Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 16-Jun-2007 09:00 Email | Share | Bookmark
MACARONI BEBOLA DAGING & CHOCOLATE SPONGE CAKE

Macaroni With Meat Balls
Choc Sponge Cake
We skipped lunch today since we had quite a heavy breakfast in the morning but at around 3pm I have made ready one heavy menu and a dessert for us to enjoy. After all, it`s Father`s Day today..So, kidz just knew it that I`d be cooking something a bit special for their daddy and everybody too.
First I made this Macaroni With Meat Balls. If you don`t have macaroni, any other pasta would also do.

MACARONI BEBOLA DAGING
( 7~8 servings)
Bahan2:
300gm macaroni, direbus dan ditoskan. Gaul dgn sedikit minyak zaitun or butter.

Utk Bebola Daging:
400gm daging lembu cincang
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 biji telur
3/4 cwn serbuk roti
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar mentega
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1 sudu teh parsley
* Campurkan kesemua bahan dan bentukkan menjadi bebola-bebola kecil. Goreng dengan sedikit mentega. Boleh juga dibakar dlm oven pada suhu 170 darj celsius selama 30min atau hingga masak.
Nota : Serbuk roti boleh dibuat sendiri dgn membakar roti keping hingga garing kemudian hancurkan.

Utk sos:
1 biji bawang besar, dicincang
5 ulas bawang putih, dicincang
3 biji buah tomato, didadu
2 sudu mkn gula merah
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub ayam
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Sedikit air
1 sudu teh oregano-optional
150gm (any) keju-optional

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan lada hitam dan kacau seketika.
2. Masukkan buah tomato, sos, gula merah, garam dan kiub ayam.
Kacau dan tambahkan air. Biarkan mendidih. Apabila masak, perlahankan api.
3. Jika suka boleh masukkan keju dan oregano. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan bebola daging. Kacau hingga rata. Boleh curah atas macaroni yg telah siap direbus tadi.

As for the dessert, I made this simple Chocolate Sponge Cake With Fruit Cocktail..just like what KakLiza did. You can refer it here and KakLiza named it Fruits Fresh Cream Cake. This is really a fast one coz I didn`t need to beat the eggwhites seperately and the outcome was just purrfect !!!


CHOCOLATE SPONGE CAKE WITH FRUIT COCKTAIL

Bahan-bahan:
250gm coklat sponge mix
3 biji telur ayam Gred A
100ml air
100ml minyak masak

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer bowl dan pukul dengan high speed selama 8min hingga betul2 kembang dan kental.
3. Masukkan minyak dan pukul lagi selama 2min.
4. Tuang adunan ke dalam loyang berlapik grease proof paper.
5. Bakar selama 30min atau hingga lidi tester kata OK !!

Toppingnya:
1 tin fruit cocktail, toskan syrupnya
250ml fresh cream

Cara-cara:
1. Pukul cream sampai kental dan gebu.
2. Belah kek kepada 2 atau 3 bahagian dan basah setiap permukaan dengan air syrup cocktail.
3. Sapukan cream dan susun fruit coctail pada setiap lapisan.
4. Akhir sekali, sapukan cream pada seluruh permukaan dan hias permukaan atas dengan fruit cocktail dan tepi kek dengan chocolate rice...Atau apa-apa aje ikut kreativiti masing-masing..

Pretty hard to cut with all these fruits filling layers actually..but everyone hentam semacam jer punn becoz the looks doesn`t actually determine the taste.
Alhamdulillah it`s tutty fruitty creamylicious.. And if only I had fresh fruits...


Quote:
1.kuzi : Anak dara kakrinn yg tolong bulat2kan tuu..Dia seronok tgk mak dia gentel2 terus nak tolong..
2.lynnhassan : So far tak pernah lagi ler beli meatballs..selalunya beli fishballs & ketamballs aje sbb tak reti nak buat..nak campur dlm sayur..
3.dOd : Anak2 dah besar..yg bongsu tu pun dah 4thn..Masa ni lah nak "qadha" balik hobi lama yg tak kesampaian dulu. Asyik bz dgn kerja dan anak kecik2...
4.fazizaid : Anak2 yg excited lebih..tu yg buat jugak masak2 sikit nihh
5.Cak : Haaa...ari tu kata En Kamal kureennng sikit puding roti nih, last2 langsai jugak poonnn. Try dulu meatballs sos tu..pasta dia apa2 pun ok Seronok dgr adik2 ni ter'motivate' utk rajin memasak !!!
6.sofu : Kek tu mmg sedap..sbb dia light aje..dan dimakan dgn cocktails & cream..mcm mkn icecream pun ada. Aritu kata nak buat kek..dah buat ke??
7.Ouled Kenitra : Pantun lagi ekk...Sat nak pikiaq ..Haa..dpt dah !!
Pengorbanan ayah tak kurang hebatnya,
Tidak terbalas segala jasa,
Kasihsayang dan hormat sudah semestinya,
Ceriakan hatinya sepanjang masa.

8.za : Nnt banjir keyboard tu dek ooiii...
9.Roylazim : Anak2 sentiasa ada di rumah..kena selalu standby makanan..Kalau daaakkk...asyik nak ke kedai jer cari junkfood and snacks...Akak pun ape kurangnya, rajin jugaaak!!
10.leezsa : Dah bukak posa ka...??..Entah2 buat pasta ngan meatballs ekk...
11.nabialishad : Nampak ker bnyk tapi bila ngan anak ramai2 ni...sat aje licin...
12.wanzee : Alhamdulillah..rasanya tidak mengecewakan. sesekali tukar selera masak yg ini.
13.amoyyy : Kalau lapar kenalah isi perut tu..jgn biar nnt masuk angin
14.Hajar : Alhamdulillah...sedap & kena dgn selera terutamanya suami & anak2...
15.fitto : Resipi ni pun boleh fittochan boleh buat sendiri, tak susah...Alhamdulillah kueh pau dah menjadik ekkk...syabas!!!
16.jeff : Right!!..meatballs ni compliment dengan any pasta..Memang puuunn, bebudak ni ratah semacam jer. Mujur buat bnyk...boleh diratah-ratah sama...
17.Iva : Masak pun mmg kena be innovative juga..Kalau daak..bosan ler dgn menu yg sama hari2...tak gitu dek...
18.Syerah&Zainul : Kalau tak tahan kena lah try buat..nanti kempunan pulak...susah
19.Sabrina : Makan gitu ake pun ok..ikut selera masing2...
20.ida isk : Lapar ekkk...jom kita makan sesama
21.kc : Anytime kc boleh buat dgn anak2. Sure depa suka gentel2 meatballs tu mcm anak2 kakrinn...
22.doubleukayes : Ayoyo..mau makan balik kaaa...Abihlah bertambah spare tayar tuu ..Don`t blame it on me later on
23.LeeLin : Kek yg kedai tu mmg mengancam..tapi tgk ler bahan2 yg diletak sampai gebuusss semacam jer.Nanti kita pun akan terlebih gebusss. Homemake jer...Terjamin kebersihan dan kehalalannya...
24.myperiukbelanga : Meatballs sauce tu makan dgn any pasta pun boleeeh...After all, semua pasta pun rasanya lebihkurang jer... Try it out babe.....
mrsjemain@raihan : Iye ke...Alhamdulillah. Seronok dengar Raihan dah mencuba dan disukai pulak oleh Hubby. Alaaa..tok sah lah puji2 sgt..nnt cair kakrinn, malu pun ada Big hugs utk abg & adeq yaa...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net