Want your
own Fotopage?












































 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Jul-2007 07:54 Email | Share | Bookmark
HERSHEY`S BEST BROWNIES

Hersjey`s Best Brownies
Made this simple brownies for my eldest daughter who`s returning to school hostel after her once-a-fortnightly back home trip last Saturday. 2nd trial on brownies after this one. This time it`s a bit fudgey, easy to handle and cut and you get a chewy gooey feeling when eating it. Original recipe can be browsed here. I doubled the ingredients except as usual..the sugar

HERSHEY`S BEST BROWNIES

Ingredients :
1 cup butter or margarine
2 cups sugar ( I used only 1 1/4 cups brown sugar)
2 teaspn vanilla extract
4 eggs
3/4 cups hershey`s cocoa powder ( I used the usual cocoa powder)
1 cup all purpose flour
1/2 teaspn baking powder
1/4 teaspn fine salt
1 cup chopped nuts (I used chopped cashew nuts, almonds & walnuts)

Method:
1. Heat oven to 170 deg cel. Grease 13" x 9" pan.
2. Place butter/margarine in a large microwave-safe bowl and microwave at HIGH for 2
or 2 1/2 mins or until melted. Let cold.
3. Stir in sugar and vanilla essence.
4. Add eggs one at a time, beating well with spatula after each addition.
5. Add cocoa powder, beat until well-blended.
6. Add flour which has been sifted with baking powder and salt. Beat well.
7. Stir in nuts.
8. Pour batter into prepared pan and bake for 30mins to 35mins or until brownies
begin to pull away from sides of pan. Cool completely on wire rack. Frost with cooking
chocolate and dust surface with icing sugar. Cut into bars and ready to serve.



On second thought maybe I shouldn`t have named this brownies Hershey`s since I didn`t at all use any of their cocoa..heh heh..but since I`ve adopted their recipe..let me just maintain it as it is. Happy cheewy goooeyyy eating brownies.....

Quote:
Sebagai menyahut seruan Bonda/RaqynRafiqin dan jeff yang telah menTAG rinn dengan acara What or How or Why you gave the Name(s) to your Kid(s)? ini maka saya dengan berbesar hati pun mempersembahkan sebuah kisah dongeng tapi benar tentang nama anak-anak rinn. Sebagaimana ibubapa yang lain rinn dan dear hubby pun mengimpikan rumahtangga yang diserikan dengan ramai cahayamata. Alhamdulillah, kami dikurniakan 6 orang cahayamata walaupun salah seorang daripadanya telah kembali Ke Rahmatullah selepas 2 hari dilahirkan kira-kira 13 tahun yang lalu. Pun begitu kami masih berbahagia dengan 4 orang puteri dan seorang putera yg berbagai-bagai kerenahnya...Itulah anak-anak.
Anak 1 : Fathin Afina bermakna Yang Cantik dan Yang Bijaksana.
Secara peribadinya rinn lebih berharap utk mendapat anak lelaki bagi anak pertama dan telahpun menyediakan nama Anas Farhan tetapi rezeki lebih berpihak kepada anak perempuan. Namun kami tetap bersyukur. Rinn cuma inginkan "Afina" untuk nama bayi ini kerana suka dengan sebutan "fina" itu tetapi dear hubby kelihatan bersungguh2 hendakkan panggilan "Fathin" itu. Akur dengan kehendaknya maka kami pun bertolak ansur dengan menggabungkan kedua-duanya.

Anak 2 : Muhammad Hijrah makna Hijrah yang terpuji.
Ini adalah anak kami yang telah meninggal dunia tanpa diketahui penyakit atau sebab musababnya kerana kami tidak membenarkan pihak hospital utk melakukan pos mortem ke atas bayi kami. Lagipun dia telah tiada dan post mortem itu sendiri tidak akan boleh mengembalikan jasadnya. Nama itu sebenarnya bersempena hari kematiannya yang jatuh pada Maal Hijrah tahun tersebut. Maka nama Anas Farhan itu terpaksa kami KIV untuk anak seterusnya...

Anak 3 : Dania bermakna Hampir.
Mungkin ramai yang hairan mengapa rinn mencari nama dengan makna yg sebegitu. Tetapi sebenarnya rinn lebih nampak kelembutan dan keunikan pada sebutan dan ejaan nama itu sendiri. Indah bunyinya. Asalkan maknanya tidak pelik-pelik sudahlah. Rinn suka nama yg ringkas, bila panggil pun boleh panggil penuh..tak lah dipotong-potong. Nanti maknanya pun terpotong-potong tak kesampaian.

Anak 4 : Alya bermakna Ketinggian.
Masih berharapkan utk mendapatkan anak lelaki tetapi dapat perempuan jugak. Tak mengapa. Kami masih boleh berbangga dengan 3 orang puteri2 comel ini. Seronok bila membeli baju..banyak pilihan.
Sebenarnya nama ini adalah pilihan dear hubby. Ketika ini baru dia sedar betapa senang memberikan nama yang pendek dan ringkas seperti Dania. Tapi dah terlambat utk memotong pendek nama anak pertama. Seketika dulu nama ALYA in muncul dalam siri drama Indon Bwg Putih Bwg Merah..seronoknya dia terkena pada watak yang baik !!!

Anak 5 : Azka bermakna Semakin Maju.
Alhamdulillah setelah 9 tahun menunggu Allah kurniakan juga anak lelaki selepas kematian anak lelaki yg terdahulu. Tradisi diteruskan dengan memberi nama pendek dan ringkas. Ini adalah pilihan dear hubby juga kerana pada asalnya ingin mencari nama yg berbunyi Japanese..AZUKA, kebetulan ada yang hampir dgn bunyi sebegitu. Dalam hati nak bubuh nama ERIKA kalau dapat anak pompuan lagi selepas ini.

Anak 6 : Marisa bermakna Laut Malam.
Nama anak bongsu kami ini adalah pilihan rinn sendiri. Rinn meminta kebenaran dear hubby kerana 2 nama sebelum ini adalah pilihannya. Ada bunyi Latin sikit mungkin kerana masa itu sedang demam telenovela di kaca-kaca TV kita. Apa-apa aje lah...Tak jadik bubuh nama ERIKA sebab cari tak jumpa makna...

Kesimpulannya, rinn dan dear hubby memang sukakan nama yang ringkas kerana ia mudah diingati. Mudah dipanggil sepenuhnya daripada nama-nama yang digabungkan sehingga berjela-jela panjangnya. Penat oooo nak isi borang kalau nama panjang-panjang. Lagi satu emak pernah pesan kalau boleh elakkan dari memberi nama yang mempunyai makna yang terlalu berat, ditakuti pendokong nama tersebut tidak mampu untuk membawanya. Sekian, seadanya.
Jadi, bagi meneruskan kesinambungan acara tahunan yg entah berapa kali melanda ini, maka saya nak tembak depa ni pulak...
1. mrsjemain@raihan
2.mummyjam
3.Ouled Kenitra
4.Akak Roy
5.Kak Liza


Quote:
1.jeff : Alhamdulillah, moga2 nama2 tu memberi berkat kepada anak-anak rinn..
2.Hajar : Kali ni mungkin terdorong nak buat..cubalah. Tak susah pun...
3.lynnhassan : Rinn selalu lalu depan kedai secret recipe tapi tak pernah pulak mkn kek/brownies dia..sedap sangat ke??..Nak kena try dulu nie...
4.Sabrina : Tak pe lah, nanti bila ada game tagging yg sesuai kakrinn akan tag Sab pulak. Tu lah..Nama anak2 orang lain yg panjang2 dan glamour2 tu bukan tak suka dengar..suuuuukaaaaa...tapi entahlah kakrinn lebih gemar pada yg pendek & ringkas. Brownies tu mmg kakrinn dah kurangkan gulanya..
5.fazizaid : Kalau choc & nuts disatukan mmg tak leh kata apa...
6.fitto : Heh heh heh...Lidah orang Jepun memang tak leh sebut satu sukukata yg hujungnya huruf consonent..kena ada gak vowels pada hujungnyer..Noor Fitrah tu nnt jadik nooru fittorahu...Nampaknya "fitto" akan lekatlah kat lidah org Jepun. "Erika" tu nama Jepun lahh!!!
7.mommy_d&d : Hoit...dah balik dari Australia kembali sibuk di Mesia pulok deh..Haa nnt balik GANU mu buek la brownies kurang manis ni..nak manis kalu, letak choc frost tebal2 heh heh.. Boleh makan puas2 dgn anak dara D yg juga suka coklat mcm mommy dia... Nama anak2 mmg simple dimple. Penat ooooo nak isi borang buku teks, UPSR, PMR, SPM..itu ini....kalau nama berjela2 mampuih,dah le ramai!!!
8.Lee Lin : Dah mmg ghopa brownies tu gitu.. ..Sejarah nama kakrinn kena tanya mak kakrinn. Adik beradik2 kakrinn seramai 6 orang semua mak bagi nama berjela-jela...sbb tu anak2 kakrinn semua bagi nama pendek2..malas nak teruskan tradisi tuu..
9.me : Fav bagi other choc lovers too !!!
10.leezsa : memang ler, kakrinn kalau tak de stok kekacang pun..buat plain brownies jer..Iye, nama2 ringkas mudah diingat..mudah disebut..mudah ditulis..semua2 mudah lahh...
11.Bonda/RaqynRafiqin : Ha ah, biarlah pendek2 saja..selalu orang tanya gak..itu aje ke namanya..kot ler ada lagi di depan atau di belakangnya . Kakrinn dah duduk di bnyk tempat tapi skrng menetap di Kedah.
12.Ouled Kenitra : Nanti bila free sikit..teruskan lah kesinambungan game tagging tuu.
Orang berkerjaya memangnya sibuk,
Tak punya waktu utk sendiri,
Bila dah letih mulalah terduduk,
Terkenang kerja..apa pulooook lah lepah nii !!

13.zubye : Hai zubye, kakrinn jarang makan Hershey`s ni...yg selalu makan Toblerone, Cadbury`s & M&M..Tapi coklat2 lain pun suka jugak kalau dapat !!!
14.Rfah : Kebetulan nama sama cuma anak Rfah comes with double "s"..Silalah cuba brownies tuu..senang aje.
15.boxhousestudio : Brownies ni mmg ada dua jenis..yg cakey mcm kek dan yg fudgy dia liat2 sikit tapi terasa coklatnya. Ikut selera masing2 lah..
16. fadzliali : Hmmm...nak hulurpun tak leh. Nampaknya fadzliali kena jamu mata aje ler....
17.Roylazim : Iye ke...tak sangka ekk nama anak sulung sama..cerita pun sama ke?? TQ sbb sudi nak sambung tag game tuu..nanti rinn pi jenguk fp akak lagi..
18.lina@alma : Tak de cerita istimewa di sebalik nama kakrinn. Tanya emak pun dia kata tak pasti tentang maknanya...orang dulu2 kaaaann...
19.cendawan : Sedap ke??..macam la cendawan pernah rasa masakn rinn...tapi InsyaAllah apa yg rinn paparkan di sini adalah antara masakan pilihan ikut selera rinn..Rinn ni walaupun boleh makan apa saja tapi kuat gak komplen kalau tak sedap...
20.umi-kal : Nak cari nama yg terlalu unik pun takut terlebih glamour..yg biasa2 aje dan ringkas janji maknanya tak pelik-pelik sudahlah. Alhamdulillah rupa paras sempurna cukup sifat..Kalau cantik2 sangat pun nanti mak bapak yg susah...Ramai sangat orang masuk meminang tak dan tepis !!!!..Melawak jer...
21.idderes : Sedap tapi idderes boleh jamu mata aje laaa...
22.Rosleenda : Dah org nak tag..terima ajelah..Ok jugak game yg ni, citer nama anak2..Selalunya kaum ibu-ibu ni suka bab-bab begini. 5 orang tu sikit Kak Leen..tapi Alhamdulillah. KakLeen pun kira ok dah 3 org banding dgn orang yg langsung tak de rezeki lagi tuu..
23.sofu : Nak kata apa lagi kalau dah suka coklat...sedap aje di tekak . Kira ok laa nama ringkas dan pendek...Makna pun ringan jer tak perlu yg berat2 nanti tak terbawak sipenama tuu...pesan emak kakrinn
24.maklang : Alhamdulillah..rezeki Allah kurnia, terimakasih di atas doa maklang. Didoakan yg sama buat maklang juga...
25.dOd : Biasa aje brownies tu...tapi yg semestinya coklat tetap best & sedap !!!
26&27.zana@ros : Tu lah pasal..yg first tu dah terbabas terbagi nama panjang sikit..Hubby la beriya-iya nak kan nama fathin tuu..tapi tak pe lah, janji makna ok..
28.mamazieza : Iye..iye..coklat itu satu godaan besar buat rinn jugak!!..Pantang..PANTANG JUMPA !!!..Tak pe, tu pun Alhamdulillah dah ada 2 pasang yang hensem2 dan jelita2...
29.nn : Hai noni, kan pompuan dan coklat itu tak dapat dipisahkan..hmm, nama2 tu simple jer..senang nak keloi !!!

>> sedap dan lembut saja bila sebut nama nama tu semua...
>> makna pun elok elok belaka semuanya...
Tue 10-Jul-2007 13:49
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
lama dah nak cuba buat brownies...tapi tak terbuat2...nyum2 nampak brownies kak rinn Tue 10-Jul-2007 17:47
Posted by:Hajar  - [Link]
macam kat secret recipe lak.....bila laa ada masa nak buat brownies ni Tue 10-Jul-2007 17:56
Posted by:lynnhassan lynnhassan@yahoo.com  - [Link]
Sab nak joint gaks tagging nih tapi takder sapa nak tag Sab. Sab tak layak lagi kot utk joint sama tagging session kali ni. Hehehehe nama yang Kak Rin + hubby bagi kat anak-anak mmg sedap disebut. Ringkas + lembut.
Rasanya brownies Kak Rin ni mesti Sab suka sesangat sebab less sugar.. Sab tak suka something yang sweet sgt.. Muak jadinya
Tue 10-Jul-2007 23:47
Posted by:Sabrina  - [Link]
tengok gambar pun dah boleh agak, sure sedap nuh Wed 11-Jul-2007 00:22
Posted by:fazizaid  - [Link]
patut la saya tak gemuk2 ni kak rin.. orang asyik panggil fit ajer.. pernah gak dulu someone kata.. cuba panggil fat.. fitto tu sebab nihonjin susah nak sebut...erika tu mungkin perkataan deutch... kena buka kamus german melayu ler pulak.. cannot help myself when it comes to choc and cheese cake... irresistable... Wed 11-Jul-2007 00:23
Posted by:fitto noor_fitrah@yahoo.com  - [Link]
sedapnya nampak brownies kak rinn ni.. tak manis ye..harus dicuba ni..minggu2 depan la after balik dari KL nak kena buat ni choc=erna=choc=damia ...gitulah perumpamaannya hehehe memang sukerrr!!!!
sedap-sedap nama anak akan..
Wed 11-Jul-2007 00:57
Posted by:mommy_d&d  - [Link]
syoknya rupa brownies!
nama kak rinn apa pulak sejarahnya?
Wed 11-Jul-2007 01:19
Posted by:Lee Lin  - [Link]
yum..yum..my fav Wed 11-Jul-2007 02:12
Posted by:me
mak aii..sedapnya brownies tu.....saya kalu buat brownies, semua nuts mesti x buh, x de stok ye la simple² nama anak² kak rin, senang kan.. Wed 11-Jul-2007 02:22
Posted by:leezsa halimatul_liza@yahoo.com  - [Link]
nama anak2 kak rinn mmg simple tapi sedap disebut.. brownies tu pon nampak sedap.. pos ler sini sket.. lupa nak tanya.. kak rinn tinggal kat mana ye? Wed 11-Jul-2007 02:36
Posted by:Bonda/RaqynRafiqin  - [Link]
alahai tak blh lagi la nak menyahut seruan tag tu, agak sibuk sikit, nak apdet fp ni pun curi2 masa...

Malam hari suasana sepi
Jampuk berbunyi di pohon tinggi
Susah sungguh nak update fp
Asyik sibuk ke sana ke sini
Wed 11-Jul-2007 02:47
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
i luv hersheys.... Wed 11-Jul-2007 04:05
Posted by:zubye  - [Link]
Alamak sedapnya , harus dicuba ni . Nama anak saya yang sulung pun Marissa gak..suka sangat nama tu, tak tahu pulak ada makna rupanya. Wed 11-Jul-2007 05:16
Posted by:Rfah  - [Link]
penah makan brownies secret receipe...tapi rasa yang liat punya...nama tak ingat pulak...sedap rinn nye...nak sikit.. Wed 11-Jul-2007 05:16
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@yahoo.com
alahi..terliur tengok brownies nie...sedapnya..nak sikit Wed 11-Jul-2007 06:06
Posted by:fadzliali  - [Link]
Okie, Insyallah akan akak sahut tag dari rinn...
Kisah nama Fathin Rinn sama dengan kisah Fathin akak, dia anak pertama akak juga...
Wed 11-Jul-2007 06:37
Posted by:Roylazim  - [Link]
apa pula cerita di sebalik nama kak rinn pula??? Wed 11-Jul-2007 06:48
Posted by:lina@alma
rin... mesti sedapppp u kalau u masak.... Wed 11-Jul-2007 10:43
Posted by:cendawan  - [Link]
nama2 yang menarik dalam islam, pandai Rin cari nama
tentu lah anak2 nya cantik macam nama nya
Wed 11-Jul-2007 12:32
Posted by:umi-kal  - [Link]
wah bestnya kek atas... Thu 12-Jul-2007 06:07
Posted by:idderess idd@host.sk  - [Link]
Sedappp Ni.... Hehehehehe...Rinn Kena TAG Juga.....Seronok Anak Ramai Ni Rinn...Tapi Kak Leen Ni Tuhan Dah Kurniakan 3 Orang Jer Tu....Syukur Alhamdulilah... Thu 12-Jul-2007 07:50
Posted by:RosLeenda rosleenda66@yahoo.com  - [Link]
x de word lain lg dah nak gambarkan brownies kak rin tu...setuju dgn kak rin nama anak pendek senang panggil leh panggil semua skali so makna pun x le lariiii Thu 12-Jul-2007 11:13
Posted by:sofu_ummi sabrina  - [Link]
ramai tul askar rinn ye ! alhamdulillahhhh....murah rezeki hendaknya..aminnn.. Fri 13-Jul-2007 09:56
Posted by:maklang maklang_06@yahoo.com  - [Link]
kak rinch......
yalla....mengamcamnyer entry akak nih
sedapnya semua nih. ........
Fri 13-Jul-2007 22:28
Posted by:dOd  - [Link]
kita sependapat dlm pemilihan nama, yang pendek aja. sedap dan ada keunikan dlm nama2 anak2 rinnchan nih. Sun 15-Jul-2007 09:41
Posted by:zana @ ros  - [Link]
lupa nak ckp, nampak sedap brownies tu ....nak terai lah nanti. Sun 15-Jul-2007 09:42
Posted by:zana @ ros  - [Link]
apa-apa jerr yang berkait ngan cekelat.. pasti menggoda

Rinn. lumba mama ngan dua.. hajat hati nak tambah.. tapi usia tak mengizinkan..
Sun 15-Jul-2007 14:06
Posted by:mamazieza  - [Link]
kak rin... sedap la sngatttt! mintak la sepinggan!
pastu.. sedap la nama anak2 akak... so sweet!
akan ku jadikkan panduan........
Mon 16-Jul-2007 10:30
Posted by:nn  - [Link]
hi kak rinn i suka your page..dah try few recipes..mmg sedap...camne nak buat chocolate frosting tu?? Tue 16-Jun-2009 05:52
Posted by:marcella marcella81@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.