By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 25-Jun-2010 06:06 Email | Share | | Bookmark
HYDERABAD - GOLCONDA FORT.....CONTINUED

 
 
 
View all 65 photos...
Jom sambung pendakian kita....


Di satu peringkat pendakian kita akan bertemu dengan sebuah kawasan lapang yang telah dilanskapkan menjadi seperti sebuah taman. Nampak macam sawah padi pulak ya sebab kawasan yang berpetak-petak tuuu....




Binaan yang digunakan sebagai masjid oleh penganut-penganut ugama Islam ketika itu.



Masjid dari pandangan sisi. Satu di antara beberapa papantanda yang di sepanjang pendakian. Menceritakan serba-sedikit latarbelakang sesuatu kawasan dan binaan yang terdapat di situ.



Kelihatan seperti Batu Bersurat Trengganu. Tulisan Arab itu mungkin membuktikan wujudnya kedatangan agama Islam ke tamadun ini.




Batu-batu besar yang masih dikekalkan untuk menyokong binaan-binaan lain.



Lorong-lorong yang menuju ke bilik-bilik tertentu.




Ruangan berpetak itu sebenarnya adalah bilik-bilik yang telah mengalami keruntuhan pada bahagian bumbungnya.




Belum sampai puncak lagi niiiii... tapi dah nampak gayat jugak pada ketinggian ini.







Pada ketinggian ini kita dapat rakamkan sebahagian besar daripada kota Golconda Fort ini. Tembok-tembok batu itu mengingatkan kita kepada Tembok Besar China walaupun yang ini tidaklah sebesar, setinggi dan sehebatnya.





Ada satu keajaiban berlaku di sini. Mungkin ada penerangannya dari segi saintifik tapi pengalaman melalui fenomemna ini sendiri sudah cukup membuat Rinn teruja. Dipendekkan cerita, kalau kita bertepuk di satu "spot" di kaki kota lama ini, kita boleh mendengar bunyinya di satu "spot" pada ketinggian ini..tempat Rinnn berdiri sekarang di gambar. Begitu juga kalau kita bertepuk di atas, kita boleh mendengarnya di bawah...tapi pada dua "spots" ini sahaja ya.




Sikit lagi akan sampai ke puncak kota lama ini.







Ini adalah dataran yang ada di bahagian puncaknya. Kita boleh nikmati pemandangan di sekitar kota lama dan bandar baru dari sini.



Pemandangan daripada puncak.




Perjalanan menuruni kota lama ini tidaklah menjadi masalah. Kami sepakat untuk turun sebelum waktu maghrib kerana terpaksa bergegas untuk pulang. Penat dah. Sebenarnya masih ada satu lagi tarikan pada sebelah malamnya, iaitu satu pertunjukan lampu dan spotlight. Bunyinya macam menarik tapi kami malas nak tunggu. Di akhir penurunan kota lama ini kami singgah lagi di sebuah binaan masjid. Namanya macam pelik... lihatlah sendiri pada sign board tuuu ya



Binaan Taramati Mosque yang melekat dengan lereng bukit batu-batu. Unik



Sebaik keluar dari pintu pagar Golconda Fort menuju ke parkir kereta kami terserempak dengan "air minuman percuma" ini. Air apa agaknya ya??? Entah-entah air mata air dari bukit kota lama tadi. Tak try minum puuunnnnn.... .
Ok lah, nampaknya lawatan ke tempat bersejarah berakhir di sini. Lepas ni nak sambung entry mana pulak ya... tengoklah nanti. Ada sedikit lagi cerita pasal Hyderabad.


Monday, 21-Jun-2010 12:09 Email | Share | | Bookmark
HYDERABAD - CHARMINAR & GOLCONDA FORT

 
 
 
View all 23 photos...
Dikatakan bahawa tidak sah kalau ke Hyderabad tanpa melawat ke Charminar. Charminar adalah sebuah binaan berbentuk masjid dan tugu yang cukup popular di sini. Charminar bermaksud "Empat Menara" dan ianya dibina pada tahun 1591 oleh Sultan Muhammad Quli Qutub Shah iaitu pemerintah ke lima Dinasti Qutb Shahi dengan berasaskan ciri-ciri senibina Islam.





Masa mula-mula kenkawan hubby nak bawak kami ke sini diorang bukan cakap pasal sejarahnya tapi diorang kata kalau nak pi beli bangles atau gelang2 India memang Charminar lah tempatnya. Hubby dah datang dah dulu. Dia pun tak cerita banyak. Kita tengok sendirilah apa yang ada kat sini.


Yang pastinya kat sini memang sesak dengan orangramai yang datang membeli-belah. Kira macam pasar chow kit jugak ni.






Yang jelasnya terdapat beberapa bangunan di sini dibina bercirikan senibina Islam.



Makanan yang dijual di gerai ini agak menarik perhatian tapi tak tau apa kah bendanya berbentuk bulat-bulat begitu. Kalau tengok teksturnya macam Pak Tongku or Chakoi...



Lebih menariknya, wanita-wanita Muslim di sini hampir kesemuanya berjubah dan berpurdah hitam.



Mari! Mari! beli kain dan "toto". Kat sini pun macam kat Danok ye... ada banyak "toto" dan "narita". Kain sari berlambak-lambak tapi tak teruja nak tengok atau beli sebab sejak hubby dok berulang-alik India dah berkoyan-koyan dia bawak balik. Cuci mata sikit-sikit jer.



Kat sini ada sebuah lagi masjid yang sangat terkenal dipanggil Mecca Masjid. Diorang panggil masjid ye..bukan mosque. Cuma sempat bergambar di pintu masuk Mecca Masjid.


Sebaik habis makan tengahari, kitorang pun cabut ke sebuah lagi tempat bersejarah di sini. Tempat ini dipanggil Golconda Fort. Ia sebenarnya adalah a ruined city of south-central India dan capital of ancient Kingdom of Golkonda (c. 1364–1512). Agak menakjubkan bila dilihat secara dekat dari segi binaannya.



Sedang diberikan penerangan oleh pegawai yang bertugas. Special arrangement oleh Mr Chandra.



Bersama Mr Sunil, toke panggung wayang dan Mr Chandra.



Satu pintu gerbang di dalam kota lama ini yang cukup besar dan tinggi. Ianya dipanggil Bala Hissar Gate. Jelas menggambarkan adanya pertembungan senibina Islam dan Hindu pada bahagian atas gerbang ini. Ada dua set burung merak dan singa. Selepas melangkah masuk melepasi pintu gerbang ini, kita akan mulakan perjalanan dan pendakian menuju ke puncak kota lama Golconda Fort.



Bergambar dulu sebelum exercise kaki memanjat beratus-ratus anak tangga.







Sebahagian besar kota lama Golconda Fort ini dibina menggunakan batu-batu besar yang disusun rapi. Yang peliknya kebanyakan batu-batu ini cuma disusun dan ditindih-tindih tanpa disimen. Kalaulah tetiba batu-batu tu runtuuuuuuhhhh.....naya oooooh !!!




Ini baru separuh perjalanan menuju ke puncak. Dapat dilihat sebahagian kawasan kota lama ini bersebelahan dengan bandar yang ada sekarang. Ayuuuhhh....teruskan memanjat anak tangga !!!



Setiap bahagian dan lorong mempunyai fungsinya tersendiri.



Bukan saja kena daki anak tangga, kena jugak menelusuri jalan-jalan yang tersorok dan sayuuuuuup jauh dari pandangan.




Agak mencuri pandangan. Tapi apakah sebenarnya binaan ini? Entahlah... lupa nak tanya tour guide. Ataupun dia dah penat-penat explain, kita yang tak pasang telinga



Tempat simpanan senjata perang. Gambar kecik....pengawal upahan
Fuuhhhh....dah penatlah berjalan dan mendaki. Nanti sambung lagi di next entry...




Sunday, 13-Jun-2010 06:17 Email | Share | | Bookmark
RAMOJI FILM CITY...CONTINUED

 
 
 
View all 30 photos...



Menarik juga bangunan ala-ala mat salleh kat belakang Rinn tu. Ada banyak jenis sebenarnya rekaan bangunan di film city ini termasuk binaan-binaan bangunan yang menggambarkan negara-negara luar seperti dari Amerika dan Eropah. Tak payahlah producer-producer film, pelakon-pelakon serta krew-krewnya terbang ke luar negara setakat untuk membuat satu dua scene. Itulah objektif mereka sebenarnya. Kita pun mungkin akan ada kemudahan yang sama, malah mungkin lebih canggih bila film studio KRU kita siap yaa...




Bangunan warna merah bata tu adalah pejabat SRKhan yang dia gunakan dalam sebuah filemnya. Lupa tajuk sebab tak pasang teling masa tour guide cerita. Luaran aje lah ya.





India Central Jail pun ada. Cuma pintu gerbang aje lah.





Sepertimana yang Rinn bagitau sebelum ini, ini adalah replika-replika bangunan yang kelihatan real bila kita lihat dalam filem tapi di sebalik bangunan itu adalah tiang-tiang besi. Kosong belaka di belakangnya. Even bangunan-bangunan itu pun tidak dibina menggunakan simen dan bata. Hanya menggunakan papan, asbestos dan besi.




Walaupun stesen keretapi sebenar ada di Hyderabad, namun stesen keretapi yang serupa tetap dibina di film city ni. Walaupun hanya ada satu dua platform, kepala keretapi dan beberapa gerabak. Citer hindustan kalau tak de adegan keretapi mesti tak sah kannn....

Setelah seharian meneroka Ramoji Film City, kami pun baliklah ke hotel penginapan. Nasib tak menyebelahi kami pada kunjungan kali ini kerana tiada shooting film yang berlangsung. Kalau idak, ada chan laaaa sua otograf kot !!!

On the way balik ke hotel sebenarnya kami sempat melalui kawasan yang mereka gelarkan Hyderabad Hi-Tech City . Macam kat utara ni kita ada Kulim Hi-Tech City. Lebih kurang macam tu lah kot persekitarannya. Kawasan Hi-Tech City masih dalam pembinaan. Adalah beberapa mercu tanda yang telah siap sementara binaan-binaan lain masih sedang rancak dibina.











Next visit adalah ke sebuah tempat yang agak bersejarah....plus some foot exercise. Next entry yaa....


Tuesday, 18-May-2010 10:45 Email | Share | | Bookmark
HYDERABAB - RAMOJI FILM CITY..CONTINUED.

Setelah setengah hari meronda dalam Ramoji Film City, kami dibawa makan di dalam sebuah restoran yang terletak di dalam sebuah hotel bertaraf lima bintang lah kononnya. Suasana di dalamnya ala ala dalam istana zaman silam. Jom jengah sekejap.













Makanan yang dihidang adalah standard makanan India. Roti, beriyani and all the curry-curry. Adalah jugak diselitkan serba sedikit menu ala ala barat.



Rinn pun tak ambik tau apa yang Rinn nak makan. Beriyani masih tak teringin sangat. Just ceduk apa-apa yang patut. Rinn seronok tentang makanan di Hyderabad ni sebab semuanya halal, kira macam kita kat Malaysia lah. Daging dan ayam semuanya disembelih di tempat penyembelihan pusat Islam mereka, kemudian baru diagih-agihkan ke tempat2 atau restoran2 yang memerlukan. Vegetarian food kat mana-mana pun boleh jumpa.




Rinn direkomenkan minuman ini. Sangat cooling dan soothing. Air soda campur daun mint segar. Bayangkanlah rasanya bagaimana ya... terutamanya waktu2 cuaca panas begini. Kat India pun panas...ditambah dengan debu !!! Cukup syarat...




Makan dessert berupa kek coklat tanpa telur..ikut Mr Chandra..sebab dia ni full time vegetarian... ayoyo...cukup siksa nak layan dia makan kalau dia mai Malaysia. Kesian laki kita nak kena pi carik vegetarian restaurant selalu. Yang warna oren tu rasannya manisan daripada carrot yang dicampur sedikit kacang badam. Menariknya hidangan ini di salut dengan sedikit kertas logam. Logam apa entah... Mungkin sesuai untuk mereka yang tak cukup zat besi ...Manisssssss !!!!



Di luar tingkap tepi lobby dan restoran ni boleh nampak setting untuk shooting majlis ala-ala garden convocation. Malangnya kami datang pada hari yang silap. Tak de langsung shooting yang berlangsung. Ingatkan boleh lah jumpa Akshay Kumar ke... Pretty Zinta ke... hmmmmmmm...hampeh !!!



Dah habih makan. Nak sambung tour tapi kita gambar dulu dengan pak guard pintu masuk Hotel Sitara. Standardlah kaaannn gaya pakaiannya tuuu...


Sekarang ni kitorang dibawa pi ronda tengok setting2 "kebun bunga" yang cukup bermacam gaya dan ragam tapi tak semua sempat diambil gambar. Drebar van tu bawak deras sungguh... Ni pun nasib dapat capture apa yang patut.






























Salah satu tempat yang popular dalam film city ini adalah HAWA MAHAL. Namanya begitu mungkin sebab binaannya yang ala-ala Taj Mahal tapi tak de lah se gah dan sebesar Taj Mahal yang ori.



























Diorang panggil tempat ni "Umbrella Garden" sebab pokok bunga kertas tu dah ditrim dan dibentuk menjadi seperti sekaki payung.

















Kat pondok atas tasek tu lah Kajol menari bersama SRKhan dalam filem Kuch Kuch Hota Hai. Tengah dia hanyut dibuai muzik dan tarian tetiba Kajol tersentak sebab dia terpandang cincin tunang dia dengan Salman Khan di jarinya... terus dia cabut lari tinggalkan SRK...kesian. Kitorang tak boleh masuk ke dalam kawasan taman ni. Cuma mengendap ikut luar pagar yang ada lubang-lubang tuuu...





Inilah tour van kami. Yang kat depannya tu bukan tour guide ya..tapi laki kita. Next entry kita pi tengok binaan-binaan bohong yang akan nampak macam real di screen he he he....







Saturday, 15-May-2010 06:19 Email | Share | | Bookmark
HYDERABAD-RAMOJI FILM CITY

Ikut dear hubby pi kerja kat India. Tak de lah Pi ronda seluruh India, cuma kat Hyderabad saja. Itu pun tak sempat nak melawat ke tempat-tempat yang diorang nak wartakan sebagai 7 wonders of Hyderabad. Jauh sekali nak sampai ke Bollywood !!!! Buat sementara waktu ni, kita ronda dulu kat dalam Ramoji Film City, sebuah kawasan seluas 2,000 ekar yang digunakan untuk shooting film. Ala ala Universal Studio lah agaknya ya.


Rinn dengan Heroin Hindustan !!



Hubby dengan Hero Hindustan !!! Ek ehhh...yang lagi dua orang tu saper pulak ????



Tak delah....... sebenarnya diorang tu bukanlah mana-mana hero or heroin hindustan yang kami kidnap dari film city tu. Yang lelaki adalah business counterpartner hubby Rinn kat India. Namanya Mr Chandra. Yang lady tu wife dia, nama Pamela.


Kawasan film city ni terlalu luas. Jadi kami cuma ikut guided tour van. Nak ambik gambar pun kena cepat-cepat sebab tak banyak masa. Tak boleh nak santai-santai dan rilek-rilek sangat. Tapi boleeh laaaa....setakat nak ambik gambar-gambar yang sedap mata memandang. Ada lebih 500 lokasi set penggambaran yang boleh diubahsuai ikut kesesuaian sesuatu filem.
































Lepas ni nak pi tengok "Blasting Show" dan "Stunt Show". Tak tau lah apa benda nya tapi ada lawan-lawan, tembak-tembak, tumbuk-tumbuk, letup-letup dan culik-culik gadis ala-ala wild-wild west.







Ni Rinn berada di depan sebuah 5 star hotel dalam Ramoji Film City. Kat sinilah kitorang berhenti rehat untuk makan tengah hari. Next entry Kita tengok apa yang ada kat dalam restorannya ya...



[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net