By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Aug-2010 11:35 Email | Share | | Bookmark
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

 


Sunday, 8-Aug-2010 06:20 Email | Share | | Bookmark
KERABU AYAM

 
 
 
View all 4 photos...
Salam semua. Bulan Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi. Selalunya para ibu lah yang pening kepala....mungkin juga yang tak kurang seronok untuk memikirkan juadah apa yang bakal dihidangkan untuk bersahur dan berbuka puasa. Sebaiknya hidangan biarlah yang ringkas tapi sedap dan berkhasiat. Lebih bonus kalau cara penyediaannya juga tidak rumit. Kerabu adalah antara resipi "campak-campak" masyarakat kita yang hebat. Kita bebas "berkarya" dengan segala bahan mentah yang ujud di atas muka bumi ini.

Rinn kerap juga buat kerabu. Ikutlah...bahan-bahan apa yang ada di dalam simpanan. Kali ini kita cuba Kerabu Ayam..




KERABU AYAM

BAHAN-BAHAN:

1/4 ekor ayam
1 biji bawang besar
Secekak daun cekor
1/2 batang lobak merah
5 tangkai cili padi
1 tangkai cili merah
1 biji tomato
Air limau nipis
Garam gula secukup rasa
Sedikit lada hitam kasar
Sedikit minyak zaitun

CARA-CARA:

1. Rebus ayam hingga lembut. Carik-carikkan isinya.
2. Mayang dan potong memanjang semua bahan-bahan yang lain.
3. Satukan ayam dan ulam-ulaman.
4. Perahkan air limau nipis, campurkan minyak zaitun dan lada hitam.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Gaul rata.





Langkah paling penting untuk mendapatkan kerabu yang menangkap selera selain dari bahan-bahannya, kita juga kenalah pandai mengimbangi antara rasa masam, masin dan manis. Sebagaimana biasa orang sebut... ikut tekak masing-masing. Tapi kalau tekak kita "professional", orang lain makan pun tentu rasa sedap juga.




Selera di bulan puasa ni selalunya agak berbeza jika dibanding dengan selera pada hari-hari biasa. Ialah kan.... bila dah seharian kelaparan dan kehausan tentunya keinginan dan nafsu makan minum kita turut melonjak. Jadi, pandai-pandailah kita melayan selera makan minum kita nanti supaya ibadah puasa kita lebih berkat.




Quote:
Order for Set Papancanai & Rolling Pin.
Sila ke sini.Tq.


Friday, 23-Jul-2010 05:56 Email | Share | | Bookmark
MANGO LASSI

 
 
 
Pertama kali merasa minuman ini semasa ke Hyderabad tidak lama dulu. Teringin pulak nak buat sendiri. Rupanya semudah a.b.c...1,2,3... Jom cuba sendiri !!!



MANGO LASSI

BAHAN-BAHAN:

Sebiji buah mangga yang masak ranum, dipotong kiub
1 cup yogurt berperisa asli (Rinn guna perisa apricot)
2 tbs gula pasir
1/2 cup air sejuk
10 ketul kiub ais, plus extra

* Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga hancur. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan ais.
Siap untuk dihirup guna straw besar.


Kalau guna straw biasa ..waduuhhhh!!! lenguh pipi dan mulut nak menyedutnya !!



Oh lupa nak bagitau. Rasanya sungguh sedap dan menyegarkan terutamanya kalau dihirup di tengah-tengah hari buta yang sangat panas sekarang ini. Jangan risau...kepada sesiapa yang mungkin tak berapa gemar atau tidak gemar langsung makan yogurt mungkin boleh menikmati minuman beryogurt dengan cara begini. Selama ini Rinn beli yogurt untuk dicampur ke dalam cheese cake. Kalau tak sempat guna, anak-anaklah yang tolong makan bila tarikh luputnya hampir tiba.



Lain kali kita cuba pulak dengan buah lain, contohnya strawberry, kiwi atau orange. Yogurt boleh guna apa saja yang sesuai dengan buah-buahahn segar yang digunakan. Yuk...kita hirup lassi


Wednesday, 14-Jul-2010 06:16 Email | Share | | Bookmark
SET PAPANCANAI DAN ROLLING PIN

 
 
 
View all 4 photos...
SOLD OUT !!! SORRY.






CARA-CARA PENGGUNAAN :
( Ihsan gambar-gambar tahun lepas )


Saiz : Panjang 16 inci x Lebar 11 inci x tinggi 2 inci.
Berat : Approx 3kg
Ketinggian terapan cookies : 1cm
Material : Kayu getah dan teflon
Harga : RM100 termasuk caj penghantaran (Semenanjung M'sia sahaja)
* Untuk pelanggan dari Sabah, Sarawak, Singapore dan Brunei, caj penghantaran akan dikira mengikut lokasi.
Hubungi : nazhatulrinna@yahoo.com or tel : 013-4000286

Musim mencanai biskut raya kembali lagi !!!!
Seawal sebulan dua kebelakangan ini ada saja panggilan dan sms yang bertandang bertanyakan set papancanai cookies Rinn.
Untuk tidak menghampakan yang bertanya, Rinn sudah membuat tempahan dan stok masuk secara berperingkat-peringkat. Sila hubungi Rinn sekiranya anda berminat. First come/pay first serve basis. Terima kasih.



Monday, 28-Jun-2010 09:40 Email | Share | | Bookmark
HYDERABAD....THE FOOD

BHAJI
PURI
BAKED BEAN
View all 12 photos...


Antara keterujaan yang ada dalam diri Rinn semasa datang ke Hyderabad adalah tentang makanannya. Pastinya semua akan berasa terlalu authentic di sini. Macam Beriyani Hyderabad yang paling terkenal iaitu Bawarchi Rinn dah pernah makan. Hubby pernah "tapao" bawak balik Malaysia. Mujurlah tak kena tahan dekat kastam heh heh heh... Ok, jom kita lihat apa yang sempat Rinn jamah di Hyderabad.


Breakfast pertama Rinn di Hyderabad. Makan pagi di hotel saja tapi boleh tahan sedapnya. Ambik dulu serba sedikit dan cuba rasa. Nampaknya boleh diterima oleh tekak Melayu Rinn niii.... Jom kita tengok satu persatu apakah benda-bendanya.




Ini vada banyak sedap. Sungguh berbeza dengan yang pernah atau biasa Rinn makan di tempat kita. Langsung tak berminyak. Rapuh di luar tapi lembut di dalam, penuh berperisa. Makan begitu saja pun enak.
Scrambled eggnya siap ada rempah masala. Sikit pedas ya.




Puri ni nak kata macam tepung buat karipap yang digoreng garing pun ada jugak rasanya. Lauk disebelahnya tu rasa macam kari dal yang dicampur bermacam-macam sayur.




Idli ni nampak macam putu piring. Dari segi rasa pun ada sipi-sipi tapi tak lah rapuh berderai bila dikepak. Benda cicah kat sebelahnya tu tak tau nama apa, dah lupa. Dibuat dari kelapa yang mungkin dicampur dengan susu masam bla bla bla. Main teka-teka aje ni. Masih boleh diterima tekak. Benda putih tu kalau makan tandoori chicken dengan Naan kat tempat kita pun ada dihidang sama.




Baked bean tu biasalah rasanya. Oleh kerana Rinn suka kentang, hidangan bhaji ini sangat sesuai untuk menyicah vada, dosa atau idli.




Kalau kat Malaysia Rinn memang jarang minum teh tarik/teh susu tapi bila ke Hyderabad teringin pulak nak rasa. Ternyata memang superbly sedap. Nampak macam pekat dan pastinya manis susu tapi silap.... sedap dan tak manis sebab diorang guna susu lembu asli heh heh heh...



Semasa kami ronda di kawasan Charminar kami dibelanja makan oleh Mr Sunil seorang toke panggung wayang. Apakah hidangannya. Jom tengok....



Rinn memang lebih suka makan Naan daripada roti canai. Lebih-lebih lagi kalau digandingkan dengan ayam tandoori. Kali ini Rinn mencuba makan Naan dengan Peneer. Paneer yang ini adalah dari jenis vegetarian dan ianya berkuah.




Inilah dia vegetarian Paneer tersebut. Benda berketul yang putih itu adalah sesuatu yang seperti tauhu lembut.




Ada juga hidangan vegetarian fried rice yang diorder oleh Mr Chandra. Kan dia ni full time vegetarian.






Terorder juga Mutton Beriyani. Siap dengan extra kuah mutton dan kuah susu masam.




Pada suatu hari yang lain Rinn dan hubby telah dibawa ke sebuah restoran yang terkenal dengan Southern Indian Food. Rinn telah diperkenalkan kepada satu hidangan tosai yang agak berbeza. Selalunya kalau di tempat kita pastinya kita dihidangkan dengan plain tosai dengan pelbagai kuah. Dah lupa nama tosai ini, ianya dilipat dua dan di dalamnya penuh berisi sesayuran, bawang dan rempah ratus. Saksikan sajalah di gambar. Sedap youuuuuu........







Rinn sangat berkenan dengan bekas penghidang kuah-kuah pencicah tosai yang diperbuat daripada tembaga ini. Senang nak angkat. Ada suatu hari tu Rinn dibawa ke kedai-kedai menjual barangan stainless steel dan tembaga, cuba mencari sesuatu yang begitu tetapi sayang..tak jumpa..









Di restoran ini ada juga menyediakan Naan dan paneer. Makan sekali lagi !!!




Hidangan ini juga agak unik, dipanggil Curd Rice. Semudahnya kita panggil Yogurt Rice lah kot. Boleh bayangkan tak rasanya ??? Macam bubur nasi yang agak masam lah. Yang menariknya ada kacang gajus dan buah delima sebagai taburannya. Sedap bila tergigit-gigit. Mr Chandra kata, makanan ini sesuai sebagai penyejuk badan ketika musim panas.





Ini minuman kami, Mango Lassi. Mangga + Yogurt. Boleh try buat sendiri kalau nak cuba.




Selesai makan dan minum, kami diajar "mencuci" dan "menyegarkan" mulut dengan mouth freshener ini. Sangatlah soothing. Entah diperbuat daripada apa tapi ada rasa jintan yang bersalut dengan gula yang berperisa mint. Macam mana tuuuu.....

Selainnya adalah hidangan yang berupa curry, curry dan curry sampai kembung curry perutku ini heh heh heh. Ok, that's about all tentang makanan di Hyderabad.... Kalau nak rasa keaslian dan keunikannya datanglah sendiri ke Hyderabad. !!!!!


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net