Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 31-Aug-2007 09:08 Email | Share | Bookmark
KERIA & KARIPAP INTI AYAM & KENTANG

 
 
After coming back from oversea ( Siam oso oversea oooo...over-border.. )..and celebrating our 50th National Day Annivesary..I craved for these two local delicacies. The forever and ever all-time-favourite our Keria and Karipap. I seldom make keria at home but not with karipap. Everyone in the family loves karipap esp with sweet potato filling but this time I made with chicken & potato. That`s why I repeat. I normally don`t exactly measure the quantity of ingredients, simply chuck in everything and self-judge the correct mixture or dough consistency. So, the recipe to follow is merely an estimation.

KUIH KERIA
Bahan-bahan:
2 biji ubi keledek saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
secubit garam

Untuk menyira:
1 cawan gulapasir
1 cawan air

Cara-cara:
1. Keledek dibuang kulit, dipotong kecil-kecil dan direbus empuk.
2. Lecek ubi keledek.
3. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul dan
menekan-nekan adunan agar bercampur.
4. Boleh ditambah tepung sekiranya adunan masih terlalu lembut tetapi
dikira sesuai apabila adunan sudah tidak terlalu melekat di tangan. Jangan
terlalu berlebihan menambah tepung kerana ini akan menjadikan keria keras.
Adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. Cukup sekadar
boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut.
5. Gegelang keria yg sudah siap hendaklah di letak di atas dulang yg telah ditabur
sedikit tepung utk mengelak dari melekat.
6. Goreng keria hingga kuning keemasan dan ketepikan.

Untuk menyira:
1. Tuangkan air dalam kuali dan masukkan gula.
2. Masak sehingga larut dan mendidih. Biarkan larutan berbuih sehingga
keseluruhannya nampak keputih-putihan dan kelihatan bertai-tali jatuh apabila dilelehkan
dari senduk. JANGAN TERLALU LAMA SEPERTI HENDAK MEMBUAT GULA HANGUS.
Bila ini terjadi gula akan bertukar keperang-perangan dan ia tidak akan mengeras dalam
bentuk gula berwarna putih sebaliknya akan melekit dan mengeras seperti kaca!!!
3. Masukkan keria yg telah digoreng dan terus kacau sehingga gula mengeras
dan berwarna putih. Padamkan api dan teruskan mengkaupbalik keria.
4. Segera keluarkan dari kuali dan hidangkan.

Don`t be surprised if I say there was once or twice a time when I failed with the coating. I cooked until the sugar syrup turned to become caramel and all my keria were coated with hard caramel sugar... and they were sticky and too hard to bite. However, let me teach you an easier way to coat the keria. Do it the way you coat your donuts !!!..I do when I am in a hurry especially in the morning when the kidz were in a rush, fearing to be left behind by the school bus. In fact it isn`t a bad idea at all to reduce the sweetness of the keria. I remember a friend who used to knock the keria on his plate so as to let fall all the coated sugar...I bet some of you do too..

The karipap recipe is also by estimation. For recording purpose, the following ingredients and method can be referred as basis.

KARIPAP INTI KENTANG & AYAM
Bahan-bahan doh:
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
secubit garam
1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Di dlm satu bekas campurkan tepung, marjerin, minyak dan garam. Gaul dengan
hujung jari sehingga campuran menjadi peroi.
2. Curahkan air sedikit demi sedikit sambil tangan kanan terus menguli adunan. Uli
sehingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Bulat-bulatkan mengikut saiz pilihan. Gelek nipis dan isikan inti. Kelim kemas dan goreng.

Inti ubi kentang & ayam
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan beberapa kuntum bunga lawang, buah
pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan daun kari. Tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air. Kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan isi ayam, kacau dan masukkan ubi kentang yg telah dipotong kecil dan nipis.
Tambah sedikit air untuk cepat melembutkan ubi kentang.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau hingga masak.

Before independance..after independance....This keria and karipap will always be Malaysian favourite !!!!


Quote:
1.Sabrina : Sapa tak suka keria dan karipap..kena reject dari jadik org Malaysia !! Ini kan kuih-muih turUn temurun dari zaman sebelum merdeka saaaammpai lah kita dah merdeka 50 tahun...Masih lagi bertahan kuih-muih nii kaann..Tak molek ler kata canggitu..Kakrinn bila tengok entry masakan Sab walaupun sesekali keluar, dah cukup membuktikan yg Sab jugak pandai memasak...Jgn terlalu low profile ye !!!
2. MamaFaMi : Rasanya dah baca cerita jari mama buruk kena gula sira keria tuu..Sure pedih dan perit giler-giler punyer...Dah cantik balik kot jari tu skrng ni. Karipap ni biasalah...people do repeat..leceh2 dia pun orang nak buat jugak kan!!
*Mama..Orang montel lagi tarik perhatian tau mama..tak ada yg kurangnya dgn montel tuu!! Buat org geram lagi ada..nak cubit-cubiiiiiiit pipi tuu.
p/s Tahnx a lot la mama sebab tolong forwardkan comments Elaine tu. Haram rinn tak perasan sbb biasanya rinn tak check entry yg lepas2. That`s very kind of you BTW, rinn dah explain lebihkurang apa yg dia tanya...harap dia faham.
3.Nur : Nur panggil epok-epok ye...
4.lynnhassan : Sungguh!!..Karipap ni memang walau di mana pun..apa occasion pun tetap jadi pilihan..org Malaysia lah katakan. Hmmm..boleh cuba resipi inti tu...tq
5.cek de sam : Sama2. Silalah..pikir2kan juadah utk bukak posa dari skrng. Nampaknya kena sediakan menu list untuk 30 hari tuuu... . Boleh saja kalau nak ganti dgn jagung segar...
6.lina@alma : Silalah mencubanya..Kalau nak cepat..coat guna gula caster aje..mcm donat bergula tu. Lepas goreng terus golekkan dlm gula. Tak yah susah2 nak menyira...save masa bnyk tuuuuu...
7.Ain : Kalau takut kelim tak jadik..guna alat pengelim tu jer...Yg penting pastry & inti sedap!!!
8.Roylazim : Dah lidah orang Melayu..kuih fevret lah tu ye!!..Heh heh..nanti nak pikio dulu nak buat ape dgn 1mill tu ekkk..
9.ida isk : Dah lama tak makan atau dah lama tak buat???
10.emy mama-fahim : Bahan2 keria dan cek mek molek tu sama je..cuma cek mek tu..inti gula di dalam kan. Tak pernah le lagi mencubanya...
11.MaDiHa : Kakrinn dah start mengelim karipap dari kecik lagi..tu yg skill tu tak hilang. Dulu mak buat jual. Ohh..ada petua baru nak lembutkan keria..tq
12.KakLeen : Salam Merdeka buat KakLeen juga!!!..Bulan2 posa ni..kuih-kuih Melayu jugak yg dicari KakLeen oiii..Kuih2 moden tu rasa mcm tak leh nak telan...Selera utk kuih2 moden kita simpan utk raya!!!
13.ibi : Most welcome!!
14.maklang : Iye lah maklang ooiii..maklang bekerja, sure sentiasa rush sana rush sini...Kalau anak2 dah suka kena jugaklah buat/beli tuuuu....
15.mamasya : Sebab tu kakrinn cadangkan golekkan aje keria tu kat gula pasir halus..mcm donut!!..Tak le terasa sgt manis nya..Tak rajin mana pun, bila tiba malas...malas jugak sya ooiiii....
16.Mohd Azhari Azizan : Tak jumpa le lagi kuih2 karipap dan keria kat Siam..diorang suka kuih yg berasaskan pulut...Pulut inti, pulut sambal, pulut sambal, pulut mangga, pulut ayam goreng, pulut bakar..Itu yg biasa nampak!!
p/s...Oooohh kat Kepala Batas ke..kawasan PakLah tuu...
17.Eryne Jasmine : Anak2 Kakrinn practise buat pakai plasticin...diorang pun dah pandai!!..Nanti Eryne practise ler..tak yah membazir tepung
18.mun : eh eh..janganah sampailah meleleh air liur. Nanti banjir keyboard..
19.zakiahz : Heh heh..idea orang nak cepat. Ha ah, lepas goreng keria tu golekkan aje kat caster sugar atau icing sugar..Jadiklah ia Donut Tradisional . Petua bubuh minyak & majerin tu adalah dari mak kakrinn..bagi rapuh pastry tapi tak berderai bila digigit...
p/s..Ngidam?? Heh heh..Kakrinn memang selalu ngidam nak makan itu ini. Abih tu..asyik tengok FP/Blog masak-masak aje...
20.syahidd : Aik..macamana boleh keras..terlebih tepung kot. Tepung ni pun kadangkala berlainan tempat berlainan hasil ulian dia..Tu yg kena adjust kelembutan doh tu. Tq sudi cuba..lainkali boleh buat utk family
21.jeff : Heh heh..kata apa daaah. Macam kawan saya lah tuu...ketuk2 dulu baru NGAP !!!
22.inamohd : Kelim pakai tangan. Tak minat yg guna acuan..silap2 boleh terbuka bila digoreng. Alhamdulillah, dari kecik mak kakrinn dah ajar macamana nak kelim elok2...
23.red : Perut tak selesa sebab tersilap makan kot..Kena minum air suam banyak2 tuuu...Jgn berlapar selalu nanti perut masuk angin...
24.Jie Jie : Ho Ho Ho...Bro jeff kita dah ada gang ketuk-ketuk.....
25.Hajar : ..Itulah kuih kegemaran orang Melayu..sampai bila-bila pun.
26.cak : Kena berlatih ler sampai terrer buat sira tuu. Kalau susah-susah sangat, coat aje dgn gula caster macam kita salut donut..senang. Lepas goreng keria terus golek-golekkan atas gula..Jadiklah keria moden !!!
27.rawcanvas : Tak pe, at least you jawab Uuuuu..kitchen first aaaaaa..Bagus!! Ni mesti orang dapur jugak niii..bila2 bubuh la entry masakan kat FP you ye
28.sofu : Bestnyer..ada orang tolong jualkan kepap ..Cuti-cuti yg adventurous mcm tu mmg lebih seronok kalau anak2 dah besar. Bawak bebudak kecik2 ni mmg meletihkan especially bila jalan jauh. Tapi family adik ipar yg ikut sekali tu lagi kecik2 anak2nya..dari umur 10bulan hingga darj 5..lima org semuanya.
29.someone : Boleh tolong beritahu bahagian mana yg tidak lengkap??
30.shah266 : Menarik sebab ada coklat...Raya mmg dah dekat tapi puasa lagi dekat



Quote:
1 million galore!
Now, what would you do if you had one million in your possession ?
(Tagged byBro Jeff and Kak Roy )

Who am I tagging ?
mrsjemain
sabrina
Hellikonia
rawcanvas
fitto
**************************************************************
Instructions :
**Start Copy**
Proposition: If you Have $1,000,000.00…………………………………
Requirements: continue above sentences
Tag Mode: 5 blogger
1st - You leave their blog and post link and add to the list below.
2nd - Let the blogger you want to tag know they been tagged by comment in their blog or etc.

What They Do With Their $1 Million
1. SYH will spend for Family.
2. Miche will give to the needy.
3. Montessorimum will keepsake.
4. Mumsgather will secure her kids’ financial future.
5. bkworm will be debt free.
6. Dancing Queen will go on a lifelong holiday.
7. Eve will invest in properties.
8. dieselfire will create a foundation for underprivileged students.
9. Underneath The Stars will put aside for kids education.
10. AmiraZefr will invest in her kids trust fund and set aside for some TLC holiday trips.
11. Erna will perform Hajj and round the world with my beloved family
12. MamaFaMi will create a foundation for orphans and old folks in Africa.
13. Bro Jeff will invest in various portfolio to triple the $1 million. With inflation, the rise in the cost of living and Consumer Price Index, $1 million will not go far.
13. Roylazim will secure her whole family's financial future.
14. RinnChan will give 1/4 of it to mum and let she spend as she wishes. The balance will be deposited into bank account for emergency cases and donation for children suffering from chronic diseases.

* I just can`t bear to see little children suffer from chronic diseases...Simpati Sungguh!!! We are all aware of the medical high cost..so that`s it..!!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net