By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 29-Jul-2009 06:16 Email | Share | | Bookmark
PASTRI CHOUX / CUSTARD CREAM / CREAM PUFF

Didhkan air,mentega,gula
Kecilkn api, masuk tepung
doh tidak melekat
View all 10 photos...
Buat ni sebab teringin nak makan. Jarang-jarang buat sebab orang-orang kat rumah ni tak berapa minat. Heran jugak . Nak kata tak sedap, rasa lemak-lemak manis gitu kan. Diorang setakat jamah seketul dua saja. Entahlah , kekadang tak paham selera manusia ni. Budak-budak ni lebih sukakan pancake cicah coklat dari cream puff. Rinn sekadar buat kerana ianya tidaklah susah sangat...

Semudahnya, orang selalu panggil hidangan ini Cream Puff tetapi kalau dirujuk kepada kebanyakan buku resipi, bila adunan ini belum diisi filling ianya dipanggil Pastri Choux. Kena tau jugak tuu....


ADUNAN PASTRI CHOUX
Sumber : Chef Noraini Sidek

BAHAN-BAHAN:
250ml air
125gm tepung gandum
secubit garam
100gm mentega
3 biji telur
1/2 tsp gula castor

CARA-CARA:
1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.
6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.
7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min.
8. Sejukkan pastri choux di atas dawai penderai.

Pastri choux yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain. Sebagaimana biasa Rinn gemar menggunakan Cream Custard.


CREAM CUSTARD

BAHAN-BAHAN:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
3 tbs gula castor
1 cup susu segar
1 biji telur gred A
1 tbs mentega

CARA-CARA:
1. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.
4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.

5. Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri choux yang telah dibelah tadi.




KESALAHAN DAN SEBAB-SEBAB PASTRI CHOUX TIDAK MENJADI DENGAN ELOK:
1. Adunan terlalu cair kerana adunan tepung tidak disejukkan terlebih dahulu sebelum memasukkan telur.
2. Pastri tidak naik sebab ketuhar sejuk, iaitu tidak dipanaskan terlebih dahulu. Mungkin juga masa membakar terlalu pendek.
3. Pastri mengecut selepas dimasak. Kemungkinan pastri tidak cukup masak.

Terima kasih kepada Chef Noraini di atas tips-tips di atas ya . Dengan adunan ini memberikan kita sekitar 20 biji pastri choux berdiameter 5cm.



Quote:
HURRY UP !!! ONLY A FEW SETS LEFT !!!
DOUGH BOARD AND ROLLING PIN SET
Size : L40cm x W27cm x H3cm
Weight : 2.8kg
Material : Solid Wood
Feature : Roll out dough evenly, uniform thickness of 1cm height of cookies or other pastries. Pls refer here for method of usage.
Price : RM100 including postage (West Malaysia only). Other area, upon discussion.
Courier service : Kangaroo Worldwide Express

Get your set today while stock lasts. Contact me at nazhatulrinna@yahoo.com. Limited stock. First come first serve basis.




Sunday, 26-Jul-2009 15:15 Email | Share | | Bookmark
HOT CROSS BUN

Selepas diperap 1 jam
Gaul dgn kismis
Bulat2kan
View all 7 photos...
Selalunya pada sebelah pagi adalah separuh hari yang agak sibuk bagi seorang yang bergelar surirumahtangga tak terkecuali Rinn. Beberapa hari ini tak berapa sihat... kepala ada banyak pusing. Rinn jarang-jarang sakit kepala dan kalau sakit kepala pun akan segera sembuh selepas bangun dari tidur. Tapi tidak pula pada kali ini. Tak pernah-pernah telan pain-killer, itu pun Rinn buat. Panadol biasa dah tak jalan.

Jadinya pada pagi yang sepatutnya Rinn keluar membelek-belek pokok-pokok daun (sebab tak ada pokok bunga.. ), menyapu dedaun sukun nan kering, siram pokok, ngendap kucing gebu sebelah rumah, sapa-menyapa dengan mama Ken Liang jiran tionghua belakang rumahku sebelum nak mula memasak bla bla bla....Rinn hanya duduk terpacak depan TV sehinggalah muncul rancangan Martha Stewart. Dek kerana nampak sedaaaaaap sangat Hot Cross Bun yang ibu Martha buat bersamanya di studio, Rinn pun terpanggil nak mencuba sama...walhal manalah kita ada sambut Easter Day segala.. Itu tak penting. Yang penting, nak rasa jugak Hot Cross Bun sepertimana yang ibunya buat. Martha kata resipi ada kat sini.




HOT CROSS BUN
Sumber : Martha Stewart.Com

BAHAN-BAHAN:

12 tbs mentega, dicairkan dan dibiar sejuk seketika
1 cup susu segar, plus 1 tbs
1/2 cup gula
4 1/2 tsp yis segera mauripan
2 tsp garam halus
3/4 tsp serbuk kayu manis (cinnamon powder)
3/4 tsp serbuk buah pala (nutmeg powder)
4 biji telur, gred A
5 1/2 cups high protein flour
1 1/3 cup kismis

TOPPING:
1 biji putih telur gred A
2 cups gula icing, diayak
2 tbs lemon jus
* Campurkan semua, isikan dalam piping bag dan paipkan atas bun sebelum dibakar.

CARA-CARA:

1. Ke dalam mangkuk mixer, masukkan susu suam dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan gula, yis, garam, butter cair, cinnamon, nutmeg dan telur. Putar hingga agak sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Putar terus dengan kelajuan sederhana hingga menghasilkan doh yang lembut dan elastik, dalam 20 minit putaran.
3. Berhentikan mixer. Masukkan kismis dan uli dengan tangan hingga rata. Jadikan sebiji bola doh.
4. Perap doh selama 1 jam atau sehingga naik dua kali ganda.
5. Bahagikan doh seberat 50gm sebiji. Bulat-bulatkan dan susun atas loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.
6. Tutup dengan plastik dan biar doh mengembang untuk selama 45 minit.
7. Gunakan gunting atau pisau yang tajam untuk membuat pangkah pada permukaan doh roti.
8. Paipkan topping di atas kelaran pangkah tadi. Bakar pada suhu 190 darj celcius selama 15min - 20min.

Rinn buat separuh adunan sahaja dan menghasilkan 10 biji bun. Tidak mengikut sepenuhnya tatacara yang Martha tuliskan dalam websitenya, sebaliknya Rinn cuma guna seperti cara biasa membuat roti. Topping untuk "cross" tu pun Rinn tak ikut resipi Martha. Sebaliknya Rinn guna topping Chef Alex Goh, iaitu campuran:

50gm Tepung gandum
60ml Air
1 tbs Minyak jagung/sayur
* Campurkan semua, isikan dalam piping bag dan paipkan atas bun sebelum bun dibakar.



Walaupun masa Rinn pening kepala tu Rinn kata nampak sedap tapi bila dah siap buat dan makan, rasa roti ini seperti biasa sahaja. Ia agak kurang manis tapi oleh kerana Rinn terpengaruh dengan nasihat ibu Martha yang kata sedap kalau bubuh kismis banyak2..Rinn pun buuuubuh lah kismis banyak-banyak sehinggakan bentuk bun tu pun nampak menggerutu dek terlebih kismis.. Kismis ini yang bagi perisa pada bun ini. Walaupun ini roti omputih tapi Rinn dah memakannya ikut cara orang kita..apa lagi, ciiiiiiiicahlah dengan Vico panas !!!




Quote:
HURRY UP !!! ONLY A FEW SETS LEFT !!!
DOUGH BOARD AND ROLLING PIN SET
Size : L40cm x W27cm x H3cm
Weight : 2.8kg
Material : Solid Wood
Feature : Roll out dough evenly, uniform thickness of 1cm height of cookies or other pastries. Pls refer here for method of usage.
Price : RM100 including postage (West Malaysia only). Other area, upon discussion.
Courier service : Kangaroo Worldwide Express

Get your set today while stock lasts. Contact me at nazhatulrinna@yahoo.com. Limited stock. First come first serve basis.





Wednesday, 22-Jul-2009 09:14 Email | Share | | Bookmark
BRIGHT EYED SUSAN

Pukul mentega & gula
Masuk telur
Masuk esen vanilla
View all 14 photos...





Cuba nak cari asal-usul biskut ini tapi gagal. Kalau ianya bermula di negara barat macam tak mungkin sebab dari segi rasa memang terserlah rasa kuih Melayu. Mencair di mulut ala-ala biskut semperit. Mungkin disebabkan bentuknya yang macam mata terbeliak tu, maka si pencetus ideanya mengaitkan biskut ini dengan seseorang bermata besar dan bercahaya. Namanya Susan kot... . Kesian pulak kat Mary, Julie, Donna atau siapa-siapa yang mungkin juga bermata besar tapi tak tercalon untuk menjadi penghias nama biskut ini. Merepek dah lah tuuuuu......

BRIGHT EYED SUSAN
Sumber : Buku masak lama

BAHAN-BAHAN:
260gm tepung gandum
1/2 tsp baking powder
Secubit garam
250gm butter
125gm gula castor
1 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur

HIASAN:
1 biji putih telur
Almond nibs secukupnya, tak perlu dipanggang
Jem strawberry seckupnya

CARA-CARA:
1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga sebati.
3. Masukkan kuning telur dan terus kacau. Masukkan esen vanilla dan terus kacau.
4. Kaupbalikkan adunan tepung ke dalam mentega dan uli sedikit hingga setakat menjadi doh yang lembut.
5. Sukat adunan sebanyak 1/2 tbs dan bulat-bulatkan. Ini untuk mendapatkan bentuk yang sama untuk setiap biskut.
6. Menggunakan hujung jari tekan tengah2 biskut untuk membentuk lubang.
7. Celup permukaan atas biskut dalam puith telur dan kemudian celup ke dalam almond nibs.
8. Bakar pada suhu 200 darj cel selama 10 min. Keluarkan sebentar dan paipkan jem di tengah2 lubang.
( **Pada masa ini kalau lubang tak kelihatan, boleh tekan lagi sekali krn biskut masih lembut.) Bakar kembali selama 10min. Biarkan sejuk sebelum dimasuk ke dalam balang kedap udara.

*Nota : Kalau nak bubuh jem siap-siap dan terus bakar 20min-25min pun boleh jugak kot. Cubalah....




Tentu ada yang masih ingat, biskut ini pernah popular sekitar awal 90an. Masa tu Rinn baru mula kerja. Berbalang-balang order sebab tak reti buat sendiri. Resipi ni pun dapat dari kawan lama bertahun dulu. Beria-ia nak buat tapi kesudahan sampai kali ini baru dicuba.

Mmmmm..... nostalgia betul rasanya . Rinn agak2 aje saiz biskut tu menggunakan 1/2 tablespoon. Bila dibakar, biskut mengembang sedikit, jadi besar pulak. Jadi kalau nak kecil sedikit, cubalah sukat 1 teaspoon. Dah cuba tapi macam susah pulak nak cucuk lubang.





Lagi satu, sebelum ada yang tanya baik Rinn jawab dulu. Ya, boleh dicuba untuk pelbagaikan jemnya. Kalau nak tukor mata Susan tu jadi warna kuning, gunalah jem nenas. Kalau nak purple, gunalah jem blueberry. Kalau nak hijau, cariklah jem kiwi...dan seterusnya lah. Nanti bolehlah letak nama "Bright Eyed Uji Rashid" ke..... kuang kuang kuang Weiiiii....kita minat Uji Rashid OOOOOOooooooh masa kecik2 dulu !!!!


Quote:
BACK BY POPULAR DEMAND
DOUGH BOARD AND ROLLING PIN SET
Size : L40cm x W27cm x H3cm
Weight : 2.8kg
Material : Solid Wood
Feature : Roll out dough evenly, uniform thickness of 1cm height of cookies or other pastries. Pls refer here for method of usage.
Price : RM100 including postage (West Malaysia only). Other area, upon discussion.
Courier service : Kangaroo Worldwide Express

Get your set today while stock lasts. Contact me at nazhatulrinna@yahoo.com. Limited stock. First come first serve basis.




Thursday, 16-Jul-2009 05:12 Email | Share | | Bookmark
DARK PIPING

Pukul mentega,gula, putih telur,madu
Ayak tepung dll
Masuk tepung dlm adunan mentega
View all 16 photos...
Rinn kata biskut ni macam pokok kaktus. Yang dear hubby pulak kata, cute macam ulat !! ... You all pulak nampak macam apa??? Tak kisahlah apa pun rupa dan bentuknya tapi dari segi rasa, memang kalau dah start makan susah nak berhenti. Above all, Rinn rasa kalau orang tengok biskut ni mesti punya teringin nak makan, kinda inviting gituu....




DARK PIPING
Sumber : Beli acuan dapat resipi free...

Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm gula castor
1 biji putih telur
1 tsp madu
250gm tepung gandum
80gm tepung naik sendiri
20gm serbuk koko
1/4 tsp baking powder
Secubit garam

Bahan Hiasan :
100gm coklat putih, dicairkan secara double boiler
50gm badam cincang, dipanggang dlm oven atau digoreng tanpa minyak hingga kekuningan

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum, tepung naik sendiri, baking powder dan secubit garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega, gula, putih telur dan madu hingga sebati.

*Tidak perlu pukul mentega dll sampai kembang mcm buat kek nanti biskut akan jadi terlebih rapuh dah mudah pecah. Cukup sekadar sebati dan rata. Pukul dengan spatula atau mixer ok.
3. Masukkan adunan tepung ke dalam adunan mentega. Kacau sehingga menjadi doh yang lembut. Tak perlu uli lama-lama.
4. Ambil sedikit adunan, masukkan ke dalam acuan dan tekan sehingga membentuk seperti di gambar.
5. Lengserkan loyang dengan mentega. Susun biskut dan bakar pada suhu 170 darj cel selama 12min - 15min.
6. Sejukkan di atas dawai penderai.
7. Celup hujung biskut dalam coklat putih dan taburkan badam cincang. Biarkan sehingga coklat mengeras, kemudian bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.


Rinn tekan sepanjang 2 inci, agak panjang juga biskut ni. Satu adunan dapat dalam 120 biji. Kalau buat kontot-kontot sikit boleh dapat banyak lagi.

Nota : Jangan cuba guna piping bag sebab susah. Adunan cookies kan lebih keras dari icing. Semput jugak nak picit piping bag. So, just isi sikit-sikit dan tekan dengan jari macam buat tat gulung. ** Yang ini pun Rinn buat trial & error.

Masa celup hujung biskut tu, cuma celup bahagian sebelah atas sahaja dan tabur badam cincang. Kalau celup sepenuh-penuh hujung dan celup dalam badam, nanti habis lebihan coklat putih menitis2 dalam mangkuk badam. Belemoih..!!!
Nota : Itu melalui pengalaman sendirilahhh nii.... Tu yang habak mai kat you all

Lagipun kalau celup sebelah sahaja lebih mudah untuk diletak sementara menunggu coklat puith tu mengeras.
Nota : Tau tak pe....



Ok, biskut ini akan disenaraipendekkan untuk projek biskut raya tahun ini. Silakan kepada sesiapa yang ingin mencuba. Nampak macam renyah tapi sebenarnya seronok melihat hasilnya... Chomei lote....




Quote:
BACK BY POPULAR DEMAND
DOUGH BOARD AND ROLLING PIN SET
Size : L40cm x W27cm x H3cm
Weight : 2.8kg
Material : Solid Wood
Feature : Roll out dough evenly, uniform thickness of 1cm height of cookies or other pastries. Pls refer here for method of usage.
Price : RM100 including postage (West Malaysia only). Other area, upon discussion.
Courier service : Kangaroo Worldwide Express

Get your set today while stock lasts. Contact me at nazhatulrinna@yahoo.com. Limited stock. First come first serve basis.




Saturday, 11-Jul-2009 06:45 Email | Share | | Bookmark
BISKUT ALMOND CORNFLAKES

Tepung, Badam, Cornflakes
Gaul sebati
Pukul mentega & gula
View all 20 photos...
Eh...belum lagiiiii..... Ini bukannya pembuka tirai acara membuat kuih raya tahun ini. Baru sekadar "warm up". Sebelum kita masuk "mass-production" elok rasanya kita cuba-cuba dulu beberapa resipi yang mungkin boleh disenarai-pendekkan. Masa kecik-kecik dulu mak suka buat biskut conflakes. Rinn ada buku resipi mak yang lama tu tapi bila dibelek-belek semula, kebanyakan sukatannya menggunakan "TIN" , "KOTAK", "SENDUK", MANGKUK dan sebagainya, yang kita sendiri pun tak pasti akan sukatan sebenarnya. Kalau setakat "AUNS", "PAUN", "SUDU MAKAN" tu kita masih boleh agak-agak kerana alat penimbang sekarang pun masih ada yang memasukkan sukatan yang bukan metrik itu.

Tak pe lah, kita tinggalkan dulu permasalahan itu, kita beralih kepada biskut yang sempat Rinn cuba, diberi nama Almond Cornflakes. Ni gara-gara teringat biskut cornflakes mak lah ni !!!! Ada tertulis dalam buku conteng masak-masak Rinn tapi tak tertulis pulak dari mana sumbernya. Apapun, kepada yang berkenaan, terima kasih diucapkan kerana berkongsi resipi.




BISKUT ALMOND CORNFLAKES

Bahan-bahan:
1 1/2 cups tepung naik sendiri
2 cups cornflakes, dikisar halus
1 1/2 cups serbuk badam
150gm mentega
100gm gula castor
1 biji telur
1/2 tsp esen vanilla
Coklat masakan secukupnya

Cara-cara:
1. Ayak tepung. Gaul rata dengan cornflake kisar dan badam halus.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. Kaupbalikkan tepung tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Canai dan terap ikut acuan pilihan.
5. Lengser dulang pembakar dengan mentega. Susun biskut. Bakar pada suhu 170 darj cel selama 12min.
6. Sejukkan atas penderai. Lorekkan dengan coklat masakan.

Sebelum canai doh biskut, alas dulu papancanai dengan plastik. Lepas letak doh pun alas doh dengan plastik baru gelek untuk mengelakkan doh melekat-lekat tak tentu hala. Ada petua sapu tepung tapi renyahlah pulak, macam berbedak sana berbedak sini ya...

Lepas tu, kalau bakar biskut, biasakan guna api bawah (unless otherwise stated) supaya bahagian atas biskut tidak garing dengan cepat dan silap-silap haribulan, boleh hangus !!! Zaman mak Rinn buat biskut dan kek dulu pun mana ada oven api atas dan bawah. Guna oven cap "kupu-kupu" yang macam peti besi nipis dan kaler hitam tuuu. Haaa... agak-agak mak simpan lagi tak oven tu Lama tak balik kampung. Nanti Nak tanya lah kat mak. Boleh buat koleksi kenangan lama mengusik jiwa

Oh ya.. kalau ikut citarasa Rinn biskut ni biasa sahaja. Masih tak dapat mengimbau kembali rasa biskut cornflakes mak dulu. Tapi tak salahkan mencuba. Nanti lah Rinn tanya mak pasal sukatan-sukatan kuno tu. Kuno-kuno pun, biskut yang dihasilkan orang lama ni masih mendapat tempat di hati ramai orang hingga sekarang, termasuklah Rinn



Quote:
BACK BY POPULAR DEMAND
DOUGH BOARD AND ROLLING PIN SET
Size : L40cm x W27cm x H3cm
Weight : 2.8kg
Material : Solid Wood
Feature : Roll out dough evenly, uniform thickness of 1cm height of cookies or other pastries. Pls refer above thumbnails for method of usage.
Price : RM100 including postage (West Malaysia only). Other area, upon discussion.
Courier service : Kangaroo Worldwide Express

Get your set today while stock lasts. Contact me at nazhatulrinna@yahoo.com. Limited stock. First come first serve basis.




[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net