By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  51  52  53  54  55  56  57  58  59  60  61  62  63  64  [65]  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 30-Jan-2007 09:58 Email | Share | | Bookmark
SUSHI GULUNG

Inti sushi..telur, fish filamen & prawn
Nak gulung sushi
One sushi left...
View all 5 photos...
Tengah hari tadi semangat berkobar-kobar nak buat sushi, kebetulan masa pi supermarket kelmarin terbeli beras utk buat sushi dan nori ( sea weed ). Dah buat dalam 30 biji tetiba..TING TONG...Oooppss sape pulak yang datang tu, rupanya hubby balik bawak kawan..hidanglah sikit dengan kek marble warna-warni yang buat tempoh hari.
Dan tak berapa minit lepas tu angah dan acik pun balik dari sekolah. Sibuk melayani tetamu..rupanya angah dan acik pun `self-service` lah di dapur..tak pe lah..tapi tak sangka pulak sampai habis dikerjakan sushi-sushi tuuu. So, only one piece left for the lense...padan muka.

Buat sushi ni pun ada bahan yang tak cukup sebab susah nak cari. So rinn guna apa yang ada saja.


SUSHI ala-ala Rinnchan
Bahan2
300 gram Calrose Rice (Khas utk sushi)
500 ml air
1 sudu makan gula castor
1 camca kecil garam
1 sudu makan cuka makan ( substitute for Rice Wine Vinegar )
4 kepingan NORI ( dried sea weed )
Inti sushi ikut suka (Rinn guna telur dadar, fish filamen perisa ketam, udang )

Cara2
1. Bersihkan beras dan masak dgn air. Masak seperti masak nasi biasa.
2. Sementara tu dadar nipis sebiji telur, celur fish filamen dan udang. Udang tu dicucuk dulu dgn dengan tooth pick supaya tka membengkok masa dicelur nanti.
2. Sesudah nasi masak, biarkan sejuk seketika. Kemudian gaul dengan cuka, garam dan gula yang telah disatukan terlebih dahulu. Gaul rata seeloknya guna senduk kayu.
3. Letakkan kepingan nori di atas plastik tebal seperti pelapik meja tuu. (Rinn tak de penggulung khas yg diperbuat dari buluh, so guna plastik aje).
4. Spread nasi di atas nori dan letakkan intinya yang telah dipotong memanjang halus. lihat gambar.
5. Gulung perlahan-lahan dan tekan sedikit supaya nasi mampat dan tidak terburai.
6. Potong menjadi saiz kunyahan menggunakan pisau yang betul-betul tajam.

* Nak menggulung sushi ni tak semudah yang disangka tapi bolehlah setakat nak makan sendiri.
* Sebenarnya kena spread sedikit wasabi di atas nasi sebelum letakkan inti, sejenis bahan dari akar lobak putih. Rasanya kelat2 pedas tapi lain dari pedas cili. Kat sini susah cari..dan rinn tak rasa org kita sukakan rasanya.



* Kek Marble Warna-warni Badam Rose Nostalgia tu adalah sumbangan Puan Shamsiah Md Shariff yang diambil dari blog resipidiana. Rinn rasa ramai gak yang dah mencubanya..


KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA

Bahan-bahan :
250gm mentega
5 1/2 oz gula castor
4 biji telur sederhana besar atau 5 biji telur kecil
1 oz badam kisar
5 oz tepung naik sendiri
2 susu makan susu pekat manis
1 1/2 sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah dan hijau

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
4. Masukkan badam kisar, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.

Boleh rujuk kat sini.



Monday, 29-Jan-2007 06:04 Email | Share | | Bookmark
KETAM MASAK LEMAK, KAILAN GORENG, TEMPE GORENG

Mr Crab masak lemak
Sayur Kailan
Tempe goreng berempah
View all 4 photos...
Hari ni pi pasar pun dah agak lambat tapi kena pi jugak sbb peti ais dah kosong. Entah kenapa hari ni teringin pulak nak masak ketam. Selalunya buat tak nampak aje..nasib kau laa wahai sang ketam..Lelainnya rinn sambar aje apa yang patut. Sudahnya hidangan hari ini berupa Ketam masak lemak, kailan goreng dan tempe goreng.


LEMAK MR CRAB
Bahan2
4 ekor ketam sederhana besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci kunyit hidup
Seinci halia
5 biji cili api
1/2 paket santan serbuk dibancuh dengan 2 mug air
Beberapa keping hirisan nenas
1/2 keping asam gelugor
garam gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara2
1. Bawang2, kunyit, halia dan cili api dikisar lumat. Panaskan kuali dan tumis. Masukkan serai, apabila naik bau terus tuang santan.
2. Bila mendidih masukkan ketam, kacau sebentar. Masukkan hirisan nenas dan asam gelugor.
3. Masukkan garam & gula secukup rasa.



KAILAN GORENG
Selalunya kailan digoreng dengan ikan masin tapi oleh kerana tak de stok ikan masin, rinn gantikan dengan ikan bilis dan belacan.

Bahan2
Secekak sayur kailan
1/2 labu bawang besar...dimayang
3 ulas bawang putih...diketuk
3 biji cili api
Segenggam ikan bilis
Belacan setengah ibujari
Minyak utk menumis
Garam gula secukup rasa.

Cara2
1. Dengan minyak utk menumis tu gorengkan dulu ikan bilis dan belacan sehingga separa garing, baru masukkan bwg2 dan cili api.
2. Masukkan batang kailan dulu, bila dah lembut masukkan daunnya pulak.
3. Kalau nampak kering masukkan sedikit air. Masukkan garam & gula secukup rasa.


TEMPE GORENG VERSI BONDA
Bahan2
1 paket tempe ( kat sini di paket guna plastik ukuran 6cmx 6cm, tak de lagi bungkus daun pisang )
1 sudu besar ketumbar biji, 1 camca jintan manis, 1 camca jintan putih, seulas bwg merah kecil, seulas bawg putih kecil sedikit garam dan serbuk kunyit. Semua ditumbuk halus. Campurkan sedikit air bila nak digaul dgn tempe. Pas tu goreng leee....

Selalunya rin goreng pakai garam dan serbuk kunyit aje sbb nak cepat. Kalau goreng guna rempah2 di atas maka bangkitlah bau harum rempah tuuuu. Ni kira tengah rajinlah kononnya. Rinn ni kalau dengan tempe...phewww...mentah-mentah pun boleh makan. Jangan herannnnn....Nanti rinn post lagi resipi-resipi tempe..

Selamat menjamu selera.



******************************************************************************************************************************
APA PULAK KATA RINNCHAN


Quote:
Ida : Memang benar..sedap kalau lemak cili api ni. Lagi pedas lagi kaw..kaw..Rinn apa pun boleh kalau dgn masak lomak cili api...buat dgn ikan keli pun hmmmm..terliur..

Mamafami : Hmm heran gak ye di tempat mama tak de ketam..Mungkin kena pi kat wet hypermarket kot. Tempe tu kalau pada orang yang tak biasa masak memanglah macam susah je..tapi sebenarnya senang aje. Goreng garing gitu-gitu aje pun boleh..mama masak tempe apa yang sampai kantoi tuu??


Sunday, 28-Jan-2007 14:22 Email | Share | | Bookmark
TUMIS LABU MANIS

Tumis labu manis


TUMIS LABU MANIS
Bahan2:
1/4 dari sebiji labu manis..didadu
1/2 batang lobak merah..dipotong setebal 1/2cm
1/2 labu bawang besar putih ( kebetulan ada )..yg merah pun boleh..dimayang
2 ulas bawang putih..dimayang
Sedikit ikan bilis
Sebiji cili merah..potong ikut suka
Sedikit minyak utk menumis
garam & gula secukup rasa
Air..untuk cepat melembutkan labu

Cara2:
1. Tumis semua bawang, bilis dan cili sampai naik bau. Terus masukkan labu. Kacau sebentar
dan tuang air sekadar tenggelam si labu manis tu.
2. Bila labu manis dah lembut, masukkan si lobak merah. Kacau dan biar sampai lobak agak lembut.
3. Masuk garam & gula secukup rasa...Siap dah.....

* Kalau suka pedas gunalah cili api.
* Kalau suka masak lemak, gantikan air dengan santan.



[/b][/color]


[<<  <  51  52  53  54  55  56  57  58  59  60  61  62  63  64  [65]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net