah, berkat tak jemu mencuba..rasanya resipi dari Alex Goh ini boleh digunapakai.
P/S : Hmmm...tips ye. Rasanya kakrinn ni memang dari keturunan kurus tinggi kot. Adik-beradik yg lain tinggi2 jugak tapi bertubuh besar. Mungkin sebab kakrinn ni dari zaman sekolah hingga ke Univ aktif sukan..tak duduk diam. Anak2 pun jaga sendiri, tak pernah ada maid. Buang kalori tang tuu lah kot !!! Makan bnyk jugak tapi tak taulah....
9.10.11.yt/hellikonia : Tak wonder puunn sebab I mmg tau yt is Helli and Helli is yt.. . Mahal jugak ye kiwi kuning tu tp seriously tak pernah jumpa lagi kat sini. Tak tau la kalau terlepas pandang.
12.Lee Lin : Thnx for the wish utk Alya tuu. Rumah kakrinn pun cuma ada kuih2 yg itu aje plus kerepek2 yg masa tak raya pun ada..masa raya pun bertambah2 lagilah adanya. Kalau begitu, marilah kita sama-sama mengembalikan zaman kegemilangan kuih2 tradisional lama kita. Semoga bertambah "makmur"....
13.mrs apple : Iye..kerepek2 lebih menggoda dari kuih2 raya. Ayooo...mcm selebriti pulak nak kena sign otograf !!!
14.Mohd Azhari Azizan : Terimakasih bagi pihak Alya. Memang dia seronok giler..org dapat rm5 dia dpt rm10..org dpt rm10 dia dpt rm20..double selalu !!! InsyaAllah..akan kakrinn buat muruku tuu di Aidil Adha..semangat jer ni !!!..Ooohhh..ada cerita rupanya di sebalik kejadian warna2 berbeza baju raya tuuu... Lawak jugak bunyinya....
15.MamaFaMi : Thnx for the wish bg pihak Alya. Iyelah ma..melalui citer2 mama on recipe Alex Goh ni nampak gaya reliable. Rinn pun cuma ada senaskah aje buku dia..Susah nak cari kat SP/Penang ni. Kalau balik KL tak sempat pulak nak ke big book stores...lupa pun iye. Seronok dgr mama amat berbahagia dgn Raya kali ini..Lama sungguh kan mama tak merasakan semua itu !!..Rumah tunggang terbalik tu biasalah kan org baru pindah. Macam rinn masa pindah rumah skrng ni 10 tahun dulu, masa tu bulan posa lagik..Raya pun ala kadar jer tp ramai org ziarah sbb rumah baru pindah...
16.nabialishad : Alooooo...intan ni, mcm lah kakrinn ni lawa bangat mcm Erra fazira !!! ..Anak5 pun dah besar2..Ummm, shortbread tu kakrinn ingat mmg guna loyang cutter baru elok potongannya. Mungkin intan boleh buat nipis sedikit biskutnya tuuu..Senang sikit nak potong. Pas tu kalau nak potong try guna pisau yg bergerigi. Oven tecit tuu tak de masalah kot..sbb ovn kakrinn pun come lote jer...
17.jeff : Alhamdulillah, sempat menziarah sanak-saudara terdekat masa beraya di kg. Rumah kenkawan belum sempat lagi sbb hubby outstn dari raya ke 5. Gambar2 ok ke? Thnx...
18.Qaisara : Salam Aidil Fitri buat Qaisara sekeluarga juga..Putih melepak sebab dah tempek bedak sepuluh kati !!!!
19.Roylazim : Alamak..ada org ngorat laaa!!! heh heh...kuih2 biasa aje tu kakroy. Raya di rumah akak lagi meriah kuih2 raya nya yee..ketupat lemang rendang ada jugak tapi masa 1st raya tu dah tak sempat nak snap gambar..sibuk di dapur.. layan MIL, niece, hubby n anak2 makan...Tak yah attack lah kakroy..rinn sambut dgn carpet merah lagi ada.....
20.Syah : Kopi??..."ubat" bagi tak mengantuk nii... Selamat maju jaya dlm bznz anda ye...
21.Ana : Lepas hubby pi outstn kakrinn tak raya daaah..duk umah layan anak2. Raya di rumah taman tak semeriah di kg. Alhamdulillah sempat ziarah sanak-saudara terdekat..kenkawan belum lagik. Thnx for the bday wish utk Alya..
22.Haniss : Iye lah..baru ada mood dan kesempatan nak update. Tu yg sekali harung bubuh semua tuu..
23.ida isk : Iyeee..meriah macam Boria Pulau Pinang!!! ..Ha ah lah lepas raya ni lebih relax dan seronok pulak nak buat kuih raya lagi..masa bula posa, dok bz manjang dgn itu ini...
24.kamalina : Ha ah..purple. Jenguk fp kenkawan ramai jugak yg bertemakan purple..warna fevret tahun ni kot !!!..Choc Sponge cake tu mudah bahan2 dan cara buat. Cuma kena berhati2 masa nak campur bahan2 jgn terlebih pukul. Putih telur pun kena betul2 kembang dan kental..Try le. Happy Bday in adv buat anak kamalina ye..
25.liana : Maaf le dek oiii...asyik dijamu dgn candy jer ye. ..Tak pe..lepas ni kakrinn back to normal pace, InsyaAllah. Kek coklat tu mmg laaa..sesape pun suka..kakrinn ni buat cuma nak praktis bagi konfiden jer. Sponge cake ni bnyk kerenah jugak nak buat bg yg tak skill mcm kakrinn ni...
26.liana : Posing malu-malu laaaaa...mana ada maut !!!
27.Rita & kids : Me tooo.....
28.maklang : Heh Heh Heh..anak dara ape maklang oooiiii...Mak Dara dah niiiii !!!! ..Tu yg beruntung tuu..sorang masak, sorang basuh baju, sorang kemas rumah, sorang mop lantai.. ..Mak dia goyang kaki..(Kalau betullah boleh begitu... )...Ha ah, semua pepel kali ni.. Nanti rinn singgah umah maklang ekk..tgk org sana pulak beraya !!!
29.MaDiHa : Menunggu buah tak gugur ye MaDiHa !! Maap la ye... Tak muda daaaaah, esok lusa nak masuk 40+1 puuunnn. Tak tau le..mmg badan canggini kot..makan tu selalu lebih dari orang lain
30.Ain : Thnx for the wish utk Alya tuu dan Selamat Hari Raya juga utk Ain sekeluarga. Kuih2 raya tu ikut selera anak2, buat sikit2 aje sbb lebih suka serve kerepek2 and kacang2..Yang tu lebih laju orang makan...
31.zu zain : Iye ke..Happy Belated Bday buat your son as well..Dah besar ye anak bujang you !!
32.umi-kal : Kuih biasa2 aje tu auntie. Alhamdulillah, raya tahun ni meriah..sempat menziarah semua sanak-saudara terdekat..Sehari sebelum raya pulak dapat anak saudara baru...Terimakasih bagi pihak Alya di atas ucapan. Memang dia seronok abih dapat double duit raya selalu...
33.boxhousestudio : Ha ah, buat 3 adunan sekali gus sebab mmg tau anak2 suka..kawan2 anak2 pun suka. Coklat lah katakan. Stroke batik tu masih amatur lagi..terketar2 tangan nak melakarnya..heh heh ..Alya tu dulu main keyboard..tapi cikgu music dia suruh tukar main piano pulak sebab lebih "cerah masa depan" ..konon2nye laaa..Kalau KakTun nak tau, anak2 rinn mmg adalah sikit minat main muzik..Yg sulung main drum utk brass band sekolah, yg 2nd tu suka main guitar letrik..yg lelaki tu main drum..tapi dia ni tak berapa serious sgt..suka main2..ayahnya suka main gitar tong..yg kecik ngan maknya ni..tukang melalak Alaaa..KakTun, cornflake madu tu main campak2 aje, anak2 yg buat..Resipinya dah rinn tempek utk KakTun..Kikis coklat tu pulak senang aje. Rinn guna pisau yg org buat kopek kulit buah tu..kikis aje kat belah tepi coklat bar..mudahkan. Ikut lah..kalau nak gulung2..kikis slooooww slooowww..kalau nak pendek2 buat laju2..adjust sendiri ikut suka. Terimaksihlah KakTun...dah tua punnn rinn ni, esok lusa nak 40+1 daahh.. Mak Dara kpd 4 org anak dara lagik !!! Hati aje yg masih muda..rock selalu !!!
34.Misliha : Salam Aidil Fitri buat Kak Miss juga. Hmm lama jugak tuu..sure KakMiss bz dgn kek2 & deco2nyer.. Rinn pun sama..mohon ampun maaf seandai ada terlanjur kata terkasar bahasa masa memeberi komen. Halalkan pandangan yg selalu menjamu mata kat fp KakMiss..Memang suka nengok kek2 KakMiss.
35.kak jie jie : Kebetulan dapat buat sedondon purple/maroon..nampak mcm maroon ke kak??... Alhamdulillah, raya meriah sempat ziarah sanak saudara terdekat. Alahaaaii..kesian kak jie jie ye..tak sempat buat baju raya. Sebab tu rinn malas nak beli kain & tempah takut tak sempat..selalunya rinn beli yg siap. Tapi baju anak2 ada yg rinn jahit sendiri sebab susah nak cari saiz. Hiasan kek tu cara orang malas.. Main kikis coklat n tabur jer....
36.kelly lee : Waalaikummussalam kelly & Salam Raya juga. Waa...lama tak singgah ye. Kalau kelly ada blog boleh gak rinn singgah. Anyway, Happy Belated Bday juga buat anak dara kelly..dah besar dia ye !! Kuih makmur ni agaknya sebab kita ni dah tergolong dlm golongan veteran..tu yg masih suka ye..dahsyat le kelly order sampai 3 balang. Rinn tak pernah rasa lagi yg inti tamar..sedap agaknya tu.
37.nic : Sikit-sikit aje tuuu...kerepek2 7 muruku beli bnyk lah
38.mamasya : TQ sya. (pakai spec hitam...)
39.idderes : Alhamdulillah, sempat beraya dgn sanak-saudara terdekat...meriahlah jugak
40.tupperfan : Raya setahun sekali...kena lah meriah !!!
41.boxhousestudio : Heh Heh..dulu2 masa tak tau kena gak rujuk resipi..bila dah ingat..adjust sendiri ler..KakTun dah buat ke??
42.mamazieza : mama habaklah ape yg besh tuu..mungkin pada rinn besh tapi sebaliknya pulak pada mama. Mama ni kata aje nak datang tapi daaaaak jugak sampai2..nantilah rinn pi jenguk kat opis !!!
43.wiz : Ni kes "Tipah Tertipu" lah nii.. I saw the small foto of yours. Tak clear sgt ..mungkin sebab tu I sangka yg gambar raya tu was ur family. After all, you both are sisters..mesti ada iras2 kaaann...
44.cek de sam : Thnx for the wish bg pihak Alya..Kuih raya biasa2 aje tuu..Kat sana sure ada yg lebih sedap...
45.mamazieza : Komen mama tu main cilup BAAA...Ada kat atas tuu haaa.....Tak hilang ke mana pooon.
46.zanaz70 : Beberapa tahun raya kebelakangan ini dah jadik tradisi pulak nak pakai sedondon. Wajah kakrinn ni universal..kat mana2 ada dlm dunia ni heh heh heh...
47.iyta : Piano anak ke 3 kakrinn namanya Alya..yg sambut bday tuuuu laa. Dia dulu main keyboard tapi cikgu muzik dia nasihatkan tukar main piano pulak. Kakrinn tak reti main. Kakrinn duduk SP..Mai ler

Selamat Hari Raya.. lamanya cuti.... you were right.. I was wondering where have you been. lama tak update FP.

Cheers, Azfa
Thu 25-Oct-2007 12:58
Posted by:Azfa azfahaneesyed@yahoo.com  - [Link]
Hi Rinn, honestly wiz tak beraya mana2 lagi. After raya at mum's place and MIL's place terus balik rumah, bake cakes and tutor my kids for their exams. End of this week baru rasa lega sikit. Peh ni baru boleh raya.

You guys look so beautiful in that colour.

Welcome back.
Thu 25-Oct-2007 14:26
Posted by:wiz  - [Link]
Sedondon baju raya warna maroon K.Rinn dan keluarga...warna tema thn ni ya..
Happy belated birthday Alya,seronok tu dpt double duit raya.... byknya coklat atas kek tu..buat terliurlah pulak...
psst; husben ada buat lasik 2 1/2 thn lepas kat TTDI, so far Alhamdullilah matanya tak ada masalah wpun sebelum ini dah berthn pakai spek.Cuma 2-3 hari pertama je mata pedih2 dan lepas tu dah boleh driving sendiri. Cuma pantangnya tak boleh expose mata kpd direct light pada peringkat awalnya kena selalu pakai spek hitam....
Thu 25-Oct-2007 14:36
Posted by:mamasya  - [Link]
Mula-mula sekali, nak ucap Happy Belated Birthday buat Alya! Semoga membesar menjadi anak yang memabanggakan ibu-bapa dan semoga berjaya dalam pelajaran.
Dalam masa orang lain semua dok hidang ketupat.. rendang.. nasi beriani.. nasi minyak.. Kak Rinn hidangkan kek plak erk.. Aduihhh awat lah semua orang rajin buat makanan sedap-sedap ni. Tercabar betul rasanya..
Thu 25-Oct-2007 14:58
Posted by:Sabrina  - [Link]
Salam aidil fitri buat kak rinn sekeluarga....wah dah keluar kuih raya nie...chocolate cake tu ler buat mengancam

Happy belated birthday buat your daughter Alya....
Thu 25-Oct-2007 16:22
Posted by:Nur  - [Link]
Salam Aidilfitri...Happy belated birthday buat adik Alya,semoga membesar menjadi anak yang solehah dan kebangaan ayah dan Ibu...Kek chocolate Kak Rinn tu emmmp...menarik dan pastinya sedap.. Thu 25-Oct-2007 16:36
Posted by:masriyah  - [Link]
selamat hari raya kak rin...amboii, sedondon warna sekeluarga juadahpun best2 Thu 25-Oct-2007 21:23
Posted by:hajar  - [Link]
patutlah menghilang, malayan diri suami outstation rupanya.. hehe.. saya pun, lepas raya ketiga husband terus naik kapal belayar 3 hari, tu lagilah takleh contact langsung, maklumlah atas laut..

kek span kat atas tu kak rinn rekemen org buat ke tak? Saya pun kalau buat kek span mesti either tak jadi atau kurang menjadi.. ni tak guna ovalette, bolehlah saya try..

p/s : kasilah tips jaga badan, kak rinn maintain je badan, saya ni baru anak 2, mak aiii badan dah susah nak turun..
Thu 25-Oct-2007 23:52
Posted by:zakiah z  - [Link]
meriah satu family posing
re : yg dlm pic tu beli kat cold storage ikano, tapi kat kl sentral ada & came across it kat few major hypermarket also. RM2 sebiji, slightly smaller that the normal 70sen kiwi hijau
Thu 25-Oct-2007 23:56
Posted by:yt  - [Link]
errrkkk.... if u wonder, komen by yt tu...sasul link kan alamat umah he..he...tu rumah lepak2 satu lagi Fri 26-Oct-2007 00:01
Posted by:yt  - [Link]
apa la si yt nih...sasul 2 kali Fri 26-Oct-2007 00:02
Posted by:hellikonia  - [Link]
happy belated birthday alya & welcome back, kak rinn...
rumah saya ada 2 jenis biskut je thn ni - 1 beli, 1 lagi kakak ipar kasi... so far belum ada org dtg raya, saya ngap sendiri! hehe... payah nak cari org buat biskut makmur lagi skrg, yg tradisional² ni la yg best - makmur, suji, semperit
Fri 26-Oct-2007 01:02
Posted by:Lee Lin  - [Link]
samala kita, lebih enjoy makan kerepek² di hari raya. hehe
p/s: selamat hari raya aidilfitri kak rin. akhirnya dpt gak tgk tuan pny fp ni. pasni kalau terjumpa nak mintak otograf pulak. boleh?
Fri 26-Oct-2007 01:10
Posted by:mrs.apple mrs.apple@gmail.com  - [Link]
Selamat ulangtahun ke 10 Alya,,,,mesti best birthday dalam bulan raya,,,bertambah la duit raya,,,,
nah,,,,sekali up,,,4 resepi,,,,,emm,,tunggu raya haji plak,,,resepi maruku,,,

# tokwan baju lain sebab,,,,biasala,,,ketua mesti lain,,,,mcm ketua darjah la,, ,,,,baby pun sama,,,budak tadika baju takleh sama,,, ,,,,
# famili saya n famili kak saya tak pernah plan nak sedondon pun,,tetiba pagi raya,,keluaq saja bilik,,gelak sakan,,,ait,,,mcm berjanji pulak,,,ada chemistry rupanya,,,
Fri 26-Oct-2007 01:24
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
Happy belated birthday buat Alya!
I have full confidence in Alex Goh's book. So far, semua yang mama cuba, alhamdulillah menjadi.
Kat rumah mama ni pun, yang tinggal hanya kerepek dan kacang...Kuih raya yang buat sendiri, abis dah....yang beli, adalah sesikit je lagi...Seronok wei, ramai sedara mara dan rakan taulan yang sudi datang ke rumah mama yang tonggang terbalik nih!
Fri 26-Oct-2007 01:24
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
wahhh me so excited!! now dah nampak dahhh muka kak rinn..ehhehe..cantik banget dehhh!!! a sweet couple and one happy family too..
psssttt me try buat marble shortbread tu..asik pecah2 juga laa kak..me oven tecit je..pehtu xde loyang yg skali cutter tu..so me pakai pembaris n pisau ja..tapi awat eh dia patah2...x cantik lerrr..huhu apa kata sifuu?
Fri 26-Oct-2007 01:41
Posted by:nabialishad  - [Link]
>> keriangan berhari raya bersama keluarga tercinta dan sahabat handai...
>> salam aidil fitri untuk semua...
>> magnificent gambar ni...
>> sharp...
Fri 26-Oct-2007 02:08
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Selamat Hari Raya Aidilfitri to K.Rinn and family..cantik la k.rin nih..putil melepak ..sweet ...
Maaf Zahir dan Batin...
Fri 26-Oct-2007 02:13
Posted by:Qaisara & Co  - [Link]
Pheweeeettt...cantik Puan Rinn kita nie..meriah posing raya sekeluarga
bestnyer juadah raya rinn..menarik sumernyer...kalau ler akak dekat mesti akak attack rumah rinn bawak pinggan...
Fri 26-Oct-2007 02:23
Posted by:Roylazim  - [Link]
Kita br nk mula bisnes kecil2an...jom cuba kopi kampung...pewwittt..
http://alakampung.fotopages.com
Fri 26-Oct-2007 03:03
Posted by:Syah  - [Link]
Finally your new entry appeared...Selamat Hari Raya and Happy Belated Birthday to Alya Dok beraya lagi ka?... Fri 26-Oct-2007 03:08
Posted by:Ana  - [Link]
selamat kembali .......tu dia sekali muncul siap dengan gambar n kuih raya berbagai......
suka tengok gamabar² raya tu.....
Fri 26-Oct-2007 03:09
Posted by:Haniss  - [Link]
fuyoooooooooo meriahnya baju raya dia sekeluarga tu
sama2 lee kita wat kueh lepas raya nie
Fri 26-Oct-2007 03:19
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
wah.. all purple... samalah kita... alahai... paling tak tahan tgk choc sponge kek tu laaa... mesti sedap gilerrr kan..thanks for d resepi.. nak try buat la.. tak lama lagi BD anak saya, blh buat utk dia.. Fri 26-Oct-2007 03:42
Posted by:kamalina  - [Link]
kak rin lame dh x jumpa yer..slalu buka gak fp kak rin tp asik candy kacang tu jer.. wah meriahnya kakrin sekeluarga..kek coklat tu adussssssssss x than tgk.. anyway happy belated birthday to alya .. Fri 26-Oct-2007 03:48
Posted by:liana liana85adiniel@gmail.com
wah kakrin posing maut lg dgn en somi tercinta...he he..akhirnya dpt gak tgk muka kak rin..cun lg.... Fri 26-Oct-2007 03:52
Posted by:liana liana85adiniel@gmail.com
I like anything with chocolates... Fri 26-Oct-2007 05:41
Posted by:Rita & Kids nazarita@hotmail.com  - [Link]
waaaa...baru dapat tengok muka rinn....badan pun slim ala anak dara lagi tuh.... tukang kopek bawang 4 org rupanya....amboiiii...meriah sungguh...sumer pepel kaler.....nanti mklang tempek gambo anak2 mklang lak ekkk...maroon kaler ..... Fri 26-Oct-2007 05:55
Posted by:maklang_06@yahoo.com  - [Link]
entry ni lah yg ditunggu2.. akhirnya keluar gak entry raya kak rinn.. muda lagi akak rupanya.. entah2 kita lagi tua.. tp sesedap rasa jer panggil akak.. hehe.. cun ler kak rinn... walaupun rajin masak macam2.. tp badan still slim melim.. kita ni yg malas masak.. badan bagai di pam2 jer.. Fri 26-Oct-2007 07:06
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Happy belated birthday Alya dan Selamat Hari Raya wat Kak Rinn sekeluarga...tema purple tahun ni yer...cantik..semua kuih2 Kak Rinn nampak menyelerakan..nak2 ada unsur coklat...mmg tempting... Fri 26-Oct-2007 08:05
Posted by:Ain  - [Link]
my son celebrated his birthday on eid mubarak too!! he is 17th years old. happy belated birthday alya... Fri 26-Oct-2007 09:12
Posted by:zu zain zubaidahmz@gmail.com
hi Rinn, cantik nya kuih2 raya tu, dan dari pada gambar2 yang Rinn rakam kan
auntie dapat melihat bertapa meriah nya raya tahun ini, alhamdullilah, and happy
belated birthday to Alya
Fri 26-Oct-2007 10:00
Posted by:umi-kal  - [Link]
oooo..buat 3 kali marble shortbread?..stroke nya cam kita punya je...selalu buat rupanya..okey

alya happy belated birthday...pandai main piano?...leh geng ngan anak auntie ...abang rizqin main trombone untuk wind orchestra sekolah...bila cuti sekolah belajar sendiri sendiri main guitar pulak...

oh ya resepi cornflake madu nye mana?...biarlah rahsia ke...cantek ..berkilat..kilat...

teringin pulak nak mencuba "mengikis coklat"..susah ke eik?...

apa apa pun kita dah puas tengok gambar famili masa u all gi bercuti ke siam...memang maknye ..kalau dibariskan dengan anak-anak ...dah nampak macam sebaya je...compliments ke tu?...

Fri 26-Oct-2007 15:38
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
Salam Aidil Fitri Rin, lama sungguh kak mis tak singgah sini rasanya...amun dan maaf atas salah silap kak mis beri komen ya rin, mana tau ada yang tak sepatutnya kan...hehehehe Fri 26-Oct-2007 16:07
Posted by:Misliha miss_creativecakes@yahoo.com  - [Link]
Tahun ni raya tema maroon ye rin? Cantik sekali kalau pakai sedondon gituuu. Tambah meriah hari raya. Akak ni beli aje kain tapi tak sempat nak bawak gi kedai disebabkan demam ari tu. Tapi balik kg ari tu sempat bawak kain tu. \"kira tempah kat sanalah. Leh pakai raya haji nanti. Kek tu betul2 menarik selera akak rin terutama hiasan di atas tu, betul2 cantik dan kreatif. Fri 26-Oct-2007 22:09
Posted by:kak jie jie
Salam Rin, selamat hari raya. Kita pun celebrated besday dara ke 17 on 1st Syawal hari tu. Meriah .. maklumlah all the kazen mazen ada meriuhkan bersama. Sebut pasal kueh makmur, tahun ni I oder 3 balang dari jiran (orang Muar). Kueh makmur berintikan kacang but I lebih suka inti tamar (hehe cakap Arab sat). Sat 27-Oct-2007 00:42
Posted by:kelly lee
wuisshhh...bnyk kuih raya yg amat menyelerakan... Sat 27-Oct-2007 02:07
Posted by:nic  - [Link]
re lasik; K.Rinn sila semak PM ya.... Sat 27-Oct-2007 07:03
Posted by:mamasya  - [Link]
Meriahnya... Sat 27-Oct-2007 07:24
Posted by:idderes idd@host.sk  - [Link]
Haah meriah sungguh..

Anyways, jom tengok tupperware..

Discounted new items available!!
Sat 27-Oct-2007 08:15
Posted by:tupperfan  - [Link]
ko main senduk-senduk je bila buat cornfalkes ye rin.. wokeh..leh buat nanti... Sat 27-Oct-2007 09:05
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
Rinnnnnnnnnnnn... masak besh besh tau.. mama nak datang.. tahun bila??? tak tau.. Sat 27-Oct-2007 12:53
Posted by:mamazieza
Rinn, you are mistaken! I have never revealed myself except for the one small photo with my hands up in the air tu. The family in gold tu is my sis's la, ha ha ha. Got a lot of you fooled didn't ? We were clad in greyish silver this year. Sat 27-Oct-2007 16:04
Posted by:wiz  - [Link]
Happy belated birthday to Alya....and welcome back Kak Rinn.....Telan air liur tgk kuih tu.... Sat 27-Oct-2007 16:08
Posted by:cek de sam  - [Link]
aikkkkkkkkkkk.... mana komen mama ekkkkkkkkkkk.. ke mama yang lupa.. kat mana komen mama??? Sat 27-Oct-2007 17:28
Posted by:mamazieza
wah sedondon....k/rinn u look familiar to me hehehehe. Mon 29-Oct-2007 07:25
Posted by:zanaz70  - [Link]
kak rinn...baru terperasan piano tu...sapa yg punye? sapa yg duk main piano tu?kak rinnn ke..camni nak belajar gak ler main piano ngan kak rinn..suka sgt.... setakat do re mi tu reti ler...
kak rinn duk mana?nak p beraya la
Mon 29-Oct-2007 16:01
Posted by:iyta anita_ghani@yahoo.com  - [Link]
sedapnya masakan kak rinn Tue 6-May-2008 05:46
Posted by:shima oumshima@yahoo.com
selamat ari raya. aduh!!! xtak menjadi pulak buat cinflakes madu Thu 9-Oct-2008 03:27
Posted by:fatin atira
Hi Rinn...I love your blog and recipe. Thanks for sharing with us and I will cont' to follow up.
Selamat Hari Raya.
Sun 13-Sep-2009 02:49
Posted by:rossie lawrence


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.