By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 11-May-2010 07:57 Email | Share | | Bookmark
NAMASKARAM

NAMASKARAM !!!!
Nak cuba teka Rinn pi mana....??











Aaaahhh.... terasa pelik pulak nak menulis kembali setelah sekian lama tak mengemaskini laman ni.. . Anggaplah saja ini sebagai sessi "warming up" selepas memalas-malaskan diri. Lama sungguh !!! Nanti sambung cerita lagi yaa..



Thursday, 4-Mar-2010 11:18 Email | Share | | Bookmark
KERABU DAUN SELOM & DAUN CEKOR

Kelapa parut ++++
Kelapa parut yg dah ditumis
Daun selom
View all 10 photos...
Waahhh...macam tak percaya pulak. Dari mula cuti Raya China sampai sehari dua lepas baru Rinn ketuk balik keyboard ni. What happenend ??? Tak ada alasan yang kukuh. Cuma sengaja membiarkan diri bergembira mengharungi hari-hari tanpa internet. Tak mati pun sebenarnya.

Rinn balik kampung masa cuti tu. Menjenguk mak yang dah agak lama juga tak dijenguk. Kebetulan pulak sepupuku Noli melangsungkan majlis pertunangannya. Dapatlah jugak digunakan kesempatan itu untuk bertemu dengan sanak-saudara lain yang dah lama tak ketemu. Selain itu ada berita gembira lain juga. Beberapa bulan lagi Rinn bakal menerima anak saudara baru keh keh keh.... Cucu nenek yang ke 14.

Masa kat rumah mak aktiviti memasaknya biasa-biasa aje. Cuma ada satu hari tu adik lelakiku beli daun selom sampai dua ikat. Nak suruh mak buat kerabu. Rinn sokong aje. Seronoknya boleh meratah kerabu !!! Rinn pun dah biasa buat kerabu cara mak begini. Yang ini hasil air tangan mak ya. Rinn tolong makan aje...




KERABU DAUN SELOM & DAUN CEKUR

BAHAN-BAHAN:

Dua ikat daun selom
Semangkuk daun cekur
Kelapa parut dari setengah biji kelapa yang agak muda
7 biji bawang merah
5 biji bawang putih
Belacan sebesar ibu jari
Cili padi ikut suka kepedasannya
Segenggam ikan bilis
Segenggam udang kering
Air asam jawa
Garam gula secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

CARA-CARA:

1. Daun selom dan daun cekur dibersihkan dan dipotong kasar. Ketepikan.
2. Tumbuk ikan bilis, belacan, udang kering, cili padi, bawang merah dan bawang putih.
3. Tumiskan kesemua bahan2 tumbuk tadi sehingga garing.
4. Masukkan kelapa parut. Kacau hingga rata. Perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula sehingga mendapat keseimbangan rasa dari segi masam, masin dan manisnya.
4. Gaulkan kelapa parut dengan daun selom dan daun cekur.


Daun-daun dan ulam-ulaman kita boleh pilih ikut suka dan citarasa masing-masing. Kalau mak Rinn, dia suka juga guna kangkung yang dicelur, pucuk ubi yg dicelur dan taugeh. Kangkung lebih sedap kalau yang ditanam sendiri, jenis yang daun tebal, besar dan lebar macam yang orang guna untuk hidangan yong tau fu. Kalau kangkung yang dibeli dipasar takut lembik sangat bila dicelur.





Lauk-lauk lain masa hari tersebut ada jugak tapi Rinn cukup dengan yang dua ini, kerabu dan tempe.... nikmat melebihi segala !!!




Friday, 12-Feb-2010 14:22 Email | Share | | Bookmark
CHEESY WEDGES

Cairkan mentega
Masukkan tepung gandum
Kacau rata
View all 11 photos...
Pergi groceries kat GIANT. Budak-budak nampak wedges. Nak makan. Ok, kita beli yang frozen sekilo dan balik goreng di rumah. Kalau pi makan kat KFC tak puas sebab kena beli banyak dengan harga yang...agak banyak jugak!! Lepas tu mesti ada main orders lah...side orders lah..macam-macam !!! . Sebenarnya itu cuma alasan. Rinn teringat pernah ternampak Kak Amal tunjukcara bagaimana nak sediakan sos untuk wedges tu. Biasa beli frozen wedges. Tang sos oren tu mati-mati rinn ingat adalah mustard. Dulu Rinn belilah mustard tapi sekarang sebab dah tau resipi sebenarnya... tak de lah nak "bohong" anak-anak dengan mustard tuuu kah kah kah... . Thanx K.Amal sebab ajar resipi sos tu. K.Amal memang suka masak-masak western food ni. Tak caya... pergi lah jenguk FP K.Amal. Ada banyak resipi-resipi masakan barat yang sedap-sedap belaka. Rinn cuba yang ni dulu yaa....




CHEESY WEDGES

BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (Rinn ganti dengan cheese slices..yang warna oren jugak )
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar
2 sudu besar sour cream (Rinn ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA:
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.




Kalau disuruh buat pilihan antara ayam goreng KFC dan Cheesy Wedges KFC... pastinya Rinn pilih wedgesnya. Tak boleh tahan laaaa dengan sos oren + mayonis. Tapi sejak ujudnya RFC (Radix Fried Chicken ya... bukan RinnChan Fried Chicken ya !!! ) di utara ni, kami lebih suka ke sini. Hidangan lebih kurang KFC jugak but the ayam is fully organic. Cheesy wedges pun adaaaa. Masih tak ada cawangan lagi kot kat tempat you all. Kalau rajin bacalah sedikit info di sini.


Sunday, 7-Feb-2010 02:41 Email | Share | | Bookmark
BAHULU KUKUS

Putar gula, ovalette, telur
Masuk tepung
Masuk santan
View all 11 photos...
Mengukus lagi kita. Sementara pengukus masih bertenggek atas kabinet dapur tu, elok ler cuba resipi kukus mengukus ni kan. Bukan tak teringin nak buat bahulu bakar yang biasa tapi tak yakin akan dapat hasil yang "menggebukan" dan enak. Sekarang ni kalau pi ke Tesco atau Giant pasti akan terjumpa kiosk Bahulu Warisan. Moden punya. Dah tak pakai pemukul spring manual tuuu...tapi pakai mixer yang cukup besar dan gagah untuk memukul adunan !! . Bakar pun bukan pakai arang dah, pakai oven heavy duty lagi. Lepas tu, bahulunya siap ada yang berperisa pandan dan bubuh chocolate rice. Pernah beli. Tak mengecewakan juga dari segi rasa.

Walaupun Rinn masih suka bahulu kampung yang original tapi Rinn tak de lah nak mencuba yang bakar. Silap-silap dengan kita-kita terbakar nanti, . Kita kukus ya.





BAHULU KUKUS
Sumber : Chef Zubaidah Che Pa

BAHAN-BAHAN:
5 butir telur
200gm gula pasir (Rinn guna gula castor)
1 tsp esen vanilla
1/2 sudu besar ovalette
210gm tepung halus/superfine
60ml santan (Rinn guna santan kotak)
Kismis secukupnya (Rinn guna buah2an campur utk kek buah)

CARA-CARA:
1. Pukul gula castor, ovalette dan telur sehingga pekat dalam 6 minit dengan kelajuan tinggi.
2. Ayak tepung. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar setakat adunan sebati.
3. Masukkan santan dan adun sebati.
4. Perapkan adunan 20 minit.
5. Isikan adunan dalam papercup yang sesuai, 3/4 penuh.
6. Taburkan kismis dan kukus selama 10 minit.


Alahaaaiiii....dah agak dah. Mesti buah-buahan campur tu akan tenggelam bila dikukus. Tak pe lah. Sebagai hiasan gambar, Rinn tabur jugaklah sedikit kat atas bahulu tu. Hidangan ni bolehlah dikategorikan sebagai bahulu moden versi kukus. Dari segi rasa tidaklah mengecewakan. Tekstur pun gebu. Kalau ikut tekak Rinn, Rinn suka nak bubuh buah-buahan campur tu lebih tapi anak-anak tak suka pulak.





Seperti biasanya sebahagian bahulu-bahulu ini sempat dibawa ke puteri-puteriku di asrama. Seronok bawak untuk mereka ni terutamanya Angah Dania. Dia suka menjamu kawan-kawannya. Sebab itu selalu bagi extra untuk angah. Acik Alya kurang gemar sikit makanan jenis begini. Kalau roti, karipap, kek coklat atau cheese cake...dia suka lah.



Selamat mencuba... ... Dan ooopppsss, maaf sebab tak sempat nak update FP lebih awal.



Thursday, 28-Jan-2010 14:42 Email | Share | | Bookmark
PAU

 
Suatu hari tu Rinn pi jenguk "rumah" Muna kita ni. Untuk dinner dia masak pedas apa entah...macam udang, macam lobster...hmmmm..rabun dah ke mata aku ni ??? . Lepas tu ada laaa jugak hidangan pencuci mulut yang sungguh colourful macam pelangi. Katanya resipi dari SueJoshua. Terus Rinn lompat pi melawat "rumah" SueJoshua buat pertama kalinya. Belek sana belek sini...mata terus terpikat dengan pau yang Sue buat. Sebab apa...berkilat, rata dan bulat elok bentuk paunya. Tak menggerutu permukaan nya lah..senang cerita. Bila semak resipi..waaaaaaaaah, agak interesting dan berlainan dengan resipi pau mudah yang biasa Rinn gunakan. Agak "moden" gituuu....




PAU
Sumber : Sue Joshua

BAHAN-BAHAN:
240 g tepung Hong Kong (Tepung halus)
1 tsp Double Acting Baking Powder + 1/2 s/t garam (Rinn guna baking powder biasa aje... )
1 tsp yis
25 gm shortening
100 ml air suam * (Rinn tambah sedikit lagi sebab adunan doh Rinn macam sedikit keras)
30 g gula halus *
1/2 tsp cuka *

CARA-CARA :
1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur.
2. Gaul ramas hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
3. Campurkan bahan yang bertanda *
4. Masukkan air yang bercampur dengan cuka dan gula.
5. Adun hingga menjadi doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan boleh juga gunakan BM, caranya masukkan semua bahan doh kedalam BM, pilih setting Dough dan 'ON'). Rinn guna mixer
6. Perap doh selama 45 minit.
7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang angin.
8. Bahagi kepada 10 bahagian berat lebihkurang 35gm tiap satu, bulat2kan.
9. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tangan, sudukan inti dan cantum doh sehingga menutupi inti.
(Rinn guna inti kentang & ayam)
10. Letak pau diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) . Buat hingga habis dan susun dalam kukusan.
11. Perap pau lebih kurang 20 minit.
12. Panaskan periuk pengukus dan kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit.




Asalnya resipi tu dari Mat Gebu. Masa Cik Mat kita buat, Rinn tak perasan pulak heh heh heh... . Apa pun memang puas hati dengan hasilnya. Pau tradisional yang selalu Rinn buat tu guna resipi biasa-biasa saja. Walaupun hasilnya lembut dan sedap, kekadang ada jugak beberapa ketul yang meleper selepas dikukus. Tercari2 juga sebabnya tapi masih tak dapat jawapan.

Tak pe lah.. akhirnya Rinn rasa Rinn dah jumpa resipi yang Rinn inginkan walaupun hasilnya masih belum secantik yang SueJoshua buat. Lain kali boleh cuba lagi. Atau ada sesiapa lagi yang nak kongsi rahsia pau gebu, menggelembung bulat dan licin permukaannya..amatlah Rinn alu-alukan.




Tapi kalau cerita bab buat kueh pau ni... memang tak boleh lawan dengan MamaFaMi. Setiap kali Mama buat pau mesti ada saja resipi baru yang dicubanya. Mama.... boleh tolong compile kot resipi-resipi pau tuuu. Atau share info, which one is the best among all...



[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net