By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 26-Jan-2010 10:25 Email | Share | | Bookmark
MUFFIN COKLAT KUKUS

Superfine/Tepung halus
Putar mentega & gula icing
Masuk telur
View all 10 photos...
Seingatnya ini adalah pertama kali buat muffin jenis kukus. Selalunya bakar aje dalam oven. Satu kelebihan mengukus, mungkin kita tidak akan hadapi masalah muffin hangit atau hangus,...agaknya laaah kot. Jom kita cuba sama-sama..






MUFFIN COKLAT KUKUS
Sumber : Chef Zubaidah Che Pa

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung superfine/ tepung halus
75gm serbuk koko
1 tsp soda bicarbonate
Secubit garam
350gm gula icing
250gm mentega
3 butir telur
1 cup air panas

CARA-CARA:

1. Ayak tepung, soda bicarbonate, serbuk koko dan garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi berselang-seli dengan air panas.
5. Isikan adunan ke dalam papercups dan kukus selama 15 minit.

Dah janji dengan Angah dan Acik akan pergi fetch mereka di asrama pada jam 2.30 pm. Acik sebenarnya masih meneruskan kelas piano pada setiap Jumaat walaupun dah duduk asrama. Jadi, sekarang ni terpaksalah bawak dia keluar every friday untuk "outing' ke piano lessons nya. Mujur tak jadi masalah bagi pihak asrama. Sayang nak berhentikan dia sebab dia dah sampai tahap yang agak memberangsangkan.






Ahaaaa..... sebenarnya muffin tu untuk bebudak tu ler. Jam 2.00 pm muffin masih lagi duduk dalam kukusan.... . Selalu macam tuuuuu lah Rinn ni, suka buat kerja last minute. Kalau nak naik flight sure dah lama kena tinggal kapal terbang !!! Apa-apa pun semuanya sempat siap. Sempatlah nak ambik Angah dan Acik, hantar ke kelas piano yg bermula at 3.00 pm, pi shopping barang-barang keperluan diorang dan hantar pulang semula ke asrama.

Sempat jugak Rinn ngap seketul sebelum keluar. Lebih gebu rasanya daripada muffin yang dibakar.. . Seronok pulak. Lepas ni boleh korek-korek lagi resipi kek kukus...





Friday, 22-Jan-2010 03:33 Email | Share | | Bookmark
STIK TENGGIRI

Segarnyaaaa....
Ekor tenggiri he he he...
Hubby tolong perap
View all 8 photos...
Hebatnya seorang yang bernama Kak Liza ni. Berkat kegigihan dan kesabaran, usahanya selama ini ternyata berbaloi. Hampir kesemua di antara kita mendapat manfaat daripada apa yang diusahakannya selama ini. Semoga Allah SWT terus memberkati kehidupan Kak Liza kita ini ya.

Cerita..cerita jugak pasal Kak Liza kita ni tapi cerita masak-masak Rinn kali ini adalah cerita antara ribuan resipi yang telah dihasilkan oleh Kak Liza. Mudah, ringkas dan sedap. Itu yang dapat Rinn katakan tentang resipi ikan Kak Liza kali ini. Izinkan Rinn kongsikan di sini ye Kak Liza...





STIK TENGGIRI
Sumber : Senangnya Memasak...Ikan ( Chef Hanieliza)

BAHAN A:
2 bahagian ikan tenggiri (400gm)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar sos lada hitam (Rinn tambah yang ini...)

BAHAN B (SAYUR-SAYURAN IKUT SELERA):
Brokoli
lobak merah
tomato

Sos lada hitam


CARA-CARA :
1. Bersihkan ikan dan toskan hingga kering.
2. Perapkan ikan dengan semua bahan selama 30 minit.
3. Bakar dengan pemanggang atau masukkan dalam oven hingga garing dan masak.
4. Hidangkan bersama sayur-sayuran dan sos lada hitam.

Rinn gandakan tiga resipi di atas sebab Rinn guna 6 keping isi ikan tenggiri.





Oh ye..lupa pulak nak story. Sebenarnya ikan tenggiri segar ni kami dapat daripada seorang kawan hubby yang minat memancing. Di laut ye..bukan di kolam. Pepagi hari dia dah telefon katanya nak menghantar ikan kat kami. Rezeki di pagi hari. Kami dapat separuh bahagian ekor ikan tenggiri, seekor ikan cencaru dan seekor ikan kerisi yang agak besar juga saiznya. Selain dari memanggang stik tenggiri, sebahagian lagi isi ikan Rinn masak kari. Hmmm.... cukup dah untuk lunch hari itu kot.


Tuesday, 12-Jan-2010 09:18 Email | Share | | Bookmark
SWISS ROLL

Putar semua bahan
Sampai gebu
Masukkan mentega cair
View all 25 photos...
Hari ni baru betul-betul terasa kepenatan. Hujung tahun lepas membawa ke minggu kedua persekolahan Rinn seolah-olah ber "Rock" n "Roll". Paham-paham aje lah dengan persiapan anak-anak kembali ke sekolah ni ya. Yang paling terasa apabila terpaksa menghantar Acik Alya pergi dan balik ke sekolah setiap hari. Alya kan dah naik pangkat, pi sekolah menengah dah sekarang ni. Jauh sikit dari rumah. Sekolah yang sama dengan Along dan Angah. Yang berbezanya Alya tidak ditawarkan asrama atas sebab-sebab tertentu. Bas atau van sekolah tak ada service sampai ke sana. Haru-biru jugak pada awalnya. Mujur Along ada...kan dia tengah jadi penganggur kehormat yang menunggu result SPM. Boleh jugak tolong-tolong tengokkan Marisa dan Ken yang juga bersekolah pada sebelah pagi. Cuma mintak tolong tengok yang dua beradik tu selamat naik van sekolah jer sementara Rinn dan hubby menyupir Alya ke sekolah. Ha aahh.... Sibongsu Marisa pun dah naik Tahun Satuu...

Sepanjang minggu itu macam-macam Rinn usahakan. Berjumpa Penolong Kanan HEM, Warden asrama, follow-up dengan telefon dan akhirnya siap hantar surat rayuan pada Tuan Pengetua lagi. Alhamdulillah, segala usaha berbaloi. Alya akhirnya diterima masuk asrama. Angah memang awal-awal dah ditawarkan sebab dia bekas pelajar asrama. Aaahhhhh....legaaaa. Tak payah dah nak bangkit terlebih awal pagii... Dan tak payah nak berhimpit-himpit dengan bas sekolah, van sekolah dan kereta-kereta parents yang hantar dan ambik anak-anak heh heh heh... . Memang jammed teruukkkk area sekolah tuuuu... Ada 5 buah sekolah in a row dalam satu jalan !! Bayangkanlah betapa jammednya jalan hinggakan setiap hari mesti ada beberapa orang polis trafik yang membantu melancarkan perjalanan lalu-lintas.

Ok lah...bersempena dengan minggu yang "Rock" n "Roll" itu, Rinn sempat lagi buat Swiss Roll.... Tiga kali lagii youuuuu !!! . Resipi yang cukup popular untuk sesetengah peminat dunia masakan cyber ni. Rinn discovered lama dulu kat "rumah" Mamafami. Asalnya dari Ahpek dan Maklang Azie. Masa tu dia duduk kat FP lagi. Cukup envy bila tengok diorang cukup mahir dalam bab gulung menggulung ni. Rinn pernah try sekali tapi patah gulungannya. Sejak tuuu..heh heh heh...tak teringin pulak nak buat lagi. Meh ler tengok swiss roll Rinn...





SWISS ROLL
Sumber : MamaFami dan Ahpek

BAHAN-BAHAN :

6 butir telur gred A @ B
4 oz gula castor
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla
1 tbs ovalette
3 oz tepung gandum (Rinn guna tepung kek NONA)
1 tbs susu tepung
Secubit garam
4 oz mentega cair

* Filling ikut citarasa masing-masing
* Kalau nak buat lorekan batik, asingkan 1 cawan adunan dan campurkan sedikit emulco. Kacau rata, isikan dalam piping bag dan lorekkan atas adunan asal.

CARA-CARA:

1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan sekali, telur, gula castor, ovalette dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan perlahan seketika, terus pada kelajuan tinggi selama 5min - 7min.
2. Masukkan mentega cair. Gaul rata menggunakan spatula sahaja.
3. Tuang ke dalam loyang 12 in x 12 in yang telah disapu mentega dan dilapik dengan kertas. Biarkan kertas berjuntai pada dua bahagian yagn bertentangan supaya mudah untuk mengangkat keluar kek.
4. Bakar pada suhu 175 darjah cel selama 20min.
5. Bila dah masak, keluarkan kek dan terbalikkan kek atas kertas. Biarkan sejuk seketika. Sapukan jem atau filling kegemaran masing-masing dan gulung perlahan-lahan. Simpan seketika dalam petisejuk supaya lebih mudah dipotong.

BUTTER CREAM

BAHAN-BAHAN:
1/2 cup shortening
1/2 cup krimwell
2 cups icing sugar (diayak 3x)
1 tsp esen vanilla
1/2 tsp esen lemon
2 tbs susu segar

CARA-CARA:
1. Putar shortening dan krimwell hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan esen lemon.
2. Masukkan icing sugar sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Selang-selikan dengan susu.
3. Putar hingga gebu.


Rinn berkenan dengan resipi ini sebab kaedahnya mudah. Campur saja semua bahan dan putar. Masa penyediaan singkat. Keknya cantik dan gebu. Rasa pun sedap macam kat bakeri.. . Rinn buat plain aje kali ini. Fillingnya menggunakan buttercream.





Hari berikutnya Rinn gunakan resipi di atas juga dengan sedikit ubahsuai untuk menghasilkan sesuatu yang Rinn rasa sesuai untuk dipanggil Swiss Roll Ala-Ala Black Forest. Tau pasal apa? Mulanya nak buat macam kat blog Aunty Yochana ni tapi bila tengok bahan dan caranya, ada sikit yang tak berkenan pulak. Apa pun, thanx to aunty sebab inspired me to create something like this.





Yang hiasan-hiasan macam aunty punya Black Forest Roll tu abaikanlah ya sebab malas nak mencomotkan permukaan roll ku yang licin dan gebu ituuu . Pitted blueberry pun tak ada, just make do dengan blueberry filling yang tinggal saki-baki kat dalam fridge.


BLACK FOREST SWISS ROLL

BAHAN-BAHAN :

6 butir telur gred A @ B
4 oz gula castor
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla
1 tbs ovalette
3 oz tepung gandum (Rinn guna tepung kek NONA)
* 1/2 OZ SERBUK KOKO
* 2 TBS SUSU SEGAR
* 1 TSP CHOC EMULCO
Secubit garam
4 oz mentega cair

* Omit susu tepung dan gantikan dengan serbuk koko dan susu segar. Tambah sedikit choc emulco.

FILLINGNYA:

100gm whipping cream, putar hingga kental
Pitted blueberry atau blueberry filling secukupnya
Chocolate Rice secukupnya


CARA-CARA :

1. Ayak tepung, baking powder, serbuk koko dan garam. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan sekali telur, gula castor, ovalette, susu segar, choc emulco dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan perlahan seketika, terus pada kelajuan tinggi selama 5min - 7min.
2. Masukkan mentega cair. Gaul rata menggunakan spatula sahaja.
3. Tuang ke dalam loyang 12 in x 12 in yang telah disapu mentega dan dilapik dengan kertas. Biarkan kertas berjuntai pada dua bahagian yagn bertentangan supaya mudah untuk mengangkat keluar kek.
4. Bakar pada suhu 175 darjah cel selama 20min.
5. Bila dah masak, keluarkan kek dan terbalikkan kek atas kertas. Biarkan sejuk seketika. Sapukan whipping cream, letakkan blueberry filling dan taburkan chocolate rice. Gulung perlahan-lahan. Simpan seketika dalam petisejuk supaya lebih mudah dipotong.





Sedap. Lebih kurang macam makan Black Forest Cake yang biasa. Hubby dan anak-anak pun suka. Tak rugi mengolah dan mencuba. Terima kasih kepada mereka yang terlibat memperkenalkan resipi asal swiss roll ini. Izinkan Rinn mengolah lagi di lain kali...




Sebenarnya ada satu lagi alkisah di sebalik kedua-dua swiss roll di atas. Asalnya Rinn dah cuba nak buat Swiss Roll Batik. Oleh kerana Rinn tak ada choc emulco untuk dicampur dalam 1 cawan adunan untuk lorekan koko, Rinn suka-suka saja campurkan beberapa sudu serbuk koko. Akhirnya adunan koko tu jadi agak berat kot... so, bila dilorekkan atas adunan asal, ia jadi tenggelam. Nak tengok swiss rollnya...he heh heh.... huduh bebenor ghopernya Nantilah kita buat correction Choc emulco dah beli.




Mujur tak pahit....



Friday, 1-Jan-2010 04:52 Email | Share | | Bookmark
CHOCOLATE BREAD CAKE

Doh roti yg dah diperap
Gelek leper
Gulung kedua2 hujung
View all 9 photos...
Dalam sibuk-sibuk menguruskan persiapan anak-anak untuk kembali ke sekolah dan asrama sempat jugaklah Rinn bereksperimen di dapur. Kali ini hidangan roti + kek. Sebelum ini kalau beli roti kek di bakeri, roti dan kek ini akan dicantumkan menggunakan krim di tengah-tengahnya. Biasa tengok tak ??? Resipi ini pulak kita satukan terus roti dan kek.






CHOCOLATE BREAD CAKE
Sumber : Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread

BAHAN A :
300gm high protein flour
5gm susu tepung
3gm bread improver
10gm serbuk koko

BAHAN B :
50gm gula castor
1/2 tsp garam halus
1/2 biji telur
180gm air sejuk
7.5gm yis segera
1/2 tsp choc emulco

BAHAN C :
15gm butter
15gm shortening


ADUNAN KEK :
2 butir telur gred A
150gm sponge mix perisa vanilla
30gm air
2.5gm esen pandan
60gm minyak jagung/minyak masak

**Putar kesemua bahan adunan kek dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kembang dan gebu.



CARA-CARA:

1. Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika.
2. Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A. Adun sehingga menjadi doh. Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Boleh uli guna tangan atau bread maker.
3. Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit.
4. Tumbuk doh untuk membuang udara. Bahagikan doh kepada dua bahagian.
5. Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan.
6. Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6". Masukkan satu doh yang telah digulung tadi. Biarkan doh naik dua kali ganda.
7. Tuang adunan kek ke atas doh roti yang telah kembang tadi.
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min.


Menerusi eksperimen ini telah berlaku satu kejadian yang tak disangka. Seperti arahan, Rinn dah bahagikan doh kepada dua bahagian. Setelah doh diperap, digelek, digulung dan dimasukkan ke dalam loaf tin, doh Rinn telah naik sepenuh-penuh tin. Jadi, dah tak ada ruang untuk dituang adunan kek. Termanggu gak sekejap. Mungkin sebab tin loaf Rinn tu tak cukup tinggi. Cuma 4" tinggi . Chef punya tin, 6" tinggi.

Nak tak nak terpaksalah Rinn keluarkan semula doh dari kedua-dua tin tu dan uli lagi sekali pada kuantiti yang kurang daripada tadi. Hmmmm.... mujur doh tak merajuk walaupun terpaksa diperap sekali lagi. Elok dia naik separuh tin loaf. Bolehlah dituangkan adunan kek. Lebihan doh yang tinggal Rinn bulat-bulatkan. Buat bun coklat inti coklat chips. Tak pasal-pasal jadi dua jenis hidangan.

Adunan kek pulak macam tak cukup. Macam sikit pulak. Rinn rasa kalau digandakan adunan kek pun ok gak. Adunan roti tu boleh dapat untuk 3 - 4 tin loaf. Agak-agaklah ya...kepada yang sudi nak mencubalah..




Kedua-dua hidangan ini sempat siap pada waktu minum petang. Dapat dihidang masa hangat-hangat baru keluar oven. Sekali potong habis satu loaf. Selebihnya dan bun-bun coklat semua lenyap menjelang waktu sarapan keesokan harinya. Sedaplah kot..... Kombinasi rasa kek span pandan dan roti coklat yang jadik kembar siam.





SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2010 BUAT SEMUA.....




Friday, 25-Dec-2009 04:03 Email | Share | | Bookmark
APAM

Bancuhan yis yg telah kembang
Masuk tepung dlm blender
Kisar sampai larut
View all 17 photos...
Tetiba orang-orang kat rumah ni demam Apam. Sejak hujung-hujung cuti ni dah dua tiga kali Rinn buat Apam. Ingatkan tak de peminat. Rupanya anak-anak pun dok ulang tayang makan. Tambah-tambah bila ada kelapa parut. Hmmmm... lagi menambah selera. Sampai Rinn pun tertanya-tanya. Sebenarnya diorang ni akan Apam cicah kelapa parut atau makan kelapa parut cicah Apam..

Masa Rinn memarut kelapa menggunakan alat pemarut stail orang lama yang macam papan nipis dan ada banyak duri-duri tajam tu.. Marisa, Angah dan Ken dah standby kat tepi Rinn. Masing-masing tunggu giliran nak mintak lebihan kelapa yang dah tak boleh parut lagi tuuu.. . Di dapur Rinn tak ada alat kukur nyiur. Dah biasa dari kecik, mak ajar guna pemarut kelapa. You all pandai guna tak ??? Masa kecik2 dulu selalu hujung jari robek luka berdarah kerana terkena pemarut tu laaa !!! . Pemarut ni best. Boleh parut kelapa, ubi kayu, daun pandan, ubi keledek dll tapi alat kukur nyiur tak boleh. Dah namanya pun alat kukur nyiur...so, nyiur saja lah ya.. . Jom pekena Apam.



APAM

BAHAN-BAHAN:

1/2 cwn air suam
1 1/2 sudu makan yis segera mauripan
1 camca teh gula pasir

2 1/2 cwn air
3 cwn tepung gandum
5 sudu makan tepung beras
3/4 cwn gula pasir
Sedikit pewarna makanan (Rinn guna warna pink)

**Nota:
Sukatan menggunakan cawan (cup) yang standard adalah 250ml. Walaubagaimanapun, boleh gunakan cawan minum teh/kopi yang biasa walaupun ia bukan berukuran 250ml. Cuma, gunakan cawan yang sama untuk menyukat semua bahan-bahan dalam sesuatu reispi itu.

CARA-CARA:

1. Bancuh air suam, yis dan gula pasir hingga larut . Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.
2. Sementara itu, masukkan semua tepung, air, gula dan pewarna ke dalam pengisar. Kisar hingga semua larut.
3. Tuang bancuhan tepung ke dalam satu bekas besar. Masukkan juga bancuhan yis yang telah kembang. Gaul rata.
4. Tutup bekas dengan plastik atau kitche towel yg bersih. Perap selama 1 jam atau sehingga kembang.
5. Panaskan kukusan. Lengser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak makan. Boleh alas dasar loyang dengan plastik supaya mudah menanggalkan apam bila sudah siap dikukus nanti.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus apam selama 40 minit.
7. Biarkan apam sejuk dahulu sebelum dipotong.
8. Boleh dihidang dengan kelapa parut. Agar kelapa parut tahan lebih lama, kukus selama 5 minit. Gaulkan dengan sedikit garam.

Bancuhan tepung akan lebih mudah larut kalau kita kisar. Kalau bancuh dengan senduk lambat hancur dan mungkin ada tepung yang berbintil2. Nak kena tapis pulak nanti. Kisar aje. Applicable untuk semua bancuhan tepung bagi kuih-muih yang lain seperti kuih talam, kuih lapis, kaswi dll.

Satu lagi, kalau nak potong apam pastikan pisau betul-betul tajam. Potong macam stail menggesek gergaji, jangan ditekan pisau tuu..nanti mampat pulak apam pada tempat potongannya..




Apam warna pink ini dibuat beberapa hari lalu. Baru tadi kukus lagi seloyang, warna hijau muda pulak hu hu hu.... . Anak-anak tanya, " lepas ni warna apa pulak mak?". " Takde warna. Bior putih aje.... keh keh keh", jawabku ringkas. "Kalau purple macam mana mak?". Ishh isshhh isshhh..... Kububuh purpe betul-betul nanti baru tau..!!!


Mmmmmm...nikmatnya makan Apam dengan kelapa parut


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net