By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 9-Sep-2009 05:44 Email | Share | | Bookmark
CARROT APPLE CAKE

Happy 9th Bday KEN !!!!
Carrot Apple Cake
Puasa puasa buat kek ??? Ha ah. Dua kali. Satu, request dari seorang adik cyber untuk dihadiahkan kepada ayahandanya di kedaerahan ini. Dan satu lagi untuk anak bujangku KEN yang berminggu-minggu asyik pukul canang pasal birthday dia pada 8hb Sep 2009. Dah lepas dah pun. Rinn sempatkan diri untuk mengadun sebijik kek yang ringkas pada harinya. Bukan kek span dan bukan juga kek coklat lembap. Kita tukar selera sikit kepada kek lobak merah. Macam pelik jer kan..tetiba beralih arah ke kek lobak .

Memang tak bercadang untuk meraikannya pada waktu berbuka. Lagipun Along Fina dan Angah Dania bukan ada di rumah. Tak seronok pulak kalau tak cukup korum ni. Yang menggembirakan, sepanjang bulan puasa ni Along dan Angah boleh balik pada setiap hujung minggu. Buat lagi sebijik kek kot weekend ni.. Apa pun Rinn kongsikan jugaklah resipinya di sini.



CARROT APPLE CAKE

BAHAN-BAHAN:
2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1 1/4 tsp serbuk kayu manis
Secubit garam halus
3 /4 cwn gula perang halus
3/4 cwn (atau kurang) gula castor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung
100gm mentega, dicairkan
200gm lobak merah, diparut
150gm apple hijau, diparut
30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )

CREAM CHEESE TOPPING:
250gm cream cheese
4 sudu makan butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 tsp jus lemon
* Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek.

CARA-CARA:
1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
2. Masukkan kesemua bahan lain.
3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.




Kek ini sebenarnya adalah olahan daripada resipi kek lobak merah dari kertas sisipan di kotak tepung naik sendiri Blue Key. Kebetulan ternampak yang itu, tak payahlah pi carik kat buku resipi lain. Rinn buat berdasarkan pada bahan yang ada dan ikut selera. Jumlah gula telah Rinn kurangkan. Asalnya 1 cwn tuuuuu.... Itu pun masih terasa agak manis sedikit. Mungkin 3/4 cawan gula castor boleh dikurangkan lagi kepada 1/2 cawan. Kalau tak bubuh terus nanti tawar pulak kek nya yaa... .

Masa nak berbuka tu kek pun dah siap dibakar dan disejukkan walaupun Rinn bancuh kek pada jam 4.30 ptg, sekaligus masak memasak untuk hidangan berbuka puasa. Toppingnya pun dah siap diputar. Oleh kerana kitorang tak bercadang nak potong kek masa berbuka maka Rinn tidak terus melepa. Lepas solat maghrib nanti baru nak buat. Tunggu KEN dan ayahnya balik terawih baru nak hidang. Kira macam makan "moreh" lah.




Buat kek atau makanan pada sebelah lewat petang dan malam ni agak tidak menyenangkan untuk dirakam gambar. Gambar-gambar ini diambil pada waktu tengahari keesokan harinya. Masa KEN potong kek dan kami makan malam 8hb tu, kek KEN polos aje. Setakat disapu creamcheese topping. Kosong. Esoknya bila nak amik gambar jer Rinn make up kan sikit. Kek pun dah tinggal separuh. Tu yang gambar pun separuh jer..

Ok, kepada yang suka kek lobak merah, kek ini memang mampu memancing selera. Rinn pun makan dua potong. Teksturnya elok, lembap dan gebu. Lepas sapu topping tu simpanlah sekejap dalam petiais. Bila dikeluarkan, nyaman aje bila dimakan.....

PS : SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 9, KEN. WE LUV U...


Wednesday, 9-Sep-2009 02:15 Email | Share | | Bookmark
DAGING MASAK KICAP, SAYUR BABY KALE

 
 
Rasa macam pelik pulak bila hari-hari masak dan hari-hari nak kena amik gambar dan post entry masak-masak bulan puasa kat sini. Ni dah banyak hari tak update nii... dah malas dan bosanlah tu ya . Nak buat macam mana kan. Bila dah nak melepasi dua pertiga bulan puasa ni..mulalah macam-macam sindrom yang muncul. Nak kata malas tak jugak. Mungkin, saja-saja meng"enggan"kan diri.

Biskut raya belum buat lagi tau ni. Rasa macam masih awal pulak, bagi Rinn lah. Mungkin orang lain dah berbalang-balang tersusun. Yang biznez tu mungkin dah berkotak-kotak buat shipment. Nanti-nantilah....

Sementara itu moh ler jamu mata dengan beberapa menu. Sebenarnya banyak yang Rinn tak rakam. Kamera Rinn bila masuk bulan puasa dah jadik macam apa entah...berminyak-minyak, siap pakai bedak "tepung", tercalit itu tercalit ini...macam-macam lagilah. Paham-pahamlah kan. Dah lah kita nak kejar waktu berbuka. Nak masak awal..rasa tak syok pulak bila hidangan cepat sejuk. Masak lewat...itulah jadiknya. Sat capai senduk, sat capai kamera.




Daging Masak Kicap adalah antara lauk ulangtayang yang cukup popular di bulan puasa ini selain ikan kukus. Nak masaknya pun ringkas dan senang tapi cukup menangkap selera seisi keluarga. Keluarga Rinn lah !!!

DAGING MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging lembu ( Untuk berbuka dan sahur.... )
1 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang merah, dimayang
5 biji bawang puith, dimayang
3 cm halia, dihiris nipis
1 tbs serbuk lada putih
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Kicap lemak manis secukupnya
Garam secukup rasa
Sekeping asam gelugor kecil
Minyak utk menumis

CARA-CARA:
1. Hiris daging nipis. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bawang hingga layu.
3. Masuk semua rempah dan tumis terus.
4. Masukkan serbuk lada putih dan kacau hingga naik bau.
5. Masukkan daging dan kacau rata seketika. Tuangkan sedikit air dan tutup kuali. Biar sehingga daging masak dan lembut. Sesekali kacau.
6. Masukkan kicap secukupnya. Tambahkan air untuk kuah.
7. Perasakan dengan garam. Masukkan asam gelugor. Kacau rata.





SAYUR BABY KALE
BAHAN-BAHAN:

5 pokok sayur baby kale
1/2 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, diketuk
5 biji cili padi
segenggam ikan bilis
2 tbs sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang2, cilipadi dan ikan bilis hingga layu.
2. Masukkan sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan sayur dan tumis hingga layu.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Tambah sedikit air dan kacau rata.


Mungkin ada yang tak biasa tengok dan makan sayur ini. Ianya kelihatan seperti sebiji mini kobis, memang comel rupanya. dalam rumah ni, selain Rinn, Angah Dania adalah peminat sayur baby kale. Tapi jangan tertipu kerana rasa baby kale jauh lebih sedap dari kobis biasa. Boleh juga dimasak ala-ala kailan ikan masin. Cubalah. Masih ada beberapa hari untuk merasa hidangan-hidangan ini di bulan puasa. Lepas raya pun boleh juga.... . Takkan cuti masak terus kooott....



Thursday, 3-Sep-2009 01:18 Email | Share | | Bookmark
TAKOYAKI (OCTOPUS DUMPLING BALLS)

Sapu minyak masak
Tuang adunan
Bubuh tako
View all 16 photos...
Masak apa pulak kali niiiii...??? TAKOYAKI laaaa. Memang suuuuuka sangat makan menatang ni. Nak buat lama dah tapi tak ada Tako Makernya. Kawan-kawan kata, guna aje acuan kuih cara. Hmmmmm.... tak bulatlah pulak nanti bentuknya. Tu yang asyik tertunda-tunda projek tako.

Heh Heh.... Tak sangka-sangka masa pi Siam hari tu kebetulan terrrrrjumpa Tako Maker. Yuuuu Huuuuu....pucuk dicita, ulam mendatang. Dear hubby dengan bermurah hati belikan untuk Rinn. Rinn tahu, dia pun suka makan takoyaki ni keh keh keh... . Alkisahnya, bila dah beli Tako maker tu... tak sempat-sempat jugak nak cuba. Bukan sebab apa, dah dua kali pi Jusco cari tepung takoyaki tapi tak pernahnya ada stok. Atauuuuu...memang tak pernah ada !!! .

Saaampailah masuk Ramadhan...tetiba keinginan nak buat semakin memuncak... semak-semak resipi, kira ok lah. Kita hantam saja guna tepung gandum. Tahu memang tak banyak beza dari segi rasa...tapi kalau dapat tepung takoyaki yang sebenar alangkah bestnya. Ok...let's see what we have here...






TAKOYAKI ( OCTOPUS DUMPLING BALL )
Sumber : youtube.com
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur
340ml air sejuk berais
1 tsp kicap soya cair
Secubit garam
1/2 tsp granulated DASHI ( Tak ada.... )
100gm tepung gandum (Kalau ada tepung takoyaki lagi ummmpphhh )

150gm octopus, direbus
1/2 cup cebisan tepung goreng tempura (Tak bubuh)
Pickled ginger secukupnya(Tak bubuh)
Pink shrimp secukupnya, digoreng tanpa minyak dan diramas halus
Daun bawang secukupnya, dihiris halus
Hanakatsuo (Dried bonito fish flakes)
Wochestershire Sos Lea & Perrin
Mayonnaise

CARA-CARA:

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang.
2. Tuangkan air sejuk, dashi, kicap soya cair, dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yg telah diayak terlebih dahulu dan kacau sebati.
4. Panaskan Tako Maker. Sapu minyak masak.
5. Tuang adunan hingga penuh. Melimpah pun tak mengapa.
6. Isikan tako, cebisan tepung goreng tepung tempura, pickled ginger, dried pink shrimp dan daun bawang.
7. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
8. Kikis lebihan2 adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick.
10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak.
11. Angkat dan taburkan fish flake, renjiskan Wochestershire sos dan drizzle dengan mayonnaise.
12. Masa nak makan, cicahlah dengan kicap cair..kalu suka laaa.

Octopus atau sotong kurita ni pun bukan mudah nak cari. Selalunya memang tak ada kalau cari kat pasar-pasar biasa. Kat Jusco mungkin ada di bahagian sushi. Jadinya, Rinn guna sotong biasa yang saiz besar dan berkulit tebal tu. Nak lebih mudah, Rinn cuma ambik janggut sotong. Badan dia buat masak lain heh heh heh.




Kecoh jugak sebenarnya nak menyediakan takoyaki ni. Dah lah bahan-bahannya susah nak cari. Bagi yang tak biasa, mungkin tak biasa dengar bahan-bahan macam dashi, bonito fish flake etc. Masa nak buat nampak macam senang. Part yang agak mencabar adalah masa nak terbalikkan takoyaki tu menggunakan dua batang lidi sate. Silap-silap haribulan boleh hancur. Tapi bila dah get the hold of it.... seronok pulak. Elok diterbalikkan...bulat aje bentuknya. Silap terbalikkan.... macam-macam ragam lah bentuknya




Apa pun, kalau dah teringin, buat jugaklah. Dah dua kali buat masa sepanjang puasa ni. Satu adunan boleh dapat dalam 2 dozen takoyaki. Oleh kerana minggu pertama puasa cuti sekolah, semua rakyat jelata ada kat rumah plus MIL pun ada sama. So, Rinn buat dua adunan.... Langsai !!! Tapi MIL makan sebijik..dah menjuih-juih bibirnya. Ha Ha Ha... bukan selera dia. Kalau kosui ok lah kannnn . Baru-baru ni cumai satu adunan sebab hanya tinggal kami berlima. Marisa memang tak reti makan.



Pertama kali buat, Rinn bukak puasa kenyang makan takoyaki. Tak makan nasi pun seperti hari-hari selalunya...... . Seronok sebab dah boleh buat sendiri di rumah. Kalau nak beli yang dah siap, susah jugak sebab ianya bukan ada dijual di tepi-tepi jalan macam orang jual burger. Kalau kat Jepun lainlah cerita. Kat sana kira macam orang kita jual burger lah kat sini. Mana-mana pun boleh jumpa. Kat jusco dan beberapa shopping kompleks yang besar2 mungkin ada jual. Pernah jumpa, 6 ketul dijual dengan harga RM4. Kalau buat sendiri???....Hmmmm....jauh lebih murah dan boleh buat banyak




Sunday, 30-Aug-2009 03:11 Email | Share | | Bookmark
TAUHU KUKUS

 
Yang mentah
Yang dah kukus
Biasa tak makan tauhu lembut ?? Yang kalau kita pegang tak kena gaya tu akan mudah patah dan pecah. Selalunya bangsa tionghua yang suka masakan tauhu ini. Sejak merajinkan diri masak lauk cara kukus ni terasa macam duduk makan kat restoran China pulak sebab ada bau minyak bijan dalam hampir setiap hidangan. Untuk resipi ini, kita kukus jugak yaaa ...




TAUHU KUKUS

BAHAN-BAHAN:
Tauhu Lembut Jepun
4 tbs sos tiram
1 tbs makan sos nampla
1 tbs kicap soya cair
1 tsp gula
1 tsp serbuk lada hitam
Secubit garam
3 biji bawang putih, diparut halus
1 tsp minyak bijan
Bahan tabur seperti hirisan daun bawang, cili merah, lobak merah, daun ketumbar dan bawang goreng.

CARA-CARA:
1. Panaskan kukusan.
2. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas tahan panas yg telah dilengser sedikit minyak.
3. Dlm mangkuk lain, satu kesemua bahan lain kecuali bahan tabur. Kacau sebati.
4. Siram kuah atas tauhu. Kukus selama 15 minit.
5. Setelah masak, taburkan bahan tabur dan hidangkan.

Kalau tak ada tauhu lembut, cuba ganti dengan tauhu biasa atau tauhu Jepun yang dalam tiub tu. Tauhu-tauhu begini tak berapa ada rasa, jadi kalau kuah sosnya sedap pasti tak de masalah dari segi rasa pada keseluruhannya. Angah Dania kata tauhu lembut tu rasa macam tau fu fah ... Oh ye ke ?? Nak cuba makan dengan sirap gula merah ??? . Ahakksss...dah asalnya pun dari kacang soya !!!!



Saturday, 29-Aug-2009 05:52 Email | Share | | Bookmark
KOSUI PANDAN LAPIS

Adunan Gula Merah
Adunan Pandan
Lapisan pertama
View all 8 photos...
Sambung projek kukus mengukus. Kukus kuih pulak niii. Pertama kali nampak kosui berlapis-lapis begini beberapa tahun lalu. Masa tu tak berapa pasti apakah lapisan yang berwarna hijau itu. Ada meneka mungkin cuma lapisan tepung biasa yg diwarnakan hijau agaknya tapi tak berani nak mengiyakan.

Sehinggalah Rinn terserempak dengan kosui pandan dalam satu resipi, walaupun resipinya ada sedikit kekeliruan/kesalahan. So, ni kira pandai-pandai mengolah kuih kosui biasa dan kosui pandan agar jadi berlapis-lapis macam yang Rinn pernah jumpa dulu....




KOSUI PANDAN LAPIS

BAHAN-BAHAN LAPIS GULA MERAH
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1 sudu makan tepung pulut
1 cwn gula merah
1/2 cwn gula pasir
3 cwn air
2 camca teh air kapur makan

CARA-CARA:
1. Kisar kesemua bahan.
2. Tapis sekiranya masih terdapat tepung yang tidak larut sepenuhnya. Ketepikan.


BAHAN-BAHAN LAPIS PANDAN:
7 helai daun pandan
150ml air
3 /4 cwn gula pasir
400ml air
sedikit pewarna hijau (optional)

150gm tepung beras
70gm tepung ubi
1 camca teh air kapur makan

CARA-CARA:
1. Potong kecil2 daun pandan dan kisar bersama 150ml air.
2. Tapis utk mendapatkan jus pandan.
3. Campurkan kesemua bahan2 lain dan kisar.
4. Tapis sekiranya masih terdapat tepung yang tidak hancur.


CARA-CARA MENGUKUS:
1. Panaskan pengukus. Jgn lupa balut tudung pengukus dgn kain
2. Alas loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak masak. Ini utk memudahkan kita mengeluarkan kuih.
( * Rinn guna loyang 11 inci. )
3. Sukat 1 1/2 cwn adunan gula merah dan tuang ke dalam loyang. Kukus 10min.
4. Sukat 1 1/2 cwn aduanan pandan dan tuang ke atas lapisan lapis adunan gula merah tadi.
5. Lapiskan satu persatu sehingga habis.
6. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
7. Hidangkan dengan kelapa parut putih yg telah digaul dgn sedikit garam.
(* Utk mengelakkan kelapa parut drpd cepat basi, kukus seketika )




Dari segi rasa macam kosui biasa, cuma ianya lebih wangi kerana ada lapisan pandan. Rinn sepatutnya buat lapisan nipis-nipis seperti kosui yang Rinn beli di gerai dulu tapi oleh kerana nak kejar waktu berbuka, Rinn lapiskan seperti melapis kuih lapis biasa yang merah putih. Kalau lapiskan nipis-nipis ianya jadi cantik tauuu...macam kek lapis.

Dalam gambar cuma tenggek kelapa parut atas dan tepi kuih. Bila makan...Rinn lumur cukup-cukup youuuu....baru puas makan !!!! Anak-anak lagi sakan..makan kelapa parut lebih dari kuih. MIL..... suka pulak dia, sampai tak makan nasi dek kekenyangan makan kosui lapis dan kurma segar..





[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net