Want your
own Fotopage?






 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 31-Jan-2007 19:54 Email | Share | Bookmark
TOUFU TELUR SOS TIRAM DAN MEE GORENG

Raw egg toufu
Mudah dipotong dgn pembukusnya sekali
Siaappp dahhh...
Mee goreng ala-ala rinnchan
Sepanjang rinn jalan-jalan cari resipi kat laman kenkawan tak pernah pun terserempak lagi dengan resipi yang menggunakan toufu telur..kalau ter`overlooked` tuu tak taulah. Anyway, let me share with you this..simple but yet delicious.

TOUFU TELUR BERSOS TIRAM
Bahan2
3 tiub toufu telur
3 ulas bawang putih
1 camca kecil serbuk lada putih/lada sulah
1 1/2 sudu makan sos tiram (oyster sauce)
1/2 sudu makan tepung jagung (Dibancuh dgn 1/2 gelas air)
Garam & gula secukup rasa

Cara2

1. Toufu telur dipotong 4. Untuk memudahkan, potong 2 dahulu dengan tiub plastik pembungkusnya, keluarkan baru potong kpd 4 bahagian.
2. Goreng dulu toufu. Sebaiknya menggunakan non-stick pan supaya tidak melekat. Toufu ni amat fragile kenaghandle with care, kalau dak hancuuusssss...
3. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak atas api yg sederhana, tumis bawang putih,masukkan lada putih..kacau2..masukkan sos tiram kacau2...masukkan bancuhan tepung jagung tadi.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa, kemudian tuangkan toufu yg telah digreng tadi. Tak perlu dimasak lama2 kerana toufu tadi telah pun digoreng.

* Pada penggemar2 Chinese Food..mungkin ini kena dengan selera anda. So, selamat mencuba....




Petangnya rinn masak mee goreng for dinner. Goreng biasa-biasa aje......

MEE GORENG
Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning basah, dicelur sebentar utk menghilang rasa kapur
3 ulas bawang putih, diketuk
udang basah secukupnya
sedikit daging lembu, dihiris halus
1 camca teh serbuk lada putih
1 sudu makan cili kisar
kicap manis secukup rasa
kicap cair
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran ikut citarasa

Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bwg putih dan masukkan lada putih. Kacau sebentar.
2. Masukkan daging dan masak sampai lembut. Tambah sedikit air.
3. Masukkan udang. Kemudian masukkan sayuran pilihan.
4. Masukkan kicap manis dan kicap cair.
5. Akhir sekali, masukkan mee dan kacau rata. Boleh hidang dengan bahan hiasan pilihan.


******************************************************************************************************************************
[color=red][b]APA KATA RINNCHAN


Quote:
Mamafami : Hmm..kat sini tak delah mahal punn..sepeket 3 tubes tu cuma RM1.80 sen jer..Rasanya kat mana-mana supermarket pun available..Cuba-cubalah ye..
Ishzah : Sebenarnya selain dari lauk toufu tu rinn ada masak sayur yang gunankan baby corn dgn carrot..sbb tu tak campur dalam lauk toufu..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net