By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 26-Aug-2009 04:18 Email | Share | | Bookmark
SOTONG GORENG KUNYIT, ASAM PEDAS IKAN

Sotong Goreng Kunyit
Asam Pedas Ikan
Rinn biasanya masuk dapur lambat kalau bulan posa ni. Kekadang tu dah nak pukul enam petang baru terhegeh-hegeh nak cari periuk belanga. Bahan-bahan nak masak macam ikan, ayam, udang atau daging memang awal sikit dah di defrost. Masak Lauk-pauk ulang-tayang pun tak pe, asalkan masak sendiri ye dak??...



SOTONG GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN:
500gm Sotong
1 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, dimayang
2cm halia, dihiris nipis
1 btg serai, diketuk
1 camca teh serbuk lada putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Sekeping asam gelugur
Minyak utk menumis
Lada benggala hijau ( Capsicum)

CARA-CARA:
1. Tumiskan semua bawang, serai dan halia hingga agak layu.
2. Masukkan lada putih. Kacau seketika, masukkan sos tiram.
3. Masukkan sotong dan kacau hingga sotong agak kecut.
4. Masukkan serbuk kunyit dan asam gelugur. Kacau rata.
5. Perasakan dgn garam dan gula.
6. Padamkan api, masukkan hirisan lada benggala. Angkat dan hidangkan.





ASAM PEDAS IKAN

BAHAN-BAHAN:
Seekor Ikan pilihan saiz besar
1 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, dimayang
2cm halia, dihiris nipis
Sebatang serai, diketuk
2cm lengkuas, dihiris nipis
1/2 mangkuk cili kisar
Belacan, sebesar ibu jari
Air asam jawa secukupnya
Secekak daun kesum
Sekuntum bunga kantan
1 biji tomato segar
Minyak utk menumis
Air secukupnya

CARA-CARA:
1. Tumis semua bawang, halia, serai, lengkuas dan belacan hingga layu.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air secukupnya, biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan. Kacau sebentar.
5. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan air asam jawa.
6. Kacau rata, perasakan dengan garam gula.
7. Bila dah mendidih dan masak, tutup api dan masukkan buah tomato. HIdangkan.


Rinn ni selalu ke pasar dan beli ikan tapi ada jugak spesies ikan yang Rinn tak kenal dan tak tau nama. Main tunjuk dan beli aje. Contohnya mcm ikan yang Rinn beli ni...heh heh heh...tak tau namanya apa !!!! Tapi mujurlah, Rinn tau ikan mana yang sedap atau tidak berdasarkan kepada sekerap mana Rinn beli, masak dan makan. Rinn tak memilih sangat pasal ikan dan sayur ni sebab kalau kena cara memasaknya, InsyaAllah hidangan kita takkan mengecewakan.

Sibongsu Marisa, 6 tahun, pertama kali mencuba bangun sahur dan berpuasa tahun ini. Merengek jugak lapar dan haus tapi satu keluarga bagi moral support..yang penting ada orang layan dia main agar dia lupa yang dia tak boleh makan dan minum. Alhamdulillah..setakat ini masih bertahan untuk hari yang ke lima....







Tuesday, 25-Aug-2009 07:06 Email | Share | | Bookmark
UDANG MASAM MANIS, BAWAL KUKUS, SAWI BAK CHOY

Udang Masam Manis
Bawal Putih Kukus
Bak Choy


Bulan puasa ni hari-hari masak. Selalunya memang berbuka dengan nasi dan lauk-pauk. Jarang sekali masak mee, bee hoon atau yang sewaktu dengannya. Kalau rajin buat kuih-muih sikit. Buah-buahan mesti ada. Tak lupa kurma madu YUTA...Yusof Taiyyob daaa...

Ni antara lauk-pauk yang sempat dipose untuk masuk FP. Lauk-pauk biasa jer...


Udang yang naik kapal terbang balik ke SP. Dari Malaysia Timur Baaahhh.........


UDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
15 ekor udang besar
1 biji bawang besar, dimayang
5 biji bawang putih, dimayang
3cm halia. dihiris nipis
1 mangkuk cili kisar
Air asam jawa secukupnya
1/2 mangkuk sos tomato
Garam & kunyit untuk menggoreng udang
Garam dan gula secukup rasa
2 tangkai daun kari

CARA-CARA:
1. Lumur udang dengan garam dan kunyit. Goreng sebentar tapi jangan sampai garing sangat. Ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak gorengan udang tadi. Gunakan untuk menumis bawang2 dan halia hingga layu.
3. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan udang yg telah digoreng tadi. Kacau sebentar.
5. Masukkan sos tomato dan daun kari. Kacau rata. Hidangkan bersama nasi.



Mengukus lagiiii....... ikan bawal putih pulak !!!


BAWAL PUTIH KUKUS
BAHAN-BAHAN:
5 ekor bawal putih
1 biji bawang besar
3cm halia
3 tangkai serai
2 sudu makan sos ikan (Nampla)
1 sudu makan sos tiram
1 susu makan kicap cair
Beberapa titis minyak bijan
3 biji limau kasturi, perah jusnya
5 biji cili padi
Sebiji tomato segar
Sedikit garam dan gula

CARA-CARA:
1. Perap ikan dengan semua bahan kecuali tomato selama 10minit.
2. Kukus selama 10 minit.
3. Apabila masak tutup api dan taburkan potongan buah tomato. Hias ikut suka.


Tiga hari berturut makan sayur jenis-jenis sawi Bak Choy niiii.............



SAWI BAK CHOY
BAHAN-BAHAN:
6 pokok sawi Bak Choy, belah dua di bahagian tengahnya
4 biji bawang putih, diketuk
1 camca teh serbuk lada putih
2 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan

CARA-CARA:
1. Tumiskan bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan lada putih. Kacau rata.
3. Masukkan sawi. Kacau sehingga agak layu.
4. Masukkan sos tiram dan minyak bijan.
5. Siramkan sedikit air jika perlu.
6. Kacau rata dan hidangkan.

Lauk sampingan yang mesti ada adalah ikan masin. Kelmarin masak sup ayam, makan dengan sambal kicap. Berdesing telinga kepedasan tapi lagi dimakan lagi sedap. Pekasam dan telur masin pun tak ketinggalan mewarnai meja berbuka puasa kami. Air teh O panas, air barli panas dan cincau bersilih ganti. Kuih melayu sempat buat buah melaka aja. Tapi buah-buahan....macam-macam adaaaa..... . Tak larat nak amik gambar lah. Mana2 yang sempat Rinn tempeklah kat sini nanti ya. Selamat berbuka dengan hidangan masakan sendiri.... Tahun ini pun berazam tak nak jejak kaki ke Pasar Ramadhan. Anda...????



Quote:


DOUGH BOARD AND ROLLING PIN SET - SOLD OUT !!!!






Wednesday, 19-Aug-2009 02:41 Email | Share | | Bookmark
BROWNIES KUKUS

Masak susu,mejerin,gula
Larutkan koko
Tuang koko dlm majerin cair
View all 16 photos...
Projek mengukus berikutnya adalah Brokus. BROKUS ?????? ........ Mmmmm begitulah panggilan singkat yang mereka gunakan untuk Brownies Kukus. Resipi ini datangnya dari Indonesia. Suatu ketika memang Brownies Kukus ini agak popular di Jakarta, Bandung dan Medan. Rinn pun pernah merasa. Rinn cuba resipi dari internet ini yang kebetulan datangnya dari satu blog resipi masakan Indonesia.



BROWNIES KUKUS
Sumber : resep.dekap.com

BAHAN-BAHAN:
100gm gula castor
150ml susu cair
100ml susu pekat manis
150gm majerin

50gm serbuk koko

150gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
Secubit garam
2 biji telur gred A

CARA-CARA:
1. Masak di atas api, gula castor, susu pekat, susu cair dan majerin hingga larut.
2. Larutkan koko dengan beberapa sudu adunan susu dan majerin tadi. Tuang kesemua adunan susu dan kacau sebati hingga larut kesemuanya. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonate dan secubit garam.
4. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan koko.
5. Tuang dalam loyang dan kukus selama 45min - 1 jam. Sejukkan dahulu sebelum dituang ganache.

CHOC GANACHE:
150gm whipping cream
200gm cooking chocolate
1/2 tbs majerin
1 tbs madu utk mengilatkan ganache

* Masak whip cream hingga berbuih. Angkat dari api dan masukkan cooking choc yg telah dikiubkan. Kacau sebati. Masukkan majerin dan madu. Kacau rata.




Rinn cuma bubuh ganache ini di permukaan sahaja, buat syarat. Brownies ini lebih kurang macam kek kukus coklat juga. Sebelum dipotong dan dimakan, Rinn simpan semalaman dalam petisejuk. Hasilnya, brownies ini menjadi lebih lembap daripada baru-baru dikeluarkan dari loyang.




Masuk bulan puasa nanti mungkin tak berapa jalan kot kek-kek dan yang sewaktu dengannya ni. Selalunya selera lebih kepada makanan berat dan juga kuih-muih Melayu tradisi. Kukus kuih pulak kot lepas ni....



Sunday, 16-Aug-2009 05:36 Email | Share | | Bookmark
SIAKAP KUKUS SERAI HALIA

 
 
 
View all 4 photos...
Beberapa hari kebelakangan ini periuk kukus Rinn sentiasa tertenggek atas dapur. Ada saja projek mengukus yang teringin nak dilakukan. Kukus lauk, kukus kek, kukus pau, kukus jagung dan apa-apa saja yang terlintas di kepala untuk dikukus. Selain daripada ianya merupakan cara yang lebih sihat untuk menyediakan makanan, ia juga merupakan satu cara untuk mengubah tabiat pemakanan kita yang biasanya lebih cenderung untuk menggoreng dan menggulai.. . Rinn kongsikan bersama resipi Ikan Siakap Kukus yang mudah ini.





SIAKAP KUKUS SERAI HALIA

BAHAN-BAHAN:
Seekor ikan siakap
3 batang serai
3 inci halia
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5 biji cili padi
1 tbs sos ikan (Nampla)
Garam dan gula secukup rasa
3 biji limau kasturi

Bahan Tabur :
Daun bawang, daun sup dan daun ketumbar

CARA-CARA:
1. Panaskan kukusan.
2. Bersihkan ikan dan kelar-kelar. Lumurkan sedikit garam.
3. Serai dipotong kasar, bawang besar dimayang, halia dan bawang putih di racik halus memanjang.
4. Gaulkan ikan dengan semua bahan, perahkan jus limau kasturi. Perapkan dalam 10 minit.
5. Kukus selama 20 minit. Hidangkan.

Kalau tak ada ikan siakap, ikan-ikan lain yang sesuai pun boleh digunakan. Umpamanya ikan bawal putih atau bawal hitam, ikan ketuka yang macam ikan pari tuu, ikan kembung dan sebagainya. Pada Rinn kalau nak kukus ikan ni memang sedap siakap.



Hari berikutnya Rinn mengukus juga. Kukus ayam. Tak ada resipi pilihan kerana Rinn cuma menggunakan rempah campuran herba yang dibeli di kedai. Tinggal lumur, perap dan kukus. Tidak kurang enak juga rasanya. Ha Ha Ha...cara yang mudah bila malas dah hinggap.



Nampak gayanya acara kukus mengukus ini akan diteruskan sempena menjelangnya Ramadhan dan mungkin juga sepanjang Ramadhan nanti. Kawan-kawan dan adik-adik pun selamat mengukus ya....!!!!




Thursday, 6-Aug-2009 10:39 Email | Share | | Bookmark
PASTA TUNA TOMATO

Pasta yg telah direbus
Gravy... Gravy....
Masuk pasta...GOI !!!
View all 4 photos...
Kalau dari jenis pasta-pasta begini memang seisi rumah suka. Tak kiralah sama ada spagheti, fettucine, bow tie, fussili atau apa-apa dari famili pasta. Kena dengan selera masing-masing agaknya ya. Pada kebiasaan Rinn suka gunakan daging cincang sebagai bahan utama sosnya tetapi pada kali ini, kita ubah selera sikit ya...




Rinn gunakan tuna untuk digandingkan dengan buah tomato segar.

PASTA TUNA TOMATO

BAHAN-BAHAN:
250gm pasta (ikut suka... )
2 biji tomato segar yang ranum, dadukan
120ml tuna chunk in olive oil
1 biji bawang besar, dicincang
3 biji bawang putih, dicincang
2 tsp lada hitam kisar
2 tangkai daun ketumbar, dicincang
1 tsp oregano
1 tsp parsley
1 tsp basil
1 tbs sos tiram
Garam & gula secukup rasa
Sedikit Minyak Zaitun untuk menumis

CARA-CARA:
1. Rebus pasta sehingga lembut. Toskan.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan tomato segar. Kacau hingga layu dan lembut.
4. Masukkan tuna chunks dan bahan-bahan yang lain.
5. Setelah semuanya sebati, masukkan pasta.
6. Kacau sekadar rata. Hidangkan.




Sebenarnya hidangan ini akan lebih sedap jika dimasukkan lada benggala tiga serangkai yang warna traffic light tuu... ... Ha ah, capsicum yang hijau, merah dan kuning tu laaah !!! Tapi kali ni tak ada stok dalam peti ais. Jadi guna saja apa yang ada. Boleh macam tu ??? Ya...Silakan! Silakan! Kepada sesiapa yang ingin mencuba. Mungkin sesuai juga untuk hidangan di bulan Ramadhan nanti..



Quote:
HURRY UP !!! ONLY A FEW SETS LEFT !!!
DOUGH BOARD AND ROLLING PIN SET
Size : L40cm x W27cm x H3cm
Weight : 2.8kg
Material : Solid Wood
Feature : Roll out dough evenly, uniform thickness of 1cm height of cookies or other pastries. Pls refer here for method of usage.
Price : RM100 including postage (West Malaysia only). Other area, upon discussion.
Courier service : Kangaroo Worldwide Express

Get your set today while stock lasts. Contact me at nazhatulrinna@yahoo.com. Limited stock. First come first serve basis.




[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net