Want your
own Fotopage?







 


By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 30-Jan-2007 09:58 Email | Share | Bookmark
SUSHI GULUNG

Inti sushi..telur, fish filamen & prawn
Nak gulung sushi
One sushi left...
Kek Marble Warna-warni Badam Rose Nostalgia
Hidangan kek
Tengah hari tadi semangat berkobar-kobar nak buat sushi, kebetulan masa pi supermarket kelmarin terbeli beras utk buat sushi dan nori ( sea weed ). Dah buat dalam 30 biji tetiba..TING TONG...Oooppss sape pulak yang datang tu, rupanya hubby balik bawak kawan..hidanglah sikit dengan kek marble warna-warni yang buat tempoh hari.
Dan tak berapa minit lepas tu angah dan acik pun balik dari sekolah. Sibuk melayani tetamu..rupanya angah dan acik pun `self-service` lah di dapur..tak pe lah..tapi tak sangka pulak sampai habis dikerjakan sushi-sushi tuuu. So, only one piece left for the lense...padan muka.

Buat sushi ni pun ada bahan yang tak cukup sebab susah nak cari. So rinn guna apa yang ada saja.


SUSHI ala-ala Rinnchan
Bahan2
300 gram Calrose Rice (Khas utk sushi)
500 ml air
1 sudu makan gula castor
1 camca kecil garam
1 sudu makan cuka makan ( substitute for Rice Wine Vinegar )
4 kepingan NORI ( dried sea weed )
Inti sushi ikut suka (Rinn guna telur dadar, fish filamen perisa ketam, udang )

Cara2
1. Bersihkan beras dan masak dgn air. Masak seperti masak nasi biasa.
2. Sementara tu dadar nipis sebiji telur, celur fish filamen dan udang. Udang tu dicucuk dulu dgn dengan tooth pick supaya tka membengkok masa dicelur nanti.
2. Sesudah nasi masak, biarkan sejuk seketika. Kemudian gaul dengan cuka, garam dan gula yang telah disatukan terlebih dahulu. Gaul rata seeloknya guna senduk kayu.
3. Letakkan kepingan nori di atas plastik tebal seperti pelapik meja tuu. (Rinn tak de penggulung khas yg diperbuat dari buluh, so guna plastik aje).
4. Spread nasi di atas nori dan letakkan intinya yang telah dipotong memanjang halus. lihat gambar.
5. Gulung perlahan-lahan dan tekan sedikit supaya nasi mampat dan tidak terburai.
6. Potong menjadi saiz kunyahan menggunakan pisau yang betul-betul tajam.

* Nak menggulung sushi ni tak semudah yang disangka tapi bolehlah setakat nak makan sendiri.
* Sebenarnya kena spread sedikit wasabi di atas nasi sebelum letakkan inti, sejenis bahan dari akar lobak putih. Rasanya kelat2 pedas tapi lain dari pedas cili. Kat sini susah cari..dan rinn tak rasa org kita sukakan rasanya.



* Kek Marble Warna-warni Badam Rose Nostalgia tu adalah sumbangan Puan Shamsiah Md Shariff yang diambil dari blog resipidiana. Rinn rasa ramai gak yang dah mencubanya..


KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA

Bahan-bahan :
250gm mentega
5 1/2 oz gula castor
4 biji telur sederhana besar atau 5 biji telur kecil
1 oz badam kisar
5 oz tepung naik sendiri
2 susu makan susu pekat manis
1 1/2 sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah dan hijau

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
4. Masukkan badam kisar, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.

Boleh rujuk kat sini.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net