By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 28-Nov-2010 11:15 Email | Share | | Bookmark
TART GULUNG NENAS

Ayak tpg gandum + tpg jagung
Gula + mentega cair
Gaul sebati
View all 16 photos...
Ini Rinn nak share resipi tart gulung nenas kakak ipar. Dah beberapa tahun kalau hari raya asyik makan tart nenas dia bila bertandang ke rumah dia. Sebelum Raya Haji yang lepas kebetulan warden asrama Angah dan Achik teringin nak makan tart gulung nenas. Angah pepandai jer recommend kata mak dia boleh buat. Hmmmmmm...... boleh atau tak boleh, kena boleh jugaklah sebab Angah dah amik order. Tu yang sms sis-in-law mintak resipi dia walaupun kat internet ada banyak resipi tart nenas ni kan. Kat dalam buku resipi pun berlambak ada. Sengaja nak cuba resipi kakak ipar kita.

Yuk tengok apa ceritanya dengan tart nenas niii.


Inti ini beli dah siap. Cuma belum siap digentel begini. Sendiri jugaklah yang kena gentel ya... Sekilo gak beli inti tart nenas ni. Seeloknya gentel intinya sebesar biji buah kurma.



Dah digulung dan dipindah ke loyang yang telah dilengser dengan majerin untuk dibakar. Ooooppppssss....nanti sat naaaa, belum sapu glis kuning telur.



Haaaaaa.....dah sapu glis baru boleh masuk oven. Bakar pada suhu 175 darjah celcius kira-kira selama 20 minit. Bila glis kuning telur dah bertukar warna keemas-emasan, kira oraitlah tuu.



Beginilah rupanya tart gulung nenas yang dah siap. 100 biji untuk order, 50 biji untuk Angah makan-makan dengan kawan-kawannya dan selebihnya kira-kira 80 biji untuk kami seisi rumah...buat Raya haji


Alamak, cerita punya cerita lupa pulak nak bagi resipinya. Kakak ipar ni jenis tak main timbang-timbang. Kira main sepaket, secawan, sesudu....haaa senang ceritakan. Terutamanya kalau tak ada alat penimbang atau malas nak keluarkan alat penimbang dari simpanan. Katanya mana-mana yang terkurang atau terlebih, adjustlah sendiri.


TART GULUNG NENAS
Sumber : Azimah Aziz

BAHAN-BAHAN:
1 paket tepung gandum (Sekilo lah tuuu ya puan-puan)
1 1/2 ketul majerin buttercup (yang seketul 250gm tu yaaa....)
1 ketul majerin farmcow (250gm juga)
1/2 cawan tepung jagung
2 biji kuning telur
100gm gula icing (Rinn tambah)
2 cubit garam (Rinn tambah)

CARA-CARA:
1. Cairkan sedikit kedua-dua majerin. Rinn masukkan dalam microwave, panaskan guna HIGH 30saat.
2. Gaul gula dengan majerin hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus dikacau dengan spatula.
3. Bila tepung sudah habis dimasukkan boleh diuli dengan tangan hingga menjadi doh yang lembut. Boleh tambah majerin sekiranya belum cukup lembut untuk ditekan. Tutup dengan kitchen towel buat sementara.*Sentiasa ditutup bila tidak digunakan supaya doh tidak mengeras.
4. Sediakan inti. Ambil sedikit doh dan tekan menggunakan acuan tart kira-kira 4cm panjang. Letak inti dan gulung perlahan-lahan. Pindahkan tart ke dulang pembakr yg telah digriskan.
5. Sapukan permukaan tart dengan glis kuning telur.
6. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama kira-kira 20minit. Sejukkan di atas dawai penderai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Rinn tanya jugak kenapa guna dua jenis butter. Katanya farmcow tu beri rasa lemak sedikit.


GLIS KUNING TELUR:
*Gaul kesemua bahan berikut :
1 kuning telur
1 camca teh susu cair/susu segar
Secubit garam
1/4 camca teh air
1/4 camca teh esen vanilla

Rinn lupalah resipi glis ni ambil kat mana. Terima kasih kepada sumbernya ya. Kalau tak guna resipi ni pun tak pe, sekadar guna kuning telur sahaja pun boleh.



Kejadian tart nenas ini tidaklah tersangat rapuh dan tidak juga keras. Sederhana elok untuk dipegang dan tidak hancur dengan mudah bila dimakan. Dari segi rasa maintain seperti rasa tart nenas lah. Anak-anak yang sebelum ini macam tak suka tart nenas pun kata sedap. Cubalah sendiri ya. Boleh dapat dalam 200 biji lebih. Itu pun Rinn buat gemok-gemok dan montok-montok. Kalau buat kecik-kecik boleh dapat banyak lagi....


Saturday, 20-Nov-2010 07:31 Email | Share | | Bookmark
CELEBRATING THE LOVED ONES

 
 
 
View all 12 photos...
Not so recent. Sekadar mengabadikan kenangan menyambut ulangtahun yang sempat dirakam untuk tahun ini. Ulangtahun Along tak sempat dirakam, Angah dan Achik disambut bersama rakan-rakan di asrama. Kalau ada gambar pun mungkin di handphone diorang kot.



Harijadi Ken jatuh sehari sebelum sambutan Aidil Fitri tahun ini. Disambut di kampung halaman nenek di Kelang. Chocolate Indulgence yang agak sedap juga. Beli di SR. Kek sedap tapi bab deco...out terus. Setuju tak? Rinn tanya kat kedai tu, tak ada warna selain dari merah kee..untuk tulisan? Hmmmm...memang tak ada. Warna tu macam warna dari kedai kek biasa. Sepatutnya sebagai sebuah kedai pengusaha kek yang agak tersohor, kenalah maintain bagus dalam setiap segi.



Giliran Marisa pada hujung bulan September. Kebetulan semua ada di rumah. Gembira meraikannya bersama-sama. Time Marisa pun Chocolate Indulgence juga. Deco pun out. Mujur kek sedap.




Alaaaaa cayang bucuk-bucuk Angah niiii.....



Dear hubby sponsored Tiramisu Cake. Haruuuuum bau coffee flavournya. Sesekali beralih arah daripada rasa coklat kepada rasa kopi not bad jugak ya. Deconya celoreng-celoreng.



Oooikkkk..... candle lighted celebrationn !!!!


Wednesday, 17-Nov-2010 09:59 Email | Share | | Bookmark
AISHAH ARIFFIN AQIL

3A - Aishah, Ariffin, Aqil
Mohon maaf bebanyak laaaaa Aishah oooiiiii. Dah sekian lama baru Kak Rinn masukkan entry ini. Memang dah terlalu banyak yang tak sempat dirakamkan di sini. Apa pun Aishah adalah kawan Kak Rinn, suami Aishah pun kawan Kak Rinn. Walaupun mengenali kedua-duanya dari dunia yang berbeza tanpa mengetahui yang mereka berdua adalah pasangan suami isteri namun jodoh dah mempertemukan kami. Ariffin suami Aishah adalah rakan U semasa di UM pada zaman dahulu kala, manakala Aishah adalah kenalan gang masak-masak cyber kita ni laaah.

Di kesempatan Oktober 17, 2010 Aishah, Ariffin dan anak mereka Aqil bertandang ke rumah Kak Rinn. Itu semua atas budi-baik mamazieza yang telah menunjuk arah ke rumah Kak Rinn di SP. Ingatkan Mamazieza akan turut sama bertandang, rupanya silap informasi, tak jadi rupanya sebab mamazieza ada kelas kek.

Tu lah mama.... kan dah rugi. Dah lama mama tak mai singgah makan kat rumah Rinn kannn.



Aksi Aqil setibanya di rumah Kak Rinn. Sangat mesra alam. Mudah di ajak berbicara. Mereka tiba bukan pada waktu sarapan dan juga belum tiba waktu makan tengah hari. Janjinya nak datang jam 11 pagi. Maka menunya tidaklah terlalu berat dan tidak juga ringan diketuai oleh kue teow goreng yang ringkas.




Sebagai hidanan sampingan kepada kue teow goreng, Kak Rinn hidangkan juga Ayam Goreng Berempah. Hmmmmm.... nampak gaya Encik Ariffin dan Aqil suka ayam goreng ni walau Kak Rinn dah tergoreng lebih garing dari biasa . Resipinya mudah saja.




AYAM GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

1/2 ekor ayam dibersihkan dan dipotong

Ditumbuk atau kisar:
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1cm kunyit hidup atau 2 camca teh serbuk kunyit
2 cm halia
2 camca teh garam

Dikisar kering:
2 sudu makan ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih

CARA-CARA:

1. Gaulkan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk dan dikisar dengan puyoh. Perap seketika dalam 10minit.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng sehingga garing. Siap untuk dihidang.






Kak Rinn cuba hidangkan sesuatu yang agak berlainan dari biasa. Pecal. Sesayuran yang dicelur atau dihiris lalu dimakan bersama kuah kacang. Kuah kacang untuk pecal ini agak berbeza dari kuah kacang satay atau gado-gado.


RESIPI PECAL

BAHAN-BAHAN:
Sesayuran untuk dicelur termasuk kangkung, taugeh, pucuk ubi, kacang panjang dll yang sesuai. Timun dihiris memanjang.

Kuah Pecal :

400 gm kacang tanah
10 ulas bawang merah
5 ulas bawan putih
10 tangkai cili padi
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili kering
belacan sebesar ibu jari
Ubi cekur sebesar ibu jari
1/2 cawan gula pasir
1 tsp garam halus
1/4 cawan air asam jawa
Air secukupnya

CARA-CARA:
1. Panaskan minyak masak. Goreng kacang tanah dengan kulitnya sekali. Kisar kasar.
2. Goreng dengan minyak yang banyak semua bawang dan cili. Akhir sekali masukkan belacan. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Kisar semua bahan gorengan.
4. Satukan kacang, bahan kisar, garam, gula dan air asam jawa. Kacau rata dan tambah sedikit air sekiranya agak pekat. Seimbangkan rasanya.



Aishah tidak begitu biasa dengan hidangan pecal sebenarnya. Pun begitu Aishah masih sudi mencuba. Malah katanya ada sejenis hidangan mirip pecal di Trengganu yang namanya Kak Rinn sendiri pun dah tak ingat. Apa entah namanya ya Aishah




Sebagai pencuci mulut, Kak Rinn hidangkan saja rojak buah. Kuahnya kuah rojak Mak Bee yang sangat popular bukan sahaja di Kedah ini tetapi di seluruh negara. Jangan tak tau itu. Ada juga jeruk buah salak yang diimpot khas dari Medan. Sangat sedap.






Terima kasih Aishah, Ariffin dan Aqil kerana sudi singgah di teratak Kak Rinn. Seronok berbual tentang bermacam-macam hal sehingga terlupa yang masa dah berlalu begitu cepat. Aishah dan Ariffin yang pada mulanya hanya berhajat untuk singgah sekejap akhirnya terperangkap dek keseronokan kami bersembang. Pertama kali bersua muka namun sembangnya seperti dah kenal lama. Jangan serik untuk singgah lagi ya.





Tuesday, 28-Sep-2010 03:41 Email | Share | | Bookmark
TANGY LEMON

 
 
 
View all 8 photos...



TANGY LEMON
Sumber : Rozita Abd Kadir

BAHAN-BAHAN A :
250gm mentega
1 biji kuning telur
120gm gula icing
1 tsp esen vanilla
1 tsp serbuk kopi atau nescafe segera
1 tsp kulit oren diparut

BAHAN-BAHAN B :
50gm badam cincang
40gm rolled oats
150gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 tbs susu tepung

CARA-CARA:
1. Sebatikan semua bahan A.
2. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Satukan dgn semua Bahan B yg lain dan masukkan dlm Bahan A. Uli rata.
3. Punjut-punjutkan adunan di atas dulang pembakar dan tekan dengan garpu.
4. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20min - 25min.
5. Sejukkan di atas rak dawai. Hiaskan dengan coklat masakan putih dan tabur sedikit coklat rice.





Selamat mencuba !!!!


Tuesday, 28-Sep-2010 01:24 Email | Share | | Bookmark
SESAME CRISPS COOKIES

 
 
 
View all 8 photos...




SESAME CRISPS COOKIES
Sumber : Wendy Kor

BAHAN A :
250gm mentega
160gm gula caster
2 tsp esen vanilla
1 tsp pewarna hijau epal

BAHAN B :
200gm tepung ubi
160gm tepung gandum
60gm serbuk badam
60gm bijan (digoreng tanpa minyak hingga kekuningan)

** Kuning telur, bijan dan badam potong secukupnya utk hiasan.

CARA-CARA :
1. Putar Bahan A hingga sebati.
2. Ayak bersama tepung gandum dan tepung ubi. Gaulkan serbuk badam dan bijan bersama tepung tadi. Masukkan semua Bahan B ke dalam adunan A dan gaul sebati.
3. Canai dan gelek doh setebal 1cm di antara dua keping plastik dan terap dengan acuan berbentuk epal ( atau apa saja bentuk yg sesuai).
4. Susun biskut di atas dulang pembakar. Sapukan dengan kuning telur dan taburkan bijan di atasnya. Cucukkan badam potong di hujung biskut.
5. Bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 15min - 20min. Sejukkan di atas rak dawai dan simpan di dalam bekas kedap udara.




Kepada yang suka kepada rasa bijan di dalam biskut, Rinn recommend biskut ini. Sesuai selera nampaknya....


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net