By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  25  26  27  28  29  30  31  [32]  33  34  35  36  37  38  39  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 21-May-2008 03:46 Email | Share | | Bookmark
MAS DELIGHT COOKIES CLASS, 10TH MAY 2008 - EDISI AKSI PESERTA2

Pembantu Kak Mas mula menguli
Antara peralatan yg diguna
Kuning telur segar...elok bulatnya
View all 16 photos...
Setelah menjamu mata dengan hidangan-hidangan cookies yang menggugat jiwa, kali ni mari kita lihat beberapa scenes semasa kelas. Tak de lah happening mana pun sebab semuanya control ayu..dan control macho bila Rinn mula mengacukan camera !!


Haaa...bila Kak Mas mula beraksi Ana dan Ain pun mulalah mengacukan kamera diorang. Tak mahu terlepas langkah2 yang penting. Almaklumlah..sekali belajar sampai 15 jenis biskut..mana nak ingat nama-namanya lagi, langkah2 pentingnya, tips nya.... At least bila ada gambar boleh lah jugak main teka-teka ya !!



Yang paling seronok apabila tiba masa nak buat kuih tart gunting. Walaupun ada yang dah biasa buat tapi masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba sendiri pelbagai cara untuk "menggunting" pastry tart. Memang pelbagai bentuknya. Kak Mas pun sempat menunjukcara beberapa kaedah menggunting tart. Tentu kenkawan kenal dengan kawan kita ni, Puan Zati D'Hati. Handal di dalam pembuatan kek dan menghias kek tapi menurutnya dia masih agak tidak yakin dengan cookies terutamanya bagaimana cara nak pastikan cookies dah betul-betul masak. Selalunya dia terpaksa melihat bahagian bawah biskut sebelum mengeluarkannya dari oven . Kalau dah agak "brownish" baru dikeluarkan. Tapi kalau dah pakar, ajar sikit pun cepat dapat ye. Menurut KakMas, biskut ni tak tentu suhu dan masanya, bergantung kepada jenis oven. Hmmmm...payah gak tu ye... kena pepandai sendiri. Melainkan kalau kita ada oven yang canggih dan ada setting suhu dan masa yang tertentu.



Ain pun tak mahu lepas peluang menggunting tart. Begitu bersungguh-sungguh nak dapatkan guntingan yang menarik. Cikgu pun tersenyum meleret aje tuuu Tak pe lah Ain ye...janji boleh test power hands-on, depan cikgu lagi. Boleh diperbetul time tu jugak !!



Mesti ada aksi yang menarik di situ sehingga semua orang tergelak besar. Rinn pun tak pasti apa dia, tapi mungkin aksi Encik Nadzmi (Jejaka yg berbadan besar tuu..) yang katanya ada tabiat "ketar tangan" apabila melakukan kerja-kerja seni nii. Tapi memang sungguh..kami semua saksikan keketaran tangannya itu,,macam orang kena "parkinson" pulak !!!



Puan Host Suhaiza pun tak mahu kalah. Walaupun menurutnya dia zero-knowledge pasal baking membaking ni tapi kesungguhan beliau amat kami hormati. Lihatlah aksi-aksinya memutar senduk kayu tuuu....




Haaaiiii...khusyuk masyuknya masing-masing meneliti kertas resipiiiiiii..sampai tak angkat kepala langsung !!! Tapi dok senyum-senyum malu jugak yaa.....




Inilah dia Encik Nadzmi dengan hasil tangkapannya !!! Jangan tak tahu..dah berbagai kelas dia ikuti dari kelas roti, kek, biskut dan segalanya. Di samping kerja tetapnya Encik Nadzmi ada juga mengusahakan biznez bakeri secara part-time.



Gambar-gambar ni dicilok dari FP Ana Elianas. Thnx Ana sebab kalau tak de Ana maka muka Krinn takkan muncul dalam FP sendiri. Itu lah akibatnya kalau bawak kamera yang terlebih canggih lah kononnya sampai orang lain tak leh nak tolong amikkan gambar sebab tak reti guna. Padan muka Krinn ye !!! ...



Ini sessi tak termasuk dalam modul ye.. . Terima kasih pada Ana sebab bawak kami ke Kedai Peralatan Bakery Noor Indah. Rinn ada jugak melalui kawasan ini sekali-sekala tetapi tak pernah tahu ada kedai ini di sini. Memang banyak koleksi loyangnya...dari kepala mickey mouse, loceng, gitar, kunci, kereta, sampan...fuhhh..semua-semua lah !! Acuan cookies pun berlambak-lambak hingga tak terpilih. Kawan kita dari Pekan Pahang ini dengan selambanya telah mengangkut beberapa loyang dan peralatan lain untuk menambah koleksinya. Rinn dan Ana..sikit-sikit aje. Untuk Ain, jangan bimbang..Ana dah tolong belikan loyang cutter tuuu..heh heh. Orait, kita jumpa lagi nanti...

KEPADA YANG BERTANYA, BERIKUT ADALAH ALAMAT KEDAI NOR INDAH

1452, Jalan Butterworth,
13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara
Pulau Pinang.

No. G7, Kompleks Dato' Kailan,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel no : 04-5757654
Fax no : 04-5754655



Quote:
1.Ana : Tak konpius..mmg tahu kata namanya Nadzmi tapi bila menaip tu..jari tertaip Azri pulak, jejaka yg lagi sorang tu heh heh. Memang mcm2 aksi dan telatah masa kelas tu kan..cuma tak sempat nak rakam semuanya. Nanti org dok sibuk dengar Kak Mas explain psl kukis, Krinn bz klik sana klik sini. Iye lah..kita dekat kan. Si Zati tu dah siap pesan kat Ana tolong belikan lagi dan poskan in future..abihlaaaa....
2.kamalina : Haa..org Pahang yg lagi sorang tu bila pulak nak mai ???...
3.zatidhati : Tak baik tau zati gelakkan gambar2 tuu. Haa...tu lah pasal, kalau Rinn bawak keluar gambar posing maut tu sure seantero dunia terpesona wakakaaaa... Aiiyyoooo...soto orang Pekan lagi sedap apaaa...!!!
4.munirah : Memang seronok...bila kukis siap, main suap aje dlm mulut mana yg nak rasa. Tapao bawak lagi.... Lenkali singgah le..beli sebijik dua loyang.
5.zira : Memang gamat !!
6.zanaz : Yg pakar cuma kak zati, Ana & Nadzmi sebab diorang dah berbznz. Yg lelain tuu termasuk krinn hanya nak tambah ilmu aje heh heh
7.kakcik : Tak pe, lenkali boleh join. Jaga MIL lebih penting..sebab mungkin masa ni lah kita boleh betul2 berjasa padanya. Biskut2 ni tak reti buat pun buleh beli jer. Ibu or MIL tak buleh dijualbeli.
8.Bonda : LOooooorrr...dah Bonda pun tak mai kelas.! Kalau idak..mmg nak ajak sekali laaaaa. Tak pe, nnt kita soping lain ekk.
9.abahnyer aqil : Time kacih laaa sudi jenguk fp kita yg tak seberapa ni. Itu lah, rinn pun tau yg Aisyah minat baking setelah melihat aksinya belajar kek di Pekan Pahang ari tu. Cantik2 hasil tangan Aisyah. Elok sungguh lah kalau Aisyah dpt bznz kek halal kat Nihon sbb kat sana bukan kita tahu halal haramnya kek. Ok, selamat main salji puas-puas ya. Agaknya kalau buleh bawak balik, sure Aisyah bawak balik salji tuu
10.kookiesnkeks : Ada 2 kedai Nor Indah di Kepala Batas, Seberang Prai. Alamatnya spt berikut :
1452, Jalan Butterworth,
13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara
Pulau Pinang.

No. G7, Kompleks Dato' Kailan,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel no : 04-5757654
Fax no : 04-5754655

11.jeff : Org berlumba2 masuk kelas sebab nak buat bznz tp saya sekadar nak tambah ilmu dan ingin bertemu kwn2.
12.Farah Shrewsbury : Masak2 tu yg lebih penting sebab kita hari2 makan. Yg baking baking ni..bonus kpd kita kalau pandai dan minat. Kalau2 hari makan kek n muffins gemoklaaaaa...tak cukup zat sama
13.Sara : Sesekali bertemu rakan2 FP..mmg gamat dan seronok. Di samping menambah ilmu dapat juga beramah mesra.
14.NA : Kalau banding dengan harga supermarket mmg jauh lebih murah.
15.MamaFaMi : Oooppsss...mama, kami idaklah berkumpul di rumah Kak Mas tp di rumah Pn Suhaiza di Prai, Penang. Kalau di KL tuuu...mau pikir tiga empat kali jugak nak turun. Ma ni selalu ada inferiority complex lah. Manjang merendah diri. Rinn ni pun apa lah sangat kalau nak dibandingkan. Pada Rinn kita semua unik..ada keistimewaan masing2..Setuju tak kawan2 semuaaaa.... Kalau ma berkenan kek lapis tu buleh lah join next class di KL. Kami tak de resipinya !
16.chek yam : Peserta2 kali ni mmg ada mcm2 saiz ...tp maintain chomei dan anggun !!! pun begitu semuanya punya hasrat yg sama, nak timba ilmu. Kalau chek yam ada peluang join lah kami nanti.
17.jasmeen : Ana mmg rajin sungguh carik ilmu. Semoga bertambah berkat. Krinn setakat nak amik tau jer resipi2 terkini. Kalau carik resipi kat internet or buku lain. Lebih elok mai kelas macam ni. Semua kemusykilan boleh tanya on the spot.
18.maklang : Sipu cuma 2 org jer...Krinn ni org biasa yg tersipu-sipu ....Kalau maklang ada sure lebih meriah !!
19.ina_saly : Ada lah try sejenis dua. Buat utk anak2 bawak pi sekolah bg cenderahati kat cikgu masa hari guru ari tu. Lebih mudah nak bawak dari buat kek...he heh heh. Loyang2 kat Nor Indah mmg bnyk koleksinya. KZati borong sakan !! Heh Heh..iye iye aje lina ni ye, sampai nak nempah kukis kat krinn !!
20.Mohd Azhari Azizan : Isshh...org lelaki lah paling menonjol dlm dunia masakan ni sebenarnya. Tgk aje lah chef2 terkemuka kat Mesia..kat dunia pun sama. Kalau Azhari nak join apa salahnya, raya nanti tak yah org rumah susah-susah buat kuih raya !!
21.nor : Eh...nor tak mau join sekali ke? Meh lah kita pi sama-sama bila-bila nanti...
22.kak jie jie : Takkan tumpang seronok jer....meh ler join sekali merapu dgn kami-kami ni...
23.ain-dublin : Waalaikummussalan ain. Kakrinn dah bubuh alamat Nor Indah kat atas tu. Nanti cariklah ye, di pekan Kepala Batas..kat area pasar mlm tu, dekat dgn round about segitiga.
24.aishah@ummiaqil : Waalaikummussalam aishah. Waah..kali ni futari tomo mai jenguk FP kakrinn ya. domo domo.. Nanti aishah balik lagi boleh lah join kelas. Harga standard laa dalam RM150 - RM180 tapi Kak Mas ni sekali bagi resipi banyak sungguh...tapi demo class laah bukan mcm yg KakZati ajar Aishah tu sampai 4 hari 3 malam ye !!!
ps : Tag yg lepas ni pun ada tak buat lagi..kena tag pulak ye..heh heh heh
25.Ouled Kenitra : Dah namanya pun bukan artis/celebrity...mana lah reti nak gaya selamba. Tu yg control ayu tuuu...




Friday, 16-May-2008 15:52 Email | Share | | Bookmark
MAS DELIGHT COOKIES CLASS 10TH MAY 2008-EDISI COOKIES

SAMARINDA
FROZEN KENARI
SANDY KEJU
View all 15 photos...
Kesemua 15 jenis biskut ini berjaya disiapkan dalam tempoh masa lebih kurang 6 jam. Sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan resipi, sila hadir sendiri ke kelas-kelas masakan Mas Delight seterusnya. Gambar-gambar ini sahajalah yang dapat Rinn kongsikan bersama sebagai memberi gambaran bagaimana setiap jenis biskut itu dibuat. Selamat menjamu mata....




Biskut ini telah lama popular. Terdahulu Ia pernah muncul dalam satu lagi versi di mana coklat koko digunakan sebagai base dan coklat putih pula digunakan sebagai lorekannya. Rasa biskut Samarinda ini agak manis kerana kehadiran coklat putih yang banyak. Dari segi penampilan memang menarik.





===================================================================================================



Biskut ini pernah "meletup" beberapa tahun kebelakangan ini. Rinn saja yang baru pertama kali tahu dan merasa. Memang sedap tetapi kaedah penyediaan agak renyah kerana penggunaan meringue sebagai topping itu telah membuatkan biskut ini agak sukar dipotong. Walaupun menggunakan loyang ber"cutter" tetapi fungsi cutter itu hanyalah sebagai penanda petak-petak biskut. Di akhir kejadian, biskut masih perlu dipotong semula menggunakan pisau "cutter" atau pisau lipat dua kupang. Jangan gunakan pisau yang agak tebal. Ini bakal menyukarkan kerja-kerja pemotongan. Dari segi rasa memang sedap.





===================================================================================================



Biskut ini agak berbeza dari biasa kerana rasanya yang bermacam-macam. Ada manis, lemak dan masin macam gula-gula nano-nano...cuma tak de rasa masam saja. Jangan tak tahu ada kandungan bawang goreng dan kerepek kentang "pringle's" di dalamnya.









===================================================================================================



Walaupun biskut ini menggunakan pandan paste tetapi dari segi rasa tiada pulak begitu terasa kehadiran perisa pandannya. Kelainan adalah pada penggunaan "arrowroot" flour atau menurut seorang kawan di dalam kelas ia dikenali sebagai tepung sagu, dan juga penggunaan serbuk horlick. Rinn masih tak dapat nak kenalpasti bagaimana kedua-dua bahan itu sepatutnya terasa ketika memakan biskut ini.







===================================================================================================



Sebagaimana nama begitulah rasanya. Agak rapuh dan sesekali terasa seperti memakan biskut kelapa yang biasanya dijual dalam bentuk bulat-bulat leper dan diameternya bersaiz lebihkurang tin susu. Tetapi di dalam kelas ini ia hanya lah bersaiz seperti sekeping syiling dua kupang.









===================================================================================================



Bahan-bahan yang digunakan amatlah ringkas dan ia juga tampil tanpa make-up. Pengunaan minyak sapi dan cashew nut menambahkan lagi keharuman dan kesedapn biskut. Tak perlu apa-apa hiasan sebab ia memang sepatutnya polos.









===================================================================================================



Sekilas pandang mungkin ada yang akan mengatakan ia serupa seperti biskut Almond London yang evergreen itu. Apa pun resipi ini menggunakan "choco balls" sebagai intinya, bukan kacang almond. Penampilan menarik sebab ia dicelup coklat koko dan dilorek dengan coklat putih.









===================================================================================================



Kuih tart memang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Sungguhpun ia muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa tetapi Rinn percaya ia masih mengekalkan rasanya yang asal. Penggunaan butter yang terpilih pastinya membuatkan tart gunting ini terasa lebih rapuh dan wangi. Penggunaan jem nenas yang sedap juga menambahkan lagi kesedapan.









===================================================================================================



Yang ini pun all-time-favourite. Walaupun ia mendukung satu nama yang sama, dari segi resipi memang tidak dinafikan ada pelbagai. Yang penting mesti ada chocolate chips dan badam kisar..barulah ummmmph !!! Penggunaan serbuk koko import adalah disyorkan untuk menjamin rasa koko yang lebih enak dan aroma yang lebih membangkitkan rasa.








===================================================================================================



Sangat terasa kelapanya. Begitu rangup dan harum dek kehadiran "toasted coconut". Hiasan biskut ini boleh dipelbagai tetapi kali ini ia dihias dengan lorekan coklat putih dan taburan manik-manik berwarna.









===================================================================================================

Dari segi nama memang tidak kalah. Dari segi rasa biasa sahaja. Warna yang agak menyerlah dengan penggunaan pandan paste dan sebagai hiasan diletak gula warna merah berbentuk "heart". Tidak menggunakan acuan terap, sebaliknya lebih mudah mem"pipe"kan doh menggunakan icing bag & nozzle. Boleh dipaip terus ke dalam papercup kecil atau dipaip membuat bentuk swirl atau bentuk landak.










===================================================================================================



Satu lagi resipi yang menggunakan kelapa parut tetapi kali ini hanya kelapa parut kering(dessicated coconut) yang biasa digunakan dalam doh. Tetapi hiasannya, masih mengekalkan penggunaan "toasted" coconut.










===================================================================================================



Wow...namanya begitu mengundang nostalgia zaman kegemilangan drama Korea, Winter Sonata. Mungkin kerana warnanya yang putih di luarannya. Doh biskutnya sedap sebab ada nestum...dan ada inti hazelnut.








===================================================================================================



Bahan-bahan biasa untuk menghasilkan doh gebu rapuh dan berwarna hijau. Penyudahnya adalah salutan susu tepung dan gula icing. Dari segi rasa, ok jugak. Bukan main lagi nama resipi ni ye...Lovely Snow Princess.









===================================================================================================



Seakan-akan sama dengan chocolate oats cuma ia tidak menggunakan quacker oats. Tampil menarik dengan hiasan kuaci hijau dan acuan terap berbentuk seperti ladam kuda.





Rinn sengaja tidak menyertakan gambar-gambar aksi para peserta kelas. Tunggu pada episod akan datang ya.....


Quote:
1.kamalina : Iyeee...heh heh. Ni mesti dah baik demam..boleh mai awal ke dapur krinn. Mana nyer rajin aimi oooiii...ni pun sebab dekat..kebetulan di tempat yg sama masa belajar ciskek. Ha ah laa...kan harga barang bnyk yg naik..Sure nanti harga kuih raya pun melambung2..Dah belajar ni bolehlah buat sendiri. Dulu pun buat sendir gak tapi resipi tak berapa bnyk yg sedap. Biznez???..Heh heh..tgk keadaan....
2.kak anum : Lepas ni masih bnyk lagi kelas2 masakan kak mas. Cuma tempatnya sajalah tak pasti mungkin ada yg dekat dgn tempat kak anum. Info boleh rujuk kat fp http:lynnhassan.fotopages.com ya.
3.watie : W'salam. dessicated coconut tu yg kelapa kering putih. Yg ni kat supermarket pun ada jual. Toasted coconut pulak, kelapa kering yg dah dipanggang. Rupanya macam kerisik yg belum ditumbuk hingga berminyak tu. Kat supermarket tak ada. Kena beli kat kedai bahan2 bakery, itu pun tak semua kedai ada..hmmmm, kena pi carik lah di mana2 ya. Kalau buat sendiri tak sama sebab tak sama kegaringannya..
4.ida isk : Tak semudah itu nak jadik toke ida ooiii. Anak bongsu ku itu bnyk kerenah. Tp kalau diizin Tuhan insyaAllah...setakat biskut raya mungkin boleh.
5.Ana : Itu pun edit cincai aje Ana sebab bnyk sgt !! Mujur tak lupa nama2nya. Ayoiii...aksi ikan duyung tu tak leh kot...nanti ikan duyung malu pulak, dia lari balik masuk dasar laut !!
6.sue : Heh Heh... nanti pikir dulu ya.
7.kak jie jie : Itu sajalah yg boleh share, kena jaga amanah utk simpan resipi2.
8.jeff : Yg penting homemade dan tak was-was akan halal haramnya. Sekrang ni dah mcm2 cerita pasal makanan yg dijual. Seboleh mungkin cubalah buat sendiri.
9.zaiy : Tak raya pun boleh makan kukis juga... dah jemu dgn chips more dan julie's, bolehlah cuba homemade kukis pulak. seronok tau buat sendiri..berbau wngi aje satu rumah...
10.liana@mama daniel : W'salam. Selalunya pun buat sendiri sebab yg dijual agak mahal cuma kali ini dapat belajar lebih bnyk jenis. Dulu asyik2 buat yg sama aje...Samarinda tu agak manis sebab guna coklat putih. Kalau shortbread yg biasa tu, guna coklat koko...caranya lebihkurang jer.
11.dewisoulha : Nanti dewi check kat fp http://lynnhassan.fotopages.com ye. Info ada kat situ.
12.MaMaAina : Haaa...itulah, Rinn dah ajak tapi mamaaina nak pi kelas kek yg lain. Dgrnya bukan kelas kek pulak ye..hmm, tak pe lenkali kalau ada lagi, rinn bagitau ye. Tgk gambar lawa barulah ada selera nak makan dan cuba buat !!!
13.MaMaFaMi : Jamu mata pun seronok jugak ma... Kan kita-kita ni suka jamu mata... bukan window shopping je, but cyber shopping !!!
14.jasmeen : Buat kukis la cepat dapat bnyk sebab sekali bakar dapat satu dulang !!! Nanti krinn check ye..kalau krinn buat lebih bnyk baru boleh jual
15.umai : Salam perkenalan juga buat umai. Thnx sudi jenguk dapur krinn..resipi biasa2 aje. Sila lah link.
16.ciku_nunu : Bila dapat makan lebih terasa kerangupannya ....
17.boxhousestudio : Amanah kena jaga. Ni rinn share setakat yg boleh jer. Kalau ada yg boleh dimanafaatkan, Alhamdulillah. memang resipi yg sama Kak Tun. Sebelum ni pun Rinn dah rasa masa pi kelas ciskek. Kak Mas bawak sbg sample hidangan.
18.mommy izzdanish : Raya kat perantauan lagi kali ni ye syima. eloklah tuu kalau nak cuba buat sendiri tapi kena make sure bahan2nya betul dan halal. Kat tempat org ni susah jugak kalau nak cari bahan. Sebaiknya bila balik sini bulan depan, belilah apa2 bahan yg patut. Lebih baik bawak pi bahan mentah dari suruh pos kuihraya siap..silap2 haribulan dapat serbuk aje nanti !!!
19.F&Z : Heh Heh...kak fazi mmg sentiasa menjadi "kesuma hati" keluarga !!
20.Ida Natrah : Pi kelas dulu Ida baru boleh dapat ori resipi.
21.ina_saly : Heh Heh.. Sekali belajar sampai 15 jenis sampai naik fening nak ingat nama2nya. Mana lagi nak concerntrate tgk Kak Mas explain, nak tgk cara buat..nak amik gambar lagi...kelam kabut krinn masa kelas tuu...tp tetap ceria dan excited. Aiyyooo...nak order ngan krinn??? Ina kan toke bakery !!!
22.An iaaini : Silalah simpanbuat kenangan. Gambar aksi peserta adalah sikit-sikit tapi kena jugaklah sensor....nanti tuanpunya diri marah pulak kalau publish gambar tak tentu hala !!! Kelas july tak pasti lagi.
23.Bonda : Khabarnya gitulah..ada kelas kek lagi july nanti. Details kurang pasti, tunggu iklan ye.
24.RFAH : Saja nak belajar biskut2 yg berlainan jenis. Taklah nanti asyik2 biskut yg sama je kan.
25.azura asri : Heh Heh..menarik utk menjamu mata !!
26.zira : Kelas2 Mas Delight ni bila2 masa pun ada ikut jadual cikgunya lah. Dibuat selalunua di sekitar KL & Lembah Kelang. Sesekali naik ke Penang atau turun ke N9 dan Johor. Zira boleh check info kat http://lynnhassan.fotopages.com
27.nor : Ha ah..sampai 15 jenis sekali belajar sampai jammed tekak nak rasa semua sekali gus ! Tp mmg sedap2 lah ikut selera masing2. Nak order kena tunggu krinn buat lebih..entah2 nakbuat utk diri sendiri pun tak dan !!
28.Mak Teh : Heh Heh...Sinnchan tu anak sedara Rinn yg nakal !!! ..lawak je noooo. Hebatlah Mak Teh ni..mai kelas online aje pun dah buleh nak buat kukis niii...
29.mamasya : InsyaAllah, masih dok berkira-kira pasal nak amik tempahan sebab tak pernah lagi pun !!!
30.maklang : Biskut sedap mmg lah kena taruk harga..lagipun barang2 semua dah mahal. Krinn pun belajar ni sebab nak buat sendiri..ada mcm2 rasa dan pattern..mmg menarik bila dipandang. Memang dah lama tak beli kuih raya kecuali kerepek2..Kalau buat pun yg mudah2 aje. MakLang buleh reka ala-ala pattern biskut ni..resipi, maklang kan pandai merekacipta heh heh ...
31.chek yam : Biskut2 ni penyeri meja time raya. Mungkin orang2 dah tak berapa makan sgt..mcm krinn kalau raya suka rembat kerepek2 n kacang2 jer... Yg seronoknya nak membuat tuuuu.....
32.Linda@anna kaori : Sg Dua tu selalu lalu cuma tak tau je umah Linda ! Oikk..attend kelas kek/kukis mana buleh slim...kalau attend kelas aerobik iye lah kot !!!
33.Narizz :
34.Ouled Kenitra : Boleh saja Pak, jamah syikit2 jangan sampai kempunan udah ya Pak !!!
35.Mohd Azhari Azizan : KakRinn hari-hari raya..!!! Sebab hari-hari makan kek & kukis... Kalau bukak gerai ade ke yg nak singgah beli???
36.munirah : Hmmmm...itu dpat rasa je. Kami dapat belajar lagi. Dan ada extra resipi yg best2 pulak tu. Tat gunting tu mmg seronok membuatnya sampai masing2 teringin nak cuba. Nanti tgk gambar next entry ya.
37.Haniss : Cookies ni awal2 raya tak berapa laju sgt sebab orang dok tibai ketupat & rendang. Bila dah hujung2 raya nanti baruuuuuu lah orang dok korek balang kuih yang dan berserdak !!
38.misliha : W'salam Kak Mis. Rinn simpan bnyk resipi cookies tapi kalau buat tak pernah dapat yang sedap kecuali lah kuih2 yang popular mcm kuih makmur,shortbread, semprit etc. Bila pi kelas macam ni barulah kita tahu tips & tricksnya. Yang seronoknya dapat resipi2 yang reliable. Iklan tu mmg menarik lah Kak Mis !!
39.nabialishad : Jadik reporter pencen ekkk...
40.humyrah : Kalau humyrah duduk di sekitar Lembah Kelang tak susah nak carik kelas2 baking ni cuma kena pandai carik je.
41.pakpacak :
42.azurahakim : Aiiyoooo...bekfas kat alam maya lah ni ye. Syiannya..mana lah nak kenyang..Kelas2 ni bnyk ada di sekitar Lembah Kelang/KL. Kena rajin carik jer.
43.mOknDa : Rajin2 lah check kat http://lynnhasan.fotopages.com ya sebab kelas ni anjuran auntie dia. Tempat2 lain pun sebenarnya ada jugak..cuma kena rajin check dan carik. Waaaa...tu lah pasalnya, kena rajin cook n bake at home, bila tgk anak2 n suami makan dan diorang puji sedap..kita tentu rasa berbaloi buat kan.
44.roylazim : Thnx akak. Sebenarnya Rinn masih tak puashati lagi dgn hasilnya tuu. Boleh buat lebih baik sebab Rinn bukannya pi kelas as a photographer buat as a student cabuk!!. Terkejar2 jugak..mana nak tgk cikgu ajar..mana nak klik sana klik sini. Main snap snap aje kak...ikut gerak hati.
45.gee harun : suji tu mmg sedap punnn...
46.afairus : Heh Heh...meh kita raya dulu dgn kukis-kukis niiiii....
47.mummy jam : Taklah...rinn cuma pi belajar. Nak tambah koleksi resipi tp tak taulah pulak kot later nak berbiznez. Nampak macam teringin gak nak cuba niaga..
48.srsfeqah : Dah diorang ajar sampai 15 jenis dalam satu kelas..mananya tak meriah !!! Kita raya dulu yaaa....
49.watie : Mmg sedap2 dan bnyk pilihan rasa. Nak join kelas kena rajin-rajin check kat fp lynnhassan ya. Tu kelas auntie dia yg buat.






Tuesday, 13-May-2008 02:35 Email | Share | | Bookmark
BAKED SANDWICHES

Roti gelek di acuan tat
Bakar dlm oven
Shells dari roti gelek
View all 6 photos...
Berpeluang merasa hidangan ini semasa pergi kelas cookies pada Sabtu 10hb Mei yang lalu. Diberi nama Baked Sandwiches. Agak asing kerana tidak seperti sandwich biasa yang kita lihat di mana fillingnya dikapit oleh dua keping roti. Rinn sebenarnya tak pasti resipi sebenar sebab menurut pembantu Kak Mas kuih ini ada diajar dalam satu sessi kelas masakan yang lain. So, takkan lah kita nak mintak resipi free ya..
So, dek kerana tak puas makan semasa di kelas cookies tu, maka Rinn pun bercadang nak buat sendiri lagi tapi main agak-agak dan reka-reka aje berilhamkan sedikit maklumat dan cerita-ceriti yang sampai ke cuping telinga nii..Maaf ye Puan punya resipi tapi terima kasih banyak2 sebab mencetuskan idea ini.


NI YANG KAK MAS BUAT........




Berikut adalah cara-cara Rinn menyediakan shellsnya. Boleh guna cara lain seperti menerap dulu kepingan roti menggunakan acuan penerap tat yang besar. Kemudian bakar dalam mangkuk2 aluminium foil atau letak dalam muffin tray. Kalau ada cara lain pun tak kisah, asalkan kulit roti gelek tuu dapat dibakar.




Quote:
Sebab ada yang mintak resipi inti, Rinn tempek lah inti versi Rinn kat sini. SImple jer...

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
2. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak.
3. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
4. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
5. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya.




Selalunya apabila roti yang hampir expired sayang hendak dibuang kita akan buat puding roti atau bingka roti. Idea untuk menjadikannya baked sandwiches seperti ini sebenarnya agak bagus juga kerana ianya berbentuk savoury. Pastinya akan menjadi kegemaran kerana kita boleh mempelbagaikan intinya.



Setelah dibelek-belek semasa memakannya tempoh hari, Rinn dapati intinya diperbuat daripada campuran ayam, cendawan butang dan telur yang telah ditumis dengan rencah2 yang sepatutnya. Selain dari bahan-bahan itu ianya tetap menjadi rahsia sipemilik resipi. Kepada yang pernah menghadiri kelas kuih-muih Kak Mas tentunya tahu bahan-bahan sebenarnya tapi tidak mengapa lah. Yang ini pun sudah memadai untuk kali ini.



NI YANG RINN BUAT........

Sempena sambutan Hari Ibu yang baru berlalu, Rinn tujukan khas hidangan ini buat para ibu warga fotopages dan warga blogs yang lain yang sentiasa memeriahkan dunia blogging ni. Semoga ianya telah menjadi hari yang terindah dan bakal disimpan dipelipatan kenangan, tak kira walau dengan cara apa sekalipun kenkawan meraikannya..kerana pada Rinn setiap hari adalah Hari Ibu juaaa........



Quote:
1.ummi zufayri : Thnx for d awish dear..
2.munirah : Tu laaa..ingatkan yong ada, ghopanya kena jaga baby sakit ekk. Tak pe..tak pe..lenkali join lain. Ohh..dah ok ka nak pebesaq gambaq. Lepas ni bolehlah belajar edit2 pulak ya. Eppy belated Mom's Day to u too.
3.lynnhassan : Heh Heh..nyahut cabaran lah ni sbb ari tu mmg tak puas makan. Kak Mas buat sikit je..lepas tu jadik rebutan !! Tu yg kena usaha buat sendiri...mmg sedap, sesuai utk makan2 !!
4.mamazieza : Dah rezeki maa..tak ke mana. Cuma kita ni aje laaa..yg tak ada chan lagi nak serbu umah mama..
5.roylazim : Heh Heh..dah akak pun memang peminat cheese..anything with cheese should go well with ur appetite !!
6.ida isk : Hidup Club66 !!!! Dah Mem Boss nya pun kaki tibai ...sure anak2 buah dia pun ikut jejak...
psst : Eh..takkan sikit aje club member kita wakakakakaaaa....
7.nabialishad : Main gelek-gelek aje ye.. .. Lepas ni boleh lah intan gelek-menggelek dgn anak2. Intinya suka2 taruk laa ye. Eppy Belated Mom's Day to you too..dear.
8.Mohd Azhari Azizan : Heh Heh..daripada dibiarkan terbuang sebab hampir/dah expired..baik kita fikirkan sesuatu heh heh.. Aik bz lepas undi !! Bz jadik ADUN kot....
9.aima : Main tibai aje tu..yang penting tau buat shells nya. Inti boleh ikut syiok sendiri ya..... Apa2 pun ok. Tapi kalau nak sama mcm Kak Mas punya kenalah pi kelas kuih-muihnya.
10.cho zila : Hah..elok lah tuuu..sesekali gempaq mak mertua mesti dapat cap jempol !! Makin sayang la pada anak menantu nya ni..
11.waida : Tak de nyer terrer poonn... Mencuba sendiri tak semestinya boleh sama macam yg asal. Sedangkan ada resipi pun kekadang kantoi !!!!
12.Yati Yadami : Sila...sila...agak mudah juga ni. Buat shellsnya banyak2 dan simpan. Bila nak guna just buat intinya saja.
13.An iaaini : Heh Heh jgn mare. Ni kes makan tak puas lah ni. Gambar biskut2 tu tunggu sat noooo.... bnyk sgt gambarnya.
14.MamaFaMi : Aiyyoooo...kalau mau experiment tak yah pi kelas pun boleh ma..cumanya selalu tu tak ada idea dan ilham. Ni sebab ceduk idea orang boleh laaaa..wakakakaaaa... Itu shells boleh bikin manyak2 kasi simpan dalam tapawe ya. Bubuh dlm esbok lagi tahan lama...tapi rasanya tak sempat nak tahan lama dah habih kena makan !!!
Ida, ma tu cakap aje mcm tu...always low profile..tp kita-kita kenal kan sape Duta Roti dan Muffin tuuu...
Mamazieza, ada org jeles laaa...tu laa MamaFaMi, PR kat alam mayanya mmg ada kelas..tapi PR kat luar ni dia kalah. Always nak sorok muka..heh heh heh..
15.zaiy : No problem sharing..Nanti cuba ye !!!
16.chek yam : Rajinnyer dia mencuba macam2. Tu yg bagus tu...sekurang2 ada gak motivasi utk rajin masuk dapur ! Seronok dan bahagiakan bila anak2 & suami suka dgn masakan kita.... heh heh
17.boxhousestudio : Tak malu ehhh..mmg kita ahli tak bersekutu heh heh. Tunggu org antor borang aje nak isi !!! Benda sedap mesti org berebut nak makan. Rinn ari tu pun cuma sempat rembat satu aje...tapi puas kena belek dulu sebelum kena ngap. Intinya tu ala2 topping pizza ...lebih bnyk cis lebih syiok !! Tu rinn punya miskin cis sebab dah kehabisan stok. Mamazieza tu biasalaaaa....org suruh pi kerja awal2 dia mai nyinggah sarapan dulu keh keh keh....
18.Noor : Ni dah tau cara boleh lah kita cuba sama-sama ye.
19.yati-m : Kalau tak sampai hati nak mkn mcm mana nak tahu rasanya heh heh heh..cubalah ye !!
20.nor : Mmg menarik sbb pastry dia cuma guna roti. Tak yah susah2 nak uli tepung !! Cuba lah ye.
21.cek de sam : Selamat Hari Ibu utk mamaera juga. U r welcome !
22.kakmOn : Hepy Mom's day utk kak mOn yg happening ni juga !! Ooohhh...rupanya kakmOn dah terlebih dulu tahu pasal sandwich ni ye ! Kitorang lah yg ketinggalan. Bila sejuk jadik batu ???...hmmmm..bakar balik dlm oven boleh kot !!
23.farahoney : Ha ah, buat shells dia bnyk2 simpan dlm esbok. Intinya pun boleh buat bnyk2 simpan. Anytime nak bakar just kuarkan aje dari esbok heh heh heh...
24.MaDiHa : Benda sedap kenalah reka-reka jugak walaupun tak dpt resipi yg ori !
25.syana : Inti dia bebas...jgn terbabas sudah lah ye !!
26.gee harun : Yg ni mudah aje gee. Gerenti beres punyer. Mcm muffin tu mungkin jugaklah boleh silap...yg ni InsyaAllah jadi. Cuba dulu ye.
27.Ana : Heh Heh... Boleh buat tp mungkin tak 100% sama. Nak mintak resipi segan lah pulak ye. Cookies dah try satu jenis. Biasalah...choc chips tuu. Anak2 pun suka. Lenkali kalau buat rombongan cik kiah kenalah spare dua tiga drebar...tak ler fening kapla ronda Penang !!! Krinn paling tak gemor jammed kalau kat island tuuuu...hish ! kalau boleh nak ngelak dari masuk tanjung !!
28.ju : Kreatif??...dulu2 suka tgk Mc Gyver punyer pasal lah ni.....
29.Nur Sarah :
30.zanaz : Kalau nak dikirakan masakan ni semua-semua pun nak cuba...cuma rajin ngan tidak aje... Yg ni sebab agak mudah. So, belasah aje lah !!
31.jasmeen : Nak cilok resipi tak leh..so, kita pepandai ler sendiri heh heh heh. Tu yg kena belek tiga empat round tuuuu..
32.chepah : Oohh..dah rasa ye. Lepas ni boleh try buat sendiri laaa. Salam Hari Ibu buat chepah juga...semoga lebih rajin ke dapur lepas nii....
33.Umi Ahmad Zhafran & Zahra Damia : Lepas ni boleh lah cuba ye.
34.kak jie jie : Drpd roti nak expierd tu dibuang baik kita olah jadik sesuatu kann...??
35.hajar : Inti bebas ye hajar. Kalau malas nak buat inti bubuh jemor sekaya pun boleh jugak kot !!! Cis mmg sudah pasti kena letak..kalau tak, kureng le rasanya !!
36.rossie's : U r welcome. The filling is variable actually. Well, for reference I'll put mine later yaa....
37.jeff : Mula2 dgr nama pun saya ingat roti sandwich sardin tu kita toast kan ..rupanya lain cerita pulak. Apa2 pun itulah..rupanya baked sandwiches !!!
38.afairuz : Hishhh...tak lah, ada gak mende2 yg tak reti..kalau mencuba sesuatu tu pun kekadang ada jugak yg kantoi !!!
39.Farah : W'salam. Tak de specific recipe tapi InsyaAllah nnti tepek resipi inti sbb ada yg mintak.
40.maklang : Ok Ok...nanti tepek resipi inti. Yg kak mas punyer mmg ada cis. Boh laer bebnyk ye...menambah kesedapan dan.....mmmmmm..kegemukan wakakaaaaa.
41;ezura : Ala-ala pizza yg guna crispy base tuu..
42.Bonda : Heh Heh...Bonda ni kena tunggu ujung minggu baru dia masak macam2...sampai deret-deret bila masuk entry. !!
43.ah mat gebu : sebab dah sapu minyak geliga.. heh heh ...idaklah, itu pun inspired by Kak Mas punyer masakan.
44.kak anum : Inti bebas. Sardin pun ok tuuuuu.
45.zaiful :
46.kamalina : Resipi ori mana ada dek oiiii. Tu kakrinn main tibai je. Kalau nak resipi ori kena pi kelas kuih-muih kakmas ye. Ada satu kelas lepas nii. Tp ok lah, krinn bubuh lah nanti yg versi krinn ...
47.MaMaAina : Ayoyo...ada homework kaaa ?? Nanti pi jenguk....
48.srsfeqah : Ha ah..ni sesuatu yg menarik sebenarnya.
49.MiraJohar : Nak bagi pun dah abih laaaa...
50.ina_saly : Haa.sebelum roti tu masuk tng sampah, buatlah dulu shellsnya. Inti later pun tak pe.....
51.rose :
52.zany : Tu yg pi belajaq kukis...harga brg sume dah melambung...Nnti harga kuih raya pun melambung-lambung !!! Buat sendiri save la jugak....





Tuesday, 6-May-2008 07:14 Email | Share | | Bookmark
HOME-MADE PIZZA & FRIED MACARONI

Pizza sausage-sebelum
Pizza sausage-selepas
Pizza tuna-sebelum
View all 6 photos...
Kami sekeluarga suka ke Pizza Hut sebab itu adalah pilihan anak2 kalau ditanya ke mana diorang nak makan kalau di luar, tapi sesekali buat jugaklah home-made pizza yang simple sebab kalau ke Pizza Hut anak-anak suka menguis habih sesayuran, lada benggala(capsicum) dan nenas kat atas pizza tu. Mak nya ni lah yang tolong kutip dan makan, sayang nak ditinggal begitu saja.

Selalunya Rinn guna doh Donut Suria untuk buat base pizza. Memang mudah dan elok jadinya. Resipi ada kat bawah ni tapi janganlah ikut sebijik-sebijik kaedah penyediaannya tuu..nanti jadi pizza donut pulak. Bila doh tu dah siap uli, terus bahagikan kepada beberapa bahagian ikut saiz pizza pilihan sendiri. lepas tu leperkan setebal 1cm dan biarkan dia mengembang naik. Bila dah naik baru sapukan topping sauce dan bubuhlah bahan-bahan topping ikut selera. Last sekali baru tabur cheese secukupnya, terus bakar.

Quote:
DONUT SURIA
Sumber : Puan Suria Insani of Resipi.Net

Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula caster
*Tambah 1/2 camca teh garam
** I like this count of threes....senang ingat!!!!

Bahan B
200ml air suam
2 sudu teh instant yeast
=> 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
2. Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
3. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
5. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.



Pizza Sauce ni Rinn copy & paste aje dari MamaFaMi punya FP. Kerja biasa lah tuuuu...kopi mengkopi. Thanx a lot ma. Kalau malas nak buat, ada orang kata just guna aje sos tomato or sos chili. Tapi rasanya..sos buat ni lebih sedap.
Quote:
Pizza Sauce
Ingredients :
4 Fresh tomatoes ~ diced
1 Onion ~ diced
2 Garlics ~ crushed
2 tablespoons tomato sauce
1/2 teaspoon celery salt*
a bit of dried sweet basil
a bit of dried oregano
a bit of sugar
Olive oil

Method :
1. Heat olive oil and put in the garlic till fragrant.
2. Add in the diced onion. Saute till soft.
3. Add diced tomatoes and stir.
4. Add tomato sauce, sugar, celery salt, sweet basil and oregano.
5. Cook till the sauce is thick.

Note :
* You can just use sea salt instead of celery salt.

Untuk anak-anak, Rinn bubuh topping sausages saja sebab itu permintaan diorang. See betapa diorang tak nakkan "sampah-sampah" lain kat atas tuu. Lepas tu bubuh cheese banyak2 !!



Untuk Rinn and hubby..Rinn bubuh tuna mayo, crab sticks, capsicums and yellow onions. Last-last anak2 mai ngendeng2 jugak nak rasa pizza kami yg banyak "sampah" ni heh heh..baru tau ianya lebih sedap !!!


Kalau di Pizza Hut, topping kegemaran Rinn adalah Thai Seafood Tomyam..anak2 biasanya would go for Hawaian Supreme Delight.

Lepas tu adalah masak sikit macaroni goreng tersimple di dunia. Guna rendah-rencah yang ada dalam esbok aje. Itu pun dah lebih dari sedap. Done for our dinner....



FRIED MACARONI
Bahan-bahan:
300gm macaroni, direbus dan ditoskan
1 biji bawang besar, dicincang halus
2 biji bawang putih, dicincang halus
200gm daging cincang
4 batang sausage, di hiris nipis
1 biji tomato, didadu
1 sudu besar sos tiram
1 camca teh serbuk lada hitam
cendawan butang secukupnya, dihiris nipis
Sedikit carrot, didadu
2 keping cheese slice
garam dan gula secukup rasa
* Boleh bubuh serbuk oregano dan parsley pada yg suka.

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang besar & bawang putih. Masukkan tomato buah. Masak sehingga hancur.
2. Masukkan serbuk lada hitam dan daging cincang. Kacau sehingga daging agak masak.
3. Masukkan sos tiram.
4. Masukkan sausage dan cendawan butang. Kacau sehingga masak.
5. Masukkan macaroni dan carrot. Gaul rata.
6. Akhir sekali koyak-koyakkan cheese slice masukkan ke dalam macaroni goreng tadi. Kacau sebentar. Perasakan
dengan garam dan gula secukup rasa. Boleh dihidang.




Quote:
1.zanaz : Ish Ish ruginya zana makan pizza kurang lauk-pauknya.....ha ah laa mcm budak2 pulak ye.
2.mommy izzdanish : Lor...syima pun sama !!!
3.zara bee : Sila...sila...dah copy tu jgn tak buat pulak ye
4.nor : Krinn kutip2 makan...sayaaang pulak nak buang !
5.syazwaniadnan : Dah tgk dah donut seri kaya wani, lain dari lain ye makan dgn kaya. Seb baik buleh kuar hutan, kalau dak...mmg terperuk dlm pc laaa donuts tuuu !!
6.jeff : Setuju...kalau buleh letak ayam golek pun saya bubuh..jadiklah pizza ayam golek !!!
7.Ouled Kenitra : Ha Ha...silap tembak lagi ye kak rinn ni !! Org N9 yg duduk di Bt Kapar...tu yg buat kak rinn teka begitu, maap ye !! he hehh
8.ida isk : Kalau mcm ni kena suggest kat Pizza Hut ..tambah menu baru iaitu pizza sosej heh heh heh
9.Ana : Ishh.. dah suka sgt Thai Seafood Tomyam pizza ni tak jemu2 !!..Sampai anak2 pun kalau time order tu dah tau..mak mesti nak Thai Sifud tuu..heh heh Tapi masih belum cuba nak reka pizza dgn rencah Thai Sifud...
10.roylazim : Ohh..trend yg sama rupanya.
11.zatidhati : Agaknya anak2 bandar aje yg tergila-gila dan ketagih pizza hut ni... Anak2 zati lebih bnyk diasuh lidahnya dengan citarasa ibunda...tu yg kata oregano tu busuk ya..heh heh. Iye lah....boleh ngobrol-ngobrol nanti.
12.Aliza : KakRinn pun bukannya sekerap itu ke Pizza Hut tapi kalau dibanding antara semua2 pizza outlets..mmg pizza hut yg sedap. Dah yg tu aje pun yg ada kat sini..!!
13.jasmeen : Mesti ada kesilapan di mana2 tuu..sebab kalau dah ada tepung n yis sure naik punya. Cuba check balik petua utk mendapatkan doh yg naik elok. Cuba lagi ye...Susah2 beli aje doh yg dah siap, balik tinggal bubuh topping aje..(kes nak mudahkan kerja lah ni..)
14.Ummisyair : Heh Heh..nampaknya Ummisyair kena buat lagi buat kali keduanya...
15.boxhousestudio : Jgn bawak pizza sampai ke liang lahad udah lah KakTun oooiiiii....lawak je noooo.
16.dOd : Kalau dapat makan lagi sodap !!!
17.cikgu sue : I am the one who should be thankful...resipi tu mudah dan sedap, boleh jugak dipelbagai kalau kreatif. Oohhh..wajik kasirat tu ke??...Dah buat ??...Ha ah, mmg susah dah nak dapat kat pasar2 mlm, jgnkan pasar mlm..kat rumah2 kenduri pun dah kureng sangat.
18.Noor : Sesekali go italiano..heh heh heh...
19.chek yam : Selera budak2 ni sebenarnya simple..serupa mcm makan mee tak nak togeh..makan kue teow tak nak kucai. Kalau nasi goreng pun nak plain aje...Org tua-tua aje kot yg suka sampah-sarap dlm hidangan! KakRinn tak buat sup sebab tak mau makaroni tu kembang kalau terendam lama2 dlm sup heh heh...ikut selera lah ye. Tube basikal mmg gelaran biasa utk macaroni...
20.MamaFaMi : Rinn kira pakai sempoa..lagi laju sampai terpelanting bijik2 sempoa !!! Yaa...selagi ada sampah yg sesuai..mmg kutenggek aje buat topping. Anak2 dah suka yg simple..senang citer !!
21.rani : Buat sendiri ler...tenggek topping sampai melimpah2. Iklan Mc D lagi penipu...tgk gamboooo...mak aaaaiiiihhhh burger nya tinggi melangit, bila beli..penyek aje
22.Lunacollections :
23.maklang : Pizza ni selalu buat..mcm2 versi. Yg cepat & mudah..yg lambat & renyah semua ada..cuma baru kali ni teringat nak tepek !! Heh Heh..buku dah amik, tinggal nak continue dgn assignment jer....
24.Deena : Tak yah gi Italy pun buleh makan pizza..heh heh
25.MaDiHa : Bakar atas loyang jer...... Tak yah risau2 pikir nak beli kuali pizza tuuuu....
26.kak anum : Welcome to FP`s world. Semoga kak anum pun akan memeriahkannya lagi dgn pelbagai resipi dan cerita2 menarik..!!!
27.kak jie jie : Pilihan di tangan sendiri..nak beli..nak buat..tepuk dada tanya selera Yg bagusnya buat sendiri kita buleh syok sendiri nak bubuh ape !!
ps : Alahaaaaiii kak jie jie ni..apa laaaa yg nak disegankan. Manalah kak jie jie pernah rasa donut yg Rinn buat..heh heh..main teka-teka aje ye !! Tak pe, nnt rinn nak cuba jugak donut kak jie jie.
28.Yatie : Janji nak makan anak2 tuuu..Tapi rasanya hidangan western & chinese ni lebih less hustle !!
29.cak : Heh Heh...kita yg masak, kita buatlah cara kita ya. Org tak nak..tak yah makan !! Kejamnya. Itu pun dah kira baiiiiik punyer tolong masak & hidang..bnyk songeh pulak ekkk. Kalau tingin..buat jer, malas nak uli doh buat aje base roti gardenia !!!
Sama2lah kita doa..semoga Laily sihat rohani dan jasmani.
30.nabialishad : Anak kakrinn yg bongsu tu lagi haru..makan pizza kan dia mau roti pizza tu aje..itu pun yg kat bahagian tepi-tepi yang crust tu..ada cis sikit2 pun dia suruh buang !! Mcm mkn karipap..dia gigit tepi2 yg dikelim tu jer...
31.zaiy : Isshh..tak de la sampai bengkrap pizza hut, nnt krinn yg kena saman pulak !
32.Farah Shrewsbury : Tak kisahlah buat mcm mana pun janji pizza yg halal. Bukannya malas..cuma nak permudahkan kerja heh heh.....
33.cek de sam : Memang popular Donut suria tu...sebab boleh dipelbagai. Mesti mama zahir ni buat pizza yg delicious sgt..tu yg boleh abih 1/2 round !!
34.ina_saly : Sila lah link fp krinn yg tak seberapa ni. Biasa saja editing tu..sbb krinn suka yg simple saja. Yg penting gambar clear. InsyaAllah pi...tu lah schedule org bz mcm lina ni tak menentu kan..mamazieza, Bonda & Rani pun tak dpt nak join atas urusan masing2. Bila2 ada jodoh jumpa lah kita nnt...
35.liana@mamadaniel : Hu Hu...lebih bnyk cheese lebih sedap..lebih menambah gemuk .. Pizza ready made biasalah..kureng sikit. Tu yg kena buat sendiri tuuuu...
36.waida : Memang pizza & pasta ni hidangan penyelamat..sesuai utk mengganti nasi. Sesekali mkn western..heh heh..
37.yati-m : Betul tu, boleh buat pizza syiok sendiri...tenggek aje apa yg patut.
38.MaMaAiNa : Pizza rinn ni pun simple jer...anak2 suka sosej n cis. Kalau bubuh yg lelain..gerenti kena kuis habih !!!
39.aminrazali :
40.ain : Walaikummusslm. Iye ke...Mungkin kacang dal tak cukup lembut..sebab rendam tak cukup lama at least 4jam, baru isi dia lembut dan melekit. Bila blender/tumbuk pun kena bagi hancur 3/4 bahagian..selebihnya diblend kasar. Cuba lagi ye.
41.Wa : Time rajin buatlah sendiri..time malas..buat kat pizza hut jugak !!!!
42.munirah : Alaaa..takat mkn sekali-sekala tak naiklah badan tuuu !! Yg dulu tu kira dahsat jugak ekkk...setiap minggu pekena pizza !!! lemak berkrim tak pe...jangan lemak berminyak udahlah !!
43.azura asri :
44.mummy jam : Mmmm..nenas tu sebenarnya buat penghilang muak dek lemak2 cheese tu ye mummy..sebab tu kita2 ni suka !!
45.srsfeqah : Yg kat kedai tu..tengok iklannya aje yg sedap sebab gambar cantik dan penuh dengan segala toppings tapi realitynya..heh heh heh...syikiiiiiit jer ye Buat sendiri lebih puas hati...
46.ummi zufayri : Bila lapar semua sedap ye..!!
47.fliffy : Uuuu...another award..thnx a lot dear.
48.liana@mamadaniel : Laaa...terima kasih ye liana.
49.nn : Heh Heh..home made pizza jer.
50.ajashoobailey : Salam kenal juga. Tak pandai pooonnn...saja suka2 mencuba pelbagai resipi.
51.Mohd Azhari Azizan : Lama nya Azhari tak jenguk dapur krinn..bz kot. Mmg betul tu...sendiri masak..sendiri boleh ubahsuai ikut selera.
52.bungaros : Kalau malas..kedai-made pizza laaa...
53.Alexs Azlan : Suruh aje orang rumah masakkan..resipi kat internet ada berlambak2..tinggall pilih saja !! Iya..mmg benar..tanpa ibu siapa lah kita.. dah pi jenguk entry hari ibu Azlan. Menarik sungguh shots para ibu itu.
54.lynnhassan : Heh Heh...suka..suka...tq for sharing. Tak pe ...take ur time pasal katalog tuu.
55.Ezza : Laaa..tu kan dah ada resipi. Follow aje..InsyaAllah jadik.
56.Ayumi :
57.MaDiHA : Selamat Hari Ibu buat MaDiHa juga ya. Tq bnyk2 bagi roses tu..Very sweet of you.
58.boxhousestudio : Heh Heh.....lawak aje tuuu !! Itu pulut durian kalau ada depan mata..tak mau share oooooh.... Pasal puut durian kalau, kita kedekut !!!
59.kak rus : Ok Ok..nanti rinn pi amik. Tq bnyk2 ye..Selamat pi kursus !!!
60.kak rus : Selamat Hari Ibu buat kak rus juga...
61.Bonda RaqynR : Air tangan ye..heh heh heh. Kalau org yg buat mmg nampak sedap selalu. Nanti kalu bonda buat sure krinn tengok pun..hmmm, nampak sodap !!! Pi makan pulut durian/mangga/ayam aje......
62.Al Ghazali :
63.amy : W'salam. Alamak.. kuih tu ka. Makcik hubby krinn dulu mmg bznz kuih tu..tp sejak dah umur lanjut ni tak larat. Tak pernah pun tanya resipi..so, tak dpt lah nak share kat sini buat masa ini. Tp utk masa depan..kalau ada peluang dapat resipi akan krinn share ya.
64.zaiton yatim : Happy Mother's Day to you tooo. Sharing is caring dear...
65.waida : Same wish goes to you dear. Menu biasa aje... heh heh.
66.Azfa : Same to you Azfa !!
67.umi-kal : Same to you auntie..!!
68.WhizzyCat : Tq WhizzyCat.
69.icatcher :
70.Farah Shrewsbury : Tq, same goes to you dear.
71.srsfeqah : Tq for da wish. Uiikkk...kat mana tuu ???
72.mamasya : Nanti mamasya cubalah..lebih mudah dan kita boleh sesuka hati bubuh topping ikut selera kita dan anak2 terutamanya. Selamat Hari Ibu buat mamasya juga.
73.Ah Mat Gebu : Tq Che Mat. Selamat Hari Ibu buat Ibu Che Mat juga ye..bukan Che Mat..
74.F&Z : Tq, Semoga Kak Fazi pun akan menjadi antara the greatest mom in the world !!
75.wawa salwa : Ohh..selera wawa pd nenas & mushroon ekk. Tq for da wish ya dear.
76.MamaFaMi : heh Heh...kita pi merayap satu donia... Tak de maid Indon nak tolong kemas umah !!! Umah ni mana boleh bagi maid Indon kemas...hanucussss nanti !!!
77.Edoras : Waaaahhh...terrer masak gak edoras ye..sesekali nak gak tgk entry masak2 edoras. Bila ekkk???
78.leen : Ha ah..buat sendiri buleh adjust sendiri apa nak bubuh...selalunya anak2 lah yg banyak kerenah..itu tak nak ini tak nak..last2 bubuh sosej aje !!!


Wednesday, 30-Apr-2008 08:10 Email | Share | | Bookmark
IKAN SEPAT MASIN MASAK PEDAS

 
Masakan yang simple aje tapi bila pekena sesekali memang sedap, tambahan pula bila dimakan dengan nasi hangat-hangat. Ikan Sepat Masin ni isi dia nipis sebab tu kalau digorang saja tak berapa rasa nikmatnya, jadi kita masak pedas macam ni..mudah jugak nak dicubit-cubit isinya..



IKAN SEPAT MASIN MASAK PEDAS
Bahan-bahan:

5 ekor ikan sepat masin, direndam seketika, dibersihkan dan digoreng.
1 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, diketuk
2 inci halia, diketuk
5 sudu besar cili kisar
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang2 dan halia.
2. Bila dah layu, masukkan cili kisar. Tambahkan sedikit air dan biarkan cili masak.
3. Masukkan air asam jawa dan kacau lagi.
4. Masukkan gula dan garam. Biar sehingga kuah agak pekat dan naik minyak tanda cili dah betul masak.
5. Masukkan ikan masin yg telah digoreng tadi. Gaul rata dan angkat. Hidangkan dengan nasi.

Rasanya ikan masin atau ikan kering lain tak berapa sesuai dimasak pedas begini. Macam ikan talang, sedap digulai dengan nenas. Ikan gelama masin sedap digoreng sahaja bersama taburan bawang goreng. Begitu juga dengan ikan masin tenggiri, lebih selera kalau sekadar digoreng begitu sahaja. Yang paling sensasi, ikan terubuk masin Sarawak !! Pernah jugak dapat merasa tapi lupa di mana..
Cerita ikan masin ini mengingatkan Rinn sewaktu dalam pantang pada minggu pertama..Sesetengah orang jemu, tapi tidak bagi Rinn. Tambahan pulak bila digandingkan dengan kunyit hidup muda dan bawang goreng yang banyak. Baby nangis pun tak dengor oooooo......



*** Terlepas iklan kelas cookies Mas Delight. Sila lihat di sini
.

Quote:
1.kamalina : Ambooi seronoknya diaaaa. ..Ikan talang tu aimi. Selalunya sedap digulai nenas. Tapi ikan masin ni ikut selera masing2 laaa..nak masak pun ikut kreativiti masing2 kan.
2.maklang : Lorr..maklang pun seronok gak mcm aimi heh heh...bedal aje laaaa maklang janji sedap..masin2..pedas2 !!!
3.Ana : Ha ah..digoreng dan tabr bwg goreng bnyk2 pun sodap....
4.Ida Natrah : Apa saja ikan masin..kalau dgn nasi panas2 sungguh membuka selera !!
5.Aliza : Kalau ikut org tua2 kat utara ni..dalam pantang pada minggu2 pertama tu..selalunya asyik kena makan nasi berlauk ikan masin..tapi ikan masin pun pilih2 jugak. Yg penting sekarang take good care of urself..lepas pantang nanti..boleh masuk dapur semula !!
6.dOd : Heh Heh..then go masak laaaaa . Cili kisar ni memang..kalau kena yg elok, dimasak..merah menyala cantknya.
7.nor : Masak aje lah kalau dah teringin..kalau asyik intai selera orang lain, nanti selera sendiri tak tertunai !!
8.mommy izzdanish : Aiseyyy...kat sana mana nak cari ikan sepat masin dek oiiiii !! Log in dulu kat Fp syima, tak buat entry baru pun tak pe. Then just go to FP Krinn, klik aje kat prvate message Naz Rinn Chan tuu..then proceed mcm biasa lah.
9.liza : Masakan dengan ikan masin ni selalunya memang cuma digoreng, digulai atau dimasak pedas. Resipi lain tak pasti pulak...
10.jeff : Biasanya goreng aje laaaa...
11.Farah Shrewsbury : Mmmm...ruginya tak merasa kesedapan ikan sepat masin Faraaaaahhhh....
12.Anis : Balik Mesia bila-bila nanti cariklah stok ikan masin..bila diperantauan tak lah kempunan nak makan nanti.
13.chek yam : Masak mcm yang chek yam cakap tu pun ok jugak. Ikan haruan pulak mmg sgt disyorkan bila dalam pantang esp yg bersalin ikut tingkap tuu heh heh heh. Resipi kek batik boleh check kat fp maklang..http://ulampegaga.fotopages.com
14.eixora : Hmmm..makan berdua pun selera lain-lain heh heh.. naperlah asben yati tak makan ikan masin ???
Alhamdulillah MIL yati suka vadai tuuu...
15.Ouled Kenitra : Entah tak perasan pulak..nanti pi check lagi sekali..
16.roylazim : Yaaaa...bagi berasap the whole apartments building..bukan satu rumah aje heh heh !!!!
17.aima rizaima : Tunggu apa lagi....eloklah pi masak cepat !
18.fieyla :
19.Nur : betul lah tuuu..memang ikan sepat ni warnanya hitam..nipis aje badannya...Mmg species ikan sungai. Selalunya org cari di bendang. Tak taulah sekarang ni ..ikan sepat pun org bela agaknya.
20.liana@mama daniel : Boleh saja dimasak lemak cili api..janji kena dgn selera..Try lah masak cili ni nanti.
re : Mungkin Krinn terkeliru dgn sorang lagi liana yg selalu bubuh @alma kat ujung nama. Maaf ye...
21.ida isk : Kita tak tinggal dgn mertua..so, boleh lah makan tanpa tengok belakang wakakakaaaaa.....
22.nabialishad : Incredible Hulk mana makan ikan masin...!! Awat..intan ke yg nak jadik makhluk ijau tuuuu sebab ikan masin niii ???? Macam-macam lah intan niii....
23.cak : Uuuuuhhh...selera kita sama !!!! Tu lah pasal..bila dah start buat sekali..asyik teringat nak ulang masak..selagi tak jemuuuu !!!!
24.zira : Memang kena goreng dulu punnn..lepas tu masak pedas mcm biasa je.. pasti lagi kick !!
25.boxhousestudio : Mmg lazat Kak Tun ooiii...
26.Ah Mat Gebu : Kalau Che Mat yg kata nak cuba..sure very soon tuuuu...Kan Che Mat tersgt laaaaaa rajinnya ke dapur !!
27.icatcher :
28.zanaz : Tempat jatuh lagi kan dikenang ye zana.... Ini kan pulak ikan sepat emak !! Skrng ni ikan sepat masin pun agak susah gak nak cari..selalunya ada di pasar malam..Krinn pun beli di pasar malam.
29.mamaella : Cuba try test tengok..pasti menambat selera.
30.fieza : Ayooiiii....pedas tuuuuuu !!!
31.fazizaid : Ada ke kat sana kak fazi ???
32.zuhri : Waalaikummussalam, silalah singgah..kot2 ada yg buleh dimanafaatkan.
33.jasmeen : Ikan sepat masin masih buleh didapati kat pasar malam...kalau harap nak cari kat sawah susah dah kot..sawah skrng dah tak mesra sepat heh hhe heh
34.emy-mama fahim : emy sakit ke ?? Jaga kesihatan ya.
35. Bonda RaqynR : Apa pun buleh Bondaaa..... yg penting kreatip !!
36.maylique : Aiyyooooo...manyak lugi ooo tak makan pedas !!
37.hajar : W'salam. Sudah pasti berselera kalau makan lauk nii...
38.zaiy :
39.MamFaMi : Cubit sikit-sikit...takkan tak leh kot ??!!
40.Haniss :
41.noor_kitchen :
42.willywonka :
43.Alexs Azlan : Alamakkkk...memanggil-manggil jer karambunai tuuu. Nak nak pulak dah ada orang offer nak jadik tour guide...kecik tapak tangan karambunai akak tadahkan...InsyaAllah, ada rezeki sampailah kami ke sana ..
44.wawa salwa : Apa saja ikut selera, wawa...
45.wawa salwa :
46.azura asri : Mana nak pi beli tuuuu...????
47.sinnchan : Akak ni kalau describe pasal makan...fuuuuhhh!! Bertambah-tambah selera nak makan lagiii....tak pe, biar meleleh sampai abih tisu sekotak mengelap peluh dan air2 yg tak sepatutnya tuuu...
48.munirah : Ada ke nak dapat ikan sepat masin pedas kat situuuuu tuu......???
49.madoct : Kalau dapat makan laaaaagi sodap !!!
50.RFAH : Kakrinn kalau gulai nenas ni suka buat dengan ikan talang. Ikan sepat masin mmg sedap disambalkan saja..atau simply goreng.
51.munirah : Aiyyyooooo....mesti pekena nasik kandaq selalu tuuuu. Mana tahan yong..hari-hari kari...kari...nasik kandaq..papadom !!! Isshhh..ishhhh...berdua pun apa salahnya masak di rumah. Rasanya..walau sesimple mana pon kalau dapat makan bersama..tentu jadik lebih enak..heh heh heh..( perhangat yong lah niii...... )







[<<  <  25  26  27  28  29  30  31  [32]  33  34  35  36  37  38  39  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net