By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 26-Sep-2010 10:36 Email | Share | | Bookmark
JEJARI OATS

 
 
 
View all 8 photos...



JEJARI OATS
Sumber : Hellikonia

BAHAN-BAHAN:

250gm oats
430gm tepung gandum
230gm caster sugar
1 1/2 tbs cocoa powder
200gm minyak sapi
125gm butter
Milk powder - for coating

CARA-CARA:

1. Campurkan oats, caster sugar, cocoa powder, minyak sapi dan butter di dalam mangkuk pengadun. Gaul dengan spatula kayu atau whisker hingga rata.
2. Ayak tepung. Masukkan tepung ke dalam adunan oats sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga membentuk doh. Tepung tak semestinya diguna semua. Agak-agak sesuai untuk dicanai dan boleh dipotong.
3. Canai setebal 1cm dan potong berbentuk segiempat bujur seperti jejari.
4. Bakar pada suhu 170 darj celcius selama 15min - 20min menggunakan api atas dan bawah. Tak perlu hingga terlebih garing kerana, walaupun masih agak lembut waktu siap dibakar tetapi setelah sejuk ia akan mengeras dan rangup.
5. Sejukkan jejari oats di atas rak dawai dan golek-golekkan di dalam susu tepung hingga tersalut sepenuhnya. Simpan dlm bekas kedap udara.


Selamat mencuba !!!


Tuesday, 24-Aug-2010 06:03 Email | Share | | Bookmark
SAGU GULA MELAKA

 
Dah masuk dua minggu kita di bulan puasa. Dah berkira-kira nak buat kuih raya tak lagi?? Rinn belum lagi. Masih memanjakan diri yang belum seratus peratus kebah dari demam panas tempoh hari. Dah melalut-lalut menjadi batuk pulak. Cukup tak selesa kalau berada dalam situasi tidak sihat begini kan

Nikmat makan pun seolah-olah macam dah kena tarik balik. Mulut terasa payau akibat ubat yang membuat Rinn macam mabuk. Senang ceritanya macam mabuk orang berbadan dua. Alahaaaaaaaiii...berbadan satu begini pun hebat jugak penangannya kalau dah pening-pening lalat. Tahun ni memang pecah rekod sebab banyak hari asyik berbuka puasa dengan juadah dari Bazaar Ramadhan walaupun cuma ala kadar aje pembeliannya. Kat rumah tinggal kami berlima...jadi berbuka seadanya. Yang banyak diteguk, air lah semestinya. Yang selalu jadi pilihan kami adalah air soya, air tebu dan air kelapa. Ken suka air chrysanthemum tea. Kalau tak pun sekadar teh "o" panas.




Hidangan pencuci mulut ni masih terperap dalam peti ais sebenarnya. Sengaja disejukkan sehari dua sebelum ke meja makan. Entahlah, walaupun dah dibuat masih tak berapa ingin nak dijamah. Ken dan Marisa ada tanya tapi Rinn kata nantilah dulu. Pujuk diorang dengan dadih yang masih ada dalam petiais tu juga. Buat dengan Acik Alya tempoh hari. Dia yang suka sangat.

Walaupun terlalu mudah nak sediakan Sagu Gula Melaka ni tapi Rinn kongsikan juga di sini. Kot lah ada yang teringin mencuba sesuatu yang mudah dan nak cepat. Ini salah satu pilihan yang tepat.


SAGU GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:

500gm sagu biji
Air untuk merebus sagu
Seketul gula Melaka
Semangkuk air
2 sudu makan gula pasir
1 mangkuk santan
Secubit garam
Daun pandan

CARA-CARA:
1. Didihkan air. Sedikit demi sedikit masukkan sagu biji dan kacau.
* Boleh beli sagu biji yang sudah siap berperwarna hijau atau pink. Sekiranya menggunakan sagu biji yang putih, bolehlah titiskan sedikit.pewarna hijau atau merah. Kacau di atas api sederhana hingga kesemua sagu kelihatan kembang dan jernih warnanya.

2. Tapis dan bilas sagu supaya hilang kanjinya. Ketepikan seketika dan tuang ke dalam bekas pilihan.
3. Panaskan semangkuk air dan masukkan gula Melaka dan gula pasir serta daun pandan. Kacau atas api hingga larut. Tapis.
4. Panaskan santan dgn secubit garam. Guna api kecil sehingga agak mendidih. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
5. Hidangkan sagu bersama santan dan kuah gula melaka tadi. Lebih enak jika disejukkan terlebih dahulu.




Rinn tengah memikirkan bil air yang baru diterima beberapa hari lalu. Sangat terkejut kerana bulan lepas punya bil sampai RM400++. Ada percaya ka?? Kedai dobi pun mungkin tak guna air sebanyak tuu. Terus bagitau hubby. Katanya mungkin ada paip pecah dalam tanah. Dah panggil plumber Mr Chandran dan dia dah mai meninjau keadaan. Dia pun tak pasti apa puncanya sebab setelah ditelek-telek segenap penjuru laman tak ada pulak kesan kebocoran atau kebasahan. Hari berikutnya baru dia nak datang semula untuk mengorek satu "spot" yang dia kenalpasti mungkin berlakunya kebocoran.

So, dipendekkan cerita, sepanjang masa kepala meter air kat depan rumah kena tutup. Hanya dibuka pada masa-masa tertentu aje untuk mengisi tangki. Gerun tengok meter tu bergerak...amatlah lajunya !!!! Hu Hu.... hari tu baru Mr Chandran repair leaking kat siling. Kali ni cerita yang lebih menggerunkan pulak. Kes major bukan kecik-kecik punya hal nih !! Dugaan betoi di bulan-bulan puasa begini. Sabar jer lah kannnn....



Ok lah, nanti kita jumpa lagi. Selamat menjamu selera seadanya waktu berbuka nanti. Kalau perlu ke Bazaar Ramadhan, berbelanjalah dengan berhemah ya. Jangan lupa jamah kurma.


Wednesday, 18-Aug-2010 09:06 Email | Share | | Bookmark
BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF PASTRY

 
 
 
View all 8 photos...


Kalau kita ada beli dan simpan instant puff pastry memang amat memudahkan, terutamanya bila kesuntukan masa atau malas nak memikirkan nak masak apa. Kalau terkejut tergempar tiba-tiba tetamu muncul depan pintu pun, InsyaAllah masih boleh kita hidangkan dengan sesuatu yang enak. Rinn gemar pada puff pastry jenama "kawan". Tinggal buatkan inti saja. Kalau maaaaalas lah jugak, bubuh jem atau sekaya pun jadik. Kalau ada lebihan lauk sardin kelmarin pun wokey !!



Puff pastry kali ni Rinn dapat idea dari bun yang pernah Rinn beli di satu bakery suatu ketika dulu. Bun tu bertoppingkan sosej berlada hitam. Memang boleh nampaklah bahan-bahan yang digunakan dan dari situ Rinn agak-agak untuk menghasilkan intinya.

BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF PASTRY

BAHAN-BAHAN:

INTINYA :
6 batang sosej
1 biji bawang besar, di mayang kasar
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili sos
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar majerin utk menumis
Secubit garam
Secubit gula
Bijan secukupnya
* 12 keping puff pastry jenama "kawan"

CARA-CARA:
1. Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
7. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.

Mulanya ingat nak sandwich aje inti tu tapi teringat pulak ada satu entry Che Mat Gebu yang guna puff pastry ni. Cantik dia bentuk dan kelar puff pastrynya. Kat sini. Tapi Rinn taklah buat chomei lotei macam CMG punya. Nah!.tak payah kerat empat..terus bubuh sekeping-sekeping .



Bila dah siap bakar, anak-anak pun tau... "ek eh..ini macam inti bun yang kita beli dulu tu ye mak ??? "
"Ha ahh........"




Monday, 16-Aug-2010 06:53 Email | Share | | Bookmark
AWARD DAN TAG DARI KAK LIZA DE'HANIELIZA

 


Issshhh...isshhhh..Kak Liza ni. Bagi award ni rupanya ada udang di sebalik mee ya !! Rinn ni bukan gang blogger, cuma gang FP yang dah kurang fofular tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi menjengah. Ok lah Kak Liza, demi Kak Liza Rinn jawablah jugak TAG Kak Liza.

Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
Ya...sangat HOT. Dah dua hari demam panas... Fuuhh tapi digagahi juga untuk meneruskan puasa.

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?
Rinn sebenarnya tak ambik pusing tentang wallpaper ni. Yang rajin menukarnya adalah Marisa sibongsuku itu. Wallpaper sekarang adalah :





Soalan 3: Cerita pasal gambar nih..?
Ok juga gambar tu sebab Rinn memang gemar gambar-gambar abstrak dan corak geometry.


Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?
Exactly tak ingat tapi cubaan untuk memakan pizza tak kesampaian kerana orang terlalu ramai masa ke Jusco AEon bulan lepas.


Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?
RSVP by Maulana AF8


Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
Mengelap dahi dengan tuala basah sebab nak turunkan suhu badan akibat demam. Aduuuhhhhh.......


Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
Kalau kat FP dikenali dengan nama RinnChan sampai orang ingat Rinn ni ada kaitan dengan bangsa tionghua keh keh keh. Di kalangan teman-teman, adik beradik dan sedara-mara diorang panggil Rinn/Kak Rinn aje. Untuk urusan rasmi i.e. lebih dikenali sebagai Puan Nazhatul...hah hah hah kelakar betul.


Soalan 8: Tag lagi 5 orang...
1. Che Mid
2. ida isk
3. Kak Rusnah
4. MaDiHa
5. Ummi Zaihadi

Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
Che Mid : Orang lama ni. Kawan sebaik-baik kawan semasa dibangku sekolah.


Soalan 10: Katekan sesuatu pada orang no. 5...?
Ummi : Ibu yang penyayang dan sangat rajin memasak untuk keluarganya walaupun dia seorang yang berkerjaya.

Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?
Kak Rusnah : Tiada hubungan apa-apa. Sekadar teman cyber.


Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?
Ida Isk : Yang ini pun antara kenalan terawalku di alam cyber.


Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
MaDiHa : Oooopppsss....Mana bisa dooonnnggggg !!!


Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag..
Kesemuanya gemar ke dapur dan berinternet dan disebabkan kedua-dua dunia ini kami semua saling mengenali antara satu satu sama lain walaupun sekadar di alam cyber. Che Mid yang saya kenal itu pun sudah jarang berjumpa tapi internet jugalah yang merapatkan kembali hubungan kami.


Monday, 16-Aug-2010 04:54 Email | Share | | Bookmark
BINGKA LABU MANIS

lecek labu manis
Pukul gula+telur+garam
Pati santan secukupnya
View all 12 photos...
Alahai si labu manis. Dah lama terperap kat dalam esbok. Niat di hati nak buat lepat tapi tunggu-tunggu daun pisang tak juga kesampaian. Kalau duduk kampung kan senang. Ambik aje kat belakang rumah, ye dak ??? Sebelum labu manis tu hilang rupa dan manisnya elok kalau dibuat sesuatu. Terjumpa resipi bingka labu manis ni di halaman Puan Halimah Shuib...Alaaaaaa, toke jamu Mak Dara tu !! Tak kalah dalam bidang masakan juga tau. Jom kita cuba...




Sebenarnya ini kali pertama Rinn buat bingka labu manis. Sekadar nak tahu bagaimana rasanya. Biasanya cuma makan bingka pandan dan bingka roti. Hmmmm..... apa pun, bagi tekak Rinn laaa, masih sedap bingka pandan dan bingka roti. Bukan tak sedap tapi masih boleh dicuba untuk sedikit kelainan.




BINGKA LABU MANIS
Sumber : Puan Halimah Shuib

BAHAN-BAHAN :
250 gm labu manis ( Rinn guna 430gm, perabih simpanan )
1 1/2 cawan gula ( Rinn guna 1 cawan )
1 cawan pati santan (Rinn guna 1 1/2 cawan )
2 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh garam
3 biji telur

CARA-CARA:
1. Rebus labu manis dan lecek hingga hancur.
2. Pukul telur, gula dan garam hingga hancur.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
4. Masukkan labu lecek dan kacau adunan di atas api sederhana sehingga agak pekat dalam periuk.
5. Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak dan alas dengan plastik. Tuangkan adunan.
6. Bakar hingga masak pada suhu 175 darjah cel hingga masak.
* Selepas beberapa minit di dalam oven, Rinn taburkan bijan di atas bingka.





Boleh lah dicuba kepada yang berminat. Mungkin enak untuk dijadikan hidangan pencuci mulut semasa berbuka puasa nanti.







[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net