Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 12-Feb-2007 07:57 Email | Share | Bookmark
AYAM MASAK PUTIH (OPOR AYAM)

Nampak mcm kurma ayam tapi bukannn...
Saper punya drumstick tuuu..
AYAM MASAK PUTIH (OPOR AYAM)


Ingredients

1 kati ayam, dipotong

Bahan2 tumis:
3 bji bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
2 inci halia, diketuk
2 sudu besar Ketumbar biji, ditumbuk halus
1 camca teh Jintan manis, ditumbuk halus
1/2 inci kunyit, ditumbuk
1 1/2 camca teh garam
1 batang serai
1 Bunga lawang
2 inci Kayu manis
3 kuntum Bunga Cengkih
3 biji Buah pelaga

2 biji kentang
2 cwn santan kelapa

Instructions
1. Tumis semua bahan yg telah ditumbuk hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan seketika sehingga warna ayam bertukar keputih2an.
3. Masukkan santan kelapa dan kacau rata. Boleh tambah air untuk melitupi semua ayam. Sesekali dikacau utk mengelakkan santan berketul2.
4. Masukkan kentang yg telah dipotong. Tutup periuk supaya kentang cepat empuk. perasakan dgn garam dan sedikit gula. masukkan sekeping kecil asam gelugor.

Resipi ini diajar oleh emak dan lebih dikenali dengan "AYAM MASAK PUTIH". Mungkin kerana warnanya yg agak putih pucat. Ianya tidak banyak berbeza dengan OPOR AYAM, sejenis masakan Indonesia. Ada juga kelihatan seperti masakan KURMA AYAM. Tapi pada Rinn, Ayam MAsak Putih ini lebih berperisa berbanding yang lain. Cubalah.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net