Want your
own Fotopage?








 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-Feb-2007 15:42 Email | Share | Bookmark
PEACH MUFFIN

Iced muffins
Some cherries on them..
Dalam petisejuk masih ada buah peach dlm tin lebihan dari menghias Japanese Souffle Cheese Cake tempoh hari. Angah dah beberapa kali tanya kalau-kalau dia boleh makannya begitu saja. Hmmm...Macamana dgn yg lain2, tentunya diorang pun nak gak. Mungkin aku boleh mengolah buah peach itu utk dijadikan sesuatu yg semua orang boleh rasa. Muffins.....!!! Idea yg bagus utk sarapan pagi...lagipun dah ada SUKUN GORENG! Buat tambah-tambah aje ni....

Lekas-lekas masuk internet, lalu jumpa resipi ini.



PEACH MUFFIN
Sumber : Yani of myresipi.com

Bahan-bahan :
150gm tepung gandum
1/2 sudu besar baking powder
75gm brown sugar
10gm castor sugar
60gm butter (Room temperature)
60ml susu segar
1 biji buah peach segar (Saya guna peach dlm tin)

Icing :
50gm icing sugar
3 tspn water
1 tspn vanilla essence

Cara-cara
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Potong kiub buah peach.
3. Pukul telur.
4. Pukul butter, castor sugar dan brown sugar sehingga berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
5. Masukkan tepung dan susu berselang seli dan sedikit demi sedikit .
6. Akhir sekali masukkan buah peach dan kaup balikkan.
7. Tuang ke dalam papercups dan masak selama 20~30 minit pada suhu 180 drj celcius.
8. Sementara itu sediakan icing. Mix together icing sugar, water and vanilla essence. Garnish muffins when they are cold.



Comment:
Kiub2 peach yg mengecut di dalam muffin meninggalkan ruang2 berongga yg membuatkan tekstur muffin lebih lembut. Sedap dimakan segera dan masih kekal lembut walaupun pada keesokan harinya.

Untuk makan tengahari, kami makan nasi lauk SAMBAL TUMIS UDANG dan KARI IKAN BAWAL HITAM. Sambal tumis udang tu dimasak seperti biasa, cuma ditambah 1/2 cawan santan pekat dan 1 sudu besar sos tiram. Cubalah utk sedikit kelainan.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net