Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 3-Mar-2007 13:01 Email | Share | Bookmark
LAUK-PAUK FOR THE PAST TWO WEEKS....

Hai all, here`s something to feast your eyes upon....re-cap of some of the lauk-pauk that I cooked for the past two weeks..Recipes will follow suit but will be written in a very simple way..Infact all dishes are simple, quick and easy to fix..Enjoy !!!!



ASAM PEDAS IKAN SELAR

Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Bila sudah layu masukkan pes cili atau cili kering yg telah dikisar. Tambahkan sedikit air dan tumis sehingga kuah agak pekat sedikit. Tambahkan setengah mangkuk air sekadar cukup utk menenggelamkan ikan. Masukkan air asam jawa. Bila hampir mendidih, masukkan ikan dan kacau rata. Masukkan beberapa pelepah daun kesum, setangkai bunga kantan dan sebiji bawang besar kuning yg telah dibelah empat. Tambahkan sesudu makan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Masukkan buah tomato yang telah dibelah empat.

LEMAK PUCUK UBI


Rebus pucuk ubi dan toskan airnya, ketepikan. Ini adalah untuk mengelakkan santan dari bertukar menjadi hijau bila dimasak nanti. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Bila agak layu tuangkan santan. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan pucuk ubi dan garam secukup rasa.


SAMBAL TUMIS SOTONG

Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas yang telah dimayang. Bila sudah agak layu masukkan cili kisar ikut sukatan kepedasan yg anda suka. Kacau dan tambahkan sedikit air supaya cili tidak cepat kering. Apabila sudah naik minyak dan cili agak masak, tambahkan sesudu makan sos tiram. Kacau lagi utk beberapa ketika supaya cili betul2 masak. Masukkan sotong basah yang telah dikelar2 sedikit. Kacau, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.


SAYUR CAMPUR EXTRA TOMATO

Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga agak layu. Masukkan sesudu kecil serbuk lada putih dan tumis sampai naik bau. Masukkan sedikit isi ayam dan teruskan kacau. Masukkan sesudu makan sos tiram. Apabila isi ayam telah bertukar ke warna keputihan, masukkan sayur-sayuran pilihan anda. Di sini rinn lebihkan buah tomato di atas permintaan anak. Tambahkan sedikit air yg telah dibancuh dgn sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah. Masukkan garam secukup rasa.


AYAM PEDAS BERSALUT TELUR

Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas. Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Pastikan cili benar2 masak baru masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Apabila sudah agak masak dan kuah agak pekat, pecahkan sebiji atau 2 biji telur ke dalam masakan dan kacau sehingga telur menyalut keseluruhan masakan ayam.


SUP IKAN KACANG-KACANG

Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Apabila naik bau, masukkan serbuk lada putih. Kacau seketika baru masukkan air. Biarkan mendidih sedikit baru masukkan ikan. Setelah mendidih lagi tambahkan garam dan gula secukup rasa. sebelum diangkat masukkan beberapa biji cili api, daun bawang dan daun seleri. Taburkan bawang goreng jika suka.


TEMPURA UDANG

Bersihkan udang tanpa membuang bahagian ekor.
Utk batter, sediakan air ais dalam mangkuk, pecahkan sebiji telur dan kacau. Tambahkan tepung gandum dan sedikit soda bikarbonat. Kacau sehingga bancuhan tepung likat. Panaskan minyak di atas api yang sederhana besar. *Api yang besar akan segera menghanguskan gorengan tepung tempura. Pegang udang pada bahagian ekornya dan celupkan udang dalam tepung, kemudian masukkan ke dalam minyak yg telah dipanaskan. Seelok-eloknya goreng satu persatu.
Untuk kuah sosnya, masukkan 3 sudu besar kicap kipas udang dalam mangkuk kecil. Tambahkan air panas utk mencairkannya. Tambahkan sedikit garam. Sedap dihidang panas-panas dan dimakan bersama nasi Jepun.


ASPARAGUS CHICKEN CREAM SUP

Tumiskan bawang besar (preferably yellow onion) dan bawang putih yang telah dicincang halus. Masukkan sesudu teh serbuk lada putih dan sesudu teh serbuk lada hitam. Tumis hingga naik bau. Masukkan ayam yang telah didadu. Kacau sehingga ayam keputih-putihan. Masukkan satu kiub pati ayam. Tambahkan sesudu sos tiram dan semangkuk air. Bancuhkan 2 sudu besar tepung gandum dengan sedikit air dan terus tuang ke dalam masakan utk memekatkan kuah. Masukkan 2 sudu besar fresh cream dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan asparagus yang telah dipotong dua, serta beberapa jenis sayur lain seperti broccoli dan carrot. Tidak perlu masak terlalu lama utk mengekalkan kerangupan sayur.


TELUR DADAR

Pecahkan 3 biji telur ayam ke dalam mangkuk. Masukkan bawang besar yang telah dihiris dan sedikit garam. Boleh masukkan hirisan cili merah jika suka. Kacau sebentar hingga agak berbuih. Goreng dengan sedikit minyak yang cukup panas. Untuk mendapatkan telur dadar yang fluffy, tutupkan kuali dengan penutup.


DAGING MASAK MERAH

400gm daging dipotong nipis. dibasuh dan diroskan. Tumiskan bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai yang telah dimayang. Apabila naik bau, tambahkan 4 sudu besar cili kisar. Kacau dan tambahkan sedikit air. Masukkan daging dan kacau lagi. Tambahkan air lagi jika perlu untuk mengempukkan daging. Kacau sesekali sehingga daging benar2 empuk. Tambahkan 2 sudu besar sos cili, 2 sudu besar sos tomato dan sesudu besar sos tiram. Tambahkan garam dan sula secukup rasa.


SALAD SAYUR DAN BUAH-BUAHAN

Dalam satu mangkuk yang besar masukkan sayur-sayur pilihan anda seperti asparagus, broccoli, cauliflower yang telah dicelur seketika, carrot, timun, lettuce dan lain-lain. Masukkan juga buah-buahan pilihan anda seperti mandarin apple, buah lai, buah pear, anggur hijau, anggur hitam, laici dan sebagainya. Masukkan mayoneise secukupnya dan perahkan lemon juice. Bubuh sedikit minyak zaitun. Kacau rata semuanya. Taburkan sedikit daun parsley kering bila menghidang.


BAYAM GORENG DGN ASPARAGUS

Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Bila sudah layu masukkan bayam, kacau sebentar kemudian masukkan terus asparagus. Tambahkan sedikit sos tiram, garam dan gula secukup rasa.


SAMBAL TUMIS UDANG

Bersihakan udang tanpa membuang ekornya. Tumiskan bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas yang telah dimayang. Apabila naik bau. masukkan cili mengikut sukatan kepedasan pilihan anda. Tambahkan air secukupnya dan tumis sehingga cili masak, masukkan air asam jawa dan sos tiram. Masukkan udang, kacau dan tambah garam dan gula secukup rasa. Jangan masak terlalu lama kerana ini akan menghilangkan kemanisan udang. Tambahkan setengah cawan santan kelapa, kacau sehingga kuah likat dan angkat.


PRAWN AND BROCCOLI IN OYSTER SAUCE

Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang halus. Masukkan serbuk lada putih, kacau hingga naik bau, baru masukkan sos tiram. Masukkan udang dan kacau seketika. Masukkan broccoli. Tambahkan air yang telah dibancuh dgn sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah. Tambahkan garam secukup rasa.


LAUK PADPRIK

Sediakan ayam, udang dan sotong yang dipotong kecil. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi sebanyak yang anda suka dan serai. Bila agak layu masukkan dua sudu kecil serbuk lada putih. Kacau hingga harum. Masukkan kicap lemak manis, sos tiram dan sos cili secukupnya. Kacau hingga rata dan tambahkan sedikit air. Masukkan ayam, udang dan sotong. Bila sudah masak masukkan pula sayur-sayuran seperti carrot, baby corn, buah tomato, lada benggala dan sebagainya. Tambahkan air secukupnya untuk kuah. Masukkan beberapa helai daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.


Well, those are among the dishes I normally cook at home. Once in a while, dishes may change according to the family member`s request or simply to my likings. Pretty simple and easy right ?? Fried fish, fried chicken and sardins are another dishes I regularly serve. I eat almost all kind of vegetables like peria, kacang botol, kangkung, terung etc and of course ulam-ulam..but I seldom prepare coz not very much favoured by most of the family members and I hate to generate waste. Only mommy and the 2nd daughter eat a lot of vege and sweep away whatever leftovers there is. That`s a normal view in the house. Oki Dok....Will definitely appear again with more to expect....tunggggguuuuuuuuu...


Quote:
1. Mamazieza : Ala mama..tak ade ape yg hebat sgt punnn..dah orang duduk rumah..kena masak le tiap2 hari..menu biasa jer...mai le makan di umah bila-bila..
2. Ishzah : Ishzah punn sama laa..mai jemput makan....
3. Ida : Kalau tengok orang yang masak mmg sedap kot nooo...Sendiri masak sendiri makan mmg tak syok..mai le jemput ke pesta makan2 rinnn...
4. Zakiah : Hmm..rinn memang suka masak letak oyster sos...sebab rinn tak guna serbu k perasa ajinomoto. Setengah orang kalau tak ada ajinomoto rasa macam kureng lemak aje masakan..Tak tau lah, ikut selera masing2...
5. Za : Kak Rinn pun bukan masuk mana2 kelas belajar masak, semuanya tengok bonda masak dari dulu-dulu...Kalau yg lelain dari lelauk melayu kita ni..pepandai le refer kat mana2 sumber..Za pun bukan tak reti masak langsung kannnnn....
6. Edoras : Isshhhh...daklah edoras oooiiii...sapa nak makan bebanyak tu kalau rinn masak dalam satu harii....Kalau edoras ada bolehlah tolong ratah lauk-pauk tuuuu
7. Jeni : Lauk masak hari-hari Jeni...Suka kalau kenkawan nak cuba masak juga..Just bagi idea kalau kenkawan dah kehabisan idea. Nanti kita tambah lagi koleksi yeee....
8. Sue : Kalau Sue mai makan...bagi free jer...
9. Meorjay : Tengok makanan memang le jadik lapar terus yeekk.. ..Oohhh..anak orang rupanya..ingatkan anak meorjay..Bebudak kecik ni..sesapa pun mmg cute kann....
10. Aunidayini : Aunidayini senang naik berat badan ke...syusyah lah macam tu yek!!! Rinn ni tergolong lah jugak dlm group org yg kuat makan..tapi badan slim jerr....Selamat mencuba pie tu yek..buat..jgn tak buat nnt suami kempunan lak.. Nanti tepek lah kat blog Aunidayini yee...
11. MamaFaMi : Tadah..tadah air liur mama tuuu..nanti banjir pulak malawi mama ooiiii
12. Phalin : Order tak boleh...Kalau datang makan free di alu-alukan....
13. Zabariah: Sehari masak sejenis dua lauk kalau dikumpul2 namapak banyaklah dek ooiiii
14. Rozzan: Orang duduk rumah kena lah rajin masak..kalau dak anak2 nak mkn ape..kalau dah maaaaaaaalas sgt baru pi carik kat kedai..heh heh heh








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net