By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Saturday, 19-Dec-2009 13:45 Email | Share | | Bookmark
"DEAR YAYAH"

Anak2 wif Kak Yayah & Kak Ann
Kak Ann, Kak Yayah & Alya
Alya & Kak Yayah
View all 10 photos...
Selain dari bermain piano, Acik Alya juga minat membaca novel. Percaya atau tidak setiap seminggu atau 2 minggu sekali Alya mesti minta dibelikan novel. Penuh rak buku Alya dengan novel-novel pilihannya. Dari situ timbul pula minat baru untuk menulis walaupun ianya bukan secara serius. Pernah beberapa kali memenangi hadiah penulisan atas dasar ingin mencuba tapi Alhamdulillah membuahkan hasil yang agak memberangsangkan.

Acik Alya adalah di antara ribuan peminat penulis novel kanak-kanak, Ain Maisarah , Farihah Iskandar @ Kak Yayah dan Kak Ann. Siap jadi Ahli Kelab lagi. Awal bulan Disember lalu, Alya sudah awal-awal lagi mengingatkan ayah dan emaknya untuk membawa dia ke City Plaza, Alor Setar kerana Kak Yayah penulis buku "Dear Yayah" kesayangannya itu akan berada di sana.

Alamak , sebenarnya pada tarikh 5hb Dis itu ada kenduri kawin saudara terdekat sebelah hubby. Akan tetapi, ayah dah janji akan cuba squeeeezzeee sedikit masa untuk ke AS selepas majlis. Hmmmmmm.... . Apapun rancangan tinggal rancangan. Tak sempat rupanya. Dan sepanjang minggu itulah Alya monyok dan agak kecewa kerana dia tahu..kami pun tahu..bukan mudah nak dapat peluang bertemu dengan seseorang yang kita minati.

Apa pun, tak sangka pulak tiba-tiba peluang itu datang kembali kerana Kak Yayah muncul semula di Kedai Buku Hasani Edar, SP selepas dua minggu !!!! Berbunga-bunga hati Alya... Jom kita tengok sekitar pertemuan Alya dan Kak Yayah.




Kebetulan pada hari itu juga Kak Yayah ditemani oleh Kak Ann juga seorang penulis Novel yang seangkatan dengan Kak Yayah. Buku-buku mereka ini diterbitkan oleh PTS Publication, syarikat sama yang menerbitkan buku-buku masakan Sifu Masak kita Kak Hanieliza.





Di Majlis yang serba ringkas ini, Kak Yayah melancarkan novel keluaran terbaru beliau berjudul "Dear Yayah, Sejuknya Eau Claire".


.

Alya tak lepas peluang untuk merembat senaskah . Gembira kerana sebelum ini Alya sudah pun memiliki keempat-empat novel Dear Yayah.... Kali ini dapat otograf lagi.



Kak Yayah sempat berpesan pada Alya, " Kalau betul-betul nak menulis, teruskan...boleh buat duit tau !!!... "
Pertemuan ini akan sentiasa tersimpan kemas di lipatan kenangan..


Wednesday, 16-Dec-2009 05:11 Email | Share | | Bookmark
SERIKAYA BALLS

Tepung+bpowder+garam
Mentega+gula
Putar
View all 17 photos...
Dah lama tak menggunakan my Tako Maker. Anak-anak ada gak suruh buat takoyaki lagi tapi mak diorang aje yang malas. Bukan pasal apa... bukan musim sotong kurita sekarang ni . Pakai sotong biasa kurang menepati resipi walaupun boleh saja sebenarnya. Banyak alasan sungguh kalau dah malas !!!

Masa tengah rajin ari tu, adalah jugak jumpa beberapa resipi yang membolehkan kita menggunapakai Tako Maker ni. Buat masa ini ingat nak cuba Serikaya Balls atau Bebola Serikaya dulu. Ok, Let's get goinggg......




SERIKAYA BALLS
Sumber : Petibesi RNet

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung kek ( Tepung gandum pun ok )
1 tsp baking powder
Secubit garam halus
125gm mentega
75gm gula castor
4 biji telur gred A
200ml susu segar 1/2 tsp esen vanilla
Serikaya secukupnya ( Serikaya dlm tin lebih sedap.. )

CARA-CARA:
1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula castor hingga kembang dan gebu. Masuk telur satu persatu, terus putar hingga sebati.
3. Masuk 1/4 bahagian susu. Putar terus.
4. Masuk tepung dan selang-selikan dengan susu. Lakukan hingga habis dengan tepung sebagai pengakhirnya.
5. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
6. Panaskan acuan dan lengserkan dengan minyak masak.
7. Isikan separuh adunan dalam setiap lubang acuan.
8. Bubuh serikaya secukupnya. Rinn gunakan piping bag . Tutup adunan hingga penuh.
9. Terbalikkan bebola kaya beberapa kali menggunakan 2 btg lidi satay sehingga masak dan keperang-perangan.






Fuuhh...berpeluh-peluh sepetang Rinn mengadap Tako Maker Vs Kaya Balls Dah lah cuaca sekarang ni panas terik. Tambahan pulak dapur Rinn ni bukannya ada kipas..apatah lagi air-cond. Menitis-nitis peluh, tapi nak habaklaaah..tak de lah sampai menitis ke dalam adunan. Kang ada extra flavour pulak !!!

Sebenarnya buat Kaya Balls ni lagi mencabar dari buat takoyaki. Adunannya cepat masak berbanding dengan adunan takoyaki. Tako Maker ni tak de temperature control. Agaknya dah di set siap-siap untuk kepanasan tertentu yang sesuai untuk memasak takoyaki dan yang sewaktu dengannya.

Oleh itu, kepada yang nak mencuba tuu..buatlah dua tiga biji dulu semasa pebakaran pertama untuk membiasakan diri dengan adunan dan Tako Maker. Kalau tak de Tako Maker, guna acuan kuih cara pun boleh kot, cuma bentuknya taklah jadi bebola. Seperti biasanya, adegan yang agak mencabar adalah semasa hendak menterbalikkan bebola-bebola ni. Rinn dah ada sedikit pengalaman, maka dah tau tips n tricksnya dengan Tako Maker ni. Adalah jugak beberapa ketul yang terhangus kerana terghalit.





Kaya balls sedap dan lembut walaupun sebenarnya Rinn nak bagitau yang Rinn belum pernah mencuba kaya balls yang ada dijual di beberapa pasaraya terkemuka seperti GIANT. Kat GIANT di SP ni pun ada..tapi tak pernah pulak terlintas di hati nak beli. Anak-anak pun tak pernah mintak. Kalau waffles tu adalah jugak diorang nak.

Lepas ni nak kena beli waffle maker pulak yaa.... . Habih tuuuu..... nak home make !!!!


Saturday, 12-Dec-2009 09:20 Email | Share | | Bookmark
BASIC BUTTER CAKE & CHOC CUPCAKES

 
 
 
Time tak ada bahan, tak cukup bahan atau malas nak cari bahan Rinn bake aje yang basic-basic untuk makan anak-beranak. Ada ketikanya yang ringkas begini lebih menangkap selera dan boleh makan banyak




Basic Butter Cake ni adalah dari Chef Alex Goh. Sememangnya homemade buttercake lebih sedap dari yang dibeli dari bakery, maksud Rinn dari segi rasa dan baunya. Fresh from oven sendiri lah katakan. Lebih-lebih lagi kalau kita gunakan butter yang sedikit lebih mahal dari biasa seperti Golden Churn, Golden Fern, SCS atau Lurpak. Untuk makan sendiri sesekali guna butter mahal tak salahkan . Guna buttercup pun ok gak. Apa pun, kek sebenarnya lebih sedap selepas dibiarkan semalaman Tapi janganlah diletak ditempat terbuka, nanti kering pulak kek tu. Simpan dalam container atau balut dengan clingwrap setelah kek benar-benar sejuk pada suhu bilik.

BASIC BUTTER CAKE
Sumber : CHef Alex Goh

BAHAN-BAHAN:
250gm butter
200gm gula castor
5 butir telur gred A
210gm tepung kek
1/2 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla

CARA-CARA:
1. Putar butter dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanilla, putar rata.
2. Masukkan telur sebutir demi sebutir dan putar terus hingga rata dan gebu.
3. Perlahankan putaran. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas.
5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama lebihkurang 50minit bergantung kepada oven masing-masing.
6. Sejukkan atas dawai penderai dan potong bila telah sejuk.






Kek coklat yang biasa kita buat selalunya akan kelihatan agak gelap setelah siap dibakar. Resipi kali ini hanya menggunakan sebahagian kecil serbuk koko sebab itu kek tidak kelihatan terlalu coklat yang hampir kehitam-hitaman. Resipi ini dah lama tercatat dalam buku conteng masak-masak Rinn. Tak pulak dituliskan dari mana sumbernya. Kepada pemilik resipi, terimakasih ya..






CHOCOLATE CUPCAKES
BAHAN-BAHAN:
150gm butter
200gm gula castor
3 butir telur gred A
220gm tepung gandum
3 tbs serbuk koko
1 tsp baking powder
200ml susu segar
Choc chips dan kismis (optional)

CARA-CARA:
1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko bersama. Gaulkan choc chips dan kismis sekali sekirannya ada menggunakannya. Ketepikan.
2. Putar butter dan gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan telur satu demi satu. Putar terus hingga rata.
4. Perlahankan putaran mixer. Masukkan adunan tepung diselang-seli dengan susu segar. Mesti diakhiri dengan tepung.
5. Isikan adunan ke dalam paperliners. Bakar pada suhu 180 darjah cel selama 15min-20min.

Cuba-cubalah yang basic dulu.......





Tuesday, 8-Dec-2009 03:17 Email | Share | | Bookmark
PUYOH GORENG BEREMPAH

 
 
 


Sehari sebelum Raya Haji yang lalu, adk ipar bagi 10 ekor burung puyoh mentah yang telah siap disembelih dan dibuang bulu. Nak masak apa ya? Seumur hidup tak pernah terlintas nak masak puyoh. Makan pernah kot sekali dua. Itu pun di rumah adik ipar tak lama dulu. Suka betul pulak adik ipar Rinn ni dengan puyoh ya!!! Kalau tak silap masa tu emak mertua yang duduk sekali dengan dia masak lemak cili api.

Kalau Rinn pun masak lemak cili api, berani jamin Rinn sorang aje yang makan. Semudahnya Rinn cadang untuk menggoreng saja puyoh-puyoh tu. Agar lebih berperisa, Rinn kisarkan rempah dan gaulkan sekali sebagai bahan perap.


PUYOH GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
10 ekor burung puyoh yg telah dibersihkan

Ditumbuk atau kisar:
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1cm kunyit hidup atau 2 camca teh serbuk kunyit
2 cm halia
2 camca teh garam

Dikisar kering:
2 sudu makan ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih

CARA-CARA:

1. Gaulkan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk dan dikisar dengan puyoh. Perap seketika dalam 10minit.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng sehingga garing. Siap untuk dihidang.





Rasa burung puyoh ni adalah sikit-sikit macam ayam kampung. Dagingnya pun liat-liat macam ayam kampung jugak. Bila dah dimasak atau digoreng tulang-tulang puyoh ni terutamanya di bahagian dada dan kepak jadi rapuh. Bila kita gigit-gigit isinya, tulangnya mudah patah.

Boleh juga dimasak cara lain. Ikut citarasa masing-masing. Bila dah siap masak dan makan, juga bila anak-anak komplen kenapa macam liat aje daging puyoh ni, baru teringat di hati... kalau Rinn rebus dengan herba "chic-kut-teh" lagi bagus rasanya. Isinya akan jadi lembut sebab resipi ni perlukan kita merebus bahan-bahan sekurang-kurangnya selama satu jam. Lain kalilah...

Seksinya puyoh gorengku berposing !!!!


Thursday, 3-Dec-2009 06:45 Email | Share | | Bookmark
AYAM PERCIK LADA HITAM

 
 
 
View all 8 photos...
Senaaaaaaaangnya Memasak !!!.... Pada yang dah beli buku-buku resipi Kak Liza tentu tak rasa asing dengan tag phrase tu . Rinn pun dah lama beli dan belek beberapa naskah yang ada dalam simpanan. Baru ni sempat mencuba sesuatu dari naskah masakan ayam. Ingat nak buat untuk Raya Haji..Terawal 2 hari sebab seru tu datang awal. Kalau tunggu lama lagi takut terus tak buat !!!




AYAM PERCIK LADA HITAM
Sumber : Chef Hanieliza

BAHAN-BAHAN A :
1 ekor ayam, dipotong 4 bahagian
2 cawan santan dari sebiji kelapa
1 btg serai, diketuk
3 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR :
2 sudu besar lada hitam
5 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang ptuih
5cm halia
2 cm lengkuas
2cm kunyit
3 btg serai

CARA-CARA:
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali, gaul dan biarkan mendidih.
3. Keluarkan ayam dan panggang di dalam oven. Boleh juga panggang atas arang atau dapur.
4. Lebihan kuah boleh di siram ke atas ayam sepanjang proses membakar. Selebih kuah boleh dimasak terus hingga pekat dan boleh disiram ke atas ayam ketika menghidangnya.




Rugi kalau tak beli, simpan dan cuba resipi-resipi dari buku-buku Kak Liza ni. Memang kena dengan tag phrase tu. Nampak mudah setiap langkah yang disertai gambar-gambar. Rinn pun masih ada dua tiga naskah yang belum sempat beli. Akan kusambar jugak suatu hari nanti untuk melengkapkan set. Pasal nak cuba tu belakang kira...heh heh heh .



Oh ya, sedap ayam percik ni. Kalau dibuat ayam golek pun molek...sesuai untuk santapan raja dua tiga hari..( La ni pengantin makan adap-adap sampai dua tiga kaliii.... ).

Juga ada terdetik di hati, koleksi buku-buku resipi Kak Liza ini amat sesuai untuk dijadikan hadiah kawen. Cukup membantu para bakal surirumahtangga yang mungkin baru nak berjinak-jinak dengan dapur maupun mereka yang ingin menambah ilmu masakan.



Quote:
Kepada yg bertanya:
Farina : Buku Kak Liza ni boleh didapati di semua kedai buku besar seperti POPULAR, MPH, KINOKUNIYA dan HASANI. Mungkin ada juga di kedai2 lain. Tajuknya "Senangnya Memasak...." setiap naskah dengan tajuk Ayam, Daging, Kambing, Sayur, Sos dan Sambal, Bee Hoon dan Mee dll. Mudah sebab semuanya ikut tajuk bagi setiap buku.


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net