Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Sep-2007 06:35 Email | Share | Bookmark
RAMADHAN THE 6TH...SIAKAP KUKUS & BUBUR KELADI+KELEDEK

 
 
 
Rushing again today!! Sent and awaited until Acik finished her keyboard lesson at 4pm. Hurried to Popular Book Store to get Acik`s fav novel, sent my wrist watch for battery changing and cleaning, then supermarket swept on groceries. On the way back dropped by at wet market to get some fresh fish, vege and chicken. Hubby wanted to eat something steamed. Hmmm...so, I bought a fairly big size Siakap for the whole buddies !!!..
Reached home nearly 6pm. Performed solat asar and zassss to the kitchen..

SIAKAP KUKUS (MICROWAVE)
Bahan-bahan:
1 ekor ikan Siakap, dibersihkan

Bahan perap:
2 sudu besar kicap kipas udang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar minyak bijan
Asam jawa sebesar ibu jari
1 camca teh garam
2 sudu besar gula

Bahan tabur:
1 batang serai, dimayang
3 biji bawang putih diketuk
2 inci halia, dimayang halus panjang
5 biji cili padi, diketuk
Daun bawang & daun saderi, dipotong halus

Limau kasturi

Cara-cara:
1. Di dalam satu bekas, satukan kesemua bahan perap. Gaul mesra.
2. Ikan diletak dalam mangkuk tahan microwave. Lumur bahan perap pada ikan.
Tuang lebihan bahan perap ke atas ikan dan biarkan selama 20 minit.
3. Taburkan bahan tabur kecuali daun bawang & saderi.
4. Masukkan dalam microwave oven dan masak selama 10 min-15 min
pada suhu tinggi.
5. Bila siap, taburkan daun bawang & saderi. Perahkan jus limau kasturi.

Two ripe buah sukun on the tree. Hubby has been aiming them since the day before, hinting that he`d like to eat Sukun Rebus with Sambal Ikan Bilis. Hmm..wish granted !!!

Managed to prepare a dessert as well...Bubur Keladi & Keledek.

BUBUR KELADI & KELEDEK
Bahan-bahan:
1/2 biji keladi, dipotong kiub
1 biji ubi keledek, dipotong kiub
1/2 cawan gula
1 camca teh garam
1 mangkuk santan (Rinn guna serbuk santan)
2 sudu besar biji sago
Daun pandan

Cara-cara:
1. Rebus keladi & keledek hingga empuk. Jangan dibuang airnya.
2. Masukkan gula dan garam.
3. Masukkan santan. Tambah air jika perlu.
4. Biar mendidih seketika. Masukkan biji sago dan masak hingga kembang.
5. Masukkan daun pandan dan kacau seketika.

Just right on time when I was done with the bubur. As usual we had Teh "O" panas and warm water to flush down everything.


Quote:
1.MaDiHa : Tak de sape yg nak bantu di rumah, semua kena buat sendiri. Kalau tak ligat..alamatnya jammed ler di sana sini. Dah biasa dah.. Sukun rebus rasanya lebih sedap dari yg digoreng. Lagipun penyediaannya cepat dan mudah..tak payah menggoreng lama-lama. Lawannya memang kena apa2 yg bersambal esp ikan bilis laaa.. Bubur tu saja buat pencuci mulut sbb tak beli buah2an...
2.zufayri : Kakrinn & anak kedua yg suka sgt sayur tuuu...
3.boxhousestudio : Waalaikummussalam Kak Tun. Kak Tun pun dah jadik mcm rinn dulu masa mula2 masuk fp. Dulu tak kisah pasal gambar walaupun ada camera bagus. So,pakai handphone camera jer. Kerja senang & cepat. Tapi lelama bila tengok fp orang lain gambar hebat2 dan sungguh membuka selera..maka rinn pun mulalah operasi guna camera skrng ni. Leceh sikit sebab bulky, pas tu nak aim sana aim sini.tapi puashati laaa dengan hasilnya. Rinn guna DSLR nikon D40..kekadang guna gak Canon S3 1S...Lekas KakTun pi carik camera baru...
4.Roylazim : Jgn jeling nanti juling..Jgn tenung nanti menonong...tembus screen monitor tu pulak. Alaa Kak Roy awat lak takut teringin..masak jer laa..Sukun tu mmg fevret..nak makan pluck aje kat pokok depan rumah. Kalau KakRoy dekat boleh gak hulur-hulur barang 5 biji !!!!
5.liana : Selalunya mmg digoreng tapi kakrinn rasa bila direbus lagi sedap dan lembuuuut aje isinya.
6.cek de sam : Kalau tak pernah tu yg nak kena cuba. Lepas ni cuba kukus dlm microwave. Senang jer..tak payah nak guna pengukus.
7.Kak Liza : Microwave...penyelamat sepanjang masa !!!Ye dak KakLiza...Kek coklat 5 minit pun boleh buat !!!...
8.hajar : Cuba rebus...pasti tak menghampakan hasilnya. Nak prepare pun cepat dan mudah !!
9.idderes : Syukur ke atas rezeki yg diberi olehNya
10.Sabrina : Memang ikan hanyir boleh membantutkan selera. Masa membasuhnya kena reti lah. Mcm2 petua ada tapi selalunya kakrinn basuh dengan air asam jawa atau air beras. Kalau kukus mungkin terasa sikit hanyirnya tapi kalau deep fry then buat sweet sour..rasanya hilang hanyir tu.
p/s : Kakrinn tunggu kemunculan oven dan baking pertama dari dapur Sab....
11.dOd : Time malas..pi jugak makan di luar !!!
12.zanaz70 : Awal2 puasa ni masih bnyk choice nak masak apa..bila dah tengah dan hujung2 mula pusing kepala carik idea !!!
13.jeff : Mulanya mmg nak buat sweet sour tapi hubby pulak insist nak kukus. samalah mcm hubby suka tibai kepala ikan..
14.Wiz : Talking about restoran dan masakan Siam ni, rinn mmg suka cara masak diorang ringkas tapi sedap. Tak perlu kisar2 bahan, santan, rempahratus etc mcm org kita ni. My hubby ok..mmg suka ikan, anak2 pulak tgk ikan apa..Heh Heh..mai ler ke dapur maya I ni, kalau nak mai rumah lagi jauh from your parent`s !!!
15.Jie Jie : Biasalah Kak JIe JIe Oiii..selera manusia berbeza-beza. Tapi kalau 10 org di rumah order 10 jenis menu jenuh jugak kaannn Isi sukun lebih manis dan lembut bila direbus, tak percaya cubalah..adik beradik ubi kayu lah tuuu..
16.Penyulawa : Ohh aku telah menyebabkan keyboard mu banjir !!! Mintak maahaap laaa Puan Anim oiii...
17.lynnhassan : lynn pulak rajin baking..masuk income lagiiii. Makeup ikan tu sikit baru lebih menyelerakan...
18.Ana : Yg boleh cepat tu sbb ikan dah disiang masa beli, sukun tu pun cuma rebus aje, then buat sambal bilis. Bubur tu main rebus-rebus aje..Tinggal masak nasi dan buat air minum aje..tapi ngam2 jugak time. Sebelum makan sukun sapu minyak angin dulu perut tuuuu...
19.zakiahz : Biasalah orang ada anak kecik2 ni..Kakrinn pun sama gak. Walaupun yg kecik ni dah 4 tahun tapi masih kacau jugak bila di dapur. Time ngadap PC tak pe..sbb KakRinn guna laptop sendiri. Kalau takat nak masak nasi & lauk2 tak le masuk dapur awal..tapi kalau rasa nak buat kuih-muih awal jugaklah. Segan pulak nak masuk "opis" awal2...
20.ida isk : Pokok sukun depan rumah rinn ni non-stop..sentiasa berbuah. Kalau ida dekat dah lama rinn hulur..kekadang tu sampai terbuang2 jatuh ke bumi...
21.Lee Lin : Sempat sebab ikan dah disinag, sukun pun rebus aje tinggal buat sambal bilis, bubur tu pun rebus-rebus aje..Tinggal masak nasi dan buat air..siap just right on time !!
22.diba : Hmm..susah jugak kalau selera laki bini berbeza...tapi masih ada pilihan lain yg selera sama kaaannn...
23.nabialishad : Sukun ni adik beradik ubi kayu jugak..Kalau dah org Johor tu..sure suka punya. Tambah2 bila cicah dgn sambal...Isi sukun lebih manis dan lembut bila direbus..
24.Ain : Lawak la Ain ni..sampai nak usung mangkuk tingkat !! Menu Pasar Ramadhan tu menu komersial..Masak sendiri walaupun simple pasti best sebab kena air tangan isteri/ibu..
25.Sue : Jadi silent visitor pun Alhamdulillah sudi jenguk dapur kecil KakRinn ni. Eloklah tu kalau nak motivate anak sulung puasa dgn masakan sendiri. Mudah2an lebih berkat. Boleh saja ganti Siakap dgn Kerabu atau Bawal Hitam..Sebenarnya bnyk lagi ikan lain yg juga sesuai...
26.Mohd Azhari Azizan : Godaan tengok makanan tak pe..Jgn godaan tengok amoi pakai mini sekerat dah lerrr.. Setengah orang mmg suka masak bubur bubuh sagu banyak2..mmg sodap !!
27.leezsa : Orang bekerja macam tu lah. Serba tak sempat..tapi ambiklah kesempatan pada hujung minggu..Masa tu lah boleh masak utk keluarga
28.Mommy Qaisara : Salam perkenalan dan Salam Ramadhan buat Fz. Hmm..resipi puding jagung tu memaaaang favourite kakrinn sekeluarga . Resipi yg mak Kakrinn ajar dari dulu lagi. Alhamdulillah sekiranya kena pada selera Fz dan keluarga. Seboleh2nya memang kakrinn nak paparkan resipi yg mudah dan senang sebab kita ni kalau cari resipi mmg nak ringkas kannn Silah mencuba mana2 yg lain berkenan di hati. Selamat berpuasaa....
29. Real Scifi :
30.wawa : Alhamdulillah sekiranya trifle tu sedap dan kena pada selera wawa..Lepas ni nak cuba yg mana pulak ye
31.MamaFaMi : Kira macam ubikayu rebus jugaklah maaa. Lembut..gebu..manis sekali isinya..tambah pulak dicicah ngan sambal.. Bubur tu mmg sesuai bebenor time-time bukak posa... IP:
32.zabariah : Alhamdulillah...
33.Diana : Salam Ramadhan Al Mubarak buat D juga. It`s really a privilege bila D kata nak kongsi resipi Rinn di Blog D..Silakanlah sekiranya ia dapat dimanafaatkan. Resipi2 yg D picked tuu adalah antara yg favourite di FP Rinn...Terimakasih sekali lagi ye D
34.WanZee : Siakap Kukus lebih mudah dan senang dibuat di rumah..jimat kos pun iyee...
35.mamasya : Pokok sukun kakrinn pulak di depan rumah !!.Tak putus buahnya.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net